The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-folio Pengurusan Pembelajaran Topik 1-14 LATEST

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nusynaabdulrazak, 2022-07-03 02:11:58

E-FOLIO KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN

E-folio Pengurusan Pembelajaran Topik 1-14 LATEST

KPS3014
PENGURUSAN PEMBELAJARAN

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK :
E-FOLIO PENGURUSAN PEMBELAJARAN

NAMA DISEDIAKAN OLEH : KURSUS
NUR SYAFANI AT59 PENDIDIKAN
NABILAH BINTI NOMBOR MATRIK
ABDUL RAZAK D20211100934 JASMANI

NAMA PENSYARAH :
ENCIK ABU BAKAR BIN YUSUF

1

ISI KANDUNGAN

TAJUK 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN ............................................................................. 3
TAJUK 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN .............................................................................6
TAJUK 3 : KAJIAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN..................................................................9
TAJUK 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI ............................................................................... 11
TAJUK 5 : PENGURUSAN MURID.................................................................................................. 14
TAJUK 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH .................................................................................. 16
TAJUK 7 : PENGURUSAN SUMBER PEMBELAJARAN .............................................................. 18
TAJUK 8 : STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH................................................................... 20
TAJUK 9 : PENGURUSAN TINGKAHLAKU.................................................................................. 22
TAJUK 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID .................................................................. 25
TAJUK 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA ........................................................................ 27
TAJUK 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA ...........................................................................29
TAJUK 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN ............................................................................. 30
TAJUK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN................................................................. 32

2

TAJUK 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN

SOSIOLOGI
Menurut Sharifah Alawiah (1985), Sosiologi adalah satu disiplin sains kemasyarakatan. Sosiologi
adalah himpunan pengetahuan asas tentang masyarakat serta tingkahlaku sosial mereka secara
lebih saintifik don berdisiplin. Ottoway (1 964) mendefinasikan sosiologi sebagai satu bidang sains
kemasyarakatan. Manakala Mohd Salleh (1 998) pula menjelaskan sosiologi sebagai suatu bidang
yang mengkaji secara saintifik tentang tingkah laku atau pergaulan masyarakat don hubungan
manusia.

SOSIOLOGI PENDIDIKAN
Dalam sosiologi pendidikan,ini menumpukan kepada faktor-faktor sosial yang menyebabkan dan
disebabkan oleh pendidikan.Ini termasuk kajian faktor-faktor yang berkaitan dengan
pendidikan,seperti jantina,kelas sosial,bangsa dan etnik,dan kediaman luar bandar (Saha,2015)

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Topik ini membincangkan tentang:

• Pengertian sosiologi,sosiologi sebagai satu disiplin ilmu,sosiologi pendidikan,sosiologi sebagai
sains,perkembangan sosiologi bidang ‘sosiologi’,sosiologi sebagai satu perspektif dan perspektif
teori dalam sosiologi.

3

TEORI DALAM SOSIOLOGI PENDIDIKAN

TEORI FUNGSIONALISME TEORI INTERAKSI TEORI INTERAKSI

SIMBOLIK KONFLIK

• Tokoh sosiolog klasik • Pendekatan ini • Pendekatan teori

Emile Durkheim adalah berfokus pada proses konflik dalam sosiologi

ahli teori fungsi sosial interaksi dalam pendidikan diinspirasi

dalam Lembaga-lembaga oleh Karl Marx,yang

pendidikan.Durkheim pendidikan seperti meneliti hubungan
sekolah dan hasil dan antara pekerja dan
percaya bahwa pendidikan

moral diperlukan untuk interaksi ini.Misalnya pemilik faktor-faktor

membangun dan interaksi antara guru produksi dalam sistem
dan siswa di ekonomi
mempertahankan

solidatiras sosial dalam sekolah.Teori kapitalisme.Teori

masyarakat..Teori interaksionisme konflik dalam sosiologi

fungsionalisme simbolik meneliti pendidikan berfokus

menekankan asumsi bagaimana karakteristik pada pernyataan
sosial mempengaruhi tentang bagaimana
bahawa bentuk-bentuk

lain lembaga sosial dalam interaksi sosial seperti institusi pendidikan

masyarakat seperti jenis kelamin,kelas,ras, berkontribusi pada
dan lain-lain.Bagaiman hierarki dan
politik,agama,norma,nilai-

nilai moral, dan etika interaksi ini ketidaksetaraan sosial

sangat bergantung pada menciptakan harapan dalam masyarakat.
antara guru dan siswa.
proses sosialisasi yang

terjadi di Lembaga

pendidikan.

HUBUNGAN SOSIOLOGI DAN PENDIDIKAN

Sosiologi dan Pendidikan,sebagai dua cabang ilmu, yang pada dasarnya terkait erat dengan manusia dan
hidupnya.Pendidikan telah dikenal sebagai salah satu kegiatan dasar masyarakat manusian di
manapun.Keberlanjutan masyarakat bergantung pada transmisi warisannya kepada kaum muda.Pemuda
perlu dilatih sesuai dengan cara dan harapan kelompok sehingga mereka akan berperilaku dengan cara yang

4

diinginkan.Semua masyarakat memiliki cara dan sarana mereka sendiri untuk memenuhi keperluan
ini.’Pendidikan’ sebagai sebuah proses telah menjadi sarana yang efektif untuk memenuhi keperluan ini
(Das,Goswamee dan Goswami,2018).

RUMUSAN
Kesimpulannya,fungsi utama dari sosiologi pendidikan adalah melihat pendidikan diatur dan dilaksanakan
sedemikian rupa sehingga dapat mencapai tujuan yang diharapkan.Pendidikan tidak hanya harus
menghasilkan efisiensi dan budaya individu,tetapi harus menghasilkan efisiensi sosial dan budaya.Individu
tidak hanya harus dididik untuk diri sendiri dan tujuan diri sendiri,tetapi untuk masyarakat dan tujuan sosial

RUJUKAN
• https://myguru.upsi.edu.my/documents/2020/courses/KPS3014/material/K01947_202010121125
59_Topik%201_Sosiologi%20dan%20Pembelajaran.pdf
• Subadi,T. & Si,M. (2009). Suatu Kajian Boro dari Perspektif Sosiologis Fenomenologis
. Zie Informatika & Gesign : Sosiologi dan Sosiologi Pendiikan
• Setianto,A ., Chamidah,D. , Kato,I. , Siregar,R. ,Purba,B. ,Khalik,M. ,Herlina,E. ,Purba,S.(2021).
Sosiologi Pendidikan : Yayasan Kita Menulis

5

TAJUK 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN
Suasana yang tenteram dan selesa di sekolah adalah sangat penting kepada pelajar dan guru dalam
memastikan pembelajaran dan pengajaran berlaku dengan berkesan.Dalam bilik darjah,terdapat pelbagai
faktor yang saling mempengaruhi dalam menentukan kejayaan pembelajaran yang berlaku.Antaranya
adalah guru,pelajar dan persekitaran pembelajaran juga merupakan antara penentu dalam kejayaan proses
pembelajaran bilik darjah. Interaksi yang baik antara guru dan pelajar boleh mewujudkan hubungan yang
positif dalam bilik darjah. Guru yang baik dapat menilai perubahan yang berlaku mengetahui keperluan
pelajar dalam bilik darjah. Kepekaan guru terhadap keadaan bilik darjah akan memberikan impak yang
besar kepada guru dan pelajar itu sendiri. Menurut Bucholz dan Sheffler (2009) guru berupaya
mencorakkan persekitaran bilik darjah supaya selesa dan seterusnya meningkatkan kemampuan pelajar
untuk belajar. Interaksi dengan persekitaran ketika proses pembelajaran dapat merangsang semua deria
pelajar dan menggalakkan pelajar belajar secara kreatif dan inovatif. Fenomena ini akan mencetuskan
budaya berfikir dalam kalangan pelajar dan mengelak pelajar daripada hanya menghafal fakta dan konsep
yang dipelajari.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Topik ini mampu untuk memberitahukan tentang :

• Tahap interaksi antara guru dan pelajar,tahap kesesuaian persekitaran pembelajaran.
• Mampu mengetahui perbezaan interaksi guru dan pelajar dan keselsaan pelajar berdasarkan

interaksi yang dilakukan.

JENIS-JENIS INTERAKSI ANTARA GURU DAN PELAJAR
Terdapat beberapa jenis interaksi bilik darjah iaitu Interaksi sehala, dua hala, kumpulan, antara kumpulan,
interaksi sosial (Shahabuddin et, al, 2007).

6

INTERAKSI • Kaedah lama dalam cara mengajar oleh guru kepada
SEHALA pelajar.

INTERAKSI • Dalam kaedah ini,pelajar dipaksa untuk menerima
DUA HALA segala ilmu yang diberikan oleh guru sama ada secara
arahan atau penerangan.
INTERAKSI
KUMPULAN • Amalan yang diamalkan oleh guru dalam kaedah ini
adalah authoritarian iaitu pelajar tidak mempunyai
kuasa untuk berinteraksi dengan rakan yang lain.

• Kaedah ini berlaku apabila guru bertanya kepada pelajar
dan pelajar menjawab atau pelajar bertanya kepada guru
dan guru menjawab.

• Tiada berlakunya interaksi antara rakan sebaya.
• Interaksi ini membuatkan pelajar menjadi bosan dan

rimas kerana mereka perlu memasukkan fakta yang
terlalu banyak dalam minda mereka.
• Guru banyak mendorong pelajar untuk menjadi aktif
seperti menyoal dan menjawab soalan.

• Berlaku dalam aktivit berkumpulan seperti melakukan
projek atau perbincangan.

• Menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam P&P
• Diwujudkan supaya pelajar dapat berinteraksi antara

satu sama lain.
• Memupuk sikap positif,bekerjasama dan toleransi antara

pelajar.
• Pelajar akan menjadi berani untuk berbincang dan

bertanyakan soalan dalam kumpulan.

7

INTERAKSI • Kaedah ini berlaku setelah pelajar mengadakan sesi
ANTARA perbincangan dan seterusnya melakukan
KUMPULAN pembentangan di kelas.

• Sesi pertanyaan soalan berlaku antara kumpulan dan
ahli kumpulan lain semasa pembentangan atau selepas
pembentangan.

INTERAKSI • Berlaku apabila mesej yang disampaikan diterima dan
BERKESAN difahami dengan jelas oleh penerima.

• Maklumat salah yang diterima boleh mencetuskan
konflik antara penyampai dan penerima.

• Sentiasa bersikap positif dan ramah mesra.
• Menggunakan Bahasa yang mudah untuk difahami.
• Menggunakan nama pelajar ketika berinteraksi.

RUMUSAN

Kita dapat lihat perbezaan tahap interaksi antara guru dan pelajar yang sesuai untuk segi pengajaram dan
pembelajaran dalam kelas.Guru juga seharusnya bijak mempelbagaikan kaedah interaksi antara pelajar
seperti menjalankan aktiviti kumpulan kerana aktiviti terbabit dapat meningkatkan komunikasi para pelajar
dan terlibat secara aktif semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan di dalam kelas.

RUJUKAN

• https://myguru.upsi.edu.my/documents/2019/courses/KPS3014/material/K01947_201903060938
37_Topik%202%20Interaksi%20dan%20Pembelajaran.pdf

• Ahmad,C.,Shaharim,S.,Yahaya,A. (2016) . Kesesuaian Ppersekitaran Pembelajaran, Interaksi
Guru-Pelajar, Komitmen Belajar Dan Keselesaan Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar
Biologi.Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia,6(10),2232-0393

8

TAJUK 3 : KAJIAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar
mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh
guru,menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi
kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang
dirancang (Nurlia Mohamad,komunikasi peribadi, 26 Disember 2012). Pengurusan pembelajaran
merupakan aspek utama dalam proses PDP.Pengurusan yang teratur dan efisien mampu menjamin
keberkesanan dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik murid.Pendekatan pengurusan pembelajaran
PDP kontemporari cenderung melibatkan proses terancang berlandaskan garis panduan (Michael, 2018)
yang telah ditetapkan secara kolektif oleh pihak kementerian. Dalam bilik darjah guru bertanggungjawab
sebagai pengurus, pemudahcara, pakarrujuk, penilai pendidik mahupun fasilitator. Seorang guru
perlu meningkatkan keperibadian diri sebagai seorang pendidik yang berjiwa bersih dan mempunyai
komitmen yang tinggi sebelum membimbing orang lain.

OBJEKTIF PEMBELAJRAN
Topik ini membincangkan tentang:

• Pengertian pengurusan pembelajaran dan tahap pengurusan pembelajaran guru di sekolah.
• Peranan guru dalam melaksanakan pengurusan pembelajaran dalam bilik darjah.

PERANAN GURU KETIKA DALAM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
• Melaksanakan pembinaa jadual waktu pengajaran dan pembelajaran.
• Menyediakan rancangan RPH iaitu Rancangan Pelajaran Harian untuk sesi pengajaran.
• Menyediakan bahan-bahan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.
• Perancangan yang sistematik dengan mengenal pasti perbezaan latar belakang murid.
• Pengajaran yang dilaksanakan adalah seiring dan bersesuaian dengan apa yang telah dirancang.
• Tindakan pelaksanaan yang telah dilakukan perlulah dinilai keberkesanannya.
• Melakukan penilaian pengajaran dan seterusnya melakukan penambahbaikan.

9

BAHAN-BAHAN DAN ALAT PELAJARAN
Contoh bahan dan alat bantuan mengajar yang digunakan :

Buku teks Komputer Pita
rakaman

Buku Projektor Kad
rujukan gambar

RUMUSAN

Guru-guru perlu menjalankan tanggungjawab mereka secara sistematik berdasarkan panduan yang disebut
dalam pengurusan pembelajaran. Antara perkara yang perlu dilakukan oleh guru dalam pengurusan
pengajaran dan pembelajaran ialah menyediakan perancangan pengajaran iaitu menulis buku rekod
mengajar, menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran, menggunakan sumber pengajaran yang
bersesuaian, membuat perancangan dan pelaksanaan penyampaian dan membuat perancangan dan
pelaksanaan penilaian.Dengan menggunakan panduan dan alat pembelajaran yang ada,guru akan
melaksanakan sesi pembelajaran dengan baik dan berkesan.

RUMUSAN

• Batjo,N.,Ambotang,A.,Taat,M.Mosin,M.,Shaari,A.,Talip,R. Pengaruh Pengurusan Pengajaran dan
Pembelajaran Terhadap Kualiti Guru Sekolah Rendah Luar Bandar di Sabah . Journal of
Civilizational Studies and Human Sciences, 4(2), 013-031

• Amin,R. (2013). Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sekolah Rendah Kebangsaan Di Zon
Bandar Daerah Kota Tinggi .Dimuat turun daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/39043/1/RaedahMdAminMFP2013.pdf

10

TAJUK 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

PENGENALAN

Kepimpinan merupakan aktiviti yang dilakukan untuk mempengaruhi dan dapat menggerakkan manusia
untuk bekerja kearah mencapai matlamat melalui pembinaan hubungan dalaman serta memecahkan tradisi
demi untuk mencapai objektif organisasi (Van Schalkwyk 2011)Kepimpinan juga merupakan usaha untuk
mempengaruhi insan lain untuk mencapai hasil yang diinginkan (Cuban 1988).Kejayaan dalam sistem
pendidikan sesebuah negara dikaitkan dengna kecemerlangan kepimpinan di sekolah bermula dari
peringkat rendah hingga peringkat yang lebih tinggi. Robbins (2015) menjelaskan bahwa struktur
organisasi adalah bagaimana tugas-tugas pekerjaan secara formal dibagi,dikelompokan, dan
dikoordinasikan. Seorang pemimpin yang cekap dalam mengurus, melaksanakan tugas yang diamanahkan,
boleh mengawal organisasi, menganalisis perubahan yang berlaku dalam organisasi yang dipimpin dan
merancang adalah seorang pemimpin yang amat diperlukan dalam memastikan kecemerlangan sesebuah
organisasi yang ditadbir (Ab. Aziz 2000).

STRUKTUR ORGANISASI

Struktur organisasi merupakan satu elemen dalam organisasi yang perlu dibentuk selaras dengan matlamat
yang hendak dicapai oleh organisasi tersebut.Struktur organisasi yang formal merupakan asas kepada
sebarang tindakan yang hendak diambil oleh pengetua sesebuah sekolah.Untuk memastikan keberkesanan
sesebuah sekolah,struktur yang dibentuk perlulah bersesuaian dengan organisasi tersebut.Hal ini
kerana,struktur organisasi menentukan bagaimana pekerjaan dalam organisasi itu
dibahagikan,dikumpulkan dan dikoordinasikan secara formal dan berkesan.

KEPIMPINAN BERKESAN

Di dalam organisasi mahupun institusi pendidikan, kepimpinan berkesan menjadi tunjang utama kepada
kejayaan dan kejatuhan sesebuah institusi pendidikan. Bagi mensasarkan pencapaian melalui ahliorganisasi
di peringkat yang lebih tinggi serta di sekolah, emosi dan kognitif ahli organisasi adalah cabaran yang perlu
diuruskan oleh pemimpin dan mereka juga perlu mengurus emosi mereka sendiri ke arah mengamalkan
kepimpinan berkesan (Grobler, 2014).Seterusnya,pemimpin yang berkaliber dan berkesan mampu untuk
membantu organisasi mencapai objektif organisasi tersebut.Seorang pemimpin yang tidak mempunyai visi
dan misi serta hala tuju akan menyebabkan kegagalan sesebuah organisasi.Justeru itu,ciri-ciri kepimpinan

11

berkesan sewajarnya wujud dalam diri setiap pemimpin serta mestilah dipraktikkan oleh setiap pemimpin
dalam memastikan kecemerlangan institusi pendidikan yang ditadbir.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Topik ini menerapkan tentang :

• Kepimpinan yang berkesan serta meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan
• Tanggungjawab seseoran pemimpin dalam menguruskan sesebuah organisasi.

PERANAN PEMIMPIN
• Komitmen terhadap tahap kecemerlangan pelajar dan organisasi sekolah.
• Sebagai role model kepada pelajar.
• Bersikap terbuka terhadap kritikan,kegagalan dan cadangan.
• Mempertahankan kebenaran.
• Telus dalam semua keputusan dan tindakan.
• Menggalakkan hubungan interpersonal yang berkesan dalam organisasi.
• Memberi peluang untuk membangunkan diri kepada semua kakitangan.
• Menggalakkan penyertaan kakitangan dan proses demokratik dalam organisasi.

FAEDAH ORGANISASI TERHADAP PEMIMPIN YANG KOMITMEN
• Pemimpin dan kakitangan berasa gembira dan berpuas hati
• Persainga yang sihat
• Menjadi organisasi yang dihormati dan menjadi kebanggaan negara

CONTOH PEMIMPIN DI SEKOLAH

• Pengetua/Guru besar
• Guru disiplin
• Guru mata pelajaran

12

RUMUSAN
Sebagai seorang pemimpin di sekolah, guru besar dan guru-guru yang lain sangat berperanan penting dalam
mewujudkan kepuasan kerja dalam kalangan guru.Secara keseluruhannya, seseorang pemimpin perlu
mengamalkan kepelbagaian gaya kepimpinan berdasarkan situasi di sekolahnya. Pemimpin adalah
penyebab kepada jatuh bangun kepada sesebuah institusi pendidikan baik bermula dari peringkat rendah
hingga ke peringkat pengajian tinggi. Jelas bahawa pemimpin khususnya dalam bidang pendidikan perlulah
mengambil serius mengenai kepimpinan berkesan. Kualiti seorang pemimpin berkesan memberikan kesan
yang amat besar terhadap kecemerlangan institusi pendidikan.

RUJUKAN
• Abd Wahab, N., & Abdullah, M. Y. (2019). Hubungan gaya kepimpinan dan pengurusan kerja guru
besar dengan kepuasan kerja guru Sekolah Agama Kerajaan Johor. Jurnal Ilmi, 8(1), 136-150.
Guru Sekolah Agama Kerajaan Johor
• Mat, N. C., Ghani, M. F. A., Radzi, N. M., & Jaafar, M. N. C. (2017). Keberkesanan kepimpinan
untuk keamanan institusi pendidikan tinggi majlis Amanah Rakyat. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan
Pendidikan, 4(4), 12-26.
• MUSLIM, N. Kepimpinan Beretika dan Kecemerlangan Organisasi dalam Perkhidmatan Awam.
• Mitrohardjono, M., & Rosyidin, D. (2020). Startegi pengembangan struktur organisasi sekolah
dasar (studi pada sekolah dasar lab school fip umj). Jurnal Tahdzibi: Manajemen Pendidikan Islam,
5(2), 69-80.

13

TAJUK 5 : PENGURUSAN MURID

PENGENALAN
Pengurusan didefinisikan sebagai proses memantau atau menyelaraskan sumber-sumber dengan cekap dan
berkesan selaras dengan matlamat organisasi.Setiap pelajar di sekolah perlu dipantau dan mengambil berat
tentang diri mereka agar guru mudah untuk mengenali serta membantu memperbaiki kelemahan atau
kekurangan yang ada pada pelajar.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
• Mengetahui cara untuk menguruskan maklumat tentang diri pelajar.
• Kepentingan untuk menguruskan maklumat dan diri pelajar.

TUGAS GURU DALAM MENGURUSKAN PELAJAR

Menguruskan rekod pelajar : • Menyediakan maklumat lengkap
mengenai kemajuan pelajar dalam segala
Menggunakan aplikasi Pangkalan Data Murid aspek perkembangan potensi
:
• Ibu bapa dapat mengetahui kebolehan dan
kemajuan anak-anak mereka.

• Pelajar mampu untuk mengetahui
kelebihan yang potensi yang ada pada diri
mereka.

• Digunakan untuk menyimpan segala
maklumat murid dan ibu bapa

• Pengguna utama adalah APBM yang
dilantik sebagai guru besar atau pentadbir
di sekolah.

• Membantu guru kelas dan pentadbir
APBM di PPD dalam menguruskan data
murid

14

Sistem analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) : • Digunakan untuk menyimpan,megumpul
Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) : dan menganalisis data peperiksaan
pelajar.

• Dilakukan secara atas talian yang boleh
dicapai oleh semua pihak iaitu,KPM,JPN
dan PPD.

• Ibu bapa mampu melihat dan memantau
prestasi adademik anak-anak mereka.

• Sekolah dapat mengukur tahap kebolehan
dan pencapaian pelajar.

• Memaparkan slip keputusan serta markah
peperiksaan pelajar secara keseluruhan.

• Dikenali sebagai Sistem Salahlaku Diri
Murid yang hanya tertumpu pada disiplin
murid.

• Merupakan pangkalan data tunggal
pengurusan disiplin murid.

• Mementingkan amalan baik sebagai usaha
menggalakkan amalan nilai-nilai murni
dalam kalangan murid.

• Merekod masalah diri murid.

RUMUSAN
Berdasarkan topik ini,guru amatlah berperanan besar dalam mengurus serta memgambil berat tentang
kebajikan dan sahsiah pelajar.Guru perlu menjadi seorang yang sentiasa peka terhadap perkembangan
pelajar serta sentiasa merekod prestasi pelajar.Guru perlu menggunakan sistem-sistem yang telah
disediakan dengan baik bagi menyimpan dan menganalisis data pelajar dan ibu bapa mereka agar dapat
digunakan pada masa akan datang,

RUMUSAN

• https://myguru.upsi.edu.my/documents/2019/courses/KPS3014/material/K01947_201904081349
02_Topik%205%20Pengurusan%20Murid.pdf

15

TAJUK 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGENALAN
Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas,peranan dan
tanggungjawab mereka kepada pelajar.Seorang guru akan diklasifikasikan sebagai tidak melaksanakan
tugas sekiranya Amanah ii diabaikan walaupun beliau merupakan seorang juara masyarakat yang plaing
komited di luar bilik darjah atau di luar sekolah.Pada asalnya,pengurusan bilik darjah merupakan kemahiran
yang agak sukar dikuasai walaupun banyak teori dan teknik yang telah dipelajari oleh guru pelatih di
univerisiti maupun institusi-institusi peguruan. Sekiranya kemahiran ini dapat dikuasai dan dihayati oleh
guru pelatih, proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah akan menjadi pengalaman yang
menyeronokkan. Bilik darjah yang mempunyai pelajar-pelajar yang bertingkah laku baik menjadikan tugas
pengajaran guru “one of the most wonderful jobs in the world” kerana setiap hari guru mengalami pelbagai
pengalaman yang baru dan berbeza di bilik darjah.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

• Mengetahui asas yang perlu ada dalam diri guru ketika melakukan proses pengurusan bilik darjah.
• Mengetahui cara pengurusan bilik darjah yang berkesan pada masa kini.

ASAS PENGURUSAN BILIK DARJAH “Saya tahu apa yang saya mahu”
Ketegasan “Saya tahu apa yang akan berlaku sekiranya saya
Kepekaan
tidak dapat apa yang saya kehendaki”
Tenang dan konsisten “Saya sentiasa adil dan konsisten dengan pelajar

Berfikiran positif saya”
“Tunjuk dan beritahu pelajar apa yang anda
Berfikiran positif
PENGURUSAN BILIK DARJAH ABAD KE-21 mahua tau harapkan daripada mereka”
“Menenkankan kepada perkara positif”

Menurut KPM (2013),bilik darjah merupakan ruang fizikal sebenar berlakunya pengajaran dan
pembelajaran formal.Guru sama ada mengajar dalam bilik darjah konvensional atau kontemporari abad ke-

16

21,tetap bertanggungjawab secara profesional dalam amalan pengurusan yang berkesan (Manning &
Bucher,2013).Seterusnya,pengurusan bilik darjah juga dikaitkan dengan strategi memastikan keselamatan
baik secara fizikal mahupun psikologi di dalam bilik darjah,teknik mengubah tingkah laku murid dan
mengajar disiplin,susunan aktiviti harian,dan kaedah pengajaran yang membawa perubahan positif dalam
tingkah laku murid (Adeyemo,2012 ; Manning & Bucher,2013; Aliabakri & Bozorgmanesh,2015). Mishra
dan Koehler (2006) menyatakan bahawa perkembangan teknologi pada abad ke-21 adalah amat pantas.
Fenomena tersebut turut memberi impak terhadap bidang pendidikan. Seperti pernyataan Bhasin
(2012), dunia pendidikan moden amat bergantung kepada teknologi sebagai sumber maklumat utama.
Justeru, pengurusan terhadap pengintegrasian teknologi adalah nilai tambah yang perlu
dimasukkan dalam konsep pengurusan bilik darjah abad ke-21.

RUMUSAN
Pengurusan bilik darjah perlu diambil berat oleh setiap guru bagi memastikan keselesaan dan keselamatan
pelajar ketika belajar terjamin.Guru wajarlah sentiasa bersikap kreatif dan inovatif serta bijak dalam
menguruskan keadaan bilik darjah.Dengan adanya kaedah pengurusan bilik darjah,guru akan mudah untuk
melakukan tanggungjawab dan menjadikan ia sebagai panduan untuk sentiasa mengekalkan tahap
keceriaan dalam bilik darjah.

RUJUKAN
• Apak,J.,Taat,M. (2018) . Pengaruh Kesediaan Guru Terhadap Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-
21. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) ,3(4), 6-22
• Dali,M. , Salleh,M . (2019) .Pengurusan Bilik Darjah .Dimuat turun daripada
http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf

17

TAJUK 7 : PENGURUSAN SUMBER PEMBELAJARAN

PENGENALAN
Sumber pelajaran secara umumnya merujuk kepada teks,video,perisian dan bahan-bahan lain yang
membantu pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran.Sumber pembelajaran perlu dinilai kesesuaian
penggunaanya sama ada ia memenuhi kurikulum,pertimbangan sosial dan usia pelajar sebelum digunakan
dalam bilik darjah.Justeru itu,penilaian sumber pembelajaran bergantung kepada kepakaran dan penilaian
profesional guru.Tambahan pula,penggunaan sumber pembelajaran difokuskan kepada pelajar bagi
memudahkan aktiviti pembelajaran,mencapai tahap kefahaman yang tinggi seterusnya mencapai
pembelajaran berkesan.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

• Mengetahui pelbagai jenis sumber pembelajaran yang digunakan dalam bilik darjah
• Mengetahui proses pengurusan sumber pembelajaran

JENIS SUMBER PEMBELAJARAN

Sumber asas : Papan tulis,buku teks

Sumber bukan elektronik : Model,patung,gambar,lukisan

Sumber elektronik : Slaid,radio,televisyen,projektor

Sumber pengalaman : Lakonan,lawatan,projek

CARA PENGGUNAAN SUMBER PEMBELAJARN

• Digunakan sesuai dengan situasi sesi pembelajaran
• Guru perlu merancang penggunaan sumber pembelajaran supaya maklumat yang dicari dijumpai

dengan tepat.
• Guru hendak membimbing pelajar menggunakan sumber pembelajaran
• Aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada sumber yang digunakan sama ada secara

inidvidu atau berkumpulan.

18

FUNGSI PERPUSTAKAAN (PUSAT SUMBER SEKOLAH)
• Mengumpul bahan pembelajaran menerusi pembelian atau barangan terpakai.
• Mengorganisasi bahan-bahan pembelajaran secara sistematik.
• Menyebarkan maklumat berkenaan bahan yang terdapat di PSS.
• Memberi panduan, bimbingan, dan nasihat penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan.

RUMUSAN
Sumber pembelajaran perlu digunakan dengan sebaiknya oleh setiap guru di sekolah.Hal ini kerana,melalui
sumber pembelajaran ini,guru mampu untuk menambahkan lalu mencurahkan ilmu kepada pelajar-pelajar
di sekolah dengan baik.Sumber pembelajaran juga perlu disimpan di tempat yang bersesuaian kerana
sumber ini akan digunakan dalam jangka masa yang lama oleh guru dalam dunia pendidikan .
RUJUKAN

• https://myguru.upsi.edu.my/documents/2020/courses/KPS3014/material/K01947_202010121138
37_Topik%207_Pengurusan%20Sumber.pdf

19

TAJUK 8 : STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH

PENGENALAN
Setiap guru perlu mempunyai strategi dalam menguruskan bilik darjah agar pelajar sentiasa dapat belajar
dalam keadaan yang selesa dan aman.Strategi perlu dirancang dan dibincang agar ia bersesuaian dengan
suasana pelajar dalam bilik darjah.Setiap bilik darjah memerlukan satu suanana yang aman dan ceria agar
dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan tekun dan tenang.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
• Mengetahui strategi yang boleh dilakukan oleh guru dalam mengurus bilik darjah

TIPS PENGURUSAN BILIK DARJAH
Mengetahui latar belakang murid

• Pengetahuan guru mengenai nama dan latar belakang pelajar akan dapat membantu mengeratkan
lagi hubungan dengan pelajar malahan dapat membantu guru pelatih mengawal bilik darjahnya
dengan baik dan cekap. Cara ini akan memudahkan guru pelatih untuk berkomunikasi dan
berinteraksi dengan pelajarnya ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku ataupun ketika
berurusan di luar bilik darjah.

Menetapkan peraturan di bilik darjah
• Guru perlu menetapkan peraturan dan perlu dipersetujui bersama pelajar di bilik darjah untuk
mengawal tingkahlaku pelajar dengan baik. Antara contoh peraturan yang perlu diwujudkan ialah
seperti peraturan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh pelajar ketika guru mengambil
kedatangan pelajar, penggunaan cecair pemadam, bagaimana prosedur pertanyaan guru dan juga
peraturan khusus apabila aktiviti kumpulan dijalankan.Guru perlu tegas dan konsisten terhadap
peratura yang ditetapkan tanpa ada pengecualian mana-mana pelajar.

Melakukan perancangan susunatur bilik darjah
• Susunan yang baik seharusnya membolehkan guru dapat melihat pelajar dengan baik seterusnya
mampu untuk mengendali bilik darjah dengan mudah.Ruang yang kerap digunakan sepatutnya
tidak mmepunyai sebarang bentuk halangan dan mudah dilalui.Pelajar juga perlu berada dalam

20

keadaan selesa dimana mereka boleh melihat guru dan persembahan pengajaran oleh guru tanpa
perlu berpaling atau bergerak kemana-mana.Bahan yang kerap digunakan seperti kad kebenaran
keluar bilik darjah perlu diletakkan di tempat yang sesuai dan tersusun.
Perhiasan bilik darjah
• Perhiasan yang tidak keterlaluan di dalam bilik darjah juga perlu difikirkan oleh guru untuk
meningkatkan keceriaan bilik darjah dan seterusnya mampu untuk meningkatkan motivasi guru
dan pelajar untuk proses pengajaran dan pembelajaran.Guru dicadangkan untuk menyediakan satu
sudut ruang untuk pelajar mengisi masa yang terluang dalam suasana yang berbeza berbanding
bilik darjah mereka tetapi masih mengekalkan budaya belajar pada ruangan tersebut seperti
perpustakaan mini. Ruang ini bolehlah dihiasi dengan hiasan yang ringkas dan unik agar pelajar
merasa selesa dan tenang.

Membina hubungan yang baik antara pelajar
• Setiap guru juga perlu membina dan menjaga hubungan baik dengan pelajar.Ketika menguruskan
pelajar, guru pelatih perlu bersabar dan banyak bertolak ansur untuk memenangi hati pelajar agar
pelajar akan menghormati guru sebagai pendidik mereka. Barbetta (2005) menyenaraikan beberapa
kesilapan dan kekurangan yang dilakukan oleh guru pelatih dalam mengendalikan tingkah laku
pelajarnya. Beliau ada menegaskan bahawa pujian dari guru merupakan satu kaedah yang sangat
bernilai dan berkesan untuk membantu pelajar serta mengubah tingkah laku mereka seterusnya
meningkatkan proses pembelajaran di bilik darjah.

RUMUSAN
Guru perlu sentiasa peka dengan suasana bilik darjah agar pelajar dapat belajar dengan ceria dan
selamat.Hal ini kerana,suasana bilik darjah yang bersih,selamat dan ceria mampu untuk meningkatkan
tahap pembelajaran pelajar serta menstabilkan emosi mereka ketika sesi pembelajaran berlangsung.
RUJUKAN

• https://myguru.upsi.edu.my/documents/2021/courses/KPS3014/material/K01947_202105041840
08_Topik%208_Strategi%20Mengurus%20Bilik%20Pembelajaran%20Extra.pdf

21

TAJUK 9 : PENGURUSAN TINGKAHLAKU

PENGENALAN
Matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah untuk memupuk modal insan dengan kualiti,
disiplin, moral, etika, daya saing dan keseimbangan dalam aspek fizikal, mental, intelektual dan sosial.
Sekolah bertanggungjawab untuk menyatakan hasrat kementerian (Zakaria et al., 2012).Selain berusaha
keras untuk memastikan hasrat ini dapat direalisasikan, sekolah juga memainkan peranan penting dalam
memelihara diri dan menggerakkan potensi pelajar untuk menjadi tonggak negara. Walau bagaimanapun,
proses pembangunan modal insan tidak mudah kerana negara ini menghadapi pelbagai masalah yang sering
menghalang perancangan tersusun.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
• Mempelajarai tentang perkara yang perlu dilakukan oleh guru dalam menguruskan tingkahlaku
pelajar.

PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH
Disiplin merujuk kepada kod tingkah laku baik yang dirumuskan oleh kumpulan masyarakat atau institusi
untuk meningkatkan kehidupan masyarakat (Panduan Umum Disiplin Sekolah, 1981: 1). Lebih-lebih lagi,
disiplin adalah cara berfikir yang teratur yang dapat memupuk rasional, keyakinan diri serta ketekunan
seseorang. Selain itu, disiplin di persekitaran sekolah adalah sekumpulan peraturan langsung yang mengatur
tingkah laku pelajar melalui hukuman atau ganjaran. Kedua,disiplin dianggap sebagai bentuk latihan yang
memupuk minda, badan, dan sikap pelajar di sekolah.Menurut Moles (1989), salah satu tujuan utama
disiplin pelajar sekolah adalah untuk memastikankeselamatan dan kesejahteraan pelajar. Ini membolehkan
jabatan pengurusan disiplin sekolahmemberitahu pelajar mengenai peraturan sekolah yang telah
diumumkan.

22

FAKTOR PEMBENTUKAN DISIPLIN PELAJAR
Latar belakang dan kehidupan keluarga.

• Bila orang tua sejak dari kecil terbiasa hidup dalam lingkungan keluarga dan orang sekeliling yang
keras, pemabuk,tidak memiliki disiplin, tidak menghargai orang lain, bertingkah laku semaunya,
maka kebiasaan itu akan terbawa ketika orang tua membimbing dan menanamkan disiplin pada
anaknya.

Sikap dan karakter orang tuanya.
• Faktor ini sangat mempengaruhi cara- cara orang tua dalam mananamkan sikap disiplin pada
anaknya. Orang tua yang mempunyai watak otoriter, suka menguasai, selalu menganggap diri
sentiasa benar dan tidak memperdulikan pendapat orang lain, akan cenderung membina disiplin
anak-anaknya secara otoriter.

Latar belakang pendidikan dan status sosial ekonomi keluarga.
• Orang tua yang mempunyai pendidikan menengah keatas dan memiliki status sosial ekonomi yang
baik, dalam arti dapat memenuhi keperluan dan kehendak keluarga dari segi kewangan,kesihatan,
dan pendidikan dapat mengupayakan pendidikan dan pembentukan disiplin yang lebih terencana,
sistematis, dan terarah, dibanding dengan keluarga yang mempunyai pendidikan rendah, dan
ekonomi yang rendah tidak mampu memenuhi kehendak hidup seharian.

Kekuatan dan keharmonian dalam keluarga
• Sebuah keluarga akan menjadi tidak harmoni secara struktural, salah satu sebabnya adalah ibu atau
ayah tidak lagi bersama-sama dalam keluarga.Ia akan memberi pengaruh negatif terhadap
penanaman disiplin pada anak.

PERATURAN HUKUMAN DI SEKOLAH
Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 juga memperuntukkan prosedur yang perlu
dipatuhi bagi menjalankan hukuman rotan. Intipati peraturan tersebut adalah seperti berikut:

23

• Murid perempuan adalah dikecualikan daripada hukuman rotan
• Hukuman rotan ke atas murid-murid lelaki hendaklah menggunakan rotan yang ringan dikenakan

sama ada di tapak tangan atau punggung yang berlapik dengan pakaian.
• Hanya guru besar atau guru yang diberikan kuasa sahaja yang boleh melakukannya.
• Semua hukuman yang dijalankan hendaklah direkodkan dengan menyatakan jenis salah laku

bilangan sebatan, bahagian anggota yang dirotan, nama dan tandatangan perotan dan saksi semasa
hukuman rotan dilaksanakan. Kemudian, rekod tersebut akan disimpan secara sulitmengikut bentuk
yang diluluskan oleh pendaftar.
• Guru yang dipertanggungjawab melaksanakan hukuman rotan bukanlah melakukan berdasarkan
perasaan dendam atau marah kepada murid tetapi ia adalah sebahagian daripada proses mendidik.
Tindakan yang dikenakan terhadap murid seharusnya difahami oleh semua pihak iaitu sebagai alat
untuk mendisiplinkan murid bukannya sebagai alat untuk mencederakan fizikal dan mental murid.
• Hukuman rotan di khalayak ramai sama ada di tapak perhimpunan atau di tempat berlangsungnya
proses pengajaran dan pembelajaran adalah tidak dibenarkan sama sekali.Tindakan ini boleh
menjatuhkan maruah dan memberi impak negatif yang lebih besar terhadap keperibadian murid.

RUMUSAN

Bidang pendidikan merupakan antara bidang yang penting dalam sesebuah negara. Pembangunan
pendidikan tidak dapat lari daripada pembangunan murid itu sendiri kerana murid atau murid merupakan
subjek sepada pendidikan itu. Dalam hal ini, murid perlu dikawal tingkahlakunya bagi memastikan sahsiah
diri mereka tetap dijaga apabila mereka meningkat dewasa. Atas dasar ini, pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia telah mengeluarkan garis panduan dalam pelbagai bentuk untuk menangani masalah disiplin
murid. Oleh kerana itu hal ehwal disiplin mestilah diambil berat oleh pihak sekolah.

RUJUKAN

• Etum,S., Mydin,A., Abdullah,A.,(2021) . Pengaruh Pengurusan Disiplin Sekolah, Tingkah Laku
Buli Murid dan Estim . Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) ,6(10), 303-
312

• Zulkifli,A. , Mohamed,S.(2019) . Tahap Pengetahuan Guru dalam Mengurus Tingkah Laku
Murid Berkeperluan Khas (MBK) . Jurnal Wacana Sarjana , 3(4), 2600-9501

• Laugi,S. (2019) . Penerapan Tata Tertib Sekolah untuk Membangun Disiplin Siswa di SMA Negeri
1 Konawe . Dinas Pendidikan dan Kebudayaan Kabupaten Konawe , 25(2), 1-20

24

TAJUK 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

PENGENALAN
Setiap sekolah perlu mempunyai penasihat untuk pelajar.Tujuannya untuk membantu dalam menyelesaikan
masalah disiplin atau masalah peribadi yang dihadapi oleh pelajar.Sesetengah pelajar memerlukan
bimbingan dari guru penasihat dalam menentukan keputusan yang mereka harus tetapkan demi masa depan
mereka.

KOMPONEN PENGURUSAN PENASIHAT MURID

Bimbingan Penasihatan
• Satu konsep yang • Memberi nasihat ialah

berkaitan dengan cara strategi menyelesaikan

membantu orang lain masalah tanpa

atau suatu usaha memikirkan perasaan

menyediakan individu yang terlibat

pengalaman untuk (Zuraidah 1994).

membantu pelajar • Berbentuk arahan atau

memahami diri (Amla et suruhan daripada

al.2006) seorang yang dianggap

• Bimbingan tidak lebih berautoriti kepada

memaksa seseorang itu orang lain.Orang yang

mengikut arah yang berautoriti ini adalah

tertentu,melainkan lebih

membantu atau berpengalaman,banyak

menolong individu pengetahuan,mempunyai

mengikut arah yang kelayakan dan

sesuai denganya. pengiktirafan.

25

PROSES BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

Fasa 1: Kesedaran Fasa 2: Menguasai Fasa 3: Proses Fasa 4: Proses Fasa 5: Analisis
guru sebagai kemahiran- mengenali pelajar membimbing penilaian

pembimbing dan kemahiran asas pelajar
penasihat pelajar bimbingan dan

penasihatan

RUMUSAN
Bimbingan dan nasihat yang diberikan perlulah bersesuaian dan tidak mengguriskan hati pelajar.Proses ini
mmebantu dalam meningkatkan keyakinan pelajar serta mematangkan fikiran mereka dalam membuang
keputusan.Tugas seorang guru penasihat perlu sentiasa mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi
oleh pelajar dan sentiasa bersedia mmeberik sokongan dan dorongan serta pendapat dalam menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh pelajar.

RUJUKAN
• https://myguru.upsi.edu.my

26

TAJUK 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

PENGENALAN
Budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggota-anggota masyarakat.Perlakuan
manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain, seperti norma, nilai, peraturan, adat resam,
kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Perlakuan ini adalah hasil dari berbagai-bagai proses dan ini
juga yang melahirkan berbagai-bagai peralatan budaya.Menurut Edward B.Tylor, Kebudayaan merupakan
satu keseluruhan yang kompleks mengandungi ilmu, pengetahuan,kepercayaan, kesenian, kesusilaan,
undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai
anggota masyarakat.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

• Mengetahui pengurus pelbagai budaya yang dilakukan oleh guru dalam kelas

KONSEP PELBAGAI BUDAYA
Kepelbagaian budaya merupakan konsep atau idea yang berkaitan kepercayaan, pengakuan dan
pengiktirafan terhadap keanekaragaman dan unsur kepelbagaian budaya dan etnik yang wujud yang
mempengaruhi gaya hidup, pengalaman sosial dan identiti peribadi sesuatu bangsa. Kepelbagaian budaya
merangkumi pemahaman, penghargaan dan penilaianterhadap budaya seseorang dan etnik masyarakat.
Dengan itu, konsep kepelbagaian budaya adalah konsep pendidikan yang memberi peluang pendidikan
kepada semua murid yang berbeza daripada aspek etnik, keturunan,bahasa, adat resam dan budaya untuk
mendapat pendidikan yang adil dan sama rata dan berinteraksi serta memahami setiap rakan dalam bilik
darjah dengan baik.

CIRI PEMBELAJARAN PELBAGAI BUDAYA DALAM KELAS

Berpusatkan pelajar Pelajar berperanan penting dan guru sebagai
Penggunaan komputer pembimbing atau fasilitor dan pembelajaran
meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan
Alat penting untuk kelas abad ke 21 yang sangat
membantu dalam pengajaran dan pembelajaran.

27

Pembelajaran aktif Penglibatan yang lebih aktif sama ada dengan
Pembelajaran kendiri perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan
Persekitaran yang kondusif komputer.
Pelajar faham dan mematuhi peraturan Kelas boleh berfungsi dengan pelbagai aras
pembelajaran dengan pelajar memainkan peranan
Saling hormat-menghormati yang lebih aktif.
Suasana dan persekitaran tidak terlalu sesak dan
Pelajar bertanggungjawab terhadap kerja mereka peralatan mengajar yang asas seperti papan putih
Penilaian berasaskan pencapaian interaktif dan LCD projektor.
Pembelajaran kolaboratif Proses pembelajaran dirancang dengan teliti dan
tersusun berdasarkan kepada peraturan kelas,
prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi
memudahkan pelajar sentiasa berada dalam
landasan yang betul.
Keperluan saling hormat menghormati antara guru
dan pelajar dan guru perlu menggalakkan pelajar
berucap dengan yakin dan menghargai pendapat
mereka. Pelajar perlu belajar bekerjasama dan
menghormati rakan sekelas.
Pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam
pembelajaran kerana mereka akan lebih
bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka.
Guru sentiasa menjalankan penilaian dengan
pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu
bentuk ujian sahaja.
Pembelajaran secara berkolaborasi perlu
diaplikasikan kerana ia merupakan kaedah paling
berkesan dalam pembelajaran yang berkesan.

RUJUKAN

• Tamuri,P. (September 2017) . Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kepelbagaian Budaya : Harapan
dan Cabaran Dimuat turun daripada
https:/Downloads/PA21dalamkepelbagaianbudayacabarandanharapan.pdf

28

TAJUK 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

PEMULIHAN
Satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas
membaca, menulis, dan mengira yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran.Program ini dijalankan
oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN

• Pasif
• Malas
• Cepat bosan
• Menggangu rakan

PERANAN GURU

• Menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personality pelajar
• Membentuk personality baik dalam diri setiap orang pelajar

GAYA PEMBELAJARAN YANG DIGUNAKAN

Visual • Melihat teks atau buku,papan
Auditori • Lebih mengingati dan memahami arahan
• Menggunakan arahan atau secara lisan
Kinestetik • Mengukuhkan ingatan degan mendengar

rakaman audio dan berbincang dengan
guru.
• Belajar melalui pengalaman menerusi
penglibatan aktif dalam aktiviti kelas
• Mampu mengingati sesuatu dengan baik
dan berkesan.

RUJUKAN

• https://myguru.upsi.edu.my/documents/2020/courses/KPS3014/material/K01947_202010121146
27_Topik%2012_Pengurusan%20Pelbagai%20Upaya.pdf

29

TAJUK 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

SEKOLAH
Secara umumnya telah mengetahui bahawa sekolah adalah sebuah tempat untuk mengajar dan
belajar,tempat untuk memberidan menerima pendidikan formal. Sekolah dianggap sebagai pusat menimba
ilmu khususnya kepada kanak-kanak, ia bermuladari peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah
menengah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

MASYARAKAT
Masyarakat merupakan sekelompok individu yang berusaha untuk menyelenggarakan pendidikan atau
membantu menjalankan program pendidikan, maka penyertaan dari masyarakat untuk sekolah amatlah
penting. Tanpa penyertaan masyarakat,sekolah hanya sebuah organisasi yang tidak dapat memenuhi
keperluan masyarakat.

HUBUNGAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT
Menurut Kindred Leslie, dalam bukunya yaitu “School Public Relation” mengemukakan pengertian
hubungan sekolah dengan masyarakat yaitu sebagai berikut: “hubungan sekolah dengan masyarakat adalah
suatu proses komunikasi antara sekolah dengan masyarakat untuk berusaha menanamkan pengertian warga
masyarakat tentang keperluan dari karya pendidikan serta pendorong minat dan tanggung jawab masyarakat
dalam usaha memajukan sekolah”. Sekolah merupakan lembaga sosial yang tidak dapat dipisahkan oleh
masyarakat, begitupun sebaliknya masyarakat tidak dapat dipisahkan dari sekolah.Hal ini kerana, keduanya
saling mempunyai kepentingan, sekolah merupakan Lembaga formal yang bertujuan untuk mendidik,
melatih serta membimbing generasi muda untuk masa depan.

RUMUSAN
Sekolah dan masyarakat merupakan dua hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Sekolah sebagai tempat
belajar dan masyarakat sebagai tempat mengaplikasikan dan menggunakan hasil pembelajaran. Oleh sebab
itu hubungan sekolah dan masyarakat merupakan bentuk komunikasi eksternal yang dilakukan atas dasar
tanggung jawab dan tujuan.Disarankan bagi pihak sekolah agar dapat mengadakan lebih banyak lagi
programdi sekolah maupun di sekitar masyarakat.Hal ini dapt mengelakkan daripada terjadinya kekurangan

30

untuk sentiasa menuju ke hadapan, masyarakat juga harus bersikap aktif dalam pembangunan sekolah
sehingga dapat membantu apa saja yang diperlukan oleh sekolah tersebut.Oleh itu, akan terjalin hubungan
kerja sama yang baik antara sekolah maupun masyarakat.
RUJUKAN

• Nurfajriah, S. Prihantini, Kuswanto .(2021) .Pengelolaan Hubungan Sekolah dan Masyarakat
Untuk Meningkatkan Mutu Pendidikan Di Sekolah Dasar. Jurnal Kependidikan Dasar, 11(2),2087-
2666

31

TAJUK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

KONSEP PENGAJARAN
Pengajaran merupakan suatu proses yang melibatkan aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian,
dan memberikan maklumbalas untuk guru dan pelajar.Pengajaran bertujuan untuk menyebarkan ilmu
pengetahuan atau sesuatu kemahiran kepada pelajar. Matlamat pengajaran ialah bagi melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis, berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia. Keberkesanan pengajaran dinilai
berdasarkan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai melalui proses pengajaran yang dilaksanakan.

TUJUAN MERANCANG PENGAJARAN
• Memenuhi masa yang diperuntukan
• Menepati kehendak objektif/matlamat
• Berkesan sepanjang waktu pengajaran
• Menarik perhatian dan tidak membosankan

PERSEDIAAN SEBELUM MENGAJAR
• Menulis dan merangka persediaan pengajaran
• Persediaan ilmu pengajaran dan isi pelajaran diajar
• Menyediakan bahan mengajar
• Menyediakan peralatan pengajaran yang mencukupi
• Persediaan dari segi ruang pengajaran yang selesa
• Persediaan kemahiran untuk sesi pengajaran.

RUMUSAN
Sebagai seorang guru,setiap persediaan perlu diteliti dengan baik agar sesi pembelajaran berjalan dengan
lancar.Pelajar akan lebih memahami jika guru mempunyai ilmu yang cukup ketika mengajar.Bahan-bahan
yang digunakan juga membantu dalam meningkatkan keseronokkan ketika mengajar.Oleh itu,persediaan
yang dilakukan amat memberi impak kepada guru dan pelajar.

32

RUJUKAN
• https://myguru.upsi.edu.my/documents/2020/courses/KPS3014/material/K01947_202010121151
09_Topik%2014_Pengurusan%20Alam%20Pembelajaran.pptx.pdf

33


Click to View FlipBook Version