The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aidansyahirah, 2022-05-09 13:57:26

Cici Si Beruang

By Aida Nur Syahirah

Cici

Si Beruang

Aida Nur Syahirah

Sinopsis

Cici Si Beruang mengisahkan tentang
anak beruang iaitu Cici yang hidup
bersama keluarganya di dalam hutan.
Cici sentiasa menunjukkan rasa kasih
sayangnya terhadap keluarga dan
sahabatnya. Cici sentiasa membantu
mereka apabila memerlukan
pertolongan. Namun, hubungan adik-
beradik di antara Cici dan Riko
menjadi tegang kerana terdapat
konflik yang berlaku.

Watak dan
Perwatakan

Cici

Anak beruang yang pertama.
Seekor beruang yang baik hati
dan sentiasa menolong keluarga
dan sahabatnya.
Cici selalu mengambil berat dan
menyayangi adiknya iaitu Riko.

Riko

Anak beruang yang kedua dan
adik kepada Cici.
Riko tidak menyukai Cici kerana
ibu bapa beruang sentiasa
memberi perhatian kepadanya.

Bapa beruang

Bapa kepada Cici dan Riko.
Seekor bapa beruang yang
bertanggungjawab dan sentiasa
melindungi keluarganya.

Ibu beruang

Ibu kepada Cici dan Riko.
Seekor ibu beruang yang
penyayang dan sentiasa
mengambil berat tentang
anaknya.

Si Singa

Si Singa merupakan sahabat
kepada Cici.
Cici dan Si Singa sentiasa
membantu antara satu sama lain.

Si Rusa

Si Rusa merupakan sahabat
kepada Riko.
Si Rusa sering meluangkan masa
bersama Riko untuk bermain.



Di dalam sebuah hutan, tinggal sebuah keluarga
beruang yang hidup dengan bahagia. Pasangan
beruang itu mempunyai dua ekor anak beruang
iaitu Cici dan Riko. Mereka hidup dengan bahagia
dan aman di dalam hutan.

Pada suatu hari, Riko berjumpa dengan
sahabatnya iaitu Si Rusa untuk main bersama. Hari
yang semakin lewat petang, Riko masih tidak
pulang ke tempat tinggalnya. Abangnya iaitu Cici
menjadi risau dan keluar untuk mencari Riko.

Namun begitu, Cici telah tercedera dalam
perjalanan mencari Riko. Cici terpaksa kembali ke
tempat tinggal mereka dengan harapan Riko telah
pulang. Apabila Cici kembali ke tempat tinggalnya,
Cici mendapati bahawa Riko masih tidak pulang.

Tidak lama selepas itu, kelihatan Riko telah pulang
dengan gembira setelah seronok bermain dengan
Si Rusa. Ibu dan Bapa beruang memarahi Riko
kerana pulang lewat sehingga Cici tercedera
semasa mencarinya. Riko menjadi tidak puas hati
dan keluar dari tempat tinggalnya.

Hal yang tidak dijangka telah berlaku kepada Riko.
Riko terperangkap di dalam perangkap yang
dipasang oleh pemburu. Riko memanggil untuk
meminta tolong namun tiada haiwan yang berada
di situ.

Cici keluar mencari Riko walaupun dalam keadaan
yang cedera. Akhirnya, Cici menemui Riko yang
terperangkap di dalam perangkap. Dengan
keadaan Cici yang sebegitu, Cici tidak mampu
untuk melepaskan Riko.

Namun begitu, Cici meminta bantuan sahabatnya
iaitu Si Singa. Si Singa dengan segera pergi ke
tempat kejadian bersama Cici. Cici menjadi
semakin gelisah memikirkan tentang keadaan Riko.

Cici dan Si Singa telah kembali ke tempat Riko
berada. Akhirnya, Si Singa berjaya membantu
untuk melepaskan Riko. Selepas dari kejadian itu,
Cici dan Riko pulang ke rumah bersama-sama.

Setelah Cici dan Riko tiba di rumah, Riko meminta
maaf kepada ibu bapa dan Cici. Riko sedar akan
kesalahannya yang bertindak secara terburu-buru.
Riko juga sedar akan perhatian yang diberikan oleh
Cici kepadanya. Hubungan Cici dan Riko menjadi
lebih erat setelah kejadian itu berlaku.

TAMAT


Click to View FlipBook Version