The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rbdskts, 2021-10-27 03:48:56

Burung Gagak dengan Kendi

Burung Gagak dengan Kendi

Burung Gagak
dengan Kendi

Tibalah pada suatu musim yang sangat kering,
di mana semua haiwan sukar untuk
mendapatkan air sebagai minuman.

Seekor burung gagak terjumpa sebuah kendi
yang berisi sedikit air. Kendi tersebut bermulut
kecil dan tinggi. Burung gagak tidak dapat
mencapai air tersebut.

Burung gagak berfikir mahu membaringkan
kendi itu tetapi dia khuatir air yang hanya
tinggal sedikit akan tumpah. Burung gagak
tetap berusaha dan berfikir.

Tiba-tiba sebiji buah yang kecil terjatuh dari
pokok di atas kendi itu terus masuk ke dalam
kendi. Sang gagak mendapati air di dalam kendi
itu semakin menaik.

Sang gagak mendapat satu akal. Dia lalu
mengambil batu-batu kecil berdekatan kendi,
dan menjatuhkannya ke dalam kendi satu
persatu.

Setiap kali burung gagak itu memasukkan
batu-batu kecil ke dalam kendi, permukaan air
dalam kendi pun beransur-ansur naik dan
bertambah tinggi hingga akhirnya air tersebut
dapat diminum oleh sang gagak .


Click to View FlipBook Version