LAPORAN PELAKSANAAN
PROGRAM
REORIENTASI
2022
GRADUAN PERUBATAN, PERGIGIAN DAN FARMASI
TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
Dewan Damar Sari 29 Oktober 2022
Blok F8, Kompleks F, Putrajaya
Program Reorientasi 2022 02
KANDUNGAN 3
4
01 PENGHARGAAN
02 PENGENALAN
03 PELAKSANAAN PROGRAM 8
04 LAPORAN BERGAMBAR 14
05 MAKLUM BALAS PROGRAM 25
06 RUMUSAN DAN PENUTUP 28
07 LAMPIRAN 30
TENTATIF PROGRAM
POSTER PROGRAM
SOALAN POPULAR
GAMBAR-GAMBAR
Program Reorientasi 2022 03
PENGHARGAAN
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Program ini telah dijayakan dengan
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kolaborasi bersama Suruhanjaya
di atas kerjasama dan komitmen yang Perkhidmatan Awam (SPA), Kementerian
diberikan oleh semua pihak dalam Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Perubatan
menjayakan pelaksanaan Program Malaysia (MMC), Majlis Pergigian Malaysia
Reorientasi Graduan Perubatan, Pergigian (MDC) dan Lembaga Farmasi Malaysia
dan Farmasi Tajaan JPA Tahun 2022. (LFM).
Program Reorientasi 2022 04
PENGENALAN
Program Reorientasi 2022 05
LATAR BELAKANG
Dasar penajaan JPA adalah bertujuan bagi memenuhi
keperluan tenaga kerja perkhidmatan awam dan negara.
Selaras dengan perkembangan semasa, pengisian guna
tenaga untuk menjana pertumbuhan dan pembangunan
ekonomi negara memerlukan generasi pelapis pemimpin
yang bukan sahaja cemerlang di peringkat akademik,
malahan berkebolehan dan berkeyakinan di dalam pelbagai
aspek serta mempunyai nilai-nilai budi pekerti yang mulia
dalam usaha membina negara ke arah Negara Bersatu,
Makmur dan Bermaruah seperti yang dihasratkan dalam
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030).
Selaras dengan hasrat ini, Program Pembangunan Pelajar
telah diwujudkan dan dirangka untuk memacu hasrat
Kerajaan membentuk dan melahirkan generasi pelapis
pemimpin yang akan menerajui pentadbiran dan
pembangunan negara pada masa hadapan. Program
Reorientasi Graduan Perubatan, Pergigian dan Farmasi
Tajaan JPA merupakan salah satu sub-program yang telah
dirancang di bawah Program Pembangunan Pelajar.
Program ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan
memberi penjelasan kepada graduan perubatan, pergigian
dan farmasi tajaan JPA yang baru menamatkan pengajian
mengenai bidang kuasa kementerian dan agensi-agensi
yang terlibat dalam urusan berkaitan kerjaya graduan,
prosedur dan dasar-dasar semasa pengambilan dan
penempatan latihan siswazah, permohonan jawatan,
pendaftaran dengan badan-badan professional yang
berkuat kuasa dan seterusnya keperluan menunaikan
ikatan kontrak berkhidmat kepada Kerajaan.
Pada tahun 2022, seramai 1,304 pelajar tajaan dalam bidang
Perubatan, Pergigian dan Farmasi akan menamatkan
pengajian.
Program Reorientasi 2022 06
Daripada jumlah ini, seramai 1,192 (91%)
merupakan pelajar tajaan Pinjaman Boleh
Ubah (PBU) dan selebihnya adalah tajaan Farmasi
Biasiswa. Seramai 1,298 (99.5%) merupakan 18.5%
pelajar tajaan dalam negara dan baki
seramai 6 orang pelajar adalah tajaan di luar
negara. Program ini akan menjadi satu sesi
touchpoint bagi graduan untuk
mengukuhkan networking bersama pihak Pergigian Perubatan
penaja dan pihak-pihak berkepentingan 23.2% 58.3%
seperti Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
(SPA) dan Badan-Badan Profesional untuk
mendapatkan penjelasan secara bersemuka
berkenaan isu-isu yang berkaitan.
Program secara tahunan ini merupakan lanjutan daripada program-program yang telah
dilaksanakan untuk graduan perubatan, pergigian dan farmasi sejak tahun 2016.
OBJEKTIF
0 1 Memberi penjelasan mengenai obligasi kontrak, prosedur pendaftaran graduan
dengan badan profesional dan permohonan jawatan di Portal SPA9.
02 Memberi penjelasan mengenai dasar-dasar semasa dan prosedur terkini
pengambilan pegawai perubatan, pergigian dan farmasi ke Perkhidmatan Awam.
0 3 Memberi pendedahan berkaitan latihan siswazah dan laluan kerjaya.
04 Menjadikan program ini sebagai platform bagi pihak-pihak yang berkepentingan
bagi menjelaskan isu-isu yang berbangkit kepada graduan.
Program Reorientasi 2022 07
PELAKSANAAN TERDAHULU
Program Reorientasi 2018 - Kementerian Kewangan
Program Reorientasi 2019 - Auditorium Kompleks E
Program Reorientasi 2021 (Virtual)
Program Reorientasi 2022 08
PELAKSANAAN
PROGRAM
Program Reorientasi 2022 09
PELAKSANAAN PROGRAM
Program Reorientasi Graduan Perubatan, Pergigian
dan Farmasi 2022 telah dilaksanakan pada 29
Oktober 2022 di Dewan Damar Sari, Blok F9,
Kompleks F, Putrajaya.
Program ini telah dijayakan dengan kolaborasi
bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Perubatan
Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia dan Lembaga
Farmasi Malaysia.
Program telah dilaksanakan dalam format taklimat
daripada panel-panel yang dijemput. Sesi soal jawab
adalah secara bersemuka dan juga interaktif
menggunakan aplikasi Slido. Peserta juga
dipecahkan mengikut bidang pengajian bagi
memberikan lebih ruang kepada panel dan peserta
berinteraksi mengikut bidang masing-masing.
Sebanyak 4 sesi taklimat telah dilaksanakan
melibatkan 8 orang panel daripada agensi-agensi
terlibat. Sesi 1 dan Sesi 2 telah dilaksanakan di
Dewan Damar 3 melibatkan ke semua peserta.
Manakala Sesi 3 dan Sesi 4 telah dilaksanakan
secara berasingan mengikut bidang pengajian
peserta di Dewan Damar 1, 2 dan 3 secara serentak.
JPA dan SPA juga telah membuka kaunter
pertanyaan di luar dewan untuk membuka ruang
kepada peserta bertanya perkara-perkara lain yang
tidak disampaikan dalam sesi taklimat seperti
urusan bayaran balik pinjaman, kontrak
perkhidmatan dan status pendaftaran SPA 9. Selain
itu, satu sesi taklimat ringkas juga telah dibuat
secara dalam talian pada 27 September 2022 oleh
Unit Pembangunan Kerjaya, JPA.
Program Reorientasi 2022 10
PENYERTAAN
PESERTA BERSEMUKA Seramai 908 orang pelajar telah
memberikan maklumbalas terhadap
315 jemputan. Daripada jumlah ini hanya 43.6%
yang mengesahkan kehadiran manakala
PESERTA ONLINE selebihnya tidak dapat hadir.
450 54.6% pelajar yang tidak dapat hadir adalah
kerana masalah lokasi pelaksanaan yang
PECAHAN BIDANG PESERTA jauh memandangkan 80% pelajar yang
dijemput telah menamatkan pengajian dan
Farmasi sudah kembali ke kampung halaman. Baki
16% 20% akan menamatkan pengajian pada
bulan November dan Disember 2022. Hanya
Perubatan pelajar-pelajar yang berada sekitar Lembah
35.7% Klang sahaja yang memberikan komitmen
untuk hadir.
Seramai 450 orang telah menghadiri sesi
taklimat secara dalam talian pada 27
Oktober 2022 manakala pada 29 Oktober
2022, seramai 315 orang telah menghadiri
Program Reorientasi 2022 secara
bersemuka. Peratus kehadiran peserta
secara bersemuka adalah sebanyak 80%.
Pergigian
48.3%
Program Reorientasi 2022 11
SESI TAKLIMAT & PANEL
Sesi 1
Urusan Pelantikan Pegawai Perubatan, Pergigian dan Farmasi
Puan Nur Ilyani Syuhada Nasri
Bahagian Pengambilan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Sesi 2
Penempatan Pegawai Perubatan, Pergigian dan Farmasi
Pn. Mastura binti Abd. Rahim
Bahagian Sumber Manusia
Kementerian Kesihatan Malaysia
Sesi 3 - 1
Pendaftaran Badan Profesional
Cik Fatim Nasuha Binti Badaruddin
Bahagian Pendaftaran
Majlis Perubatan Malaysia
Sesi 3 - 2
Pendaftaran Badan Profesional
Dr. Nurul Syakirin Binti Abdul Shukor
Setiausaha
Majlis Pergigian Malaysia
Program Reorientasi 2022 12
Sesi 3 - 3
Pendaftaran Ahli Farmasi
Puan Nurul Adha Binti Othman
Bahagian Lembaga Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Sesi 4 - 1
Latihan Siswazah, Khidmat Wajib dan Profesion Perubatan
Dr. Siti Rahayu Binti Mat Husin
Bahagian Perkembangan Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Sesi 4 - 2
Khidmat Wajib dan Profesion Pergigian
Dr Siti Zuriana Binti Mohd Zamzuri
Cawangan Perkembangan Profesion Kesihatan Pergigian
Kementerian Kesihatan Malaysia
Sesi 4 - 3
Latihan Siswazah, Khidmat Wajib dan Profesion Farmasi
Puan Hazlinda Nazli binti Naem
Bahagian Dasar & Perancangan Strategi Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Program Reorientasi 2022 13
SESI PERTANYAAN
JUMLAH SOALAN Sesi pertanyaan dilaksanakan setelah sesi
taklimat selesai bagi memberi peluang
215 kepada graduan bertanyakan soalan dan
mendapatkan jawapan secara terus
PENGLIBATAN PESERTA berkenaan dengan dasar dan isu semasa.
40% Selain daripada sesi soal jawab secara
bersemuka, peserta juga boleh bertanyakan
soalan menerusi aplikasi interaktif atas
talian yang disediakan iaitu slido.com.
Sebanyak 165 soalan telah diajukan
menerusi aplikasi Slido dan soalan-soalan
yang paling popular (menerusi undian
peserta lain) telah dijawab oleh panel
secara bersemuka. Senarai soalan popular
adalah seperti di Lampiran.
50 SESI 2 SESI 3(1) SESI 3(2) SESI 3(3) SESI 4(1) SESI 4(2)
40 PECAHAN SOALAN MENGIKUT SESI
30
20
10
0
SESI 1
Program Reorientasi 2022 14
LAPORAN
BERGAMBAR
Program Reorientasi 2022 15
Kehadiran dan Pendaftaran Peserta Program
Program Reorientasi 2022 16
Sesi Bergambar dan Amanat Perkhidmatan daripada
Timbalan Pengarah Kluster Pembangunan Latihan Sebelum Perkhidmatan
Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam
Program Reorientasi 2022 17
Sesi Taklimat daripada Bahagian Pengambilan,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Program Reorientasi 2022 18
Sesi Taklimat daripada Bahagian Sumber Manusia,
Kementerian Kesihatan Malaysia
Program Reorientasi 2022 19
Sesi Taklimat daripada Majlis Perubatan Malaysia kepada
Pelajar/Graduan Bidang Perubatan
Program Reorientasi 2022 20
Sesi Taklimat daripada Majlis Pergigian Malaysia kepada
Pelajar/Graduan Bidang Pergigian
Program Reorientasi 2022 21
Sesi Taklimat daripada Lembaga Farmasi Malaysia kepada
Pelajar/Graduan Bidang Farmasi
Program Reorientasi 2022 22
Sesi Taklimat daripada Bahagian Perkembangan Perubatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia
Program Reorientasi 2022 23
Sesi Taklimat daripada Program Kesihatan Pergigian,
Kementerian Kesihatan Malaysia
Program Reorientasi 2022 24
Sesi Taklimat daripada Program Perkhidmatan Farmasi,
Kementerian Kesihatan Malaysia
Program Reorientasi 2022 25
MAKLUMBALAS
PROGRAM
Program Reorientasi 2022 26
MAKLUMBALAS PROGRAM
Bagi menambah baik dan meningkatkan lagi keberkesanan program reorientasi di masa
hadapan, satu kaji selidik bagi mendapatkan maklumbalas peserta yang hadir ke program
tersebut telah dilaksanakan melalui google form setelah program tamat. Berikut adalah
dapatan maklumbalas yang diterima daripada peserta.
PENGURUSAN & PELAKSANAAN PROGRAM
Secara keseluruhannya para peserta sangat 83%
bersetuju (skala 5) bahawa pengurusan dan
pelaksanaan program berjalan dengan baik. 83% LOKASI
peserta sangat bersetuju lokasi pelaksanaan dan
kemudahan dewan sepanjang program adalah 79%
bersesuaian dan kondusif.
PERJALANAN PROGRAM
79% peserta sangat bersetuju pelaksanaan
program berjalan dengan lancar dan teratur. 78%
Taklimat yang disampaikan adalah bersesuaian
dan bertepatan dengan keperluan peserta (78%). SESI TAKLIMAT
Tempoh masa yang diperuntukan bagi setiap sesi
juga adalah mencukupi (70%). 70%
Taklimat yang disampaikan oleh panel yang TEMPOH MASA TAKLIMAT
dijemput adalah jelas dan mudah difahami serta
input dan maklumat yang diberikan tepat, padat 79%
dan berkesan.
PENYAMPAIAN PANEL
Kaedah pengasingan (breakout) mengikut bidang
pengajian adalah berkesan dan efektif dalam 83%
menyampaikan maklumat khusus mengikut
bidang pengajian. SESI BREAKOUT
79% peserta juga sangat bersetuju penggunaan 79%
aplikasi Slido membantu peserta menyampaikan
soalan, komen dan maklumat secara lebih KEMUDAHAN SLIDO
teratur.
Program Reorientasi 2022 27
PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM
Secara keseluruhannya para peserta sangat 80%
berpuas hati terhadap keberkesanan program
yang diadakan. 80% berpendapat bahawa PENGISIAN MODUL
pengisian program sangat berkaitan dengan
bidang dan keperluan tugas di masa akan datang. 82%
Program ini juga telah meningkatkan kefahaman
peserta terhadap laluan kerjaya dan pengetahuan LALUAN KERJAYA
yang diperolehi amat berguna untuk
dipraktikkan. 81%
83% peserta sangat bersetuju bahawa program PRAKTIKALITI
ini telah mencapai objektifnya iaitu untuk
memberi penjelasan berhubung laluan kerjaya 83%
dan sebagai platform engagement di antara
peserta dan agensi-agensi Kerajaan berkaitan. PENCAPAIAN OBJEKTIF
85% peserta berpendapat program ini sangat
wajar untuk diteruskan di masa akan datang. 85%
KEWAJARAN PROGRAM
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Secara keseluruhannya, maklumbalas yang diterima terhadap KOMEN PESERTA
pelaksanaan program adalah baik. Walaubagaimanapun, terdapat
beberapa cadangan untuk penambahbaikan program di masa akan "Mungkin program ini
datang: patut diwajibkan
untuk semua graduan
Program dilaksanakan mengikut zon/negeri untuk menarik kerana semua
penyertaan yang lebih ramai memandangkan pengisian informasi yang diberi
program sangat bermanfaat kepada graduan; dan sangat penting"
Terdapat maklumat berulang yang disampaikan oleh panel- "Pendek tapi padat
panel menyebabkan sesi taklimat menjadi lebih panjang. dan penuh dengan
Penyelarasan maklumat antara panel akan membantu info penting"
penyampaian yang lebih kemas dan lebihan masa boleh
digunakan untuk sesi pertanyaan.
Program Reorientasi 2022 28
RUMUSAN
DAN
PENUTUP
Program Reorientasi 2022 29
Secara keseluruhannya, penganjuran progam ini telah mencapai objektifnya di dalam
memberi penjelasan berhubung isu-isu dasar dan isu-isu semasa, laluan kerjaya dan sebagai
platform engagement antara agensi dan pelajar tajaan JPA di bidang perubatan, pergigian dan
farmasi. Hasil kaji selidik juga menyatakan bahawa pengajuran program ini adalah berjaya dan
bermanfaat serta amat wajar diteruskan di masa akan datang bagi memastikan dasar-dasar
semasa dan skop bidang kuasa kementerian, agensi dan badan-badan profesional dapat
difahami seterusnya membudayakan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan.
Unit Pembangunan Kerjaya (OC) juga telah mendapat kerjasama dan maklumbalas yang baik
dalam penganjuran program ini serta telah berjaya mengukuhkan lagi kerjasama antara pihak
JPA serta Kementerian dan Agensi terlibat. Kerjasama seperti ini akan diteruskan secara
berkala di masa akan datang dengan penambahbaikan yang bersesuaian. Modul program ini
juga akan ditambah baik dan akan disesuaikan dengan isu-isu semasa dan keperluan akan
datang.
Kerjasama daripada semua pihak adalah amat penting bagi memastikan pembangunan modal
insan khususnya dalam konteks pembangunan modal insan dalam bidang perubatan,
pergigian dan farmasi dapat dirancang dengan mampan selari dengan aspirasi nasional.
Disediakan oleh:
Unit Pembangunan Kerjaya (OC)
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam
Program Reorientasi 2022 30
LAMPIRAN
Program Reorientasi 2022 31
TENTATIF PROGRAM
MASA TENTATIF JABATAN/AGENSI
8.00 pagi Pendaftaran Peserta JPA
8.45 pagi Ketibaan VIP dan wakil agensi JPA
9.00 pagi Nyanyian Negaraku JPA
Doa
JPA
9.10 pagi Amanat Perkhidmatan
JPA
9.30 pagi Sesi Bergambar
Bahagian Pengambilan,
9.45 pagi Sesi 1 : Urusan Pelantikan Pegawai SPA
Perubatan, Pergigian dan Farmasi
Bahagian Sumber
10.30 pagi Sesi 2 : Penempatan Pegawai Perubatan, Manusia, KKM
Pergigian dan Farmasi
MMC/MDC/LFM
11.45 pagi Sesi 3 : Pendaftaran Badan Profesional
1.00 t/hari REHAT
KKM Perubatan
2.15 petang Sesi 4 : Latihan Siswazah, Khidmat Wajib KKM Pergigian
dan Profesion Perubatan/Pergigian/ KKM Farmasi
Farmasi
JPA
3.30 petang Program Tamat & Bersurat
Program Reorientasi 2022 32
POSTER PROGRAM
Program Reorientasi 2022 33
SOALAN POPULAR PERUBATAN
Program Reorientasi 2022 34
SOALAN POPULAR PERUBATAN
Program Reorientasi 2022 35
SOALAN POPULAR PERGIGIAN
Program Reorientasi 2022 36
SOALAN POPULAR PERGIGIAN
Program Reorientasi 2022 37
SOALAN POPULAR PERGIGIAN
Program Reorientasi 2022 38
SOALAN POPULAR FARMASI
Program Reorientasi 2022 39
GAMBAR URUSETIA
Program Reorientasi 2022 40
GAMBAR URUSETIA
Program Reorientasi 2022 41
PAUTAN DOKUMEN
Laporan Reorientasi 2022 - Canva (view)
Laporan Reorientasi 2022 - Anyflip (PDF)
Laporan Reorientasi 2022 - Canva (editable)
Disediakan oleh:
Unit Pembangunan Kerjaya
Kluster Pembangunan Strategik Latihan Sebelum Perkhidmatan
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam