The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syakilamenhuri, 2021-09-29 03:06:11

nota peribahasa tingkatan 1

nota peribahasa

1. Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang telah mantap dan mempunyai
maksud yang khusus. Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau
rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang
membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat
atau tersembunyi, bukan daripada yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti
simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang digunakan.

Ia mempunyai maksud yang berbeza daripada makna harfiah kata-kata
dalam ungkapan.

Ciri-ciri Simpulan Bahasa:
Terbentuk daripada penggunaan kata nama am - anak buah, anak emas,
buah tangan, lipas kudung.
Terbentuk daripada penggunaan kata kerja - ajak-ajak ayam, buat bodoh,
pasang telinga,cakar ayam
Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif - besar kepala, bodoh
sepat,kecil hati, berat hati
Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas - Abu Jahal,Mat Jenin,Pak
Kaduk
Terbentuk daripada nilai kepercayaan - air pinang, batu buyung, makan
bulan

Simpulan Bahasa - Maksud
Panjang tangan - Suka mencuri
Periuk nas i- Punca pencarian
Buruk siku - sudah diberi, diambil balik

1

Ikat perut - Berjimat makan dan minum
Kaki bangku - Tidak tahu bermain misalnya bola.
Namun, menurut Za'aba, terhasilnya simpulan bahasa adalah dengan
berdasarkan empat perkara iaitu:
· Daripada perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur.
Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang dan sebagainya.
· Daripada benda atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya
Contoh: mandi kerbau, mata duitan, kutu embun dan sebagainya.
· Daripada kepercayaan orang ramai
Contoh: harimau berantai, buruk siku, dimakan bulan dan sebagainya.
· Daripada kebiasaan atau resaman bahasa.
Contoh: ada hati, gila bahasa, beri muka dan sebagainya.

2. Perumpamaan

Perumpaan tergolong dalam peribahasa berlapis, iaitu mengandungi makna
tersurat dan tersirat.

Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu:
a) yang menyatakan perbandingan secara terang-teragnan
b) dan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan.

Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-teranan
didahului dengan kata-kata perbandingan seperti, umpama, bagai, laksana,
ibarat dan baik; manakala perumpamaan yang tidak disebutkan
perbandingan tidak didahului kata-kata perbandingan tersebut.

Contoh perumpaman yang disebut perbandingan
a. seperti katak di bawah tempurung
b. umpama kaca dengan permata
c. Bagai pungguk rindukan bulan
d. Ibarat air di daun keladi
e. laksana katak diharung ular.

Contoh perumpamaan yang tidak disebut perbandingan
a. Genggam bara api biar sampai jadi arang
b. Diberi betis hendak peha
c. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

3. Bidalan

Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat. Ia mempunyai
maksud dua lapis.

2

Bagaimanapun bdalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai,
laksana dan umpama.

Perbezaan antara bidalan dengan pepatah ialah bidalan lebih kerap
digunakan, mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran> Sedangkan pepatah
lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran.

Contoh bidalan:

· Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan

· Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

· Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

· Hujan emad di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri, Baik juga negeri
sendiri.

· Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.

4. Pepatah atau Perbilangan

Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama dengan
pepatah dan bidalan. Namun, perbilangan disusun berangkap-rangkap
seperti ikatan puisi.

Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu
demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau perkataan.

Ia berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan
masyarakat.

Contoh:

· Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
· Hati manusia sama dicecah, hati gajah sama dilapah.
· Cubit paha kiri, paha kanan sakit juga.
· Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Perbilangan adat merupakan susunan adat dalam bentuk puisi yang
mencerita dan menerangkan sesuatu dan berasal daripada masyarakat
Melayu Minangkabau (adat/peraturan). Perbilangan adat ini berasal dan

3

berkembang di daerah Minangkabau dan Palembang yang dikenali sebagai
'Adat Minangkabau'.

Di Malaysia, perbilangan adat ini banyak diamalkan oleh masyarakat di
Negeri Sembilan, iaitu digunakan dalam Adat Pepatih. Perbilangan adat ini
diperturunkan dari mulut ke mulut, dari satu generasi ke satu
generasi.Perbilangan adat ini mengalami perubahan dan kesesuaian
mengikut keadaan dan zaman, seperti pada kedatangan Islam, perbilangan
adat mengalami penyesuaian dengan ajaran Islam seperti yang dibuktikan
oleh perbilangan ini :

Adat bersendi hukum
Hukum bersendi Kitabullah
Kuat adat, tak gaduhkan hukum
Kuat hukum, tak gaduhkan adat
Ikut hukum, muafakat
Ikut adat muafakat

Peribahasa yang ‘dikatakan’ diperbetulkan semula kini. Walau bagaimanapun,

pelajar tidak digalakkan menggunakan/ mengubah peribahasa dulu ke ejaan kini

kerana Dewan Bahasa dan Pustaka enggan mengubah peribahasa tersebut.

Dulu Kini

Melepaskan batuk di tangga Melepaskan batok di tangga

Harapkan pagar, pagar makan padi Harapkan pegar, pegar makan padi

Mata keranjang Mata ke ranjang

Merah padam Merah padma

Saling tak tumpah Salin tak tumpah

Menjolok mata Mencolok mata

4


Click to View FlipBook Version