INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN Semester 2 Tahun 1 PALS1012 ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU TUGASAN 2 PENULISAN NAMA PELAJAR YUNG MEI SHI ANGKA GILIRAN 2022232310225 NO. KAD PENGENALAN 040704130660 KUMPULAN/ UNIT RBT Pengakuan Pelajar : Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : _______________ Tarikh : _______________ Nama Pensyarah DR SHUHAIRI BIN ABDUL RAZAK Tarikh Serahan 15 MAC 2023 Tarikh Terima (Diisi oleh Pensyarah) Pengesahan Pelajar : Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan :__________________________ Tarikh : __________________ yg 15 MAC 2023 yg 15 MAC 2023
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Penghargaan 1 2.0 Pengenalan 2-3 3.0 Produk Teknologi Hijau 4 3.1 Konsep 5-6 3.1.1 Kereta BEV 3.1.2 Plastik Biodegradasi 3.2 Fungsi 7 3.2.1 Kereta BEV 3.2.2 Plastik Biodegradasi 3.3 Kebaikan 8-10 3.3.1 Kereta BEV 3.3.2 Plastik Biodegradasi 3.4 Keburukan 11-13 3.4.1 Kereta BEV 3.4.2 Plastik Biodegradasi 3.5 Penambahbaikan 14-15 3.5.1 Kereta BEV 3.5.2 Plastik Biodegradasi 4.0 Kesimpulan 16 5.0 Rujukan 17 6.0 Lampiran 18
1 1.0 Penghargaan Saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan saya dalam masa yang ditetapkan dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Shuhairi bin Abdul Razak, selaku pensyarah Asas Kelestarian dan Teknologi Hijau, PALS 1012 yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta berkongsi maklumat dalam membantu saya menyiapkan pentaksiran berterusan. Selain itu, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang dikasihi kerana memberi dorongan tidak kira dari segi moral mahupun fizikal yang mana sentiasa menjadi semangat bagi diri saya dalam meneruskan usaha dalam menempuh segala permasalahan yang muncul semasa menyelesaikan kerja kursus ini. Di samping itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas kerana sudi memberi tunjuk ajar dan dorongan serta berkongsi maklumat dan tidak lokek dalam menyalurkan pandangan dan maklumat sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pihak yang terlihat tidak kira secara langsung atau tidak langsung semasa proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini berlangsung. Saya amat bersyukur dengan segala penglihatan yang disumbangkan. Sekian, terima kasih.
2 2.0 Pengenalan Dalam meniti arus kemodenan ini, sesebuah negara semakin pesat membangun, maka populasinya semakin meningkat. Dalam konteks ini, kadar permintaan terhadap barang keperluan seperti rumah, bekalan air dan elektrik, serta kereta juga meningkat secara berterusan. Dengan ini, permintaan terhadap sumber semula jadi akan semakin meningkat. Seperti yang kita tahu, pengurusan sumber semula jadi yang tidak terancang seperti pembalakan tidak terkawal, penerokaan tanah secara tidak berleluasa, pelepasan gas karbon dioksida ke atmosfera, pembuangan sisa pepejal dan sebagainya menyebabkan pencemaran. Justeru, masyarakat dunia kini menghadapi dua cabaran utama, iaitu isu perubahan iklim dan keselamatan tenaga. Kedua-dua isu ini harus ditangani secara kolektif dan efektif. Berdasarkan keperluan ini, teknologi hijau menjadi portfolio Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTHHA) yang ditubuhkan pada 9 April 2009. Teknologi hijau mempunyai peranan strategik yang lebih jauh daripada setakat mencapai autonomi tenaga dan menangani perubahan cuaca. Perubahan iklim cuaca yang disebabkan oleh pencemaran alam sekitar telah memberi impak kepada dunia pengangkutan. Hal ini dikatakan demikian kerana sebuah keluarga pada masa kini sekurang-kurangnya mempunyai sebuah kereta di rumah sebagai alat pengangkutan harian. Seperti yang kita tahu, pengangkutan seperti kereta, motosikal, van ataupun lori menggunakan bahan api fosil iaitu petroleum sebagai bahan bakar akan membebaskan gas karbon diosksida dan gas karbon monoksida ke udara. Oleh kerana 70% sumber pencemaran udara diakibatkan oleh kegunaan bahan api fossil, adalah logik bagi manusia mengehadkan penggunaan bahan api fosil, terutamanya minyak petroleum. Menurut Li (2016), perspektif kenderaan pengangkutan hijau adalah pelbagai kenderaan yang rendah pencemaran seperti kenderaan yang menggunakan sumber hybrid, LNG, elektrik, hidrogen dan tenaga solar. Dalam hasil kerja saya, saya memilih produk teknologi hijau iaitu kereta BEV (Battery Electric Vehicle).
3 Kereta BEV (Battery Electric Vehicle) Selain itu, menurut Hartini (2017), masyarakat negara menghasilkan lebih 19,000 tan sisa pepejal setiap tahun dan 60 peratus daripada jumlah itu adalah plastik. Hal ini dikatakan demikian kerana plastik merupakan komponen utama dalam kebanyakan pembuatan bahan seperti botol air mineral, sikat, paip, dan lain-lain. Sebagai contoh, plastik dibahagikan kepada beberapa jenis seperti Polyethylene Terepthalate (PETE atau PET), High-Density Polyethylene (HDPE), Polyvinyl Chloride (PVC), Low-Density Polyethylene (LDPE), dan Polypropylene (PP). Seperti yang kita tahu, plastik mempunyai ikatan polimer yang kuat sehingga mempunyai sifat akan mengurai sendiri dalam masa yang lama. Akhirnya kita akan mengalami masalah pengumpulan sisa plastik ataupun dikenali sebagai pencemaran plastik. Dalam hasil kerja saya, saya memilih produk teknologi hijau iaitu plastik biodegradasi untuk mengatasi pencemaran ini. Pencemaran Plastik
4 3.0 Produk Teknologi Hijau Teknologi hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi hijau merujuk kepada produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria seperti meminimumkan degrasi persekitaran; mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan; menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui. Produk teknologi hijau dalam hasil kerja saya adalah kereta BEV (Battery Electric Vehicle) dan plastik biodegradasi.
5 3.1 Konsep 3.1.1 Kereta BEV Kereta BEV bergantung 100% kepada tenaga bateri dan boleh dicas dengan menggunakan bekalan kuasa domestik. Menurut Shokor (2013), walaupun penghasilan tenaga elektrik domestik menghasilkan pencemaran, maka kenderaan BEV dianggap sebagai bebas pencemaran kerana motornya tidak menghasilkan pencemaran. Hal ini dikatakan demikian kerana BEV tidak mempunyai enjin pembakaran dalaman, dan tiada bahan api digunakan untuk menggerakkan kenderaan ini secara langsung. Sebagai bukti yang kukuh, menurut GForce InfoBlast (2020), Tesla Model 3 adalah kereta elektrik yang terlaris di dunia pada tahun 2000 dengan 500,000 unit dijual. Ia mesra alam kerana tidak membebaskan karbon dioksida yang akan mencemarkan kualiti udara dan bertujuan untuk mencapai samada ekonomi bahan api yang lebih baik berbanding dengan kenderaan konvensional atau prestasi yang lebih baik. Tesla Model 3
6 3.1.2 Plastik Biodegradasi Plastik biodegradasi merupakan sejenis plastik yang dapat terurai melalui tindakan bendabenda hidup (biasanya mikrob) menjadi air, karbon dioksida dan biojisim. Antara benda hidup yang boleh merosakkannya adalah seperti bakteria, kulat, alga, dan serangga. Elemen penting untuk mengurai seperti terdedah kepada cahaya, oksigen, suhu, dan kelembapan. Menurut Firdaus dan Amirmudin (2013) terdapat dua jenis utama plastik biodegradasi dalam pasaran iaitu plastik hidro-biodegradasi atau Hydro Biodegradable Plastic (HBP) dan plastikokso-biodegradasi atau Oxo Biodegradable Plastic (OBP). Hydro Biodegradable Plastic (HBP) diperbuat daripada sumber yang boleh diperbaharui seperti jagung, gandum, dan tebu. Oxo Biodegradable Plastic (OBP) pula dihasilkan dengan menambah sedikit sebatian asid lemak logam peralihan tertentu iaitu besi. Plastik Biodegradasi
7 3.2 Fungsi 3.2.1 Kereta BEV (Battery Electric Vehicle) Fungsi kereta BEV adalah untuk mengangkut penumpang ke destinasi yang ingin ditujui dalam masa yang singkat dan juga membawa barangan yang banyak. Dalam konteks ini, kereta BEV menggunakan tenaga elektrik yang disimpan dalam pek bateri untuk menggerakkan motor elektrik dan menghidupkan roda. 3.2.2 Plastik Biodegradasi Fungsi plastik biodegradasi boleh digunakan untuk urusan harian. Sehubungan dengan itu, plastik boleh dijadikan sebagai bahan pembungkus atau tempat menyimpan makanan. Bukan itu sahaja, ia juga berfungsi sebagai bekas makanan, beg membuang sampah, membungkus anak-anak pokok, dan baja tanaman. Selain itu, plastik biodegradasi juga digunakan dalam bidang perubatan dan kejuruteraan tisu. Dalam hal ini, ia digunakan untuk menghasilkan unsur-unsur seperti benang pembedahan bioresorbable, pendakap, klip, implan, kapsul untuk dos terkawal ubat-ubatan, dan lain-lain.
8 3.3 Kebaikan 3.3.1 Kereta BEV Kereta elektrik telah membawa banyak manfaat untuk manusia dan alam sekitar. Umum mengetahui bahawa, kereta BEV mesra alam. Sehubungan dengan itu, kereta ini tidak mengeluarkan bahan toksik melalui ekzos seperti kereta konvensional. Sebagai contoh, menurut Carsome (2022), kereta BEV menggunakan elektrik dan didakwa tidak mengeluarkan gas karbon menjadikan ia lebih mesra alam. Dengan ini, pencemaran udara dapat dielakkan lalu menjamin kualiti udara yang baik. Selain itu, kereta BEV ini juga mudah dijaga kerana kos penyelenggaraan yang sangat murah. Dalam konteks ini, kereta BEV tidak mempunyai gearbox, ia hanya berfungsi dengan satu gear. Biar kita ambil contoh, kereta BEV tidak mempunyai minyak enjin, minyak gear, dan segala jenis ‘wear & tear’ yang perlu diselenggara. Seperti yang kita tahu, kerosakan enjin dan gear adalah antara kerosakan yang paling menelan belanja tinggi untuk kenderaan enjin. Dengan ini, dapat mengurangkan kos penyelenggaran sebuah kereta. Di samping itu, setakat tahun 2018, kebanyakan kereta elektrik mempunyai sistem kawalan yang serupa dengan kereta konvensional. Pada sesetengah kereta elektrik, motor akan berputar dengan perlahan untuk memberikan kesan pergerakan yang serupa dengan kereta penghantaran automatik. Sebagai analoginya, kereta BEV ini biasanya dipasang dengan pembrekan janaan yang memperlahankan kenderaan dan mengecaskan bateri dengan sedikit iaitu Brek Regeneratif. Brek hanya akan digunakan untuk keadaan tertentu seperti brek mengejut atau kecemasan. Teknologi brek ini meminimumkan penggunaan tenaga dengan mengecas bateri semasa brek. Impaknya, sistem pembrekan janaan ini juga mengurangkan penggunaan brek lalu mengurangkan kehausan brek.
9 Brek Regeneratif Selanjutnya, kereta BEV mempunyai kawalan suhu semasa kenderaan pegun. Dalam hal ini, jika kenderaan berhenti atau berada dalam kesesakan lalu lintas, tiada kuasa akan dibekalkan untuk mengerakkan motor elektrik. Pemampat penyaman udara akan digerakkan dengan menggunakan bekalan kuasa dari bateri voltan tinggi. Akhirnya, kereta BEV dapat menjamin keselamatan penumpang. Hal ini dikatakan demikian kerana berat bateri menyebabkan kereta elektrik lebih berat jika berbanding dengan kenderaan biasa yang setara. Dengan ini, semasa memandu atau membawa penumpang, berat kenderaan berat secara purata akan mengalami kecederaan yang kurang serta tidak serius berbanding dengan kenderaan konvensional yang lebih ringan. Bukan itu sahaja, pusat graviti kereta akan direndahkan bergantung kepada kedudukan bateri yang dipasang dalam kereta. Natijahnya, kestabilan pemandauan dapat ditingkatkan lantas mengurangkan risiko kemalangan disebabkan kehilangan kawalan.
10 3.3.2 Plastik Biodegradasi Plastik biodegradasi telah membawa banyak kelebihan kepada kehidupan kita. Yang pertama, plastik ini tidak mencemarkan alam sekitar. Menurut Aishah (2021), plastik ini akan terurai secara biologi dalam masa yang singkat dan boleh mereput sepenuhnya dalam tempoh tertentu. Sebagai contoh, jika berbanding dengan plastik biasa yang mengambil 1000 tahun untuk mereput, plastik biodegradasi mereput dalam seawal tiga bulan ditanam dalam tanah. Bukan itu sahaja, ia juga tidak mengandungi bahan pencemaran ketika diuraikan secara semula jadi kerana plastik ini tidak melibatkan karbon dalam proses pembuatan. Yang kedua, plastik biodegradasi juga mengurangkan kos pelupusan pepejal plastik. Dalam hal ini, plastik biodegradasi yang boleh terurai dalam tempoh masa singkat dapat mengurangkan jumlah bilangan sisa plastik yang dibuang ke persekitaran. Contohnya, terdapat 6.3 bilion tan plastik, yang mana kurang daripada 10% telah dikitar semula, dan 12% tertakluk kepada pemulihan tenaga. Ini bermakna kira-kira 5 bilion tan plastik dikumpul di tapak pelupusan sampah. Jika terwujudnya plastik biodegradasi, maka dapat mengurangkan kos tanah untuk pembinaan tapak pelupusan dan juga kos pengangkutan sisa pepejal ke tapak pelupusan. Yang ketiga, plastik ini dapat mengurangkan permintaan bahan bakar fosil. Seperti yang kita tahu, plastik yang umumnya kita gunakan sehari-hari terbuat dari pengolahan bahan bakar fosil iaitu petroleum. Contohnya, plastik konvensional menggunakan bahan bakar fosil dari mulai bahan baku dalam proses pembuatannya. Dengan ini, kita bayangkan seberapa banyak bahan bakar fosil yang digunakan setiap hari dalam proses pembuatan plastik. Oleh itu, plastik biodegradasi yang terbuat daripada bahan-bahan organik yang biasa kita dapat dari haiwan mahupun tumbuhan tentulah boleh diperbaharui dan lebih ramah kepada alam sekitar.
11 3.4 Keburukan 3.4.1 Kereta BEV Kereta BEV bukan sahaja membawa kebaikan maka juga akan mendatangkan keburukan. Antaranya, harga jualan kereta elektrik adalah lebih mahal. Dalam hal ini, menurut Carsome (2022), bahan utama dalam membuat bateri bagi EV ini ialah unsur nadir seperti litium, nikel, dan juga kobalt. Proses melombong unsur-unsur memerlukan kepakaran, peralatan serta sumber yang banyak. Sumber-sumber ini pula harganya tak murah. Inilah yang menjadi antara penyumbang terbesar kepada harga kereta BEV yang mahal. Sebagai contoh, Nissan Leaf yang dijual di negara kita berharga RM180,000 hanya menjadi pilihan pelanggan yang mempunyai pendapatan tinggi. Kesannya, ramai masyarakat terutamanya golongan berpendapatan rendah tidak dapat menikmati kereta ini. Selain itu, masa untuk cas kereta elektrik adalah panjang. Jika kereta konvensional yang menggunakan petroleum sebagai bahan bakar, pemandu hanya perlu mengisi bahan api bagi menyambung perjalanan dalam beberapa minit sahaja di stesen minyak. Tetapi bagi kereta elektrik, masa untuk mengecas semula bateri mengambil masa yang berjam-jam, walaupun menggunakan teknologi terbaharu yang membolehkan cas semula bateri hanya mengambil masa tidak sampai setengah jam untuk mengisi bateri 50% hingga 80% dari kapasiti bateri. Dengan ini, ia masih mengambil jangka masa yang panjang jika berbanding dengan kereta konvensional. Selanjutnya, menurut CARETA (2023), jarak pemanduan kereta elektrik adalah pendek. Jika kereta pembakaran dalam bergantung kepada saiz tangki bahan api untuk memberikan jarak perjalanan yang jauh, kereta elektrik pula bergantung kepada kapasiti bateri. Oleh sebab bateri cas semula yang digunakan masih terlalu berat, mungkin juga dengan saiz yang terlalu besar menyebabkan pengeluar kereta mungkin tidak mahu menggunakan bateri berkapasiti besar. Oleh itu, kereta-kereta elektrik tidak mampu bergerak jauh seperti kereta enjin pembakaran dalam. Sebagai analoginya, pada masa ini kebanyakan kenderaan BEV hanya boleh digerakkan sejauh 160km. Mengikut kajian di USA, 90%
12 pengguna kenderaan di USA pada kebiasaannya hanya bergerak sejauh 160km dari rumah mereka. Impaknya, kereta elektrik hanya boleh menggunakan dalam perjalanan yang singkat. Selanjutnya, keburukan terakhir untuk pemilik kereta BEV adalah limitasi infrastruktur stesen pengecas terutamanya di kawasan luar bandar atau pedalaman. Perjalanan jauh adalah antara cabaran yang perlu ditempuhi pemandu BEV. Mereka perlu merancang perjalanan dengan baik kerana kawasan terpencil berkemungkinan tidak mempunyai stesen pengecas berbanding kawasan bandar. Bukan itu sahaja, masalah sama turut menimpa pemandu yang menghuni kondominium dan pangsapuri berikutan tiada akses stesen pengecas di rumah. (Admin, 2018).
13 3.4.2 Plastik Biodegradasi Plastik biodegradasi membawa keburukan kepada kita selain daripada kebaikan. Yang pertama, plastik biodegradasi ini tidak dapat mengatasi masalah pencemaran plastik di dasar laut. Menurut Lim (2022), plastik ini hanya terurai pada suhu 122 Darjah Fahrenheit. Suhu 122 Darjah Fahrenheit hanya dapat terjadi di daratan. Oleh itu, jika plastik biodegradasi berada di laut, maka plastik akan tenggelam dan tidak akan terkena UV, sehingga plastik tidak akan terurai. Pencemaran plastik di dasar laut Selain itu, plastik biodegradasi tidak tahan lama. Dalam konteks ini, plastik biodegradasi tidak dapat membawa barangan yang berat kerana mudah pecah. Sebagai contoh, plastik ini mempunyai daya tahan terhadap air yang rendah di mana akan terlerai dan terkoyak. Dengan ini, kita tidak dapat menggunakan plastik biodegradasi semasa membelibelah. Di samping itu, harga plastik biodegradasi lebih mahal berbanding plastik tradisional yang sedia ada di pasaran. Harga plastik biodegradasi lebih mahal 2 hingga 2.5 kali ganda berbanding harga plastik konvensional. Hal ini dikatakan demikian kerana kapasiti produksinya belum optimal dan teknologi proses belum berkembang luas. Bukan itu sahaja, bahan baku untuk pembuatan plastik biodegradasi adalah pati, selulosa dan Poly Lactic Acid (PLA). Pati diperoleh dari tanaman sumber karbohidrat seperti sagu, jagung, ubi kayu, ubi jalar, dan umbi-umbian lainnya. Selulosa dapat diperoleh dari limbah pertanian seperti plastik, tongkol jagung, dan pelepah nanas. PLA merupakan hasil fermentasi bateri asam laktat terhadap substrat yang mengandung gula. Adanya yang mudah didapati. Oleh itu, harga plastik ini akan lebih mahal sedikit.
14 3.5 Penambahbaikan 3.5.1 Kereta BEV Pada pendapat saya, pengeluar kereta BEV boleh merendahkan harga pembelian kereta supaya semua orang dapat menanggung harga kereta. Sebagai contoh, merendahkan harga bateri dan cip computer yang perlu dipasang dalam kenderaan. Dengan ini, harganya akan lebih mesra kepada masyarakat. Selain itu, pengeluar kereta juga boleh mencipta bateri kereta yang tahan lama. Sebagai contoh, memanjangkan jangka penggunaan elektrik kereta. Menurut Izwan (2022), masalah bateri yang cepat habis menjadi cabaran yang membuat pemandu untuk risau terhadap bateri yang ada ketika memandu dan harus sentiasa membuat anggran jarak perjalanan. Dengan ini, penambahbaikan ini dapat mengelakkan kenderaan terkandas di tengah jalan raya akibat kehabisan bateri. Di samping itu, kerajaan negara kita juga boleh memperbanyakkan lokasi pengecas semula bateri di tempat awam. Sebagai contoh, membina stesen pengecas semula bateri di pusat membeli-belah, pusat membeli kereta dan di persekitaran stesen minyak. Dengan ini, pengguna tidak perlu setiasa beratur dan mengikut giliran untuk mengecas bateri di tempat awam. Stesen Pengecas Bateri
15 3.5.2 Plastik Biodegradasi Bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang diperolehi dalam plastik biodegradasi, cadangan perlulah disuarakan serta diambil tindakan dengan segera. Plastik memerlukan penambahan beberapa komponen asing dalam pembuatannya. Dalam hal ini, beberapa polimer perlulah digabungkan untuk meningkatkan kekuatan daya ketahanan. Contohnya, penambahbaikan plasticizer dapat meningkatkan mobiliti dan fleksibiliti plastik bagi mengatasi sifat rapuh plastik. Kesannya, plastik yang bermutu dan kualiti dapat dihasilkan.
16 4.0 Kesimpulan Bagi menggulung segala yang diperkatakan, penggunaan teknologi hijau sememangnya mampu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar di dunia akibat peningkatan populasi penduduk. Jika penyelidikan yang semakin mendalam dijalani mengenai teknologi ini, maka ia dapat membawa banyak manfaat kepada kita. Seperti yang dinyatakan dalam hasil kerja saya, produk teknologi hijau seperti kereta BEV dan plastik biodegradasi telah mengatasi masalah pencemaran udara dan pencemaran plastik. Dengan ini, kita sebagai sebahagian daripada bumi haruslah bertanggungjawab untuk memelihara alam sekitar.
17 5.0 Rujukan Admin. (2018, March 16). #TahukahAnda: Apakah Kelebihan dan Kekurangan Kenderaan Elektrik (EV)? Pandu Laju. https://pandulaju.com.my/tahukahanda-apakah-kelebihandan-kekurangan-kenderaan-elektrik-ev/ Aishah. (2021, April 8). Plastik Biodegradasi Selamat Digunakan. Malaysia Aktif. https://malaysiaaktif.my/2021/04/plastik-biodegradasi-selamat-digunakan/ BERNAMA. (2023). 6 Sebab Kenapa Kereta Elektrik Masih Tertinggal Di Belakang Kereta Enjin Pembakaran Dalam. CARETA. https://careta.my/article/6-sebab-kenapa-keretaelektrik-masih-tertinggal-di-belakang-kereta-enjin-pembakaran-dalam# Carsome. (2022, Disember 8). EV Bukanlah Mesra Alam Sangat Pun! Ini Sebabnya. Carsome. https://www.carsome.my/news/item/ev-kereta-mesra-alam Firdaus. D. dan Amirmudin. (2013, Mei 27). Plastik Biodegradasi. Slideshare. https://www.slideshare.net/firdauswakrado89/plastik-biodegradasi-powerpoint22007120 G-Force InfoBlast. (2020). Model 3 Kereta Generasi Ketiga Tesla. G-Force InfoBlast. https://geforceinfoblast.com/model-3-kereta-generasi-ketiga-tesla/ Hartini. N. (2017, September 16). Ambil masa singkat untuk terurai. H Metro. https://www.hmetro.com.my/dekotaman/2017/09/264038/ambil-masa-singkat-untukterurai# Izwan. R. (2022, Julai 10). 5 Cabaran Menggunakan Kereta Elektrik. Berita Terkini. https://www.getaran.my/artikel/tara/26728/5-cabaran-menggunakan-kereta-elektrik Li. H. (2016). Study on Green Transportation System of International Metroplises. Procedia Engineering, 137, 762 – 771. https://carput.my/my/kereta-ev-beza-hev-phev-bev/# Lim. H. S. (2022, Februari 23). Mengenal Kelebihan dan Kekurangan Plastik Biodegradable. Akurat. https://akurat.co/mengenal-kelebihan-dan-kekurangan-plastik-biodegradable Shokor. T. (2013, Disember 6). Kenderaan elektrik sepenuhnya (BEV). Blogspot. https://notaautomotif.blogspot.com/2013/12/kenderaan-elektrik-sepenuhnyabev.html#
18 6.0 Lampiran