DIORAMA KRAF PERKHEMAHAN
BUKU SKRAP
DIORAMA KRAF PERKHEMAHAN
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI KELAMBU
NAMA AHLI KUMPULAN : 1. AUFA BINTI AHMAD FAIDZ
2. NURUL NADIA BINTI NORHAKIMI
NAMA GURU : 3. AHMAD SAIF FARHI B. AHMAD
FAIDZ
AHMAD FAIDZ BIN AHMAD FUAD
1
DIORAMA KRAF PERKHEMAHAN
PRAKATA
Syukur ke hadrat Allah S.WT kerana dengan limpah kurnianNya maka buku ini telah dapat
disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan
Dalam menyediakan buku ini, pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi
sebelum dapat menghasilkan sebuah buku skrap ini. Buku ini menerangkan mengenai
proses penghasilan diorama kraf perkhemahan yang telah dihasilkan.
Selain itu,diceritakan juga mengenai fungsi gajet-gajet yang dihasilkan dalam diorama kraf
perkhemahan ini.
2
DIORAMA KRAF PERKHEMAHAN
SENARAI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
Objektif kajian 4
Pendahuluan 5
Maksud Gajet, Tujuan Gajet , Jenis-jenis Gajet 6
Asas Pembinaan Gajet 7
Bahan – bahan yang digunakan 8
Gajet yang digunakan 9-11
Kesimpulan 12
3
DIORAMA KRAF PERKHEMAHAN
OBJEKTIF
1. Menilai tahap pengetahuan dan kemahiran murid dalam penglibatan mereka dalam
aktiviti kokurikulum pasukan badan beruniform.
2. Memperkukuhkan pengetahuan murid melalui topik-topik yang telah dipelajari dalam
aktiviti kokurikulum pasukan badan beruniform.
3. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari semasa menyertai
aktiviti kokurikulum pasukan badan beruniform dalam kehidupan seharian.
4. Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam
kalangan murid.
4
DIORAMA KRAF PERKHEMAHAN
PENDAHULUAN
Aktiviti kokurikulum pasukan badan beruniform merupakan satu elemen penting
yang seiring dengan pembinaan kurikulum pelajar di sekolah-sekolah. Aktiviti kokurikulum
pasukan badan beruniform yang disertai oleh murid dapat membentuk semangat
berdisiplin, kerjasama, amanah dan berdedikasi, berkayakinan, bertanggungjawab,
kemahiran berinteraksi di samping “skill” survival kehidupan serta keprihatinan dalam
memenuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan. Antara aktiviti kokurikulum adalah aktiviti
perkhemahan.
Semasa kita menjalankan aktiviti perkhemahan , kita sentiasa didedahkan dengan
pembuatan gajet. Pembinaan gajet dilakukan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di
sekita kawasan perkhemahan. Tujuan gajet dibina adalah untuk memudahkan aktiviti
sepanjang perkhemahan.
Dalam buku skrap ini, kami akan kongsikan beberapa gajet yang kami bina serta
fungsinya dalam memudahkan aktiviti perkhemahan kita.
Aktiviti perkhemahan adalah merupakan di antara aktiviti yang menarik dan diminati
oleh sebahagian besar pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum khususnya ahli-ahli
Unit Beruniform seperti Pengakap. Apabila kita melakukan aktiviti perkhemahan, beberapa
perkara harus diberi perihatian serius dan dilaksanakan secara terancang dan selamat
antaranya;
I. kaedah menyimpan dan menyusun kelengkapan makan dan minum seperti
pinggang, cawan, sudu dan garfu, kuali dan sebagainya.
II. Kekemasan susunan kasut dan peralatan perkhemahan seperti cangkul,
pencakar dan seumpamanya
III. Tempat makan dan menyidai pakaian dan papan kenyataan. Susunan dan
penyimpanan peralatan dan bahan perkhemahan boleh dibuat dan
disediakan dengan membina atau membuat rak dan penyangkut daripada
bahan-bahan yang ada di sekitar kawasan perkhemahan seperti pokok buluh,
pokok bertam, anak-anak kayu, rotan,daun nipah/rumbia dan
sebagainya.Dengan demikian, segala peralatan dan bahan perkhemahan
terutamanya makanan akan tersusun rapi dan kemas walaupun kita berada di
kawasan perkhemahan.
5
DIORAMA KRAF PERKHEMAHAN
MAKSUD GAJET
i. Gajet – menurut kamus Komprehensif Bahasa Melayu ia bermaksud alat atau mesin
yang kecil.
ii. Gajet – binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan sekitar perkhemahan dan
dicantum/dikukuhkan menggunakan tali/pengikat bagi menggantikan perabot rumah
di tapak perkhemahan.
TUJUAN GAJET
i. Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan,
pakaian dan maklumat di tapak perkhemahan.
ii. Melindungi makanan dari tercemar.
iii. Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam.
iv. Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat.
v. Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan.
vi. Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan.
vii. Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera.
JENIS-JENIS GAJET
i. Gajet tempat kasut.
ii. Gajet ampaian pakaian
iii. Gajet pintu gerbang dan jambatan
iv. Gajet tiang bendera
v. Gajet papan kenyataan
vi. Gajet makanan
vii. Gajet penyangkut periuk dan cerek untuk masak
viii. Gajet tempat menyimpan bahan-bahan masakan seperti kicap, cuka dan
sebagainya.
ix. Gajet tempat peralatan seperti cangkul, parang, pencakar, tukul dsb.
x. Gajet pagar dan sebagainya
6
DIORAMA KRAF PERKHEMAHAN
ASAS PEMBINAAN GAJET
Pengetahuan mengetahui dan memahami jenis-jenis gajet dan teknik pembuatan
mengenali jenis-jenis bahan-bahan – pokok buluh, bemban, rotan, bertam, enau, nibong,
resam dsbnya. Kemahiran menggunakan peralatan mengetahui dan mahir menggunakan
parang, gergaji, pengali cara memotong dan membelah bahan seperti buluh dan daun
bertam meraut buluh menggunakan parang atau pisau Kemahiran ikatan dan simpulan
mahir membuat ikatan dan simpulan sekurang-kurangnya ikatan asas seperti manuk,
seraya, silang tungku, silang gunting, lilit pasdul, lilit balak, lilit tindih kejap, ikatan pengail,
lilit kacang/ular, ikatan serong dan lain-lain mahir menyesuaikan ikatan dengan binaan
gajet yang dibuat kemahiran ikatan dan simpulan tidak sekadar menggunakan tali semata-
mata, bahan lain juga boleh digunakan seperti rotan, bemban, kulit kayu dsbnya.
7
DIORAMA KRAF PERKHEMAHAN
BAHAN – BAHAN YANG DIGUNAKAN
Kebanyakkan bahan-bahan yang kami gunakan adalah bahan kitar semula
yang diambil daripada bahan terpakai dari rumah. Antara bahan-bahan yang
kami gunakan :-
1. Lidi satay
• untuk binaan gajet seperti pintu gerbang, tiang bendera , Menara
tinjau, jambatan , papan kenyataan serta para makanan.
2. Span basuh pinggan
• digunakan untuk membuat dedaun pokok.
3. Baju terpakai
• digunakan untuk dijadikan papan kenyataan.
4. Surat khabar lama
• digunakan untuk membuat batang pokok.
5. Tanah liat
• digunakan untuk membuat alat memasak serta ikan di dalam
sungai.
6. Benang
• digunakan untuk mengikat batang satay menjadi gajet yang
dikehendaki.
7. Gam
• Sebagai pelekat untuk melekatkan komponen-komponen binaan.
8
DIORAMA KRAF PERKHEMAHAN
GAJET YANG DIBINA
1. Pintu gerbang
• Pintu gerbang berfungsi sebagai pintu masuk utama ke Kawasan
perkhemahan. Pintu gerbang juga digunakan untuk mengawal aktiviti keluar
masuk ke kawasan perkhemahan.
2. Menara Tinjau
• Digunakan sebagai tempat meninjau bagi anggota perkhemahan yang
bertugas untuk mengawal keselamatan tapak perkhemahan.
9
DIORAMA KRAF PERKHEMAHAN
3. Jambatan
• Jambatan digunakan sebagai penghubung laluan di tapak perkhemahan
sekiranya dipisahkan oleh sungai.
4. Para Alatan Memasak
• Para alatan memasak dapat digunakan oleh anggota perkhemahan untuk
meletakkan alatan memasak serta bahan-bahan untuk dimasak.
10
DIORAMA KRAF PERKHEMAHAN
5. Tiang bendera
• Tiang bendera digunakan untuk menggantung bendera. Tiang bendera juga
boleh dijadikan mercu tanda tempat berkumpul anggota perkhemahan.
6. Papan kenyataan
• Papan kenyatan penting untuk menyampaikan maklumat kepada anggota
perkhemahan. Maklumat yang penting seperti jadual tugasan, tentatif aktiviti
sepanjang perkhemahan serta lain-lain lagi.
11
DIORAMA KRAF PERKHEMAHAN
KESIMPULAN KAJIAN
Penghasilan gajet semasa menjalankan aktiviti perkhemahan dapat membantu kita
dalam kelancaran aktiviti sepanjang perkhemahan. Setiap gajet mempunyai kefungsian
serta cara membuatnya yang berlainan.
Diharap dengan penghasilan buku skrap ini, kami dapat berkongsi pengetahuan
mengenai perkara-perkara penting tentang maklumat gajet semasa kita menjalankan
aktiviti perkhemahan. Semoga buku skrap ini memberi manfaat kepada kita semua.
12