The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tema: Haiwan & Tumbuhan Unik
No of pages: 168
Description:
Tahukah anda terdapat sejenis cicak yang menyemburkan darah melalui matanya? Tahukah anda terdapat sejenis haiwan yang terdapat tumbuhan di badannya? Alam semula jadi ibarat gedung besar tidak berdinding yang dipenuhi dengan pelbagai flora dan fauna. Kini, ia sedang menunggu untuk kita temui dan terokai.
Buku ini menceritakan sebanyak 38 perkara tentang haiwan dan tumbuhan unik melalui penyampaian yang menyeronokkan. Ia membantu pembaca cilik untuk memahami hidupan yang terdapat di alam semula jadi dan secara tidak langsung dapat menerapkan kesedaran untuk melindungi ekosistem bumi kita. Lalu, ia mencetuskan minat pembaca cilik untuk meneroka dunia sains yang serba luas dan menarik. Maka, bermulalah episod pengembaraan ke alam haiwan dan tumbuhan yang menarik.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jckow80, 2023-09-19 02:37:17

CD5724 Berapa Banyakkah Buluh Yang Dimakan Panda Sehari?

Tema: Haiwan & Tumbuhan Unik
No of pages: 168
Description:
Tahukah anda terdapat sejenis cicak yang menyemburkan darah melalui matanya? Tahukah anda terdapat sejenis haiwan yang terdapat tumbuhan di badannya? Alam semula jadi ibarat gedung besar tidak berdinding yang dipenuhi dengan pelbagai flora dan fauna. Kini, ia sedang menunggu untuk kita temui dan terokai.
Buku ini menceritakan sebanyak 38 perkara tentang haiwan dan tumbuhan unik melalui penyampaian yang menyeronokkan. Ia membantu pembaca cilik untuk memahami hidupan yang terdapat di alam semula jadi dan secara tidak langsung dapat menerapkan kesedaran untuk melindungi ekosistem bumi kita. Lalu, ia mencetuskan minat pembaca cilik untuk meneroka dunia sains yang serba luas dan menarik. Maka, bermulalah episod pengembaraan ke alam haiwan dan tumbuhan yang menarik.

Permainan video dalam talian yang diberi nama Plants vs Zombies telah menjadi kegilaan dalam dunia maya kerana karakter kartunnya yang menarik. Seiring dengan populariti permainan tersebut, sebuah buku komik sains bersiri telah diterbitkan berdasarkan watak dalamnya. Buku komik ini menyampaikan pelbagai pengetahuan sains melalui cerita yang lucu dan menarik. Buku yang anda sedang baca ini dapat memenuhi perasaan ingin tahu kanakkanak tentang kejadian alam melalui cerita-cerita pendek. Antaranya seperti, spesies kambing apakah yang boleh melompat dari cerun ke cerun? Cicak jenis apakah yang boleh menyemburkan darah melalui mata? Tajuk-tajuk ini membantu pembaca cilik menaruh minat untuk menimba ilmu dan memahami alam di sekeliling mereka, lalu menjadikan mereka lebih rapat dengan alam semula jadi. Sesetengah cerita di dalam buku komik ini memaparkan kasih sayang kanakkanak terhadap haiwan dan tumbuhan, seperti Lelabu Berapi yang berasa teruja ketika bertemu dengan panda sehingga bersusah payah menyediakan buah tangan kepada panda. Ada juga yang memaparkan keinginan kanak-kanak untuk menatap keindahan alam semula jadi, seperti Mensiang Petir dan Cikgu Tunggul Berapi yang menyaksikan “raja gunung salji” di puncak gunung. Kesemua topik ini bertujuan untuk menyeru kita agar sama-sama melindungi Bumi yang tercinta serta menangani isu spesies hidupan yang semakin terancam. Kami yakin buku komik ini dapat menambat hati pembaca cilik dan menyemai benih yang baik di sepanjang hidup mereka. Demi hari esok yang lebih baik untuk kanak-kanak, diharapkan komik bersiri Plants vs Zombies ini terus berkembang dan menghasilkan karya terbaharu. Li Xiangtao Pegawai Penyelidik Muzium Sejarah Semula Jadi Beijing, China Disyorkan oleh pakar


Haiwan apakah yang terdapat tumbuhan di badannya? 32 Monyet jenis apakah yang berbulu putih di kepala? 36 Haiwan apakah yang digelar “pemuja matahari”? 40 Mengapakah badak air pigmi mengeluarkan peluh merah? 44 Adakah mamalia boleh bertelur? 48 Mengapakah ikan lumba-lumba Baiji digelar “panda” di dalam laut? 52 Mengapakah ikan lumba-lumba Bongkok Bernie jarang ditemui? 56 Kandungan Berapa banyakkah buluh yang dimakan panda sehari? 8 Haiwan apakah yang digelar raja gunung salji? 12 Haiwan apakah yang digelar harimau tetapi bukan? 16 Spesies kambing apakah yang boleh melompat dari cerun ke cerun? 20 Mengapakah rusa Thorold tinggal di kawasan tinggi? 24 Cicak jenis apakah yang menyemburkan darah melalui mata? 28


Adakah telinga burung huia seperti yang dilihat? 92 Mengapakah pokok fir Baishanzu digelar fosil hidup? 96 Apakah tumbuhan yang digelar “maharani bunga teh"? 100 Pokok apakah yang digelar “gajah bagi spesies pokok”? 104 Pokok apakah yang tumbuh lurus dan tinggi melangit? 108 Pokok apakah yang digelar pokok unggul? 110 Adakah singa laut boleh mengaum? 60 Pernahkah anda melihat naga laut yang ditumbuhi daun? 64 Ikan apakah yang mahir menembak? 68 Ikan apakah yang paling handal melompat? 72 Jerung apakah yang berenang dengan perlahan? 76 Mengapakah sotong berbintik biru boleh menghasilkan cahaya? 80 Burung kakaktua jenis apakah yang tidak boleh terbang? 84 Mengapakah falko belalang mempunyai tiga kelopak mata? 88 Kandungan


Buah apakah yang boleh meletup? 114 Mengapakah jumlah pokok Euryodendron excelsum berkurangan? 118 Mengapakah pokok gaharu digelar raja segala wangian? 122 Bolehkah telur pindang tumbuh di atas pokok? 126 Tumbuhan apakah yang bunganya kembang seperti payung? 130 Bolehkah pokok Malus komarovii mengeluarkan buah hawthorn? 134 Adakah pokok Archangiopteris sejenis telepok? 138 Tumbuhan apakah yang pernah hidup sezaman dengan dinosaur? 142 Mengapakah pokok peony pigmi perlu dilindungi? 146 Tumbuhan apakah yang amat bernilai? 148 Bunga apakah kelihatan seperti katak yang melompat? 152 Sekilas informasi haiwan dan tumbuhan unik 156 Senarai istilah 166 Kandungan


Ha … ha … Memang comel! Saya tengah tengok gambar panda, sebab esok saya akan ke Taman Panda untuk menjadi penjaga pelatih di sana. Apa awak tengok tu? Oh! Kenapa tak baca buku tentang penjagaan panda? Kalau cuma tengok gambar saja tak membantu sangat, kan? Betul, tapi gambar panda ni comelcomel, tak puas saya menengoknya. Semua buku yang awak sebut tadi saya dah beli, saya akan baca mulai esok. Berapa banyakkah buluh yang dimakan panda sehari? Cara Membela Panda Apa Harus Dilakukan Apabila Panda Jatuh Sakit? Sahabat Kita Panda 8


Eh! Ada yang nak sambut hari jadikah? Taklah. Habis tu, kek ni untuk siapa? Kek ni saya beli untuk panda. Hai panda! Saya bawakan kek tanda berkenalan, cepatlah makan. Marilah rasa, kek ni sedap! Apa yang awak buat tu? 9


Awak tak tahukah makanan utama panda ialah buluh dan rebung? Seekor panda dewasa seberat 100 kg perlu makan daun dan batang buluh sebanyak 10 hingga 18 kg sehari. Panda telah berevolusi daripada haiwan karnivor kepada herbivor dengan menjadikan buluh sebagai makanan utama bagi menyesuaikan diri dengan perubahan iklim dan alam sekitar. Tapi struktur gigi dan sistem penghadaman masih kekal seperti sebelumnya. Kalau awak beri makanan sembarangan, mereka akan mengalami sakit perut dan cirit-birit. Oh, begitu … Kita dilarang menyuap panda, sebab panda akan diberi makanan khusus oleh pakar diet setiap hari. Oh, bagusnya layanan yang diberikan kepada panda! Helo, saya sekarang ada di Taman Panda, datanglah cepat. Tapi, jangan lupa mandi dulu sebelum datang. Tak sempatsempat awak suruh saya datang, ada kecemasankah? Taman Panda Zuah 10


Saya dapat tahu yang panda suka makan rebung. Apa kata awak tahan sikit dan bagi mereka kunyah dua tiga gigitan? Eh! Kenapa muka awak bengkak dan lebam? Kena belasah kawan … Panda ialah mamalia yang menjadikan buluh sebagai makanan utama. Pada musim yang berbeza, panda akan memakan jenis buluh yang berbeza atau bahagian buluh yang berlainan bagi jenis buluh yang sama. Menu utama panda pada musim bunga dan panas ialah rebung dan pucuk buluh, manakala pada musim luruh ialah daun buluh. Pada musim sejuk pula, menu utamanya ialah batang buluh. Oleh sebab nutrien yang diperoleh daripada buluh amat terhad, maka panda agak payah melakukan aktiviti yang memerlukan banyak tenaga. Jadi, aktiviti panda terhad dalam kawasan yang kecil sahaja. Panda merupakan spesies unik di China dan digelar “khazanah negara” atau “fosil hidup”. Habitat utamanya terletak di kawasan gunung Wilayah Sichuan, Shanxi dan Gansu. Kad info Taman Panda 11


Haiwan apakah yang digelar raja gunung salji? Susahnya hidup! Dahlah jadi doktor rawat budak sekolah, terpaksa pula daki gunung cari daun herba sendiri. Tak perlulah mengeluh. Doktor dah dikira bernasib baik sebab guru besar suruh saya temani doktor sampai ke sini. Hi … hi … Jangan marah, ya. Sebenarnya saya yang berkeras minta guru besar arahkan cikgu untuk temani saya cari teratai salji di atas gunung Tianshan ni. 12


Sudahlah, jom kita cari teratai salji. Kalau dah dapat bolehlah balik. Hah, dah nampak! Dekat mana? Bukan teratai salji, tapi saya nampak harimau bintang salji. Ya, diam saja, jangan bergerak. Harimau tu mula datang dekat pula … Bukankah doktor kata harimau ni cuma keluar pada waktu malam? Betul, selalunya begitu. Tapi sesekali ia akan keluar waktu siang untuk berjemur. 13


Ia tangkap arnab liar rupanya … Fuh ... Zup Aum... Buk Ehik 14


Plants vs Zombies: Berapa Banyakkah Buluh Yang Dimakan Panda Sehari? Story & Comic by | Xiao Jiangnan Layout by | Chan Yin Yee, Tham Meow Yoke Translated by | Wan Mohamad Iskandar bin Haji Harun Edited by | Liong Ci Min, Tang Yuan Sam Published by | G.Apple Studio Sdn. Bhd. 200001014479 (517085-P) Endah Parade Shopping Mall Lot 3-055, 3rd Floor, 1, Jalan 1/149E, Taman Sri Endah, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur. Distributed by | United Publishing House (M) Sdn. Bhd. 197301001175 (14620-K) (A wholly-owned subsidiary of Sasbadi Holdings Berhad) Endah Parade Shopping Mall Lot 3-055, 3rd Floor, 1, Jalan 1/149E, Taman Sri Endah, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur. Tel: 03-9054 7272 Fax: 03-9054 7273 Email: [email protected] Website: www.uph.com.my Printed by | Percetakan Advanco Sdn. Bhd. 197901000915 (45169-K) No 19, 21, 23, Jalan Segambut Selatan, 51200 Kuala Lumpur. If there are problems of missing or torn pages, kindly return to the distributor for replacement. ALL RIGHTS RESERVED First Printed Jan 2021 Plants vs Zombies·Science Comic Books Haiwan & Tumbuhan Unik Text Copyright © China Children’s Press and Publication Group First published in China by China Children’s Press and Publication Group This edition is published under licence by China Children’s Press and Publication Group, for sales in Malaysia and Singapore only and may not be bought for export thereafter. © 2021 Electronic Arts Inc. Plants vs. Zombies is a trademark of Electronic Arts Inc. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Xiao, Jiangnan Plants vs Zombies : Soal & Jawab *Komik Sains* : (Haiwan & Tumbuhan Unik) : Berapa Banyakkah Buluh Yang Dimakan Panda Sehari? / Idea Asal & Komik: Xiao Jiangnan ; Translated by: Wan Mohamad Iskandar Haji Harun ; Edited by: Liong Ci Min, Tang Yuan Sam. ISBN 978-967-2296-51-5 1. Comic books, strips, etc.--China--Translations into Malay. 2. Plants--Comic books, strips, etc. 3. Zombies--Comic books, strips, etc. I. Wan Mohamad Iskandar Haji Harun. II. Liong, Ci Min. III. Tang, Yuan Sam. IV. Judul. 741.5


Click to View FlipBook Version