Nujum Pak
Belalang
Di sebuah desa di negeri Terang Bulan, ada
seorang duda bernama Pak Belalang. Pak
Belalang bukan sahaja miskin, malah seorang
yang pemalas. Pak Belalang ada seorang anak
bernama Belalang. Belalanglah yang diharapkan
untuk mencari nafkah. Walaupun masih kecil,
namun Belalang rajin bekerja. Sepanjang hari
Pak Belalang menghabiskan masanya dengan
tidur sahaja. Soal makan dan minumnya,
terserah kepada Belalang. Belalang mencari
nafkah dengan bekerja membantu orang
kampung.
Pada suatu hari, Belalang terserempak dengan
dua orang pencuri. Mereka sedang melarikan
kerbau kepunyaan orang kampung. Belalang
mengekori pencuri itu ke tempat
persembunyian mereka.
Kemudian, dia pulang dan memberitahu
bapanya. Tetapi Pak Belalang menyuruh Belalng
untuk tidak masuk campur.
Belalang menjawab "Saya tahu di mana kerbau
itu disembunyikan. Bagaimana kalau bapak
menyamar jadi ahli nujum. Boleh saya beritahu
orang kampung, bapak pandai menilik. Sebaik
saja kerbau itu ditemui, tentu kita akan dapat
upah yang lumayan!" "Ya tak ya juga," kata Pak
Belalang.
Keesokan harinya, orang kampung heboh
dengan kehilangan kerbau mereka. Mereka
mengadu kepada penghulu. Kebetulan, ketika
itu Belalang ada di situ. "Bapak saya pandai
menilik. Tentu dia boleh tolong carikan kerbau
itu," kata Belalang. "Betulkah?" tanya penghulu.
"Kalau begitu mari kita jumpa dia." Mereka
beramai-ramai menuju ke rumah Pak Belalang.
Pak Belalang berpura-pura menyamar sebagai
ahli nujum dan berkata bahawa kerbau itu ada
di hulu kampung di mana ada sebatang pokok
merbau.
Orang kampung beramai-ramai pergi ke
tempat itu dan memang benar kerbau itu ada
disana. Mereka memberinya pelbagai hadiah
sebagai rasa terima kasih. Nama Pak Belalang
menjadi masyur dan banyak orang mencarinya.
Hidupnya pun berubah menjadi senang dan dia
tidak perlu bekerja lagi
Pada suatu hari, sebuah kapal berlabuh di
pelabuhan negeri Terang Bulan. Nakhodanya
lantas menghadap sultan "Tuanku," kata
nakhoda itu. "Patik dari negeri Antan Kesuma.
Kami ingin beradu kepandaian dengan nujum di
sini. Kalau tuanku menang, kapal kami menjadi
milik tuanku. Tapi kalau tuanku kalah, negeri
tuanku menjadi jajahan takluk kami!"
Sultan negeri Terang Bulan segera memanggil
para pembesarnya dan bermesyuarat untuk
mencari kata sepakat. Seorang pembesar
memberikan saran untuk meminta Pak Belalang
untuk mewakili negri Terang Bulan. Sultan pun
setuju dan menitahkan Pak Belalang
menghadap
Tidak lama kemudian, Pak Belalang masuk
menghadap. Dia terketar-ketar ketakutan. Dia
khuatir kalau rahsianya terbongkar. Selama ini
dia cuma berpura-pura menjadi nujum.
"Hai, Pak Belalang!" titah sultan. "Benarkah
kamu seorang nujum yang handal?" "Benar,
tuanku!" jawab Pak Belalang dengan
ketakutan. "Bagus!" titah sultan. Baginda
berasa sukacita kerana nujum dari negeri
Terang Bulan beradu kepandaian dengan nujum
dari negeri Antan Kesuma.
Sultan Terang Bulan turut datang. Baginda
berharap Pak Belalang dapat menewaskan
nujum dari negeri Antan Kesuma."Soalan
pertama!" kata nujum dari negeri Antan
Kesuma.
"Apa binatang, ketika pagi berkaki empat,
ketika tengah hari berkaki dua dan ketika
petang berkaki tiga?"
"Manusia!" jawab Pak Belalang dengan
selamba. "Sebab ketika kecil dia merangkak,
ketika dewasa, berjalan dan ketika tua,
bertongkat!"
Rakyat negeri Terang Bulan bersorak riang.
Jawapan Pak Belalang memang tepat.
"Yang kedua!" kata nujum negeri Antan Kesuma.
"Bagaimana hendak menentukan yang mana
hujung dan yang mana pangkal kayu ini?" Dia
menunjukkan sebatang kayu yang lurus dan
sama besar. Pak Belalang mengambil sebesen
air. Dia pun memasukkan kayu itu ke dalam air.
"Ini hujung dan ini pangkalnya," kata Pak
Belalang. "Pangkal kayu ini tenggelam dahulu
kerana ia lebih berat!" Jawapan Pak Belalang
memang tepat. Sebenarnya, Pak Belalang sudah
tahu akan semua jawapan soalan itu, sebab
anaknya, Belalang, telah mendengar perbualan
nujum negeri Antan Kesuma tempoh hari.
Akhirnya, nujum negeri Antan Kesuma
mengaku kalah. Kapal mereka terpaksa
diserahkan kepada sultan negeri Terang Bulan.
Mereka terpaksa pulang ke negeri Antan
Kesuma dengan hanya sehelai sepinggang.
Sultan negeri Terang Bulan sangat berbesar
hati dengan Pak Belalang. Baginda melantik Pak
Belalang menjadi Nujum Diraja. Pak Belalang
kemudian dikahwinkan dengan puteri baginda
yang bernama Laila Sari. Akhirnya, Pak Belalang
dan anaknya, Belalang hidup aman damai di
istana sultan.
Nilai
1. Kesyukuran
2. Semangat kemasyarakatan
3. Bersabar
Pengajaran
1. Kita hendaklah menepati janji.
2. Kita janganlah bersikap tamak.
3. Kita perlulah bersabar dengan secara ujian
yang dihadapi.