The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shamfb, 2021-11-21 09:06:10

BUKU PROGRAM

BUKU PROGRAM

KOLOKIUM

PEMERKASAAN TS25 MELALUI
PEMBUDAYAAN PENDIDIKAN

STEM

23 - 24 NOVEMBER 2021

UCAPAN ALU-ALUAN UCAPTAMA & PERASMIAN

SHAHRUM BIN MD SAUD ZAINUREN BIN MOHD NOR
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PENGARAH INSTITUT AMINUDIN BAKI
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BENTONG
CAWANGAN GENTING HIGHLANDS

PEMBENTANGAN KAJIAN DAN PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK
SMK BENTONG DAN SK SULAIMAN DALAM PROGRAM
PENDIDIKAN STEM

PENASIHAT

PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH BENTONG

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan Salam Sejahtera

Syabas dan tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa induk dan pelaksana
Kolokium Pemerkasaan TS25 Melalui Pembudayaan Pendidikan STEM PPD Bentong
2021 atas usaha yang dilakukan bagi menjayakan kolokium ini. Setinggi-tinggi
penghargaan juga diucapkan kepada semua pembentang kertas kerja yang terdiri
daripada pengetua, guru besar, barisan kepimpinan dan guru-guru Sekolah Menengah
Kebangsaan Bentong dan Sekolah Kebangsaan Sulaiman, Bentong, Pahang yang telah
memberi komitmen tinggi dalam menjayakan kolokium ini. Ucapan terima turut
dipanjangkan kepada peserta-peserta yang menyertai kolokium ini.

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM 2013 –
2025), pendidikan STEM adalah salah satu agenda penting dalam proses transformasi
pendidikan negara. Pendidikan STEM adalah usaha untuk menyediakan pelajar-pelajar
menghadapi cabaran abad ke-21. Program pendidikan STEM bukan sesuatu yang baharu
tetapi diberi nafas baharu bagi menarik dan meningkatkan minat murid terhadap mata
pelajaran STEM. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam mata pelajaran menggunakan pendekatan
problem based learning, project based learning dan inquiry based learning dalam konteks
dunia sebenar boleh meningkatkan minat murid terhadap STEM. Pengintegrasian elemen
STEM di dalam mata pelajaran bukan STEM, dalam aktiviti kokurikulum dan lain-lain juga
berupaya meningatkan minat murid terhadap perkara ini. Adalah menjadi harapan kita
agar murid-murid yang kita lahirkan mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, kreatif,
inovatif, celik teknologi, berhemah tinggi, berupaya menyelesaikan masalah, berupaya
menyelesaikan masalah, boleh membuat keputusan sendiri dan mampu berdikari.

Kolokium adalah satu cara kita berkongsi ilmu, pengetahuan, maklumat,
pengalaman dan amalan terbaik. Usaha-usaha yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa
pelaksana dalam menjayakan kolokium ini patut dipuji. Begitu, kesungguhan pihak
sekolah yang membuat kajian, penyelidikan, menyediakan artikel seterusnya membentang
di platform kolokium ini patut disanjung dan dihargai. Dalam kesibukan dan kekangan kita
dengan situasi yang tidak menentu sekarang ni, kolokium ini akhirnya dapat dilaksanakan
dan direalisasikan.

Sekian, terima kasih.

SHAHRUM BIN MD. SAUD

PENGERUSI
JAWATANKUASA
PELAKSANA KOLOKIUM

TIMBALAN PEGAWAI
PENDIDIKAN DAERAH
(SEKTOR PEMBELAJARAN)

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan Salam Sejahtera

Anak-anak kita harus disiapsiagakan dengan kedinamikan ilmu, kemahiran
yang variasi, dan keunggulan karakter yang cukup ampuh untuk menempuh gelora
masa hadapan yang sangat rumit dan mencabar. Lantas, kolokium yang dianjurkan ini
tepat pada masanya untuk kita memacu pendidikan selaras dengan perubahan norma
baharu dan seterusnya melahirkan generasi akan datang yang bukan sahaja
berupaya berfikir dengan kreatif, kritis, inovatif malah mempunyai pengetahuan yang
tinggi dalam bidang sains dan teknologi.

Yuval Noah Harari, seorang penulis terkenal membawa kita mengenal dunia
yang kita diami dan yang akan kita diami. Percayalah, perubahan dunia dengan
ledakan digital yang berlaku, sangat deras dan rumit Sekiranya kita gagal
mempersiapkan diri dan generasi anak dan cucu kita, kita akan hanyut dan tertinggal
jauh ke belakang. Melalui Pendidikan STEM inilah kita mahu melahirkan murid yang
boleh berfikir secara logik, mereka cipta, menggunakan teknologi dan menyelesaikan
masalah secara kreatif dan inovatif. Dengan itu, kita berharap akan lahir lebih ramai
bakat berliterasi STEM dengan konsep by design, not by chance yang akan memacu
pembangunan ekonomi negara.

Akhirnya, dalam kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan syabas dan
terima kasih kepada peserta kolokium dan kepada urus setia yang telah bertungkus
lumus memastikan kelancaran kolokium ini. Sesungguhnya saya berasa sangat
bangga dengan sumbangan dan usaha tuan puan, mudah-mudahan tuan puan
mendapat ganjaran yang setimpal atas apa yang telah diusahakan.

Sekian, terima kasih.

MOHD SAUKI BIN MOHAMED

UCAPTAMA
DAN PERASMIAN

PENGARAH
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
CAWANGAN GENTING HIGHLANDS

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan Salam Sejahtera

Sistem pendidikan di Malaysia perlu menyediakan generasi pelajar yang berupaya
menghadapi cabaran Industri 4.0 yang kompleks. Dalam dunia VUCA (volatility,
uncertainty, complexity, ambiguity) hari ini negara memerlukan generasi muda yang
berdaya tahan dan memiliki daya saing yang tinggi. Kita tidak mahu selama-lamanya
menjadi pengguna teknologi sebaliknya menjadi kumpulan manusia mencetuskan
teknologi baru. STEM dalam konteks pendidikan di Malaysia mesti dilihat sebagai
pemangkin kepada lahirnya generasi pelajar yang berilmu pengetahuan, celik teknologi
tanpa melupakan aspek akal budi budaya bangsa. STEM mesti dilihat sebagai satu
kaedah memacu ekonomi negara ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara
berpendapatan tinggi.

Terdapat berbagai-bagai aktiviti yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah dalam
meningkatkan minat murid dalam bidang STEM serta menggalakkan pembudayaan
pendidikan STEM di sekolah. Antaranya ialah mengadakan karnival sains dan matematik,
pertandingan inovasi sains di samping mewujudkan elemen-elemen di sekolah yang boleh
menggalakkan minat murid dalam bidang ini seperti mural, replika, taman sains dan
sebagainya. Peranan pentadbir dan guru-guru sekolah pula ialah memastikan PdPc
dilaksanakan dengan berkesan bermula dari menguraikan DSKP, menghasilkan
rancangan pengajaran tahunan dan harian sehingga kepada pelaksanaan aktiviti PdPc di
dalam bilik darjah. Amalan pedagogi PBL dan IBL seperti Problem Based Learning,
Project Based Learning dan Inquiry Based Learning mesti menjadi salah satu elemen
terpenting dalam aktiviti PdPc yang dirancang.

Di samping itu, elemen STEM juga ada diterapkan di dalam mata pelajaran bukan
STEM. Dalam hal ini, elemen matematik, sains, teknologi dan kejuruteraan diterapkan
dalam mata pelajaran bahasa dan kemanusiaan. Demi menyuburkan minat murid
terhadap STEM, guru-guru mesti bijak mengintegrasikan unsur-unsur sains di dalam mata
pelajaran bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Seni, Sejarah dan
sebagainya. Demi menjayakan hasrat ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menyusun beberapa program khusus untuk memantapkan PdPc STEM di sekolah. Pusat
STEM Negara di bawah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan dan Dasar Pendidikan
(BPPdP) telah melaksanakan aktiviti yang yang mendedahkan guru-guru dengan aspek
yang berkaitan pedagogi STEM. Berbagai-bagai aktiviti telah dilaksanakan dengan
kerjasama beberapa agensi kerajaan dan swasta.

Sekian, terima kasih.

ZAINUREN BIN HAJI MOHD NOR

PENGENALAN

Kolokium ini adalah platform bagi kepimpinan dan guru-guru Sekolah
Menengah Kebangsaan Bentong (SMK Bentong) dan Sekolah Kebangsaan
Sulaiman (SK Sulaiman), Bentong, Pahang membentang kajian tindakan dan
perkongsian amalan terbaik selama terlibat dalam program pendidikan STEM.
Objektif kolokium ini adalah untuk membolehkan pengetua, guru besar,
penolong-penolong kanan, guru kanan mata pelajaran, ketua panitia serta
guru-guru di kedua-dua sekolah menghasilkan penulisan ilmiah berkongsi
dengan seluruh warga pendidikan di daerah Bentong dan negeri Pahang
seluruhnya.

Pada tahun 2019, SMK Bentong dan SK Sulaiman telah diplih sebagai
sekolah rintis program pendidikan STEM Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) bagi negeri Pahang. Sejak itu, berbagai-bagai aktiviti telah dijalankan
berkaitan pendidikan STEM hasil dari bimbingan pensyarah Institut Aminuddin
Baki (IAB) , pegawai Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK),pegawai
SiPartner dan pegawai SISC+. Kini, setelah dua tahun, tiba masa untuk
kedua-dua sekolah membentang dan berkongsi pengetahuan dan pengalaman
berkaitan pendidikan STEM.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang, sektor
pendidikan mesti terus beroperasi tetapi melalui cara yang berbeza bagi
memastikan agenda pendidikan negara tidak terhenti. Kelas, bengkel, latihan,
persidangan, konvensyen, kolokium dan lain-lain kaedah yang selama ini
dilaksanakan bersemuka ditukar kepada mod dalam talian atau secara maya.
Usaha-usaha untuk menyebarkan ilmu pengetahuan tetap dilakukan walaupun
terhalang oleh ancaman Covid-19 dan terpaksa akur terhadap prosedur
operasi standard yang ditetapkan oleh kerajaan.

Sehubungan dengan itu, Kolokium Pemantapan TS25 Melalui
Pembudayaan Pendidikan STEM secara maya dilaksanakan sebagai satu
usaha memperkembang tubuh ilmu terutama selaras dengan hasrat PPPM dan
TS25.

ATUR CARA

TARIKH / MASA 23 NOVEMBER 2021 (SELASA)
9.00 – 9.10 pagi
9.10 – 9.30 pagi Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pahang
Doa Pembuka Majlis
9.30 – 10.00 pagi Pengacara Majlis : En. Zainal bin Abdullah
10.30 – 12.30 tengah
Ucapan Alu-aluan oleh
hari En. Shahrum bin Md. Saud
Pegawai Pendidikan Daerah Bentong
Penasihat Jawatankuasa Pelaksana
Kolokium Pemerkasaan TS25 Melalui Pembudayaan Pendidikan STEM
PPD Bentong 2021

Ucap Tama dan Perasmian oleh
En. Zainuren bin Haji Mohd Nor
Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

Forum

Tajuk: Memperkasakan TS25 Melalui Pembudayaan Pendidikan
STEM

Ahli Panel 1:
En. Shahrum bin Md Saud
Pegawai Pendidikan Daerah Bentong
Ahli Panel 2 :
Dr. Liew Yon Foi
Pensyarah Kanan
Institut Aminuddin Baki (IAB) Bandar Enstek
Ahli Panel 3:
Pn. Norfadhillah binti Yusoff
Ketua Penolong Pengarah
Unit Sains Fizikal
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
Ahli Panel 4:
Dr. Zamani bin Ibrahim
Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis

Moderator:
En. Mohd Zaidi bin Basir
Pensyarah Kanan
Institut Aminuddin Baki
Cawangan Genting Highlands

TARIKH / MASA 23 NOVEMBER 2021 (SELASA) Sesi Petang
2.30 – 4.30 petang
Sidang 1: Pengurusan dan Kepimpinan
TARIKH/MASA
8.30 – 10.30 pagi 1. Pelibatan Komuniti Dalam Pembudayaan STEM di SMK Bentong
(En. Hanifah bin Hj. Veerankutty, Pengetua SMK Bentong)

2. Hala Tuju Pendidikan STEM di SK Sulaiman (Hj. Ismail b. Hj. Bakar,
Guru Besar SK Sulaiman)

3. Pembudayaan PLC STEM dalam Kalangan Guru di SMK Bentong
(Rozita binti Nordin, Faridah Hanim binti Ahamad dan Zarina binti
Zainudin, SMK Bentong)

4. How We Started the Button, Pelaksanaan STEM dan Cabaran
Kepimpinan SK Sulaiman (Zihan bin Zaki, SK Sulaiman)

Moderator : Tuan Haji Mohd Rosli bin Mujni

24 NOVEMBER 2021 ( RABU ) Sesi Pagi

Sidang 2: Pengajaran dan Pembelajaran

1. Pendekatan Elemen STEM dalam PBL Bahasa Melayu Pemangkin
PdPc Interaktif di Sekolah (Syaripah Roziah binti Sayed Harun, SMK
Bentong)

2. Keberkesanan Psikometrik Dalam Meningkatkan Minat Murid
Terhadap PdPC STEM Di SK Sulaiman (Norhaniza Binti Johan, SK
Sulaiman)

3. PBL STEM Sains Menjana Pemikiran Kritikal dalam Kalangan Murid
(Nor Hamizah binti Nadzari, SMK Bentong)

4. Pengintegrasian STEM dalam Project Based Learning Pemangkin
Kemenjadian Murid dan Guru Berkualiti (Naeman bin Mat Yatim, SK
Sulaiman)

Moderator : En. Ahmad Saifulzaman bin Abdul Rahim

TARIKH / MASA 24 NOVEMBER 2021 (RABU) Sesi Pagi

10.30 – 12.30 tengah Sidang 3: Pentaksiran
hari
1. Pengintergrasian PBL STEM dalam Pentaksiran e-PBD (Roslaili binti
Ismail, SMK Bentong)

2. Pentaksiran Autentik PBL Pemangkin Minat Murid Dan Guru
Berkualiti Dalam PdPC STEM Di SK Sulaiman (Nor Saemah binti
Satari, SK Sulaiman)

3. Kemenjadian Murid dalam PBL STEM Berasaskan Pentaksiran
Psikometrik (Nik Hasliza binti Nik Hassan, Hamidah binti Ahmad dan
Habibah binti Ja'afar, SMK Bentong)

4. Meningkatkan Minat Murid dalam PdPc Melalui Aktiviti
Pembelajaran Berasaskan Masalah Problem Based Learning (Mohd
Zakiyamani bin Rasli, SK Sulaiman)

Moderator: Puan Rohani binti Abu Bakar

TARIKH / MASA 24 NOVEMBER 2021 (RABU) Sesi Petang
2.00 – 4.00 petang
Sidang 4: Pengintegrasian STEM dalam Aktiviti Kokurikulum dan
Inovasi dalam pendidikan STEM
1. ‘Coaching and Mentoring’ Ke Arah Memacu Transformasi PdPc

STEM (Habibah binti Ja'afar, SMK Bentong)
2. Pembudayaan Elemen STEM dalam Aktiviti Kokurikulum SK

Sulaiman (En. Alhisam bin Ahmad, SK Sulaiman)
3. Penerapan Elemen STEM dalam Kegiatan Kokurikulum

Memangkin Kemenjadian Murid (Ainul Aiza binti Karim dan
Husna binti Muhadzir, SMK Bentong)
4. Penerapan dan Pengintegrasian STEM dalam Kokurikulum
Pemacu Kemenjadian Murid Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) SK Sulaiman (Affieza Zuana binti Aziz, SK Sulaiman)

Moderator: Puan Mawar bin Ibrahim

TARIKH / MASA 24 NOVEMBER 2021 (RABU) Sesi Petang
4.00 – 5.00 petang
Majlis Penutupan
Pengacara Majlis : En. Zainal bin Abdullah
Nyanyian Lagu Negaraku/Pahang/IAB
Bacaan Doa

Rumusan Kolokium
En. Mohd Sauki bin Mohamad
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Bentong
Sektor Pembelajaran

Ucapan Penutupan
En. Shahrum bin Md. Saud
Pegawai Pendidikan Daerah Bentong

ABSTRAK

PELIBATAN KOMUNITI DALAM PEMBUDAYAAN STEM DI SMK BENTONG

HANIFAH BIN HJ VEERANKUTTY
Pengetua, SMK Bentong Pahang
[email protected]

Pelibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan STEM merupakan antara objektif penting bagi
mencapai hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan modal insan berteraskan
bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Pelibatan komuniti di SMK Bentong
didapati masih berada di tahap rendah dalam usaha untuk membudayakan pendidikan STEM.
Berasaskan konsep Plan Do Check dan Action (PDCA), barisan kepimpinan SMK Bentong telah
menghasilkan satu projek karnival STEM peringkat negeri sebagai usaha melibatkan komuniti bagi
memantapkan pendidikan STEM. Projek berskala besar ini telah berjaya memberi impak terhadap
pelibatan komuniti serta menarik minat komuniti untuk cakna tentang STEM. Pelibatan komuniti
secara berterusan telah dapat memberikan inspirasi dan mencetuskan idea baru dalam usaha
menarik minat pelajar terhadap sains dan teknologi sekali gus sebagai asas kepada pembudayaan
STEM di SMK Bentong.

Kata kunci: STEM, SMK Bentong, sains dan teknologi

HALATUJU PENDIDIKAN STEM DI SK SULAIMAN

HJ ISMAIL BIN HJ BAKAR
Guru Besar Sk Sulaiman Bentong

[email protected]

Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) telah dimulakan di SK Sulaiman
sejak 2019 dengan bermatlamatkan memupuk minat murid dalam bidang STEM demi mengikis
sempadan minda bahawa STEM ini pembelajaran yang sukar. Justeru itu, Jawatankuasa STEM
sekolah menjadi pemangkin halatuju dan kebolehlaksanaan STEM di SK Sulaiman dengan
menetapkan objektif dan langkah pelaksanaan STEM dalam pembelajaran dan pemudahcaraan
(pdpc) di semua kelas perdana dan kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PPKI).
Data psikometrik murid turut dijadikan rujukan dalam PdPc manakala latihan guru dilaksanakan
melalui Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) sekolah disamping latihan dari Institut Aminuddin
Baki (IAB) dan Bahagian Pembangunan Kuriukulum (BPK). Pengintegrasian STEM dilaksanakan
melalui kaedah Project Base Learning (PBL) antara matapelajaran STEM iaitu Sains, Matematik
dan Rekabentuk Teknologi (RBT) serta matapelajaran lain. Program ini telah berjaya menarik
minat dan keterlibatan pelajar dalam aktiviti STEM di sekolah di samping menggalakkan pelibatan
ibu bapa dalam membantu pelajar di rumah untuk menyiapkan projek yang dirancang oleh guru
dengan kerjasama semua pihak.

Kata kunci : STEM, SK Sulaiman, Halatuju STEM

PEMBUDAYAAN PLC STEM DALAM KALANGAN GURU DI SMK BENTONG

ROZITA BT NORDIN, ZARINA BT ZAINUDDIN, FARIDAH HANIM BT AHAMAD
Penolong Kanan Pentadbiran, Ketua Bidang Bahasa dan Ketua Bidang VOTEK SMK Bentong

Professional Learning Community (PLC) merupakan salah satu elemen utama dalam usaha
mencapai hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi melahirkan modal insan berteraskan
Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Amalan PLC STEM dalam kalangan guru di
SMK Bentong masih di tahap yang tidak memuaskan jauh sekali menjadi budaya. Berasaskan
model Plan Do Check dan Action, barisan kepimpinan SMK Bentong telah menetapkan PLC STEM
perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun, dan ia perlu ditetapkan di dalam takwim
perancangan panitia. Justeru melalui penetapan ini, diharapkan PLC STEM bukan sahaja menjadi
satu budaya di SMK Bentong, malah dapat melonjakkan minat murid terhadap sains dan teknologi
dan seterusnya menjadi asas bagi pembudayaan STEM di SMK Bentong sesuai dengan hasrat
negara menuju ke arah IR 4.0.

Kata kunci : PLC, STEM, Kepimpinan, SMK Bentong,sains dan teknologi, IR 4.0

“HOW WE STARTED THE STEM BUTTON”
PELAKSANAAN STEM DAN CABARAN KEPIMPINAN SK SULAIMAN

ZIHAN BIN MOHD ZAKI
Guru Penolong Kanan Pentadbiran & Kurikulum,

SK Sulaiman, Bentong, Pahang
[email protected]

Hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
menekankan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan dalam elemen Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Ini selari dengan aplikasi barisan kepimpinan SK
Sulaiman yang mengutamakan kepimpinan yang berkesan untuk mencapai visi dengan memberi
panduan, sokongan dan inspirasi kepada warga sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan STEM.
Berasaskan konsep Plan, Do, Check dan Action (PDCA)serta Whole School Approch, kepimpinan
SK Sulaiman telah berjaya melibatkan serta menggerakkan seluruh warga sekolah bagi
melaksanakan Program Pendidikan STEM. Program ini telah berjaya menunjukkan impak yang
baik terhadap murid, guru dan ibu bapa. Bagi memastikan STEM mendapat tempat di hati murid-
murid dan ibu bapa, usaha-usaha untuk mempromosikan pendidikan STEM ini akan dilakukan
secara berterusan agar ibu bapa boleh mengetahui maklumat berkaitan STEM dari semasa ke
semasa. Program yang berjalan dibawah kerangka TS25 ini diharap dapat dilestarikan,berkembang
dan dibudayakan di kalangan warga sekolah.

Kata kunci: STEM, PDCA, kepimpinan

PENDEKATAN ELEMEN STEM DALAM PBL BAHASA MELAYU PEMANGKIN PDPC
INTERAKTIF DI SEKOLAH

SYARIPAH ROZIAH BINTI SAYED HARUN
SMK Bentong, Pahang

[email protected]

Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang diterapkan dengan elemen Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sebagai satu alternatif bagi menarik minat dan meningkatkan
kefahaman terhadap mata pelajaran berkenaan. Penerimaan dan cabaran subjek bukan STEM
seperti Bahasa Melayu dalam menerapkan elemen STEM dalam PdPc sering diperdebatkan kerana
dianggap tidak bersesuaian. Berasaskan konsep Plan Do Check dan Action (PDCA), Panitia Bahasa
Melayu SMK Bentong telah menghasilkan satu Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) Bahasa
Melayu yang melibatkan semua murid Tingkatan 2 bagi membudayakan amalan pendidikan STEM
ini. PBL Bahasa Melayu yang dijalankan ini banyak memberi pengetahuan kepada guru-guru
Bahasa Melayu khususnya dalam mengaplikasikan elemen STEM dalam PBL walaupun latar
belakang subjek Bahasa Melayu tiada kaitan dengan subjek STEM. PBL Bahasa Melayu yang
menerapkan unsur STEM ini diharap dapat memberikan inspirasi dan mencetuskan idea-idea baru
dalam mempelbagaikan lagi kaedah PdPc bagi menarik minat murid terhadap sains dan teknologi.

Kata kunci: PdPc, PBL, STEM, Cabaran, Bahasa Melayu

KEBERKESANAN PSIKOMETRIK DALAM PENINGKATAN MINAT MURID TERHADAP
PDPC STEM DI SK SULAIMAN

NORHANIZA BINTI JOHAN
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Kebangsaan Sulaiman Bentong

[email protected]

Kemahiran guru adalah salah satu fokus utama di dalam Inisiatif Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik (STEM) untuk memacu minat dan kemahiran murid ke arah pendidikan berteraskan
elemen STEM. Tinjauan awal mendapati 31 orang murid kelas rintis Psikometrik STEM tidak
mengetahui minat dan kecenderungan mereka. Guru juga tidak dapat mengenal pasti bakat dan
kebolehan murid untuk diketengahkan sebagai perekacipta dan pempamer Project Based Learning
atau Problem Based Learning (PBL) STEM yang terbaik. Oleh itu Pentaksiran Psikometrik ini diguna
pakai untuk mengenal pasti kecenderungan murid di SK Sulaiman. Data dari Pentaksiran
Psikometrik ini telah membantu guru-guru merancang aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan
(pdpc) STEM yang lebih menarik dan berkesan sesuai dengan kecenderungan setiap murid.
Diharapkan melalui data Psikometrik ini akan terus membantu meningkatkan kualiti pdpc guru dan
minat murid terhadap STEM di SK Sulaiman.

Kata kunci : Psikomterik, STEM, SK Sulaiman, Pdpc, Kecenderungan

PBL STEM SAINS MENJANA PEMIKIRAN KRITIKAL DALAM KALANGAN MURID

NOR HAMIZAH BNTI NADZARI
Guru, SMK Bentong Pahang
[email protected]

Pembelajaran Berasaskan Projek PBL merupakan salah strategi pengajaran yang diperkenalkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merealisasikan pendidikan Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Kemenjadian murid SMK Bentong dalam bidang STEM
didapati masih di tahap rendah. Berasaskan konsep Plan Do Check dan Action (PDCA), PBL
dijadikan budaya dalam PdPc sains bagi memantapkan pendidikan STEM di sekolah. Justeru
melalui PBL STEM pemikiran kritikal dalam kalangan pelajar dapat dijana semasa menyelesaikan
masalah berbentuk dunia sebenar. Dapatan menunjukkan pembudayaan PBL telah dapat
membentuk generasi berpengetahuan tinggi dan berkeupayaan menghadapi cabaran teknologi
baharu yang diperlukan bagi revolusi industri 4.0.

Kata kunci: STEM, SMK Bentong, sains dan teknologi

PENGINTEGRASIAN STEM DALAM PROJECT BASED LEARNING
PEMANGKIN KEMENJADIAN MURID DAN GURU BERKUALITI

NAEMAN BIN MAT YATIM
Guru Penolong, SK Sulaiman, Bentong, Pahang

[email protected]

STEM merupakan pendidikan yang mengaitkan empat mata pelajaran iaitu Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik selaras dengan perkembangan sistem pendidikan terutamanya dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025). Sehubungan dengan itu,
keperluan murid menggabungkan kemahiran mereka bentuk dengan kemahiran abad ke-21
menggunakan 4K1N dalam menyiapkan tugasan dan dibimbing oleh guru berkualiti menjadi
keutamaan SK Sulaiman mencapai hasrat PPPM (2013-2025). Pengintegrasian STEM dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) menggunakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek
(Project Based Learning-PBL) atau Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem Based Learning-
PBL) telah berjaya menarik minat murid untuk mengikuti pdpc mata pelajaran STEM dengan
bimbingan guru berkualiti. Diharap guru-guru dapat meningkatkan kemahiran dan kebolehan dalam
pendekatan pdpc yang baru dengan kaedah pengintegrasian subjek dalam PBL juga meningkatkan
kemampuan murid menyelesaikan masalah dalam kehidupan sebenar murid-murid.

Kata kunci: Pengintegrasian STEM, PBL, kemenjadian murid

PBL STEM PEMANGKIN PENINGKATAN TAHAP PENGUASAAN MURID DALAM
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

Roslaili Binti Ismail
SMK Bentong Pahang

[email protected]

‘Project Based Learning’(PBL) Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) adalah satu
gabungan pendekatan pedagogi yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
melalui Kerangka Konsep PAK21 dengan pengintegrasian (STEM) dalam proses Pembelajaran
dan Pemudahcaraan (PdPc). Amalan pembudayaan Pendidikan STEM di SMK Bentong masih di
tahap sederhana yang menyebabkan tahap penguasaan murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD) juga sederhana. Justeru bagi membudayakan Pendidikan STEM di sekolah, salah satu
strategi PdP STEM telah diperkenalkan dengan melaksanakan PBL STEM ke atas pengintegrasian
pelbagai disiplin ilmu berdasarkan perungkaian kurikulum (Unpacking the curriculum). Pelaksanaan
PBL STEM yang berkesan berdasarkan amalan PBD dengan menggunakan instrumen Pentaksiran
Autentik yang menggabungkan pentaksiran sumatif dan formatif. Dapatan menunjukkan melalui
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)STEM berjaya menggalakkan murid memperoleh
pemahaman yang lebih mendalam serta dapat meningkatkan tahap penguasaan murid dalam
Pentaksiran Bilik Darjah(PBD).

Kata kunci: PBL, STEM, SMK Bentong, PBD

PENTAKSIRAN AUTHENTIK PBL PEMANGKIN MINAT MURID DAN GURU BERKUALITI
DALAM PDPC STEM DI SK SULAIMAN

NOR SAEMAH BINTI SATARI
Guru, SK Sulaiman, Bentong, Pahang

[email protected]

Pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian berdasarkan pencapaian sebenar yang
ditunjukkan oleh murid di dalam bilik darjah setiap hari. Pentaksiran ini meliputi pelbagai kriteria
merangkumi kefahaman, kemahiran, nilai atau sifat saintifik, penguasaan kandungan dan proses
penyelesaian masalah dalam mencungkil kepelbagaian potensi diri murid. Kriteria pentaksiran
authentik telah diagihkan kepada mata pelajaran yang terlibat dalam Project Based Learning (PBL)
bagi setiap tahun pembelajaran. PBL yang dijalankan telah berjaya menarik minat murid untuk
mengikuti pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) mata pelajaran STEM. Selain itu, guru juga
lebih fokus dan faham untuk menjalankan pentaksiran authentik berdasarkan agihan kriteria
berkaitan kaedah, instrumen dan eviden pentaksiran. Pelibatan murid yang aktif semasa pdpc bagi
mata pelajaran STEM diharapkan dapat memberi impak yang baik dalam usaha guru-guru untuk
memberi tahap penguasaan yang terbaik dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Kata kunci: Pentaksiran authentik, PBL, Tahap Penguasaan

KEMENJADIAN MURID DALAM PBL STEM BERASASKAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

Nik Hasliza bt Nik Hassan, Hamidah bt Ahmad dan Habibah bt Ja’afar
SMK Bentong Pahang

[email protected]

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran melalui pedagogi terpilih iaitu PBL STEM adalah
bertujuan untuk melahirkan modal insan unggul yang boleh berdepan dengan cabaran hidup masa
akan datang. Pentaksiran psikometrik (PPsi) adalah satu bentuk kaedah sistematik yang dapat
menggambarkan tret psikologi bagi murid. PPsi menggunakan instrument pentaksiran yang
mengukur kebolehan semula jadi (‘innate ability’) dan kebolehan yang diperolehi (‘acquired ability’)
daripada pengalaman dan persekitaran. Kajian ini bertujuan melihat keperluan agihan tugas PBL
STEM kepada murid berasaskan dapatan data psikometrik. Responden adalah terdiri daripada
murid Tingkatan 4. Agihan tugas adalah dibuat berdasarkan elemen Realistik, Investigatif, Artistik,
Sosial, Enterprising dan Konvensional. Dapatan data psikometrik menunjukkan peningkatan tahap
minat murid dalam pembelajaran dan kehadiran murid ke sekolah sepanjang murid terlibat dengan
PBL STEM.

Kata kunci : PBL STEM, Pentaksiran Psikometrik, instrument, tret

MENINGKATKAN MINAT MURID DALAM PDPC MELALUI AKTIVITI PEMBELAJARAN
BERASASKAN MASALAH (PROBLEM BASED LEARNING)

MOHD ZAKIYAMANI BIN RASLI
Sk Sulaiman, Bentong

[email protected]

Kajian ini dijalankan untuk melihat minat murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah atau problem based learning (PBL) di
bawah program pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan an Matematik (STEM). Seramai 29 orang
murid SK Sulaiman dari kelas 5 Al-Farabi telah terlibat dalam kajian ini yang dijalankan selama lapan
minggu pada tahun 2020. Kajian ini dilaksanakan bagi melihat sikap dan tingkah laku murid-murid
sebelum, semasa dan selepas sesuatu aktviti PBL dijalankan. Kajian ini dijalankan dalam dua
pendekatan iaitu secara kualitatif (pemerhatian) dan kuantitatif (ujian pra dan pos). Dapatan kajian,
menunjukkan murid-murid lebih berminat mengikuti aktiviti pembelajaran menggunakan kaedah PBL.
Kajian ini juga telah membuktikan keberkesanan PBL terhadap pembelajaran murid.

Kata kunci: STEM, Problem Based Learning, tingkah laku

‘COACHING AND MENTORING’ KE ARAH MEMACU TRANSFORMASI PDPC STEM

Habibah bt Ja’afar
SMK Bentong Pahang
[email protected]

Pendidikan di Malaysia sedang mengalami satu revolusi yang besar dalam pendekatan pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah. Perubahan ini adalah sebahagian daripada usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti
supaya ianya menepati keperluan semasa pendidikan di negara ini. Sehubungan dengan itu
amalan PdPc yang menggunakan pendekatan konservatif sebelum ini harus ditransformasikan
kepada PdPc STEM yang lebih menekankan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
yang selari dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0. Justeru SMK Bentong telah
melaksanakan intervensi dengan Middle Leaders Team (MLT) membimbing guru-guru dalam
menerapkan elemen-elemen STEM melalui inovasi bimbingan LID (Liputan Kurikulum, Integrasi,
Dunia Sebenar). Data-data dikumpukan melalui analisis dokumen SKPMg2 (Standard 4.1dan 4.6)
dan soal selidik. Responden adalah terdiri daripada 3 panitia yang menjalankan PBL STEM.
Dapatan kajian menunjukkan skor tahap tindakan bagi aspek Standard 4.1.1 telah meningkat ke
skor 4 begitu juga dengan Standard 4.6. Murid juga didapati melibatkan diri secara interaktif di
dalam pembelajaran. Bimbingan MLT yang berfokus ini juga menjurus kepada pembudayaan
pembangunan profesionalisme guru.

Kata kunci : PBL STEM, transformasi, skpmg2, Standard 4.1.1, Standard 4.6.1,

PEMBUDAYAAN ELEMEN STEM DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DI SK SULAIMAN

EN. ALHISAM BIN AHMAD
GPK Kokurikulum SK Sulaiman,Bentong

Penerapan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kokurikulum
adalah inisiatif SK Sulaiman mengintegrasikan elemen STEM dalam aktiviti kokurikulum selaras
dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu melahirkan modal insan berteraskan
bidang STEM. Sehubungan dengan itu, SK Sulaiman, telah memastikan penerapan elemen STEM
dalam kegiatan kokurikulum terlaksana dengan berkesan. Unit Kokurikulum SK Sulaiman telah
menghasilkan garis panduan untuk dilaksanakan oleh setiap Sub Unit Kokurikulum. Penerapan
elemen STEM dalam aktiviti kokurikulum ini telah dapat menarik minat murid terhadap bidang STEM
yang menjadi asas kepada pembudayaan pendididikan STEM di SK Sulaiman. Justeru penerapan
elemen STEM di dalam aktiviti kokurikulum ini diharap dilestarikan di SK Sulaiman dalam usaha
melahirkan murid yang mempunyai keupayaan untuk mengenal pasti, mengaplikasi dan
mengintegrasikan kemahiran, pengetahuan dan nilai STEM bagi menyelesaikan masalah dalam
kehidupan sebenar murid.

Kata Kunci : Elemen STEM, Kokurikulum, Budaya

PENERAPAN ELEMEN STEM DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM MEMANGKIN
KEMENJADIAN MURID

Ainul Aiza binti Karim
SMK Bentong Pahang
[email protected]

Husna binti Muhadzir
SMK Bentong Pahang
[email protected]

Kemenjadian murid menjadi salah satu fokus utama di dalam elemen TS25. Di dalam konsep ini,
peperiksaaan bukan lagi menjadi elemen utama sebaliknya pihak sekolah perlu menjalankan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD),
Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Psikometrik. Penerapan STEM
dalam kegiatan kokurikulum pula dilihat dari segi amalan STEM itu sendiri yang merangsang
kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) serta merentas bidang Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik. Penerapan elemen STEM di dalam aktiviti kokurikulum yang
dilaksanakan di SMK Bentong telah memberi impak positif dan melonjakkan kemenjadian murid.
Pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) dalam PAJSK menjadi kayu ukur kepada kemenjadian
murid SMK Bentong.

Kata kunci: PAJSK,STEM, GPS

PENERAPAN ELEMEN PENGINTERGRASIAN STEM DALAM KOKURIKULUM PEMACU
KEMENJADIAN MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SK SULAIMAN

AFFIEZA ZUANNA BINTI AZIZ
Guru Pendidikan Khas, SK Sulaiman, Bentong Pahang

[email protected]

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) merupakan subsistem dalam sistem Pendidikan
Malaysia, yang bertanggungjawab mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi
membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luar biasa. PPKI SK Sulaiman turut tidak
ketinggalan dalam mengorak langkah menuju ke arah sekolah yang membudayakan amalan Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), iaitu melalui pengintergrasian STEM dalam aktiviti
Kokurikulum. Tinjauan awal menunjukkan tahap pelibatan murid PPKI SK Sulaiman di dalam aktiviti
kokurikulum dalam pengintergrasian STEM pada tahap yang rendah. Justeru PPKI SK Sulaiman
telah memilih Program Berasaskan Projek dalam aktiviti kokurikulum sebagai intervensi selari
dengan Falsafah Pendidikan Khas Kebangsaan. Projek ini telah berjaya menarik minat murid PPKI
SK Sulaiman terhadap STEM. Diharap pengintegrasian elemen STEM dalam kokurikulum ini dapat
diperluaskan lagi kepada seluruh murid PPKI di serata Malaysia.

Kata kunci: STEM, Pendidikan Khas, kokurikulum

JAWATANKUASA

Penasihat: En. Shahrum bin Md. Saud
Pegawai Pendidikan Daerah Bentong

Pengerusi: En. Mohd Sauki bin Mohamed
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
(Sektor Pembelajaran)

Timbalan Pengerusi: En. Mohd Yusof bin Abdul Rashid
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pengurusan Sekolah

Naib Pengerusi I: En. Ahmad Zaki bin Hussain
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembangunan Murid

Naib Pengerusi II: En. Badrizaman bin Hussin
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Perancangan

Koordinator : Pn. Norani bt Mohd Ludin
Pegawai SIPartners+

Setiausaha : En. Ahmad Hazali Bin Abdullah
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
(Pegawai Meja TS25)

Penolong Setiausaha: En. Mazlan bin Mamat
Pegawai Sisc+
(Pegawai Meja STEM)

Pegawai Perhubungan Dr. Kunalan a/l Kuriaya
IAB: Institut Aminuddin Baki
Cawangan Genting Highlands

JAWATANKUASA
PELAKSANA

JK Pendaftaran , Sijil dan JK Kertas Pembentangan
Cenderamata Unit TVET
Pn. Nurakhmar bt Mohamed Azhar YBrs. Dr. Jamelaa Bibi binti Abdullah
PPPD Sektor Pembelajaran (IABCGH)
Pn. Rozeelizawati binti Zainal Abidin YBrs. Dr. Norazizah binti Abd Rahman
PPPD Sektor Pembelajaran (IABCGH)
En. Mohd Razi bin Zulkifli YBrs. Dr. Mohd Huzairi bin Mohd Sani
PPPD Sektor Pembelajaran (IABCGH)

JK Teks Ucapan dan Kata Alu-aluan JK Moderator
Cik Azila bt Abd Razi Tuan Haji Mohd Rosli bin Mujni
PPPD Sektor Pembelajaran Pengetua SMK Seri Pelangai
En. Mohd Zamri bin Basri En. Ahmad Saifulzaman bin Abdul Rahim
PPPD Sektor Pembelajaran Guru Besar SK Bukit Piatu
Pn. Azalida binti Mohamed Adib Pn. Rohani binti Abu Bakar
PPPD Sektor Pembelajaran Pengetua SMK Sulaiman
Pn. Mawar binti Ibrahim
JK Rumusan dan Pembentangan Guru Besar SK Kampung Sertik
Kolokium
Pn. Hayati bt Mohamad JK Latar Layar dan Promosi
Pn. Ainon binti Semion En. Mohd Rizal bin Rasli
Pn. Norazlina binti Aris PPPD Sektor Perancangan
Pegawai Sisc+ En. Badrul Hisyam bin Baharudin
PPPD Sektor Pengurusan Sekolah
JK Buku Program E-BOOK Pelajar Praktikal PPD Bentong
En. Shamsul Rizal bin Ramli
PPPD Sektor Pembelajaran Pengacara Majlis dan Bacaan Doa
En. Wan Mohd Hanif bin Wan Daud En. Zainal bin Abdullah
PPPD Sektor Pengurusan Sekolah PPPD Sektor Pembelajaran
En. Zul-Hasyimi bin Mohamed Yunus
JK Laman Sesawang, Teknikal, TMK PPPD Sektor Pembelajaran
dan Multimedia
En Ahmad Kamil b. Baharuddin
En. Muhd Nain bin Mohd Zin
PPPD Sumber dan Teknologi

SEKALUNG BUDI

Jawatankuasa Pelaksana Kolokium Pemerkasaan TS25
Melalui Pembudayaan Pendidikan STEM Tahun 2021
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada:

Pengarah Pendidikan Negeri Pahang
Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands

Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Pensyarah-pensyarah IABCGH
Pegawai-pegawai PPD Bentong
Pengetua SMK Bentong
Guru Besar SK Sulaiman

Guru-guru SMK Bentong dan SK Sulaiman
Peserta-peserta kolokium

serta semua pihak yang turut memberi sumbangan dan kerjasama
sama ada secara langsung atau tidak bagi menjayakan kolokium ini.


Click to View FlipBook Version