- 0 - SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BUNGA 17030 PASIR MAS KELANTAN Perasmian oleh : YBrs. EN. KAMAL RUZAMAN BIN HASAN KETUA PENOLONG PENGARAH HAL EHWAL MURID, SEKTOR PEMBANGUNAN MURID Tarikh : 26 JUN 2024 ( RABU ) 2.00 PETANG Tempat : DEWAN HAJI YAACOB
- 1 - ISI KANDUNGAN Perkara Muka surat 1. Susunan Aturcara Majlis 2 2. Notis dan Jemputan Mesyuarat Agung PIBG ke-51/2024 3 3. Agenda Mesyuarat 4 4. Peringatan Mesyuarat Agung ke -50/2023 5 - 8 5. Minit Mesyuarat Agung PIBG ke -50/2023 9 - 12 6. Laporan Tahunan PIBG 2023 13 7. Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2023 14 8. Laporan Akademik 2023 15 9. Laporan Hal Ehwal Murid 2023 16 10. Laporan Kokurikulum 2023 17 11. Usul – Usul Yang Diterima 18 12. Senarai Nama Guru dan Kakitangan 2024 19 13. Ahli Jawatankuasa Pengelola Mesyuarat Agung PIBG 20 14. Penghargaan 21 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BUNGA 17030 Tendong, Pasir Mas Kelantan E-mail : [email protected]
- 2 - SUSUNAN ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG BILANGAN KE -51/2024 TARIKH : 26 JUN 2024 ( RABU ) MASA : 2.00 PETANG TEMPAT : DEWAN HJ YAACOB SK.TANJONG BUNGA 2.00 Petang : Pendaftaran kehadiran Ibu Bapa dan Penjaga. 2.30 Petang : Ketibaan : Tuan Guru Besar,YDP PIBG,NYDP PIBG : AJK PIBG dan Guru SK.Tanjong bunga : Yang Berusaha Encik Kamzi Bin Hamzah (Penolong PPD P.Mas Sektor Perancangan,RPS SK.Tanjong Bunga) : Yang Berusaha Encik Kamal Ruzaman Bin Hasan (Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid,Sektor Pembangunan Murid JPN) : Bacaan Doa : Persembahan Murid 1 3.00 Petang : Ucapan Aluan Tuan Guru Besar Yang Berusaha Encik Mohd Zainuddin Bin Ismail : Ucapan Yang Dipertua PIBG Yang Berbahagia Encik Othman Bin Che Mustapha : Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG oleh; Yang Berusaha Encik Kamal Ruzaman Bin Hasan (Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid,Sektor Pembangunan Murid JPN) : Persembahan Murid 2 : Cabutan Bertuah 3.45 Petang : Mesyuarat Agung PIBG bilangan ke 51/2024 bermula. : Cabutan Bertuah dan Bersurai ‘MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT’ PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BUNGA 17030 Tendong, Pasir Mas Kelantan E-mail : [email protected]
- 3 - Tel : 09 -7922200 Fax : 09 -7922202 ……………………………………………………………………………………………….. Ibu Bapa / Penjaga, Murid-Murid Sekolah Kebangsaan Tanjong Bunga, Tuan, NOTIS JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG BILANGAN KE - 51 / 2024 Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas . 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini akan mengadakan mesyuarat agung PIBG yang ke 51/2024 pada tarikh dan masa seperti berikut :- Tarikh : 26 Jun 2024 ( Rabu ) Masa : 2.00 Petang Tempat : Dewan HJ.Yaacob SK.Tanjong Bunga 3. Sehubungan dengan itu tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut yang dijangka akan dirasmikan oleh Yang Berusaha En.Kamal Ruzaman Bin Hasan,Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid,Sektor Pembangunan Murid ,Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. 4. Kerjasama dan sokongan tuan/puan amat kami alu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “Malaysia Madani” “Berkhidmat Untuk Negara” Saya yang menjalankan amanah, ttt (WAN MUHAMMAD ADIB BIN AB RAZAK) Setiausaha PIBG. Sek. Keb. Tanjong Bunga. 0179669443 --------------------------------------- Keratan Kehadiran ------------------------------------ Sila bawa bersama Keratan Kehadiran ini dan serahkan kepada guru yang bertugas pada hari tersebut. Saya …………………………………………………………………………………… Ibu/bapa/penjaga kepada………………………………………………………… Tahun …………………………………… *akan / tidak akan hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SKTB Bilangan Ke 51/ 2024. Sekian, terima kasih. Yang benar :………………………….. Nama : …………………………………............. E-mail : [email protected] PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BUNGA 17030 Tendong, Pasir Mas Kelantan Rujukan Kami : SKTB. 100 - 13/1/4 (32) TARIKH : 10 JUN 2024
- 4 - AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG BILANGAN KE - 51 /2024 AGENDA 1 : Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Bilangan ke -50/2023. AGENDA 2 : Membentang dan mengesahkan Laporan Tahunan PIBG 2023. AGENDA 3 : Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan PIBG Berakhir 31 Disember 2023. AGENDA 4 : Memilih dan melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa PIBG . 4.1. Memilih dan melantik seorang Yang Dipertua PIBG, 4.2. Memilih dan melantik seorang Naib Yang Dipertua PIBG, 4.3. Memilih dan melantik seorang Setiausaha PIBG, 4.4. Memilih dan melantik seorang Bendahari PIBG, 4.5. Memilih dan melantik 11 orang AJK PIBG, (10 orang wakil ibubapa dan 1 orang wakil guru) 4.6. Memilih dan melantik 2 (dua) orang pemeriksa kira-kira. AGENDA 5 : Membahaskan usul-usul (Jika ada) AGENDA 6 : Ucapan Penangguhan. PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BUNGA 17030 Tendong, Pasir Mas Kelantan
- 5 - PERINGATAN MESYUARAT AGUNG PIBG BILANGAN KE-50 TAHUN 2023 TARIKH : 10 JUN 2023 ( SABTU ) MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : DEWAN HAJI YAACOB,SK TANJONG BUNGA PERASMIAN OLEH : YBrs.EN.MOHD ZAMAKHSYARI BIN MOHD NAWAWI TIMBALAN PPD SEKTOR PERANCANGAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR MAS KEHADIRAN : 100 ORANG 1.0. UCAPAN ALUAN OLEH Ybrs. YM..Tuan Azizee Bin Tuan Yahya Guru Besar, SK. Tanjong Bunga. Beliau mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha Encik Mohd Zamakhsyari Bin Mohd Nawawi,Timbalan PPD Sektor Perancangan Pejabat Pendidikan Pasir Mas, Kelantan,Penolong Pegawai PPD,Penolong Penolong Kanan,YDP PIBG,NYDP PIBG,AJK PIBG,Guru-Guru dan Ibu bapa/Penjaga serta mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat agung PIBG bilangan ke-50 2023 ini. Mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Encik Mohd Zamakhsyari Bin Mohd Nawawi,Timbalan PPD Sektor Perancangan Pejabat Pendidikan Pasir Mas, Kelantan kerana sudi hadir ke mesyuarat ini semata-mata kerana ingin bertemu dengan para ibu bapa di sini. Meminta semua ibu bapa dan penjaga sentiasa menjaga keselamatan diri dan anak-anak. Memberi penjelasan kepada ibu bapa dan hadirin terhadap pengurusan dan perancangan sekolah sebagaimana berikut : i. Aktiviti sukan dan kegiatan luar sekolah tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya ekoran cuaca panas yang melampau dan perlukan persetujuan ibubapa untuk melaksanakannya contohnya seperti merentas desa dan sukan sekolah. ii. Membaikpulih garaj kereta guru dan kakitangan di tepi padang sekolah dengan kos sebanyak RM 5000 yang di pinjam dari Tabung PIBG.Jumlah pinjaman ini akan dibayar balik oleh pihak guru sebanyak RM 100 setahun secara ansuran.Bayaran ini akan terhenti apabila jumlah pinjaman itu sudah mencukupi dibayar oleh para guru dan kakitangan sekolah ini.
- 6 - iii. Mendapat kelulusan peruntukan sebanyak RM 20,000 daripada JPN untuk baikpulih garaj kereta pentadbir sekolah dan naik taraf garaj tersebut. iv. Pihak sekolah dengan bantuan dan sokongan dari semua pihak termasuk Ajk PIBG,ibubapa dan juga komuniti telah berjaya membuat tangki air tambahan di masjid sekolah kita Masjid Al- Hidayah bagi kegunaan murid-murid mengambil wuduk khususnya yang terlibat dengan kelas fardhu ain (KAFA). Beliau mengakhiri ucapan dengan mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Mohd Zamakhsyari Bin Mohd Nawawi kerana sudi datang merasmikan mesyuarat Agung PIBG pada kali ini serta menyampaikan nasihat dan motivasi kepada ibu bapa dan juga mengharapkan sumbangan berbentuk wang ringgit dan peralatan sekolah yang baru dari Yang Berusaha Encik Mohd Zamakhsyari demi untuk program kecemerlangan murid-murid sekolah ini. Beliau juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada ibubapa kerana kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat ini adalah tanda keperihatinan untuk bersama dengan pihak sekolah dalam mendidik anak-anak.Kita perlu bergerak dalam satu kumpulan dan sentiasa memberi sokongan kepada pihak sekolah.Beliau juga menyatakan sekiranya ada apa-apa permasalahan berkaitan dengan murid,boleh terus berhubung untuk berbincang samada dengan beliau ataupun barisan pentadbir di sini. Beliau juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dalam memberikan kerjasama kepada beliau sepanjang memegang jawatan sebagai Guru Besar SKTB. Beliau juga mendoakan agar warga sekolah dan murid-muridnya terus hidup dalam rahmat Allah dan berjaya dalam kehidupan masing-masing.
- 7 - 2.0. UCAPAN ALUAN OLEH YBhg. En.Othman Bin Che Mustapha YDP PIBG SK.Tanjong Bunga Beliau mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha Encik Mohd Zamakhsyari Bin Mohd Nawawi,Timbalan PPD Sektor Perancangan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas, Kelantan,Guru Besar,Penolong Penolong Kanan ,AJK PIBG,Guru-Guru,Ibu bapa/Penjaga dan semua hadirin. Mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang masih kekal serta menyeru supaya dapat berbakti kepada sekolah dan berpegang kepada moto ‘ Muafakat Membawa Berkat ` . YDP PIBG juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan terlibat yang bertungkus lumus menguruskan persiapan mesyuat agung PIBG bilangan ke- 50 ini.Terima kasih juga di ucapkan kepada AJK PIBG dan Individu perseorangan kerana sudi memberi sumbangan dan hadiah dalam cabutan bertuah demi untuk memeriahkan lagi mesyuarat agung pada kali ini.Semoga sumbangan dan jasa baik ini memberi kesan kepada ibu bapa dan kepada kita semua. Akhir sekali,YDP PIBG juga tidak lupa untuk meminta jasa baik dari Yang Berusaha Encik Mohd Zamakhsyari Bin Mohd Nawawi yang juga merupakan Timbalan PPD Sektor Perancangan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas untuk merealisasikan hasrat pihak sekolah untuk membaikpulih peralatan dan bangunan sekolah yang uzur menjadi kenyataan. Beliau mengakhiri kalamnya dengan ucapan terima kasih.
- 8 - 3.0. UCAPAN PERASMIAN OLEH : Yang Berusaha Encik Mohd Zamakhsyari Bin Mohd Nawawi,Timbalan PPD Sektor Perancangan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas. YBrs.Encik Mohd Zamakhsyari mengalu-alukan kehadiran Guru Besar,,RPS,YDP PIBG,AJK PIBG,Guru-Guru dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat agung PIBG bilangan ke-50 2023 ini. Berkaitan dengan permohonan dan hasrat guru besar iaitu memohon sumbangan serta bantuan untuk menaik taraf bangunan dan peralatan sekolah,beliau menyatakan bahawa perkara itu akan diusahakan kerana murid-murid adalah merupakan pelanggan utama bagi pihak sekolah,justeru itu segala keperluan yang dirasakan perlu bagi keselesaan pelanggan utama hendaklah disediakan,insyaAllah. Berkaitan dengan pembelajaran murid dan kehadiran ke sekolah,beliau menyatakan bahawa perkara itu amat positif,beliau juga memberitahu yang pihak sekolah amat memerlukan kerjasama pihak ibubapa demi menjamin kelangsungan pembelajaran anak-anak dirumah.Pihak kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan dan pihak sekolah telah cuba sedaya yang boleh demi memastikan pembelajaran anak-anak dirumah tidak terbantut,anataranya ialah dengan cara menaiktaraf internet di kawasan kampong dan pedalaman,melaksanakan sIstem ujian bersepadu seperti laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) manakala pihak sekolah pula menyediakan modul pembelajaran,buku aktitiviti dan juga kertas ujian dan latihan.Justeru itu kerjsama dan kecaknaan para ibubapa dalam hal ini amatlah diharapkan. Kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat ini adalah tanda keperihatinan untuk bersama dengan pihak sekolah dalam mendidik anak-anak.Kita perlu bergerak dalam satu kumpulan dan sentiasa memberi sokongan kepada pihak sekolah.Beliau juga menyatakan sekiranya ada apa-apa permasalahan berkaitan dengan murid,datanglah ke sekolah untuk berbincang dengan guru besar dan barisan pentadbir di sini. Mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana dapat melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG dengan jayanya demi untuk terus melaksanakan proses pembangunan modal insan di sekolah. Proses pembangunan ini perlu dilaksanakan dan ianya perlu mendapat kerjasama dan dipersetujui oleh semua pihak.Mengakhiri ucapannya dengan memuji pihak sekolah kerana telah dapat melahirkan beberapa orang tokoh yang di segani di dalam masyarakat . Beliau akhirnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG bilangan ke-50 bagi tahun 2023 pada jam 10.30 minit pagi.
- 9 - MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG BILANGAN KE-50 TAHUN 2023 SK. TANJONG BUNGA. TARIKH : 10 JUN 2023 ( SABTU ) MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : DEWAN HAJI YAACOB PERASMI :YBrs.EN.MOHD ZAMAKHSYARI BIN MOHD NAWAWI TIMBALAN PPD SEKTOR PERANCANGAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR MAS KEHADIRAN : 100 ORANG. Agenda 1. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG bilangan ke- 49 Tahun 2022 YDP PIBG membentangkan minit mesyuarat yang terdapat dalam buku laporan mesyuarat bermula muka surat 9 hingga muka surat 12. Cadangan : En.Roslan bin Ab.Rahman Sokongan : Pn.Amalia binti Mohd Zin Disokong semua ahli. Agenda 2. Membentang dan Mengesahkan Laporan Tahunan PIBG sesi 2022 Setiausaha membentangkan Laporan Tahunan PIBG sesi 2022 yang terdapat dalam buku laporan mesyuarat di muka surat 13. Cadangan : En Mohd Syauki bin Abd.Rahim Sokongan : Pn.Alirawati binti Che Abdullah Disokong semua ahli
- 10 - Agenda 3. Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31.12. 2022. Pn.Suriah bt Sulaiman selaku Bendahari PIBG membentang dan memohon ahli PIBG mengesahkan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31.12.2022 seperti yang terdapat di dalam buku laporan mesyuarat pada muka surat 14. Cadangan : En.Mohd Azizi bin Ismail Sokongan : Pn.Rosliza binti Harun Disokong semua ahli Agenda 4. Memilih dan Melantik AJK PIBG bagi sesi 2023 hingga 2024. Encik Mohd Nawawi bin Mohammad mencadangkan agar semua AJK PIBG pada tahun ini dikekalkan kerana peranan dan tugas mereka amat diperlukan oleh pihak sekolah khususnya bagi menghadapi situasi yang mencabar era endemic covid -19 ini.Cadangan ini disokong oleh En.Mohd Syauki bin Abd.Rahim dan Majlis bersetuju sebulat suara. Cadangan tersebut diterima sebulat suara. Memilih dan Melantik Setiausaha dan Bendahari PIBG YDP PIBG mencadangkan agar En.Wan Muhammad Adib bin Ab.Razak dan Pn.Suriah bt Sulaiman dikekalkan memegang jawatan -jawatan tersebut : 1. En.Emeran bin Mohamad ( menyokong ) - Tiada bangkangan ,semua ahli bersetuju sebulat suara. 2. YDP mengumumkan En.Wan Muhammad Adib bin Ab.Razak dan Pn.Suriah bt Sulaiman dikekalkan sebagai Setiausaha dan Bendahari Kehormat PIBG SK.Tanjong Bunga. Memilih dan Melantik Dua Orang Pemeriksa Kira-Kira PIBG 1. Guru Besar mencadangkan agar Pemeriksa Kira-Kira Satu ( 1 ) iaitu Pn.Norashahariza bt Mohamad Nor dan Pemeriksa Kira-Kira Dua ( 2 ) iaitu Pn.Dasiha bt Muhammad dikekalkan. Sokongan : En.Wan Razali bin Wan Hamzah Cadangan disokong oleh semua ahli.
- 11 - Agenda 5 Membahaskan Usul-Usul (Jika ada) Setiausaha membacakan dua usul yang dicadang oleh AJK PIBG yang akan diberi penjelasan iaitu: 5.1 Usul daripada En. Mohd Azizi bin Ismail (AJK PIBG) 1. Minta dikekalkan Sumbangan derma PIBG sebanyak RM 40.00 setahun dari setiap keluarga murid ( perkeluarga ) bagi menambah dana PIBG dan melicinkan urusan kebajikan murid dan sekolah. Cadangan telah dipersetujui oleh semua ahli. 5.2 Usul daripada Pn. Marhaini Suriana binti Ayub (AJK PIBG) 1. Memohon agar pihak sekolah menyediakan kotak plastik atau loker untuk murid tinggalkan buku di sekolah.Murid hanya perlu bawa balik buku yang ada kaitan dengan kerja sekolah sahaja bagi meringankan beban muatan beg sekolah. Guru Besar menjelaskan bahawa pihak sekolah tidak mampu menyediakan loker tersebut.Manakala kotak plastik itu pula,terpulanglah pada ibubapa untuk menyediakannya. Cadangan Guru Besar ini diterima dengan sebulat suara dan dipersetujui oleh semua ahli. Agenda 6. Ucapan Penangguhan Mesyuarat. 6.1. En.Othman bin Che Mustapha ( YDP PIBG ) Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana telah menjalankan tugas dengan sempurna dalam mesyuarat agung kali ini. Beliau juga menasihati ibu bapa supaya mengambil berat tentang pendidikan anak-anak dan selalu memantau pergerakan mereka serta peka dengan cuaca yang tidak menentu sekarang ini.
- 12 - Ibu bapa juga harus memberikan tumpuan sepenuhnya kepada anak-anak mereka dan bersama-sama berusaha untuk membanggakan sekolah dengan pencapaian akademik yang cemerlang. Akhirnya beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana terus memberikan kepercayaan kepada beliau memegang jawatan YDP PIBG untuk sesi 2023/2024 dan terima kasih juga kepada semua ahli diatas kerjasama yang telah diberikan kerana sanggup hadir dalam mesyuarat pada pagi sabtu ini. Memaklumkan tentang kutipan derma PIBG hari ini ialah sebanyak RM 390 dengan kehadiran seramai 100 orang ibubapa. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.40 pagi dengan membaca surah al-asr dan tasbih kaffarah. Pencatat Minit: tt ( Azimah Binti Mahmud ) SK. Tanjong Bunga
- 13 - LAPORAN TAHUNAN PIBG SK.TANJONG BUNGA SESI 2023/2024 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023 – 2024 1. Ybrs.YM. Tuan Azizee bin Tuan Yahya - Guru Besar (Ex-Officio) 2. Ybhg.En.Othman bin Che Mustapha - Yang Dipertua 3. En.Nik Azmi bin Zakaria - Naib Yang Dipertua 4. En.Wan Muhammad Adib bin Ab.Razak - Setiausaha Kehormat 5. Pn.Suriah bt Sulaiman - Bendahari Kehormat 6. En.Mohd Lokman bin Yusuf - PKP 7. En.Che Abdullah bin Noor - PK HEM 8. Pn.Zarina bt Mamat - PK KO 9. Pn.Marziana bt Ab.Hadi - Guru 10. Pn.Marhaini Suriana bt Ayub - Ibu bapa 11. Pn.Radziah bt Ab Rahman - Ibu bapa 12. En.Mohd Azizi bin Ismail - Ibu bapa 13. Pn.Norizan bt Mohd Nor - Ibu bapa 14. Pn.Erliza bt Othman - Ibu bapa 15. En.Abden bin Deris - Ibu bapa 16. En.Wan Saufe b.Wan Hamzah - Ibu bapa 17. En.Wan Razali bin Wan Hamzah - Ibu bapa 18. En.Ab.Razak b.Ibrahim - Ibu bapa 19. En.Ronzie bin Ariffin - Ibu bapa PEMERIKSA KIRA-KIRA PIBG 1. Pn.Norashahariza bt Muhamad Nor - Pemeriksa Kira-Kira 1 2. Pn.Dasiha bt Muhammad - Pemeriksa Kira-Kira 2 Aktiviti Sepanjang Tahun 2023. i. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa sebanyak 1 kali iaitu pada : 1. 14 Mei 2023 (Ahad ) ii. Aktiviti dan Kegiatan PIBG 2023 : 1) Sumbangan kewangan untuk 3 unit KO Sekolah. 2) Sumbangan kewangan dan kepakaran aktiviti zon Tendong. 3) Mesyuarat Agung PIBG bilangan 50 2023. 4) Sukan Sekolah. Disediakan oleh, tt SETIAUSAHA KEHORMAT PIBG (WAN MUHAMMAD ADIB BIN AB.RAZAK)
- 14 - PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR 31.12.2023 TERIMAAN RM PERBELANJAAN RM Baki 01.1.2023(Agro Bank Berhad ) 07.2.2023 Garaj kereta guru 13.6.2023 Sumbangan derma pada Mesyuarat Agung PIBG Bil 50 dan duit lebihan 22.11.2023 Sumbangan Program Gotong-Royong Madani 17.12.2023 Sumbangan Bayaran Tambahan PIBG 31.12.23 Hibah Bank 6,255.35 1100.00 956.00 5000.00 3,900.00 16.36 18.5.2023 3 Unit KO Sekolah 07.6.2023 Mesyuarat Agung PIBG Bil ke 50 03.7.2023 Sumbangan Aktiviti Zon Tendong 24.9.2023 Sukan Sekolah 1000.00 1500.00 100.00 500.00 JUMLAH 17,227.71 JUMLAH 3,100.00 BAKI DI AGRO BANK BERHAD RM 14,127.71 Di Sediakan Oleh Di Semak Oleh Di Semak Oleh tt tt tt PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BUNGA 17030 Tendong, Pasir Mas Kelantan SURIAH BT. SULAIMAN (BENDAHARI KEHORMAT) NORASHAHARIZA BT MUHD NOR (PEMERIKSA KIRA-KIRA 1) DASIHA BT MUHAMMAD (PEMERIKSA KIRA-KIRA 2)
- 15 - LAPORAN AKADEMIK 2023 RUMUSAN PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) AKHIR TAHUN 2023/2024 TAHUN 6 BIL MATAPELAJARAN BILANGAN CALON BILANGAN MURID TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6 1 BAHASA MELAYU 20 4 8 4 4 2 BAHASA INGGERIS 20 1 9 9 1 3 SAINS 20 7 12 1 4 MATEMATIK 20 4 8 6 2 5 SEJARAH 20 11 9 6 REKA BENTUK TEKNOLOGI 20 1 4 13 2 7 PENDIDIKAN MUZIK 20 2 11 6 1 8 PENDIDIKAN SENI VISUAL 20 3 15 2 9 PENDIDIKAN KESIHATAN 20 3 8 7 2 10 PENDIDIKAN JASMANI 20 3 8 7 2 11 BAHASA ARAB 20 2 15 3 12 PENDIDIKAN ISLAM 20 2 14 4 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BUNGA 17030 Tendong, Pasir Mas Kelantan
- 16 - LAPORAN AKTIVITI UNIT HAL EHWAL MURID 2023 1.KESIHATAN 1.1 : Perkhidmatan pergigian untuk semua murid (Unit pergigian Hospital Daerah Pasir Mas) 1.2 : Pemberian Suntikan Imunisasi bagi murid tahun 1 dan 6 (Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah Daerah Pasir Mas) 1.3 : Pemeriksaan kesihatan untuk murid tahun 1 2. KEBAJIKAN MURID 2.1 : Bantuan awal persekolahan (BAP) semua murid layak. 2.2 : Melaksanakan Program RMTS ( 101 orang murid layak ). 2.3 : Melaksanakan program menu susu dalam RMT. 2.4 : Bantuan KWAPM kepada murid yang layak. 3. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS 31 : Pengagihan Buku Teks kepada semua murid setiap akhir tahun. PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BUNGA 17030 Tendong, Pasir Mas Kelantan
- 17 - LAPORAN AKTIVITI KO-KURIKULUM 2023 SECARA BERSEMUKA Telah mengikuti setiap pertandingan seperti mana berikut : PERMAINAN PERINGKAT PENCAPAIAN Olahraga Zon Sijil Emas,Perak dan Penyertaan Bola Jaring Zon Sijil Gangsa dan Penyertaan Badminton PPD Sijil Penyertaan Pingpong PPD dan Negeri Sijil Perak (PPD) /Penyertaan(Negeri) Bola Sepak Zon Sijil Penyertaan AKADEMIK/AGAMA PERINGKAT PENCAPAIAN ADNI Zon Penyertaan KELAB/PERSATUAN PERINGKAT PENCAPAIAN Catur PPD Sijil Penyertaan Bahasa Melayu Negeri Sijil Penyertaan PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BUNGA 17030 Tendong, Pasir Mas Kelantan
- 18 - USUL YANG DITERIMA UNTUK DIBERI PENJELASAN 1. USUL DARIPADA PN.RADZIAH BINTI AB.RAHMAN ( AJK PIBG ) - MENCADANGKAN AGAR PIHAK SEKOLAH MENGEKALKAN JUMLAH SUMBANGAN PIBG SEBANYAK RM 40.00 (PERKELUARGA) BAGI MENAMBAH DANA PIBG SEKOLAH INI. 2. USUL DARIPADA EN.AZIZI BIN ISMAIL ( AJK PIBG ) - MENCADANGKAN AGAR PIHAK SEKOLAH MELAKSANAKAN PEMAKAIAN TALI LEHER UNTUK SEMUA MURID LELAKI DAN WARNA TALI LEHER ADALAH MENGIKUT PERANAN DAN TUGAS MURID TERSEBUT CONTOHNYA SEPERTI PENGAWAS DAN KETUA DARJAH. 3. USUL DARIPADA EN.NIK AZMI BIN ZAKARIA ( NYDP PIBG ) - MENCADANGKAN AGAR PIHAK SEKOLAH MEMBUAT SATU SALIRAN AIR KELUAR YANG SEMPURNA BAGI MENGELAKKAN BERLAKUNYA BANJIR KILAT KETIKA HUJAN LEBAT DI HALAMAN UTAMA PINTU MASUK SEKOLAH. PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BUNGA 17030 Tendong, Pasir Mas Kelantan
- 19 - Tel : 09 -7922200 Fax : 09 -7922202 SENARAI NAMA GURU DAN KAKITANGAN SK. TANJONG BUNGA 2024 1. Ybrs. En.Mohd Zainuddin bin Ismail - Guru Besar 2. Ybrs. En.Mohd Lokman bin Yusuf - Pen. Kanan Pentadbiran 3. Ybrs. En.Che Abdullah bin Noor - Pen. Kanan HEM 4. Ybrs. Pn.Zarina bt Mamat - Pen. Kanan KoKurikulum 5. Pn. Azimah bt Mahmud - Guru Kaunseling 6. Pn. Norashahariza bt Muhamad Nor - Guru Pendidikan Islam 7. Pn. Suriah bt Sulaiman - Guru Bahasa Inggeris 8. Pn. Asmal bt Che Ismail - Guru PSS 9. Pn. Marziana binti Ab.Hadi - Guru Bahasa Melayu 10. En.Mohd Haisuzaidi bin Ahmad - Guru Data 11. Pn.Sarimah bt Awang Senik - Guru Matematik 12. En. Mohamad Emeran bin Mohd - Guru Sains 13. Cik.Nur Farhah Afifah bt Zuhairi - Guru Praktikum 14. En. Wan Muhd Adib bin Ab.Razak - Guru Bahasa Arab 15. Pn. Nor Hasimah bt Muhammad - Guru Pemulihan 16. Pn. Rahimah bt Ab.Rahman - Penyelaras SPBT 17. Pn. Harziana bt Sulaiman - Guru Pra Sekolah 18. Pn. Azira bt Awang - Guru Bahasa Arab 19. En. Abbas bin Ab.Rahman - Guru KAFA 20. En. Muhd Hilmi bin Hasbullah - Guru KAFA 21. Pn. Nurul Akma bt Alias - Guru KAFA 22. Pn. Farhana Muslihan bt Muhamad - Guru KAFA 23. Pn. Farah Mumtaz bt Abdullah - Guru KAFA 24. Pn. Noorharizam bt Ya PembantuPengurusan Murid 25. Pn. Siti Norimah bt Che Ahmad - Pem.Tadbir 26. En. Mohd Fauzi bin Mohd Nor - Pembantu Operasi 27. En. Ismail bin Mamat Pengawal Keselamatan(Swasta) 28. En. Fadzir bin Ghazali PengawalKeselamatan (Swasta) 29. En.Wan Azman bin Wan Mustafa Pengawal Keselamatan(Swasta) 30. En. Zunaidi bin Mohd Zain Pengawal Keselamatan(Swasta) 31. Pn. Alirawati bt Che Abdullah - PRA (Swasta) 32. En. Mohd Azllie bin Che Kanapi - PRA (Swasta) 33. En.Mohd Khairul Anuar bin Mat Daud - PRA (Swasta) 34. En.Parih bin Daud - PRA (Swasta) 35. Pn.Sunor Haslinda bt Jusoh - PRA (Swasta) 36. En. Ahmad bin Ismail - PRA (Swasta) PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BUNGA 17030 Tendong, Pasir Mas Kelantan E-mail : [email protected]
- 20 - JAWATANKUASA PENGELOLA MESYUARAT AGUNG PIBG BILANGAN KE – 51/2024 Penasihat : Ybrs. En.Mohd Zainuddin bin Ismail ( Guru Besar ) Yang Dipertua : Ybhg. En.Othman bin Che Mustapha Naib Yang Dipertua : Ybhg. En.Nik Azmi bin Zakaria N.Pengerusi 1 : Ybrs. Hj.Lokman bin Yusof (Penolong Kanan Pentadbiran) N.Pengerusi 2 : Ybrs. En.Che Abdullah bin Noor (Penolong Kanan HEM) N.Pengerusi 3 : Ybrs. Pn.Zarina binti Mamat (Penolong Kanan Ko) Setiausaha : En. Wan Muhammad Adib bin Ab Razak Bendahari : Pn. Suriah bt Sulaiman 1) BANNER 8) BUKU PROGRAM & MESYUARAT AGUNG a) En.Che Abdullah b,Noor a) Pn.Azimah bt Mahmud b) En. Haisuzaidi b.Ahmad b) Pn.Siti Norimah bt Che Ahmad c) En.W.Muhd Adib b.Ab.Razak c) En.W.Muhd Adib b.Ab.Razak b) En. Haisuzaidi b.Ahmad 2) SAMBUTAN 9) PENDAFTARAN a) Ybrs. Tuan Guru Besar SKTB a) Pn.Suriah bt Sulaiman b) Ybhg. Yang Dipertua PIBG b) Pn.Marziana bt Ab.Hadi c) Ybhg. Naib Yang DiPertua PIBG d) Penolong-Penolong Kanan SKTB e) Semua AJK PIBG 3)CENDERAHATI & CABUTAN BERTUAH a) Pn Norashahariza bt Muhd Nor b) Pn.Suriah bt Sulaiman 4) PERSIAPAN PENTAS a) Pn.Harziana bt Sulaiman b) Pn.Noorharizam bt Ya c) Pn. Rahimah bt Ab.Rahman d) Pn.Sarimah bt Awang Senik 11) PERSIAPAN DEWAN e) En. Parih b.Daud a) En.Wan Muhammad Adib bin Ab.Razak f) En.Mohd Khairul Anuar b.Mat Daud b) En.Mohamad Emeran b.Mohamad c) En.Mohd Azllie b.Che Kanapi d) En.Ahmad b.Ismail 5) SIARAYA a) En. Haisuzaidi b.Ahmad b) En. Mohd Fauzi b.Mohd Nor c) En.Mohd Azllie b.Che Kanapi PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BUNGA 17030 Tendong, Pasir Mas Kelantan 6) KESELAMATAN a) En.Zunaidi b.Mat Nor-Ketua b) En.Fadzir b.Ghazali c) En.Ismail b.Mamat d) En.Wan Azman b Wan Mustafa 7) PENCATAT MINIT a) Cik.Nur Farhah Afifah bt Zuhairi b) Pn.Azira bt Awang 12) PENGACARA MAJLIS a) Pn.Rahimah bt Ab.Rahman 13) ALBUM WAWASAN a) En.Mohamad Emeran b.Mohamad b) En.Wan Muhammad Adib bin Ab.Razak 14) PEMBACA DOA a) En.Muhd Hilmi b.Hasbullah 15) PERSEMBAHAN MURID&BUNGA MANGGAR a) Pn.Sarimah bt Awang Senik b) Pn.Azira bt Awang c) Pn.Azimah bt Mahmud d) En.Wan Muhammad Adib bin Ab.Razak 10) PERSEGARAN DIF & IBU BAPA a) Pn. Zarina bt Mamat b) Pn. Asmal bt Che Ismail c) Pn.Norhasimah bt Muhammad d) Pn.Marziana bt Ab.Hadi e) Pn.Sunor Haslinda bt Jusoh f) Pn.Alirawati bt Che Abdullah
- 21 - Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2024 / 2025 Merakamkan Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih Kepada : 1)Ybrs.Encik Kamal Ruzaman Bin Hasan (Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid,Sektor Pembangunan Murid JPN). 2)Ybrs.Encik Kamzi Bin Hamzah (RPS SK.Tanjong Bunga) 3)Ybrs.Tuan Guru Besar (Ex-Officio PIBG). 4)Ybhg.Encik Othman Bin Che Mustapha Yang DiPertua PIBG SK. Tanjong Bunga. 5)Ybrs. Guru-Guru dan Kakitangan, Sekolah Kebangsaan Tanjong Bunga. 6)Ahli-Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Tanjong Bunga sesi 2024/2025. 7)Para Ibu Bapa dan Penjaga Murid-Murid, Sekolah Kebangsaan Tanjong Bunga. Di atas sokongan dan sambutan yang diberikan bagi menjaya dan memeriahkan Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Terima kasih.