The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hsafrina, 2024-02-07 12:14:56

BUKU PERATURAN SEKOLAH SRIIAT

SRII AT-TAQWA

Keywords: BJJ1001

1 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AT-TAQWA LOT 1946, JALAN INTAN KANAN, KAMPUNG BUKIT CHANGGANG, 42700 BANTING, KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN. TEL : 03-31493878


2 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) ISI KANDUNGAN BIL PERKARAN / BUTIRAN MUKA SURAT 1 Biodata murid 3 2 Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan JAIS, Matlamat Pendidikan JAIS 4 3 Visi Pendidikan, Moto, Misi Pendidikan, Falsafah Pendididikan dan Matlamat Pendidikan SRII ATTAQWA 5 4 Lagu Sekolah SRII AT-TAQWA 6 5 Maksud Disipilin dan Peraturan, Kepentingan Disiplin, Matlamat Disiplin 7 6 Peraturan Sekolah: . Perkara 1: Pakaian rasmi sekolah . Perkara 2: Rambut dan kuku . Perkara 3: Kehadiran . Perkara 4: Surau . Perkara 5: Bilik Darjah . Perkara 6: Waktu rehat . Perkara 7: Peperiksaan . Perkara 8: Bilik guru dan pejabat . Perkara 9: Bilik air dan tandas . Perkara 10: Kantin . Perkara 11: Papan kenyataan . Perkara 12: Pusat sumber . Perkara 13: Bilik Komputer/IT 8 8-12 12 12-13 13 13-14 14-15 15 15 16 16 17 17 18 7 LAMPIRAN Lampiran A: Pakaian rasmi sekolah murid lelaki 19 Lampiran B: Pakaian rasmi sekolah murid perempuan 20 Lampiran C: Pakaian rasmi pengawas lelaki 21 Lampiran D: Pakaian rasmi pengawas perempuan 22 Lampiran E: Pakaian rasmi Pengawas Pusat Sumber lelaki 23 Lampiran F: Pakaian rasmi Pengawas Pusat Sumber perempuan 24 Lampiran G: T-shirt rasmi murid lelaki 25 Lampiran H: T-shirt rasmi murid perempuan 26 Lampiran I: Pakaian Ko-Kurikulum lelaki (BSMM) 27 Lampiran J: Pakaian Ko-Kurikulum perempuan (PPIM) 28 Lampiran K: T-shirt Firqah murid lelaki 29 Lampiran L: T-shirt Firqah murid perempuan 30


3 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) BIODATA MURID NAMA PENUH: ……………………………………………………………………………………………………………………… NO. SURAT BERANAK: …………………………………………………………………………………………………………… NO. KAD PENGENALAN: ………………………………………………………………………………………………………… NO. DIKENAL: ………………………………………………………………………………………………………………………… TARIKH LAHIR: ………………………………………………………………………………………………………………………… NAMA IBU BAPA / PENJAGA: ………………………………………………………………………………………………….. ALAMAT RUMAH:…………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………… NO. TELEFON (RUMAH): ……………………………………………………………………………………………………… NO. TELEFON BIMBIT: ………………………………………………………………………………………………………… TAHUN PERSEKOLAHAN TAHUN KELAS NAMA GURU KELAS


4 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA “Pendidikan di Malaysia adalah usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” FALSAFAH PENDIDIKAN JAIS “Satu usaha yang berterusan ke arah membina potensi individu berilmu, berakhlak mulia dan berketerampilan berlandaskan ilmu Allah bagi melahirkan masyarakat muslim yang maju dan mampu bersaing sepanjang zaman.” MATLAMAT PENDIDIKAN JAIS Memberi pendidikan asas kepada semua kanak-kanak Islam di negeri Selangor supaya berilmu, berakhlak mulia dan kukuh dalam nilai-nilai Islam bagi melahirkan muslimin dan muslimat bertaqwa serta mendapat keredhaan Allah S.W.T.


5 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) VISI PENDIDIKAN SRII AT-TAQWA Melahirkan muslim yang berilmu, beriman, beramal, bertaqwa dan mengamalkan sifat mahmudah dan meninggalkan sifat mazmumah serta diredhai Allah. MOTO SRII AT-TAQWA Berilmu, Beriman, Beramal, Bertaqwa MISI PENDIDIKAN SRII AT-TAQWA Bertekad memberi perkhidmatan pendidikan yang komprehensif dan holistik untuk melahirkan murid yang cintakan ilmu, beriman dan berakhlak mulia berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah demi mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat. FALSAFAH PENDIDIKAN SRII AT-TAQWA Satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi insan secara menyeluruh yang seimbang dari segi dunia dan akhirat. Berdasarkan kepada Rukun Islam dan Rukun Iman untuk melahirkan muslim yang boleh menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. MATLAMAT PENDIDIKAN SRII AT-TAQWA 1. Membentuk keperibadian kanak-kanak Islam ke arah kefahaman dan penghayatan Islam yang syumul dan menjadikan Rasulullah sebagai contoh ikutan. 2. Memberi pendidikan Al-Quran kepada semua murid untuk melahirkan generasi celik Al-Quran. 3. Memberi pendidikan yang komprehensif kepada semua murid agar berakhlak mulia, berketerampilan dan taat kepada agama Islam melalui kurikulum bersepadu. 4. Memberi perhatian kepada murid dari sudut rohani dan jasmani agar proses pendidikan yang sempurna dapat dicapai. 5. Mampu menguasai tulisan jawi dan rumi dengan betul serta dapat berinteraksi dalam Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris dengan betul.


6 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) LAGU SEKOLAH SRII AT-TAQWA SEKOLAHKU TERCINTA YANG DISAYANGI TERUS MAJU TEGUH BERDIRI DIKAU BAGAI CAHAYA PENYULUH MEMBIMBING KAMI KE JALAN ILAHI SRI INTEGRASI AT-TAQWA DI SINI KAMI MELANGKAH MENIMBA ILMU MENANAM CITA MENUJU REDHA YANG MAHA ESA BERILMU BERIMAN BERAMAL BERTAQWA MOTO SEKOLAH KAMI AL-QURAN JADI PANDUAN SUNNAH JADI IKUTAN BEKALAN SEPANJANG ZAMAN SRI INTEGRASI AT-TAQWA DI SINI KAMI MELANGKAH MENIMBA ILMU MENANAM CITA MENUJU REDHA YANG MAHA ESA BERILMU BERIMAN BERAMAL BERTAQWA MOTO SEKOLAH KAMI AL-QURAN JADI PANDUAN SUNNAH JADI IKUTAN BEKALAN SEPANJANG ZAMAN SEMOGA KAMI CEMERLANG SEMOGA SRI GEMILANG


7 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) MAKSUD DISIPLIN DAN PERATURAN Mengikut Kamus Dewan, disiplin ialah peraturan yang ditetapkan supaya seseorang berkelakuan baik. Mengikut The Chambers Dictionary, disiplin ialah pengawalan diri yang diperolehi melalui pendidikan, latihan dan arahan-arahan. Mengikut laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, disiplin ialah kesediaan individu untuk: - Menunaikan tanggungjawab terhadap Allah S.W.T. - Menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. - Menghormati hak individu lain. - Menghormati antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolongmenolong. - Memperbaiki keadaan yang sedia ada menerusi yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat. KEPENTINGAN DISIPLIN Disiplin untuk mendidik murid sentiasa mengawal diri supaya berkelakuan baik dengan melakukan perkara yang benar dan menjauhi perkara yang salah. MATLAMAT DISIPLIN - Untuk melahirkan individu yang beriman dan bertaqwa serta mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. - Untuk melahirkan individu yang tahu dan hormat akan hak dirinya dan hak orang lain. - Untuk melahirkan individu yang sedar akan tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. - Untuk mewujudkan masyarakat berakhlak, bersefahaman, aman dan harmoni.


8 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) PERATURAN SEKOLAH PERKARA 1: PAKAIAN RASMI SEKOLAH JADUAL PEMAKAIAN PAKAIAN RASMI SEKOLAH HARI TAHAP 1 TAHAP 2 ISNIN UNIFORM RASMI SEKOLAH UNIFORM RASMI SEKOLAH SELASA UNIFORM RASMI SEKOLAH UNIFORM RASMI SEKOLAH RABU T-SHIRT RASMI SEKOLAH T-SHIRT RASMI SEKOLAH KHAMIS UNIFORM RASMI SEKOLAH PAKAIAN UNIT BERUNIFORM JUMAAT T-SHIRT FIRQAH T-SHIRT FIRQAH # Sila rujuk lampiran cara pemakaian. (Lampiran A) 1.1 Pakaian Uniform Rasmi Murid Lelaki: Baju Baju kemeja hijau cair lengan panjang berbutang di tangan Seluar Seluar panjang biru pekat Kopiah Kopiah kain berwarna putih dan mempunyai logo sekolah Kasut Berwarna hitam Stoking Berwarna hitam Lencana Dijahit di atas poket baju sebelah kiri Tanda nama/nametag Dijahit di bawah lencana (Lampiran B) 1.2 Pakaian Uniform Rasmi Murid Perempuan: Baju Baju kurung berwarna hijau cair Kain Kain susun tepi berwarna hijau pekat Tudung Tudung hijau cair (bahagian hadapan: labuh paras pusat, bahagian belakang: labuh paras punggung, bahagian sisi: labuh paras siku) Serkup Berwarna putih Stoking Berwarna hitam Kasut Berwarna hitam Lencana Dijahit di sebelah kiri tudung Tanda nama/nametag Dijahit di bawah lencana # Wajib memakai sarung tangan (hand sock) atau “inner” berwarna hitam jika lengan baju tidak berbutang.


9 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) (Lampiran c) 1.3 Pakaian Rasmi Pengawas Lelaki: Baju Baju kemeja berwarna coklat cair lengan panjang berbutang di tangan Seluar Seluar panjang berwarna hitam Kopiah Kopiah kain berwarna hitam mempunyai logo sekolah Kasut Berwarna hitam Stoking Berwarna hitam Vest Berwarna hitam Lencana Dicetak /dijahit di sebelah kiri vest Tanda nama/nametag Dicetak/ dijahit di bawah lencana (Lampiran D) 1.4 Pakaian Rasmi Pengawas Perempuan Baju Baju kurung berwarna coklat cair Kain Kain susun tepi berwarna hitam Tudung Tudung coklat cair (bahagian hadapan: labuh paras pusat, bahagian belakang: labuh paras punggung, bahagian sisi: labuh paras siku) Serkup Berwarna putih Stoking Berwarna hitam Kasut Berwarna hitam Vest Berwarna hitam Lencana Dicetak/ dijahit di sebelah kiri vest Tanda nama/nametag Dicetak / dijahit di bawah lencana # Wajib memakai sarung tangan (hand sock) atau “inner” berwarna hitam jika lengan baju tidak berbutang. (Lampiran E) 1.5 Pakaian Rasmi Pengawas Pusat Sumber Lelaki Baju Baju kemeja berwarna ungu cair lengan panjang berbutang di tangan Seluar Seluar panjang berwarna hitam Kopiah Kopiah kain berwarna putih mempunyai logo sekolah Kasut Berwarna hitam Stoking Berwarna hitam Vest Berwarna ungu pekat Lencana Dicetak /dijahit di sebelah kiri vest Tanda nama/nametag Dicetak/ dijahit di bawah lencana


10 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) (Lampiran F) 1.6 Pakaian Pengawas Pusat Sumber Perempuan Baju Baju kurung berwarna ungu cair Kain Kain susun tepi berwarna hitam Tudung Tudung ungu cair (bahagian hadapan: labuh paras pusat, bahagian belakang: labuh paras punggung, bahagian sisi: labuh paras siku) Serkup Berwarna putih Stoking Berwarna hitam Kasut Berwarna hitam Vest Berwarna ungu pekat Lencana Dicetak/ dijahit di sebelah kiri vest Tanda nama/nametag Dicetak / dijahit di bawah lencana # Wajib memakai sarung tangan (hand sock) atau “inner” berwarna hitam jika lengan baju tidak berbutang. (Lampiran G) 1.7 Pakaian T-shirt Rasmi sekolah Lelaki Baju T-shirt berwarna ungu Seluar Seluar sukan tanpa corak/jalur berwarna hitam Kopiah Kopiah kain berwarna putih / hitam mempunyai logo sekolah Kasut Kasut berwarna hitam Stoking Berwarna hitam (Lampiran H) 1.8 Pakaian T-shirt Rasmi sekolah Perempuan Baju T-shirt Muslimah berwarna ungu Seluar Seluar sukan tanpa corak/jalur berwarna hitam Tudung Murid biasa: (hijau muda), pengawas sekolah: (coklat cair), pengawas pusat sumber: (ungu cair),(bahagian hadapan: labuh paras pusat, bahagian belakang labuh paras punggung, bahagian sisi: labuh paras siku) Serkup Berwarna putih Stoking Berwarna hitam Kasut Berwarna hitam Lencana Dicetak/ dijahit di sebelah kiri tudung Tanda nama/nametag Dicetak / dijahit di bawah lencana # Wajib memakai sarung tangan (hand sock) atau “inner” berwarna hitam.


11 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) (Lampiran I) 1.9 Pakaian Ko-kurikulum Lelaki (BSMM) Baju T-shirt BMM lengan panjang Seluar Seluar sukan tanpa corak/jalur berwarna hitam Kopiah Kopiah kain berwarna putih / hitam mempunyai logo sekolah Kasut Berwarna hitam Stoking Berwarna hitam (Lampiran J) 1.10 Pakaian Ko-Kurikulum Perempuan (PPIM) Baju Baju kurung berwarna pink Kain / seluar Kain susun tepi berwarna pink Tudung Tudung berwarna pink (bahagian hadapan: labuh paras pusat, bahagian belakang: labuh paras punggung, bahagian sisi: labuh paras siku) Serkup Berwarna putih Stoking Berwarna hitam Kasut Berwarna hitam Lencana Dicetak/ dijahit di sebelah kiri tudung Tanda nama/nametag Dicetak / dijahit di bawah lencana # Wajib memakai sarung tangan (hand sock) atau “inner” berwarna hitam jika lengan baju tidak berbutang. (Lampiran K) 1.11 Pakaian T-shirt Firqah Lelaki Baju T-shirt mengikut warna firqah Seluar Seluar sukan tanpa corak/jalur berwarna hitam Kopiah Kopiah kain berwarna putih / hitam mempunyai logo sekolah Kasut Berwarna hitam Stoking Berwarna hitam


12 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) (Lampiran L) 1.12 Pakaian T-shirt Firqah Perempuan Baju T-shirt Muslimah mengikut warna firqah Seluar Seluar sukan tanpa corak/jalur berwarna hitam Tudung Murid biasa: (hijau muda), pengawas sekolah: (coklat cair), pengawas pusat sumber: (ungu cair), (bahagian hadapan: labuh paras pusat, bahagian belakang labuh paras punggung, bahagian sisi: labuh paras siku) Serkup Berwarna putih Stoking Berwarna hitam Kasut Berwarna hitam Lencana Dicetak/ dijahit di sebelah kiri tudung Tanda nama/nametag Dicetak / dijahit di bawah lencana # Wajib memakai sarung tangan (hand sock) atau “inner” berwarna hitam. PERKARA 2: RAMBUT DAN KUKU 2.1 Murid lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan pendek. * Panjang tidak menyentuh kolar baju. * Bahagian belakang tidak tebal. * Ekor pipit tidak melebihi cuping telinga. 2.1.1 Bahagian tepi tidak nipis seperti fesyen “punk”. 2.1.2 Murid lelaki di larang membela ekor rambut (rambut panjang). Rambut bahagian depan tidak boleh di simpan panjang hingga menyentuh kening walaupun disembunyikan di dalam kopiah. 2.1.3 Tidak diwarnakan. 2.2 Murid dilarang menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya. PERKARA 3: KEHADIRAN WAKTU PERSEKOLAHAN MASA HARI 7:30 PAGI – 3:45 PETANG (ISNIN – KHAMIS) 7:30 PAGI – 12:00 TENGAH HARI (JUMAAT)


13 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) 3.1 Murid tidak dibenarkan datang lewat. Murid hendaklah berada di dalam kawasan sekolah sekurang-kurangnya 5 minit sebelum mata pelajaran pertama dimulakan. 3.2 Waktu persekolahan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah. Jika ada urusan penting, murid berkenaan wajib meminta kebenaran dari guru besar. 3.3 Murid tidak dibenarkan keluar kelas pada waktu pembelajaran, kecuali pada waktu rehat. Murid yang keluar kelas mestilah mendapat kebenaran daripada guru mata pelajaran berkenaan. 3.4 Murid yang tidak hadir ke sekolah atas sebab-sebab tertentu, mestilah mengemukakan surat akuan atau pengesahan daripada ibubapa/penjaga/ doktor kepada guru kelas berkenaan. PERKARA 4: PERATURAN SURAU 4.1 Ketika di surau, murid dilarang: * Membuat bising. * Membuang sampah merata-rata. * Merosakkan dan menyepahkan peralatan surau. * Makan/ minum di dalam surau. 4.2 Tugasan murid mestilah dilaksanakan: * Menyapu kawasan dalam, kaki lima, tangga dan simen surau. * Lap cermin tingkap dan pintu. * Matikan suis lampu dan kipas. * Menutup tingkap dan pintu. * Susun semula segala peralatan yang digunakan ke tempat asal. PERKARA 5: PERATURAN BILIK DARJAH. 5.1 Murid hendaklah berada di dalam kelas lima minit sebelum matapelajaran dimulakan. 5.2 Murid yang perlu meninggalkan kelas hendaklah mendapatkan kebenaran guru atau ketua kelas. 5.3 Murid yang keluar dari kelas perlu membawa kad kebenaran keluar dari bilik darjah.


14 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) 5.4 Setiap murid mesti mengetuk pintu dan memberi salam ketika masuk ke dalam bilik darjah. 5.5 Murid hendaklah menghormati dan mematuhi arahan guru dan ketua kelas. 5.6 Murid hendaklah bangun dan menjawab atau memberi salam ketika guru, guru besar atau pelawat rasmi masuk ke dalam bilik darjah. 5.7 Bilik darjah hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria. 5.8 Semua murid bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keselamatan perkakas dan peralatan di dalam bilik darjah. 5.9 Semasa ketiadaan guru, ketua kelas dan penolong ketua kelas bertanggungjawab menjaga ketenteraman bilik darjah dan mengingatkan guru jika guru lewat masuk ke bilik darjah. 5.10 Murid dilarang keras: * Menconteng meja, kerusi, dinding, papan putih dan semua barang kepunyaan bilik darjah. * Bermain atau membuat bising di bilik darjah. * Duduk atau berdiri di atas meja. * Makan dan minum di dalam bilik darjah. * Duduk / bermain di kerusi atau meja guru. 5.11 Papan putih hendaklah dibersihkan setiap kali selesai satu sesi pembelajaran dan mengulangkaji. 5.12 Murid hendaklah sentiasa memastikan suis lampu dan kipas kelas ditutup sebelum meninggalkan bilik darjah. 5.13 Murid tidak dibenarkan mengubah kedudukan meja/kerusi dan tempat duduk tanpa kebenaran guru kelas. 5.14 Murid tidak dibenarkan membawa “liquid paper”, majalah hiburan, novel, alat-alat permainan ke dalam kawasan sekolah. 5.15 Murid tidak dibenarkan membawa pisau, gunting, atau pembaris besi ke sekolah. PERKARA 6: WAKTU REHAT 6.1 Murid tidak dibenarkan berkeliaran atau berkumpul di tangga dan di tempat-tempat larangan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.


15 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) 6.2 Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah. 6.3 Murid hanya dibenarkan makan di kantin sahaja pada waktu rehat. 6.4 Murid tidak dibenarkan membuat bising. PERKARA 7: PEPERIKSAAN 7.1 Murid mestilah hadir dan menduduki peperiksaan atau ujian yang telah ditetapkan. Murid yang tidak hadir kerana sebab-sebab tertentu mestilah mengemukakan surat dari ibubapa/ penjaga atau doktor atau pihak yang berkaitan. 7.2 Murid yang mengambil peperiksaan dikehendaki hadir di tempat peperiksaan sepuluh minit lebih awal daripada waktu yang telah ditetapkan. 7.3 Murid hendaklah menyediakan alat tulis dan peralatan sendiri. 7.4 Murid tidak dibenarkan meminjam alat tulis semasa peperiksaan sedang dijalankan kecuali daripada pengawas yang bertugas. 7.5 Pen dakwat merah dan pemadam cecair (liquid paper) tidak boleh sama sekali digunakan. 7.6 Murid tidak dibenarkan membawa sebarang bahan bacaan ke dalam dewan peperiksaan. 7.7 Jika didapati meniru, kertas peperiksaan berkenaan akan dibatalkan. PERKARA 8: PERATURAN BILIK GURU DAN PEJABAT. 8.1 Murid dilarang memasuki bilik guru kecuali jika ada urusan dan kebenaran daripada guru. 8.2 Murid hendaklah mengetuk pintu masuk ke bilik guru dan memberi salam serta meminta kebenaran masuk daripada guru. 8.3 Murid hendaklah berbudi bahasa terhadap guru dan patuh segala arahan yang tidak bercanggah dengan syariah. 8.4 Jika ada urusan di pejabat, murid dikehendaki mengetuk pintu masuk pejabat, memberi salam serta meminta kebenaran untuk masuk daripada kakitangan pejabat. 8.5 Murid tidak digalakkan menggunakan telefon pejabat kecuali urusan penting/ kecemasan setelah mendapat kebenaran daripada kakitangan pejabat. 8.6 Murid hendaklah sentiasa menghormati kakitangan sekolah.


16 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) PERKARA 9: PERATURAN DI BILIK AIR DAN TANDAS 9.1 Murid mestilah menggunakan tandas dan bilik air yang telah ditetapkan untuk murid mengikut jantina. 9.2 Murid tidak dibenarkan untuk menggunakan tandas guru. 9.3 Murid dilarang menconteng mana-mana bahagian tandas dan bilik air sekolah. 9.4 Murid dilarang membuang sisa makanan, kertas, tuala wanita dan lain-lain sampah sarap ke dalam mangkuk tandas, sebaliknya hendaklah dimasukkan ke dalam tempat / tong sampah yang disediakan. 9.5 Murid mestilah memastikan semua paip dan suis lampu ditutup selepas digunakan. 9.6 Murid hendaklah bersopan dan tidak membuat bising di bilik air dan tandas. Murid hendaklah segera beredar setelah selesai menggunakan tandas. 9.7 Murid hendaklah mendapatkan kebenaran untuk ke tandas kecuali waktu rehat. 9.8 Murid dikehendaki membawa kad kebenaran keluar kelas semasa ke tandas kecuali waktu rehat 9.9 Bilangan murid yang dibenarkan pergi ke tandas tidak boleh melebihi 2 orang dalam satu masa untuk satu kelas, kecuali dengan kebenaran guru. PERKARA 10: PERATURAN DI KANTIN SEKOLAH 10.1 Semasa membeli makanan pada waktu rehat, murid dikehendaki beratur dengan tertib dan tidak membuat bising. 10.2 Murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur kantin. 10.3 Murid dikehendaki duduk sewaktu makan dan minum. 10.4 Murid hendaklah memasukkan segala jenis pembalut dan sisa makanan ke dalam tong sampah. Semua pinggan, mangkuk, cawan dan gelas hendaklah dimasukkan kedalam bekas yang disediakan. 10.5 Pada waktu pembelajaran, murid tidak dibenarkan untuk membeli makanan di kantin. 10.6 Murid dilarang membeli makanan di luar kawasan sekolah pada waktu pembelajaran. 10.7 Murid dikehendaki bersama-sama menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan kantin.


17 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) PERKARA 11: PERATURAN PAPAN KENYATAAN 11.1 Murid dilarang menconteng dan merosakkan papan kenyataan sekolah. 11.2 Iklan yang ditampal mestilah dengan kebenaran pihak sekolah. 11.3 Iklan yang tidak berkaitan dengan sekolah tidak boleh ditampal di papan kenyataan. 11.4 Setiap iklan mestilah dijaga keselamatannya dan tidak boleh ditanggalkan tanpa kebenaran pihak sekolah. PERKARA 12: PERATURAN DI PUSAT SUMBER 12.1 Sewaktu persekolahan murid boleh menggunakan pusat sumber jika ada arahan guru yang mengajar dan setelah membuat tempahan untuk bilik tersebut. 12.2 Semua bahan yang hendak dipinjam hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan mengikut bahagian atau jenis bahan. 12.3 Murid yang menghilangkan bahan pusat sumber yang dipinjam wajib menggantikan bahan tersebut atau membayar semula dengan harga barang berkenaan. 12.4 Murid dilarang makan dan minum di dalam pusat sumber. 12.5 Murid dilarang mengganggu keselesaan murid lain seperti berbual, membuat bising dan sebagainya. 12.6 Pengguna pusat sumber mesti meninggalkan pusat sumber pada waktu yang di tetapkan. 12.7 Murid tidak dibenarkan memasang televisyen di pusat sumber tanpa kebenaran guru. 12.8 Pusat sumber mestilah ditinggalkan dalam keadaan kemas dan bersih. Semua suis lampu, kipas dan lain-lain peralatan telah ditutup. 12.9 Sebarang bahan pusat sumber yang dijumpai di luar kawasan atau bilik pusat sumber tanpa proses peminjaman / pengambilan yang ditetapkan hendaklah dihantar semula ke pusat sumber. 12.10 Polisi pusat sumber adalah menggalakkan murid menggunakan bahanbahan pusat sumber sepenuhnya untuk meningkatkan prestasi pembelajaran. Bagaimanapun, murid yang menyimpan bahan pusat sumber tanpa proses peminjaman akan dikenakan tindakan disiplin.


18 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) PERKARA 13: PERATURAN DI BILIK KOMPUTER/IT 13.1 Murid dilarang masuk kedalam bilik komputer/ IT tanpa kebenaran guru. 13.2 Penggunaan bilik komputer perlu melalui tempahan mengikut masa yang ditetapkan. 13.3 Murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam bilik komputer/IT. 13.4Murid tidak dibenarkan membuat bising dan bermain di dalam bilik komputer/IT. 13.5 Murid mestilah memastikan semua suis lampu, kipas dan peralatan lain telah ditutup sebelum meninggalkan bilik komputer/IT. 13.6 Bilik komputer mestilah ditinggalkan dalam keadaan kemas, bersih dan teratur.


19 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) LAMPIRAN: CARA PEMAKAIAN Lampiran A: PAKAIAN RASMI SEKOLAH MURID LELAKI LENCANA KASUT DAN STOKING (HITAM) TANDA NAMA SELUAR PANJANG (BIRU PEKAT) KOPIAH (PUTIH) BAJU KEMEJA (HIJAU CAIR)


20 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) Lampiran B: PAKAIAN RASMI SEKOLAH MURID PEREMPUAN TUDUNG (HIJAU CAIR) BAJU KURUNG (HIJAU CAIR) KASUT DAN STOKING (HITAM) KAIN (HIJAU PEKAT) LENCANA TANDA NAMA


21 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) Lampiran C: PAKAIAN RASMI PENGAWAS SEKOLAH LELAKI KASUT DAN STOKING (HITAM) SELUAR PANJANG (HITAM) BAJU KEMEJA (COKLAT CAIR) KOPIAH (HITAM) VEST (HITAM)


22 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) Lampiran D: PAKAIAN RASMI PENGAWAS SEKOLAH PEREMPUAN KASUT DAN STOKING (HITAM) BAJU KURUNG (COKLAT CAIR) KAIN (HITAM) TUDUNG (COKLAT CAIR) VEST (HITAM)


23 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) Lampiran E: PAKAIAN RASMI PENGAWAS PUSAT SUMBER LELAKI KASUT DAN STOKING (HITAM) VEST (UNGU PEKAT) KOPIAH (PUTIH) BAJU KEMEJA (UNGU CAIR) SELUAR PANJANG (HITAM)


24 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) Lampiran F: PAKAIAN RASMI PENGAWAS PUSAT SUMBER PEREMPUAN KASUT DAN STOKING (HITAM) BAJU KURUNG (UNGU CAIR) KAIN (HITAM) VEST (UNGU PEKAT) TUDUNG (UNGU CAIR)


25 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) Lampiran G: T-SHIRT RASMI MURID LELAKI KASUT DAN STOKING (HITAM) T-SHIRT (UNGU) SELUAR SUKAN TANPA CORAK / JALUR (HITAM) MURID BIASA: KOPIAH (PUTIH) PENGAWAS SEKOLAH: KOPIAH (HITAM) PENGAWAS PUSAT SUMBER: KOPIAH (PUTIH)


26 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) Lampiran H: T-SHIRT RASMI MURID PEREMPUAN KASUT DAN STOKING (HITAM T-SHIRT MUSLIMAH (UNGU) MURID BIASA: TUDUNG (HIJAU MUDA) PENGAWAS SEKOLAH: TUDUNG (COKLAT CAIR) PENGAWAS PUSAT SUMBER: TUDUNG (UNGU CAIR) SELUAR SUKAN TANPA CORAK / JALUR (HITAM)


27 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) Lampiran I: PAKAIAN KO-KURIKULUM LELAKI (BSMM) KASUT DAN STOKING (HITAM) T-SHIRT BSMM KOPIAH (PUTIH) SELUAR SUKAN TANPA CORAK / JALUR (HITAM)


28 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) Lampiran J: PAKAIAN KO-KURIKULUM PEREMPUAN (PPIM) KASUT DAN STOKING (HITAM) BAJU KURUNG (PUTIH) KAIN (PINK) TUDUNG (PINK)


29 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) Lampiran K: T-SHIRT FIRQAH MURID LELAKI


30 BUKU PERATURAN SEKOLAH SRII AT-TAQWA (BJJ1001) Lampiran L: T-SHIRT FIRQAH MURID PEREMPUAN


Click to View FlipBook Version