KERTAS KONSEP PROGRAM MENYEMAI SEMANGAT KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2023 PERTANDINGAN MELUKIS POSTER DAN KARIKATUR Anjuran: Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) Jabatan Pendidikan Negeri Perak
2 1.0 PENGENALAN 1.1. Kesetiaan kepada Raja dan Negara merupakan prinsip kedua daripada lima prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara yang menjadi ideologi nasional yang wajib dihayati. Prinsip ini menekankan kepada rakyat betapa pentingnya kesetiaan yang perlu ada dalam sanubari rakyat terhadap Raja, begitu juga kesetiaan kepada negara. 1.2. Karikatur dapat dibahagi kepada tiga bentuk iaitu: karikatur perseorangan atau peribadi (personal caricature), karikatur sosial atau kemasyarakatan (social caricature) dan karikatur politik (political caricature). Melalui karikatur perseorangan atau peribadi, seseorang dapat menggambarkan seorang tokoh tanpa kehadiran objek lain atau situasi di sekelilingnya secara karikatural dengan menonjolkan ciricirinya dalam bentuk wajah atau dengan kebiasaannya. Penggambaran yang dihasilkan melalui lukisan karikatur dapat menonjolkan ciri dan watak yang tersirat. Faktor jenaka/ lucu (humor) yang dihasilkan melalui lukisan karikatur ini dapat membuatkan orang tersenyum ketika melihatnya. 1.3. Poster pula ialah suatu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan reka letak yang digubah untuk menyampaikan maklumat secara mudah. Poster merupakan satu elemen dalam promosi, kempen dan sebagainya. Kebiasaannya, reka bentuk poster bersifat 2D meliputi bahan yang dilukis, dicat, ditulis atau dicetak. Visual pada poster adalah sebuah reka bentuk yang seimbang dalam jangka masa tertentu yang menunjukkan skala ruang positif dan negatif. Saiz imej yang diguna haruslah memberi kesan kepada sesebuah hasil reka bentuk yang menarik. Mereka bentuk poster adalah suatu cabaran dalam proses penyampaian mesej komunikasi yang berkesan.
3 2.0 OBJEKTIF 2.1. Memahami Institusi Diraja sebagai warisan negara 2.2. Memartabat dan memperkasakan Institusi Diraja di Malaysia 2.3. Meluaskan pengetahuan tentang Institusi Diraja terutamanya dari segi kepentingan dan peranan Institusi Diraja dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di negara kita 2.4. Membina keyakinan diri dan memupuk semangat patriotisme 2.5. Menjana daya saing secara positif 3.0 PELAKSANAAN 3.1. Pertandingan peringkat daerah akan dikendalikan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Lima (5) karya terbaik akan mewakili daerah ke peringkat negeri. 3.2. Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak bersama-sama jawatankuasa pengelola yang dilantik. 3.3. Tema pertandingan ialah “Kesetiaan kepada Raja dan Negara” 4.0 KATEGORI 4.1. Pertandingan melukis poster terbuka kepada semua murid sekolah rendah. 4.1.1. Sekolah Rendah : Tahun 1 hingga 6 4.2. Pertandingan melukis karikatur terbuka kepada semua murid sekolah menengah. 4.2.1. Sekolah Menengah : Tingkatan 1 hingga 6 5.0 SYARAT-SYARAT 5.1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia sekolah di negeri Perak.
4 5.2. Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa. 5.3. Ilustrasi mestilah menarik dan bersesuaian dengan tema. Ilustrasi tidak boleh menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia seperti perkauman/ politik/ agama dan sensitiviti Institusi Diraja. 5.4. Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Melayu sahaja. 5.5. Idea dan hasil karya mestilah hasil ciptaan sendiri dan tidak pernah disiarkan dalam media cetak dan elektronik. 5.6. Hasil karya yang mengandungi unsur plagiat/ adaptasi menggunakan komputer akan dibatalkan. 5.7. Saiz lukisan adalah berukuran 42cm x 29.7cm (saiz A3). 5.8. Lukisan hendaklah dilukis menggunakan media kering atau basah. 5.9. Borang penyertaan hendaklah dilekatkan di belakang kertas lukisan. 5.10. Setiap karya yang dihantar tidak akan dikembalikan dan pihak penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan karya yang memenangi pertandingan ini. Walau bagaimanapun, hak cipta kekal menjadi milik pelukis. 5.11. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan plagiarisme terhadap peserta oleh manamana pihak yang berkaitan. 5.12. Penghantaran karya 5.12.1. Menghantar lima (5) karya terbaik dari setiap daerah kepada pihak penganjur mengikut kaedah yang telah ditetapkan. 6.0 ASPEK PEMARKAHAN 6.1.Penilaian adalah berdasarkan 6.1.1. Tema 15 Markah 6.1.2. Illustrasi 25 Markah 6.1.3. Kreativiti 25 Markah 6.1.4. Gubahan/ Komposisi 25 Markah 6.1.5. Kekemasan 10 Markah Jumlah 100 Markah
5 7.0 PENGHAKIMAN 7.1. Hakim dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak. 7.2. Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan. 7.3. Keputusan panel hakim adalah muktamad. 8.0 HADIAH 8.1. Semua peserta akan menerima sijil penyertaan. Senarai pencapaian yang diberikan adalah seperti berikut: • Johan – Sijil Pencapaian dan piala iringan • Naib Johan – Sijil Pencapaian dan piala iringan • Tempat Ketiga – Sijil Pencapaian dan piala iringan • Tempat Keempat – Sijil Pencapaian dan piala iringan • Tempat kelima – Sijil Pencapaian dan piala iringan 8.2. Johan, naib johan dan tempat ketiga juga akan menerima hadiah wang tunai seperti berikut: 8.2.1. Johan RM 750 8.2.2. Naib Johan RM 600 8.2.3. Tempat Ketiga RM 500 9.0 TINDAKAN Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak berhak membatalkan penyertaan yang melanggar perkara-perkara yang telah ditetapkan dalam kertas konsep. 10.0 HAL-HAL TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep atau sebarang pengecualian kepada peraturan dan semua perkara lain yang tidak dijangka dan isu-isu tentang penafsiran akan diputuskan oleh jawatankuasa penganjur pertandingan.
6 BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN KARIKATUR/ POSTER PROGRAM MENYEMAI SEMANGAT KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2023 A. MAKLUMAT PESERTA Nama Peserta : No. Kad Pengenalan : Tarikh Lahir : Umur : Jantina : Bangsa : No. Telefon Bimbit : E-mel : Alamat Surat-menyurat : Nama dan Alamat Sekolah : Tajuk (Poster/ Karikatur) : B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING Nama Guru Pembimbing : No. Telefon Bimbit : E-mel : C. PENGESAHAN GURU BESAR Dengan ini disahkan bahawa murid di atas adalah murid sekolah kami: Tandatangan Guru Besar : Cap Sekolah : No. Tel. : No. Faks. :