The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitizuraihahusin, 2018-03-17 23:09:46

Sinopsis Novel Destinasi Impian

SINOPSIS SETIAP BAB





Kim Yong anak tunggal seorang hartawan
BAB 1 dan bakal mewarisi harta peninggalan

HILANG mendiang bapanya. Dia telah hilang

selama tiga hari ketika keluar mencari

kumbang. Farhani mengajak rakan-
rakannya menziarahi ibu Kim Yong

sebagai tanda simpati. Kehilangan Kim

Yong menjadi suatu misteri kerana tiada

penculik yang menghubungi ibu dan
bapa tirinya untuk mendapatkan wang

tebusan. Tiada sebarang petunjuk

tentang kehilangannya membuat Farhani

tertanya-tanya.


Di dalam makmal, Cikgu Salimah telah

BAB 2 membahagikan tugas mencari spesies

MISI serangga kepada kumpulan murid-
MEMBURU muridnya untuk zoo mini serangga sekolah

KUMBANG mereka. Dalam satu kumpulan ada tiga

orang murid. Kumpulan Farhani, Ren

Chea Mei dan Mira dikehendaki mencari

kumbang manakala Haikal, Wei dan
Devnath mencari pepatung. Haikal

mempermain-mainkan kumpulan Farhani

dan menakut-nakutkan mereka. Farhani

dan rakan-rakannya berazam untuk
mendapatkan pelbagai spesies kumbang.



Setelah hampir setengah jam Farhani

BAB 3 menunggu Chea Mei dan Mira di dalam

MENEROKA kebun, dia memulakan misi mencari

RUMAH USANG kumbang itu seorang diri tanpa perasaan
gentar. Dia memberanikan diri

menghampiri pondok usang yang terletak

di bawah pohon jejawi. Farhani

menganggarkan usia pokok itu sekitar
tujuh puluh tahun. Dia menuruni anak

tangga ke tingkat bawah yang gelap

dan berbau pengap. Tiba-tiba dia

ternampak cahaya dan lembaga hitam

bersaiz besar sedang merenungnya
dengan mata kemerah-merahan.



Setelah hampir setengah jam Farhani

BAB 4 menunggu Chea Mei dan Mira di dalam
DI MANAKAH kebun, dia memulakan misi mencari

FARHANI ? kumbang itu seorang diri tanpa perasaan

gentar. Dia memberanikan diri

menghampiri pondok usang yang terletak
di bawah pohon jejawi. Farhani

menganggarkan usia pokok itu sekitar

tujuh puluh tahun. Dia menuruni anak

tangga ke tingkat bawah yang gelap
dan berbau pengap. Tiba-tiba dia

ternampak cahaya dan lembaga hitam

bersaiz besar sedang merenungnya

dengan mata kemerah-merahan.

Lembaga hitam yang dilihat oleh Farhani

BAB 5 itu ialah seekor kumbang. Dia

TAWANAN memperkenalkan dirinya sebagai
CHALCOSOMA Komander Chalsoma Caucasus, ketua

CAUCASUS kerajaan kumbang yang diperintah oleh

Maharaja Tanduk. Komander Caucasus

menuduh manusia sebagai makhluk yang
kejam kerana menyebabkan kematian

banyak kumbang. Dia mengancam untuk

mencederakan Farhani sebagaimana

manusia menyeksa dan membunuh

kumbang. Dia mengarahkan seekor
kumbang yang bernama Bara membawa

Farhani ke dalam kota.



Bara membawa Farhani melalui terowong
BAB 6 gelap yang bercabang-cabang. Cahaya

MENJELAJAH dari tubuh Bara telah menerangi

KOTA terowong itu. Farhani terpegun melihat

kota yang kukuh dan pemandangan
yang luar biasa di hadapan matanya. Dia

cuba mengambil gambar menggunakan

telefonnya tetapi tidak berjaya. Bara

mengawasi Farhani dengan ketat dan
mahu mempersembahkannya kepada

Maharaja Tanduk.



Farhani dibawa ke mahligai untuk
BAB 7 menghadap Maharaja Tanduk. Mahligai

MENGADAP itu dihiasi lampu-lampu daripada spesies

MAHAJARA kunang-kunang membuat Bara berasa

TANDUK sedih. Kumbang yang bernama Dara

Bintik mengarahkan Bara membawa

Farhani berjumpa Maharaja Tanduk yang

sedang murka. Farhani diberikan
minuman membuat badannya lemah

dan pandangannya kelam. Dia terasa

dirinya diusung ke suatu tempat.


Kehilangan Farhani dan Kim Yong

BAB 8 mendapat liputan media massa. Cikgu

DISEMBUNYIKAN Salimah berasa bersalah dan sering

BUNIAN menziarahi ibu bapa Farhani. Cikgu

Salimah, Mira, Chea Mei, Haikal, Wei dan
Devnath mencari Farhani di pinggir dusun.

Mereka menemui rumah kayu yang usang

itu dan mencari Farhani di dalamnya.

Haikal terjumpa ruang ke tingkat bawah
tanah dan menemui sapu tangan milik

Farhani.



Farhani telah dikurung di dalam balang
BAB 9 kaca. Tidak jauh dari itu terdapat sebuah

MAKMAL kawah yang menggelegak. Di

RAHSIA sebelahnya terdapat sebuah balang

yang lain. Farhani terdengar ketukan dari

balang itu dan membalasnya. Tidak lama
kemudian, balang itu dibuka. Bara dan

kumbang yang bernama Dara Bintik

menyelamatkan mereka. Farhani
berusaha menyelamatkan Kim Yong.

Mereka keluar dari terowong menuju ke

hutan bersama Bara dan Dara Bintik dan

menunggu Puteri Coleoptera

BAB 10 Kim Yong insaf dan menyesal kerana
BERTEMU PUTERI bersikap sombong selama ini. Dia

CLEOPATRA meminta maaf daripada Farhani. Farhani

dan Kim Yong dibawa berjumpa Puteri
Coleoptera di dalam khemah. Farhani

kagum dengan kemajuan teknologi

masyarakat kumbang berdasarkan

peralatan yang terdapat di dalam

khemah itu. Bara menyatakan bahawa
Komander Caucasus hendak

menjalankan uji kaji ke atas Farhani dan

Kim Yong kerana dia mahu menjadi

manusia. Dia mahu menakluk kerajaan
kumbang dan menakluk dunia. Puteri

Coleoptera meminta bantuan Farhani

dan Kim Yong untuk mengalahkan

Komander Caucasus.




BAB 11 Haikal menyatakan rancangannya untuk

MUSUH menyiasat rumah usang itu pada malam

MENJADI itu kepada Wei dan Devnath lalu
SAHABAT menunjukkan sapu tangan kepunyaan

Farhani. Kedua-duanya bersetuju

walaupun pada mulanya keberatan
untuk menyertai rancangan itu. Selepas

Isyak, mereka bertiga pergi ke rumah

usang itu. Mereka pergi ke tingkat bawah

tanah dan badan mereka ditarik melepasi

pintu maya lalu sampai ke kota.

Kehadiran mereka disambut oleh tiga

ekor kumbang. Leher mereka dicengkam
menyebabkan mereka pengsan. Ketika

sedar, mereka mendapati mereka

berada di bawah pokok besar

berhampiran khemah. Farhani dan Kim
Yong muncul lalu memperkenalkan Bara,

Dara Bintik dan Puteri Coleopatera

kepada Haikal, Wei dan Devnath. Bara

meminta bantuan mereka untuk

mengalahkan Komander Caucasus. Puteri
Coleoptera mengarahkan mereka

melarikan diri kerana tentera Komander

Caucasus semakin hampir ke tempat
mereka.





BAB 12 Bara mengarahkan semua kumbang

DIBURU meninggalkan tempat itu. Semua barang
CAUCASUS terutama cap mohor milik Puteri

Coleoptera juga dibawa bersama-sama.

Farhani dan kawan-kawannya berasa

lapar. Bara memberi mereka buah yang
manis berwarna merah. Sampai di suatu

lokasi, mereka membina khemah. Dara

Bintik menyatakan tidak dapat menyertai

mereka kerana letih. Tidak lama
kemudian, tentera Komander Caucasus

menyerang mereka dan dapat menawan

Puteri Coleoptera serta beberapa orang

budak. Hanya Farhani dan Kim yong

berjaya menyelamatkan diri. Mereka

berdua bertekad untuk menyelamatkan

rakan-rakan mereka dan puteri itu yang
sedang ditawan.






Semua tawanan dibawa menghadap

BAB 13 Maharaja Caucasus. Komander Caucasus

TERPERANGKAP! mengarahkan semua tawanan daripada

spesies kumbang dipenjarakan. Dia

sangat marah kerana Farhani dan Kim
Yong terlepas dan mengarahkan kedua-

duanya dicari. Sementara itu Farhani dan

Kim Yong. Mereka telah dicengkam oleh

seekor kumbang lalu diheret ke dalam
semak. Mereka terdengar tentera

Caucasus datang mencari mereka tetapi

gagal lalu meninggalkan tempat itu.


Kumbang yang menangkap Farhani dan

BAB 14 Kim Yong memperkenalkan dirinya

DIPENJARA sebagai Dara Merah. Dia sedang

berusaha menyelamatkan Puteri

Coleoptera. Dia menyatakan bahawa
Dara Bintik ialah pembelot kerana

berpihak kepada Caucasus. Dia meminta

bantuan Farhani dan Kim Yong untuk
menyelamatkan puteri. Farhani

menunjukkan cecair yang dicicirkan oleh

Haikal ketika diserang oleh tentera

Caucasus kepada Dara Merah dan

meminta maaf kerana cecair itu telah

membunuh banyak kumbang. Cecair itu

akan digunakan untuk mengalahkan
Caucasus. Dara Merah mengakui

kesilapan kumbang kerana merosakkan

tanaman manusia. Di istana Caucasus,

Haikal dan kawan-kawannya telah
dipenjarakan. Mereka terdengar bisikan

agar bersedia untuk menyelamatkan diri

kerana bantuan akan tiba. Mereka

terdengar bunyi bising tentera Caucasus.


Dara Merah telah menyamar sebagai

BAB 15 Dara Bintik. Dia menawarkan diri untuk

PERTARUNGAN membawa minuman kepada Maharaja

Caucasus. Caucasus meminta Dara
Merah meminum minuman itu terlebih

dahulu tetapi Dara Merah berjaya

memujuk Caucasus meminum air itu.

Weevil yang bertugas sebagai penyedia
makanan tidak sempat menghalang.

Akibatnya, Caucasus menjadi lemah dan

dapat dikalahkan oleh Dara Merah.

Farhani dan Kim Yong berjaya
membabaskan Haikal dan yang lainnya.

Mereka keluar melalui terowong dan

diarahkan memakai topeng. Tentera

Caucasus sedang mengejar mereka
diketuai oleh Dara Bintik. Tentera itu telah

disimbah dengan cecair Endosulfan

menyebabkan mereka tewas.

Farhani dan sahabatnya telah

BAB 16 menyaksikan pertabalan Puteri

PERTABALAN Coleoptera sebagai Raja. Mereka telah
PUTERI dianugerahi lambang kebesaran kerajaan

CLEOPATRA kumbang yang diperbuat daripada

perak. Bara dilantik sebagai penasihat

kerajaan dan Dara Merah dilantik sebagai
komander tentera. Farhani

menghadiahkan sapu tangan merah

jambu kepunyaannya kepada Puteri

Coleoptera. Haikal menghadiahi Bara

lampu suluh dan Bara Merah dihadiahi
cecair Endosulfan oleh Farhani. Mereka

kemudian telah dihantar ke gerbang

maya oleh Bara dan Dara Merah.
Pengalaman dikurung oleh masyarakat

kumbang telah menginsafkan mereka

supaya tidak menganiayai haiwan. Kim

Yong berazam untuk membebaskan

semua kumbang yang dikurung di taman
mini miliknya. Sampai di rumah kayu

usang itu, mereka mendapati hadiah

pemberian Puteri Coleoptera telah

bertukar menjadi serbuk berwarna putih
perak.





Farhani dan kawan-kawannya pulang ke
BAB 17 rumah masing-masing dan mendapati

SERUM keluarga mereka sedang bersedih kerana

kehilangan mereka selama dua minggu.

Malangnya, kepulangan mereka tidak

disedari oleh semua ahli keluarga kerana

mereka telah bertukar menjadi

halimunan. Mereka terpaksa kembali ke
rumah usang untuk menemui masyarakat

kumbang. Bara menyatakan bahawa

mereka menjadi halimunan setelah

memakan buah yang diberikan sewaktu
melarikan diri daripada tentera Komander

Caucasus. Di dalam buah itu terdapat

serum yang dihasilkan oleh saintis

kumbang tetapi dirahsiakan kerana takut

disalahgunakan oleh Komander
Caucasus untuk tujuan jahat. Vaksin

penawar untuk serum itu telah dihasilkan

tetapi belum dibuat percubaan dan
belum diketahui kesannya jika digunakan.

Lima bersahabat terpaksa memberanikan

diri mencuba vaksin itu untuk kembali

kepada keadaan asal mereka.


Farhani kembali ke rumah dan disambut

BAB 18 oleh dakapan ibunya, Puan Asmah. Berita

KEPULANGAN kepulangan mereka berlima tersebar ke

seluruh negara. Mereka tidak
menceritakan pengalaman sebenar

mereka bersama dengan masyarakat

kumbang kepada para wartawan yang

menemu bual mereka. Mereka telah
berjanji tidak akan membuka rahsia

tentang dimensi kumbng kepada

manusia lain. Mereka berlima berasa diri

mereka seperti wira. Kim Yong mahu

segera pulang ke rumah. Dia mahu

segera membebaskan kumbang yang

dikurung di zoo mini miliknya.
























SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL



Kim Yong telah hilang ketika mencari kumbang

dan kehilangannya menjadi misteri kerana tiada
wang tebusan dituntut setelah kehilangannya.

Pelbagai andaian timbul ekoran kehilangannya itu.

Farhani, dan kawan-kawannya yang bernama Mira,

Chea Mei, Haikal, Devnath dan Wei menziarahi

keluarga Kim Yong sebagai tanda simpati kepada
mereka. Di sekolah, Cikgu Salimah telah memberi

tugasan untuk mencari spesies serangga untuk zoo

mini serangga sekolah. Farhani, Mira dan Chea Mei
merancang mencarinya di pinggir hutan.

Disebabkan kawan-kawannya belum tiba, dia

mencarinya dahulu. Farhani terjumpa rumah kayu

usang yang terletak di bawah pohon jejawi. Dia

masuk ke dalam rumah itu lalu ternampak satu
lembaga besar sedang merenungnya.

Lembaga hitam yang merenung Farhani ialah seekor

kumbang. Tidak lama kemudian Mira dan Chea Mei

tiba. Setelah menunggu selama dua jam, mereka
pergi ke rumah Farhani. Ibu bapa Farhani terkejut

dengan kehilangan Farhani. Cikgu Salimah dan

kawan-kawan Farhani pergi ke rumah usang itu

untuk mencarinya tetapi tidak berjaya.


Farhani telah ditawan dan semasa dalam

tawanan itu dia telah berjumpa dengan Kim yong.

Mereka berdua nyaris dijadikan bahan uji kaji saintis

kumbang di bawah pemerintahan Maharaja Tanduk.
Tidak lama kemudian takhta Maharaja Tanduk telah

dirampas oleh Komander Caucasus yang dipercayai

oleh baginda. Puteri Coleoptera, waris yang
sepatutnya menaiki takhta telah disingkirkan. Bara,

dari spesies kunang-kunang masih setia dengan

Puteri Coleoptera dan dia berusaha membantu

puteri itu. Dia memerlukan bantuan manusia untuk

menewaskan Komander Caucasus. Bara telah
berjaya membebaskan Farhani dan Kim Yong dari

tabung uji.



Sementara itu, Haikal yang telah menemui sapu
tangan Farhani telah berpakat dengan Devnath dan

Wei untuk mencarinya. Waktu malam mereka

kembali ke rumah usang itu. Malangnya, mereka

telah ditangkap oleh Bara dan bertemu dengan
Farhani dan Kim Yong.



Dara Bintik berpura-pura membantu Bara tetapi

telah membocorkan rahsia kedudukan mereka

kepada Komander Caucasus. Tentera Caucasus

telah menyerang dan berjaya menawan mereka

tetapi Farhani dan Kim Yong berjaya
menyelamatkan diri. Bara, Puteri Coleoptera, Haikal

dan kawan-kawannya dibawa mengadap Raja

Caucasus. Dia menjadi marah kerana Farhani dan

Kim Yong terlepas.


Dara Merah, sepupu Dara Bintik telah bertemu

dengan Farhani dan Kim Yong. Mereka bergabung

tenaga untuk menewaskan Komander Caucasus.

Farhani memberikan racun serangga bernama
Endosulfan kepada Dara Merah. Komander

Caucasus telah berjaya diracun dengan tipu helah

Dara Merah. Dia juga berjaya menewaskan tentera
kumbang di bawah pimpinan Dara Bintik dengan

racun itu. Akhirnya, Farhani dan kawan-kawannya

berjaya kembali ke dunia manusia.


Click to View FlipBook Version