The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 20

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khaikasim269, 2024-05-08 23:44:14

BUKU PROGRAM PIBG 2024

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 20

CATATAN :


KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1. ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG 3 2. UCAPAN ALUAN GURU BESAR 4 3. UCAPAN ALUAN YDP PIBG 5 4. MINIT MESYUARAT AGUNG & PENYATA KEWANGAN PIBG KALI KE-19 6-9 5. KEHADIRAN MESYUARAT 10 6. PENCAPAIAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM SEKOLAH SEPANJANG TAHUN SEMASA PROGRAM SEKOLAH SEPANJANG TAHUN SEMASA 11-15 7. CADANGAN USUL/PENUTUP BUKU / CATATAN 16 8. AJK PELAKSANA 17-19 2


7.45pagi Pendaftaran 8.30pg-9.30pg Perasmian -Nyanyian lagu Negaraku -Bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Zhafaran -Persembahan Murid 1 -Ucapan aluan oleh En Mohd Taha b Rulam Ahmad, YDP -Ucapan aluan oleh Pn. Yusmaliza bt Yusof (Guru Besar SKMJ) -Ucapan Perasmian Encik Farid Zarif Amir Bin Mohammad Arif ( Pengurus Ladang Sawira Selatan) -Gimik -Penyampaian cenderahati kepada Perasmi (cabutan bertuah oleh perasmi) 9.30pg-10.00pg Rehat 10.00pg-12.00 tgh MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20 BERMULA -Ucapan Pengerusi (YDP PIBG) -Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung kali ke-19 -Pekara Berbangkit -Pembentangan Laporan Tahunan (Bendahari PIBG) -Pengesahan dan sokongan Penyata Kewangan -Membahaskan usul(Jika Ada) -Pembubaran AJK PIBG -Pemilihan AJK PIBG 2024/2025 -Hal-Hal lain -Cabutan bertuah -Ucapan Penangguhan Bersurai. ATURCARA 3


UCAPAN GURU BESAR Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan keizinan-Nya kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SK Muadzam Jaya Kali ke-20 Sesi 2024/2025 bagi tahun 2024. Saya Mengucapkan terima kasih pada semua ibu bapa yang dapat hadir dan yang memberikan komitmen dalam semua aktiviti sekolah.PIBG / PIBK (Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti) merupakan nadi kepada hubungan antara ibu bapa dengan sekolah.Keeratan dan keberkesanan hubungan ini boleh memancu sekolah kearah lebih cemerlang dalam bidang akademik dan kemenjadian murid. Justeru itu, kita semua perlu sederap bersama berusaha memberikan pendidikan yang terbaik disekolah mahu pun dirumah kepada anak-anak kita. Pihak PIBG perlulah menjana pemikiran dan melangkah seiring bersama semua ahli supaya berfikiran positif serta memberikan tumpuan dan sokongan bagi merealisasikan matlamat bagi menjayakan pendidikan yang dilaksanakan. Menyedari tentang keperluan dan cabaran inilah, maka perlunya pihak PIBG menyusun dan melaksanakan program yang berkesan bagi membantu pihak sekolah.Saya yakin dengan kerjasama semua SKMJ akan melahirkan anak-anak yang berkualiti. Akhir kata, saya mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga SKMJ, komuniti dan semua ibu bapa yang telah menjalankan amanah dengan baik dan memberikan komitmen yang tinggi. Saya berdoa dan berharap jalinan kerjasama PIBG dan SARANA PIBK sekolah akan terus dipereratkan bagi mencapai lebih banyak kejayaan anak-anak pada masa depan. Wassalam. YUSMALIZA BINTI YUSOF Guru Besar SK Muadzam Jaya 4


UCAPAN YDP PIBG Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera... Alhamdulillah,Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kita dapat berkumpul bersama dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Muadzam Jaya Sesi 2024/2025 Kali ke-20 Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG dan ribuan terima kasih pada semua ibubapa yang dapat hadir pada mesyuarat kali ini bersesuaian dengan moto ‘ PIBG Bersatu, Pelajar Maju ’. Sesungguhnya PIBG dan sekolah ibarat ‘aur dengan tebing’ yang perlu saling membantu. Dengan pemuafakatan ini SK Muadzam Jaya melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan mampu menaikkan imej sekolah. Oleh yang demikian seperti mana yang diharapkan oleh PIBG dan pihak sekolah, contohnya kehadiran tuan puan pad hari ini juga salah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan sangat dihargai. Segala permasalahan yang diutarakan oleh pihak sekolah untuk kebaikan pelajar-pelajar sebaiknya kita huraikan dengan sebaik mungkin. Tidak lupa juga segala sumbangan sama ada berbentuk kewangan, buah fikiran dan sebagainya juga merupakan faktor kepada kejayaan merealisasikan program yang dapat memantapkan lagi PIBG sekolah ini. Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Muadzam Jaya Sesi 2024/2025 Kali ke-20 Tahun 2024. Sekian, terima kasih. Wassalam. EN TAHA BIN RULAM AHMAD Yang DiPertua PIBG SK Muadzam Jaya Sesi 2024/2025 5


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19 SESI 2023 SEKOLAH KEBANGSAAN MUADZAM JAYA 26700 MUADZAM SHAH PAHANG DARUL MAKMUR. _____________________________________________________________________ Tarikh : 13 Mei 2023 ( Sabtu ) Masa : 7.45 Pagi Tempat : Dewan Saiyyidatina Khadijah SK Muadzam Jaya Kehadiran : 222 1. Ucapan Guru Besar 1.1 Terima kasih pengerusi majlis, YDP, AJK dan semua warga SKMJ atas kesudian semua 1.2 Tahniah kepada sekolah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung dan semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk bermesyuarat dan beri sokongan yang baik. 1.3 Menyeru ibu bapa untuk terus menyokong semua program dan seandainya ada ibu bapa yang ingin mengisi kekosongan jawatankuasa dialukan-alukan. 2. Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Muadzam Jaya 2.1 Terima kasih pengerusi majlis GB, NYDP, AJK dan semua warga SKMJ atas kesudian semua menghadiri mesyuarat pada hari ini. 2.2 Tahniah kepada sekolah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung dan semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk bermesyuarat 2.3 Tanpa berlengah masa dan cuaca kita sekarang yang sangat panas kita terus pada agenda seterusnya , sila rujuk buku program dalam Telegram Group WARIS SKMJ. 3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke18 3.1 Setiausaha Kehormat membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-18 Sesi 2022. 3.2 En. Saharil Azlan mencadangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke18 Sesi 2022/2024 disahkan. 3.3 Cadangan tersebut disokong oleh Puan Norazlin Binti Zainal 6


4. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022. 4.1 En. Muhammad Farid Wajdi Bin Muhammad Faridul Atrash selaku Bendahari Kehormat telah membentangkan Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022. 4.2 En Ahmad Sayudi Bin Daud mencadangkan Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 disahkan. 4.3 Cadangan tersebut disokong oleh Tn Hj Rohadza Bin Marijan. 5. Sumbangan Tahunan PIBG 2023 5.1 Mesyuarat secara bersama-sama telah menetapkan dan disokong sebulat suara Sumbangan Tahunan PIBG SK Muadzam Jaya bagi tahun 2022 adalah sebanyak RM50.00 sahaja .Dari yuran tersebut akan Rm10 diserahkan kepada surau sekolah bagi yang beragama Islam untuk satu keluarga. 5.2 Pn Saamah Binti Mohd Noh mengesahkan dan disokong oleh Encik Zulkefli 6. Yuran Sekolah Untuk Murid Bukan Warganegara Malaysia 6.1 Ahli Mesyuarat secara bersama-sama telah bersetuju menerima murid bukan warganegara bersekolah di SK Muadzam Jaya. 6.2 Encik Syamsul telah mencadangkan sumbangan dari murid Bukan Warganegara sebanyak Rm100, manakala ada cadangan lain dari Puan Wan Nur Hidayah sebanyak Rm 70 .Setelah membuat undian ahli mesyuarat bersetuju menetapkan sumbangan murid bukan warganegara adalah sebanyak RM70.00 . 7. Hal-hal Lain 7.1 Membincangkan berkaitan usul: 7.1.1 Usul pertama Encik Muhammad Aizat bin Nordin (Ayah Ayub & Adhwa) – Cadangkan agar jasa baik pihak sekolah terutama guru mata pelajaran untuk memulangkan semula kertas peperiksaan selepas disemak. Ini bertujuan untuk saya menyemak dan mengetahui kesilapan dan kelemahan anak saya dalm subjek tersebut. PK Pentadbiran mengulas : terima kasih atas keprihatinan terhadap pelajaran anak-anak. Selepas UASA, guru diarahkan tidak beri kertas ujian kepada murid. Sebelum cuti sekolah, kelonggaran arahan boleh diedarkan. Untuk tahun ini, selepas peperiksaan kertas akan dipulangkan kepada semua murid. Mohon kerjasama semua ibu bapa boleh berhubung terus dengan guru kelas/guru mp melalui group Telegram kelas atau hadir ke sekolah. 7


GB turut mengulas, jangan bergantung pada keputusan peperiksaan akhir tahun sebagai rujukan perkembangan anak-anak. Pentaksiran minima 2 kali setahun, ujian bulanan. GB akan memastikan guru mp sudah selesai membuat semakan soalan bersama anak-anak di dalam kelas sebelum dipulangkan kepada murid. 7.1.2 Usul ke-2 Puan Norlaili binti A. Rahman mencadangkan Tukar kipas dalam kelas yang berpusing dengan perlahan. Tolong pertimbangkan demi keselesaan murid, tambahan sekarang cuaca semakin panas. GB mengulas kos penyelenggaraan sangat susah, lebih baik mohon yang baharu daripada dibaiki. Contohnya masalah water proofing anggaran kos RM300k masih tidak dapat diselesaikan. Pihak sekolah faham situasi anakanak sekitar 35 orang sekelas, panas dan tidak selesa. PengorbananCikgu SKMJ yang tidak nampak di mata - baiki sendiri untuk jimatkan kos. Sekolah dibina pada tahun 2003. Banyak kemudahan, fasiliti dah uzur dan dibaiki oleh Cikgu SKMJ. Cadangan sekolah untuk wujudkan tabung fizikal (kemudahan barang elektrik) 7.1.3 Atas persetujuan bersama GB lancarkan Tabung Pembangunan Fizikal SKMJ . 7.1.4 Memaklumkan kutipan baju kokurikulum akan di buat selepas membuat pilihan baju dari pembekal siap 8. Ucapan penutup 8.1 Merakamkan ucapan kemaafan dan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan 8.2 Berharap para ibu bapa terus memberikan kerjasama serta komitmen yang tinggi kepada pihak sekolah. Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-19 bagi tahun 2023 ditangguhkan pada jam 9.50 pagi Disediakan oleh: Disemak oleh: ( NURATIFAH BINTI MOHD RAZALI) (EN MOHD TAHA BIN RULAM AHMAD) Setiausaha Kehormat Yang DiPertua PIBG SK Muadzam Jaya PIBG SK Muadzam Jaya 26700 Muadzam Shah 26700 Muadzam Shah Pahang Darul Makmur Pahang Darul Makmur 8


LAPORAN KEWANGAN TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN MUADZAM JAYA (JANUARI 2023 - DISEMBER 2023) BIL MASUK RM KELUAR RM Baki di bank pada 01.01.2023 17,420.57 1 Yuran PIBG 4,010.00 Karnival TS-25 dan Fun Run (One Nation Run) 5,000.00 2 Bayaran balik pendahuluan One Nation Run 5,000.00 Pendahuluan One Nation Run 5,000.00 3 Bayaran balik BAP 2022 1,950.00 Gotong Royong Perdana 2022 500.00 4 Gotong royong KPM 5,800.00 Sumbangan yuran penyertaan Cabaran Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya 2022 250.00 5 Kutipan sumbangan sukan 1,010.00 MAKA 2023 5,085.00 Saguhati kepada guru ganti Pra Sekolah 500.00 Majlis Sambutan Hari Raya 2,000.00 Sumbangan yuran Kelompok Muadzam Shah 720.00 Sumbangan kepada Pasukan Bahas Bahasa Melayu - Penyertaan peringkat negeri 1,000.00 Karnival Sukan Sekolah 875.00 Gotong Royong Madani 500.00 Sumbangan ke Program Cabaran Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya 2023 450.00 Baik pulih lobi & dana penghargaan murid mewakili sekolah 5,000.00 Keceriaan kantin 1,500.00 Charge on cheque clear 33.00 JUMLAH 35,190.57 28,413.00 JUMLAH DI BANK PADA 31 DISEMBER 2023 6,777.57 Disediakan oleh, Disahkan oleh, (EN. MUHAMMAD FARID WAJDIE) (EN. AHMAD FADZIL BIN TAHA) Bendahari Kehormat, Pemeriksa Kira-kira I PIBG SK Muadzam Jaya PIBG SK Muadzam Jaya (PN. SITI NORLAILA BT AZIS) Pemeriksa Kira-kira II PIBG SK Muadzam Jaya 9


KEHADIRAN MESYUARAT PIBG KE-19 10


PENCAPAIAN DAN PROGRAM CABARAN ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KETUA PESURUH JAYA 2023 PASUKAN BAHAS PERINGKAT NEGERI ONE NATION RUN PERINGKAT KEBANGSAAN 11


BOLA BALING PERINGKAT MSSD & MSSP BOLA SEPAK KELOMPOK & MSSP PESERTA MQQS PENCAPAIAN DAN PROGRAM 12


KARNIVAL TS25 GOTONG-ROYONG MADANI KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA SK MUADZAM JAYA PENCAPAIAN DAN PROGRAM 13


NAIK TARAF LOBI SK MUADZAM JAYA PENCAPAIAN DAN PROGRAM MAJLIS APRESIASI KOKURIKULU(PENGHARGAAN KEPADA MURID MEWAKILI SEKOLAH) LAWATAN PEMIMPIN MURID SK MUADZAM JAYA 14


MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN SK MUADZAM JAYA BAIK PULIH BESI PENUTUP LONGKANG JAMUAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH PENCAPAIAN DAN PROGRAM 15


CADANGAN USUL 16 1.Hashimah bt Hashim Mohon guru-guru membawa anak-anak Tahun 6 menyertai sebanyak mungkin pertandinganpertandingan berteras kurikulum dan kokurikulum memandangkan mereka sudah tidak menghadapi peperiksaan besar seperti UPKK dan UPSR. Ini untuk menambah nilai mereka yang cemerlang dan berhasrat untuk masuk ke SBP, SBT, MRSM dan lain-lain sekolah berprestij. Keputusan peperiksaan shj tidak mampu memberi daya saing yang kukuh dengan puluhan ribu anak-anak lain seluruh Malaysia. Saya yakin ibubapa sangat bersedia untuk membantu jika diperlukan. 2.Nuriza binti masdor Jika boleh, pihak sekolah dapat mengadakan sesi bergambar kelas yg official pada hujung tahun seperti zaman-zaman dahulu. Anak tahun 6 berpindah kelas tahun ini.. baru perasan tidak ada gambar kelas secara official sejak tahun 1, beserta nama2 rakan sekelas di bawah gambar. Terima kasih


JAWATANKUASA KERJA 17 Bil Jawatanku asa Tanggungjawab Tindakan 1. Pengerusi Mohd Taha Bin Rulam Ahmad Menyelaras semua perjalanan, persiapan majlis dan penyusunan aturcara majlis. 2. Setiausaha Bendahari Nuratifah Binti Mohd Razali En. Muhammad Farid Wajdie bin Mohamed FaridAu’l Atrash Menyediakan surat jemputan kepada: Semua ibubapa / penjaga perasmi, AJK PIBG 3. Penyambu t Tetamu Yusmaliza bt Hj Yusof Mohd Taha Bin Rulam Ahmad En Saharil Azlan Bin Sahidun Haslizan b Hasan Mohamed Sabri b Marican Pn. Sharifah Binti Omar Menyambut dan mempersilakan tetamu ke majlis berkenaan 4. Juru Acara Dan Doa Nik Mazuin Binti Nik Mustapha Kaisri bt A. Rahman Muhammad Zhafaran bin Ibrahim Juruacara sepanjang majlis Mengawal perjalanan aturcara majlis Memimpin bacaan doa 5. Pencatat Minit Pencatat Pemilihan JK PIBG Baru Chua Eng Chu Nurul Umairah Binti Othman Mohd Fadrol b Fathil Muhammad Luqman Hakim b Ariff Mencatat minit ketika Mesyuarat PIBG dijalankan -Menulis Senarai nama AJK PIBG semasa lantikan baru (keperluan whitboard dan maker) Mengira undian ketika pelantikan dijalankan


18 6. Siaraya Mohd Fahmi bin Mohd Radzi(K) Amirul Fardly b Fazlirizal Memasang dan menguji sistem PA supaya berfungsi dengan baik. Menyediakan muzik iringan semasa majlis 7. Pendaftaran Sabiha Binti AB Rahman (K) Patimah bt Mahmood Suzanna bt Mohd Mokhtar Fathiah binti Mohamed Shukry Siti Nurfarrah Hasna binti Mohd Nawi Nurul Shahida bt Baharuddin Nur Salehah bt A.Rahman Syarifah Norshiah Bt Syed Nordin Nurul Hidayah Bt Aminnuddin -Menyedikan Borang atau QR code untuk pendaftaran -Menyedikan meja pendaftaran dan peralatan pendaftaran -Menyediakan nombor cabutan bertuah 8. Hadiah Jawatankuas a PIBG dan VIP Siti Nur Izzah bt Abdullah (K) Nurul Syabani bt Ab Rahman Noorita binti Mohamed Sharifah Nurul Husna Ardini Nabilah Bt Mohd Zahid Atikah Bt Asnawi Huzaimah Bt Akop Menyediakan hadiah VIP dan hadiah cabutan bertuah 9. Persembahan Murid dan Gimik Zuraidah bt Mohd Zaid (K.Persembahan) Nurul Amirah bt Abdul Kadir Nurul Fatin ABD Talib Nor Aishah bt Abd Razak(K. Gimik) Shafiqa Natasha bt Kamaruddin Menguruskan persembahan pelajar -1 persembahan murid -Menyediakan Gimik perasmian PIBG 10. Persiapan Pentas Norraida bt Dahalan (K) Nurul Ain Zaitun bt Che Ghani Zafida bt Zainal Abidin(PPKI) An’nasihah bt Ramli Mas Anira bt Murat Menghias pentas dan menyediakan kerusi VIP (Mengemas peralatan selepas selesai majlis)r 11. Buku Program Khairuddin b Kasim(K) Rosniza bt Yusof Noriza bt Mohamed Menyediakan buku program Memastikan buku program dicetak mencukupi JAWATANKUASA KERJA


19 12. Kemaskini Tempat sebelum dan selepas Majlis Saifullah bin Sharipuddin (K) Mohd Suffian b Mohd Top Mohd Bukhairy b Zulkefli Hj. Ruhisham bin Haron Mohd Khairul Bin Anuar Kamil Fazli Hafizi Bin Ali -Menyusun Kerusi tetamu jemputan(ibu bapa) sebelum majlis dan selepas majlis -Menyediakan meja dan kerusi ketika mesyuarat PIBG bermula. 13. Jamuan Jamuan VIP Zulkifli b Mohamed Suhaimi (K) Mohd Roslam bin Abdullah Muhammad Sayuti B. Hj Ibrahim Siti Nurul Aisyah bt Idris Norhayati bt Zakaria Selasiah bt Juhari Hasimah bt Mohd Noh Zuhara Mussyirah bt Ali Norazilah bt Musa Nor Azlena bt Mohd Nor Fadilah Binti Mahadi Nur Ain Syahira Nur Izatul Aliah Bt Hamdan Nurul Iffah Bt Abu Bakar Rabiatul’ Adawiyah bt Syed Nordin Nur Shazwani Bt Anuar (Ajk PIBG) Nur Hidayah bt Zolkafli (K) Hasimah bt Husin Nor Syamsidat bt Ismail Hasimah bt Muhammad Jamuan waktu Rehat: (diedarkan semasa mesyuarat PIBG berlangsung di dewan) *300 orang Ibubapa/Penjaga/ (Bihun+Air mineral cawan ) -mengagihkan makanan dan minuman -Menempah makanan VIP dan guru -Memastikan makanan dan minuman mencukupi 14. Kawalan Kebersihan Norbaizura bt Tomeran (K) Salmah bt Mohd Mahfod Wan Sharifuddin bin Wan Chik Qaharuddin B. Jamil Mohd Azran b Razikin Hamilah -menjaga kebersihan persekitaran -menyediakan tong dan plastik sampah 15. Rakaman dan Dokumentasi Norhidayati bt Abdul Latif(K) Laura Antonette Kojuna Nurul Huda bt Mat Junos Mengambil gambar dan video semasa majlis Menyediakan laporan bergambar 16. Banner dan Banting Mastura bt Salleh(K) Sunaida bt Mustapa Kamal Menempah dan menampal banner sebelum majlis JAWATANKUASA KERJA


CATATAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version