The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Unit Pembangunan Kerjaya OC, 2020-03-13 03:14:56

Laporan Re-Orientasi JPA 2018

Laporan Re-Orientasi JPA 2018

LAPORAN
PELAKSANAAN

PROGRAM
RE-ORIENTASI 2018

Graduan Perubatan, Pergigian dan Farmasi
Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

DEWAN UTAMA, KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF),
PUTRAJAYA
22 SEPTEMBER 2018

ISI KANDUNGAN
LAPORAN

PERKARA M/S

1. TUJUAN 1
2. LATAR BELAKANG 1
3. OBJEKTIF 2
4. KEHADIRAN GRADUAN 3
5. PELAKSANAAN PROGRAM 3
6. PENGISIAN PROGRAM 6
7. MAKLUM BALAS PESERTA 9
8. RUMUSAN & PENUTUP 15

LAMPIRAN

1. GAMBAR PROGRAM
2. LAMPIRAN A: TENTATIF
3. LAMPIRAN B: SLAID
4. LAMPIRAN C: SLIDO.COM

BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN (BMI),
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
22 SEPTEMBER 2018

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM RE-ORIENTASI
GRADUAN PERUBATAN, PERGIGIAN DAN FARMASI
TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) TAHUN 2018
___________________________________________________________________

1. TUJUAN

1.1 Laporan ini bertujuan memaklumkan pihak pengurusan Bahagian
Pembangunan Modal Insan (BMI) mengenai pelaksanaan Program Re-
Orientasi Graduan Perubatan, Pergigian dan Farmasi tajaan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tahun 2018.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Program re-orientasi ini telah memberi fokus kepada graduan perubatan,
pergigian dan farmasi tajaan JPA dengan tujuan untuk memberi lebih
pemahaman kepada graduan mengenai bidang kuasa kementerian dan
agensi dalam melaksanakan urusan berhubung kerjaya, penjelasan
berhubung dasar-dasar semasa khususnya berkaitan isu pengambilan,
platform bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu tular yang
membelenggu graduan, penyampaian maklumat berhubung prosedur
pendaftaran dengan badan-badan professional, permohonan jawatan,
prosedur penempatan latihan siswazah dan seterusnya keperluan
menunaikan ikatan kontrak berkhidmat kepada Kerajaan.

2.2 Selain itu, program ini juga turut memberi peluang kepada graduan untuk
mengukuhkan lagi networking bersama kementerian dan agensi yang
bertanggung jawab dalam melaksanakan urusan peringkat penajaan
pelajaran sehingga ke penempatan ke alam pekerjaan.

2.3 Kementerian dan agensi yang terlibat di dalam program ini ialah
Bahagian Pembangunan Modal Insan (Unit Pengurusan Perjanjian dan
Kontrak), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Bahagian Pengambilan),
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Perubatan Malaysia

1

(MMC), Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan Lembaga Farmasi
Malaysia (LFM).

2.4 Program secara tahunan ini merupakan lanjutan daripada program-
program yang telah dilaksanakan kepada graduan perubatan, pergigian
dan farmasi bermula dari tahun 2016. Walau bagaimanapun,
pelaksanaan program sebelum ini hanya bertumpu kepada graduan
tajaan di luar negara sahaja dan dilaksanakan dalam bentuk taklimat.
Mengambil kira penambahbaikan dan pendekatan baharu,
pelaksanaannya pada tahun ini turut melibatkan semua graduan bidang
perubatan, pergigian dan farmasi tajaan JPA dari dalam negara dengan
memberi fokus kepada format baru program secara forum untuk
memastikan komunikasi dua hala dapat dilaksanakan dengan lebih
berkesan.

2.5 Butiran pelaksanaan program adalah seperti berikut:

Tarikh : 22 September 2018 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 1.30 petang
Tempat : Dewan Utama, Kementerian Kewangan Malaysia,
Putrajaya.

3. OBJEKTIF

3.1 Objektif utama pelaksanaan program ini adalah seperti berikut:

(a) Memberi penjelasan mengenai dasar-dasar semasa dan prosedur
terkini pengambilan pegawai perubatan, pergigian dan farmasi ke
dalam Perkhidmatan Awam; dan

(b) Memberi penjelasan mengenai prosedur pendaftaran graduan
dengan majlis professional berkaitan, prosedur lapor diri kepada
JPA dan permohonan jawatan di Portal SPA8i bagi mengelakkan

2

kelewatan memenuhi proses-proses terbabit yang akan memberi impak
kepada tarikh pelantikan.
(c) Menjadikan program ini sebagai platform bagi tujuan temuseru
graduan dan juga pihak-pihak yang berkepentingan bagi
menjelaskan isu-isu yang berbangkit.

4. KEHADIRAN GRADUAN

4.1 Jemputan taklimat re-orientasi ini telah dimajukan oleh Unit
Pembangunan Kerjaya (Unit OC) melalui email kepada 2,625 graduan
tajaan JPA dalam dan luar negara yang telah menamatkan pengajian
dari bulan Januari hingga Ogos 2018. Jemputan telah dilaksanakan
melalui emel pada 4 September 2018 dan disusuli dengan dua
peringatan melalui emel dan SMS blast pada 7 September 2018 dan 13
September 2018. Pengesahan kehadiran telah dilaksanakan melalui
kaedah google form.

4.2 Daripada jumlah tersebut, seramai 576 graduan telah menyatakan
persetujuan (RSVP) untuk hadir.

5. PELAKSANAAN PROGRAM

5.1 Setelah program dilaksanakan, seramai 551 orang graduan (95%) telah
hadir ke program ini berbanding 576 graduan yang menyatakan
persetujuan (RSVP) awal.

5.2 Ringkasan maklumat demografi kehadiran graduan adalah seperti
berikut:

3

(a) Kehadiran graduan mengikut bidang:

BIDANG PENGAJIAN RSVP HADIR TIDAK
HADIR
i) PERUBATAN 302 290
ii) PERGIGIAN 140 134 12
iii) FARMASI 134 127
576 551 6
JUMLAH (95%)
KESELURUHAN 7

25

127

FARMASI
PERGIGIAN
290
PERUBATAN

134

(b) Kehadiran mengikut jantina:

161
LELAKI
PEREMPUAN

390

4

(c) Kehadiran mengikut kaum:

3
80

101
367

MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN
(d) Kehadiran mengikut negara pengajian

U.K. 8

RUSIA 9

MESIR 29

MALAYSIA 409

JORDAN 50

IRELAND 2

INDONESIA 4

INDIA 40
0 50 100 150 200 250 300 350 400 450

5

5.3 Unit ini juga menerima maklumbalas berhubung punca ketidakhadiran
sepertimana berikut:

(a) Telah memulakan housemenship/mendapat penempatan;
(b) Graduan telah melengkapkan kesemua prosedur lapor diri (JPA),

permohonan pendaftaran (MMC/MDC/LFM) dan permohonan pekerjaan
SPA8i (SPA);
(c) Lokasi yang jauh;
(d) Kos perjalanan dan penginapan perlu ditanggung oleh graduan;
(e) Terdapat graduan yang masih belum menamatkan pengajian;
(f) Terdapat graduan yang masih belum pulang ke Malaysia kerana masih
menduduki peperiksaan di luar negara; dan
(g) Bercuti ke luar negara bersama keluarga.

6. PENGISIAN PROGRAM

6.1 Sesi Forum

(a) Pengisian bagi program ini merangkumi sesi taklimat dan interaksi dua
hala (soal jawab) serta dijalankan dalam bentuk forum bersegmen
dengan penggabungan beberapa kementerian dan agensi. Sesi forum
tersebut dikendalikan oleh seorang moderator dengan kementerian dan
agensi yang terlibat diberi peluang untuk membuat pembentangan
ringkas menggunakan slaid berkaitan perkara-perkara yang dirasakan
penting.

(b) Sesi forum tersebut dibahagikan kepada dua (2) segmen seperti berikut:

i. Forum Segmen 1:
 Kontrak Biasiswa Persekutuan oleh JPA.

6

 Proses Pengambilan ke dalam Perkhidmatan Awam oleh
SPA.

 Proses Penempatan Pegawai Perubatan, Pergigian dan
Farmasi oleh KKM.

ii. Forum Segmen 2:
 Prosedur Permohonan Pendaftaran oleh MMC, MDC dan
LFM.

(Aturcara program adalah seperti di Lampiran A dan slaid taklimat yang
disediakan oleh ahli panel yang terlibat boleh di rujuk di Lampiran B)

6.2 Sesi Soal Jawab

(a) Sesi soal jawab dilaksanakan setelah kedua-dua sesi forum selesai bagi
memberi peluang kepada graduan bertanyakan soalan dan
mendapatkan jawapan secara terus berkenaan dengan dasar-dasar dan
isu-isu semasa. Selain daripada sesi soal jawab secara bersekemuka,
peserta juga boleh bertanyakan soalan menerusi aplikasi interaktif atas
talian yang disediakan iaitu slido.com. Aplikasi ini disediakan sebagai
alternatif dan memberi impak berhubung analisa trend soalan/isu yang
sering diutarakan oleh pelajar tajaan. Ia juga dapat memberi manfaat
kepada penganjur, kerana soalan-soalan yang dikemukakan oleh
peserta dapat terus direkod untuk rujukan di masa akan datang.

(b) Sebanyak 29 soalan secara bersemuka telah diajukan oleh peserta dan
telah dijawab secara terus oleh ahli panel forum. Manakala sebanyak
266 soalan telah diajukan menerusi aplikasi slido.com dan daripada
jumlah tersebut, sebanyak 21 soalan telah dijawab secara terus oleh ahli
panel. Antara soalan yang dikemukakan menerusi aplikasi slido.com
boleh dirujuk di Lampiran C.

7

(c) Antara persoalan utama yang telah diutarakan oleh graduan semasa
sesi tersebut adalah seperti berikut:

i. Status terkini berkaitan jumlah pelantikan kontrak dan tempoh
masa menunggu bagi pelantikan seterusnya;

ii. Proses/struktur pengambilan oleh SPA/KKM dan kaedah
pelaksanaan tapisan dan senarai keutamaan (ranking);

iii. Kaedah pelaksanaan lantikan tetap dan penempatan selepas
tempoh lantikan kontrak berakhir;

iv. Langkah dan hala tuju yang diambil oleh KKM bagi memastikan
jumlah pengambilan pegawai perubatan, pergigian dan farmasi
sentiasa konsisten dan bertambah;

v. Status ikatan kontrak perjanjian berkhidmat sekiranya tidak
mendapat pelantikan tetap jawatan selepas tamat tempoh
kontrak disebabkan ketiadaan kekosongan perjawatan;

vi. Isu penggantungan kontrak berkhidmat sekiranya berkeinginan
untuk melanjutkan pelajaran ke bidang kepakaran atau sub-
kepakaran;

vii. Keutamaan lantikan kepada graduan tajaan JPA berbanding
graduan persendirian dan tajaan lain;

viii. Inisiatif daripada JPA/SPA/KKM berhubung isu menjalani
housemenship dan latihan siswazah di hospital/klinik swasta bagi
graduan perubatan dan pergigian;

ix. Langkah-langkah yang diambil Kerajaan bagi menangani isu
pengiktirafan terhadap universiti-universiti di luar negara dan
proses pewartaan yang terlibat. Contohnya isu penukaran nama
beberapa universiti di India dan pengiktirafan graduan farmasi
daripada Universiti College of London (UCL); dan

x. Dasar liberalisasi bidang farmasi oleh KKM.

8

6.3 Perkongsian Tips Kerjaya

 Peserta juga telah didedahkan dengan tips dan panduan bagi
melengkapkan diri dalam menempuh dunia pekerjaan sebenar. Tips dan
panduan ini adalah untuk memastikan graduan lebih bersedia dan yakin
untuk menggalas tugas sebagai anggota perkhidmatan awam yang akan
memberi khidmat kepada masyarakat kelak.

6.4 Sesi Interaksi dan Networking antara Peserta dan Wakil
Kementerian/Agensi

 Selain daripada sesi forum, pembentangan oleh ahli panel dan sesi soal
jawab, program ini juga telah menjadi platform untuk mengenali graduan
tajaan dengan lebih dekat secara bersemuka di samping memberikan
penerangan secara terus berhubung isu-isu graduan kritikal.

7. MAKLUM BALAS PELAKSANAAN PROGRAM OLEH PESERTA

7.1 Bagi menambah baik dan meningkatkan lagi keberkesanan program
anjuran JPA ini di masa hadapan, satu kaji selidik bagi mendapatkan
maklum balas peserta yang hadir ke program tersebut telah
dilaksanakan melalui google form setelah program tamat.

7.2 Seramai 258 peserta telah memberikan maklum balas dan dapatan kaji
selidik adalah seperti berikut:

Skala: 1 = SANGAT TIDAK SETUJU
2 = TIDAK SETUJU
3 = TIDAK PASTI
4 = SETUJU
5 = SANGAT SETUJU

9

(a) Penilaian Pengurusan dan Pelaksanaan Program.
i. Hampir keseluruhan responden (95%) bersetuju dan sangat
bersetuju bahawa lokasi dan dewan yang dipilih adalah sesuai
dan kondusif.

ii. Hampir keseluruhan responden (93%) bersetuju dan sangat
bersetuju bahawa program berlangsung dengan lancar dan
teratur.

iii. 83.4% responden bersetuju dan sangat bersetuju bahawa dua (2)
sesi forum pada sebelah pagi dan tengahari adalah memadai
serta tempoh masa yang diperuntukkan bagi sesi forum dan sesi
soal jawab adalah sesuai dan mencukupi.

10

iv. Hampir keseluruhan responden (92.3%) bersetuju dan sangat
bersetuju bahawa penyampaian ahli panel jelas dan mudah
difahami serta input dan maklumat yang diberikan tepat, padat
dan berkesan.

v. 83.5% responden bersetuju dan sangat bersetuju bahawa
aplikasi slido.com yang disediakan membantu penyampaian
maklumat.

(b) Penilaian Keberkesanan Program.
i. Hampir keseluruhan responden (95.3%) bersetuju dan sangat
bersetuju bahawa modul forum adalah berkaitan dengan bidang
dan keperluan tugas di masa akan datang.

11

ii. 90.3% responden bersetuju dan sangat bersetuju bahawa
pemahaman terhadap laluan kerjaya meningkat berbanding
sebelum menghadiri program.

iii. 90.3% responden bersetuju dan sangat bersetuju bahawa
peserta memahami dan berpuas hati dengan maklumat yang
diterima.

iv. Hampir keseluruhan responden (95.8%) bersetuju dan sangat
bersetuju bahawa program seperti ini wajar diteruskan di masa
akan datang bagi graduan yang baru bergraduat.

12

v. Hampir keseluruhan responden (94.2%) bersetuju dan sangat
bersetuju bahawa objektif program untuk memberi penjelasan
berhubung laluan kerjaya dan sebagai platform engagement
antara pelajar tajaan JPA serta agensi adalah tercapai.

vi. Hampir keseluruhan responden (94.2%) bersetuju dan sangat
bersetuju bahawa program ini adalah berjaya dan bermanfaat.

(c) Cadangan Penambahbaikan Pelaksanaan Program.
Antara cadangan penambahbaikan yang dikemukakan oleh responden
adalah seperti berikut:
i. Program dilaksanakan secara berasingan bagi graduan
perubatan, pergigian dan farmasi agar pengisian dapat dikupas
dengan lebih spesifik mengikut bidang dan dapat mengelakkan
kekeliruan serta informasi yang bercampur aduk;
ii. Lebih banyak masa diperuntukkan bagi sesi soal jawab;
iii. Slaid pembentangan diberikan kepada peserta sebelum program
bagi membolehkan peserta mendalami pengisian program dan
merangka soalan yang lebih konstruktif;
13

iv. Dilaksanakan di peringkat universiti sebelum tamat pengajian di
tahun akhir atau sebaik sahaja tamat pengajian;

v. Program ini dilaksanakan di semua negeri supaya lebih ramai
graduan dapat hadir;

vi. Penjelasan disaran lebih kepada way forward dan plan of action
terhadap isu-isu;

vii. Soalan melalui aplikasi slido.com dibuka beberapa hari sebelum
program supaya boleh memberi masa kepada para graduan
untuk mengajukan soalan yang perlu dibincangkan sewaktu
program; dan

viii. Dua sesi forum dilaksanakan secara am dan khusus. Sesi
pertama forum adalah berkaitan maklumat am yang penting
kepada semua peserta (maklumat berkaitan JPA, KKM dan
SPA). Sesi kedua forum adalah khas untuk graduan perubatan,
pergigian dan farmasi yang dipecahkan kepada tiga kumpulan
dan diasingkan tempat berserta panel-panel yang berkaitan
dalam bidang tersebut. Ini kerana sistem untuk permohonan
adalah berlainan dan konsep latihan siswazah juga adalah
berbeza (e.g: sistem prisma dan PRP yang berbeza dari e-
housemen). Dengan cara ini, lebih banyak kemusykilan dapat
diselesaikan walaupun peruntukan masa adalah singkat. Soal-
jawab forum yang telah diadakan tempoh hari secara majoritinya
adalah berkenan bidang perubatan memandangkan jumlah
graduan perubatan yang lebih ramai berbanding graduan farmasi
dan pergigian serta konsep first come first serve disebabkan
masa yang terhad.

14

8. RUMUSAN DAN PENUTUP

8.1 Secara keseluruhannya, penganjuran program ini telah mencapai
objektifnya di dalam memberi penjelasan berhubung isu-isu dasar dan
isu-isu semasa, laluan kerjaya dan sebagai platform engagement antara
agensi dan pelajar tajaan JPA di bidang perubatan, pergigian dan
farmasi. Hasil kaji selidik juga menyatakan bahawa penganjuran
program ini adalah berjaya dan bermanfaat serta amat wajar diteruskan
di masa akan datang bagi memastikan dasar-dasar semasa dan skop
bidang kuasa kementerian, agensi dan badan-badan profesional dapat
difahami seterusnya membudayakan usaha-usaha yang dilaksanakan
oleh Kerajaan.

8.2 Unit Kemajuan Kerjaya (OC) juga telah mendapat kerjasama dan
maklumbalas yang baik dalam penganjuran program ini serta telah
berjaya mengukuhkan lagi kerjasama antara pihak JPA serta
Kementerian dan Agensi terlibat. Kerjasama seperti ini akan diteruskan
secara berkala di masa akan datang dengan penambahbaikan yang
bersesuaian. Modul program ini juga akan sentiasa ditambah baik dan
akan disesuaikan dengan isu-isu semasa dan keperluan akan datang.

8.3 Kerjasama daripada semua pihak adalah penting bagi memastikan
pembangunan modal insan khususnya dalam konteks pembangunan
modal insan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi dapat
dirancang dengan mampan selari dengan aspirasi nasional.

Disediakan oleh:
Unit Pembangunan Kerjaya (OC)
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Tarikh: 2 November 2018

15

___________________________________________________________________

LAPORAN BERGAMBAR

PELAKSANAAN PROGRAM RE-ORIENTASI
GRADUAN PERUBATAN, PERGIGIAN DAN FARMASI
TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) TAHUN 2018
___________________________________________________________________

16

GAMBAR PELAKSANAAN PROGRAM RE-ORIENTASI
GRADUAN PERUBATAN, PERGIGIAN DAN FARMASI
TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) TAHUN 2018
_________________________________________________________________

Gambar bersama tetamu jemputan, ahli panel dan peserta program.

Kehadiran Pengarah Bahagian Modal Insan, JPA

17

Kehadiran peserta program

18

Penyampaian Amanat oleh Pengarah Bahagian Modal Insan, JPA

Sesi Forum

19

Sesi Soal Jawab

20

Sesi Soal Jawab
21


Click to View FlipBook Version