INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK JALAN BAKAM 98000 MIRI SARAWAK PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP] AMBILAN OGOS 2024 - JULAI 2029 BAHASA MELAYU [SJKC] PENTAKSIRAN BERTERUSAN GISC1082 ISU SEMASA DAN CABARAN MASA DEPAN TUGASAN 2 PENULISAN (INDIVIDU) NAMA : AUDREY KONG SIAU JING ANGKA GILIRAN : 2024022310004 NO. KAD PENGENALAN : 060129130012 KUMPULAN/ UNIT : PPRBMM2-1 KOD DAN NAMA KURSUS : GISC1082 ISU SEMASA DAN CABARAN MASA DEPAN NAMA PENSYARAH : DR. NARAWI BIN ABU BAKAR TARIKH HANTAR : 20 MAC 2025 PENGAKUAN PELAJAR MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH :
2 SOALAN TUGASAN TUGASAN 2: PENULISAN (40%) "Mereka yang tidak berintegriti memiliki kekuatan fizikal dan akal yang lemah kerana mudah tertipu dan mudah dipengaruhi oleh pegawai-pegawai yang ingin mengambil kesempatan atas kelemahan mereka. Sikap tidak amanah pada kerja, tidak adil, tidak bertanggungjawab dan tidak ambil peduli tentang akibat buruk dari perbuatan rasuah adalah sikap mereka yang tidak berintegriti. Tanpa integriti, maka hilanglah urus tadbir yang baik seterusnya menyebabkan jenayah rasuah terus berleluasa serta tiada kawalan dalam organisasi tersebut. Perbuatan tidak berintegriti ini bukan sahaja akan merosakkan imej individu bahkan akan mencemarkan imej negara.” (Azman Ab Rahman et al., 2022). Berdasarkan petikan di atas, secara individu, anda dikehendaki memperincikan satu isu global atau cabaran yang dihadapi Malaysia dan merangka pelan penyelesaian untuk menanganinya melalui penulisan esei. Aspek KPBB: Pemikiran kritis, komunikasi dan kreativiti. Panduan Pelaksanaan Tugasan 2 (Penulisan) 1 . Anda dikehendaki memilih salah satu isu atau cabaran yang dihadapi oleh Malaysia berdasarkan Maklumat Kursus GISC1082. 2. Penulisan esei mengikut format berikut: • Font Arial • Saiz huruf 1 1 • Langkau 1.5 baris • Panjang esei anda ialah 1200 patah perkataan. 3. Esei dalam bentuk softcopy dipersembahkan dalam bentuk f/ipbook dengan menggunakan kemahiran teknologi Digital Tools Resources. Pautan flipbook tersebut perlu dimuat naik di Google Classroom GISCI 082. 4. Pentaksiran Berterusan berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah. 5. Penulisan dan sumber rujukan perlu mengikut format American Psychological Association (APA) 7.0 yang terkini. Rujukan harus merangkumi jurnal, buku rujukan dan sumber internet. 6. Pemberatan markah bagi Tugasan 2 ialah 40% 7. Tarikh penghantaran : 20 Mac 2025
3 ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 4 2.0 PUNCA AMALAN RASUAH 5 3.0 CABARAN MENANGANI RASUAH DI MALAYSIA 6 4.0 IMPLIKASI AMALAN RASUAH TERHADAP NEGARA 7 5.0 LANGKAH- LANGKAH MENGHADAPI ISU RASUAH 8 6.0 RUMUSAN 9 7.0 RUJUKAN 10-11
4 1.0 PENGENALAN Pada era globalisasi, rasuah dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin berleluasa dalam sektor awam atau swasta. Walaupun Kerajaan telah mengambill heterogen inisiatif bagi membanteras isu ini, namun ia masih gagal dikawal sepenuhnya. (Azman Ab Rahman, et al., 2023). Rasuah boleh ditakrifkan sebagai pemberian atau penerimaan suapan sebagai ganjaran atau dorongan kepada seseorang individu untuk melaksanakan atau mengabaikan sesuatu tindakan yang berkaitan dengan tugas rasminya. Contoh suapan ialah hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah dan diskaun. Menurut Siti Normala Hamzah, et al. (2020), budaya rasuah boleh dianggap sebagai barah (Md Zyadi, Sanep & Mohd Hafiz, 2008) yang boleh menjatuhkan sesebuah bangsa dan negara. Contoh peristiwa ialah seorang pegawai polis telah menerima wang daripada pihak yang melanggar undang-undang bagi mengelakkan hukuman diambil terhadap mereka.
5 2.0 PUNCA AMALAN RASUAH Perkara dominan yang perlu diambil perhatian sebelum menghasilkan cara yang terbaik adalah dengan mengenal pasti punca sesuatu perbuatan itu berlaku. Antara faktornya ialah peluang yang wujud. Rasuah berlaku apabila terdapat peluang yang dicipta. Tamsilnya, apabila pihak pertama memerlukan sesuatu dan pihak kedua menyedarinya, peluang rasuah pun terbuka. Menurut Profesor John Hogarth, sifat tamak manusia mendorong mereka untuk memberi dan menerima rasuah demi memenuhi kehendak yang melebihi keperluan asas. Berdasarkan teori segitiga fraud oleh Donald R. Cressey, peluang rasuah wujud apabila terdapat kelemahan dalam kawalan dalaman, tiada pemantauan, tiada pengasingan tugas dan penggunaan kuasa budi bicara serta prosedur yang mempunyai sistem tapisan yang banyak, seperti dalam urusan pejabat tanah. (Azman Ab Rahman, et al., 2022). Keadaan ini menggalakkan amalan rasuah sebagai jalan pintas, terutamanya apabila kedua-dua pihak saling bekerjasama demi kepentingan masing-masing. Pada 1 Januari 2013, gaji minimum di Malaysia telah berkuatkuasa dengan kadar kenaikan gaji di Malaysia adalah yang rendah di rantau ini (Izzat Azhar, et al., 2018). Sudah terang lagi bersuluh masalah gaji yang rendah telah menyebabkan amalan rasuah semakin berkembang di negara kita. Menurut penemuan Pelan Antirasuah Nasional, tahap risiko amalan rasuah di sektor awam lebih tinggi daripada sektor swasta. Hal ini demikian kerana, pekerja di sektor awam suka membandingkan gaji mereka dengan gaji pekerja sektor swasta dan menganggap gaji mereka tidak setimpal dengan hasil kerja mereka. Tambahan lagi, faktor lain yang menyebabkan seseorang mudah menerima rasuah adalah semasa mereka menghadapi tekanan kewangan dan tekanan kerja. Melalui kajian, Sebanyak 26 peratus daripada pekerja dewasa di Malaysia mengalami tekanan kewangan pada pelbagai tahap dan 65 peratus di antara mereka mengatakan bahawa tekanan kewangan mempengaruhi prestasi kerja (Harian Metro, 2024) .Tekanan ini biasanya berlaku disebabkan oleh sesebuah syarikat yang menentukan sasaran pencapaian yang terlalu tinggi atau kurang realistik di mana perlu dicapai walau dengan apa cara sekalipun. Kesannya, rasuah dijadikan salah satu jalan untuk mendapatkan projek agar mencapai sasaran yang diingini oleh industri.
6 3.0 CABARAN MENANGANI RASUAH DI MALAYSIA Pada masa kini, dunia mengalami perubahan pesat seiring dengan perkembangan teknologi moden. Variasi inovasi dan ciptaan berteknologi tinggi telah dihasilkan, mendatangkan kesan kepada kemajuan teknologi moden yang membawa dunia menuju ke alaf baru (Naquiah Nahar, et al.,2017). Ini telah menjadi salah satu cabaran pihak berkuasa memerangi rasuah kerana kegiatan rasuah menjadi semakin kompleks dan rumit serta sukar dikesan. Misalnya, perbankan dalam talian dan mata wang kripto memudahkan transaksi secara rahsia serta pelaku rasuah boleh menyembunyikan identiti menggunakan aplikasi penyulitan dan VPN. Cabaran lain yang dihadapi oleh kerajaan dalam menangani rasuah ialah campur tangan serta kurangnya kerjasama daripada ahli politik. Campur tangan ini sering berlaku dalam proses membuat keputusan, terutamanya dalam perbincangan yang melibatkan perolehan, pelantikan pekerjaan, dan sistem perundangan. Keadaan ini telah menghalang pencapaian keadilan yang sewajarnya serta menyukarkan usaha membendung kes rasuah. Sebagai contoh, terdapat ahli politik yang mungkin melindungi individu tertentu demi kepentingan peribadi atau parti, sekali gus menghalang tindakan tegas diambil terhadap kes rasuah. Kepercayaan terhadap kerajaan merujuk kepada sokongan padu rakyat terhadap pemimpin, dasar, jentera kerajaan dan pelaksanaan dasar dan projek oleh kerajaan yang memerintah. (Muhamad Ali Embi, et al., 2007). Cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan bagi membanteras gejala ini ialah kurang sokongan dan keyakinan daripada orang awam. Contohnya, kes-kes rasuah yang berprofil tinggi sentiasa gagal dijatuhkan hukuman yang setimpal menyebabkan orang awam enggan melaporkan kes rasuah kerana kepercayaan masyarakat terhadap agensi yang membanteras rasuah telah luntur.
7 4.0 IMPLIKASI AMALAN RASUAH TERHADAP NEGARA Masalah rasuah selalu berlaku dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia dan memberi implikasi yang negatif kepada negara terutamanya ekonomi (Cyril Cristianson Hildi, et al., 2023). Amalan ini telah mendatangkan kesan yang buruk kepada individu , masyarakat dan negara. Menurut Nor Najdah Ab Rahman (2008), kesan rasuah terhadap individu dari sudut agama menyatakan individu tersebut adalah berdosa dan tidak diredhai Allah S.W.T di dunia dan akhirat. Kehidupan individu akan menjadi kucar-kacir disebabkan oleh tekanan dan kehidupan yang tidak aman. Dari segi sosial, individu yang terlibat dalam rasuah akan dipandang rendah oleh masyarakat sehingga kehilangan maruah diri. Dari segi ekonomi, mereka mungkin kehilangan pekerjaan dan pendapatan serta menjejaskan kestabilan kewangan. Amalan rasuah membawa pelbagai kesan negatif terhadap masyarakat. Ketidakadilan akan berlaku apabila hak-hak individu tertentu diketepikan, menyebabkan mereka tidak mendapat peluang yang sepatutnya. Selain itu, penyelewengan sumber yang sepatutnya digunakan untuk Kebajikan golongan fakir miskin akan membebankan mereka. Dalam jangka panjang, masyarakat yang mengamalkan rasuah akan kehilangan kemahiran kerana peluang diberikan berdasarkan sogokan, bukan kebolehan. Amalan rasuah memberi kesan buruk terhadap negara dalam pelbagai aspek. Dari segi politik, kestabilan negara akan terjejas apabila pemimpin yang lebih mementingkan kepentingan peribadi berbanding rakyat. Dari segi ekonomi, jika wang hasil rasuah mengalir ke luar negara akan menyebabkan kehilangan pertukaran wang asing dan modal yang akhirnya membawa kemerosotan ekonomi serta menjejaskan kesejahteraan rakyat.
8 5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI ISU RASUAH Usaha menangani isu rasuah perlu mengurangkan peluang dan kecenderungan kepada perlakuan rasuah dengan melaksanakan strategi yang menyeluruh (Izawati Wook,et al. , 2022). Antara inisiatifnya ialah memberikan pendidikan kepada masyarakat mengenai bahaya rasuah. Pendidikan antirasuah harus diterapkan sejak bangku sekolah supaya generasi muda memahami kesan buruk rasuah dan membentuk nilai integriti dalam kehidupan mereka. Contohnya ceramah, seminar, serta kempen kesedaran boleh diadakan di institusi pendidikan supaya nilai integrtiti menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat. Kempen kesedaran juga perlu diperluaskan melalui media massa bagi memastikan masyarakat lebih peka terhadap isu ini. Selain itu, penguatkuasaan undang-undang yang tegas amat penting untuk menangani rasuah. Pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bertindak secara bebas dan telus dalam menjalankan siasatan serta mengenakan hukuman yang setimpal kepada pesalah. Hukuman yang lebih berat boleh menjadi amaran dan langkah pencegahan yang berkesan supaya tiada sesiapa yang berani melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan. Di samping itu, kerajaan perlu memastikan gaji dan elaun yang diberikan kepada pekerja, khususnya penjawat awam, adalah berpatutan. Gaji yang mencukupi dapat mengurangkan kecenderungan mereka untuk terlibat dalam rasuah demi menampung keperluan hidup. Pemberian insentif kepada pekerja yang menunjukkan prestasi cemerlang dan berintegriti boleh menjadi motivasi untuk mereka terus menolak amalan rasuah. Akhir sekali, masyarakat perlu mengamalkan budaya bebas rasuah dengan menolak sebarang bentuk sogokan. Nilai integriti dan ketelusan harus diterapkan dalam setiap urusan harian agar amalan rasuah dapat dihapuskan sepenuhnya. Setiap individu harus berani melaporkan sebarang kegiatan rasuah kepada pihak berkuasa dan tidak cenderung dengan amalan yang tidak beretika ini.
9 6.0 RUMUSAN Konklusinya, rasuah secara umumnya berasal dari perkataan arab iaitu yang berbunyi al-risywah. Dalam Al- Quran ia merupakan salah satu perbuatan yang boleh dianggap sebagai satu jenayah, batil dan amatlah tidak boleh di dalam Islam (Sarah Dina Mohd Adnan & Mohd Adib Ismail, 2013). Oleh itu, usaha membanteras rasuah memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk kerajaan, pihak berkuasa, majikan, dan rakyat. Sebuah negara yang bebas rasuah bukan sahaja dapat meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan, tetapi juga menarik lebih banyak pelaburan dan memastikan pembangunan negara berjalan dengan lancar. (1237 PATAH PERKATAAN)
10 7.0 RUJUKAN Ahmad Izzat Azhar, Nurza Mohamed Yusoff & Shuhaimi Jaafar. (2018). Gaji Minima: Impak Terhadap Motivasi, Prestasi dan Produktiviti Kerja Dalam Kalangan Industri Kecil Sederhana. https://www.researchgate.net/publication/354067303_Gaji_Minima_Impak_Terhadap_Motiv asi_Prestasi_dan_Produktiviti_Kerja_dalam_Kalangan_Industri_Kecil_Sederhana Azman Ab Rahman, Nur Wahida Lokman, Lutfi Mohamed Zain, Syed Mohd Najib Syed Omar & Setiyawan Gunardi. (2022) . Analisis Faktor-Faktor Gejala Rasuah Dan Cabaran Menanganinya Di Malaysia. Malaysian Journal of Syariah and law. 10(1) , 90-97. https://doi.org/10.33102/mjsl.vol10no1.387 Ab Rahman, A., Abd. Aziz, M. Y. . ., Salleh, A. Z., & Kamarulzaman, A. N. (2023). Gejala Rasuah Dan Implikasi Terhadap Masyarakat Malaysia Menurut Perspektif Syarak.Journal of Fatwa Management and Research, 28(2), 87–103. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol28no2.538 Cyril Cristianson Hildi, Cornelius Blaun anak Daniel, Muhammad Aqil Danish Bin Mohd Suffian, Isyraf Haziq Bin Md Parid, & Muhammad Hanif Irfan Bin Haszreiman. (2023). Kesan Rasuah terhadap Negara: Kajian Rintis daripada perspektif Mahasiswa UTHM. Human Sustainability Procedia, 3(1), 97-105. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/12415 Izawati Wook, Arti Fahmi Md Yusof & Hasnah Hj. Haron (2022). Rasuah dan integriti dalam pentadbiran awam di Malaysia. Voice of Academia, 41-58. Kamus Dewan Edisi Keempat (2023). Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhamad Ali Embi, Abdul Rahman Abdul Aziz & Norapiah Abd. Rahman (2007). Analisis kepercayaan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan. Journal of ethics, legal and governance, 3, 1-25. https://myjurnal.mohe.gov.my/public/article-view.php?id=71970
11 Naquiah Nahar, Sahrunizam Sangi, Dharsigah A/P Baniear Salvam , Nurhidayu Rosli & Abdul Hafiz Abdullah. (2018). Impak Negatif Teknologi Moden dalam kehidupan dan perkembangan kanak-kanak hingga usia remaja. International Journal of Islamic and Civilizational Studies.5(1), 87-99. https://rb.gy/rl8iqi Sarah Dina Mohd Adnan & Mohd Adib Ismail (2013). Impak Rasuah kepada pertumbuhan ekonomi. Falkuti Ekonomi dan Pengurusan. 1, 246-253. https://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVIII/PKEM2013_1E4.pdf Siti Normala Hamzah, Mohamad Saleeh Rahamad@Ahamad & Md Azalanshah Md Syed. (2020). Rasuah Dan Salah Guna Kuasa: Protes Sosial Rahim Razali Dalam Matinya Seorang Patriot. 15(2), 26 – 47. https://myjurnal.mohe.gov.my/public/article-view.php?id=216147 Tekanan Kewangan jejas prestasi kerja. (2024, Julai 9). Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/bisnes/2024/07/1109235/tekanan-kewangan-jejas-prestasi-kerja