The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan status semasa graduan tajaan JPA yang telah menamatkan pengajian pada tahun 2018.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Unit Pembangunan Kerjaya OC, 2020-07-15 22:12:28

Laporan Kajian Pengesanan Graduan Tajaan JPA 2019

Laporan status semasa graduan tajaan JPA yang telah menamatkan pengajian pada tahun 2018.

Keywords: Tracer Study JPA

KLUSTER BIDANG BUKAN KRITIKAL

GENDER

Secara keseluruhannya, graduan perempuan adalah lebih ramai berbanding graduan
lelaki. Nisbah perempuan kepada lelaki ialah 2:1 iaitu 66% perempuan dan 34% lelaki.
Perbandingan peratus bekerja mengikut gender mendapati peratusan graduan lelaki yang
bekerja adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 77% berbanding graduan perempuan sebanyak
69%.

Rajah 5.7 menunjukkan baki selebihnya menunjukkan graduan perempuan lebih ramai
yang melanjutkan pengajian iaitu 18% berbanding 14% graduan lelaki. Peratusan
graduan perempuan belum bekerja juga lebih tinggi iaitu sebanyak 13% berbanding 9%
graduan lelaki.

Bekerja Melanjutkan Pengajian Belum Bekerja

77%

69%

14% 9% 18% 13%

LELAKI PEREMPUAN

Rajah 5.7 : Status Semasa Mengikut Gender

GENDER

PERATUS GRADUAN LELAKI MENDAPAT PEKERJAAN LEBIH TINGGI
BERBANDING GRADUAN PEREMPUAN

51 KAJIAN PENGESANAN GRADUAN JPA 2019

KLUSTER BIDANG BUKAN KRITIKAL

PERINGKAT PENGAJIAN

Peratus paling tinggi graduan bekerja mengikut peringkat pengajian adalah pada
peringkat Ph.D iaitu sebanyak 80%, diikuti oleh graduan Sarjana sebanyak 74% dan
graduan Sarjana Muda sebanyak 73%. Graduan Sijil dan Diploma pula tidak mengikuti
trend ini kerana peratusan graduan Diploma lebih rendah berbanding graduan peringkat
Sijil. Perbezaan ini adalah disebabkan graduan peringkat Sijil dan Diploma lebih
cenderung untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Graduan peringkat Sijil
dan Diploma juga tidak tertakluk dengan ikatan kontrak JPA memandangkan penajaan di
peringkat ini adalah berbentuk Dermasiswa iaitu khusus untuk membantu menambahbaik
ekonomi keluarga berpendapatan rendah.

Berdasarkan trend yang ditunjukkan dalam Rajah 5.8, semakin tinggi peringkat pengajian
semakin tinggi peluang mendapat pekerjaan.

Bekerja Melanjutkan Pengajian Belum Bekerja

80% 73% 74% 80%

56%

36%

15% 15% 16% 20%

8%

5% 12% 10% 0%

Sijil Diploma Sarjana Muda Sarjana Doktor Falsafah

Rajah 5.8 : Status Semasa Mengikut Peringkat Pengajian

PERINGKAT PENGAJIAN

SEMAKIN TINGGI PERINGKAT PENGAJIAN, SEMAKIN TINGGI PELUANG UNTUK
MENDAPAT PEKERJAAN

52 KAJIAN PENGESANAN GRADUAN JPA 2019

FAKTOR PENAWARAN

6GAJI GRADUAN

BUKAN KRITIKAL

53

KLUSTER BIDANG BUKAN KRITIKAL

FAKTOR PENAWARAN GAJI

Bab ini akan melaporkan berkenaan trend penawaran gaji kepada graduan tajaan JPA
tahun 2018 yang telah bekerja. Skop kajian adalah khusus kepada kluster bidang bukan
kritikal sahaja mengambil kira sektor pekerjaan yang pelbagai dan tidak tertakluk untuk
bekerja dengan Kerajaan sahaja. Pelaporan ini akan membuat perbandingan mengikut
kelompok graduan supaya hasil kajian tidak dipengaruhi oleh faktor taburan responden.
Gaji yang diterima dianggap sebagai tawaran gaji permulaan kepada graduan dan
taburan graduan mengikut julat gaji adalah seperti Rajah.

23.0%

19.9% 19.3%

16.2%

11.1%

4.5% 3.9%

1.8% 0.2%

Dibawah RMR1,M010,0001 RM1,500 - RM2,000 - RM 2,500 - RMR3M,30,00001 - RM4,000 - RM5,000 - RM1M0e,0le0b0ihi RM10,001
RM1,501 RM2,001 RM2,501 RM4,001 RM5,001

Rajah 6.1 : Julat Gaji Graduan JPA 2018

Majoriti responden iaitu sebanyak 62% memperoleh gaji di antara RM2001 – RM4000,
32% berpendapatan di bawah RM2000 dan hanya 6% yang berpendapatan melebihi
RM4000 sebulan. Julat gaji tertinggi adalah di antara RM 2501 – RM3000 iaitu
sebanyak 23%. Beberapa pembolehubah dikaji bagi mengenalpasti faktor yang
mempengaruhi penawaran gaji kepada graduan iaitu peringkat pengajian, pencapaian
akademik, bidang pengajian, institusi pengajian, sektor pekerjaan, taraf jawatan dan
juga faktor jantina graduan.

54 KAJIAN PENGESANAN GRADUAN JPA 2019

FAKTOR PENAWARAN GAJI

PERINGKAT PENGAJIAN

Rajah menunjukkan graduan PhD memperoleh julat pendapatan bulanan antara RM5,001
– RM10,000, graduan Sarjana antara RM2,501 – RM4,000, graduan Sarjana Muda
antara RM2,001 – RM3,000 manakala graduan Diploma dan Sijil di antara RM1,501 –
RM2,000. Berdasarkan trend ini, semakin tinggi peringkat pengajian graduan, semakin
tinggi gaji bulanan yang diterima.

80.00%
70.00%
60.00%
50.00%
40.00%
30.00%
20.00%
10.00%

0.00%

Sijil Diploma Ijazah Sarjana Doktor
Falsafah

Di Bawah RM1000 RM 1001 - RM1500 RM1501 - RM2000
RM2001 - RM 2500 RM2501 - RM 3000 RM3001 - RM4000
RM4001 - RM5000 RM5001 - RM10000 Melebihi RM10,001

Rajah 6.2 : Julat Gaji Graduan Mengikut Peringkat Pengajian

SEMAKIN TINGGI
PERINGKAT PENGAJIAN,

SEMAKIN TINGGI GAJI
BULANAN YANG DITERIMA

55 KAJIAN PENGESANAN GRADUAN JPA 2019

FAKTOR PENAWARAN GAJI

PENCAPAIAN AKADEMIK

Pendapatan bulanan yang diterima oleh graduan adalah berbeza mengikut pencapaian
akademik. Kajian menunjukkan graduan Kelas Pertama memperoleh tawaran gaji yang
lebih tinggi berbanding graduan Kelas Kedua Atas. Majoriti graduan Kelas Pertama
memperoleh pendapatan antara RM3,001 – RM4,000, manakala majoriti graduan Kelas
Kedua Atas ditawarkan gaji antara RM2,501 – RM3,000.

Kelas Pertama Kelas Kedua Atas
Kelas Kedua Bawah Kelas Ketiga

Dibawah RM1,001 RM1,501 RM2,001 RM2,501 RM3,001 RM4,001 RM5,001 Melebihi
RM1,000 RM1,500 RM2,000 RM 2,500 RM 3,000 RM4,000 RM5,000 RM10,000 RM10,001

Rajah 6.3 : Julat Gaji Mengikut Pencapaian Akademik

56 KAJIAN PENGESANAN GRADUAN JPA 2019

FAKTOR PENAWARAN GAJI

BIDANG PENGAJIAN

Penawaran gaji graduan juga didapati berbeza mengikut bidang pengajian. Graduan
Bidang Kejuruteraan memperolehi pendapatan bulanan yang lebih tinggi berbanding
graduan bidang-bidang pengajian yang lain. 7 orang graduan memperoleh pendapatan
melebihi RM10,000 sebulan terdiri daripada graduan kelompok Klinikal & Kesihatan (3),
Perakaunan (3) dan Sains & Teknologi (1).

Perakaunan Kejuruteraan
Klinikal dan Kesihatan Sains & Teknologi
Sains Sosial Sains

Dibawah RM1,001 RM1,501 RM2,001 RM2,501 RM3,001 RM4,001 RM5,001 Melebihi
RM1,000 RM1,500 RM2,000 RM 2,500 RM 3,000 RM4,000 RM5,000 RM10,000 RM10,001

Rajah 6.4 : Julat Gaji Mengikut Bidang Pengajian

57 KAJIAN PENGESANAN GRADUAN JPA 2019

FAKTOR PENAWARAN GAJI

TEMPAT PENGAJIAN

Secara keseluruhannya, graduan Luar Negara memperoleh pendapatan bulanan yang
lebih tinggi berbanding Graduan Dalam Negara. Graduan Luar Negara berada pada
kumpulan pendapatan antara RM2501 – RM4000 (62%) berbanding Graduan Dalam
Negara yang memperoleh pendapatan antara RM2001 – RM3000 (45%).

Dalam Negara Luar Negara

Dibawah RM1,001 RM1,501 RM2,001 RM2,501 RM3,001 RM4,001 RM5,001 Melebihi
RM1,000 RM1,500 RM2,000 RM 2,500 RM 3,000 RM4,000 RM5,000 RM10,000 RM10,001

Rajah 6.5 : Julat Gaji Mengikut Tempat Pengajian

PERINGKAT PENGAJIAN

SEMAKIN TINGGI PERINGKAT PENGAJIAN, SEMAKIN TINGGI PELUANG UNTUK
MENDAPAT PEKERJAAN

58 KAJIAN PENGESANAN GRADUAN JPA 2019

FAKTOR PENAWARAN GAJI

INSTITUSI PENGAJIAN

Perbezaan dalam penawaran gaji juga dapat dilihat berdasarkan institusi pengajian. Data
menunjukkan graduan IPTS memperoleh julat pendapatan bulanan yang lebih tinggi
berbanding graduan IPTA. Walaubagaimanapun, bilangan graduan IPTS dalam negara
adalah sedikit (187) berbanding graduan IPTA (2880). Julat gaji Graduan IPTS ialah
RM3001-RM4000 (36%), manakala julat gaji Graduan IPTA ialah RM2501-RM3000
(23%).

IPTA IPTS

Dibawah RM1,001 RM1,501 RM2,001 RM2,501 RM3,001 RM4,001 RM5,001 Melebihi
RM1,000 RM1,500 RM2,000 RM 2,500 RM 3,000 RM4,000 RM5,000 RM10,000 RM10,001

Rajah 6.6 : ulat Gaji Mengikut Jenis Institusi Pengajian

59 KAJIAN PENGESANAN GRADUAN JPA 2019

FAKTOR PENAWARAN GAJI

GENDER

Dari aspek penawaran gaji, graduan lelaki secara keseluruhannya memperoleh
pendapatan bulanan lebih tinggi daripada graduan perempuan. Sebahagian besar iaitu
55% graduan lelaki memperoleh julat gaji antara RM2501-RM4000 manakala 44%
graduan perempuan memperoleh julat gaji antara RM2001-RM3000.

Lelaki Perempuan

Dibawah RM1,001 RM1,501 RM2,001 RM2,501 RM3,001 RM4,001 RM5,001 Melebihi
RM1,000 RM1,500 RM2,000 RM 2,500 RM 3,000 RM4,000 RM5,000 RM10,000 RM10,001

Rajah 6.7 : Julat Gaji Mengikut Gender

60 KAJIAN PENGESANAN GRADUAN JPA 2019

FAKTOR PENAWARAN GAJI

SEKTOR PEKERJAAN

Secara keseluruhannya, syarikat swasta Multinasional menawarkan julat gaji yang lebih
tinggi iaitu antara RM3,001-RM4,000, diikuti GLC, Kerajaan, Badan Berkanun, dan
Syarikat Swasta Tempatan. Majoriti graduan yang bekerja sendiri pula memperoleh
pendapatan di bawah RM1,000.

Badan Berkanun
Kerajaan
Sendiri
Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)

Dibawah RM1,001 RM1,501 RM2,001 RM2,501 RM3,001 RM4,001 RM5,001 Melebihi
RM1,000 RM1,500 RM2,000 RM 2,500 RM 3,000 RM4,000 RM5,000 RM10,000 RM10,001

Rajah 6.8 : Julat Gaji Mengikut Sektor Pekerjaan

61 KAJIAN PENGESANAN GRADUAN JPA 2019

FAKTOR PENAWARAN GAJI

TARAF JAWATAN

Taraf jawatan turut memberi kesan ke atas penawaran gaji graduan. Didapati jawatan
tetap menawarkan julat gaji yang lebih tinggi diikuti Jawatan Kontrak dan Jawatan
Sementara. Julat gaji bagi Jawatan Tetap adalah di antara RM2501-RM4000 (52%),
Jawatan Kontrak RM2001-RM3000 (46%) dan Jawatan Sementara RM1001-2000 (61%).

Kontrak Sementara Tetap

Dibawah RM1,001 RM1,501 RM2,001 RM2,501 RM3,001 RM4,001 RM5,001 Melebihi
RM1,000 RM1,500 RM2,000 RM 2,500 RM 3,000 RM4,000 RM5,000 RM10,000 RM10,001

Rajah 6.9 : Julat Gaji Mengikut Taraf Jawatan

62 KAJIAN PENGESANAN GRADUAN JPA 2019

KESIMPULAN 6

36

KAJIAN PENGESANAN GRADUAN JPA 2019

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kaji selidik ini menggambarkan status kebolehpasaran graduan
tajaan JPA yang bergraduat pada tahun 2018 secara keseluruhan. Jumlah responden
sebanyak 52% adalah mencukupi untuk memberi tahap keyakinan terhadap hasil kajian
sebanyak 95% dengan margin kesilapan 1%.

Kebolehpasaran graduan adalah baik dengan peratusan bekerja sebanyak 78% dan
peratusan melanjutkan pengajian sebanyak 12% menjadikan 90% graduan tajaan JPA
tidak menganggur. Baki sebanyak 10% lagi sedang aktif mencari pekerjaan. Peratusan ini
menunjukkan bahawa pemilihan pelajar dan penawaran program penajaan yang dibuat
pada ketika ini adalah bersesuaian dengan keperluan modal insan negara. Prestasi
graduan 2018 juga dilihat lebih baik berbanding kajian yang dibuat terhadap graduan
2016 dan 2017.

Pematuhan terhadap kontrak perjanjian penajaan bagi Graduan Bidang Kritikal juga
sangat baik di mana 98% kelompok graduan ini sedang berkhidmat untuk Kerajaan.
Manakala 72% Graduan Bidang Bukan Kritikal sedang bekerja dalam negara di mana
74% bekerja setaraf dengan peringkat pengajian dan 68% bekerja setara dengan bidang
pengajian yang ditaja.

Faktor kebolehpasaran boleh dipengaruhi oleh bidang pengajian, pencapaian akademik,
institusi pengajian dan negara pengajian. Faktor-faktor ini turut mempengaruhi
penawaran gaji yang lebih baik kepada graduan. Sehubungan itu, faktor-faktor ini
merupakan asas yang penting untuk menawarkan program penajaan di peringkat JPA,
pemilihan pelajar untuk ditaja dan pemantauan pelajar dalam pengajian supaya pulangan
balik terhadap pelaburan negara dapat dijamin.

KAJIAN PENGESANAN GRADUAN JPA 2019 64

KAJIAN PENGESANAN GRADUAN JPA 2019

KESIMPULAN

1 Kebolehpercayaan 3 Faktor
Kajian Kebolehpasaran

52% ü Pencapaian
Akademik
responden
ü Bidang

Pengajian
ü Negara

Pengajian
ü Institusi

Pengajian

Tahap keyakinan hasil kajian ialah
95% dengan margin kesilapan ±1%.

2 Kebolehpasaran
Graduan

78% 12% 98% Graduan Bidang
10% Kritikal Telah Bekerja
Bekerja
72% Graduan Bidang
Kebolehpasaran graduan JPA 2018 adalah Bukan Kritikal Telah
90% dengan pecahan 78% bekerja, 12% Bekerja
melanjutkan pengajian dan 10% belum

bekerja.

KAJIAN PENGESANAN GRADUAN JPA 2019 65

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

LAPORAN

2019KAJIAN PENGESANAN

GRADUAN TAJAAN JPA

66


Click to View FlipBook Version