The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ctnelly95, 2023-04-14 04:20:32

REKA BENTUK LANDSKAP

Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 2

Keywords: 119564

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2 REKA BENTUK LANDSKAP Disediakan oleh: Citinnaly Dolimin (PP2212018T)


PENGENALAN Reka bentuk landskap merupakan seni dalam menghias dan menyusun bahagian pandangan yang boleh dilihat buatan manusia melalui proses kerja kreatif secara semula jadi. Hasil reka bentuk landskap bertujuan mencantikkan suasana ruang serta meningkatkan kualiti ruang tersebut agar mewujudkan suasana ruang yang lebih harmoni.


JENIS LANDSKAP Landskap boleh dibahagikan kepada da jenis: i. Landskap lembut (softcape) ii. Landskap kejur (hardscape)


SEJARAH PERKEMBANGAN REKA BENTUK LANDSKAP Taman Gantung Babylon, Iraq Tahun 600 SM Taman Al-Hambra, Sepanyol dibina pada abad ke 11


LANDSKAP LEMBUT • Landskap lembut merujuk kepada elemen-elemen yang hidup termasuk bunga, tumbuhan renek dan pokok. • Tujuan landskap lembut adalah untuk menjadikan landskap kelihatan cantik, m e w u j u d k a n a u r a d a n mencerminkan perasaan penduduk.


LANDSKAP KEJUR • Landskap kejur merujuk kepada elemen-elemen keras atau objek bukan hidup seperti kayu dan batu. • Contoh landskap jenis ini ialah laluan pejalan kaki, arca, air terjun dan elemen fizikal lain.


PERANAN DAN FUNGSI v L andskap mempunya i beberapa peranan dan f u n g s i , i a it u e s t e ti k , ekonomi dan fizikal.


• Membentuk ruang yang menarik. • Mencantikkan pemandangan • Melembutkan persekitaran • Melembutkan pemandangan pada bangunan • Mengelakkan kebosanan ESTETIK


• Memberi faedah kepada negara dan masyarakat dari segi rekreasi, kesihatan, pendidikan dan pelancongan. • Sumber ilham kepada pengkarya • Sumber pendapatan kepada pereka landskap EKONOMI


• Mengawal hakisan tanah • Memberi perlindungan • menyejukkan iklim • Mengawal pencemaran alam • Menjadi tirai • Mengaruh pergerakan • Imbangan ekologi FIZIKAL


• Pe l a n r e k a b e n t u k l a n d s k a p d i h a s i l k a n d e n g a n menggunakan alat, bahan dan simbol tertentu. • Simbol adalah elemen yang paling penting dalam penghasilan pelan reka bentuk landskap ALAT, BAHAN DAN SIMBOL DALAM PELAN REKA BENTUK


• Pokok • Palma • Rumput • Lantai dan dinding • Pokok renek SIMBOL


• Kertas surih BAHAN • Kertas lukisan


• Prinsip reka bentuk adalah konsep untuk menyusun maklumat visual. • Ia merupakan satu gambaran tentang bagaimana kita mengamati dan memproses maklumat visual serta merupakan idea bagi menghasilkan imej dua dimensi PRINSIP REKA BENTUK LANDSKAP


• Tumbuhan • Topografi • Struktur • Air ELEMEN REKA BENTUK LANDSKAP


• Terdapat pelbagai konsep landskap di dunia ini, namun tumpuan adalah kepada landskap Melayu, Islam, Bali, Thai, Jepun dan Inggeris. • Konsep yang di guna pakai kadang-kadang bertindih-tindih antara satu negara dengan negara lain khususnya di Asia Tenggara. KONSEP


• Banyak menitikiberatkan hubungan antara manusia dengan persekitaran kerana masyarakat Melayu sangat mencintai alam semula jadi. • Mempunyai halaman yang luas untuk disesuaikan d e n g an p e l b a g a i a k tiv iti m a s ya ra k a t d a n kekeluargaan. Konsep Reka Bentuk Landskap Taman Melayu


• Mempunyai alam semula jadi • Terdapat pokok dan bunga • Mempunyai struktur ruang yang luas • Terdapat binaan berasaskan kayu Ciri-ciri Landskap Taman Melayu


Konsep Reka Bentuk Landskap Taman Islam • Berasal daripada Arab dan tersebar ke negara lain seperti Persia, Sepanyol dan India. • Idea landskap ini berasal daripada kepercayaan Islam mengenai impian taman syurga. • Syurga memiliki ciri seperti air yang mengalir, pohon buah-buahan dan tempat-tempat di bawah pohon teduh. • Konsep ini mempunyai tiga fungsi, iaitu praktikal, agama dan nilai estetika.


Ciri-ciri Landskap Islam: • Mempunyai haruman dan warna • Terdapat air • Mempunyai bunyi • Terdapat bayang-bayang


Konsep Reka Bentuk Landskap Taman Bali • Merupakan taman tropika yang merujuk Pulau Bali di Indonesia. • Antara elemen yang mempengaruhi landskap tersebut adalah daripada budaya Pulau Dewata seperti penggunaan tanaman yang menjadi salah satu ciri taman ini. Sebagai contoh, penggunaan pokok kemboja dan pandan Bali. • Penggunaan barangan serta aksesori tradisional seperti patung- patung juga menjadi identiti landskap ini dan ini membezakannya dengan taman-taman tropika. • Hiasan secara kebanyakannya berkonsepkan Bali yang ditampilkan mengetengahkan keunikan flora dan fauna.


Ciri-ciri Landskap Islam: • Mempunyai alam semulajadi atau buatan manusia • Mempunyai struktur ruang yang baik • Terdapat rumput atau pokok renek • Mempunya i uk i ran ba tu dan patung • Terdapat pokok dan bunga


Konsep Reka Bentuk Landskap Jepun • Merupakan sebuah taman gaya tradisional Jepun. • Jenis taman kering atau taman lalu. • Telah diserap dan menjadi terkenal di Barat sejak akhir abad ke-19. • Telah dibangunkan di bawah pengaruh kebun China. • Salah satu tarikan taman Jepun ialah Bonseki, Bonsai dan seni zen.


Ciri-ciri Landskap Jepun: • Mempunyai sebuah rumah teh atau astaka • mempunyai air, asli atau bertanda • Terdapat jambatan atau batu pijak • Te rdapa t t anglung , bi a s anya daripada batu


Konsep Reka Bentuk Landskap Inggeris • Merupakan gaya landskap yang terhasil di England pada awal abad ke -18 • Biasanya terdapat tasik, halaman berumput yang bergulung, pokok- pokok, binaan klasik, binaan Gothik, jambatan dan seni bina yang menarik.


Ciri-ciri Landskap Inggeris: • Mempunyai batu kerikil • Mempunyai alat pemagaran atau dinding dengan ciri-ciri tradisional • terdapat rumput atau pokok renek • Mempunyai binaan yang berciri kearcaan • Terdapat pokok dan bunga


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version