Mpu21032 EFOLIO TOPIK 5 : PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI DALAM MENCAPAI KESEPADUAN NASIONAL NAMA KUMPULAN : HIKAYAT HANG TUAH DISEDIAKAN UNTUK : PUAN FARAHANIZA BINTI HAJI JAAFAR 1
NAMA AHLI KUMPULAN 2 1. NUR SUMAIYAH BINTI NASARUDDIN 14DCC23F1017 2. SITI NUR FARHANAH BINTI IDRIS 14DCC23F1020 3. IKLIL NUR BINTI ZULFADLI 14DCC23F1014 4. MUHAMMAD ARIF ILMAN BIN MOHD ROHIMI 14DCC23F1019 5. MUHAMMAD ALIFF BIN RAMLI 14DCC23F1015
3 BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. NAMA AHLI KUMPULAN 2 2. OBJEKTIF 4 3. PENGHARGAAN 5 4. PENGENALAN PERLEMBAGAAN 6 5. PENGENALAN TOPIK 7 6. DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN 8 7. SEJARAH PERLEMBAGAAN 9 8. PINDAAN PERLEMBAGAAN 10 9. CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN 11 10. TUJUAN PERLEMBAGAAN 12 11. KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN 13 12. MALAYAN UNION 14 13. KESAN KESEPADUAN NASIONAL 15 14. KESIMPULAN 16 15. PENUTUP 17 16. SUMBER RUJUKAN 18
4 OBJEKTIF 1. Memahami maksud keluhuran dan peruntukan-peruntukan utama yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan. 2. Menghuraikan perlembagaan sebagai asas etika dan peradaban di Malaysia. 3. Menganalisis isu semasa perlembagaan. 4. Memahami sistem pemerintahan negara,demokrasi berparlimen,raja berpelembagaan,pengasingan kuasa dan pilihan raya.
5 PENGHARGAAN Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya dapat kami menyelesaikan tugasan e-folio ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Puan Farahaniza binti Hj Jaafar, Pensyarah mata pelajaran Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU21032). Beliau juga banyak membantu sepanjang proses pembentukan tugasan ini. Selain itu, tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa yang tidak putus memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan sepasukan atas komitmen mereka dan banyak memberi bantuan secara langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini dengan jayanya. Pelbagai ilmu yang telah diperolehi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang ditunjukkan rakan-rakan ternyata membuahkan hasil dengan kejayaan menyiapkan tugasan yang diberi. Tanpa bantuan daripada semua pihak, tidak mungkin e-folio ini dapat disiapkan dengan sempurna.
PENGENALAN PERLEMBAGAAN ● Perlembagaan atau undang-undang merupakan salah satu daripada lima syarat sesebuah negara dipanggil “negara” selain daripada perlu adanya penduduk, kerajaan, wilayah dan kedaulatan. ● Perlembagaan negara Malaysia dibentuk berdasarkan sejarah yang sangat panjang berteraskan perjuangan rakyat serta kerjasama pelbagai etnik dalam menghadapi ujian getir penjajahan British. ● Perlembagaan Malaya dan Malaysia telah cuba sedaya upaya untuk memberi peluang kepada setiap rakyat supaya mendapat hak dalam kerukunan hidup bernegara dengan menjiwai perjanjian yang mengambil kira hak dan peranan semua golongan yang bergelar pemerintah dan yang diperintah. 6
7 MAKSUD KESEPADUAN NASIONAL Kesepaduan Nasional Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik, budaya dan agama. Kesepaduan nasional merupakan teras kekuatan dan keselamatan negara. MAKSUD TIANG SERI • Tiang rumah yang mula-mula didirikan dan terletak di tengah-tengah rumah. Dalam konteks masyarakat Melayu zaman dahulu, setiap rumah mesti didirikan tiang seri di tengah-tengah rumah. Binaan rumah yang mempunyai tiang seri menjadi trend dalam pembinaan rumah Melayu pada waktu itu yang sememangnya mempunyai fungsi tersendiri, iaitu mengukuhkan binaan sesebuah rumah dan menjadi tempat bersandar bagi orang tua. Secara keseluruhannya, perlembagaan dapat mengukuhkan lagi perpaduan di Malaysia. PENGENALAN TOPIK
DEFINISI PERLEMBAGAAN Merupakan surat cara yang mengandungi semua undang-undang yang menjadi punca kesemua undang-undang dalam negara. Sekiranya ada undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan maka dengan sendirinya undang-undang tersebut akan terbatal setakat mana percanggahan berlaku. Ia juga merupakan satu set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara pemerintah dengan rakyat. KONSEP PERLEMBAGAAN Merupakan surat cara yang mengandungi semua undang-undang yang menjadi punca kesemua undang-undang dalam negara. Sekiranya ada undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan maka dengan sendirinya undang-undang tersebut akan terbatal setakat mana percanggahan berlaku. Ia juga merupakan satu set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara pemerintah dengan rakyat. 8
9 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN Pada tahun 1954, rundingan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman di London telah gagal kerana British menganggap Tanah Melayu belum bersedia untuk diberi kemerdekaan penuh. Pada Januari 1956 Tunku Abdul Rahman mengadakan rundingan di London buat kali kedua bagi membuat rundingan berkenaan tarikh kemerdekaan untuk negara serta membincangkan tentang penggubalan. Perlembagaan Persekutuan Rundingan tersebut berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956 dan dikenali sebagai London Constitutional Conference 1956. Hasil daripada konferensi ini , Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu serta menubuhkan suruhaniaya bebas untuk membentuk Perlembagaan Pesekutuan Tanah Melayu.
10 PINDAAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan boleh dipinda dari masa ke semasa. Tujuan sesuatu pindaan adalah untuk melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara, melicinkan urusan negara, memastikan perlembagaan sesuai dengan keperluan semasa, munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati serta pindaan bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka. Pindaan yang benar pernah dibuat terhadap Perlembagaan Malaysia adalah berkaitan dengan pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi YDPA dan raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah pada tahun 1993. Namun, terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan, iaitu: • Agama Islam sebagai agama persekutuan. • Kedudukan istimewa kedudukan raja raja melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. • Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. • Soal kerakyatan
11 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN Ciri-ciri Perlembagaan Malaysia adalah seperti yang berikut: a) Kestabilan dalam pemerintahan • Pemerintahan malaksanakan tatacara lazim yang menjadi kebiasaan umum supaya rakyat dapat mengambil bahagian dalam pembangunan negara. b) Tanggungjawab ke atas rakyat • Permintaan rakyat merupakan panduan bagi kerajaan untuk bertindak. Ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan disampaikan melalui saluran yang betul. c) Perwakilan rakyat dipilih melalui pilihan raya. d) Pembahagian kuasa • Kerajaan bertindak sebagai pembuat dan perlaksana dasar Kerajaan bersifat terbuka. • Perbincangan di Parlimen seperti belanjawan negara dan pembuat dasar-dasar baharu diumumkan menerusi media supaya rakyat maklum.
12 TUJUAN PERLEMBAGAAN Mewujudkan pemerintahan yang adil dan memastikan keadilan ekonomi antara kaum tetapi turut memelihara hak istimewa orang melayu serta bumiputera Sabah dan Sarawak. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa serta mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat Yang di-Pertuan Agong serta sistem pemerintahan kerajaan yang terdiri daripada badan perundangan, kehakiman dan eksekutif juga tertakluk kepada perlembagaan persekutuan. Menjaga keamanan dan kestabilan negara. Sekatan dalam perlembagaan yang membataskan kebebasan individu akan menjamin keamanan dan kestabilan negara serta mengekalkan perpaduan.
13 KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara Malaysia yang ketiga. Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian perlembagaan atau ketertinggian undang-undang. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak pada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Yang di-Pertuan Agong (YPDA) serta sistem pemerintahan kerajaan yang terdiri daripada badan perundangan, kehakiman dan eksekutif juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan. Malayan Union (Kesatuan Malaya) yang ditubuhkan pada 1 April 1946 di King's House (Carcosa Seri Negara) selepas Perang Dunia II merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura).
14 MALAYAN UNION i. Tentangan Orang Melayu. ii. Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan. iii. Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan kekal sebagai tanah jajahan Inggeris. iv. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli iaitu penduduk asing yang telah bermastautin lebih sepuluh tahun dan lahir selepas Malayan Union, secara terus menjadi warganegara. v. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa menyebabkan penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan. TUJUAN PEMBENTUKAN Penyatuan wilayah-wilayah pentadbiran berasingan. Meningkatkan kecekapan Pentadbiran. Perasaan anti-Melayu. Percubaan British ke arah pemerintahan sendiri oleh rakyat tempatan, tetapi mengikut ciri politik British. Langkah penyatuan politik
15 Kesan dari penyatuan ini ialah: Keadaan akan menjadi : • Aman • Stabil • Makmur dan sejahtera Tunjang utama kesepaduan nasional : •Perlembagaan Persekutuan •Rukun Negara Kesan kesepaduan nasional : 1) Masyarakat Dinamik •Wujud petani komersial industri •Golongan miskin => kelas menengah •Masyarakat kampung => warga kosmopolitan 2)Wujud pelbagai etnik dan budaya modeniti •Berkongsi norma hidup •Persamaan nilai •Kerencaman sosial •Membina negara bangsa •Keharmonian integrasi kaum KESAN KESEPADUAN NASIONAL • Kepentingan perlembagaan di sesebuah negara itu juga mempunyai haluan tertentu. Hal ini demikian kerana, perlembagaan mempunyai undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara tersebut. Menerusi perlembagaan, arena politik negara dapat ditentukan dan parti-parti politik pula mengetahui hala tuju semasa memegang kuasa dan mentadbir negara.
16 KESIMPULAN Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi dan rela berkongsi kuasa. Permuafakatan sosial atau sosial kontrak ini perlu diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa perlu mempersoalkannya lagi. Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia dapat menghindarkan negara Malaysia daripada berada dalam keadaan tidak stabil yang boleh merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin.
17 PENUTUP Selepas banyak kerjasama dan usaha dari rakan sepasukan, akhirnya dapat jua kita menyempurnakan tugasan e-folio ini. Dalam tempoh masa mengendalikan e-folio ini, kami telah mempelajari dengan lebih mendalam tentang perlembagaan sebagai tiang seri dalam mencapai kesepaduan nasional. Perlembagaan negara haruslah diamalkan oleh semua rakyat Malaysia bagi menjamin kesepaduan rakyat tanpa mengira agama, kaum dan usia. Selain itu, perlembagaan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan telah mengendalikan undang-undang yang mesti dipatuhi oleh seluruh rakyat Malaysia. Ini bagi menjaga ketenteraman dan keharmonian negara serta mengelakkan daripada berlakunya pergaduhan atau pertelingkahan besar seperti peristiwa 13 Mei. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bangga, kagum dan bersyukur atas jasa pemimpin-pemimpin negara yang banyak berkorban demi negara. Kita haruslah bersyukur atas jasa mereka yang telah membentuk negara bagi menjamin masa depan negara yang cerah serta berpeluang bagi anak-anak muda.
18 SUMBER RUJUKAN • https://perlembagaan-integrasi.blogspot.com/2020/10/62- perlembagaan-sebagai-tiang-seri-dan.html • https://perlembagaansbgaitiangseriperpaduan.blogspot.com/202 0/10/e-folio-perlembagaan-sebagai-tiang-seri.html?m=1 • http://mysekebun.blogspot.com/2013/12/contoh-rumusanfolio.html?m=1 • http://studentsrepo.um.edu.my/5085/11/11_BAB_5.pdf • https://www.jpnin.gov.my
19 Menggoreng ikan dicampur bakmi, Digoreng terpisah jangan sekaligus, Cukup sekian perbentangan kami, Moga mendapat nilai yang bagus. SEKIAN TERIMA KASIH