KALI KE-21 2023 TARIKH : 17 JUN 2023 MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : LOBI SK BANDAR BARU PUTERA PERASMI : EN. ISMAIL BIN YUSOFF PEN. PPD PRASEKOLAH DAN RENDAH PPD KINTA UTARA MesyuaratAgung Pibg
AturcaraMajlis 8.30 pagi 9.00 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 12.00 t/hari : Ketibaan hadirin dan pendaftaran : Ketibaan Perasmi : Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Perak : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis : Bacaan Doa : Ucapan Yang Dipertua PIBG SKBBP En. Abd.Rashid bin Abdullah : Ucapan Guru Besar SKBBP En. Zainor Amri bin Zulkifli : Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SKBBP Kali Ke-21 En. Ismail bin Yusoff Pen. PPD Prasekolah dan Rendah PPD Kinta Utara : Penyampaian Cenderahati AJK PIBG : Penyampaian Cenderahati Perasmi : Rehat : Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bermula : Majlis dijangka tamat
Tinta Yang dIpertua Agenda Mesyuarat Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-20 Laporan Aktiviti PIBG SKBBP Sesi 2022/2023 Laporan Kewangan PIBG Tahun 2022 Jawantkuasa PIBG 2022/2023 Kehadiran Mesyuarat AJK Usul-usul Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21 Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 i ii iii 1 7 8 13 14 15 17 Kandungan
i Tinta Yang Dipertua Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. dengan segala nikmat-Nya dapat saya mengambil kesempatan ini menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang dapat hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKBBP kali ke-21 pada pagi ini. Permuafakatan, sikap saling membantu dan bekerjasama antara ibu bapa dan warga pendidik merupakan kunci utama kepada sebuah kejayaan. Inilah azimat yang perlu kita berpegang sejajar dengan titah Tuhan seperti yang dirakamkan dalam Surah al-Maidah ayat 2: Saya mengambil kesempatan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh ahli PIBG yang terdiri dari kalangan ibu bapa dan guru. Saya juga mewakili Jawatankuasa PIBG memohon ampun dan maaf sepanjang kami mengemudi PIBG andai terdapat kelemahan dan kesilapan. Kami telah usahakan yang terbaik. Saya berharap barisan jawatankuasa baharu akan meneruskan khidmat bakti demi kebaikan anak-anak kita. Selamat bermesyuarat dalam suasana yang harmoni. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Dipertua PIBG SK Bandar Baru Putera “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan pencerobohan”. Abd.Rashid bin Abdullah
Ucapan Aluan Pengerusi Ucapan Aluan Penasihat PIBG Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKBBP Kali Ke-20 Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti PIBG SKBBP Sesi 2022/2023 Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG SKBBP berakhir 31 Disember 2022 Membahaskan Usul Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 Pemilihan Juruaudit Dalaman Ucapan Penangguhan ii Agenda Mesyuarat
1 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-20 SK Bandar Baru Putera
2 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK BANDAR BARU PUTERA KALI KE-20 TAHUN 2022 Tarikh : 25 Jun 2022 (Sabtu) Masa : 11.00 pagi Tempat : Lobi SK Bandar Baru Putera Pengerusi Mesyuarat : Dr. Mohamed Jefferi bin Hj. Mat Lazim Jumlah kehadiran : 60 orang ibu bapa / penjaga murid : 54 orang Guru Senarai kehadiran : 1. Dr. Mohamed Jefferi bin Hj. Mat Lazim - Yang Dipertua 2. En. Hisyam bin Yahaya - Naib Yang Dipertua 3. En. Abd.Halim bin Abd.Majid - Setiausaha 4. En. Mohd Bazli bin Ramli - Bendahari 5. Pn. Julifa Diana bt. Mustafa - AJK 6. Pn. Noor Khairunnisa bt. Mohamad Faizul - AJK 7. Pn. Syamani a/p Arunasalam - AJK 8. En. Izharnizam bin Ibrahim - AJK 9. Dr. Mariah bt. Kamaruddin - AJK 10. Pn. Azlin Shamsiah bt. Mohd Ridzuan - AJK 11. En. Abd Rashid bin Abdullah - AJK 12. Pn. Lailatul Zaharah bt. Othman - AJK 13. Pn. Rodhiah bt. Md Sharif - AJK Nota : Senarai lengkap kehadiran ahli seperti dalam lampiran yang disertakan. Turut hadir : 1. En. Zainor Amri bin Zulkifli - Guru Besar 2. En. Hirzuan bin Zulkifli - PK HEM 3. En. Mohd Faizul bin Dahlan - PK Kokurikulum Agenda Mesyuarat: 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi 1.1 Yang Dipertua selaku Pengerusi Mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20. 1.2 Ahli yang berjaya hadir menunjukkan semangat kerjasama di antara ibu bapa dan pihak sekolah. Beliau juga mengingatkan bahawa mesyuarat ini akan melantik AJK yang baharu dalam kalangan ibu bapa. 1.3 Beliau berharap ibu bapa sentiasa memberi sokongan terhadap sekolah dalam bentuk idea dan juga kewangan. Sumbangan PIBG amat penting kerana sekolah tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi sementelah tahun 2021 tiada sebarang kutipan bayaran tambahan dibuat. 1.4 Beliau merakamkan ucapan penghargaan buat guru-guru yang mengajar dan mendidik anak-anak di sekolah ini.
3 2.1 2.2 2.3 2.4 3.1 3.2 5.1 5.2 6.1 6.2 6.3 Pengerusi membuka kepada sidang mesyuarat untuk perkara berbangkit. Tiada perkara berbangkit. Setiausaha PIBG sesi 2021/2022 membentangkan laporan aktiviti tahunan PIBG yang lalu untuk diterima. Pn.Rodhiah binti Md Sharif mencadangkan laporan aktiviti ini diterima dan disokong oleh En.Raja Rosasnizam bin Raja Roslan. 7.1.1 Usul bayaran tambahan persekolahan: a) Cadangan untuk mengekalkan sumbangan keahlian PIBG berjumlah RM30.00 bagi satu keluarga. Setiausaha PIBG sesi 2021/2022 membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-19 untuk diterima. En.Mazlan bin Awang Kechik mencadangkan minit ini diterima dan disokong oleh En.Warishakemy bin Wan Abd Razak. Bendahari PIBG sesi 2021/2022 membentangkan penyata kewangan PIBG bermula 01 Januari hingga 31 Disember 2021 untuk diterima. En.Zaidi Bin Che Lan mencadangkan penyata kewangan ini diterima dan disokong oleh Pn.Siti Nawwar Safuraa binti Johari. Pengerusi membuka kepada sidang mesyuarat untuk sebarang pertanyaan berkaitan penyata kewangan ini. Tiada sebarang pertanyaan. Guru Besar, En. Zainor Amri bin Zulkifli mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan guru. Beliau seterusnya merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung Tahunan dan barisan AJK PIBG sesi 2021/2022. Beliau berharap penglibatan ibu bapa dalam sebarang aktiviti sekolah dapat diteruskan. Pihak sekolah sentiasa membuka pintu perbincangan dan beliau yakin setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya. Sekolah sentiasa menambahbaik prasarana demi keselamatan dan keselesaan murid. Beliau berharap sebarang usul yang akan dibahas dan disepakati bersama nanti adalah keputusan yang membawa kebaikan buat semua. 2.0 3.0 4.0 Perkara Berbangkit 4.1 7.0 Membahaskan Usul 7.1 Usul AJK PIBG Ucapan Aluan Penasihat 6.0 Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG 2021 5.0 Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung yang Lalu
4 7.2.1 a) Penggunaan lokar di bilik kelas, beg anak-anak terlalu berat walaupun mengikut jadual. b) Menyediakan tempat menunggu untuk murid di dalam kawasan sekolah, bahaya penculikan anak menunggu di luar kawasan sekolah. Pembawa Usul : En. Ekhwan Izzadi Bin Mat Saleeh Pembawa usul tidak hadir, usul tidak dibahaskan. 7.1.2 Pengerusi meminta agar usul bayaran tambahan ini dibahaskan. 7.1.3 En.Mazlan bertanya, apakah terdapat persamaan atau perbezaan kadar bayaran 2022 yang dicadangkan ini berbanding tahun 2020. 7.1.4 Pengerusi memaklumkan, sumbangan keahlian PIBG, ICT dan program keceriaan dan keselamatan adalah pada kadar yang sama dengan tahun 2020. Manakala perbezaan hanya pada bayaran program kecemerlangan di mana berlaku sedikit kenaikan kadar bayaran melibatkan murid tahun satu hingga lima dari RM20 dan RM30 ke RM40 dan penurunan kadar bayaran bagi murid tahun enam dari RM130 ke RM40 berikutan UPSR telah dimansuhkan. 7.1.5 En. Mazlan mencadangkan agar usul berkaitan bayaran-bayaran tambahan persekolahan ini diterima. En. Raja Rosasnizam bin Raja Roslan menyokong cadangan ini. Tiada bantahan dibuat untuk usul ini. 7.2.2 Membuka jalan pintas untuk pelajar yang berbasikal bagi mengelak kesesakan untuk ibu bapa yang datang ambik anak dengan motor atau kereta bagi megelakkan sabarang kemalangan. Pembawa Usul : Pn. Kamsiah bt Awang Pembawa usul tidak hadir, usul tidak dibahaskan. 7.2.3 Cadangan mengurangkan beban beg sekolah murid. Subjek yang hanya satu masa tidak perlu bawa buku teks. Pembawa Usul : Pn. Faridah bt. Sapie Pembawa usul tidak hadir, usul tidak dibahaskan. b) Cadangan bayaran kecemerlangan akademik RM40.00 bagi seorang murid. c) Cadangan yuran ICT RM20.00 bagi seorang murid. d) Cadangan meneruskan Program Keselamatan dan Keceriaan Sekolah RM20.00 bagi satu keluarga. 7.2 Usul Bertulis Pembawa Usul : AJK PIBG (Mesyuarat AJK - 20/06/2022)
5 8.0 9.0 Ucapan Penangguhan Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022 dan Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 9.1 Pengerusi Sementara mempersilakan mana-mana ahli mesyuarat yang ingin memberikan ucapan penangguhan. 9.2 Puan Azlin Shamsiah bin Mohd Ridzuan menyarankan kepada ibu bapa yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu agar dapat menyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Beliau juga menawar diri untuk mendapatkan ceramah ahli terapi di Pejabat Kesihatan Daerah Kinta untuk memberi ceramah berkaitan kesihatan. Beliau turut mendoakan agar PIBG terus cemerlang dalam memberi khidmat kepada warga SK Bandar Baru Putera. 8.1 Pengerusi yang juga Yang Dipertua PIBG mengumumkan pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022. En. Hisyam bin Yahaya mencadangkan En. Hirzuan bin Zulkifli dinamakan sebagai Pengerusi Sementara. 8.2 Pemilihan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua Sesi 2022/2023: 8.2.1 Pn. Azlin Shamsiah mencadangkan En. Abd Rashid bin Abdullah dicalonkan sebagai Yang Dipertua. Pn. Rodhiah bt. Md Sharif menyokong cadangan tersebut. En. Mazlan bin Awang Kechik mencadangkan cadangan ditutup dan disokong sebulat suara. 8.2.2 Pn. Lailatul Zaharah mencadangkan En. Hisyam bin Yahaya dicalonkan untuk jawatan Naib Yang Dipertua. Cadangan beliau disokong oleh Pn. Azlin Shamsiah bt. Mohd Ridzuan. En. Mazlan mencadangkan cadangan ditutup dan disokong sebulat suara. 8.3 Pengerusi Sementara mengumumkan En. Abd Rashid bin Abdullah sebagai Yang Dipertua PIBG yang baharu dan En. Hisyam bin Yahaya sebagai Naib Yang Dipertua. 8.4 Pengerusi Sementara meminta sidang mesyuarat mencalonkan enam orang sebagai AJK PIBG yang baharu. Sidang mesyuarat telah mencadangkan dan bersetuju nama-nama berikut dilantik sebagai AJK: 1. En. Mazlan bin Awang Kechik 2. Pn. Lailatul Zaharah binti Othman 3. Pn. Rodhiah binti Md Sharif 4. En. Shamsul Helmi bin Hamdan 5. En. Raja Rosasnizam bin Raja Roslan 6. En. Des Iskandar bin Abd Rani 8.5 Jawatan Setiausaha, Bendahari dan lima orang ahli jawatankuasa dalam kalangan guru adalah lantikan pentadbir sekolah. Penasihat memaklumkan jawatan Setiausaha dan Bendahari dikekalkan manakala lima orang AJK dalam kalangan guru akan diumumkan sebelum Mesyuarat AJK Pertama diadakan. 8.6 Pengerusi Sementara meminta calon untuk jawatan juruaudit dalam kalangan ibu bapa. Pn. Rodhiah bt. Md Sharif mencadangkan Pn. Siti Zuefairah bt. Ayub dikekalkan memegang jawatan juruaudit. Sidang mesyuarat sebulat suara bersetuju. 8.7 Juruaudit dalam kalangan guru adalah lantikan pentadbir sekolah iaitu En. Zainal Abidin bin Mohamad.
6 9.3 En. Hisham bin Yahya membuat cadangan penambahbaikan kepada sumbangan PIBG dengan memberi insentif kepada mereka yang membuat bayaran penuh dengan menghadiahkan komputer riba / tab. Tetapi ia bergantung jika kutipan sumbangan yang dianggar akan diperolehi sebanyak RM55,000.00. 9.4 Pn. Siti Zuefairah binti Ayub mencadangkan agar diwujudkan tabung khas di lobi untuk ibu bapa atau orang luar yang hadir dapat memberi sumbangan secara peribadi dan sumbangan tersebut boleh digunakan untuk pembangunan murid. 9.5 Yang Dipertua memberi ucapan penangguhan. Beliau mengucapkan terima kasih kerana diberi kepercayaan menerajui PIBG sesi 2022/2023. Beliau mengingatkan ibu bapa agar menitikberatkan disiplin diri yang tinggi terhadap anak-anak terutama dari segi adab dan akhlak. Adab ini bermula dari rumah bersama ibu bapa dan guru menambah nilai di sekolah. Beliau turut meminta agar ibu bapa dapat memberi sokongan dan kerjasama kepada pihak sekolah dalam apa juga program yang bakal dijalankan kelak. Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 1.00 petang. Nota : Minit mesyuarat agung ini dicatat oleh Pn.Julifa Diana bt. Mustafa dan Pn.Syamani a/p Arunasalam.
BIL NAMA AKTIVITI PENGISIAN AKTIVITI TARIKH 1 SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK Sambutan Hari PIBG telah menyalurkan dana RM1,620.00 (RM2 bagi setiap murid). AJK PIBG Pn. Lailatul Zaharah juga menaja persembahan badut bagi memeriahkan lagi sambutan. 19 OKTOBER 2022 2 KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PIBG telah menyalurkan dana RM4000.00 dan Padang untuk kejohanan ini. AJK PIBG Juga terlibat sebagai urusetia pada hari kejadian 03 NOVEMBER 2022 3 Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih Berjemaah PIBG salurkan sumbangan RM500.00 bagi menampung kos makanan. 13 APRIL 2023 4 Sambutan Hari Guru & Aidilfitri PIBG salurkan sumbangan RM500.00 bagi menampung kos perbelanjaan. 16 MEI 2023 5 Majlis Apresiasi Kecemerlangan PIBG meluluskan dana RM2500 bagi kos makanan dan hadiah. 25 MEI 2023 6 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21 Pembubaran AJK 2022/2023 dan pelantikan AJK baharu 2023/2024 serta membahaskan usul-usul. 17 JUN 2023 7 Laporan Aktiviti PIBG SKBBP Sesi 2022/2023
8 Laporan Kewangan PIBG SK Bandar Baru Putera Bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022
13 Ahli Jawatankuasa PIBG SK Bandar Baru Putera sesi 2022/2023 PENASIHAT : EN. ZAINOR AMRI BIN ZULKIFLI YDP PIBG : EN. ABD.RASHID BIN ABDULLAH NYDP PIBG : EN. HISYAM BIN YAHAYA SETIAUSAHA : ABD.HALIM BIN ABD.MAJID BENDAHARI : MOHD BAZLI BIN RAMLI AJK GURU 1. EN. MUHAMMAD HAZMAN BIN HASNAN 2. PN. ROSMALA BINTI AHMAD 3. CIK THEVAKI A/P RAZINDRAN 4. PN. HAJAH SITI KHATIJAH BINTI OTHMAN AJK IBUBAPA 1. EN. MOHD MAZLAN BIN AWANG 2. EN. SHAMSUL HELMI BIN HJ.HAMDAN 3. EN. RAJA ROSASNIZAM BIN ROSLAN @ RAJA ROSLAN 4. EN. DES ISKANDAR BIN ABD RANI 5. PN. LAILATUL ZAHARAH BT. OTHMAN 6. PN. RODHIAH BT. MD SHARIF JURU AUDIT DALAMAN 1. PN. SITI ZUEFAIRAH BT AYUB (Wakil Ibu Bapa) 2. ZAINAL ABIDIN BIN MOHAMAD (Wakil Guru)
BIL NAMA JAWATAN 20.09.2022 15.05.2022 JUMLAH HADIR 1 En.Zainor Amri bin Zulkifli Penasihat / / 2/2 2 En.Abd. Rashid binAbdullah YDP / / 2/2 3 En.Abd.Hisyam bin Yahaya Naib YDP / / 2/2 4 En.Abd Halim bin Abd Majid Setiausaha / / 2/2 5 En.Mohd Bazli bin Ramli Bendahari / / 2/2 6 En.Muhammad Hazman bin Hasnan AJK Guru / / 2/2 7 Pn.Rosmala bt. Ahmad AJK Guru Tugas Rasmi / 1/2 8 Pn.Siti Khatijah bt.Othman AJK Guru / / 2/2 9 Cik.Thevaki a/p Razindran AJK Guru / / 2/2 10 En.Mohd Mazlan bin Awang AJK Ibu Bapa / / 2/2 11 En.Shamsul Helmi bin Hj. Hamdan AJK Ibu Bapa Tugas Rasmi / 1/2 12 En. Raja Rosasnizam bin Raja Roslan AJK Ibu Bapa Tugas Rasmi / 1/2 13 En.Des Iskandar bin Abd Rani AJK Ibu Bapa / / 2/2 14 Pn.Lailatul Zaharah bt. Othman AJK Ibu Bapa / / 2/2 15 Pn.Rodhiah bt Md. Sharif AJK Ibu Bapa / / 2/2 Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG SKBBP sesi 2022/2023
15 BIL : Usul Jawatankuasa PIBG USUL-USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 USUL RM 20.00 Pembawa Usul : AJK PIBG (Mesyuarat AJK bertarikh 15/05/2023) Usul Ibu Bapa dan Guru 1 2 2.2 a. Pihak sekolah perlu meningkatkan keselamatan pelajar sekolah semasa ibu bapa hantar dan ambil anak-anak dari sekolah b. Menaik taraf kebersihan tandas-tandas sekolah c. Mengadakan kelas solat dan bacaan al-Quran / Iqra d. Memasang cctv bagi tujuan mengelakkan salah laku pelajar seperti buli, ugut dan sebagainya Pembawa Usul : Pn. Nafiza Begum binti Najibsin 1.1 Usul Bayaran Tambahan Persekolahan 2023: a. Cadangan mengekalkan sumbangan keahlian PIBG RM 30.00 bagi satu keluarga. b. Cadangan mengekalkan bayaran kecemerlangan akademik RM 40.00 bagi seorang murid. c. Cadangan mengekalkan bayaran ICT RM 20.00 bagi seorang murid d. Cadangan meneruskan Program Keselamatan dan Keceriaan berjumlah bagi satu keluarga. 2.1 Saya berharap pihak sekolah mencadangkan penjualan makanan berkhasiat di kantin sekolah. Tidak sesuai menjual makanan seperti kentang goreng, hot dog sebagai menu utama bagi murid. Makanan frozen tidak sesuai dimakan hari-hari, makanan seperti nasi goreng, mee,bihun, keow teow, nasi lemak, sandwich sardin atau telur, roti bakar, roti telur. Nasi patut dijual dalam pingan kecil harga sekitar RM1.50- RM2.00, seperti di sekolah- sekolah rendah yang lain. Buah-buah potong , air lengkong, air yakult, vitagen lagi berkhasiat dari air perwarna . Ini sekadar pendapat saya. Saya sebagai warga KKM juga sudah menjadi tanggungjawab saya memantau penjualan makanan di kantin. Mohon maaf jika ada tersalah atau terkasar bahasa, terima kasih. Pembawa Usul Pn. Sheila A/P Muniandy
16 Pembawa Usul : 2.3 a. Pengunaan box yang sesuai untuk meletakkan buku teks , buku aktiviti dan buku tulis bagi setiap murid dalam setiap kelas . Usul ini dicadangkan sebab kebanyakan sekolah sudah buat untuk mengelakkan kehilangan buku atau tertinggal buku. b. Memohon pertolongan para guru sekiranya ada memberi kerja rumah pada murid untuk memaklumkan pada group kelas supaya ibu bapa dapat membantu para guru dan juga memantau anak-anak menyiapkan kerja rumah. Pembawa Usul : Pn. Syafiah Qistina 2.4 a. Terangkan harga makanan murid kepada ibubapa b. Sesak waktu pulang murid, ada papan tanda sehala waktu kemuncak tetapi masih lagi ramai yg lawan arus, boleh menyebabkan sesak. Pn. Noor Hidayah binti Abdullah
17 PENASIHAT : EN. ZAINOR AMRI BIN ZULKIFLI YDP PIBG : _____________________________ NYDP PIBG : _____________________________ SETIAUSAHA : ABD.HALIM BIN ABD.MAJID BENDAHARI : MOHD BAZLI BIN RAMLI AJK GURU 1. _________________________ 2. _________________________ 3. _________________________ 4. _________________________ AJK IBU BAPA 1. _________________________ 2. _________________________ 3. _________________________ 4. _________________________ 5. _________________________ 6. _________________________ JURU AUDIT DALAMAN 1. __________________________ (Wakil Ibu Bapa) 2. ZAINAL ABIDIN BIN MOHAMAD (Wakil Guru) AHLI JAWATANKUASA PIBG SK BANDAR BARU PUTERA SESI 2023/2024
SEKALUNG BUDI SEJAMBAK KASIH PN. LAILATUL ZAHARAH BINTI OTHMAN PETRONAS TAMAN PUTRA INDAH PETRON BANDAR BARU PUTRA PASAR MINI MESRA HAJI M. ALI RESTORAN NASI KANDAR NUUR SHAAFIKAH BANDAR BARU PUTRA ENTERPRISE MOHD FAIRUZ BIN OTHMAN KHENG MUN MARKETING (BERCHAM) KEDAI CADAR KAK INA TG.RAMBUTAN TKH RESOURCES NOOR AZIAH BINTI ABDULLAH MJ CAFE LR SURESH STORE SERTA SEMUA YANG TELAH MEMBERI SUMBANGAN BAGI MENJAYAKAN MAJLIS INI SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG. SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH: EN.ISMAIL BIN YUSOFF PEN.PPD PRASEKOLAH DAN RENDAH PPD KINTA UTARA GURU BESAR DAN PENTADBIR SKBBP AJK PIBG SKBBP SESI 2022/2023 GURU DAN STAF SKBBP AHLI-AHLI PIBG SKBBP PENAJA CABUTAN BERTUAH