The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

No of pages: 176
Description:
Sesuatu yang tidak kena telah berlaku di Pekan Botani! Walnat berubah bentuk menjadi Tyrannotitan setelah termakan sebiji buah yang ajaib!

Tunggul Berapi mendapat tahu daripada catatan dalam kajian saintifik bahawa sebuah pasukan pengkaji Botani pernah menemui buah dinosaur ini di lembar ais Kutub Utara bertahun-tahun dahulu. Jadi, Polong dan Jejarum Merah pun membawa Walnat menuju ke Kutub Utara untuk mengetahui lebih banyak tentang buah ini.

Tanpa disangka, wujudnya keindahan yang tersembunyi di bawah Artik, seperti cahaya matahari yang hangat, hutan yang lebat, hidupan yang unik, pokok menjalar yang menyambung ke manara langit … Dengan bantuan Caudipteryx dan Minmi, Botani dibawa ke menara langit untuk mencari-cari sejenis mata air yang diharapkan dapat
menghilangkan keupayaan Walnat berubah bentuk.

Apa yang tersembunyi di sebalik menara langit? Apa yang istimewa tentang buah Tyrannotitan? Marilah kita membaca buku komik ini untuk memulakan pengembaraan ke kutub bersama Botani dan dinosaur.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jckow80, 2023-09-21 21:58:01

CD2113 Pemberontakan Di Kota Mainan

No of pages: 176
Description:
Sesuatu yang tidak kena telah berlaku di Pekan Botani! Walnat berubah bentuk menjadi Tyrannotitan setelah termakan sebiji buah yang ajaib!

Tunggul Berapi mendapat tahu daripada catatan dalam kajian saintifik bahawa sebuah pasukan pengkaji Botani pernah menemui buah dinosaur ini di lembar ais Kutub Utara bertahun-tahun dahulu. Jadi, Polong dan Jejarum Merah pun membawa Walnat menuju ke Kutub Utara untuk mengetahui lebih banyak tentang buah ini.

Tanpa disangka, wujudnya keindahan yang tersembunyi di bawah Artik, seperti cahaya matahari yang hangat, hutan yang lebat, hidupan yang unik, pokok menjalar yang menyambung ke manara langit … Dengan bantuan Caudipteryx dan Minmi, Botani dibawa ke menara langit untuk mencari-cari sejenis mata air yang diharapkan dapat
menghilangkan keupayaan Walnat berubah bentuk.

Apa yang tersembunyi di sebalik menara langit? Apa yang istimewa tentang buah Tyrannotitan? Marilah kita membaca buku komik ini untuk memulakan pengembaraan ke kutub bersama Botani dan dinosaur.

Pemberontakan Di Kota Mainan Idea Asal & Komik Xiao Jiangnan Komik


Profil Dinosaur Polong Jejarum Merah Kembang Centrosaurus Zaman: Awal Zaman Batu Kapur Kawasan: Amerika Utara Panjang badan dewasa: Kira-kira 6 m Berat badan dewasa: Tidak diketahui Tabiat makan: Herbivor Cara pergerakan: Berkaki empat Watak Botani


Microraptor gui Zaman: Awal Zaman Batu Kapur Kawasan: Asia Panjang badan dewasa: Kira-kira 0.6 m Berat badan dewasa: Kira-kira 1 kg Tabiat makan: Karnivor Cara pergerakan: Berkaki dua atau terbang Deinonychus Zaman: Awal Zaman Batu Kapur Kawasan: Amerika Utara Panjang badan dewasa: Kira-kira 3 m Berat badan dewasa: Kira-kira 60 kg Tabiat makan: Karnivor Cara pergerakan: Berkaki dua Ouranosaurus Zaman: Awal Zaman Batu Kapur Kawasan: Afrika Panjang badan dewasa: Kira-kira 7 m Berat badan dewasa: Kira-kira 4 tan Tabiat makan: Herbivor Cara pergerakan: Berkaki dua


Protoceratops Zaman: Awal Zaman Batu Kapur Kawasan: Asia Panjang badan dewasa: Kira-kira 2 m Berat badan dewasa: Kira-kira 1.5 tan Tabiat makan: Herbivor Cara pergerakan: Berkaki empat


Pembimbing bacaan oleh pakar Dinosaur merupakan sejenis haiwan reptilia yang wujud pada zaman prasejarah. Dalam tempoh 30 hingga 40 tahun kebelakangan ini, dinosaur selalu menjadi bahan bacaan atau kartun tontonan serta permainan kegemaran orang ramai pada masa kecil. Malah, yang sudah dewasa pun kadangkala turut tertarik dengan apa-apa sahaja produk, seperti bahan bacaan yang berkaitan dengan dinosaur. Inilah sebabnya kisah dinosaur dijadikan filem dan mendapat sambutan hangat di Hollywood. Setiap kali saya menulis buku sains tentang dinosaur, saya pasti akan mengikhtiarkan jenis cerita yang disukai oleh pembaca. Saya tahu, seorang peminat dinosaur mempunyai perspektif pembacaan yang berbeza sama sekali dengan pembaca biasa. Dinosaur mempunyai kedudukan yang istimewa dalam hati peminat dinosaur. Hal ini boleh dilihat melalui percakapan dan ekspresi muka mereka ketika berbicara tentang dinosaur. Seiring dengan perubahan masa, dinosaur berkembang menjadi suatu “kegilaan” yang terangkum dengan semangat kagum manusia terhadapnya. Walaupun dinosaur sudah lama pupus, namun pembentukan minat yang mendalam terhadap dinosaur tidak terjejas. Sebaliknya, minat tersebut semakin mendalam sehingga menjadi seperti benih yang ditanam di dalam hati manusia. Beberapa tahun yang lalu, permainan Plants vs Zombies menjadi popular di seluruh dunia. Ketika itu, saya pernah terfikir untuk menggabungkan watakwatak dalam permainan tersebut dengan dinosaur, lalu mencipta cerita mengenai dunia dinosaur. Apa yang tidak saya sangka i a l a h i d e a s a y a m e n j a d i kenyataan pada akhirnya. Sama ada Sawi, Polong ataupun Bom Ceri, watak-watak dalam Plants vs Zombies ini telah berperanan sebagai wakil dalam membimbing kanak-kanak meneroka dunia dinosaur pada Zaman Mesozoik. Gabungan ini merupakan idea yang kreatif dan


suatu percubaan yang baharu. Gabungan ini menghubungkan kanak-kanak dengan dunia dinosaur melalui penyampaian yang menarik dan menghangatkan hati. Kisah dinosaur masih banyak dan tidak berkesudahan. Meskipun dinosaur telah lama pupus, namun sejarah mengenai dinosaur tetap menjadi tarikan kita sampai bila-bila. Kita mungkin dapat menerokai perkara baharu jika kita dapat melihat dinosaur dari sudut pandangan yang berbeza. Diharapkan kanak-kanak dapat menuju ke arah dunia sains yang serba luas menerusi buku komik ini yang penuh dengan ilmu pengetahuan dinosaur. Profesor Zhang Yuguang Penyelidik Beijing Museum of Natural History, China


Tetamu yang aneh 8 Skuad Khas Botani 22 Satria penunggang dinosaur ialah beruang 36 Kota Mainan 48 Rahsia di sebalik Restoran Dinosaur 62 Deinonychus yang menggerunkan 74 Makmal Si Badut 90 Serangan balas bermula 104 Pertempuran sengit di markas 118 Impian semua mainan 132 Ensiklopedia dinosaur 156 Senarai istilah 174 Kandungan


8 Ah!! Fuh! Fuh! Cepat, kita dah sampai pintu keluar! Tetamu yang aneh Tap Tap Tap


9 Dah tiba masanya untuk awak merasai keperitan kami selama ini! Marilah, mari … Tak guna! Harapan kini bergantung pada awak saja … Cepat pergi!


10 Hah! Cantik tak saya? Harganya pun cantik … Cantik sungguh anak patung ni! Mari tengok, ini anak patung terbaru! Wah, banyaknya!


11 Kalau dah lama pupus, macam mana mainan dinosaur dibuat seakanakan hidup? Dinosaur pupus sepenuhnya pada akhir Zaman Batu Kapur. Semenjak itu, tiada lagi dinosaur yang wujud di dunia ini. Oh, betul juga … Tapi sekali nampak rupa yang bengis sebegitu, sesiapa pun akan terkejut dibuatnya! Usahlah terkejut sangat. Dinosaur kan dah lama pupus. Awak buat saya terkejutlah! Oh, awak rupanya! Haha! Tentu awak terkejut, kan? Sebab fosilnya telah dijumpai.


12 Selamat datang ke Pasar Raya Mainan. Anda semua bakal saksikan barang yang paling berharga di dalam pasar raya milik saya ni. Hei semua, cepat tengok ni! Menariknya teknologi yang digunakan itu. Dengan melakukan pemulihan secara saintifik terhadap fosil yang ditemui, maka dapatlah saintis menentukan saiz dan bentuk dinosaur tersebut. Sesetengah bangkai dinosaur akan termendap di dalam tanah selepas dinosaur mati. Tisu lembutnya akan mereput dan yang tinggal hanya tulang rangka yang keras. Selepas melalui proses pengenapan1 selama ratusan juta tahun, tulang dan rangka akan mengeras sepenuhnya dalam proses pemineralan2 sehingga menjadi fosil. Saksikanlah!


13 Kalau saya anak patung, tentu boleh tinggal di sini. Ada warung kopi dan restoran sekali. Tengok ni, ada meriam laser lagi! Model ni seakan-akan yang sebenar. Kota Mainan yang diperbuat daripada blok mainan ajaib. Hebat betul! Wow! Wah!


14 Amaran! Amaran! Amaran, kamu telah menceroboh sempadan Pekan Botani! Kami akan serang kamu kalau kamu tak berhenti! Ada zombi datang ke sini! Apa yang berlaku?


15 Kalau lengah nanti tak sempat, cepatlah serang! Kamu dah gilakah? Sengaja suruh kami serang kamu pula? Seranglah saya! Cepat serang saya! Uwuk! Bom! Bom! Bom!


16 Nampaknya seperti dinosaur. Kita perlu bawa balik untuk kajian lanjutan, baru tahu apa sebenarnya dah berlaku. Ini dinosaurkah? Mara! Tangkap dia! Nyaris saya tadi! Eh! Dah mengecil? Thum! Pakk! HAH!


17 Hoi, bangun, bangun! Cikgu rasa dia boleh sedar lagi untuk menjawab soalan kita? Nampaknya perlu tanya zombi tadi. Apa sebenarnya ni? Dinosaur dah bertukar menjadi patung mainan pula.


Plants vs. Zombies 2: Komik Dinosaur - Pemberontakan Di Kota Mainan Story & Comic by | Xiao Jiangnan Layout by | Lau Wee Leng, Chong Siwe Chuan Translated by | Wan Mohamad Iskandar bin Haji Harun Edited by | Liong Ci Min, Tang Yuan Sam Published by | G.Apple Studio Sdn. Bhd. 200001014479 (517085-P) Endah Parade Shopping Mall Lot 3-055, 3rd Floor, 1, Jalan 1/149E, Taman Sri Endah, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur. Distributed by | United Publishing House (M) Sdn. Bhd. 197301001175 (14620-K) (A wholly-owned subsidiary of Sasbadi Holdings Berhad) Endah Parade Shopping Mall Lot 3-055, 3rd Floor, 1, Jalan 1/149E, Taman Sri Endah, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur. Tel: 03-9054 7272 Fax: 03-9054 7273 Email: [email protected] Website: www.uph.com.my Printed by | Vinlin Press Sdn. Bhd. 197501003974 (25680-X) No 2, Jalan Meranti Permai 1, Batu 15, 47100 Puchong, Selangor. If there are problems of missing or torn pages, kindly return to the distributor for replacement. ALL RIGHTS RESERVED First Printed October 2021 Plants vs. Zombies 2 • Komik Dinosaur: Pemberontakan Di Kota Mainan Text and Comic © Xiao Jiangnan First published in China by China Children’s Press & Publication Group Co., Ltd This edition is published under licence by China Children’s Press & Publication Group Co., Ltd, for sales in Malaysia and Singapore only and may not be bought for export thereafter. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Xiao, Jiangnan PLANTS VS ZOMBIES. 2 : Komik Dinosaur : Pemberontakan Di Kota Mainan / Idea Asal & Komik Xiao Jiangnan ; Translated by: Wan Mohamad Iskandar bin Haji Harun ; Edited by: Liong Ci Min, Tang Yuan Sam. ISBN 978-967-2296-85-0 1. Comic books, strips, etc.--China--Translations into Malay. 2. Plants--Comic books, strips, etc. 3. Zombies--Comic books, strips, etc. 4. Comic books and children--China--Translations into Malay. I. Wan Mohamad Iskandar Haji Harun. II. Liong, Ci Min. III. Tang, Yuan Sam. IV. Judul. 741.5 © 2021 Electronic Arts Inc. Plants vs. Zombies is a trademark of Electronic Arts Inc.


CD 2113 RM17.50 SB/SWK RM18.50 S’PORE $10.00 Centrosaurus yang telah pupus sejak puluhan juta tahun dahulu tiba-tiba muncul di Pekan Botani, kemudian mengecil dan berubah menjadi patung mainan secara ajaib. Dari manakah dinosaur ini muncul? Apakah sebenarnya yang telah berlaku? Skuad Khas Botani yang terdiri daripada Polong, Jejarum Merah dan Kembang mengambil keputusan untuk menyelongkar misteri di sebaliknya. Ketika di dalam hutan, mereka bertembung dengan satria penunggang dinosaur yang diketuai oleh seekor beruang mainan bernama Arthur. Dengan bantuan Arthur, Polong dan rakan-rakannya berjaya sampai ke Kota Mainan. Di situ juga mereka mengetahui rahsia tentang Kota Mainan dan Komander Samurai. Rupa-rupanya semua yang berlaku berpunca daripada uji kaji Profesor Zombi. Akan tetapi, uji kaji itu telah menjadi tidak terkawal. Rancangan jahat Komander Samurai yang bakal mengubah sejarah dunia telah bermula. Sempatkah Skuad Khas Botani menghalangnya? 200001014479 (517085-P) © 2021 Electronic Arts Inc. Plants vs. Zombies is a trademark of Electronic Arts Inc. 9 789672 296850 ISBN 978-967-2296-85-0 unitedpublishinghouse


Click to View FlipBook Version