SEKOLAH KEBANGSAAN ABDUL SAMAT , KAPAR 27 JANUARI 2024 | 8.00 PAGI TAKLIMAT BERSAMA IBU BAPA SESI PERSEKOLAHAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS 2024/2025
PENGENALAN
ATURCARA MAJLIS 8.00 PAGI : PENDAFTARAN 8.30 PAGI : UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS 10.15 PAGI : UCAPAN DAN PERASMIAN TAKLIMAT PENDAFTARAN PRAKHAS 2024/2025 PN NOOR ASMAWIAH BINTI MUHAMED PEN. KANAN PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI : TAKLIMAT PENDAFTARAN PRAKHAS 2024/2025
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan Prasekolah bertujuan menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara empat hingga enam tahun bagI menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH
“MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MENGEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA” “PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA” VISI MISI
CARTA ORGANISASI PRA SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS SK ABDUL SAMAT
GURU BESAR PN RUZANA BINTI ADAM PK PENTADBIR TN.HJ AKMAL BIN BAKRI PK HAL EHWAL MURID TN HJ MAHADI BIN ABDUL RAHMAN PK KOKURIKULUM PN AZRINA BINTI HADZMAN PK PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI PN NOOR ASMAWIAH BINTI MUHAMED PK PETANG EN MOHAMAD ALHAFIS BIN ABIDIN GURU PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS PN NORMALISA BT SUBARI PPM Carta Organisasi Pentadbiran Kelas Prasekolah Pendidikan Khas SKAS
PENGENALAN GURU PRAKHAS & PEMBANTU PENGURUSAN MURID
Pengenalan Guru dan PPM NAMA GURU : NORMALISA BINTI SUBARI - Berkelayakan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pendidikan Awal Kanak-kanak (Management Science University) - Diploma perguruan (Prasekolah / Bahasa Melayu) (Maktab Perguruan Ilmu Khas) - Bepengalaman sebagai guru tahap 1 selama 4 tahun ( 2006-2010) - Berpengalaman sebagai guru Prasekolah selama 13 tahun ( 2010- 2023) NAMA PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) : - -
BIDANG TUGAS GURU DAN PPM
PENGURUSAN KELAS PRASEKOLAH (BIDANG TUGAS GURU DAN PPM) Pengurusan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Pengurusan Pentadbiran Kelas Prasekolah Pengurusan Hal Ehwal Murid Pengurusan Penyediaan Makanan 1 2 3 4
PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN Guru melaksanakan pengajaran dan pentaksiran berdasarkan KSPK PPM membantu guru prasekolah dalam penyediaan bahan pengajaran dan pemudahcaraan PPM membantu mengawasi, menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid Guru dibantu oleh PPM merancang aktiviti bimbingan dan asuhan
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID Menyambut kedatangan murid. Mendaftar kehadiran murid prasekolah setiap hari. Memastikan murid dalam keadaan sihat dan bersih. Memastikan murid sentiasa dalam keadaan selamat dan terkawal. Merekod pergerakan keluar masuk murid.
PENGURUSAN PENYEDIAAN MAKANAN Guru memastikan penyediaan makanan oleh PPM mengikut menu standard yang ditetapkan. Guru memastikan perkakasan dan ruang yang digunakan untuk penyediaan makanan sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk digunakan. PPM bertanggungjawab : 1.Menyedia dan menghidang makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang berdasarkan cadangan Menu Standard Prasekolah, 2.Mengemas dan membersihkan perkakasan selepas digunakan.
PAKAIAN RASMI MURID PRASEKOLAH KPM
Pemakaian Uniform Prasekolah ❑ Isnin hingga Jumaat – baju T-shirt putih berkolar dan seluar trek biru gelap ❑ Tudung – hanya warna putih ❑ Kasut – kasut sekolah kanvas hitam dan stoking hitam (perlu ditag) atau • kasut sekolah kanvas putih dan stoking putih (perlu ditag)
Tatacara Pemakaian Lencana Sekolah
PENGOPERASIAN PRASEKOLAH
WAKTU PENGOPERASIAN PRASEKOLAH WAKTU HADIR : 7.30 PAGI ( SARAPAN) WAKTU PDP : 8.00-12.00 TGH JUMLAH MASA : 4 JAM
Waktu Persekolahan KELAZIMANNYA : Ibu bapa diminta menghantar anak jam 7.30 pagi untuk kerana pembantu akan memberi sarapan pagi Ibu bapa diminta menghantar dan ambil anak ke sekolah mengikut ketetapan masa pengoperasian sekolah. -hantar dan ambil anak di kelas Prakhas.
PENGURUSAN KEWANGAN
PENGURUSAN KEWANGAN JENIS-JENIS BANTUAN YANG DITERIMA OLEH MURID PRASEKOLAH 1. PCG – RM 100.00 seorang 2. Kokurikulum – RM25.00 seorang 3. Makan – RM 2.00 sehari/seorang 4. Takaful – RM 1.50 seorang 5. EMK – RM 150 sebulan (*Murid Berkeperluan Pendidikan Khas) dibayar 2x setahun secara 1 off
AKTIVITI TAHUNAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS
➢ Lawatan (PPKI) ➢ Graduasi prasekolah ➢ Karnival Kejohanan peringkat PPD Klang ➢ Jamuan hari lahir kanak-kanak ➢ Hari Kanak-Kanak ➢ Sambutan Hari Kebangsaan ➢ Lawatan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan ➢ Sukan tahunan sekolah
Perbelanjaan Prasekolah ➢Buku/ lembaran kerja / bahan projek mudah ➢Program Hari Kanak-kanak ➢Tag nama kanak-kanak ➢Sukan Tautan Kasih ➢Gambar Graduasi ➢Hadiah Hari Lahir ➢Keceriaan sekolah
KURIKULUM DI PRASEKOLAH
KSPK (Semakan 2017) Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Semakan 2017 (Masalah Pembelajaran) 1. Komunikasi 2. Kerohanian, sikap dan Nilai 3. Kemanusiaan 4. Ketrampilan Diri 5. Perkembangan Fizikal dan Estetika 6. Sains dan Teknologi
PERUNTUKAN WAKTU
Fokus kepada keperluan murid/ data murid / soal selidik / Impak (3 bulan persekolahan) Membina RPI menyelesaikan permamasalahan utama Melakukan intervensi untuk murid Pelaporan berterusan Sudahkah murid menguasai? Kemahiran Baru Tindakan Susulan / Aktiviti Bimbingan TIDAK YA PROSES PENTAKSIRAN
PENDIDIKAN SIVIK Fokus ke arah penerapan nilai murni dan kemasyarakatan dalam diri murid Digubal berasaskan kepada empat nilai teras sivik iatu : Hormat-menghormati, Kasih Sayang, Bertanggungjawab, Kegembiraan Komponen ini dilaksanakan secara bersepadu dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah
PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA Memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan raya Kerjasama antara Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia Bertujuan untuk melahirkan generasi yang berhemah Menghormati hak pengguna jalan raya yang lain. PKJR PRASEKOLAH : 4 TOPIK 12 SUB TOPIK 18 CADANGAN AKTIVITI
Maklumat Ibubapa
❑ Sila isikan borang SMM dan hantar 3 keping gambar anak yang bersaiz pasport (borang akan di beri pada hari pertama persekolahan). Sediakan dokumen yang diperlukan. ❑ Perlu dikembalikan ke pihak sekolah. ❑ Sekiranya terdapat sebarang pertukaran alamat dan nombor telefon perlu dimaklumkan kepada pihak sekolah ❑ Sebarang maklumat atau info akan di maklumkan secara dalam talian melalui group WHATSAPP kelas masing-masing. Maklumat Ibubapa
MENU
MENU STANDARD PRASEKOLAH Surat makluman pelaksanaan Menu Standard Prasekolah KPM bertarikh 7 Januari 2014. Disediakan mengikut keperluan nutrisi murid berdasarkan piramid makanan dan pinggan sihat Malaysia. Mengambil kira aspek lokaliti sekolah luar bandar, bandar dan murid yang mengamalkan pemakanan vegetarian. Contoh hidangan : Menu luar bandar Menu bandar Menu vegetarian Dihidang bersama air putih dan buah
Garis Panduan Prasekolah
Peranan Ibu bapa / Penjaga ➢ Memastikan anak berada dalam keadaan sihat, menjaga kebersihan diri dan tidak menunjukkan gejala awal Covid-19 sebelum hadir ke sekolah. ➢ Tidak menghantar anak ke sekolah jika ada sebarang tanda (selsema, batuk, demam)
➢ Tidak perlu membawa sebarang beg . ➢ Murid hanya perlu membawa sapu tangan kecil / tisu. (simpan di dalam poket) ➢ Semua peralatan alat tulis akan disediakan oleh pihak sekolah. Sambungan..
Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPC) ❑ Semua murid berada di tempat duduk masingmasing. ❑ Murid dididik tentang amalan keselamatan & kesihatan diri semasa berada di sekolah dan rumah. ❑ Murid akan dibantu untuk sentiasa mencuci tangan sebelum & selepas aktiviti pembelajaran
Waktu Rehat ❑ Makanan & minuman akan dihidangkan ke meja setiap murid ❑ Murid tidak dibenarkan untuk berkongsi peralatan makanan seperti pinggan, sudu, cawan. ❑ Peralatan makanan & minuman akan disediakan bagi setiap orang murid dan tidak berkongsi.
HAL-HAL LAIN
HAL-HAL LAIN (KESIHATAN) Tidak perlu hadir ke sekolah Berjumpa doktor bertauliah dan dapatkan sijil cuti Berehat dan makan ubat mengikut nasihat doktor SEKIRANYA DIDAPATI MURID TIDAK SIHAT
HAL-HAL LAIN (KESELAMATAN) Barang kemas, wang atau perhiasan diri Permainan, telefon bimbit atau gajet Senjata atau objek berbahaya MURID DILARANG MEMBAWA
HAL-HAL LAIN (MAKLUMAT PERIBADI) Nombor telefon bimbit ibu bapa atau penjaga Alamat kediaman dan waris terdekat Status kesihatan murid IBU BAPA / PENJAGA PERLU SENTIASA MENGEMASKINI
PERSEDIAAN SEBELUM KE SEKOLAH Beri gambaran yang menyeronokkan tentang sekolah Sediakan kelengkapan secukupnya Kemahiran pengurusan diri Disiplin masa seperti tidur dan bangun awal APA YANG IBU BAPA / PENJAGA BOLEH LAKUKAN :
Anak Tuan, Anak Kami; Menggunung Harapan Tuan, Melangit Lagi Harapan Kami. SEKIAN, TERIMA KASIH