The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuruliqah29, 2023-02-27 01:12:25

EBOOK NURUL SYAFIQAH BT OTHMAN

KK USULUDDIN

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS SEMESTER 3 TAHUN 2022 MATA PELAJARAN/KOD: 931/4 - USULUDDIN TAJUK: NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON NAMA GURU/ PEMERIKSA TANDATANGAN GURU/PEMERIKSA TARIKH TAHAP KEFAHAMAN MASYARAKAT REMAJA TERHADAP PENGAMALAN SIHIR PENGASIH DALAM MENGERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN DI KAMPUNG GONG KUA, PASIR PUTEH, KELANTAN NURUL SYAFIQAH BINTI OTHMAN 030629-11-0096 SD0709/1065 SMKA WATANIAH 18500 MACHANG, KELANTAN MOHD SAAIDI BIN MOHAMMAD


MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS SEMESTER 3 TAHUN 2022 MATA PELAJARAN/KOD: 931/4 - USULUDDIN BORANG PERAKUAN CALON Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa Kerja Kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan Kerja Kursus yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk Kerja Kursus yang dihasilkan. Nama Calon NURUL SYAFIQAH BINTI OTHMAN No. Kad Pengenalan Calon 030629-11-0096 Angka Giliran Calon SD0709/1065 Nama Pusat Kerja Kursus Calon Makluman kepada calon: Kerja Kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja Kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru Kerja Kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru Kerja Kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan Kerja Kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan Kerja Kursus Usuluddin tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Usuluddin di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau pemeriksa Kerja Kursus mata pelajaran Usuluddin (untuk calon persendirian individu). Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru/Penilai: Saya mengesahkan bahawa Kerja Kursus Usuluddin telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa Kerja Kursus calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, Kerja Kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh


MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS SEMESTER 3 TAHUN 2022 MATA PELAJARAN/KOD: 931/4 - USULUDDIN BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON No. Pusat/Angka Giliran: SD0709/1065 No. Kad Pengenalan: 030629-11-0096 Tarikh Aktiviti dalam Penghasilan Kerja Kursus (diisi oleh calon) Ulasan Guru Tandatangan Guru Tandatangan Calon (Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Pengesahan Guru Mata Pelajaran: ......................................... Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan Kerja Kursus bagi mata pelajaran Usuluddin Tahun 2022 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru: ............................................. Nama Guru: ....................................................... Tarikh: ....................................... Cap Sekolah: Catatan: Borang ini hendaklah dilampirkan bersama Kerja Kursus.


MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS SEMESTER 3 TAHUN 2022 MATA PELAJARAN/KOD: 931/4 - USULUDDIN BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON Nama Calon: NURUL SYAFIQAH BINTI OTHMAN Angka Giliran: SD0709/1065 No. Kad Pengenalan: 030629-11-0096 (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras) Kriteria Penilaian Markah Penuh Markah Guru/Pemeriksa Markah Penyelaras A. Penulisan 1. Abstrak 4 2. Pengenalan 4 3. Objektif Kajian 4 4. Kaedah Kajian 4 5. Perbincangan dan Hasil Kajian 20 6. Rumusan 2 7. Cadangan 2 8. Senarai Rujukan 3 9. Kemahiran Manipulatif 2 10. Kemahiran Insaniah 4 B. Pembentangan dan Soal Jawab 1. Pembentangan Kerja Kursus 4 2. Soal Jawab 3 3. Kreativiti 2 4. Keterampilan 2 Jumlah Markah 60 PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa : ........................... Tandatangan Penyelaras: ..................................... Nama: .................................................................. Nama: .................................................................. No. Kad Pengenalan: ........................................... No. Kad Pengenalan: ........................................... Tarikh: ................................................................. Tarikh: ................................................................. No.Telefon (sekolah):.................................... (bimbit) : ..................................... No.Telefon(sekolah):.................................... (bimbit) : ....................................


MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON SEMESTER : TAHUN: ____________ MATA PELAJARAN/KOD: USULUDDIN 4 (931/4) NAMA SEKOLAH/NO.PUSAT: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (AGAMA) WATANIAH (Uutuk diisi oleh guru/pemeriksa) BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN (Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman) PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru:………………………......... Tandatangan Pengetua :…………….................... Nama:………………………………………..... Nama:……………………………………………. No. Kad Pengenalan:………………………….. No. Kad Pengenalan:……………………………. Tarikh:……………………………………........ Tarikh:…………………………………………... No. Telefon (sekolah):………………………… (bimbit):…………………………... No. Telefon (sekolah):…………………………... (bimbit):…………………………..... Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah bertulis tangan dan salinan asal dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission.


MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS SEMESTER 3 TAHUN 2022 MATA PELAJARAN/KOD: 931/4 - USULUDDIN BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON Nama Calon: NURUL SYAFIQAH BINTI OTHMAN Angka Giliran: SD0709/1065 No. Kad Pengenalan: 030629-11-0096 (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras) Kriteria Penilaian Markah Penuh Markah Guru/Pemeriksa Markah Penyelaras A. Penulisan 1. Abstrak 4 2. Pengenalan 4 3. Objektif Kajian 4 4. Kaedah Kajian 4 5. Perbincangan dan Hasil Kajian 20 6. Rumusan 2 7. Cadangan 2 8. Senarai Rujukan 3 9. Kemahiran Manipulatif 2 10. Kemahiran Insaniah 4 B. Pembentangan dan Soal Jawab 1. Pembentangan Kerja Kursus 4 2. Soal Jawab 3 3. Kreativiti 2 4. Keterampilan 2 Jumlah Markah 60 PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa : ........................... Tandatangan Penyelaras: ..................................... Nama: .................................................................. Nama: .................................................................. No. Kad Pengenalan: ........................................... No. Kad Pengenalan: ........................................... Tarikh: ................................................................. Tarikh: .................................................................


KANDUNGAN PERKARA HALAMAN KANDUNGAN I ABSTRAK II PENGHARGAAN III 1.0 PENGENALAN 1-3 2.0 OBJEKTIF KAJIAN 4 3.0 KAEDAH KAJIAN 5-6 4.0 PERBINCANGAN DAN HASIL DAPATAN KAJIAN 4.1 PERBINCANGAN KAJIAN 4.1.1 PENGERTIAN DAN KONSEP SIHIR PENGASIH 4.1.2 DALIL PENSABITAN HARAM PENGAMALAN SIHIR PENGASIH 4.1.3 BENTUK-BENTUK SIHIR SELAIN SIHIR PENGASIH 4.1.4 TANDA-TANDA SESEORANG TERKENA SIHIR PENGASIH 4.1.5 ATUR CARA RITUAL PENGASIH DITUJU KEPADA MANGSA 4.1.6 HAIWAN KIRIMAN SIHIR PENGASIH 4.1.7 FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG UNTUK MENGAMALKAN SIHIR PENGASIH 4.1.8 PANTANG LARANG KEMUJARABAN SIHIR PENGASIH 4.1.9 CARA-CARA MENGELAK DARI TERJEBAK TERKENA SIHIR PENGASIH 4.1.10 AKIBAT BURUK PENGAMALAN SIHIR PENGASIH 4.2 HASIL DAPATAN KAJIAN 7 7-9 9-14 14-15 16 16-19 20 21-22 22-23 23-36 26-28 29-42 5.0 RUMUSAN 43-44 6.0 CADANGAN 45-46 7.0 RUJUKAN 47-49


ABSTRAK Di era globalisasi, masyarakat kita pada hari ini mempunyai pelbagai inisiatif untuk mengeratan hubungan kekeluargaan tetapi mereka menggunakan kaedah yang terlarang kususnya dengan menghantar sihir akibat daripada sifat kecemburuan. Hal ini turut mendukacitakan apabila ada masyarakat yang mengamalkan sihir sehingga sanggup mencederakan orang lain dan diri sendiri. Justeru objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan ruang lingkup sihir pengasih menurut perspektif Islam. Selain itu, kajian ini juga akan mengukur tahap kefahaman masyarakat remaja masa kini terhadap pengamalan sihir pengasih dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan dan cara untuk mengelak daripada terkena buatan sihir pengasih yang dihantar. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah dokumentasi telah dijalankan untuk mendapatkan bahan dan rujukan mengenai ruang lingkup sihir pengasih dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan menurut perspektif Islam. Seterusnya, kaedah kajian lapangan juga dijalankan ke atas masyarakat merangkumi 30 orang lelaki dan perempuan bagi menguji tahap kefahaman mereka mengenai tajuk yang dikaji. Kaedah temubual juga digunakan dalam kajian ini yang melibatkan dua orang responden dalam kalangan masyarakat di kampung tersebut. Ringkasnya, pengkaji mendapati dapatan kajian dapat dilihat secara umumnya pengkaji mendapati secara realistik tahap kefahaman masyarakat Kampung Gong Kua, Pasir Puteh terhadap pengamalan sihir pengasih dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan berada di tahap kefahaman dan pengetahuan yang agak sederhana 150 orang (56%). Keadaan ini dilihat melalui perbezaan skor peratus yang lebih ketara dimana golongan perempuan lebih berpengetahuan sebanyak (35%) berbanding golongan lelaki (21%) melalui pelbagai aspek termasuk berkaitan tahap pengetahuan am, keyakinan dan pengajaran. Realitinya perbezaan tinggi dan terendah tahap kefahaman dan pengetahuantentang amalan sihir adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor pendorong termasuklah penglibatan golongan perempuan lebih terbuka dalam menghadiri program agama berbanding lelaki yang sibuk dalam kerja seharian mereka. Oleh itu, pengkaji mencadangkan beberapa cadangan bagi membantu meyakinkan perkembangan peratus kefahaman masayarakat akan meningkat dengan wujudnya peranan pihak berwajib seperti JAKIM, Ibu Bapa, Media Massa dan Kementerian Pelajaran Malaysia.


PENGHARGAAN Selamat sejahtera dan rasa kesyukuran saya ucapkan kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus bagi mata pelajaran Usuluddin sesi 2021. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan Haji Ismail Bin Mohamood yang merupakan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah, kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna dan teratur. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Usuluddin saya iaitu Ustaz Saaidi Bin Mohammad kerana telah banyak meluangkan masa, memberikan tunjuk ajar serta nasihat untuk membantu saya menyiapkan kajian ini, selain memberikan semangat kepada saya untuk menjalankan tugasan ini dengan sebaik-baiknya. Seterusnya, saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya iaitu Othman Bin Dollah dan Suraya Binti Abas yang telah banyak berkorban untuk saya dari segi tenaga, dorongan, serta dari segi kewangan untuk memastikan kerja kursus ini berjalan dengan lancar. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus Usuluddin pada kali ini. Sekian, terima kasih.


1.0 PENGENALAN 1.1 LATAR BELAKANG Pada masa kini, perbuatan menggunakan sihir dalam kalangan masyarakat masih lagi berlaku walaupun kita kini hidup dalam dunia serba moden. Masyarakat lalai dan leka dengan keindahan dunia sehingga melakukan dan mengamalkan perkara-perkara yang syirik. Hal ini lebih mendukacitakan apabila masyarakat yang berada di bawah asuhan agama Islam turut sama lalai melakukan perbuatan yang syirik tanpa rasa malu mahupun segan dengan perbuatan tersebut. Definisi sihir menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat pada halaman 1490, sihir ialah perbuatan (atau kejadian) luar biasa yang dilakukan oleh manusia secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, terdapat tukang sihir membuat patung berupa Nabi Muhammad SAW daripada lilin, lalu ditikam dengan sebelas bilah jarum dan disimpul dengan sebelas ikatan. Maka dicampakkan ke dalam telaga keluarga Zarwan di mana telaga Nabi Muhammad SAW selalu mandi dan setelah Nabi Muhammad SAW mandi di telaga tersebut, ditakdirkan Baginda terkena sihir selama 40 hari. (Rahmi Jumriati Jono,2022) Menurut Dato’ Dr Harun Din disebut bahawa Ibnu Qudamah Al-Maqdisi mengatakan, sihir adalah ikatan-ikatan, jampi-jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan maupun tulisan, atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsung dengannya. Sihir ini mempunyai hakikat, diantaranya ada yang boleh mematikan, membuat sakit, atau memisahkan pasangan suami istri, atau membuat salah satu pihak membenci lainnya atau membuat kedua belah pihak saling mencintainya. (Dato’ Dr Harun Din,2009) Dalam masyarakat Melayu, ilmu kebatinan yang melibatkan ilmu pengasih, yang juga dikenali sebagai ilmu guna-guna sering dikaitkan dengan amalan sihir. Banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk tujuan ini, di antaranya dengan menggunakan minyak yang dikenali sebagai minyak guna-guna, ataupun dengan pemujaan berserta bahan-bahan tertentu yang melibatkan jin-jin. Antara tujuan ilmu ini diamalkan ialah untuk membangkitkan keinginan seseorang terhadap pengamal, sama ada untuk tujuan baik seperti untuk mendapatkan jodoh ataupun untuk tujuan jahat seperti untuk membalas dendam, untuk memuaskan nafsu ataupun hanya untuk berseronok-seronok di samping mengikis harta kepunyaan mangsa.


Firman allah SWT: ا ي ا اء ا ق ِ ل ْ ا ُكم ون ُ ر ْذِ ن ُ ي ا ِِت و ا آَي ْ ُكم ْ لاي ا صوان ع ُّ ُ ق ا ي ْ ْ ُكم ن ِ م ٌ ل ُ س ُ ر ْ ُكم ِ ْت ا َي ْ ِس أااَل ْ ن اْْلِ ا ِ و ن ا ْْلِ ا ْ اشر ع ا م ا ا َي ه ْ ُكم ِ م ْ و اذا Maksudnya: “Hai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu Rasul-Rasul dari golonganmu sendiri, yang menyampaikan kepadamu ayat-ayat-Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini“. (Surah Al-An’aam 6:130) Hakikatnya, sihir adalah syirik dan Bersatu dengan kerja pemujaan syaitan dan jin demi kepentingan diri sendiri. 1.2 PERMASALAHAN KAJIAN Kini, ramai masyarakat yang mengetahui tentang keburukan sihir namun masih ada segelintir daripada mereka yang masih melakukan amalan tersebut. Persoalannya, masyarakat muthakhir ini memandang remeh dan lalai terhadap kesan pengamalan sihir pengasih dalam kehidupan seharian malah ada yang mengabaikan keburukannya dan tidak bersungguhsungguh dalam meninggalkannya. Selain itu, masyarakat juga terpengaruh dengan sihir yang mengakibatkan keburukan kepada mereka sehingga lupa ia adalah perbuatan syirik terhadap Allah SWT. Justeru bagi menjawab persoalan tersebut pengkaji berasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk membuat penyelidikan secara dekat dan realistik dengan fakta rujukan ilmiah yang konkrit serta disokong dengan fakta yang realistik bagi meyakinkan penyelidikan yang dilakukan. Kepentingan kajian ini adalah untuk mendapat gambaran menyeluruh mengenai tahap kefahaman masyarakat remaja masa kini terhadap pengamalan sihir pengasih dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan di Kampung Gong Kua, Pasir Puteh, Kelantan di samping memberi kesedaran kepada mereka agar tidak mengamalkan sihir pengasih dalam kehidupan mereka.


2.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu objektif umum dan objektif khusus. 2.1 UMUM : Menjelaskan ruang lingkup sihir pengasih menurut perspektif Islam. 2.2 KHUSUS: Mengukur tahap kefahaman masyarakat remaja masa kini terhadap pengamalan sihir pengasih dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan dan cara untuk mengatasinya.


3.0 KAEDAH KAJIAN Pengkaji memilih untuk menggunakan dua kaedah berikut bagi mencapai dua objektif kajian ini: 3.1 METODE KUALITATIF 3.1.1 KAEDAH DOKUMENTASI Melalui metodologi ini, pengkaji mengumpul data dan maklumat melalui sumber sekunder seperti bahan ilmiah yang berautoriti Kitab Tafsir Ibnu Katsir. Justeru, bagi menghaasilkan kajian yang lebih berfakta dan meyakinkan, pengkaji membaca, mencatat dan menganalisa secara spesifik terhadap data-data kualitatif berdasarkan kepada 5 perkara iaitu konsep, dalil, hukum dan implikasi berkaitan pengamalan sihir pengasih dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan. Di samping itu, sesuai dengan peredaran dunia zaman moden, pengkaji juga telah mengambil bahan dalam talian seperti blog, YouTube dan sebagainya. Pengkaji juga telah mengunjungi perpustakaan mini Pra-U SMKA Wataniah bagi mengulangkaji dan mencari sumber-sumber yang berkaitan dengan tajuk kajian. 3.2 METODE KUANTITATIF Dalam mengumpul data lapangan, pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif melalui sumber primer seperti soal selidik dan temu bual. 3.2.1 SOAL SELIDIK Pengkaji menyediakan satu set soalan untuk diedarkan kepada 30 orang responden secara rawak bagi mendapatkan maklumat dengan tepat. Responden yang dipilih ini terdiri daripada penduduk yang tinggal di kampung tersebut yang dipilih secara rawak. Kaedah ini juga telah digunakan bagi mencapai objektif kedua iaitu menganalisis tahap kefahaman masyarakat mengenai tahap pengamalan masyarakat terhadap sihir pengasih dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan dan cara untuk mengelaknya di Kampung Gong Kua, Pasir Puteh, Kelantan. Pengkaji telah membahagikan soalan-soalan kepada 3 bahagian iaitu tahap kefahaman, pengetahuan dan pengamalan berkaitan sihir pengasih. Hal ini bertujuan agar pengkaji memperolehi jawapan yang berkaitan dengan objektif yang dinyatakan.


3.2.2 TEMU BUAL Dalam mengukuhkan kajian ilmiah ini agar menjadi lebih mantap dan meyakinkan, pengkaji telah menemubual beberapa orang responden daripada masyarakat di Kampung Gong Kua, Pasir Puteh, Kelantan secara langsung sebagai pengukuhan fakta. Beberapa orang responden yang terlibat termasuklah ahli agama seperti Al-Fadhil Tuan Imam Nazri yang merupakan imam tua di Masjid Kampung Gong Kua. Salah seorang daripada penduduk Kampung Gong Kua juga telah ditemubual bagi mendapatkan maklumat berkaitan kajian iaitu Encik Abdullah Bin Mat Salleh yang merupakan penduduk lama di tempat kajian yang berpengalaman dalam perubatan Islam. Pengkaji menanyakan beberapa soalan yang berkaitan dengan kajian agar dapat dihuraikan dan dijelaskan secara terperinci tentang kajian tersebut. Selain itu, pengkaji turut menanyakan soalan berkaitan amalan sihir pengasih dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan dan cara untuk mengelaknya daripada terus berlaku.


4.0 PERBINCANGAN DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 RUANG LINGKUP SIHIR 4.1.1 PENGERTIAN DAN KONSEP SIHIR PENGASIH Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu. Contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam. (Wikipedia,2021) Definisi sihir menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat pada halaman 1490, sihir ialah perbuatan (atau kejadian) luar biasa yang dilakukan oleh manusia secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus. (Kamus Dewan 2017) Definisi pengasih pula menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat ialah ilmu yang menggunakan pekasih jampi (azimat, doa, guna-guna, dll) untuk mendatangkan atau membangkitkan rasa kasih: dicari-kannya pekasih atau pembenci kian ke mari, dituntutnya ilmu sihir kpd dukun-dukun yg pandai; kata orang, saya ini memakai ilmu. Selain itu maksud pengasih ialah selalu menaruh (menunjukkan) belas kasihan, bersifat belas kasihan, penyayang. (Kamus Dewan 2017) Ibnu Khaldun dalam buku Muqaddimah menjelaskan sihir seperti berikut: Ilmu sihir dan tilik adalah satu ilmu tentang persediaan jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama adalah sihir dan yang kedua adalah tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana berbahaya dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah berpaling daripada Allah, maka kitab-kitab tentangnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsabangsa purba termasuk yang wujud sebelum Nabi Musa AS seperti bangsa Qibti dan Kaldani. (Ibnu Khaldun,1377) Konsep sihir menurut Sarjana Islam mengatakan iaitu memandangkan ilmu sihir adalah ilmu mistik yang melibatkan unsur ghaib, pendefinisian ilmu sihir secara tepat, komprehensif dan menyeluruh sukar dan menimbulkan perselisihan antara para pengkaji dalam pelbagai bidang. Bagi memberikan satu makna yang dapat menerangkan sifat ilmu sihir, disenaraikan beberapa definisi ilmu sihir yang diberikan oleh sarjana Islam supaya ia boleh mencari satu


titik pertemuan yang dapat menghasilkan satu pendefinisian yang tepat. Dalam mentafsirkan sihir pengasih, pentakrifan dikemukakan oleh ulama’. Menurut Nusrah Care dalam artikel, Imam Fakhru al-Razi yang menyatakan sihir ialah setiap perkara ataupun kejadian yang berlaku tanpa diketahui sebabnya serta menimbulkan khayalan ke atas sesuatu perkara dan ia bukan perkara yang sebenarnya berlaku. (Nusrah Care, (2021),https://www.facebook.com/PusatRawatanIslamDarulNusrah/photos/a.5009242632590 39/5620018388016242/?type=3,2021) Syed Abdullah Hussain pula menyatakan sihir ialah perbuatan luar biasa yang sukar difahami oleh manusia. Ia tidak diketahui sebab-sebabnya serta perbuatan itu dilakukan secara tersembunyi dan penuh tipu daya. Ali Muhammad al-Bajawi: Sihir ialah amalan yang menimbulkan kaedah-kaedah khusus melibatkan pemujaan syaitan. Al-Qurtubi: Sihir pada asalnya bertujuan mengelirukan pandangan mata. Ia menimbulkan khayalan kepada orang yang disihir sehingga beliau merasakan perkara yang bersalahan dengan keadaan yang sebenar. Muhammad Mushtafa al-Hadidi Atthair: sihir ialah perkara luar biasa dan aneh. Ia bersifat khawriqul adat iaitu di luar kemampuan manusia biasa dan seakan-akan dengan mukjizat, namun tidak tergolong sebahagian daripadanya. (NusrahCare,(2021),https://www.facebook.com/PusatRawatanIslamDarulNusrah/photos/a.50 0924263259039/5620018388016242/?type=3,2021) Sihir ialah perbuatan yang dilakukan dengan menyediakan syarat-syarat khusus, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara misteri. Perkara itu dilakukan bagi mempengaruhi seseorang ataupun sejumlah orang bagi mencapai kehendak yang diinginkan oleh orang yang memintanya. Melalui definisi-definisi yang diberikan, pengkaji mendapati terdapat tiga elemen penting yang sama dan sering diulang-ulang oleh para sarjana dalam memberikan takrif sihir iaitu: Ilmu sihir ialah suatu amalan yang melibatkan perjanjian dengan jin ataupun syaitan. Selain itu, pengamal ilmu sihir perlu mematuhi syarat-syarat ataupun menggunakan alatan khusus dalam pengamalannya. Di samping itu, satu perkara luar biasa yang tidak mampu dilakukan oleh manusia biasa, terhasil daripada perjanjian dan pematuhan kepada syarat tadi. Kesimpulannya, ilmu sihir sebagai suatu ilmu yang menghasilkan kesan luar biasa yang tidak dapat diterangkan puncanya secara logik, terhasil melalui penglibatan jin, syaitan dan


iblis dengan menggunakan peralatan dan kaedah yang khusus. (Nusrah Care, (2021),https://www.facebook.com/PusatRawatanIslamDarulNusrah/photos/a.5009242632590 39/5620018388016242/?type=3,2021) 4.1.2 DALIL PENSABITAN HARAM PENGAMALAN SIHIR PENGASIH 4.1.2.1 DALIL AL-QURAN 1 Al-Quran secara jelas mencela golongan-golongan yang beramal dengan amalan syirik ini sehingga al-Hafiz al-Imam al-Dhababi dalam kitabnya yang masyhur iaitu kitab al-Kabair meletakkan dosa ketiga terbesar dalam susunan 76 dosa besar menurut al-Quran dan al-Sunnah adalah dosa mensyirikkan Allah SWT. 1- Allah SWT berfirman: اق ا ﴿ ف ِ ُّ ْشِرْك ِِبّلل ي ْ ن ا م ا ۚ و ُ ء ۤ اشا َّ ي ْ ن ا م ِ اك ل ِ ان ذل ْ ُو ا د ا م ُ ر ِ ْف غ ا ي ا ه و ِ اك ب ا ُّ ْشر ا ْن ي ا ُ ر ِ ْف غ ا اَل ي ا ن اّلل َّ ِ ا ْْثًا ِ ا ٰٓى ا ْت اف دِ ا ً م ْ ي ع ﴾ اظِ Maksudnya: “ Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni (dosa) karena mempersekutukan-Nya (syirik), dan Dia mengampuni apa (dosa) yang selain (syirik) itu bagi siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa mempersekutukan Allah, maka sungguh, dia telah berbuat dosa yang besar.” (Surah An-Nisa’ 4:48) Dalam ayat di atas, dapat kita fahami bahawa Allah SWT sangat mencela hambanya yang berlaku syirik kepadanya. Begitu juga dengan mengamalkan sihir pengasih secara jelas menunjukkan perlakuan mensyirikkan Allah SWT. Di dalam ayat ini juga, Allah SWT menyatakan bahawa dosa syirik ini tidak akan sama sekali diampunkan oleh Allah SWT. Hal ini kerana pengamalan seperti sihir pengasih melibatkan bantuan daripada jin dan syaitan serta menunjukkan kebergantungan manusia itu sendiri terhadap makhluk dan bukan terhadap Allah SWT. Menurut Ibn Katsir dalam tafsirnya telah menjelaskan bahawa ayat daripada surah alNisa’ ini adalah mengenai perbuatan syririk yang mana, seorang hamba yang menghadap


kepada-Nya dalam keadaan menyekutukan-Nya. Kitab ini turut menjelaskan bahawa barangsiapa yang mensyirikkan Allah SWT pasti akan mendapat balasan neraka Allah SWT di dunia dan mendapat kemurkaan Allah SWT di akhirat kelak. (Kitab Tafsir Ibn Katsir:2015). 2- Menurut Ibn Kathir maksud syirik : “Allah Ta’ala tidak akan mengampuni dosa syirik iaitu ketika seorang hamba bertemu Allah dalam keadaan berbuat syirik.” (Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 3/129). Menurut Ibn al-Jauzi, Allah tidak akan mengampuni orang yang musyrik yang mati dalam kesyirikan. (Lihat Zad alMasir, 2/103). Ini bermaksud, jika dia meninggal dunia dalam keadaan sempat bertaubat, maka dia akan selamat daripada azab neraka (Ibn Kathir , 2012) Rasulullah SAW bersabda: ا ُك ِِبَّّللِ ا ِر ا ِْل ْشر ِ ائ ا الْ اكب اُ ْكَب أا “Dosa besar yang paling besar, adalah menyekutukan (sesuatu) kepada Allah.” (Riwayat al-Bukhari) Hal ini sangat bertepatan dengan apa yang dikaji oleh pengkaji iaitu pengamalan sihir pengasih dalam mengertakan hubungan kekeluargaan juga merupakan perkara yang syirik kerana sudah jelas menunjukkan bahawa sihir pengasih menggunakan pertolongan syaitan dan boleh membawa kepada kemurkaan Allah SWT. 4.1.2.2 DALIL AL-QURAN 2 Terdapat juga dalil Al-Quran lain yang turut menceritakan tentang pengamaln nasi kangkang ini: Firman Allah SWT: ا ف ِ ُّ ْشِرْك ِِبّلل ي ْ ن ا م ُ ه َّ ن ُ ۞ ا ۞ ِ َّار الن ُ وىه أْ ا م ا ا و ة َّ ن ا ا ْْل ِ ه ْ لاي ا ع ُ اّلل ا م َّ ر ا ا ْد ح ق Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka sungguh, Allah mengharamkan surga baginya, dan tempatnya ialah neraka.” (Surah al-Maidah 5:72)


Di dalam ayat di atas, dapat kita fahami bahawa sesiapa sahaja yang menyekutukan Allah SWT pasti tidak akan mendapat balasan syurga oleh Allah SWT. Sebagai contoh, pengamalan sihir pengasih dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan, untuk memastikan keberkesanan terhadap mangsa, setiap pengamal itu semestinya meminta pertolongan syaitan. Hal ini jelas menunjukkan perbuatan tersebut adalah syirik. Seterusnya, bagi dosa sesama hamba pula merujuk kepada perbuatan keji yang dilakukan seseorang terhadap orang lain dan perkara ini jelas akan mendatangkan kesusahan terhadap orang lain. Contohnya, perbuatan sihir pengasih seperti yang dikaji oleh pengkaji. Seperti yang kita tahu, perbuatan ini akan mendatangkan kesusahan kepada orang lain malah terhadap dirinya sendiri. Mereka akan menyapu minyak pengasih kepada pasangan mereka sehingga mangsa menjadi lurus bendul dan mengikut apa sahaja kehendak mereka. Hal ini menyebabkan mangsa sukar untuk bergaul dengan orang di sekeliling mereka seperti sediakala. Perkara ini dikira sangat meguntungkan pihak yang mengamalkan sihir pengasih namun bagi pihak mangsa yang terkena dengan perbuatan ini amatlah seksa dan sukar bagi mereka untuk teruskan hidup seperti sediakala. 4.1.2.3 DALIL AL- HADITH 1 TENTANG PENGAMALAN SIHIR PENGASIH Selain dalil daripada Al-Quran, terdapat juga dalil daripada hadith Rasulullah SAW berkaitan dengan perbuatan yang mensyirikkan Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW: ِِف ُ زار َّ ا ْكٍر الْب ا و ب ُ ُظ أاب ِ اف ا اال ا ْْل ا ق أيب الرقاد، عن زَيد ُ ْن ُ ب ة ا د ِ ائ ا ا ز ا دث ان َّ ا ِ ٍك، ح ال ا م ُ ْن ب ُ ْْحاد ا أا ا دث ان َّ ا : ح ِ ه ادِ ن ْ ُس م اَل ٌ اظُْلم ٌ، ف ثااَلثاة ُ ْلم ُّ اال: "الظ ا ق ا م َّ ل ا س ا و ِ ه ْ لاي ا ع ُ ى ا َّّلل َّ ل ا ِ ص َِّب ِن الن ا ِ ٍك، ع ال ا ِن م ْ ِس ب ا أان ْ ان النمري، ع ، ُ ا َّّلل ُ ه ُ ر ِ ْف غ ا ي ُ ه ُ ر ِ ْف غ ا ي ٌ ظُْلم ا و شِ ن ال َّ ِ اال }إ ا ق ا ُك، و ْ ر شِ ال ا ف ُ ا َّّلل ُ ه ُ ر ِ ْف غ ا ي اَل ي ذِ َّ ال ُ ْلم ُّ َّما الظ اأا : ف ُ ا َّّلل ُ ُكه ُ اْت اَل ي ٌ ظُْلم ا ، و ُ ا َّّلل ٌ اك لاظُْلم ْ ر ان: ا ا ْم { ]لُق ٌ يم اظِ ع 13 ْ ي ا ا ب ا يم ِ ف ْ ِهم ُسِ ْف ان ِلِ ِ اد ا ب ِ الْع ُ اظُْلم ف ُ ا َّّلل ُ ه ُ ر ِ ْف غ ا ي ي ذِ َّ ال ُ ْلم ُّ َّما الظ أا ا َّما [ و أا ا ، و ْ م ِِ ّب ا اْ اْي ر ب ا و ْ م ُ اه ن ٍض" ْ ع ا ب ْ ن ِ م ْ ِضِهم ْ ع ا ب ِ ل ا ين دِ ا َّت ي َّ ا ْ ًضا، ح ع ا ب ْ ِضِهم ْ ع ا ب ِ اد ا ب ِ الْع ُ اظُْلم ف ُ ُكه ُ اْت ي اَل ي ذِ َّ ال ُ ْلم ُّ الظ


Maksudnya: Al-Hafiz Abu Bakar Al-Bazzar mengatakan di dalam kitab musnadnya, telah menceritakan kepada kami Ahmad ibnu Malik, telah menceritakan kepada kami Zaidah ibnu Abuz Zanad An-Namiri, dari Anas ibnu Malik, dari Nabi SAW yang telah bersabda: Perbuatan aniaya (dosa) itu ada tiga macam, yaitu perbuatan aniaya yang tidak diampuni oleh Allah, perbuatan aniaya yang diampuni oleh Allah, dan perbuatan aniaya yang tidak dibiarkan begitu saja oleh Allah barang sedikit pun darinya. Adapun perbuatan aniaya yang tidak diampuni oleh Allah ialah perbuatan syirik (mempersekutukan Allah). Allah telah berfirman, "Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar" (Luqman: 13). Adapun perbuatan aniaya yang diampuni oleh Allah ialah perbuatan aniaya para hamba terhadap dirinya masing-masing menyangkut dosa antara mereka dengan Tuhan mereka. Dan adapun mengenai perbuatan aniaya yang tidak dibiarkan oleh Allah ialah perbuatan aniaya sebagian para hamba atas sebagian yang lain, hingga Allah memperkenankan sebagian dari mereka untuk menuntut balas kepada sebagian yang lain (yang berbuat aniaya). (Diriwayatkan oleh Anas bin Malik) Hadith di atas ini menjelaskan kepada kita tentang perbuatan aniaya yang dilarang oleh Allah SWT, antaranya ialah perbuatan syirik iaitu menyekutukan Allah SWT. Di sini dapat kita samakan dengan perbuatan ataupun amalan sihir pengasih yang secara jelasnya telah mensyirikkan Allah SWT. Sudah terang lagi bersuluh, perbuatan sihir pengasih merupakan amalan yang semestinya menganiaya orang lain seperti membuatkan mereka lurus bendul dan terlalu mengikut arahan pasangan. (Kitab Tafsir Ibn Katsir: 2015) 4.1.2.4 DALIL AL-HADITH 2 TENTANG PENGAMALAN SIHIR PENGASIH Selain itu, terdapat juga hadis lain yang berkaitan dengan sihir pengasih. Sabda Rasulullah SAW: الدواوين عند هللا عز وجل ثَلثة : ديوان َل يعبأ هللا به شيئا، وديوان َل يتك هللا منه شيئا: وديوان َل يغفره هللا، فأما الديوان الذي َل يغفر هللا: فالشرك ِبهلل


Maksudnya: “Macam-macam dosa yang dicatat disisi Allah itu ada tiga: dosa yang tidak Allah pedulikan sama sekali, dosa yang tidak Allah tinggalkan sama sekali dan dosa yang tidak akan Allah ampuni. Adapun dosa yang tidak akan Allah ampuni adalah syirik kepada Allah SWT.” (Riwayat Imam Ahmad) Berdasarkan hadis ini, dapat dijelaskan bahawa dosa yang tidak akan diampuni oleh Allah SWT itu merupakan dosa syirik. Hadis ini jelas membuktikan bahawasanya pengamalan sihir pengasih dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan merupakan amalan yang menyebabkan seseorang itu syirik kepada Allah. Pengamalan sihir pengasih ini menggunakan pertolongan makhluk halus bagi memastikan pengamalan ini memberi kesan kepada mangsa. Akan tetapi, sebagai hamba Allah, sekiranya kita meminta pertolongan daripada makhluk halus untuk membuat sesuatu yang mungkar, maka kita telah dikira mensyirikkan Allah SWT. Hal ini jelas terbukti bahawa hadis di atas menunjukkan pengamalan sihir pengasih adalah haram serta hadis di atas sangatlah bertepatan dengan tajuk yang dikaji iaitu pengamalan sihir pengasih dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan. (Kitab Tafsir Ibn Katsir: 2015) Kesimpulannya, kita mestilah menjauhi perbuatan yang syirik seperti amalan sihir pengasih ini kerana telah ditunjukkan kepada kita dalil-dalil daripada sumber yang sahih iaitu Al-Quran dan hadith Rasulullah itu sendiri. Sekiranya kita masih tetap dengan pendirian kita untuk melakukan perkara yang sedemikian, maka kita tergolong dalam kalangan yang akan dimasukkan ke dalam neraka Allah SWT di akhirat kelak. 4.1.3 BENTUK-BENTUK SIHIR SELAIN SIHIR PENGASIH Biarpun ada yang kurang percaya dan menyangkal akan kehadiran ilmu sihir, masih ada pihak yang menggunakannya dalam kehidupan seharian. 4.1.3.1 Sihir Penutup Rezeki Menurut Kamaruddin dalam artikelnya, antara bentuk sihir yang sering digunakan dalam masyarakat hari ini ialah sihir penutup rezeki. Ia amat gemar digunakan apabila wujudnya persaingan dalam perniagaan. Sihir penutup rezeki mampu digunakan dalam


beberapa kaedah berbeza dengan tujuannya adalah untuk menutup peluang pesaing peniaga lain. 4.1.3.2 Sihir Pengganggu Perkahwinan Seterusnya, bentuk sihir yang sering digunakan ialah sihir pengganggu perkahwinan atau rumah tangga. Sihir ini mampu membuatkan orang yang terkena sihir rasa benci atau kurang senang melihat pasangan sendiri. Sedangkan tidak ada sebarang masalah yang timbul dalam hubungan tersebut. 4.1.3.3 Sihir Penunduk Menurut Kamaruddin dalam artikelnya, sihir ini juga sering kali kita dengar iaitu sihir penunduk. Seseorang yang menjadi mangsa sihir penunduk akan sentiasa teringat seseorang dan merasakan rindu yang teramat sangat sehingga ada yang hilang kewarasan. Dia juga boleh merasakan keinginan tinggi untuk bersama secara fizikal setiap masa dan juga mentaati apa sahaja kehendak pasangan atau individu lain. (Kamaruddin Razal,2019, 5 Jenis Ilmu Sihir Popular Dalam Masyarakat Kita... No 5 Paling Kerap Orang Guna! | Gempak) 4.1.3.4 Pukau Di samping itu, sihir yang dipanggil pukau yang kebiasannya orang yang terkena sihir ini akan hilang akal sementara sehingga tidak sedar yang dirinya dipukau. Pengamal ilmu pukau lazimnya bersekongkol dengan jin, iblis dan syaitan dengan matlamat menggoda dan menguasai seseorang untuk menyempurnakan niat jahat. Kegiatan pukau memukau berlaku melalui perantaraan jin keatas mangsanya yang memungkinkan mangs aitu tewas sehingga tidak sedarkan diri. 4.1.3.5 Santau Menurut Kamaruddin dalam artikelnya, bentuk sihir yang terakhir ialah santau. Ilmu sihir ini paling kerap disebut dalam masyarakat kita. Tujuannya sama ada memberikan azab kepada hidup si mangsa, mengakibatkan kematian berlaku agar pelaku puas mendengar seksaan yang lawannya terima. Orang yang menghantar santau biasanya mempunyai niat jahat


yang tersendiri seperti bermusuhan dan dendam. Mereka sanggup melakukan perkara jahat terhadap mangsa seperti menyeksa kehidupan mangsa berpanjangan dan tidak dapat mencari puncanya. Pelaku merasa puas hati apabila mengetahui kehidupannya terseksa sepanjang hayat. (Kamaruddin Razal,2019, 5 Jenis Ilmu Sihir Popular Dalam Masyarakat Kita... No 5 Paling Kerap Orang Guna! | Gempak) Kesimpulannya, terdapat pelbagai bentuk sihir yang digunakan oleh masyarakat untuk kepentingan diri sendiri demi mencapai apa yang diinginkan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan dan menyakiti orang lain. 4.1.4 TANDA-TANDA SESEORANG TERKENA SIHIR PENGASIH 4.1.4.1 Kesayangan Melampau Sihir pengasih adalah sihir yang boleh membuatkan seseorang sangat menyayangi sehingga tidak keruan. Orang yang menghantar sihir ini kebiasaannya mempunyai niat untuk meruntuhkan rumahtangga atau dia tidak berpuas hati orang yang sangat dicintainya adalah bukan miliknya. Oleh sebab yang demikian, seseorang itu menggunakan sihir pengasih supaya orang yang dicintainya akan kembali kepadanya dengan cara yang mudah. 4.1.4.2 Perubahan Sikap Yang Luar Biasa Tanda-tanda seseorang yang terkena sihir pengasih adalah seperti perubahan sikap yang amat drastik. Contohnya daripada tidak suka menjadi suka secara tiba-tiba. Begitu juga timbul perasaan sayang, cinta dan rindu yang tidak tertahan-tahan sehingga mengganggu emosi. Perasaan ini akan dirasa oleh mangsa secara mendadak kepada seseorang sehingga orang sekeliling juga dapat melihat dan merasai perubahan pada diri mangsa. 4.1.4.3 Seksual Meluap Tanpa Batas Hukum Apa yang lebih dikhuatiri ialah lahir keinginan seksual yang meluap-luap. Hal ini seolah-olah tidak dapat dikawal sehingga mangsa sanggup berbuat apa sahaja demi orang yang dicintai walaupun perkara tersebut bertentangan dengan adat dan hukum syarak. Keadaan sebelumnya, mangsa hanya kuat berkhayal tentang adegan seks tetapi lama-kelamaan mangsa akan terikut-ikut dengan kehendak pasangan biarpun kehendak yang haram dan melanggar hukum syarak atau secara berlebihan.


Kesimpulannya, hakikat pengamalan sihir bukanlah sekadar untuk menyelamatkan diri, bahkan ia juga boleh merosakkan akidah seseorang. 4.1.5 ATUR CARA RITUAL PENGASIH DITUJU KEPADA MANGSA Terdapat berbagai cara sihir yang dilakukan oleh orang-orang yang dengki tersebut supaya matlamat yang mereka inginkan tercapai. Walaupun mereka terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak serta bersusah payah memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh bomoh tersebut untuk menjayakan penganiayaan mereka. 4.1.5.1 Menanam Barang-Barang Sihir Setelah mendapatkan perkhidmatan bomoh, orang yang menghantar sihir tersebut mestilah menanam barang-barang tertentu yang telah dipuja dan dijampi oleh bomoh seperti minyak dagu, rambut, kuku, dan sebagainya. Barang-barang untuk tujuan menyihir ini mestilah ditanam di tempat-tempat yang biasa diduduki dan dilalui oleh mangsa yang disihir seperti di rumah, di dalam pasu bunga, depan pintu, dekat pagar, diselit di tempat-tempat sulit samada di rumah, pejabat,kedai, bawah rumah. Jika barang hikmat itu berupa minyak berpuja kebiasannya disapu di tiang rumah, kedai, pakaian dan sebagainya. Oleh sebab yang demikian, jika anda disihir dengan cara begini, selain dilakukan dengan rawatan ruqyah menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran, barang-barang yang ditanam sedapatnya dicari dan dikeluarkan. Jika tidak, kemungkinan besar sihir itu akan terjadi semula. Kebiasaannya terjadi sihir apabila seseorang meletakkan seseuatu benda di tempat tertentu. Hal ini berlaku kepada diri Baginda Rasulullah SAW sendiri yang pernah disihir melalui hadis Aishah R.A yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari Rahimahullah Taala: ْ ن ِ م ٌ ل ُ اج ر ا م َّ ل ا س ا و ِ ه ْ لاي ا ع ُ ى ا َّّلل َّ ل ا وال ا َّّللِ ص ُ س ا ر ا ر ا اح ُ س وُل س ا ان ر َّت اكا َّ ا ِم ح ا ْص اِْلاع ُ ْن ب ُ يد ِ لاب ُ ا ُل لاه ا ق ُ ٍق ي ْ ي ا ُر ِِن ز ا ب اكا ذاا ِ َّت إ َّ ا ُ ح لاه ا اع ا ف ا م ا و ا ء ْ شي ال َّ ُ ال ْع ف ا ان ي اكا ُ ه َّ أان ِ ه ْ لاي ِ إ ُ َّل ي ُُيا ا م َّ ل ا س ا و ِ ه ْ لاي ا ع ُ ى ا َّّلل َّ ل ا ات ا َّّللِ ص ذاا ْ أاو ٍ م ْ و ا ات ي ان ذاا َّ ن ي لاكِ ْدِ ن عِ ا و ُ ه ا و ٍ لاة ْ ِِن لاي ا أاَت ِ يه ِ ف ُ ه ُ ت ْ ي ا ت ْ ف ا ت ْ ا اس ا يم ِ اِِن ف ا ْت أاف ا ن ا َّّلل ِت أا َّ ْ ر ا اشع أا ُ اشة ِ ائ ا ع ا اال َي ا ا ُُثَّ ق ا اع د ا ا و ا اع د ُ ه ِل ُ ج َّ الر ُ ع ا اج ا و ا م ِ ه ِ ب احِ ا ِص ا ل ا ُ ُُه د ا اال أاح ا اق ف َّ لاي ْ ِرج ا ْد ن عِ ُ ر ا اْْلخ ا ي و أْسِ ا ا ر ْد ن ا عِ ا ُ ُُه د ا أاح ا د ا اع اق ف اَلنِ ُ اج ا ر اال اق ف


ا م طاْلِع ِف ُ اج و ٍ ُ اشاطاة م ا ُ ْش ٍط و اال ِِف م ا ق ٍ ء ْ اشي اال ِِف أا ِي ا ِم ق ا ْص اِْلاع ُ ْن ب ُ يد ِ اال لاب ا ق ُ ه َّ طاب ْ ن ا اال م ا ٌب ق و ُ طْب ٍ لاة اَنْ ا ِِف ن ا م َّ ل ا س ا و ِ ه ْ لاي ا ع ُ ى ا َّّلل َّ ل ا وُل ا َّّللِ ص ُ س ا ا ر ا اه اأاَت ان ف ا ا و ْ ِر ذار ْ ئ ِ اال ِِف ب ا ق ا و ُ ه ا ْن أاي ا اال و ا ذااكٍر ق ا اء ا اج ف ِ ه ِ اب ا ْصح أا ْ ن ِ ٍس م ا ُت َي ُْل ِْي ق اطِ ا شي ال َّ ُ وس ُ ء ُ ا ر ا ه ِ ل اَنْ ا وس ُ ء ُ ن ر اكأا َّ ْ أاو ِ َّاء ن ا ْْلِ ُ ة ا اع ا ُق ا ن ا ه ا اء ا ن م ُ اكأا َّ اشة ِ ائ ا ع ا اال َي ا اق ااَل ف أاف وال ا َّّللِ ُ س ا ر لاى ال ا ع ا ر ِو ْن أُثا ْ ُت أا ا اكِره ف ُ اِِن ا َّّلل ا اف ا اْد ع اال ق ا ق ُ ه ا ت ْ ج ا ا ْخر ت ْ ا ْت اس ن ِ ف ُ اد ا ف ا ّبِ ا ر ا اأام ا ف ًّ اشر ِ يه ِ َّا ِس ف ن Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi disihir sehingga dikhayalkan padanya bahawa baginda melakukan sesuatu padahal baginda tidak melakukannya. Dan Baginda pada suatu hari berkata kepada Aishah R.A: “Telah datang padauk dua malaikat, salah satunya duduk dekat kepalaku dan yang lainnya dekat kakiku. Salah satu malaikat tersebut berkata kepada yang lainnya: “Apa penyakit lelaki ini (Rasulullah)? Yang satunya menjawab terkena sihir”. “Siapa yang menyihirnya?” Satunya menjawab “Labid bin Al A’shom…”. (Riwayat Imam Bukhari) Selepas Rasulullah disembuhkan oleh Allah, Baginda berdoa kepada Allah dalam perkara sihir tersebut. Maka Allah menunjukkan kepada Baginda dimana barang-barang sihir yang digunakan untuk menyihir Rasulullah. Lalu Baginda pun mengeluarkan barang-barang tersebut iaitu disebuah perigi. (Wahid Bin Abdissalam Baali,2017, https://almanhaj.or.id/866- sihir-dalam-pandangan-al-quran-dan-as-sunnah-dalil-adanya-sihir-dari-as-sunnah.html) 4.1.5.2 Memuja Gambar Terdapat juga cara untuk menganiayai orang lain dengan cara memuja gambar orang yang ingin dikhianati seperti gambar tersebut diseru dan dijampi serta dicucuk-cucuk dengan jarum atau digantung di sesuatu tempat yang berangin supaya sentiasa berbuai. Selain gambar, alat-alat badan seperti pakaian, baju dalam atau seluar dalam seseorang juga boleh digunakan sebagai alat untuk memuja dan menganiayai seseorang terutamanya dalam penganiayaan yang berkaitan dengan masalah cinta, rumah tangga dan kasih sayang. Sihir sebegini dipanggil sebagai pelulau ataupun penghalang. Ia digunakan antara lain sebagai penghalang jodoh dan juga pemisah antara suami dan isteri. Dalam zaman teknologi dan berkembangnya penggunaan media sosial, kita terjebak dan suka memuat naik gambar-gambar kita ke laman sosial seperti Facebook, Instagram, Tiktok, Twitter dan lain-lain. Ini sebenarnya akan mendedahkan gambar-gambar tersebut untuk


digunakan bagi tujuan sihir. (Ustaz Abdullah Idris,2021, https://perawatislam.com/sihir/4- cara-bagaimana-sihir-dihantar-kepada-mangsa/) 4.1.5.3 Tuju melalui Makanan Penganiayaan juga boleh dilakukan dengan memasukkan sesuatu hikmat ke dalam makanan dan minuman seseorang. Contohnya, bomoh akan memberi pesanan atau kaedah yang perlu dilakukan oleh penyihir dengan menggunakan bahan-bahan yang kotor seperti najis, air kencing atau darah haid supaya diletakkan dalam makanan orang yang hendak dituju sihir kepadanya. Hal ini supaya mangsa akan hilang tumpuan dalam kehidupan seharian dan akan selalu teringat rindu sangat terhadap orang yang menyihirnya. Menurut Ustaz Abdullah melalui artikelnya, ini adalah antara cara menghantar sihir yang paling kerap digunakan. Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana nak elakkan dari sihir. Kita semua adalah berisiko untuk disihir. Sebab itulah Allah memerintahkan kepada kita supaya meminta perlindungan daripada Allah dari kejahatan manusia. (Ustaz Abdullah Idris,2021, https://perawatislam.com/sihir/4-cara-bagaimana-sihir-dihantar-kepada-mangsa/) Sepertimana di dalam surah Al-Falaq, ayat 1 hingga 5: ا بِ ر ِ ُوذُ ب أاع ْ ُل ِق ق لا ا ٱلْف ( ١ ( ا لاق ا ا خ ا ِ م ن اشر ِ م ( ٢( ا اب ق ا ذاا و ِ ٍق إ ِ غااسِ ن اشر ِ م ا و (٣( ادِ ق ُ ِت ِِف ٱلْع ا ث ٱلنَّ َّف ِ ن اشر ِ م ا و ( ٤( ا د ا اس ذاا ح ِ إ دٍ اسِ ا ِ ح ن اشر ِ م ا و ( ٥( Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.(1) Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan.(2) Dari bahaya gelap apabila ia masuk.(3) dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembushembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).(4) Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.(5)” (Surah al-Falaq 113:5) 4.1.6 HAIWAN KIRIMAN SIHIR PENGASIH Sihir pengasih boleh jadi bertujuan agar individu yang disihir mengasihi seseorang sama ada tukang sihir sendiri atau orang yang mengupahnya. Terdapat beberapa serangga akan singgah di rumah dan menjadi 'CCTV' tukang sihir untuk melihat sejauh manakah perkembangan sihir yang mereka hantar kepada mangsa.


Serangga ini akan masuk dalam rumah pada waktu senja, malam atau tengah malam. Jika sebelum ini tiada serangga seperti ini masuk dalam rumah, pastikan awasi serangga tersebut. Serangga ini adalah alat yang akan memerhati mangsa, mereka akan melekat di siling betulbetul atas kepala mangsa seperti tenung mangsa. (Rahmi Jumriati Jono,2022, Lipas terbang, kupu-kupu antara haiwan kiriman sihir pengasih-Mukmin | Majoriti) Sememangnya terdapat sihir yang boleh dihantar melalui haiwan. Antaranya kupukupu, belalang, belalang pelesit, lipas terbang, lalat, pepatung, semut yang secara tiba-tiba seekor sahaja ada. Cara untuk mengelak terkena sihir pengasih, seseorang itu perlu menangkapnya dan meletakkan ke dalam botol ataupun bekas tertutup. Seterusnya goncang sehingga binatang itu lemas, insyaAllah orang yang mengupah sihir itu turut lemas. Botol itu kemudiannya ditanam. (Rahmi Jumriati Jono,2022, Lipas terbang, kupu-kupu antara haiwan kiriman sihir pengasihMukmin | Majoriti) Pada zaman Nabi Muhammad SAW, terdapat tukang sihir membuat patung berupa Nabi Muhammad SAW daripada lilin, lalu ditikam dengan sebelas bilah jarum dan disimpul dengan sebelas ikatan. Maka dicampakkan ke dalam telaga keluarga Zarwan di mana telaga Nabi Muhammad SAW selalu mandi dan setelah Nabi Muhammad SAW mandi di telaga tersebut, ditakdirkan Baginda terkena sihir selama 40 hari. Ilmu santau ini kekal dan diamalkan sehingga sekarang iaitu dikategorikan dengan santau dengan cara ditanam. Pengunaan apa-apa bahan dari badan kita yang dibuat santau sangatlah keras dan mendalam kesannya. Oleh sebab yang demikian, rambut atau kuku kita jangan buang bersepah atau merata-rata takut-takut diambil oleh orang yang mahu sihirkan kita. (Rahmi Jumriati Jono,2022, Lipas terbang, kupu-kupu antara haiwan kiriman sihir pengasih-Mukmin | Majoriti)


4.1.7 FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG UNTUK MENGAMALKAN SIHIR PENGASIH 4.1.7.1 Hasad Dengki / Dendam Dendam didefinisikan sebagai perbuatan melakukan tindakan berbahaya terhadap seseorang sebagai tindak balas kepada ketidakpuasan hati, sama ada nyata atau tersembunyi. Pengamalan sihir pengasih merupakan perbuatan syirik dan ia makin berleluasa dalam kalangan masyarakat kita. Akibat daripada sifat dendam dan iri hati, seseorang itu sanggup menghantar sihir pengasih untuk menghancurkan rumah tangga sesiapa yang mereka tidak berpuas hati. Hal ini juga boleh memudaratkan diri si pengamal sihir pengasih. Dalam konteks ini, membalas dendam dengan menggunakan sihir pengasih adalah diharamkan. Hal ini kerana, ia merupakan perbuatan yang mensyirikkan dan menyekutukan Allah SWT. Secara tidak langsung orang yang menggunakan sihir pengasih ini untuk membalas dendam dengan meruntuhkan rumah tangga seseorang, hidupnya tidak akan tenang di dunia mahupun di akhirat serta dimurkai oleh Allah SWT. 4.1.7.2 Perasaan Benci Terhadap Seseorang Perasaan benci ini timbul akibat dari sifat iri hati dengan seseorang disebabkan kelebihan atau kedudukannya melebihi dari orang lain. Pengamal sihir pengasih sanggup melakukan apa sahaja demi membuatkan orang yang mereka benci akan jatuh dan hilang segala kelebihan yang dimilikinya. Pada mulanya, pengamal sihir pengasih akan berbaik dengan mangsa supaya mangsa akan tertipu dengan kebaikan yang ditunjukkan. Pengamal sihir akan melakukan suruhan bomoh seperti mencalit minyak pengasih atau memberi minuman kepada mangsa supaya mangsa menjadi separa gila dan memberikan apa sahaja yang diminta oleh pengamal sihir. Hal ini secara sekelip mata mangsa akan hilang kedudukan yang dimiliki serta mangsa mengalami kesakitan yang berterusan sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa. (Fah Azman,2015,https://www.academia.edu/24170509/ASSIGNMENT_AKIDAH_AMALAN_S IHIR_DALAM_MASYARAKAT_MELAYU)


4.1.8 PANTANG LARANG KEMUJARABAN SIHIR PENGASIH Pewaris keturunan ini atau penerima amalan ini tidak boleh melanggar pantang larang yang telah ditetapkan. Jika mereka melanggar pantang larang ini, akibat yang buruk akan terjadi ke atas dirinya atau ke atas keluarganya. Antara pantang larang tersebut ialah : 4.1.8.1 Tidak Boleh Menziarahi Jenazah Hal ini kerana menziarahi jenazah atau orang yang telah meninggal dunia akan memberi ancaman kepada jin yang membantu dalam memberi rasa kasih sayang kepada pengamal sihir pengasih serta menyebabkan mangsa yang terkena buatan sihir juga menjadi sedih. Sihir pengasih digunakan hanya untuk membuatkan mangsa menjadi angau kepada pengamal sihir bukan untuk membuatkan mangsa menjadi sedih. 4.1.8.2 Tidak Boleh Solat Di Masjid Atau Berjemaah Pengamal sihir pengasih tidak boleh solat di masjid atau secara berjemaah kerana ia bertentangan dengan sifat jin dan syaitan dengan manusia yang beriman dan beramal soleh. Seseorang yang beriman sememangnya tidak akan terjebak dengan amalan sihir pengasih serta mereka juga mengikuti perintah Allah SWT dan ajaran Rasulullah SAW. Mereka tidak akan sesekali menyekutukan Allah SWT. (Muhammad Amin,2017,https://www.facebook.com/PerubatanIslamJarakJauh/posts/infopengamal-sihir-amalan-syarat-pantang-larang-dlladmin-8-sekadar-share-infoi/1436568259730244/) 4.1.8.3 Tidak Boleh Masuk Ke Rumah Dengan Kaki Kanan Seperti yang diketahui umum, masuk rumah menggunakan kaki kanan merupakan amalan sunnah Rasulullah SAW dan sangat dituntut dalam Islam. Hal ini kerana bagi mengelakkan benda-benda negatif dan bahaya mengikuti masuk ke dalam rumah seperti sihir yang dihantar oleh musuh atau orang yang tidak dikenali. 4.1.8.4 Tidak Boleh Membawa Masuk Minyak Pengasih Ke Dalam Rumah Minyak pengasih yang diberikan oleh bomoh tidak boleh dibawa masuk sehingga ke dalam rumah. Hal ini sangat dilarang oleh bomoh setelah pengamal mendapatkan barang atau


minyak yang diberikan oleh bomoh untuk disapu kepada mangsa. Minyak pengasih beserta mantera yang diberikan oleh bomoh kebiasannya ditanam berdekatan dengan pokok yang besar dan berdekatan dengan rumah mangsa. Setelah membaca mantera dan minyak pengasih disapu kepada mangsa dan pengamal, barulah minyak tersebut ditanam pada tempat tertentu. Kesimpulannya, sekiranya pengamal sihir pengasih melanggar pantang larang tersebut, maka sihir tersebut akan terbatal atau akan Kembali kepada pengamal. Hal ini menyebabkan pengamal akan diganggu oleh jin yang digunakan untuk membantu dalam menggunakan sihir pengasih. (Muhammad Amin,2017,https://www.facebook.com/PerubatanIslamJarakJauh/posts/infopengamal-sihir-amalan-syarat-pantang-larang-dlladmin-8-sekadar-share-infoi/1436568259730244/) 4.1.9 CARA-CARA MENGELAK DARI TERJEBAK TERKENA SIHIR PENGASIH 4.1.9.1 Membaca Ayat Suci Al-Quran Mangsa perlu mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran atau sentiasa membuka ayat suci dimana mangsa berada. Ayat-ayat yang boleh menjadi pendinding diri seperti tiga Qul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq, an-Nas. Surah ini digalakkan untuk dibaca ketika sebelum tidur dan ketika hendak keluar rumah agar diri kita sentiasa dilindungi dimana sahaja. Selain itu, membaca ayat Kursi selepas solat Subuh dan solat Asar. Ia juga sebagai pendinding diri dan perlindungan harta benda. Mengamalkan surah Yaasin iaitu dari ayat satu hingga ayat Sembilan. Ia boleh dibaca sebagai benteng dan pendinding untuk tempat kediaman. (Rodiah Amir,2021,https://www.rodiahamir.com/2021/02/cara-hindari-sihir-mengikut-ilmu.html) 4.1.9.1 Berwuduk Sebelum Tidur Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah SWT kepada mereka. Sabda Rasulullah SAW:


: ْ انِ، وقل اك اِلامي ِ ق لى شِ ا ع ْ ع ْضطاجِ ، ُُثَّ ا ِ ََّلة لص ِ اك ل ا َّأْ وضُوء اوض ت ا ا اك ف ع ا ا ْضج ات م ي ا ذاا أات ِ إ اك، لاي ِ سي إ ِ ْ ُت نف لام ْ أاس َّ م ُ ه َّ الل ً ْ اك، رغبة لاي ِ ُت ظاهرِي إ أْ ا أا اْل ا ْ اك، و لاي ِ وض ُت أامري إ ا َّ ف ا و لْت، ا ي أانز اك الذِ ِ اب ا ت ِكِ ُت ب اك، آمن لي ِ إ َِلَّ ْ اك إ ن ِ نجي م ا لجأا وَل م ا ْ اك، َلم لاي ِ إ ً ة ا ب ْ وره ُوُل اق ا ت ا م ا ر ن آخِ َّ ُ له ا ع ْ ، واج طرةِ ِ لاى الف ا ت ع َّ ِ ت. م َّ ِ ْن م ِ ات، فإ ل ا ي أارس اك الذِ ِ ي ِ ب ا ن بِ ا و Maksudnya: “Jika kamu datang ke tempat tidurmu maka berwuduklah sepertimana kamu berwuduk untuk solat. Kemudian berbaringlah dengan lambung kananmu dan sebutlah : Ya Allah aku berserah diri pada-Mu. Aku serahkan urusanku pada-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dengan penuh rasa cinta dan takut. Tidak ada tempat berlindung kecuali kepada-Mu. Aku beriman dengan kitab yang telah Engkau turunkan dan juga beriman dengan Nabi yang telah Engkau utuskan. Jika kamu mati maka kamu mati dengan fitrah dan jadikanlah ia akhir ucapan yang kamu ucapkan.” (Riwayat Al-Bukhari:6311) Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: اك دِ ْ ب ا ع ِ ل ْ اغفر َّ ُك: اللهم لا ا َل قال امل َّ الليِل إ ا ن ِ ً م ة ا ُظ ساع ِ ق ْ ي ا ت ْ اس لا ٌك، َل ي ا اِرهِ م ا ع ات ِف شِ ًِب را ِ ات طااه ِب ْ ن ا م ً را ِ ات طااه ِب ُ ه َّ فَلنً، فإن Maksudnya: “Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci” (Riwayat al-Tabraabiy) 4.1.9.2 Mengambil Berat Tentang Solat Berjemaah Seseorang yang mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambal lewa terhadap solat berjemaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka.


Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan Berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain. Mengikut Riwayat Abu Daud R.A, Rasulullah SAW telah bersabda: ْ ِهم ْ لاي ا ذا ع ا و ْ اح ت ْ اْد اس َل ق َِّ ُ إ صاَلة ال َّ ْ ِهم ي ِ ف ُ ام ا ُق ْدٍو اَل ت ا اَل ب ا و ٍ ة ا ي ْ ار ِِف ق ٍ ثااَلثاة ْ ن ِ ا م ا م ِ ة ا اع ا م ا ْ اك ِِب ْْل لاي ا اع ُن ف ْطاا شي ال َّ ا ة ا ِصي ا ا الْق ُ ْب ئ ال ذِ ُ ُكل ْ ا َّناا َي َِّ إ ا ف Maksudnya: “Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan.” (Riwayat Abu Daud) Oleh itu, hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambingkambing yang menyendiri dari puaknya. 4.1.9.3 Mendirikan Solat Tahajud Untuk Memagar Diri Dari Sihir Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindak balas hasil perlakuan syaitan tersebut. (Haris Fauzi,2014,https://mediaserius.blogspot.com/2014/10/6- cara-mengelak-dari-terkena-sihir.html#) 4.1.9.4 Minum Air Kelapa Muda Air kelapa mudah boleh menjadi penawar untuk melemahkan gangguan sihir pengasih pada diri. Ia juga boleh digunakan untuk mengurangkan symptom gangguan sihir sementara menunggu perawat untuk memulakan rawatan. Berdoa dan berselawat sebelum meminum air kelapa dan niatkan sebelum minum untuk buang gangguan sihir pada diri. Jika mangsa muntah disebabkan air kelapa berkemungkinan besar menunjukkan adanya gangguan makhluk halus pada diri. (Junaidi Bustaman,2020, https://perubatansufi.com/tanda-sihir-pengasih/)


Kesimpulannya, kita perlu menjaga dan menghindarkan diri kita daripada terkena buatan sihir. Semoga dengan kesedaran dan juga amalan-amalan yang kita amalkan dapat menjadi benteng dan terlindung dari gangguan jin, syaitan dan tukang sihir. 4.1.10 AKIBAT BURUK PENGAMALAN SIHIR PENGASIH Seperti yang kita sedia maklum, amalan perubatan tradisional telah lama diamalkan sejak zaman berzaman lagi. Begitu banyak teknik dan kaedah yang digunakan oleh pengamal. Amalan sihir pengasih adalah cara mengasihi yang menggunakan ilmu hitam, silap mata, perantaraan jin atau syaitan atau sihir semasa merawat. 4.1.10.1 Syirik/Rukun Iman Pertama ialah perbuatan ini boleh menyebabkan mensyirikkan kepada Allah. Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa jua bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah. Hal ini kerana melakukan syirik merupakan penzaliman peringkat tertinggi. Tidak ada yang lebih tinggi daripada zalim taraf ini, yakni seorang manusia zalim dengan Tuhan. Allah juga tidak mengampuni orang yang melakukan syirik kepada-Nya jika mereka mati dalam kemusyrikan. Syirik terbahagi kepada dua iaitu syirik khafi dan syirik jali. 4.1.10.2 Ibadat Tidak Diterima Selain itu, pengamalan sihir pengasih dalam melakukan sesuatu perkara seperti mengeratkan hubungan kekeluargaan juga boleh memudaratkan diri seseorang. Islam melarang perbuatan berbahaya dan memberikan kemudaratan kepada orang lain di persekitarannya, sama ada keluarga, masyarakat mahupun rakyat di negaranya tanpa mengira perbezaan agama. Hal ini dikatakan demikian, orang Islam tidak dibenarkan melakukan sesuatu tindakan yang bukan sahaja membahayakan diri sendiri, bahkan mencetuskan kemudaratan kepada orang lain. Perkara ini dapat dirumuskan berdasarkan perintah daripada Allah SWT seperti firman-Nya: ْْحا ات ا ن ر َّ ِ اۚ إ ً ع ا طام ا ا و ً ف ْ و ا ُ خ وه ُ ْع ٱد ا ا و ا ِحه ْصلا ِ إ ا ْد ع ا ِض ب ْ ِِف ٱِْلار ۟ ُوا د ْسِ ُف اَل ت ا اْي و ِ ن ْسِ ُح ٱلْم ا ن ِ ٌب م ِري ا ق ٱ َّّللِ Maksudnya: “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya.” (Surah Al-A’raf 7:56)


4.1.10.3 Individu Tidak Tenteram Di samping itu, perkara ini juga boleh meyebabkan hidup seseorang itu tidak tenang dan dimurkai oleh Allah. Walaupun dikelilingi oleh ahli keluarga yang sentiasa ada di sisi dan rakan-rakan yang baik, namun ia tidak mampu menangkis hati yang tidak pernah rasa tenang dan tidak bahagia. Punca utama yang menjadikan manusia tidak tenang ialah rasa kurang percaya kepada pencipta iaitu Allah SWT. Hal ini dikatakan demikian kerana kelemahan iman seseorang itu boleh meyebabkan mereka menyekutukan Allah. Sudah terang lagi bersuluh bahawa perbuatan ini dimurkai oleh Allah SWT. Manusia dilarang melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah SWT. Balasan bagi orang yang murka kepada Allah adalah azab api neraka yang pedih. Jelaslah bahawa, melakukan perbuatan syirik ini boleh menyebabkan hati seseorang itu tidak tenang, resah dan sentiasa gelisah.


4.2 HASIL DAPATAN KAJIAN 4.2.1 TAHAP KEFAHAMAN MASYARAKAT REMAJA TERHADAP SIHIR PENGASIH DALAM MENGERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN. 4.2.1.1 DATA DEMOGRAFI RESPONDEN Berdasarkan soal selidik yang diperolehi, data telah dianalisis secara deskriptif menggunakan peratusan. Analisis dapatan berkaitan tahap pengetahuan tentang sihir pengasih, keyakinan dan kepercayaan, serta pengamalan masyarakat remaja terhadap sihir pengasih dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan di Kampung Gong Kua, 16800 Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim. Rajah 1 (Sumber: Borang Kaji Selidik) Rajah 1 menunjukkan peratusan data demografi responden berkaitan dengan jantina responden. Responden yang berjantina perempuan sebanyak 21 orang (70%) mencatatkan bilangan yang lebih tinggi berbanding lelaki seramai 9 orang (30%) daripada keseluruhan 30 orang responden. LELAKI 30% PEREMPUAN 70% JANTINA LELAKI PEREMPUAN


4.2.1.2 RESPON RESPONDEN BERKAITAN TAHAP KEFAHAMAN MASYARAKAT REMAJA TERHADAP SIHIR PENGASIH DALAM MENGERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN DI KAMPUNG GONG KUA, 16800 PASIR PUTEH, KELANTAN. RAJAH 2 (Sumber: Borang Soal Selidik) Pengkaji mengenalpasti tahap kefahaman responden dengan cara mengukur, menganalisis data dengan mengutarakan persoalan berbentuk menyebut, menjelas dan menceritakan berasaskan tanggapan responden terhadap tahap kefahaman persoalan berkaitan konsep sihir pengasih, atur cara ritual pengasih, dan faktor berlaku sihir pengasih . Berdasarkan rajah 2 di atas, pengkaji mendapati bahawa tahap kefahaman masyarakat terhadap tahap kepercayaan istidraj sihir pengasih dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan seramai 17 orang (56.67%) responden perempuan mampu menyebut, menceritakan dan menjelaskan konsep sihir pengasih ialah mengeratkan hubungan kekeluargaan berbanding lelaki 3 orang (10%) dari jumlah keseluruhan 30 orang responden. Manakala 3 orang (10%) responden lelaki dan 3 orang (10%) responden perempuan menyebut dan menjelaskan konsep sihir pengasih ialah bagi mengalih perhatian pasangan terhadap pengamalan sihir pengasih dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan. Selain itu, didapati bahawa ada responden yang 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 KONSEP RITUAL/TATACARA FAKTOR TAHAP KEFAHAMAN SIHIR PENGASIH DALAM MENGERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN LELAKI PEREMPUAN


memilih konsep sihir pengasih ialah untuk mendapatkan harta seramai 3 orang (10%) responden lelaki dan hanya 1 orang (3.33%) responden perempuan. Berdasarkan fakta di atas, pengkaji dapat merumuskan bahawa tahap kefahaman responden terhadap konsep sihir pengasih, di mana golongan perempuan 17 orang (56.67%) lebih memahami konsep sihir pengasih berbanding lelaki 3 orang (10%). Di samping lain-lain tanggapan 10 orang (33.33%) termasuk mengatakan dalil sihir pengasih hanya terdapat di dalam Al-Quran dan hanya terdapat dalam Hadis sahaja. Berdasarkan petunjuk perbezaan jumlah peratus, pengkaji dapat merumuskan bahawa tahap pengetahuan dan keupayaan masyarakat Kampung Gong Kua dalam menjelaskan persoalan konsep sihir pengasih agak tinggi dengan kadar peratusan (100%). Hal ini dapat dibuktikan melalui dapatan kajian secara rambang dimana golongan perempuan lebih menyerlah keupayaan menjelaskan konsep sihir pengasih dengan terperinci iaitu seramai 17 orang (56.67%) berbanding lelaki 3 orang (10%) dengan bezatara 14 orang (46.67%) kedua kategori jantina. Manakala, bezatara lain-lain tanggapan 10 orang (33.33%). Seterusnya, berdasarkan rajah 2 di atas, pengakaji mendapati bahawa tahap kefahaman masyarakat terhadap kepercayaan istidraj sihir pengasih dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan seramai 16 orang (53.33%) responden perempuan mampu menyebut, menceritakan dan menjelaskan ritual atau tatacara sihir pengasih yang sebenar iaitu mencalit minyak pengasih berbanding lelaki seramai 7 orang (23.33%) dari jumlah keseluruhan 30 orang responden. Selain itu, didapati bahawa ada responden yang memilih ritual atau tatacara sihir pengasih ialah membaca mantera seramai 5 orang (16.67%) responden perempuan dan 2 orang (6.67%) responden lelaki menyebut dan menjelaskan sihir pengasih merupakan perbuatan yang buruk. Namun, tiada seorang responden pun (0%) yang memilih mencucuk patung sebagai ritual atau tatacara sihir pengasih terhadap kepercayaan istidraj sihir pengasih dalam mengertkan hubungan kekeluargaan. Berdasarkan fakta di atas, pengkaji dapat merumuskan tahap kefahaman responden terhadap ritual atau tatacara sihir pengasih dimana golongan perempuan 16 orang (53.33%) lebih memahami ritual atau tatacara sihir pengasih berbanding lelaki seramai 7 orang


(23.33%). Di samping lain-lain tanggapan 7 orang (23.33%) termasuk mengatakan bahawa ritual atau tatacara sihir pengasih adalah membaca mantera dan mencucuk patung. Berdasarkan petunjuk perbezaan jumlah peratus, pengkaji dapat merumuskan bahawa tahap pengetahuan dan keupayaan masyarakat Kampung Gong Kua dalam menjelaskan persoalan ritual atau tatacara sihir pengasih agak sederhana dengan kadar peratusan (77%). Hal ini dapat dibuktikan melalui dapatan kajian secara rambang dimana golongan perempuan lebih menyerlah keupayaan menjelaskan ritual atau tatacara sihir pengasih dengan terperinci iaitu seramai 16 orang (53.33%) berbanding lelaki seramai 7 orang (23.33%) dengan beza tara 9 orang (30%) kedua kategori jantina. Manakala bezatara lain-lain tanggapan 7 orang (23.33%). Akhir sekali, berdasarkan rajah 2 di atas, pengkaji mendapati bahawa tahap kefahaman masyarakat terhadap kepercayaan istidraj sihir pengasih dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan seramai 8 orang (26.67%) responden perempuan mampu menyebut, menceritakan dan menjelaskan bahawa faktor berlaku sihir pengasih yang sebenar iaitu dendam berbanding lelaki seramai 4 orang (13.33%) dari jumlah keseluruhan 30 orang responden. Manakala 8 orang (26.67%) responden perempuan dan 3 orang (10%) responden lelaki mampu menyebut dan menjelaskan bahawa faktor berlaku sihir pengasih ialah perasaan benci. Selain itu, didapati bahawa ada responden yang memilih faktor berlaku sihir pengasih ialah merampas harta seramai 5 orang (16.67%) responden perempuan dan 2 orang (6.67%) daripada responden lelaki. Berdasarkan fakta di atas, pengkaji dapat merumuskan bahawa tahap kefahaman responden terhadap faktor berlaku sihir pengasih dimana golongan perempuan 16 orang (53.33%) lebih memahami faktor berlaku sihir pengasih berbanding lelaki seramai 7 orang (23.33%). Di samping lain-lain tanggapan 7 orang (23.33%) termasuk mengatakan bahawa faktor berlaku sihir pengasih adalah perasaan benci dan merampas harta. Berdasarkan petunjuk perbezaan jumlah peratus, pengkaji dapat merumuskan bahawa tahap pengetahuan dan keupayaan masyarakat Kampung Gong Kua dalam menjelaskan faktor berlaku sihir pengasih agak sederhana dengan kadar peratusan (77%). Hal ini dapat dibuktikan melalui dapatan kajian secara rambang dimana golongan perempuan lebih menyerlah keupayaan menjelaskan ritual atau tatacara sihir pengasih dengan terperinci


iaitu seramai 16 orang (53.33%) berbanding lelaki seramai 7 orang (23.33%) dengan beza tara 9 orang (30%) kedua kategori jantina. Manakala bezatara lain-lain tanggapan 7 orang (23.33%). Hakikatnya, fenomena perbezaan ini terjadi disebabkan penglibatan golongan perempuan lebih cenderung dan berminat menghadiri kuliah agama dan menonton video agama berbanding lelaki yang sibuk dengan kerja harian mereka. Sebagai rumusan akhir, pengkaji mendapati tahap kefahaman responden terhadap sihir pengasih mengenai konsep sihir pengasih, perempuan 17 orang (56.67%) berbanding lelaki 3 orang (10%). Begitu juga dengan ritual atau tatacara sihir pengasih iaitu perempuan 16 orang (53.33%) dan lelaki 7 orang (23.33%). Akhir sekali, faktor berlaku sihir pengasih pula ialah perempuan 8 orang (26.67%) dan lelaki 4 orang (13.33%). Sebagai rumusannya, dapatan kajian dari sudut pengetahuan dapat dilihat secara umum pengkaji mendapati secara realistik tahap kefahaman masyarakat Kampung Gong Kua terhadap sihir pengasih dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan berada di tahap kefahaman dan pengetahuan agak sederhana 55 orang (61%). Keadaan ini dilihat melalui perbezaan skor peratus yang lebih ketara dimana responden perempuan lebih berpengetahuan (46%) berbanding responden lelaki (15%) melalui pelbagai aspek pengetahuan am termasuk berkaitan konsep sihir pengasih, ritual atau tatacara sihir pengasih dan faktor berlaku sihir pengasih. Ringkasnya, dapatan kajian dilihat secara umumnya tahap kefahaman masyarakat kampung amat tinggi dari pengamalan sihir pengasih pada pelbagai aspek pengetahuan termasuklah sudut konsep, ritual atau tatacara dan faktor berlaku sihir pengasih.


4.2.1.3 RESPON RESPONDEN BERKAITAN TAHAP KEYAKINAN DAN KEPERCAYAAN DAN PENGHAYATAN SIHIR PENGASIH DALAM MENGERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN DALAM KALANGAN MASAYARAKAT REMAJA DI KAMPUNG GONG KUA, PASIR PUTEH, KELANTAN. RAJAH 3 (Sumber: Borang Soal Selidik) Pengkaji mengenalpasti tahap keyakinan, kepercayaan dan penghayatan responden dengan cara mengukur, menganalisis data dengan mengutarakan persoalan berbentuk menyebut, menjelas dan menceritakan berasaskan tanggapan responden terhadap tahap keyakinan, kepercayaan dan penghayatan persoalan berkaitan keyakinan tentang syarat atau pantang larang, bahan yang digunakan dan matlamat menghantar sihir pengasih. Berdasarkan rajah 3 di atas, pengkaji mendapati bahawa tahap keyakinan, kepercayaan dan penghayatan masyarakat dari sudut syarat atau pantang larang, pengkaji mendapati bahawa seramai 21 orang (70%) responden perempuan mampu menyebut, menceritakan dan menjelaskan syarat atau pantang larang ialah tidak boleh menziarahi jenazah berbanding lelaki seramai 9 orang (30%) dari jumlah keseluruhan 30 orang responden. 0 5 10 15 20 25 SYARAT/PANTANG LARANG BAHAN MATLAMAT KEYAKINAN, KEPERCAYAAN DAN PENGHAYATAN LELAKI PEREMPUAN


Manakala, tiada seorang pun responden (0.00%) yang menjawab minyak pengasih tidak boleh bawa masuk ke dalam rumah atau tidak boleh masuk rumah dengan kaki kanan merupakan syarat atau pantang larang sihir pengasih. Berdasarkan fakta di atas, pengkaji dapat merumuskan bahawa tahap keyakinan responden terhadap syarat atau pantang larang, dimana golongan perempuan 21 orang (70%) lebih memahami syarat atau pantang larang berbanding lelaki sebanyak 9 orang (30%). Berdasarkan petunjuk perbezaan jumlah peratus, pengkaji dapat merumuskan bahawa tahap keyakinan masyarakat Kampung Gong Kua dalam menjelaskan syarat atau pantang larang agak tinggi dengan kadar peratusan (100%). Hal ini dapat dibuktikan melalui dapatan kajian secara rambang dimana golongan perempuan lebih menyerlah keyakinan menjelaskan syarat atau pantang larang dengan terperinci iaitu seramai 21 orang (70%) berbanding lelaki seramai 9 orang (30%) dengan beza tara 12 orang (40%) kedua kategori jantina. Manakala bezatara lain-lain tanggapan 0 orang (0.00%). Seterusnya, berdasarkan rajah 3 di atas, tahap keyakinan, kepercayaan dan penghayatan masyarakat dari sudut bahan sihir pengasih, pengkaji mendapati bahawa seramai 15 orang (50%) responden perempuan mampu menyebut, menceritakan dan menjelaskan bahan sihir pengasih ialah minyak dagu berbanding lelaki seramai 6 orang bersamaan (20%) dari jumlah keseluruhan 30 orang responden. Manakala 2 orang (6.67%) responden perempuan dan 1 orang (3.33%) responden lelaki menyebut dan menjelaskan bahawa bahan sihir pengasih ialah rambut. Selain itu, responden memilih jawapan gambar sebagai bahan sihir pengasih seramai 4 orang (13.33%) responden perempuan berbanding lelaki 2 orang (6.67%). Berdasarkan fakta di atas, pengkaji mendapati bahawa tahap keyakinan, kepercayaan dan penghayatan responden terhadap bahan sihir pengasih, dimana golongan perempuan 15 orang (50%) lebih meyakini bahan sihir pengasih ialah minyak dagu berbanding lelaki 6 orang (20%). Di samping lain-lain tanggapan 2 orang (6.67%) responden perempuan memilih jawapan rambut dan lelaki 1 orang (3.33%). Selain itu, responden memilih jawapan gambar sebagai bahan sihir pengasih seramai 4 orang (13.33%) responden perempuan berbanding lelaki 2 orang (6.67%).


Berdasarkan petunjuk perbezaan jumlah peratus, pengkaji dapat merumuskan bahawa tahap keyakinan masyarakat Kampung Gong Kua dalam menjelaskan bahan sihir pengasih agak sederhana dengan kadar peratusan (70%). Hal ini dapat dibuktikan melalui dapatan kajian secara rambang dimana golongan perempuan lebih menyerlah keyakinan menjelaskan bahan sihir pengasih dengan terperinci iaitu seramai 15 orang (50%) berbanding lelaki seramai 6 orang (20%) dengan beza tara 9 orang (30%) kedua kategori jantina. Manakala bezatara lain-lain tanggapan 9 orang (30%). Akhir sekali, berdasarkan rajah 3 di atas, pengkaji mendapati tahap keyakinan, kepercayaan dan penghayatan masyarakat dari sudut matlamat sihir pengasih, pengkaji mendapati bahawa seramai 16 orang (53.33%) responden perempuan mampu menyebut, menceritakan dan menjelaskan matlamat sihir pengasih untuk menundukkan pasangan berbanding lelaki 8 orang (26.67%) dari jumlah keseluruhan 30 orang responden. Manakala, terdapat 5 orang (16.67%) responden perempuan mampu menyebut dan menjelaskan matlamat sihir pengasih untuk patuh kepada kehendak nafsu berbanding responden lelaki 1 orang (3.33%). Selain itu, didapati bahawa ada responden yang memilih matlamat sihir pengasih untuk mengabaikan tanggungjawab seramai 0 orang (0.00%) daripada kedua-dua jantina responden. Berdasarkan fakta di atas, pengkaji dapat mendapati bahawa tahap keyakinan, kefahaman dan penghayatan responden terhadap matlamat sihir pengasih, dimana golongan perempuan 16 orang (53.33%) lebih meyakini matlamat sihir pengasih berbanding lelaki 8 orang (26.67%). Di samping lain-lain tanggapan 5 orang (16.67%) responden perempuan yang memilih jawapan patuh kepada kehendak nafsu dan lelaki 1 orang (3.33%). Selain itu, tiada responden yang memilih jawapan mengabaikan tanggungjawab merupakan amtlamat sihir pengasih. Berdasarkan petunjuk perbezaan jumlah peratus, pengkaji dapat merumuskan bahawa tahap keyakinan masyarakat Kampung Gong Kua dalam menjelaskan matlamat sihir pengasih agak tinggi dengan kadar peratusan (80%). Hal ini dapat dibuktikan melalui dapatan kajian secara rambang dimana golongan perempuan lebih menyerlah keyakinan menjelaskan matlamat sihir pengasih dengan terperinci iaitu seramai 16 orang (53.33%) berbanding lelaki


seramai 8 orang (26.67%) dengan beza tara 8 orang (26.67%) kedua kategori jantina. Manakala bezatara lain-lain tanggapan 6 orang (20%). Hakikatnya, fenomena perbezaan ini terjadi disebabkan penglibatan golongan perempuan lebih cenderung dan berminat menghadiri kuliah berkaitan agama dan menonton video agama berbanding lelaki yang sibuk dengan kerja harian mereka. Sebagai rumusan akhir, pengkaji mendapati bahawa tahap keyakinan tentang syarat atau pantang larang, perempuan 21 orang (70%) berbanding lelaki 9 orang (30%). Begitu juga sudut bahan sihir pengasih, responden perempuan lebih tinggi mengetahui seramai 15 orang (50%) berbanding lelaki 8 orang (26.67%). Manakala, matlamat sihir pengasih juga responden perempuan lebih berpengetahuan 16 orang (53.33%) berbanding lelaki 8 orang (26.67%). Sebagai rumusannya, dapatan kajian dari sudut keyakinan, kepercayaan dan penghayatan dapat dilihat secara umum pengkaji mendapati secara realistik tahap keyakinan, kepercayaan dan penghayatan masyarakat terhadap pengamalan sihir pengasih di Kampung Gong Kua berada di tahap keyakinan, kepercayaan dan penghayatan agak tinggi 77 orang (86%). Keadaan ini dapat dilihat melalui perbezaan skor peratus yang lebih ketara dimana responden perempuan lebih berkeyakinan (58%) berbanding responden lelaki (28%) melalui pelbagai aspek keyakinan dan kepercayaan termasuk berkaitan syarat atau pantang larang, bahan sihir pengasih dan matlamat hantar sihir pengasih. Ringkasannya, dapatan kajian dapat dilihat secara umumnya tahap keyakinan masyarakat remaja di kampung amat berpengalaman dari segi pengamalan sihir pengasih pada pelbagai aspek pengetahuan sudut syarat atau pantang larang,bahan sihir pengasih dan matlamat hantar sihir pengasih.


4.2.1.4 RESPON RESPONDEN BERKAITAN TAHAP PENGAMALAN, ANCAMAN DAN AKIBAT SIHIR PENGASIH DALAM MENGERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN. Rajah 4 (Sumber: Borang soal selidik) Pengkaji mengenalpasti pengajaran dan iktibar yang diperolehi melalui penghayatan dan keyakinan responden terhadap pengamalan sihir pengasih dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan cara mengukur, menganalisis data dengan mengutarakan persoalan berbentuk menyebut, menjelas dan menceritakan berasaskan tanggapan responden terhadap pengajaran dan iktibar berkaitan tanda terkena pengasih, akibat buruk dan cara mengelak dari terkena sihir pengasih. Berdasarkan rajah 4 di atas, pengakaji mendapati bahawa pengajaran dan iktibar yang diperolehi melalui penghayatan dan keyakinan masyarakat dari sudut tanda mangsa terkena sihir pengasih, pengkaji mendapati bahawa seramai 17 orang (56.67%) responden perempuan mampu menyebut, menceritakan dan menjelaskan tanda mangsa terkena sihir pengasih ialah dengan tunduk dengan kata-kata pasangan berbanding lelaki seramai 5 orang (16.67%) dari jumlah keseluruhan 30 orang responden. Manakala, masingmasing responden lelaki dan perempuan seramai 4 orang (13.33%) menyebut dan menjelaskan 0 5 10 15 20 25 TANDA TERKENA SIHIR AKIBAT BURUK CARA MENGELAK PENGAJARAN DAN IKTIBAR lelaki perempuan


tanda mangsa terkena sihir ialah tidak boleh berjauhan. Selain itu, didapati bahawa ada responden yang memilih tanda mangsa terkena sihir ialah bertengkar seramai 0 orang (0.00%) daripada kedua-dua responden. Berdasarkan fakta di atas, pengkaji mendapati bahawa tahap pengajaran dan iktibar responden terhadap tanda mangsa terkena sihir pengasih, dimana golongan perempuan 17 orang (56.67%) lebih mengambil iktibar berbanding lelaki 5 orang (16.67%). Di samping lain-lain tanggapan 8 orang (26.67%) kedua-dua jantina responden memilih jawapan tanda mangsa terkena sihir pengasih ialah tidak boleh berjauhan. Selain itu, responden memilih jawapan tanda mangsa sihir pengasih ialah bertengkar seramai 0 orang (0.00%) daripada kedua-dua responden. Berdasarkan petunjuk perbezaan jumlah peratus, pengkaji dapat merumuskan bahawa tahap pengajaran dan iktibar masyarakat Kampung Gong Kua dalam menjelaskan tanda mangsa terkena sihir pengasih agak tinggi dengan kadar peratusan (73%). Hal ini dapat dibuktikan melalui dapatan kajian secara rambang dimana golongan perempuan lebih menyerlah pengajaran dan iktibar menjelaskan tanda mangsa terkena sihir pengasih dengan terperinci iaitu seramai 17 orang (56.67%) berbanding lelaki seramai 5 orang (16.67%) dengan beza tara 12 orang (40%) kedua kategori jantina. Manakala bezatara lain-lain tanggapan 8 orang (26.67%). Seterusnya, berdasarkan rajah 4 di atas, pengkaji mendapati bahawa pengajaran dan iktibar yang diperolehi melalui penghayatan dan keyakinan masyarakat dari sudut akibat buruk mengamalkan sihir pengasih, pengkaji mendapati bahawa seramai 20 orang (66.67%) responden perempuan mampu menyebut, menceritakan dan menjelaskan akibat buruk mengamalkan sihir pengasih ialah syirik berbanding lelaki 7 orang bersamaan (23.33%) dari jumlah keseluruhan 30 orang responden. Hal ini ternyata jelas pengamalan sihir pengasih mempunyai akibat buruk dalam memperoleh dakwaan responden. Manakala, responden mengatakan dan menjelaskan akibat buruk mengamalkan sihir pengasih ialah ibadat tidak diterima mempunyai responden lelaki 2 orang (6.67%) berbanding responden perempuan 0 orang (0.00%). Selain itu, didapati bahawa ada responden yang memilih akibat buruk mengamalkan sihir pengasih ialah individu tidak tenteram seramai 1 orang (3.33%) responden perempuan berbanding lelaki 0 orang (0.00%).


Berdasarkan fakta di atas, pengkaji mendapati bahawa tahap pengajaran dan iktibar responden terhadap akibat buruk mengamalkan sihir pengasih, di mana golongan perempuan 20 orang (66.67%) lebih mengambil iktibar berbanding lelaki 7 orang (23.33%). Di samping lain-lain tanggapan seramai 2 orang (6.67%) memilih jawapan ibadat tidak diterima. Selain itu, responden memilih jawapan individu tidak tenteram seramai 1 orang (3.33%). Berdasarkan petunjuk perbezaan jumlah peratus, pengkaji dapat merumuskan bahawa tahap pengajaran dan iktibar masyarakat Kampung Gong Kua dalam menjelaskan akibat buruk mengamalkan sihir pengasih agak tinggi dengan kadar peratusan (90%). Hal ini dapat dibuktikan melalui dapatan kajian secara rambang dimana golongan perempuan lebih menyerlah pengajaran dan iktibar menjelaskan akibat buruk mengamalkan sihir pengasih dengan terperinci iaitu seramai 20 orang (66.67%) berbanding lelaki seramai 7 orang (23.33%) dengan beza tara 13 orang (43.33%) kedua kategori jantina. Manakala bezatara lain-lain tanggapan 3 orang (10%). Akhir sekali, berdasarkan rajah 4 di atas, pengkaji mendapati bahawa pengajaran dan iktibar yang diperolehi melalui penghayatan dan keyakinan masyarakat dari sudut respon masyarakat tentang pengamalan sihir pengasih, pengkaji mendapati bahawa seramai 17 orang (56.67%) responden perempuan mampu menyebut, menceritakan dan menjelaskan cara mengelakkan sihir pengasih ialah dengan membaca Al-Quran berbanding lelaki 5 orang (16.67%) dari jumlah keseluruhan 30 orang responden. Manakala, 4 orang (13.33%) responden perempuan dan 4 orang (13.33%) responden lelaki menyebut dan menjelaskan cara mengelakkan sihir pengasih ialah zikir. Selain itu, didapati bahawa tiada responden yang memilih cara mengelakkan sihir pengasih ialah dengan membaca selawat seramai 0 orang (0.00%) daripada kedua-dua jantina tersebut. Berdasarkan fakta di atas, pengkaji mendapati bahawa tahap pengajaran dan iktibar responden terhadap cara mengelakkan sihir pengasih, dimana golongan perempuan 17 orang (56.67%) lebih mengambil iktibar berbanding lelaki 5 orang (16.67%). Di samping lain-lain tanggapan seramai 4 orang (13.33%) responden perempuan dan 4 orang (13.33%) responden lelaki menyebut dan menjelaskan bahawa cara mengelakkan sihir pengasih ialah zikir. Selain itu, responden memilih jawapan cara mengelakkan sihir pengasih ialah dengan membaca selawat seramai 0 orang (0.00%) daripada kedua-dua jantina tersebut.


Berdasarkan petunjuk perbezaan jumlah peratus, pengkaji dapat merumuskan bahawa tahap pengajaran dan iktibar masyarakat Kampung Gong Kua dalam menjelaskan cara mengelakkan sihir pengasih agak tinggi dengan kadar peratusan (73%). Hal ini dapat dibuktikan melalui dapatan kajian secara rambang dimana golongan perempuan lebih menyerlah pengajaran dan iktibar menjelaskan akibat buruk mengamalkan sihir pengasih dengan terperinci iaitu seramai 17 orang (56.67%) berbanding lelaki seramai 5 orang (16.67%) dengan beza tara 12 orang (40%) kedua kategori jantina. Manakala bezatara lain-lain tanggapan 8 orang (26.67%). Hakikatnya, fenomena perbezaan ini terjadi disebabkan penglibatan golongan perempuan lebih cenderung dan berminat menghadiri kuliah berkaitan agama dan menonton video agama berbanding lelaki yang sibuk dengan kerja harian mereka. Sebagai rumusan akhir, pengkaji mendapati bahawa tahap pengajaran dan iktibaryang diperolehi melalui penghayatan dan keyakinan responden terhadap pengamalan sihir pengasih ialah tanda mangsa terkena sihir pengasih, perempuan 17 orang (56.67%) berbanding lelaki 5 orang (16.67%). Begitu juga sudut akibat buruk mengamalkan sihir pengasih, responden perempuan lebih tinggi mengetahui seramai 20 orang (66.67%) berbanding lelaki 7 orang (23.33%). Manakala sudut cara mengelakkan sihir pengasih responden perempuan lebih kedepan seramai 17 orang (56.67%) berbanding lelaki 5 orang (16.67%). Sebagai rumusannya, dapatan kajian sudut pengajaran dan iktibar dapat dilihat secara umum pengkaji mendapati secara realistik pengajaran dan iktibar masyarakat Kampung Gong Kua terhadap pengamalan sihir pengasih berada di tahap agak tinggi 71 orang (79%). Keadaan ini dilihat melalui perbezaan skor peratus yang lebih ketara dimana responden perempuan lebih mengambil iktibar (60%) berbanding responden lelaki (18.89%) melalui pelbagai aspek pengajaran dan iktibar termasuk berkaitan tanda mangsa terkena sihir pengasih, akibat buruk dan cara mengelakkan sihir pengasih. Ringkasannya, dapatan kajian dilihat secara umumnya pengajaran dan iktibar yang diperolehi melalui penghayatan dan keyakinan masyarakat remaja kampung terhadap pengamalan sihir pengasih amat tinggi dari segi pengamalan sihir pengasih pada pelbagai aspek


pengajaran termasuklah persoalan berkaitan tanda mangsa terkena sihir pengasih, akibat buruk dan cara mengelakkan sihir pengasih.


5.0 RUMUSAN Berdasarkan kajian ini, dapatlah dirumuskan bahawa kita harus menghindari dari perbuatan sihir pengasih kerana amalan ini merupakan perbuatan yang keji dan syirik serta akan ditimpa azab oleh Allah di akhirat kelak. Selain itu, kita juga hendaklah mempunyai pengetahuan yang mantap tentang sihir supaya kita tidak terkena tempias sihir pengasih oleh orang-orang yang busuk hati yang sanggup menghantar sihir dengan menggunakan makhluk halus. Tambahan pula, sihir pengasih juga dapat memberi kemudaratan kepada mangsa yang terkena dan orang yang menghantar sihir pengasih. Berdasarkan kajian yang dibuat, pengkaji mendapati masyarakat yang terdapat di Kampung Gong Kua, Pasir Puteh amat mengetahui dan memahami tentang pengamalan sihir pengasih. Ini dapat dilihat melalui tahap kefahaman, keyakinan, kepercayaan dan penghayatan serta pengajaran dan iktibar mereka terhadap pengamalan sihir pengasih. Berdasarkan kajian, dapatan kajian dari sudut kefahaman dan pengetahuan dapat dilihat secara umum pengkaji mendapati secara realistik tahap kefahaman masyarakat Kampung Gong Kua terhadap pengamalan sihir pengasih berada di tahap kefahaman dan pengetahuan agak sederhana 55 orang (61%) iaitu seramai 42 orang responden perempuan (46%) berbanding lelaki seramai 13 responden (15%). Ini menunjukkan bezatara antara responden perempuan dan responden lelaki dengan peratus (31%). Selain itu, dapatan kajian dari sudut keyakinan, kepercayaan dan penghayatan dapat dilihat secara umum pengkaji mendapati secara realistik tahap keyakinan, kepercayaan dan penghayatan masyarakat terhadap pengamalan sihir pengasih di Kampung Gong Kua berada di tahap keyakinan, kepercayaan dan penghayatan agak tinggi 77 orang (86%). Peratus responden perempuan adalah sebanyak 52 responden (58%) manakala responden lelaki sebanyak 25 responden (28%). Keadaan ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa peratus responden perempuan adalah lebih tinggi berbanding lelaki dengan bezatara sebanyak (30%). Akhir sekali, dapatan kajian sudut pengajaran dan iktibar pengkaji juga dapat dilihat secara umum pengkaji mendapati secara realistik tahap kefahaman masyarakat Kampung Gong Kua terhadap pengamalan sihir pengasih berada di tahap agak tinggi 71 orang (79%). Peratus responden perempuan yang mengambil iktibar melalui pengamalan sihir pengasih adalah


seramai 57 orang (60%) manakala peratus responden lelaki adalah 21 orang (19%). Ini menunjukkan beza tara peratus responden perempuan terhadap responden lelaki lebih menyerlah iaitu sebanyak (41%). Sebagai rumusannya, dapatan kajian dapat dilihat secara umumnya pengkaji mendapati secara realistik tahap kefahaman masyarakat Kampung Gong Kua, Pasir Puteh terhadap pengamalan sihir pengasih dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan berada di tahap kefahaman dan pengetahuan yang agak sederhana 150 orang (56%). Keadaan ini dilihat melalui perbezaan skor peratus yang ketara dimana golongan perempuan lebih berpengetahuan (35%) berbanding lelaki (21%) melalui pelbagai aspek termasuk berkaitan tahap pengetahuan am, keyakinan dan pengajaran. Justeru itu, kewujudan fenomena-fenomena di atas adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor pendorong termasuklah penglibatan golongan peremuan adalah lebih mudah untuk melakukan dan mengamalkan sihir pengasih kerana mempunyai sifat kecemburuan yang tinggi berbanding lelaki yang sibuk dalam kerja seharian mereka. Oleh itu, pengkaji yakin perkembangan peratus kefahaman masyarakat akan meningkat dengan wujudnya peranan pihak yang bertanggungjawab yang bersama-sama dalam menggembeleng tenaga serta berperanan dalam bidang masing-masing termasuklah institusi majlis agama JAKIM serta peranan ibu bapa dan masyarakat terutamanya yang tinggal di kampung tersebut demi membanteras pengamalan sihir pengasih dan menambah pengetahuan tentang ilmu sihir pengasih.


Click to View FlipBook Version