The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORLIZAWATI BERAHIM, 2023-06-22 10:06:21

BUKU PROGRAM KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMK TAMAN MALURI

Buku Program

2023 24 JUN S A B T U 08:00 PAGI MATRAIN, KLANG MATRAIN, KLANG PROGRAM SEKOLAH AMANAH SMK TAMAN MALURI Kuala Lumpur KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMK TAMAN MALURI KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMK TAMAN MALURI M E L E S T A R I K A N K E C E M E R L A N G A N S E K O L A H A M A N A H S M K T A M A N M A L U R I G E M I L A N G B E R S A M A MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN Improving The Quality of Learning and Teaching


Kata Alu-aluan 02 NURUL SHIMA BINTI QUTUBUDDIN Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Menengah dan Tingkatan 6, Merangkap Pegawai Meja Sekolah Amanah & Sekolah TS 25, Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, selamat sejahtera dan Salam Anak yang Baik lagi Cerdik. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-NYA dapatlah kita bersama-sama menjayakan majlis Kolokium Kajian Tindakan SMK Taman Maluri tahun 2022/2023. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan sekalung tahniah kepada jawatankuasa pengelola, pembentangpembentang dan juga guru-guru yang ikut serta dalam kolokium ini. Kolokium ini merupakan satu inisiatif yang diambil untuk memantapkan profesionalisme dalam kalangan guru khasnya guru-guru Sekolah Amanah melalui perkongsian amalan terbaik PdPc dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan PAK-21. Justeru, perkongsian kajian tindakan yang akan dibentangkan oleh para pembentang diharap dapat digunakan oleh guru-guru lain untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pemudahcaraan serta dapat memberi manfaat kepada proses pembelajaran muridmurid khususnya. Tambahan pula, proses pengajaran dan pemudahcaraan yang kini lebih didominasi kemahiran dan sumber teknologi maklumat dan komunikasi perlu dipandang serius oleh warga pendidik. Situasi pengajaran dan pemudahcaraan juga semakin berbeza dan memerlukan para pendidik menyelidik dan mereka kaedah baharu atau menambahbaik kaedah yang sedia ada agar objektif PdPc dapat dicapai. Justeru, melalui perkongsian kajian tindakan ini dapat melahirkan guru-guru Sekolah Amanah yang akan membudayakan amalan terbaik dalam pengajaran mereka. Perkara ini amat bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menggalakkan amalan kreativiti dan budaya kajian dalam kalangan warga pendidik. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi untuk merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada SMK Taman Maluri, barisan pentabdir sekolah, jawatankuasa pengelola kolokium, pembentang-pembentang dan juga guru-guru yang ikut serta dalam kolokium ini. Semoga nilai keilmuan yang disampaikan dalam majlis seumpama ini akan memberi manfaat yang besar dan kesan yang positif kepada warga pendidik. Sekian, terima kasih. KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


Kata Alu-aluan 03 MUHAMAD SOLAHUDDIN BIN HARUN Pengetua SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur Bismillahirahmanirahim…. Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera. Izinkan saya menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA, maka kita dapat berkumpul pada hariini untuk menjayakan Kolokium Kajian Tindakan 2022/2023 Peringkat Sekolah. Ucapan syabas kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Kolokium ini, yang sudah tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini dapat berjalan dengan lancar. Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para pembentang yang telah berkongsi kajian tindakan mereka. Kolokium yang dijalankan pada hari ini memberikan makna yang mendalam kepada kita sebagai warga pendidik. Sebenarnya, perkongsian kajian tindakan dalam PdPc ini dapat memberikan inspirasi kepada guru-guru Sekolah Amanah untuk melakukan penambahbaikan berterusan dalam kualiti pengajaran di dalam kelas dan seterusnya meningkatkan keberkesanan PdPc guru-guru kita. Perkongsian ini juga dapat memupuk amalan dan budaya penyelidikan di sekolah-sekolah Amanah khasnya, dan sekolah-sekolah lain amnya. Guru merupakan penentu kualiti sistem pendidikan. Oleh itu, kajian yang telah dilaksanakan di Sekolah Amanah melalui 1 guru 1 kajian tindakan ini telah menjadi platfom kepada guru-guru untuk melaksanakan penambahbaikan dalam proses meningkatkan mutu PdPc masing-masing dan sekaligus memberi manfaat dalam pembelajaran murid-murid kita. Tambahan pula, kajian tindakan ini juga boleh digunakan sebagai perkongsian amalan terbaik dalam usaha meningkatkan kompetensi kerja kita sebagai guru-guru abad ke21. Kajian tindakan boleh menggalakkan guru-guru membudayakan amalan pembelajaran abad ke-21 dalam PdPc yang seterusnya dapat mengubah landskap pendidikan yang bersifat konvensional ke arah landskap pendidikan yang bersifat futuristik. Sesungguhnya, usaha ini juga adalah bersesuaian dengan PAK21 yang menekankan peranan guru sebagai pemudah cara, perancang, pengawal, pembimbing, pendorong dan penilai sebagaimana termaktub dalam SKPMg2 Standard 4 dalam meningkatkan penglibatan aktif murid-murid dalam bilik darjah. Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Kolokium, pembentang-pembentang, dan para jemputan kolokium dalam menjayakan majlis perkongsian ilmu ini. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


Pendahuluan 04 Objektif Program Kolokium Kajian Tindakan 2022/2023 SMK Taman Maluri ialah satu inisiatif yang diambil untuk memantapkan taraf profesionalisme perguruan seiring dengan transformasi pendidikan dalam kalangan guru, khususnya guruguru SMK Taman Maluri melalui perkongsian kajian tindakan. Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2019. Melalui program ini, semua guru SMK Taman Maluri akan membentangkan hasil kajian masing-masing dalam masa antara 7 minit hingga 10 minit. Meningkatkan kualiti PdPc sesuai dengan perkembangan semasa. Meningkatkan keyakinan guru-guru Sekolah Amanah dalam melaksanakan PdPc berkualiti. Memenuhi ciri-ciri pembelajaran abad ke-21 : Komunikasi, Pemikiran Kritis, Kolaborasi dan Kreativiti. Membudayakan PAK21, Professional Learning Community (PLC) dan inovasi dalam kalangan guru-guru Sekolah Amanah. KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


Atur Cara 05 8:00 pagi 8:15 pagi 10:00 pagi 10:30 pagi 12:00 tengah hari 1:00 tengah hari : Pendaftaran : Sidang Pertama : Pembentangan Selari : Rehat : Pengumuman Peserta Peringkat Akhir : Perkongsian Pembentangan Kajian Tindakan ·Pn. Haiza Hanim binti Abd. Aziz ·Pn. Noor Sumayah binti Ismail : Sidang Peringkat Akhir : Pembentangan Utama : Majlis Perasmian Penutupan : Kata Alu-aluan Pengacara Majlis : Bacaan Doa : Ucapan Pengetua SMK Taman Maluri En. Muhamad Solahuddin bin Harun : Ucapan Perasmian Penutupan Pn. Nurul Shima binti Qutubuddin : Ulasan Ketua Juri : Penyampaian Hadiah dan Cenderamata : Jamuan/Bersurai KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


Jawatankuasa Induk 06 Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 3 Ketua Pemimpin Pertengahan Penolong Ketua Pemimpin Pertengahan Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari AJK : En. Muhamad Solahuddin bin Harun Pengetua : Pn. Norrehan binti Ahmad Nawawi Pemangku Penolong Kanan Pentadbiran : Pn. Norrehan binti Ahmad Nawawi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : Pn. Fitri Yanti binti Abdul Jalil Penolong Kanan Kokurikulum : Pn. Lim Cheng Joo : En. Md Amirruddin bin Md Noh : Pn. Ambigah Devi a/p Manigam : Pn. Haiza Hanim binti Abd. Aziz : Pn. Suhaila binti Mohd Yaakob : Pn. Selvarani a/p Visvanathan Guru Kanan Bahasa Pn. Nik Norazmahani binti Bekhari Guru Kanan Sains & Matematik Pn. Lee Siew Lee Guru Kanan Kemanusiaan Pn. Leong Mei Ying Guru Kanan Teknik & Vokasional Pn. Norlizawati binti Berahim Pemimpin Pertengahan Pn. Noor Ashikin binti Abdul Rahman Pemimpin Pertengahan Pn. Noor Sumayah binti Ismail Pemimpin Pertengahan KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


Jawatankuasa Kerja 07 JEMPUTAN Pn. Noor Ashikin binti Abdul Rahman SAMBUTAN Pn. Selvarani a/p Visvanathan (K) Pn. Lee Siew Lee Pn. Leong Mei Ying Pn. Nik Norazmahani binti Bekhari HADIAH DAN SIJIL Pn. Noor Sumayah binti Ismail (K) Cik Norshamshena binti Daud Pn. Amirliah binti Mohd Said Pn. Norharyati binti Pawanteh PENGURUSAN PEMBENTANGAN Pn. Suhaila binti Mohd Yaakob (K) Pn. Suhaila binti Mohd Yaakob (Ketua : Bilik Kuliah 1) En. Md Amirruddin bin Md Noh (Ketua : Bilik Kuliah 2) Pn. Ambigah Devi a/p Manigam (Ketua : Auditorium) PERTANDINGAN Pn. Nik Norazmahani binti Bekhari (K) JURI PERTANDINGAN PERINGKAT KUMPULAN Juri Bilik Kuliah 1 Pn. Nurul Shima binti Qutubuddin (K) En. Sohaidi bin Mohd Zain Juri Bilik Kuliah 2 Pn. Norrehan binti Ahmad Nawawi (K) Pn. Nur Azrin bt Abdullah Juri Auditorium Pn. Yusmaniza binti Mohd Yusop (K) Pn. Fitri Yanti binti Abdul Jalil JURI PERTANDINGAN PERINGKAT AKHIR Tempat : Auditorium En. Muhamad Solahuddin bin Harun (K) Pn. Nurul Shima binti Qutubuddin Pn. Yusmaniza binti Mohd Yusop En. Sohaidi bin Mohd Zain KETUA SEKTOR A : PN. NIK NORAZMAHANI BINTI BEKHARI PENGERUSI : En. Muhamad Solahuddin bin Harun NAIB PENGERUSI 1 : Pn. Norrehan binti Ahmad Nawawi PENYELARAS : Pn. Lim Cheng Joo SETIAUSAHA : Pn. Nor Ashikin binti Abdul Rahman AJK : Semua Guru Kanan & Pemimpin Pertengahan KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


Jawatankuasa Kerja 08 MODERATOR DAN PEGAWAI TEKNIKAL Bilik Kuliah 1: Pn. Suhaila binti Mohd Yaakob Cik Nur Nadia binti Azihan Bilik Kuliah 2: En. Md Amirruddin bin Md Noh Cik Nur Aina Aisyah binti Mat Radzi Auditorium Pn. Ambigah Devi a/p Manigam Cik Fazlin Hanim binti Zulkefli PENDAFTARAN & DOORGIFT Pn. Sharifah Zubaida binti Ahmad (K) Pn. Nor Azeera binti Yusof Cik Nur Ellyannie binti Haisumi Pn Anida binti Atan Cik Rohimah binti Md Azhar Pn. Noorul Asyikin binti Ramli JURUACARA MAJLIS PENUTUP Pn. Ambigah Devi a/p Manigam (K) Pn. Haiza Hanim binti Abd. Aziz PERSIAPAN TEMPAT, SIARAYA DAN ALATAN En. Md Amirruddin bin Md Noh (K) Pn. Norlizawati binti Berahim En. Muhamad Abu Huzaifah bin Abdul Malik KETUA SEKTOR B : PN. NOOR ASHIKIN BINTI ABDUL RAHMAN BACAAN DOA En. Md Amirruddin bin Md Noh TEKS UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN DAN KATA ALU-ALUAN PERASMI En. Md Amirruddin bin Md Noh BUKU PROGRAM, POSTER & BUNTING Pn. Norlizawati binti Berahim FOTOGRAFI, RAKAMAN & DOKUMENTASI Pn. Noor Ashikin binti Abdul Rahman (K) Cik Nur Safi Syamimi binti Ahmad Sabri Cik Salma binti Mohd Fajariatudin Cik Syahirah binti Mohd Yazid JAMUAN Pn. Lim Cheng Joo (K) Cik Sharmaine Batrisyia Lai binti Muhammed Zuhair Syafiq Lai Pn. Roslini binti Salleh Pn. Aliza binti Ali Pn. Joalina binti Jaafar KETUA SEKTOR C : PN. LIM CHENG JOO KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


Senarai Pembentang 10 BIL. NAMA TAJUK 1 AISYAH BINTI AYUB MENINGKATKAN MINAT MURID TINGKATAN 2 INOVATIF TERHADAP SUBJEK SAINS MELALUI KAEDAH AKTIVITI SAINS RINGKAS 2 AMIR AZUAN BIN AHMAD PENGGUNAAN RODA MASA DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT FAKTA KRONOLOGI SEJARAH DALAM KALANGAN MURID 1 INOVATIF 3 AZIMAH BINTI YUSOFF MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MEMFAKTORKAN PERSAMAAN KUADRATIK DENGAN MENGGUNAKAN KALKULATOR FX-570MS (BACKWARD SOLUTIONKAEDAH KEBELAKANG) BAGI MURID TINGKATAN 4 INTELEK 4 DALJIT KAUR A/P TELOG SINGH SISTEM PEMBELAJARAN MELENGKAPKAN NOTA SEJARAH BERPANDUKAN BUKU TEKS DAN MENGGUNAKAN KONSEP 5W / 1H BAGI MENINGKATKAN PENGUSAAN SUBJEK SEJARAH DALAM KALANGAN MURID 2 INSPIRASI 5 DURRANI NADIRA BINTI HAZLAN KONSEP KASIMA DALAM PENGAJARAN BAB 3 VISI, MISI DAN OBJEKTIF SUBJEK PERNIAGAAN TINGKATAN EMPAT 6 KAMARULZAMAN BIN MUHD YUNUS ‘GETAH EVA’ SEBAGAI BAHAN ALTERNATIF DALAM PROSES PENGHASILAN PRODUK UKIRAN 7 MOHAMMAD SYAFIQ BIN SUKRI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN DALAM KALANGAN MURID 1 INTEGRITI MENGGUNAKAN TEKNIK IMBAK. 8 MOHD FAIRUS BIN YAHYA AYAT ACUAN: ‘TFKS’ MENGUPAYAKAN MURID DALAM PENULISAN PENDAHULUAN KARANGAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 9 MOHD RIZAL BIN YAACOB PENGUCAPAN PANTUN BERINTONANSI DAN PENGGUNAAN JEDA YANG BETUL 10 MUHAMAD FAKHRUDDIN BIN DAUT MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN CERITA MENGGUNAKAN TEKNIK MASD2B KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


Senarai Pembentang 11 BIL. NAMA TAJUK 11 MUHAMMAD HAZIQ IHSAN BIN AZMAN TO INCREASE THE LEVEL OF READING UNDERSTANDING FORM 1 STUDENTS (INSPIRASI AND INOVATIF) USING THE CONCEPT OF C3B4ME 12 MUNA ‘IZZAH BINTI CHE SEMAN TEKNIK KINESTETIK: MENINGKATKAN PENGUASAAN HAFAZAN AL-QURAN BAGI MURID 2 INTEGRITI 13 NOREHAN BINTI ISMAIL KONSEP ABLEH 14 NORRAFIDAH BINTI MOHD RAZALI PENGGUNAAN KAEDAH ‘HIBURANS’ BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 1 INOVATIF 15 NURAIN SYUKRIAH BINTI MAT ZAIN ONE PAGE NOTE MANAGER (OPNM): MENINGKATKAN DAYA MENGINGAT FAKTA SUBJEK PERNIAGAAN BAGI MURID TINGKATAN 4 INTEGRITI 16 NUR FATIN NABILA BINTI MOHAMED MENINGKATKAN PENGUASAAN TAJWID DALAM BACAAN AL-QURAN MELALUI KAEDAH JARI TAJWID DALAM KALANGAN MURID 1 INSPIRASI 17 NUR SHYAMIME BINTI MOHD SUPAWI MENJANA IDEA UNTUK MENJAWAB SOALAN ESEI PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4 MENGGUNAKAN TEKNIK WINK 18 NUR FATIHAH BINTI ABDUL GHANI MENGGUNAKAN MNEMONIK AKRONIM UNTUK MENINGKATKAN DAYA INGATAN MURID 1 IHSAN DALAM MATA PELAJARAN RBT 19 NURMAIZATUL ANIS BINTI HASIM MENINGKATKAN MINAT MURID MEMPELAJARI SEJARAH DENGAN PERMAINAN TARSIA 20 NURUL HIDAYAH BINTI MOHAMAD ZIN MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN PERKATAAN BERMAKNA DALAM KALANGAN MURID PERALIHAN MELALUI NYANYIAN DAN GAMBAR 21 NURUL HUDA BINTI ISMAIL MENINGKATKAN PENGUASAAN BIDANG FIQH TINGKATAN 4 MELALUI TEKNIK PEMBELAJARAN MNEMONIK. 22 NURUL NAJIHAH BINTI AZMAN MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT DALAM BAHASA INGGERIS MELALUI PELAKSANAAN ‘MY SVA CORNER’ KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


Senarai Pembentang 12 BIL. NAMA TAJUK 23 NURUL NASUHA BINTI MOHAMMAD APLIKASI MODUL PENDEKATAN TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING (TGFU) DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI 24 NUUR AMIERA BINTI ZAINAL ABIDIN THE EFFECTIVENESS OF GRAMMAR TRANSLATION METHOD BY USING A DICTIONARY TOWARDS 3 INTELEK STUDENTS 25 RAUDHAH BINTI AHMAD DARBI KAEDAH “CARD-N-PICK” DALAM PEMBELAJARAN SIRAH PENDIDIKAN ISLAM 26 RASHIDA BINTI HASHIM IMPROVING STUDENTS’ VOCABULARY ACHIEVEMENT THROUGH WORD GAMES 27 ROSMAWATIE BINTI ISMAIL KAEDAH 3030 : MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MELAKAR OBJEK 3D REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI MURID TINGKATAN 3 IHSAN & 3 INTELEK 28 RUMAIZAH MARYAM JAMALIAH BINTI RAMLI MENINGKAT PENGUASAAN MURID 4 INSPIRASI TERHADAP TAJUK PEMBAHAGIAN SEL MELALUI PEMBELAJARAN TERADUN 29 SAMSUL HIDAYAT BIN KASPUNI MELUKIS CATAN DENGAN GABUNGAN BERUS BAGI PELAJAR TINGKATAN 3 IKHLAS 30 SAONAH BINTI ATON MENINGKATKAN PENGUASAAN MENJAWAB SOALAN PERIBAHASA MENGGUNAKAN TEKNIK SEHARI SELEMBAR BENANG 31 SEE SU CHYN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID 4 INTELEK DALAM MENUKAR NOMBOR DARIPADA ASAS SEPULUH KEPADA ASAS YANG LAIN MENGGUNAKAN KAEDAH BADATO 32 SHARIFAH ZUBAIDA BINTI AHMAD PENULISAN KARANGAN MENGGUNAKAN TEKNIK IMBAKUP 33 SITI MARIAM BINTI YAHYA MENINGKATKAN PEMAHAMAN MURID TINGKATAN DUA IHSAN DALAM PEMBELAJARAN SISTEM PERTAHANAN BADAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN KOMIK 34 SITI NADIATULLAZMA BINTI AHMAD MENGUASAI TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAR & KBAT DENGAN STRATEGI BANDING BEZA BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 IHSAN KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


ABSTRAK


14 MENINGKATKAN MINAT MURID TINGKATAN 2 INOVATIF TERHADAP SUBJEK SAINS MELALUI KAEDAH AKTIVITI SAINS RINGKAS. AISYAH BINTI AYUB SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Sains sebenarnya adalah kajian terhadap fenomena alam semula jadi dan harus dipelajari dengan berinteraksi secara langsung dengan alam semula jadi itu sendiri. Melalui pendidikan Sains, pelajar dapat diolah agar mereka mampu mengetahui kepentingan Sains dan kecenderungan yang lebih mendalam dalam bidang Sains dan mampu menyelesaikan masalah seharian menggunakan konsepkonsep sains yang dipelajari selain dapat menangani perubahan yang berlaku dalam kehidupan yang semakin berteraskan kepada Sains dan teknologi demi meningkatkan mutu kehidupan manusia sejagat. Namun begitu, subjek Sains sentiasa dilabel sebagai subjek yang terlalu sukar sehingga murid hilang minat untuk terus belajar dan meneroka alam Sains. Jadi, kajian ini adalah untuk menarik minat murid terhadap pembelajaran subjek sains. Pemerhatian mendapati murid-murid kelas 2 Inovatif kurang minat dan kurang memberi tumpuan apabila sesi Pdp Sains berlaku. Selain itu juga, murid didapati tidak mampu menjawab soalan secara penulisan dengan baik akibat kurang imaginasi terhadap sesebuah konsep sains yang telah pun dipelajari secara teori. Oleh itu, kaedah aktiviti sains ringkas diperkenalkan bagi menarik minat murid sekaligus membantu murid untuk mendapat gambaran lebih jelas terhadap aplikasi sesebuah konsep sains. Aktiviti sains ringkas dijalankan setiap seminggu atau setiap dua minggu sesudah suatu konsep sains dipelajari. Dalam aktiviti tersebut, murid dikehendaki membina model atau menghasilkan produk yang berkaitan dengan konsep sains yang dipelajari dengan bimbingan guru. Perancangan tindakan adalah menggunakan kaedah padanan daripada hasil pre-test dan post-test daripada soal selidik, pemerhatian dan soalan latihan yang diberikan pada mereka. Keputusan kajian mendapati bahawa terdapat peningkatan didalam minat murid terhadap subjek sains. Bahkan, murid didapati sentiasa teruja untuk meneroka aktiviti sains yang baru setiap kali selesai sesi pdp konsep sains yang baru. Kata Kunci : Sains dan Teknologi, Teori Sains, Konsep Sains KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


15 PENGGUNAAN RODA MASA DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT FAKTA KRONOLOGI SEJARAH DALAM KALANGAN MURID 1 INOVATIF AMIR AZUAN BIN AHMAD SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur ABSTRAK Proses ulangkaji merupakan antara bahagian terpenting dalam aktiviti pembelajaran, khususnya untuk menguji tahap kefahaman murid. Namun, situasi pembelajaran abad ke-21 menyaksikan proses ulangkaji di kelas yang masih dikuasai sepenuhnya oleh guru dan situasi ini tidak dapat mencabar tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar. Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan Roda Masa dalam meningkatkan kemahiran mengingat fakta kronologi sejarah dalam kalangan murid 1 Inovatif. Fokus utama kepada meningkatkan keupayaan murid untuk menyusun fakta sejarah mengikut kronologi atau rentas masa. Kajian ini melibatkan 30 orang murid dari kelas 1 Inovatif di SMK Taman Maluri, di mana data diperoleh melalui skor ujian pra dan ujian pasca berserta borang soal-selidik. Data kajian dianalisis, membuat perbandingan skor, dan data daripada ujian secara online. Hasil kajian menunjukkan bahawa, terdapat murid yang boleh meningkatkan pengetahuan dan penguasaan terhadap topik pelajaran secara kendiri melalui penggunaan kaedah menyusun susunan kronologi sejarah dengan baik berbanding dengan pencapaian yang ditunjukkan melalui kaedah konvensional dalam kelas. Oleh itu, kajian ini adalah penting sebagai satu cara untuk membantu para guru dalam meningkatkan proses P&P pada masa akan datang. KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


16 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MEMFAKTORKAN PERSAMAAN KUADRATIK DENGAN MENGGUNAKAN KALKULATOR FX-570MS (BACKWARD SOLUTION-KAEDAH KEBELAKANG) BAGI MURID TINGKATAN 4 INTELEK AZIMAH BINTI YUSOFF SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Kesan dari kemajuan teknologi yang pesat dalam bidang pendidikan masa kini, kalkulator telah menjadi salah satu pilihan guru dalam membantu proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Matematik. Matematik ialah satu bidang pengetahuan yang sentiasa berubah dari segi kandungan, kegunaan dan cara mempelajarinya. Tujuan kajian ini dijalankan untuk mencari penyelesaian kepada masalah murid yang kurang mahir dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan pemfaktoran persamaan Kuadratik. Seramai 27 orang murid 4 Intelek dan seorang guru telah terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui penyemakan buku latihan murid, temu bual bersama murid dan ujian Pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid keliru dalam memfaktorkan persamaan Kuadratik dengan betul. Oleh itu, perancangan tindakan di fokuskan kepada kaedah untuk meningkatkan kemahiran menggunakan kalkulator fx-570ms (backward solution-kaedah kebelakang). Tiga kajian ini telah dapat diselesaikan dalam tempoh satu minggu. Keputusan ujian pasca telah menunjukkan peningkatan lebih lima puluh peratus prestasi murid berbanding ujian pra. Hasil kajian menunjukkan kaedah ini dapat meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah kekeliruan dalam pemfaktoran bagi persamaan Kuadratik. Kata kunci : Teknologi, masa kini, Kalkulator, Matematik, perubahan, kekeliruan, persamaan Kuadratik. KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


17 SISTEM PEMBELAJARAN MELENGKAPKAN NOTA SEJARAH BERPANDUKAN BUKU TEKS DAN MENGGUNAKAN KONSEP 5W/1H BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN SUBJEK SEJARAH DALAM KALANGAN MURID 2 INSPIRASI DALJIT KAUR A/P TELOG SINGH SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur kiren1977@ gmail.com ABSTRAK Mata pelajaran Sejarah merupakan subjek yang agak merumitkan serta membosankan bagi sesetengah murid. Hal ini kerana, murid perlu mengingati sesuatu peristiwa, fakta dan tarikh mengikut kronologi yang murid tidak nampak didepan mata mereka pada hari ini. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran saya mendapati terdapat beberapa orang murid 2 Inspirasi tidak memahami apa yang dibaca walaupun diberi nota dan merujuk buku teks, hanya segelintir sahaja yang memahami. Keadaan ini amat membimbangkan saya kerana mereka akan menghadapi peperiksaan yang lebih besar. Tambahan pula amatlah malang kalau generasi hari ini tidak mengetahui dan mendalami sejarah negaranya sendiri. Setelah memahami permasalahan murid-murid 2 Inspirasi, saya mencuba kaedah ini untuk menarik minat murid memahami sejarah dengan melengkapkan nota berpandukan buku teks dan menggunakan konsep 5W merangkumi “ What, Who, When, Where, Why” dan H pula untuk “How”, bagi topik Kemerosoton Melaka. Kaedah ini dapat meningkatkan daya ingatan murid untuk mencari dan mengingat fakta atau maklumat menggunakan buku teks tanpa mengharapkan guru semata-mata. Kaedah ini saya jalankan untuk 10 murid 2 Inspirasi pada tahun ini. Kata kunci: tanggungjawab, efisyen, prestasi akademik KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


18 KONSEP KASIMA DALAM PENGAJARAN BAB 3 VISI, MISI DAN OBJEKTIF SUBJEK PERNIAGAAN TINGKATAN EMPAT DURRANI NADIRA BINTI HAZLAN SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Mata pelajaran Perniagaan diperkenalkan bertujuan untuk menyediakan murid sebagai modal insan yang menjadikan perniagaan sebagai suatu peluang kerjaya, mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan serta mampu bersaing hingga ke peringkat global. Pengkaji mendapati masih terdapat banyak masalah yang dihadapi murid dalam menguasai mata pelajaran ini kerana kaedah yang digunakan dalam menyampaikan isi mata pelajaran masih kurang disebabkan mata pelajaran ini baharu diperkenalkan. Oleh yang demikian, kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan kaedah yang diperkenalkan dalam proses Pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) subtopik bab 3 Tingkatan Empat iaitu Visi, Misi dan Objektif perniagaan. Pengkaji telah menggunakan model Kemmis & Mc Taggart (1988) sebanyak satu kitaran menggunakan intervensi yang diperkenalkan iaitu Konsep KASIMA. Seramai lima orang murid tingkatan empat telah dipilih sebagai kumpulan sasaran dalam kajian ini. Kajian dilaksanakan selama satu bulan dan data dikutip dengan menggunakan kaedah pemerhatian, soal jawab dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan keputusan yang positif selepas intervensi konsep KASIMA diperkenalkan bagi isu yang dikesan oleh pengkaji. Kata kunci : Perniagaan, VMO Perniagaan, Kajian Tindakan KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


19 ‘GETAH EVA’ SEBAGAI BAHAN ALTERNATIF DALAM PROSES PENGHASILAN PRODUK UKIRAN KAMARULZAMAN BIN MUHD YUNUS SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar tingkatan 4 di dalam tajuk seni ukiran. Sebagai satu usaha untuk mengenali sifat bahan dan mempermudahkan proses menyediakan produk ukiran. Kajian ini dijalankan selama 3 bulan, seramai 30 pelajar 4 Integriti, SMK Taman Maluri dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Dalam usaha memenuhi keperluan kertas 2611/3 (Kajian Rekaan Seni Visual), sebagai bakal calon SPM yang mendaftar mata pelajaran PSV dikehendaki menyiapkan satu folio dengan hasilan satu produk. Hasil dari dapatan kajian didapati bahawa bahan getah EVA sesuai untuk pelajar dalam menghasilkan ukiran jenis bunga timbul dan tebuk terus. Penggunaan alatan yang minima dan mudah serta penjimatan masa jelas diperolehi, Kepuasan pelajar yang menggunakan getah EVA setanding pelajar yang menggunakan media biasa, namun nilai estetik terutamanya pelbagai silat yang ada pada ukiran kayu tidak dapat diperolehi sepenuhnya dengan menggunakan bahan getah EVA. KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


20 TMENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN DALAM KALANGAN MURID 1 INTEGRITI MENGGUNAKAN TEKNIK imBAK. MOHAMMAD SYAFIQ BIN SUKRI SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan teknik IMbak terhadap penguasaan kemahiran menghurai isi karangan jenis fakta. Kajian ini juga dijalankan untuk memastikan sama ada subjek kajian dapat menghurai isi karangan jenis fakta. Subjek kajian dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang murid 1 integriti. Tinjauan awal menunjukkan bahawa subjek kajian menghadapi masalah dalam mengolah dan menghurai isi karangan jenis fakta. Pengkaji menggunakan teknik iMbak yang berasal dari teknik iMbakup sebagai intervensi terhadap permasalahan ini. Pengkaji menjalankan kajian menggunakan instrumen kajian seperti pemerhatian,dan juga temu bual untuk memperoleh data. Hasil analisis data ujian mendapati semua subjek kajian menunjukkan peningkatan dalam menghurai isi karangan jenis fakta. Hasil daripada keputusan ujian ini membuktikan bahawa teknik iMnak dapat meningkatkan prestasi dan membantu murid menghurai isi karangan jenis fakta dengan betul. Implikasi kajian ini terhadap tahap penguasaan kemahiran menghurai isi karangan jenis fakta boleh digunakan oleh guru untuk membantu murid. KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


21 AYAT ACUAN : ‘TFKS’ MENGUPAYAKAN MURID DALAM PENULISAN PENDAHULUAN KARANGAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 MOHD FAIRUS BIN YAHYA SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur ABSTRAK Karangan amat penting dalam mendapat skor yang baik untuk subjek Bahasa Melayu. Penulisan karangan melibatkan tiga aspek utama iaitu pendahuluan, isi atau idea dan kesimpulan yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu, kebolehan menghurai perlu diajar kepada murid untuk menulis pendahuluan karangan dengan baik. Murid sering mengeluh tentang kesukaran untuk memulakan penulisan karangan. kajian ini dijalankan melibatkan, lima orang murid tingkatan 4 Inovatif menjadi peserta kajian iaitu melibatkan dua orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Bahan intervensi yang digunakan ialah kaedah Ayat Acuan : “TFKS” di lembaran kerja yang mengandungi kerangka pendahuluan. Pada peringkat awal murid diminta untuk menganalisis soalan dari segi tema, kehendak soalan dan fokus soalan. Murid diminta menggunakan kaedah Ayat Acuan : “TFKS” untuk mengisi kerangka pendahuluan berdasarkan analisis yang telah dibuat. Hasil kajian mendapati bahawa 4 daripa 5 orang murid telah menunjukkan penguasaan dan lebih mudah menulis pendahuluan dengan kaedah yang digunakan. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan penguasaan murid dalam menulis sekurang-kurangnya enam ayat dalam pendahuluan. Matlamat akhir dalam kajian ini adalah memastikan murid-murid dapat menghasilkan satu penulisan pendahuluan yang baik dan memberi keyakinan kepada mereka untuk mendapat markah dalam soalan karangan. Kata Kunci: Pendahuluan, Kaedah TFKS, menghurai, keyakinan, penguasaan KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


22 PENGUCAPAN PANTUN BERINTONANSI DAN PENGGUNAAN JEDA YANG BETUL MOHD RIZAL BIN YAACOB SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Pantun merupakan puisi tradisional yang digunakan dan berkembang khususnya dalam kehidupan alam orang Melayu. Di dalam pantun terdapat makna yang tersirat mahupun tersurat di samping mempunyai ketinggian falsafah yang terkandung dalam pantun tersebut. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat terhadap pelajar-pelajar 2 Intelek, gaya pengucapan yang disampaikan oleh para pelajar adalah pelbagai. Sejumlah 10 pelajar yang dijadikan responden, hanya menyampaikan pantun secara mendatar dan kadangkala seperti membaca. Untuk memahami dan menguasai pengucapan pantun ini, mereka harus mengetahui elemen-elemen seperti jeda dan intonansi disamping nada yang bersesuaian. Dalam kajian kali ini, pelajar-pelajar 2 Intelek diberikan pantun 4 kerat untuk mengenal pasti jeda yang sesuai sebagai latihan awal sebelum langkah seterusnya. Kali ini teknik penggunaan intonansi digunakan pada baris kedua dan keempat pada perkataan-perkataan yang tertentu dalam satu baris nanti. Setelah menguasai nada dan intonansi pelajar-pelajar yang dipilih juga mesti memahami nada dalam pengucapan pantun. Pantun yang disampaikan boleh sahaja menggunakan nada romantis, melankolik, sinis mahupun patriotik mengikut tema pantun yang dibawa. Diharapkan pelajar-pelajar yang terpilih akhirnya dapat menyampaikan pantun dengan lebih baik dari sebelumnya. Pantun merupakan warisan zaman-berzaman orang Melayu dan kita tidak mahu warisan ini akan hilang ditelan zaman yang penuh dengan teknologi ini. Kata kunci : pantun, pelajar, pengucapan, nada KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


23 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN CERITA MENGGUNAKAN TEKNIK MASD2B MUHAMAD FAKHRUDDIN BIN DAUT SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk membantu murid- murid tingkatan 2 Integriti dalam menguasai teknik menulis karangan cerita kerana kebanyakan murid 2 Integriti kurang menguasai penulisan karangan cerita. Karangan cerita agak berbeza dengan karangan biasa kerana karangan cerita memerlukan kreativiti yang tinggi bagi mengembangkan jalan cerita dan huraian. Antara masalah utama yang dihadapi oleh murid ialah murid kurang daya kreativiti untuk mengembangkan jalan cerita dan kesannya karangan cerita yang dihasilkan tidak dapat dihuraikan secara berkesan dan menarik. Teknik MASD2B digunakan bagi meningkatkan keupayaan murid 2 Integriti dalam menulis karangan cerita. MASD2B merupakan singkatan kepada beberapa perkataan yang memudahkan murid mengingat setiap perkara yang perlu ada dalam penulisan karangan mereka. ‘M’ merujuk kepada perkataan ‘Mengapa’, ‘A’ pula merujuk kepada perkataan Apa’, ‘S’ merujuk kepada perkataan ‘Siapa’, ‘D’ merujuk kepada perkataa ‘Di Mana’, dan ‘2B’ merujuk kepada perkataan ‘Bila’ dan ‘Bagaimana’. Melalui teknik ini murid akan dipandu untuk menulis karangan dengan lebih mudah kerana murid sudah tahu perkara dan huraian yang perlu digunakan dalam setiap perenggan untuk mengembangkan penulisan karangan mereka secara berkesan. Oleh itu, fokus utama kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan teknik ini dalam meningkatkan kemahiran penulisan karangan cerita dalam kalangan murid 2 Integriti. Kata kunci : karangan cerita, singkatan perkataan, mudah, berkesan KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


24 TO INCREASE THE LEVEL OF READING UNDERSTANDING FORM 1 STUDENTS (INSPIRASI AND INOVATIF) USING THE CONCEPT OF C3B4ME MUHAMMAD HAZIQ IHSAN BIN AZMAN SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK This study was conducted with the aim of reviewing the extent to which the use of the C3B4ME method can attract interest and increase students' level of understanding of the reading material in the English subject. This study uses a quantitative method where the study sample consists of 54 respondents of different genders. The research instruments used are questionnaires and test questions. The questionnaire contains 15 items that are used to conduct an analysis of students' interest in using in learning. Meanwhile, test questions are used to analyze the students' level of understanding of the reading material. Analytical data includes test scores, mean scores and percentages. This study was conducted to help students improve their level of understanding of the Reading material using a new concept which is C3B4ME. The results show an increase in the average score of the students. This shows through this concept, students can understand the text more easily. In addition, this C3B4ME method can also make learning English more fun and students will better understand learning according to their respective levels. This is because, communication between the students will happen frequently and make it easier for the students to understand words or sentences whose meaning is unknown. Meanwhile, with this method the teacher will be able to diversify learning methods that support the differentiation of students. Kata Kunci: C3B4ME, reading, understanding KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


25 TEKNIK KINESTETIK: MENINGKATKAN PENGUASAAN HAFAZAN AL-QURAN BAGI MURID 2 INTEGRITI MUNA I’ZZAH BINTI CHE SEMAN SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang signifikan dan wajib dipelajari oleh murid-murid Islam di sekolah rendah mahupun sekolah menengah khususnya murid-murid dari kelas 2 Integriti di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Maluri. Antara perkara yang ditekankan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam ialah memastikan murid-murid mampu membaca dan menghafaz ayat al-Quran dengan betul dan lancar. Namun apa yang berlaku di sekolah pada masa kini sangat menyedihkan kerana terdapat sebilangan murid tidak boleh membaca dan menghafal al-Quran dengan baik. Perkara ini menimbulkan satu persoalan berkenaan usaha yang boleh diambil oleh guru mata pelajaran Pendidikan Islam untuk menangani masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Usaha yang dimaksudkan ialah dengan menggunakan kaedah Kinestetik dalam pengajaran. Kaedah ini dapat membantu murid memahami terjemahan ayat dan menghafal ayat al-Quran dengan lebih mudah. Melalui pergerakan aktiviti Kinestetik yang dijalankan, murid lebih seronok menghafaz al-Quran. Akhirnya kaedah ini bukan sahaja memberi impak kepada murid-murid dari kelas 2 Integriti malah mampu menarik minat muridmurid kelas lain untuk sama-sama menggunakan teknik ini dalam pengajaran hafazan al-Quran. Matlamat aktiviti ini supaya dapat melahirkankan generasi celik al-Quran dan boleh menjadikan alQuran sebagai panduan hidup. Kata kunci: al-Quran, Penguasaan, Pendidikan Islam, Kinestetik KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


26 KONSEP ABLEH NOREHAN BINTI ISMAIL SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar Prinsip Perakaunan dalam memahami konsep perakaunan untuk rekod Debit dan Kredit. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar adalah kesilapan merekod item pada bahagian debit dan kredit. Kajian ini dijalankan di SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur. Saya telah memilih seramai 15 orang pelajar daripada tingkatan 5 Ikhlas untuk menjayakan kajian ini. Fokus kajian ini adalah berkaitan meningkatkan kefahaman murid dalam Penggunaan Konsep ABLEH dalam mengenalpasti kedudukan item pada bahagian debit dan Kredit Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar masih lemah dalam menjawab ke semua soalan yang diberikan .Melalui konsep AB.LEH pelajar dapat mencari penyelesaian dan seterusnya dapat merkod catatan bergu dengan lebih berkesan. Kajian diteruskan dengan Ujian pos setelah murid mempelajari konsep ABLEH. Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 2 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan pelajar lebih mudah menjawab soalan yang diberi dan masa menjawab lebih singkat dengan menggunakan Konsep ABLEH. Murid juga dapat menggunakan Konsep ABLEH ini pada semua tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Kata Kunci: Debit , Kredit KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


27 PENGGUNAAN KAEDAH ‘HIBURANS’ BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN 1 INOVATIF NORRAFIDAH BINTI MOHD RAZALI SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Strategi dan penguasaan soalan adalah sangat penting dalam proses penyelesaian masalah matematik. Penyelesaian masalah matematik memerlukan prosedur supaya maklumat yang diperlukan dapat dikumpulkan. Seandainya murid-murid tidak mahir pada peringkat awal penyelesaian, mereka bakal menghadapi cabaran pada langkah seterusnya. Oleh yang demikian, satu kajian telah dijalankan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan kaedah ‘HIBURANS’ (Highlight, Bulat, Rancang dan Selesai/semak) bagi meningkatkan penguasaan penyelesaian masalah matematik dalam kalangan murid Tingkatan 1 Inovatif. Kajian melibatkan sampel murid murid-murid Tingkatan 1 Inovatif seramai 30 orang. Ujian Pra dan Pos telah dilakukan bagi membandingkan tahap penguasaan dan pencapaian sampel kajian sebelum dan selepas kaedah ini diperkenalkan. Kaedah ini dilaksanakan setelah guru mengenalpasti kelemahan murid melalui Ujian Pra. Hasil dapatan Ujian Pra yang dilaksanakan, ternyata murid-murid lemah dalam penguasaan penyelesaian masalah matematik. Kaedah ‘HIBURANS’ diperkenalkan bagi membantu murid-murid mahir dalam menentukan kata kunci dan operasi bagi soalan penyelesaian masalah dengan lebih berkesan. Hasil dapatan daripada Ujian Pos, didapati terdapat peningkatan murid dalam kemahiran menguasai soalan penyelesaian masalah dengan lebih sistematik. Murid dapat menjawab soalan dengan mengenalpasti kata kunci dan operasi matematik seterusnya menyelesaikan masalah. Walau bagaimanapun, penambahbaikan perlu diteruskan agar murid dapat menguasai dan memahami soalan penyelesaian masalah dengan lebih bermakna. Menjadi harapan agar Kaedah ‘HIBURANS’ ini diperluaskan dengan pelbagai tajuk lain supaya murid-murid dapat menguasai soalan penyelesaian masalah dengan lebih baik. Kata Kunci: Penyelesaian masalah matematik, HIBURANS KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


28 ONE PAGE NOTE MANAGER (OPNM): MENINGKATKAN DAYA MENGINGAT FAKTA SUBJEK PERNIAGAAN BAGI MURID TINGKATAN 4 INTEGRITI NURAIN SYUKRIAH BINTI MAT ZAIN SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Perniagaan merupakan mata pelajaran elektif dalam kelompok Sastera ikhtisas yang digubal untuk murid tingkatan 4 dan 5. Pada setiap tahun, murid akan berhadapan dengan lambakan fakta yang perlu diingat bagi mata pelajaran ini. Isu kesukaran mengingat fakta membuatkan mereka lemah untuk menjawab soalan objektif dan esei dengan baik. One Page Note Manager (OPNM) ini dicipta bagi memberi gambaran secara holistik berkenaan bab-bab yang akan dipelajari dengan menggunakan kata kunci yang mudah diingati. Pelaksanaan inovasi OPNM ini dimulakan dari kelas 4 Integriti, iaitu seramai 32 orang murid diberi ruang dan peluang untuk menghasilkan nota satu bab pada satu muka surat berdasarkan bab yang telah diagihkan guru mengikut kumpulan. Selepas itu, OPNM yang dihasilkan perlu melalui tapisan kualiti oleh Subject Matter Expert (SME) iaitu En. Muhamad Solahuddin bin Harun sebelum diedarkan dan dilaksanakan kepada murid. Seramai 6 orang murid dari tingkatan 4 Integriti telah dijadikan sampel kajian manakala metodologi kajian ialah melalui ujian pra, ujian pos, dan juga pemerhatian. Selepas tamat tempoh kajian, didapati kesemua sampel kajian berjaya menguasai kaedah OPNM dengan menunjukkan keputusan yang memberangsangkan di dalam ujian pos. Ini menunjukkan bahawa peratus kejayaan dalam perlaksanaan kaedah OPNM ini adalah sebanyak 100%. Kejayaan kajian ini secara tidak langsung memudahkan pelaksanaan proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam bilik darjah. Matlamat akhir bagi kajian ini adalah untuk meningkatkan daya mengingat fakta dengan mudah disamping memupuk rasa minat dalam kalangan murid terhadap mata pelajaran perniagaan. Tuntasnya, kajian ini memberi impak dan sangat signifikan terhadap proses PdPc murid bersama guru. Kata kunci: kajian, inovasi, impak, mengingat, fakta, minat, OPNM KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


29 MENINGKATKAN PENGUASAAN TAJWID DALAM BACAAN AL-QURAN MELALUI KAEDAH JARI TAJWID DALAM KALANGAN MURID 1 INSPIRASI NUR FATIN NABILA BINTI MOHAMED SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Bidang Al-Quran merupakan komponen utama dalam mata pelajaran Pendidikan Islam seiring Falsafah Pendidikan Islam yang menekankan penghayatan al-Quran sebagai panduan utama. Namun begitu, tidak tahu dimana silapnya keupayaan murid untuk membaca al-Quran dengan betul, lancar dan bertajwid masih lagi berada pada tahap tidak memuaskan bahkan saban hari semakin ramai murid buta al-Quran serta tidak menguasai sekurang-kurangnya asas tajwid. Hal ini diperkukuhkan lagi melalui pemerhatian, ujian bertulis serta ujian hafazan dan tilawah yang telah dilaksanakan secara talaqqi musyafahah semasa proses PdPC. Justifikasinya, Kaedah Jari Tajwid telah dipilih dan diperkenalkan untuk memudahcara dan menarik minat murid dalam mempelajari dan menguasai ilmu tajwid. Kajian ini telah dilaksanakan kepada 21 orang murid 1 Inspirasi dengan menggunakan ABM yang direka khas dan diolah dengan menarik serta lengkap mengikut silibus KSSM terkini yang dinamakan Kit Jari Tajwid. Semasa PdPC, Kit Jari Tajwid dibekalkan kepada setiap kumpulan bagi membantu mereka dalam menyempurnakan tugasan berkaitan bidang al-Quran serta memperbaiki bacaan semasa hafazan. Melalui ujian pra yang telah dilaksanakan hanya 29% murid yang melepasi standard ujian berbanding 86% berjaya menguasai setelah kaedah ini diperkenalkan. Kesannya, murid menunjukkan respon positif serta minat yang mendalam terhadap bidang al-Quran khususnya tajwid dan hafazan. Ianya membuahkan hasil kerana murid begitu seronok serta mengaplikasikannya dengan baik sesuai dengan amalan PAK21 yang berkonsepkan “Fun Learning”. Intihanya, kaedah ini amatlah sesuai diaplikasikan kepada semua murid Tingkatan 1 hingga 5 kerana ianya lengkap mengikut silibus KSSM. Melalui pelaksanaan kajian ini juga diharapkan dapat melahirkan murid SMK Taman Maluri yang celik al-Quran dan seterusnya menjadi pewaris generasi Rabbani kelak. Kata kunci: al-Quran, tajwid, Falsafah Pendidikan Islam, PdPC, hafazan, talaqqi musyafahah, Kaedah Jari Tajwid, “Fun Learning”, PAK21 KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


30 MENJANA IDEA UNTUK MENJAWAB SOALAN ESEI PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4 MENGGUNAKAN TEKNIK WINK NUR SHYAMIME BINTI MOHD SUPAWI SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Sebahagian besar calon A+ SPM 2022 gagal memperoleh markah maksimum bagi setiap soalan esei yang dijawab. Buktinya murid salah menulis watak dan kehendak soalan yang menyebabkan murid kehilangan banyak markah, malah terdapat calon memperoleh markah kosong disebabkan hanya kesalahan menulis watak. Situasi ini menyebabkan murid beranggapan bahawa soalan esei Pendidikan Moral sangat sukar untuk mendapatkan markah maksimum. Oleh itu, teknik Watak, Isu, Nilai dan Kehendak soalan (WINK) diusahakan bagi memastikan murid mampu menjana idea untuk menulis esei. Teknik yang diperkenalkan ini bermula dengan murid membaca dan memahami soalan, kemudian murid diminta menulis WINK dan menulis esei lengkap. Teknik WINK merupakan latihan asas kepada murid bagi memastikan murid tidak cuai semasa menjawab soalan esei. Teknik WINK ini bukan sahaja boleh membantu murid yang lemah, malah boleh memastikan murid calon A+ berhati-hati semasa menjawab soalan esei sama ada soalan bahagian B atau bahagian C. Kajian ini melibatkan 15 orang murid Pendidikan Moral tingkatan 4 yang terdiri daripada 4 Inspirasi, 4 Ikhlas, 4 Integriti dan 4 Inovatif. Pada awalnya hanya 33% murid yang yakin dapat menjawab soalan esei, namun setelah diperkenalkan teknik ini, peratus murid yang yakin untuk menjawab soalan esei meningkat kepada 87%. Dengan ini amatlah diharapkan agar teknik WINK ini mampu membantu murid Pendidikan Moral tingkatan 4 khususnya dan semua murid menengah atas umumnya untuk menganalisis soalan esei dan memudahkan murid menjawab soalan dengan lebih tepat sekali gus meningkatkan peratus lulus subjek Pendidikan Moral dan mengecilkan gred purata subjek. Kata kunci: kehendak soalan, esei, WINK KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


31 MENGGUNAKAN MNEMONIK AKRONIM UNTUK MENINGKATKAN DAYA INGATAN MURID 1 IHSAN DALAM MATA PELAJARAN RBT NURFATIHAH BINTI ABDUL GHANI SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dibahagikan kepada dua bahagian iaitu teori dan aplikasi. RBT dianggap sebagai subjek yang mudah dengan adanya bahagian pembelajaran secara aplikasi. Walau bagaimanapun, murid lupa bahawa RBT juga mempunyai banyak bahagian teori yang perlu dikuasai. Hal ini menyebabkan murid kurang berminat dan sukar untuk menguasai subjek RBT. Kegagalan untuk menguasainya bukanlah disebabkan oleh ketidakupayaan kognitif murid, tetapi berpunca daripada pemilihan strategi kognitif yang digunakan. Oleh itu, Teknik Mnemonik Akronim telah digunakan untuk menjadikan proses murid mengingati sesuatu lebih mudah. Mnemonik akronim merupakan teknik yang berkesan dalam meningkatkan keupayaan ingatan murid. Kajian ini dijalankan kepada 20 orang responden. Instrumen kajian yang digunakan adalah Ujian Pra, Ujian Pos dan temubual. Ujian Pra dan Ujian Pos dijalankan bagi membandingkan tahap penguasaan murid sebelum dan selepas mnemonik akronim diperkenalkan. Berdasarkan keputusan Ujian Pra, didapati murid mengalami kesukaran untuk menjawab soalan mengingat. Murid diperkenalkan kepada mnemonik akronim dan cara mengaplikasikannya. Murid membentuk mnemonik akronim mereka sendiri. Selepas Ujian Pos dilaksanakan, analisis dapatan kajian mendapati terdapat peningkatan sebanyak 19% terhadap penguasaan murid. Hasil temubual mendapati 85% murid bersetuju bahawa teknik mnemonik akronim ini mampu menjadikan pembelajaran RBT lebih menarik dan membantu murid untuk menguasai pembelajaran. Dengan peningkatan ini murid akan dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan lebih baik. Kesimpulannya, kajian ini mampu memberikan impak yang positif kepada PdPc dan pembelajaran. Pemilihan strategi kognitif yang tepat akan dapat memaksimakan keupayaan ingatan termasuklah dalam penguasaan Reka Bentuk dan Teknologi. Kata Kunci: Mnemonik Akronim, Reka Bentuk dan Teknologi KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


32 MENINGKATKAN MINAT MURID MEMPELAJARI SEJARAH DENGAN PERMAINAN TARSIA NURMAIZATUL ANIS BINTI HASIM SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan sangat penting dalam menarik minat murid dalam sesuatu mata pelajaran terutamanya mata pelajaran Sejarah yang memerlukan murid untuk sentiasa fokus dan peka dengan topik-topik yang dipelajari. Tambahan pula, terdapat murid yang lemah dalam memahami topik-topik yang diajar. Penggunaan permainan seperti permainan Tarsia adalah bertujuan untuk memastikan murid sentiasa memberi perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas seterusnya dapat meningkatkan minat mereka dalam pembelajaran Sejarah. Daripada pemerhatian yang dibuat, didapati bahawa kebanyakan murid berasa bosan ketika pembelajaran Sejarah dilaksanakan. Sekiranya situasi ini berterusan, murid-murid tidak akan mampu menguasai topik-topik yang diajar. Oleh itu, langkah intervensi yang berkesan perlu dilakukan iaitu dengan menggunakan permainan Tarsia semasa sesi pembelajaran sekaligus dapat juga menggalakkan murid untuk lebih aktif semasa sesi pembelajaran berlangsung. Melalui pemerhatian semasa PdPc dijalankan, penggunaan permainan Tarsia sangat membantu murid-murid dalam meningkatkan fokus mereka seterusnya dapat memudahkan mereka memahami topik yang diajar. Hasil daripada kajian ini juga dapat melatih murid untuk mengingati fakta-fakta Sejarah. Kata kunci: Tarsia, intervensi KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


33 MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN PERKATAAN BERMAKNA DALAM KALANGAN MURID PERALIHAN MELALUI NYANYIAN DAN GAMBAR NURUL HIDAYAH BINTI MOHAMAD ZIN SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menambah baik penguasaan perkataan bermakna Bahasa Melayu dalam kalangan murid kelas Peralihan kerana saya dapati masih ramai murid Peralihan yang tidak mengetahui maksud perkataan-perkataan Bahasa Melayu walaupun perkataan mudah. Seramai 10 orang murid terlibat dalam kajian ini. Selain itu, saya juga ingin memastikan murid membaca dengan lancar dan menggunakan sebutan yang betul. Apabila mereka mengetahui maksud perkataan yang dibaca, mereka akan lebih mudah menyebut perkataan tersebut dan bacaan juga akan menjadi lebih baik. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui aktiviti di dalam kelas dan didapati terdapat beberapa kesilapan cara bacaan murid terutamanya nada dan sebutan dan kebanyakan daripada perkataan yang mereka baca itu tidak difahami dan sekadar menyebutnya sahaja. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah menggunakan kaedah nyanyian untuk memastikan murid menyebut perkataan tersebut dengan betul. Mereka akan terbiasa dengan sebutan yang betul dan lama-kelamaan bacaan mereka akan menjadi semakin baik dan lancar di samping mereka juga mengetahui maksud perkataan yang disebut dengan merujuk kamus bergambar. Hasilnya saya dapati, terdapat perubahan dalam cara bacaan murid saya. Saya juga berasa teruja untuk meneruskan aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Kata kunci : perkataan, maksud, murid KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


34 MENINGKATKAN PENGUASAAN BIDANG FIQH TINGKATAN 4 MELALUI TEKNIK PEMBELAJARAN MNEMONIK NURUL HUDA BINTI ISMAIL SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Masalah mengingat menjadi cabaran utama untuk menguasai topik yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam tingkatan empat kerana mengandungi fakta-fakta yang memerlukan gaya pembelajaran yang sesuai bagi menguatkan daya ingatan. Penulisan ini bertujuan untuk melihat penggunaan teknik pembelajaran mnemonik bagi meningkatkan daya ingatan dan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam tingkatan empat iaitu 4 Ihsan. Penulisan ini mengkaji kaitan teknik pembelajaran mnemonik dengan daya ingatan. Teknik mnemonik yang diterapkan dalam kajian ini adalah teknik akronim, teknik kata kunci. Bidang yang dipilih berdasarkan mata pelajaran Pendidikan Islam tingkatan empat ialah bidang ibadat yang mempunyai lima topik termasuk haji dan umrah, sembelihan, korban, akikah, muamalat Islam dan solat sunat. Penulisan ini memberi tumpuan terhadap pelaksanaan teknik pembelajaran mnemonik. Matlamat utama teknik yang digunakan adalah untuk mengukuhkan ingatan seseorang terhadap pengetahuan yang dipelajarinya. Oleh sebab itu, penguasaan terhadap teknik untuk mengingat amat penting untuk meningkatkan pencapaian dalam pembelajaran. Pembelajaran yang menarik, mudah dan menyeronokkan mampu memberi kefahaman yang baik tentang topik yang diajar seterusnya mengekalkan maklumat dan pengetahuan yang disampaikan ke dalam ingatan pelajar. Impak penguasaan terhadap teknik mengingat amat penting selain mengaplikasikan teknik-teknik belajar yang lain kerana permasalahan ingatan manusia yang terbatas ini boleh diatasi dan ditingkatkan melalui kemahiran mengingat dan latihan yang bersistematik. Kata kunci : teknik, mnemonik, ingatan, fakta KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


35 MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT DALAM BAHASA INGGERIS MELALUI PELAKSANAAN ‘MY SVA CORNER’ NURUL NAJIHAH BINTI AZMAN SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang wajib dikuasai oleh murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Namun begitu, kebanyakan murid dikenalpasti masih gagal untuk menulis waima sebaris ayat dengan baik kerana kesukaran untuk mengenalpasti subjek (subject) dan kata kerja (verb) yang sekaligus menjejaskan kualiti penulisan karangan mereka. Masalah ini telah dikenalpasti oleh pengkaji semasa melaksanakan ujian pra iaitu ujian menulis ayat dengan mengaplikasikan peraturan tatabahasa yang tepat. Oleh itu, satu sudut khas yang dinamakan ‘My Subject-Verb Agreement (SVA) Corner’ telah diwujudkan di dalam kelas bertujuan untuk memberikan pendedahan awal serta bimbingan berterusan kepada murid dengan memfokuskan kepada penulisan ayat yang betul menggunakan ‘Simple Present Tense’ dan ‘Simple Past Tense’. Murid-murid akan mendapat maklum balas penambahbaikan secara berterusan berkaitan ayat yang ditulis di ruangan SVA yang telah disediakan. Kajian ini telah melibatkan keseluruhan 30 orang murid tingkatan 2 Ikhlas yang kebanyakannya berada pada tahap penguasaan yang lemah dalam kemahiran menulis. Pengkaji telah menggunakan instrumen ujian pra, ujian pasca dan pemerhatian. Pengkaji mendapati terdapat impak yang positif terhadap penguasaan kemahiran menulis para murid khususnya dalam aspek menulis ayat yang betul apabila murid mengaplikasikan peraturan SVA yang tepat. Semua murid telah berjaya menunjukkan kemajuan dalam menghasilkan struktur ayat yang berkualiti dalam penghasilan ayat menggunakan Simple Present Tense’ dan ‘Simple Past Tense’ dan 50 peratus murid telah berjaya mendapat markah penuh dalam ujian pasca yang dijalankan.Matlamat akhir bagi kajian ini adalah untuk meningkatkan kualiti penulisan para murid daripada aspek struktur ayat disamping memupuk keyakinan diri mereka terhadap penulisan dalam Bahasa Inggeris. Tuntasnya, kajian ini telah memberikan impak yang sangat signifikan terhadap mutu penulisan para murid yang sekaligus membantu memperkaya kualiti pengajaran guru sebagai fasilitator dan pembimbing di dalam bilik darjah. Kajian ini juga sangat relevan untuk diaplikasikan oleh semua guru Bahasa Inggeris mahupun guru bahasa yang lain kerana keberkesanan dan sifatnya yang realistik untuk diaplikasikan. Kata kunci: menulis, konsisten, bimbingan, subjek, kata kerja, kemajuan, SVA KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


36 APLIKASI MODUL PENDEKATAN TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING (TGFU) DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI NURUL NASUHA BINTI MOHAMMAD SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Teaching games for Understanding (TGFU) merupakan suatu kaedah pengajaran secara permainan untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian di dalam atau di luar bilik darjah supaya murid tidak berasa bosan.Kajian dijalankan bertujuan untuk meningkatkan minat murid dan menekankan kepada peningkatan tahap pencapaian dalam aktiviti fizikal. Kaedah ini dipilih untuk meningkatkan minat murid terhadap aktiviti Pendidikan Jasmani. Kajian ini melibatkan 30 orang murid perempuan dari kelas 1 Integriti dan 1 Inovatif SMK Taman Maluri. Kajian ini dijalankan melalui pemerhatian dan borang soal selidik. Ujian pra dan post dijalankan sepanjang 4 minggu. Dapatan kajian menunjukkan pendekatan TGFU jelas membuktikan adanya perubahan tahap minat dan motivasi murid terhadap pendidikan jasmani.Pendekatan TGFU dapat meningkatkan daya kreatif, inovatif muridmurid selaras dengan sukatan KSSR. Kata Kunci : TGFU KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


37 THE EFFECTIVENESS OF THE GRAMMAR TRANSLATION METHOD BY USING A DICTIONARY TOWARDS 3 INTELEK STUDENTS NUUR AMIERA BINTI ZAINAL ABIDIN SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRACT This case study was implemented to investigate the use of Grammar Translation Method (GTM) by using a dictionary from the mother tongue to another language by putting together in grammar class to scaffold English students' learning. This study was conducted by classroom observation, tests based on reading comprehension questions (Pre-test and post-test), and isolated words was employed to collect the data. The targeted audience for this study is Form 3 Intelek with mixed proficiency levels. Since some of the students from 3 Intelek portrayed difficulties in learning their second language in class, this old fundamental teaching approach was implemented in class and these targeted students were using a dictionary as their medium in second language learning. The test was conducted using Form 2 pastyear paper examination (Paper 1 – Part C) . The data was gained to see how useful a dictionary towards ESL students with low proficiency manner. This study will give benefits second language students to gain more new vocabulary and improve their understanding of new vocabulary. The selected data is displayed in the table and analyzed descriptively. While validating data is done by crosschecking the result of data analysis of each method. The data is reported in regard to the result of findings and discussion to answer the research questions of this study, the use of mother tongues was frequently used to give instructions and a dictionary. Other findings show that much-isolated words were used to introduce new vocabulary, and putting words together was used to explain topic discussion. This implementation of study will initiate teacher to make sure learning become more accessible and straightforward to students. Keywords: grammar-translation method, mother tongue, dictionary KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


38 KAEDAH “CARD-N-PICK” DALAM PEMBELAJARAN SIRAH PENDIDIKAN ISLAM RAUDHAH BINTI AHMAD DARBI SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Kajian mendapati ramai dari kalangan murid tidak menguasai topik sirah dalam sukatan KSSM Pendidikan Islam kerana dengan alasan terdapat banyak fakta, sukar untuk diingati dan cepat bosan. Atas dasar ini, kaedah “Card-N-Pick diperkenalkan kepada murid untuk membantu mereka menguasai isi pelajaran seterusnya memahami kisah tentang kehidupan Nabi, keluarga baginda serta para sahabat. Kaedah “Card-N-Pick” merupakan pembelajaran koperatif dan pembejaran aktif yang melibatkan peranan murid seperti memegang kad, memilih dan membacakan soalan, menjawab soalan dan memberi maklum balas serta kata pujian. Kajian ini melibatkan 30 orang murid tingkatan 1 Integriti dimana pada permulaannya hanya 30% murid sahaja yang menjawab soalan tetapi setelah menggunakan kaedah “Card-N-Pick” hampir 80% murid dapat menjawab soalan dengan lebih baik. Hasil kajian ini diharap dapat membantu murid meningkatkan kefahaman dan ingatan dalam topik sirah pendidikan Islam dan para guru dapat mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajaran di dalam kelas. Kata Kunci: Card-N-Pick, PAK21, pembelajaran koperatif, pembelajran aktif, Pendidikan Islam KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


38 IMPROVING STUDENTS’ VOCABULARY ACHIEVEMENT THROUGH WORD GAMES Rashida binti Hashim SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Many teachers have struggled for a long time with the issue of how to teach language effectively. These techniques include generating student curiosity and interest, employing part-of-speech conversion, using syntactic analysis, formative assessment, and using the game method after briefly reviewing the history of the evolution of English teaching methods. Using this method, students’ vocabulary mastery has increased dramatically, an essential and fundamental component of teaching English. Thus, teaching vocabulary efficiently and adequately will significantly help improve general English education. The result of this research is that the implementation of this strategy is efficient in terms of student learning. vocabulary accumulation. Like the bricks that make up a house, vocabulary is the foundation and most important element of teaching English. This paper is based on a study on students’ vocabulary of Form 1 Intelek students of SMK Taman Maluri. This study is conducted based on the preliminary study which indicated that the students faced difficulties in learning English because of the lack of vocabulary. The purpose of this study is to improve students’ vocabulary achievement through word games. The data were collected by interview, observation, questionnaires and tests. The results of this study shows that word games could help students to memorize vocabulary items easily, motivate students, and make them more interested in learning vocabulary. Students were able to remember the words longer and know how to use them in the right context. It also helped to encourage their participation and promote their interest. In conclusion, students’ vocabulary achievement through word games should be used in your classroom whenever possible. Word games can be a highly engaging teaching strategy when applied effectively. They can also grab your students’ attention, improve their communication skills and help you develop classroom routines. KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


39 KAEDAH 3030 : MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MELAKAR OBJEK 3D REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI MURID TINGKATAN 3 IHSAN & 3 INTELEK ROSMAWATIE BINTI ISMAIL SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Penguasaan kemahiran melakar objek 3D bagi mata pelajaran RBT amatlah penting. Pembinaan produk dapat dilaksanakan dengan baik apabila lakaran 3D dapat di lengkapkan sebagai rujukan utama. Kaedah 3030 dilaksanakan yang melibatkan 21 orang murid 3 Ihsan dan 3 Intelek SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur. Kajian tindakan yang dihasilkan bertujuan untuk mengatasi masalah murid-murid khusus bagi tajuk “Penghasilan Produk Bab 2 RBT Tingkatan 3. Kajian ini dihasilkan berasaskan masalah yang dihadapi oleh murid dalam menghasilkan lakaran 3D Rekabentuk produk. Daripada pemerhatian, murid-murid didapati sukar untuk menghasilkan perkembangan idea lakaran produk yang hendak dibuat. Murid-murid tidak dapat melakar produk yang dibuat disebabkan tidak mengetahui teknik yang betul untuk melakar. Kaedah 3030 menggunakan Lakaran Isometrik. Murid diminta menyediakan alatan, ukuran yang diperlukan dan paksi-paksi yang terlibat (Lakaran Isometrik) mengikut bentuk yang di kehendaki. Setelah kaedah 3030 digunakan, murid akan dapat membina objek 3D dengan yakin dan dengan cara yang betul. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan dan pemahaman murid untuk menghasilkan lakaran produk 3D meningkat walaupun belum 100% selepas menggunakan kaedah 3030. Kesimpulannya,penggunaan Kaedah 3030 telah dapat meningkatkan kemahiran melakar produk 3D dengan bermaklumat. Lakaran 3D bermaklumat dapat membantu pengguna memahami bentuk yang akan dihasilkan kelak. Kata kunci : Kaedah melakar, Kaedah 3030, Isometrik KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


40 MENINGKAT PENGUASAAN MURID 4 INSPIRASI TERHADAP TAJUK PEMBAHAGIAN SEL MELALUI PEMBELAJARAN TERADUN RUMAIZAH MARYAM JAMALIAH BINTI RAMLI SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Selaras dengan perkembangan penggunaan teknologi dalam memperkasa bidang pendidikan, pelbagai pendekatan telah diserapkan dalam pelaksanaan proses pembelajaran para murid di sekolah termasuklah pendekatan secara teradun (blended learning). Pendekatan yang melibatkan proses secara bersemuka dan dalam talian digabungkan bagi mengatasi masalah kekangan waktu dan diharapkan dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap pembahagian sel. Kajian ini bertujuan untuk meneroka fahaman pelajar terhadap pembahagian sel melalui pembelajaran teradun . Kajian secara kualitatif ini melibatkan 9 orang yang dipilih secara bertujuan dan dikenalpasti telah melalui pengalaman pembelajaran secara teradun semasa PKP. Data kajian dikumpulkan melalui soalan kuiz. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jangkaan pelajar terhadap pembelajaran teradun adalah positif. Selain itu,penggunaan pembelajaran teradun ini telah membantu untuk mempertingkatkan lagi kemahiran kritikal pelajar. Ini juga berkaitan dengan gaya belajar mereka sendiri, persekitaran pembelajaran, disiplin dan sikap. Walaubagaimanapun bukan semua murid dapat meningkatkan kefahaman mempelajari pembahagian sel dengan mudah. Kata Kunci: pembelajaran teradun, , pemikiran KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


41 MELUKIS CATAN DENGAN GABUNGAN BERUS BAGI PELAJAR TINGKATAN 3 IKHLAS SAMSUL HIDAYAT BIN KASPUNI SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran pelajar melukis catan dengan gabungan berus. Objektif umum bagi kajian ini adalah meningkatkan kemahiran melukis catan dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggabungkan berus yang pelbagai saiz. Kajian ini telah dilaksanakan ke atas 23 orang pelajar tingkatan 3 Inspirasi, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Maluri. Pengkaji telah menggunakan tiga instrument utama dalam menganalisis dapatan kajian iaitu pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Hasil analisis dapatan kajian, pengkaji mendapati berlaku peningkatan yang ketara selepas intervensi dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan kaedah ini dapat meningkatkan minat, kemahiran pelajar melukis catan dan merangsang imaginasi serta tahap kreativiti dalam penjanaan idea untuk melukis imej dengan kemas dan teratur. Justeru disarankan semua pihak yang bertanggungjawab menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual menggunakan kaedah ini. KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


42 MENINGKATKAN PENGUASAAN MENJAWAB SOALAN PERIBAHASA MENGGUNAKAN TEKNIK SEHARI SELEMBAR BENANG SAONAH BINTI ATON SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Kecemerlangan akademik peringkat Sijil Pelajaran Malaysia menjadi kayu pengukur untuk murid terus melangkah ke hadapan dalam usaha melanjutkan pelajaran ke menara gading. Langkah bermula apabila murid memasuki tingkatan empat kerana murid perlu menguasai pelbagai kemahiran sebagai persediaan awal untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di tingkatan lima. Sebelum kajian dijalankan, didapati semasa proses PdPC dijalankan, didapati murid 4 Inspirasi menghadapi masalah menjawab soalan peribahasa kerana murid kurang menguasai peribahasa melayu. Soalanperibahasa antara soalanmudah yang sepatutnya dapat dikuasai dengan baik oleh murid 4 Inspirasi. Keputusan ujian satu yang dijalankan juga menunjukkan terdapat beberapa orang murid memperoleh markah 0 untuk soalan yang memperuntukkan 6 markah. Situasi ini agak membimbangkan. Oleh itu, isu ini dipilih untuk membantu murid-murid mendapat markah penuh iaitu 6 markah dalam soalan peribahasa. Pendekatan teknik Sehari Selembar Benang telah diguna pakai kerana murid-murid didedahkan dengan satu peribahasa beserta makna dan contoh ayat sebelum setiap kali PdPC dijalankan. Setiap murid diberi peluang untuk membentangkan peribahasa pilihan mereka berdasarkan buku teks. Setelah teknik ini digunakan, peningkatan markah terus terserlah setiapkali latihan peribahasa diberikan dan murid menunjukkan kesungguhan untuk menjawab soalan peribahasa. Murid juga menunjukkan minat berbanding sebelum pendekatan Sehari Selembar Benang digunakan. Harapan dengan pengunaan teknik ini dapat membantu murid mendapat markah penuh untuk soalan peribahasa dan dapat membantu murid memilih peribahasa dalam penulisan karangan peperiksaan SPM pada tahun 2024 kerana konsep serampang dua mata yang dilaksanakan. Kata kunci: Peribahasa Melayu, Menarik , Mudah KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


43 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID 4 INTELEK DALAM MENUKAR NOMBOR DARIPADA ASAS SEPULUH KEPADA ASAS YANG LAIN MENGGUNAKAN KAEDAH BADATO SEE SU CHYN SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Kemahiran pelajar dalam menukar nombor daripada asas sepuluh kepada asas yang lain didapati kurang memuaskan dan masih lemah lagi. Perkara ini menjadi salah satu punca menyebabkan pelajar kurang berminat dengan pembelajaran Matematik terutamanya melibatkan asas selain daripada 10. Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah BADATO di kalangan pelajar tingkatan 4 Intelek dalam meningkatkan kemahiran murid 4 Intelek dalam menukar nombor daripada asas sepuluh kepada asas yang lain. Kaedah pengumpulan data dibuat menggunakan pendekatan kuantitatif melalui instrumen ujian pra dan ujian pasca melibatkan 30 orang pelajar tingkatan 4 Intelek Mereka dipilih kerana mereka mempunyai masalah yang sama iaitu lemah dalam menukar nombor daripada asas sepuluh kepada asas yang lain. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 dan ujian pra. Hasil daripada tinjauan awal menunjukkan murid kurang mahir dalam dalam kemahiran tersebut. Dengan kajian tindakan BADATO diharap dapat memberi impak yang positif dan memudahkan murid untuk memperolehi jalan kerja yang terancang dan senang difahami supaya fakta dan konsep asas matematik murid lebih mantap. KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


44 PENULISAN KARANGAN MENGGUNAKAN TEKNIK IMBAKUP SHARIFAH ZUBAIDA BINTI AHMAD SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan subjek Bahasa Melayu sebagai subjek wajib lulus untuk semua calon Sijil Pelajaran Malaysia. Sehubungan dengan itu, dalam meneliti keseluruhan kandungan subjek Bahasa Melayu, penulisan karangan merupakan salah satu aspek yang mempunyai nilai wajaran markah yang paling tinggi berbanding bahagian lain. Teknik IMBAKUP merupakan salah satu teknik yang boleh membantu guru untuk memberi penerangan ataupun tunjuk cara yang berkesan kepada murid supaya dapat menghasilkan penulisan karangan yang cemerlang. Oleh yang demikian, peranan guru dalam memastikan murid menguasai teknik menulis karangan sangat penting untuk menghasilkan murid yang berjaya menulis karangan dan mencapai markah cemerlang dalam subjek ini. Teknik ini mampu melatih murid menyusun idea untuk menulis karangan dengan lebih jelas, berkesan dan bermakna. Pengenalan teknik IMBAKUP kepada murid tingkatan satu Ihsan telah menunjukkan peningkatan sebanyak 65% murid mendapat markah baik hingga cemerlang. Kata kunci: teknik, wajar, IMBAKUP, cemerlang KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


45 MENINGKATKAN PEMAHAMAN MURID TINGKATAN DUA IHSAN DALAM PEMBELAJARAN SISTEM PERTAHANAN BADAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN KOMIK SITI MARIAM BINTI YAHYA SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Komik merupakan khazanah seni yang bernilai tinggi. Kebanjiran majalah dan komik yang berkonsepkan hiburan bermaklumat di Malaysia memberi petunjuk bahawa masyarakat mula menerima komik sebagai sumber pengetahuan dalam pendidikan. Namun, negara kita masih kurang kajian tentang pendekatan komik dalam pendidikan. Penggunaan Pendekatan Komik ini, bukan sahaja dapat meningkatkan penguasaan dan pemahaman konsep Sains tetapi dapat meningkatkan minat dan pencapaian murid. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap pemahaman murid tingkatan dua Ihsan dalam subtopik Sistem Pertahanan Badan menggunakan Pendekatan Komik. Seramai 25 orang murid Tingkatan Dua Ihsan, SMK Taman Maluri dipilih secara rawak untuk terlibat dalam kajian ini. Kaedah perlaksanaan bermula dengan tinjauan terhadap murid semasa mengajar kemudian ujian pra dijalankan. Seminggu kemudian, murid diminta menghasilkan komik secara berpasangan mereka diminta membentangkan hasil kerja mereka dan dinilai oleh rakan. Kemudian ujian pos ditadbir untuk melihat perkembangan murid. Impak kepada murid, mereka lebih seronok berbincang dan melukis mengikut idea mereka serta tahap pemahaman dan penguasaan terhadap apa yang dihasilkan adalah memberangsangkan. Guru pula lebih mudah mengajar dan Pendekatan Komik ini boleh digunakan dalam subjek seperti Sejarah, Bahasa, Matematik dan lain-lain. Kata kunci: Komik, hiburan bermaklumat, konsep, khazanah KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


46 KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM MENGUASAI TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAR & KBAT DENGAN STRATEGI BANDING BEZA BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 IHSAN SITI NADIATULLAZMA BINTI AHMAD SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Pencapaian akademik merupakan sebahagian kayu ukur kepada keberhasilan pembelajaran yang diterima oleh murid. Hal ini boleh dicapai dengan pemilihan teknik belajar yang bersesuaian serta disusuli dengan penguasaan teknik menjawab yang tepat semasa ujian atau peperiksaan yang dilaksanakan untuk meningkatkan pencapaian sesuatu mata pelajaran. Justeru itu, formula menjawab soalan berbentuk Kemahiran Aras Rendah (KBAR) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan menggunakan kaedah Banding Beza telah dihasilkan oleh pengkaji untuk mengatasi masalah penguasaan murid-murid 4 Ihsan semasa menjawab soalan berstruktur di dalam mata pelajaran Tasawwur Islam khususnya. Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat selepas semakan skrip jawapan soalan ujian atau peperiksaan, didapati majoriti murid tidak dapat membezakan teknik menjawab soalan berbentuk KBAR dan KBAT dengan betul walaupun mereka mempunyai idea jawapan yang tepat. Penggunaan kaedah Banding Beza ini digunakan setiap kali waktu PdPc berlangsung dengan menjawab soalan bahagian B yang terdiri daripada soalan berbentuk KBAR dan KBAT untuk menggalakkan murid membuat analisis perbezaan di antara dua bentuk soalan tersebut sekaligus mampu menjawab dengan format yang tepat. Didapati selepas pelaksanaan kajian, terdapat impak yang positif terhadap penguasaan membanding-beza soalan dalam kalangan murid dan mampu memperolehi markah yang lebih baik. Dapatan kajian yang dijalankan melalui penganalisaan markah pra dan pasca ujian telah menunjukkan 93.5% murid telah menguasai teknik menjawab soalan KBAR dan KBAT dengan lebih baik setelah didedahkan dengan teknik Banding Beza. Kesimpulannya, matlamat utama bagi kajian ini adalah untuk meningkatkan kualiti jawapan murid dengan format yang tepat pada sesuatu soalan, sekaligus mampu mendapatkan markah yang maksimum di dalam ujian atau peperiksaan masing-masing. Kata Kunci : KBAR, KBAT, Banding Beza, Analisis, Kritikal


ABSTRAK PEMBENTANG JEMPUTAN ABSTRAK PEMBENTANG JEMPUTAN


48 KEBERKESANAN APLIKASI PLICKERS TERHADAP PERSEPSI DAN PENCAPAIAN PELAJAR 2 INSPIRASI DALAM PEMBELAJARAN SAINS HAIZA HANIM BINTI ABD AZIZ SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Maklum balas pelajar secara berterusan berkaitan apa yang telah dipelajari merupakan teras utama dalam proses pembelajaran bagi membantu guru mengenalpasti langkah seterusnya yang boleh dilaksanakan dalam usaha memaksimumkan pencapaian pelajar. Namun, masalah yang dikenalpasti dalam kalangan pelajar 2 Inspirasi adalah data daripada alat pentaksiran yang digunakan kurang berupaya untuk memaklumkan dengan tepat tentang pencapaian hasil pembelajaran bagi setiap individu. Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan aplikasi Plickers sebagai alat pentaksiran formatif untuk meningkatkan pencapaian dan persepsi 21 orang pelajar kelas 2 Inspirasi dalam subjek Sains. Plickers adalah merupakan satu aplikasi teknologi yang menggunakan cetakan kod unik untuk setiap pelajar yang akan diimbas dengan menggunakan telefon bimbit guru bagi memberi maklum balas berterusan tentang pencapaian hasil pembelajaran. Instrumen yang digunakan dalam kajian adalah ujian pencapaian pra dan pos, soal selidik menggunakan Google Form dengan skala Likert 5 mata dan temu bual. Berdasarkan data kajian, terdapat peningkatan skor purata 65 dalam ujian pra dan 78 dalam ujian pos. Melalui soal selidik yang dijalankan juga terdapat perbezaan signifikan persepsi pelajar dalam aspek keyakinan dalam menyampaikan maklum balas kepada guru (peningkatan μ=3.55 kepada μ=4.94), kepuasan dalam pembelajaran (peningkatan μ=4.05 kepada μ=5.00) dan penglibatan semasa PdPc (peningkatan μ=3.50 kepada μ=4.88). Melalui temu bual juga pelajar memberikan maklum balas positif apabila frasa “seronok (enjoy)” kerap digunakan oleh pelajar kelas 2 Inspirasi tentang penggunaan Plickers. Kesimpulannya, aplikasi Plickers didapati berpotensi untuk dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Sains di sekolah. Kata kunci : Plickers, alat pentaksiran, persepsi pelajar KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


49 MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS (KPS) PELAJAR TINGKATAN 4 DENGAN PENGIMPLEMENTASIAN KAEDAH “FRAME + FLIPME” NOOR SUMAYAH BINTI ISMAIL SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Pembelajaran sains merupakan satu proses yang dianggap agak rumit untuk difahami kerana melibatkan penyiasatan terhadap alam sekitar yang memerlukan kemahiran penaakulan saintifik melalui kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Hal ini turut memerlukan murid memberi tumpuan khususnya dalam penguasaan Kemahiran Proses Sains (KPS), kemahiran menaakul dan kemahiran manipulatif. Tinjauan awal telah dibuat melalui soal selidik kemahiran inventif dan ujian pra yang menunjukkan murid masih lemah dalam kemahiran proses sains. Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan suasana pembelajaran pasif terhadap pengajaran dan pembelajaran sains secara formal dalam kelas. Umum mengetahui bahawa murid perlu menguasai semua kemahiran ini dengan baik dan mampu menghubungkaitkannya dengan kehendak soalan iaitu soalan dalam bahagian A dan C kertas 2 sains SPM. Justeru kajian ini bertujuan untuk membantu murid yang lemah dalam menguasai kemahiran menaakul dan kemahiran proses sains dengan mengimplementasikan kaedah Frame + FlipMe. Sampel kajian melibatkan seramai 30 orang murid tingkatan 4 Ikhlas. Kajian ini memfokuskan kepada cara menulis tujuan, membina hipotesis, mengenal pasti pembolehubah, inferens, definisi secara operasi, merancang prosedur dan membina jadual dengan menggunakan pendekatan Frame dan alat Flipme. Kaedah ini juga dibina berasaskan pendekatan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang menghubungkaitkan situasi ataupun fenomena di sekeliling dengan elemen kemahiran proses sains. Di samping itu, kaedah intervensi Frame + FlipMe adalah bersifat fun-learning iaitu para murid dapat berinteraksi dengan bahan maujud khususnya melalui alat Flipme. Impak utama daripada kajian ini mendapati penguasaan KPS murid dalam perancangan eksperimen semakin memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya. Murid juga menunjukkan sikap positif dengan menunjukkan pembelajaran aktif untuk menguasai kemahiran proses sains serta mempunyai keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Sains khususnya di peringkat SPM. Kata kunci: kemahiran proses sains, menaakul, implementasi, KBAT KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN 2022/2023 SMKTM


Click to View FlipBook Version