The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by joharinabila95, 2021-09-14 08:26:41

HUBUNGAN AKIDAH DENGAN MASALAH SOSIAL

HUBUNGAN AKIDAH DENGAN MASALAH SOSIAL

HUBUNGAN AKIDAH DENGAN MASALAH SOSIAL ( AA1 )

PERKATAAN MASALAH

-Merujuk kepada suatu keadaan,situasi atau pengalaman yang boleh memberi kesan kepada
ketidakseimbangan seseorang individu dari:

• Aspek tindakan
• Emosi
• Pemikiran
• Fizikal

PERKATAAN SOSIAL

-adalah lebih sekadar jumlah manusia secara individu kerana mereka terlibat dalam
berbagai kegiatan bersama.

DEFINISI MASALAH SOSIAL

-masalah sosial ditakrifkan sebagai satu kemelut sosial dan kekeliruan yang timbul dalam
kalangan remaja akibat daripada:

• Perkembangan sosial
• Perkembangan teknologi
• Perkembangan ekonomi

-masalah sosial juga dapat diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan
moral individu.

-masalah sosial merupakan satu perbuatan yang membabitkan tindakan negatif yang
menjejaskan kredibiliti dan maruah diri,masyarakat,agama,keluarga dan juga komuniti.

CIRI-CIRI REMAJA YANG BERPOTENSI TERLIBAT DENGAN MASALAH SOSIAL

• Remaja yang sering dipukul oleh ibu bapa
• Keadaan keluarga yang tidak berfungsi dengan baik
• Remaja yang hidup bebas tanpa bimbingan atau pengawasan keluarga
• Remaja yang ingin melakukan perkara-perkara baru sehingga tidak mempedulikan

jika ianya baik atau tidak baik.
• Mereka merasakan apa yang dilakukan tidak salah dimata mereka
• Remaja yang bergaul dengan rakan-rakan yang tidak baik
• Remaja yang merasakan dirinya telah dewasa
• Remaja yang cenderung melakukan hal-hal yang diperkatakan sebagai dewasa

seperti merokok,minum arak,melakukan seks dan lain-lain.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

1. Ibu bapa gagal memainkan peranan,kurang meluangkan masa Bersama anak-anak.
2. Pengaruh rakan sebaya
3. Memiliki sifat ingin tahu dan keinginan untuk mencuba sesuatu baharu
4. Masalah emosi dalam kalangan remaja
5. Pengaruh media massa
6. Kurang didikan agama

HUBUNGAN GEJALA SOSIAL DENGAN AKIDAH

Akidah yang mantap akan melahirkan insan berakhlak mulia sekaligus akan menjauhkan
seseorang daripada terjebak kepada gejala sosial .Sebaliknya akidah yg lemah akan
menyebabkan manusia akan terjebak ke arah maksiat.

CONTOH MASALAH SOSIAL

• Zina
• Merompak
• Meragut
• Merempit
• Membuli

CARA MENGATASI MASALAH SOSIAL

• Ibu bapa mesti memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak
• Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri anak -anak
• Sekolah haruslah menyediakan sesi kaunseling untuk pelajar yang bermasalah

PENUTUP

Sebagai seorang remaja yang bertanggungjawab remaja haruslah menjauhkan diri daripada
masalah sosial. Akhir kata untuk mengatasi masalah sosial ini daripada terus menular,pihak-
pihak yang terlibat harus berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing.


Click to View FlipBook Version