The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEMURNIAN TUGASAN PELAJAR MPU3062 UB UNIT V SEM2 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ganesanhasmittha, 2021-07-14 00:55:05

PEMURNIAN TUGASAN PELAJAR MPU3062 UB UNIT V SEM2 2021

PEMURNIAN TUGASAN PELAJAR MPU3062 UB UNIT V SEM2 2021

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
TUGASAN KERJA KURSUS
TAHUN AKADEMIK JUN-OKTOBER 2021

Program : PISMP Nama Siswa Pendidik:
Semester / Tahun : Semester 1 / Tahun 2

Kod : MPU 3062 Ambilan: Jun 2020

Kumpulan: Unit V ( V1- V18)

Nama Kursus : UNIT BERUNIFORM

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Buku Log/Folio 1 Julai 2021 10 Julai 2021
12 Julai 2021 15 Julai 2021
2. Perancangan Aktiviti Unit
Beruniform Sekolah

3. Pengurusan Perkhemahan 9 Ogos 2021 13 Ogos 2021
4. Ujian Kawad Kaki 2 Ogos 2021 6 Ogos 2021
5. Ujian Ikatan Dan Simpulan 16 Ogos 2021 23 Ogos 2021
6. Ujian Asas Pertolongan Cemas 23 Ogos 2021 28 Ogos 2021
7. Ujian Kraf Perkhemahan
9 Ogos 2021 13 Ogos 2021
(Berkumpulan)

8. Ujian Masakan (Berkumpulan) 9 Ogos 2021 13Ogos 2021

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan perlembagaan, sejarah, struktur dan organisasi serta pengurusan dan
pentadbiran unit beruniform Pengakap / Pandu Puteri,

Bulan Sabit Merah Malaysia / kadet Remaja Sekolah yang diperolehi dari pelbagai
sumber. (C2, LO1, LO6, LL1)
2. Menyediakan perancangan orientasi unit beruniform sekolah. (C6,LO1, LO3, CTPS2)
3. Mengaplikasikan kemahiran kepimpinan dalam pengurusan serta persiapaN
perkhemahan unit beruniform. (A4, LO2, LO9, LS3)

4. Mempamerkan kemahiran asas dalam aktiviti semasa perkhemahan unit beruniform
secara individu dan berkumpulan.
(P4, LO2, LO5, TS5)

Kerja Kursus ini adalah bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4

1

Objektif Kerja Kursus

Pelajar akan dapat:

1. Menghasilkan satu penulisan dan catatan buku log/folio bagi menjelaskan tentang
perlembagaan, sejarah, struktur dan organisasi, pengurusan dan pentadbiran unit
beruniform serta kemahiran perkhemahan dalam unit beruniform yang diperolehi dari
pelbagai sumber.

2. Menghasilkan satu perancangan orientasi program perkhemahan unit beruniform yang di
anggotai di sebuah sekolah.

3. Mengaplikasikan dan mengorganisasikan idea dalam perancangan dan pengurusan
perkhemahan unit beruniform dengan melaksanakan tugas AJK kerja mengikut spesifikasi
tugas yang telah ditetapkan dalam perkhemahan unit beruniform.

4. Mengaplikasikan dan mengorganisasi idea berkaitan pelbagai kemahiran asas
perkhemahan semasa perkhemahan unit beruniform secara individu dan berkumpulan.

Stimulus:

Sistem Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai pasukan unit beruniform
yang ditubuhkan berasaskan sekolah, sama ada di sekolah-sekolah rendah dan menengah
seluruh negara. Ianya bertujuan untuk menghasilkan modal insan yang berdisiplin, harmoni dan
berpotensi menyeluruh untuk berinteraksi secara berpasukan dan organisasi unit beruniform.
Disiplin dan berkeupayaan dalam mengurus aktiviti unit beruniform adalah amat penting bagi
seorang bakal guru yang berpotensi cemerlang ke arah menjana pembangunan kecemerlangan
murid dan pendidikan di Malaysia.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan 1: Buku Log / Folio (20%)

Anda dikehendaki melaksanakan dan membuat perincian maklumat dalam buku log secara individu
mengenai perkara / tajuk berikut:

• Biodata bergambar.
• Catatan nota tentang tajuk-tajuk berkaitan unit beruniform berkaitan

2

• Catatan nota kemahiran perkhemahan dan pelan perkhemahan

• Bahan-bahan lampiran/ gambar/ grafik/ rajah

• Sumber rujukan

• Lain-lain dokumen berkenaan

• Keupayaan dalam menghasilkan buku log/folio adalah mengikut kriteria:
o Penyusunan isi kandungan
o Keupayaan dalam mempersembahkan buku log
o Catatan nota mengenai perlembagaan, sejarah, struktur organisasi unit beruniform

serta tajuk-tajuk berkaitan kemahiran perkhemahan
o Pemahaman tentang kandungan nota bagi topik yang terdapat dalam unit beruniform
o Bahan-bahan lampiran seperti gambar, grafik, atau rajah yang bersesuaian
o Rujukan dan bahan-bahan sokongan daripada pelbagai sumber yang tepat

Tugasan 2: Perancangan aktiviti unit beruniform sekolah (10%)

Anda dikehendaki menghasilkan satu perancangan aktiviti unit beruniform yang dianggotai bagi program
perkhemahan unit beruniform tersebut.

• Tugasan secara individu dilaksanakan mengikut format Kertas Kerja
• Penulisan perancangan aktiviti unit beruniform sewaktu perkhemahan adalah berdasarkan unit

beruniform yang di dianggotai oleh anda
• Melaksanakan penulisan perancangan aktiviti unit beruniform dalam masa yang ditetapkan
• Keupayaan dalam menghasilkan perancangan aktiviti unit beruniform mengikut kriteria:

o Kepelbagaian aktiviti
o Kesesuaian masa

Tugasan 3 : Pengurusan Perkhemahan (10%)

Anda dikehendaki melaksanakan tugas AJK kerja mengikut spesifikasi tugas yang telah ditetapkan dalam
perkhemahan unit beruniform. (Amali /Rakaman Video/Carta)

• Tugasan adalah dalam bentuk amali dan dinilai secara individu
• Melaksanakan tugas AJK kerja mengikut spesifikasi tugas yang telah ditetapkan dalam

perkhemahan unit beruniform
• Pengurusan perkhemahan dilaksanakan mengikut prosedur dan SOP yang mantap


Tugasan 4: Ujian Kawad Kaki (10%)

Anda dikehendaki melaksanakan Ujian Kawad Kaki. (Amali/ Rakaman Video/ Carta)

• Tugasan adalah dalam bentuk amali kemahiran individu dan dinilai secara individu
• Pengurusan dalam melaksanakan amali setiap ujian yang mantap

3

• Melaksanakan amali dalam masa yang ditetapkan
• Mahir dalam setiap komponen kemahiran ujian yang diuji.

Tugasan 5: Ujian Ikatan dan Simpulan (20%)
Melaksanakan ujian ikatan dan simpulan. (Amali/Rakaman Video/Carta)

• Tugasan adalah dalam bentuk amali kemahiran individu dan dinilai secara individu
• Pengurusan dalam melaksanakan amali setiap ujian yang mantap
• Melaksanakan amali dalam masa yang ditetapkan
• Mahir dalam setiap komponen kemahiran ujian yang diuji.

Tugasan 6: Ujian Asas Pertolongan Cemas (10%)
Anda dikehendaki melaksanakan ujian asas pertolongan cemas. (Amali /Rakaman Video/Carta)

• Tugasan adalah dalam bentuk amali kemahiran individu dan dinilai secara individu
• Pengurusan dalam melaksanakan amali setiap ujian yang mantap
• Melaksanakan amali dalam masa yang ditetapkan
• Mahir dalam setiap komponen kemahiran ujian yang diuji.

Tugasan 7: Ujian Kraf Perkhemahan (10%)
Anda dikehendaki melaksanakan ujian kraf perkhemahan secara berkumpulan.
(Amali /Rakaman Video/Carta)

• Tugasan adalah berbentuk amali dan dilaksanakan secara berkumpulan ( 3 orang satu kumpulan)
• Pengurusan dalam melaksanakan amali setiap ujian yang mantap
• Melaksanakan amali dalam masa yang ditetapkan
• Mahir dalam setiap komponen kemahiran ujian yang diuji.

Tugasan 8: Ujian Masakan Rimba/Solar (10%)
Anda dikehendaki melaksanakan ujian masakan (masakan rimba/solar) secara berkumpulan.
(Amali/Rakaman Video/Carta)

• Tugasan adalah berbentuk amali dan dilaksanakan secara berkumpulan ( 3 orang satu kumpulan)
• Pengurusan dalam melaksanakan amali setiap ujian yang mantap
• Melaksanakan amali dalam masa yang ditetapkan
• Mahir dalam setiap komponen kemahiran ujian yang diuji.

4

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

Panduan Pelaksanaan Projek/Kerja Kursus

Proses penghasilan kerja kursus, beberapa perkara yang berikut perlu dititikberatkan dan menjadi
panduan agar persembahan hasil kerja kursus menepati standard yang ditetapkan.

1. (a) Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
2. (b) Penulisan dan sumber rujukan perlu mengikut format American Psychological Association

(APA) yang terkini.
3. (c) Muka depan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut:

1. (i) Nama Pelajar
2. (ii) Angka Giliran
3. (iii) Nombor Kad Pengenalan
4. (iv) Kumpulan/Unit
5. (v) Kod dan Nama Kursus
6. (vi) Nama Pensyarah
7. (vii) Tarikh Hantar
8. (viii) Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah
4. Bentuk penulisan perlu bertaip dengan saiz fon arial 11 dan langkau 1.5 baris
5. Penulisan anda harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah serta ditulis di
dalam Bahasa Melayu sahaja.
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
7. Tugasan hendaklah dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:
Shahaliza
Zhara
……………………………………………..
…………………………………………….. (PUAN SHAHALIZA BT HALIM)
(ZAHARAH BT. ABD. MANAF) Pakar Bidang (SME)/Penyelaras Kursus
Pensyarah/Penyelaras Kursus Pensyarah Kanan

Disahkan oleh Ketua Jabatan: 5
Hafidz

……………………………………………..
(DR. MOHD HAFIDZ BIN OSMAN)
Ketua Unit Kokurikulum
IPG Kampus Ipoh


Click to View FlipBook Version