Keldai dengan
Serigala
Pada suatu pagi, seekor
keldai pergi meragut
rumput di sebuah padang
rumput yang luas.
Ia meragut rumput dengan
gembira kerana rumput di
situ sunguh segar. Lagipun
tiada haiwan lain di di situ,
jadi ia dapat meragut
rumput dengan senang
hati.
‘’Oh, beruntung sungguh
aku hari ini!’’
Setelah kenyang, keldai
mamandang sekeliling, tiba-
tiba ia ternampak seekor
serigala yang kelaparan
sedang menuju ke arahnya.
“Apakah yang harus aku
buat sekarang? Kalau aku
lari, tentu serigala itu
berjaya mengejar aku,”
rungut keldai yang
ketakutan itu.
Tiba-tiba keldai mendapat
idea. Keldai memberanikan
diri. Ia berpura-pura
berjalan dengan selamba ke
arah serigala.
“Apakah yang sedang
berlaku? Mengapa kamu
tidak lari sebaik sahaja
ternampak aku?’’ tanya
serigala yang kehairanan.
”Tiada gunanya aku lari
kerana kamu tetap akan
buru dan menangkap aku.
Akhirnya aku akan jadi
makanan kamu juga.’’ Kata
keldai dengan berani.
‘’Betul juga cakap kamu.
Kalau kamu terlepas hari
ini, esok atau lusa kamu
akan jadi mangsa aku
juga,’’ kata serigala.
’’Tapi tiada seronok kalau
aku dapat tangkap kamu
dengan mudah. Kan lebih
seronok kita main kejar-
kejar. Kalau aku berjaya
tangkap kamu, aku akan
memakan kamu…’’
‘’Baiklah, aku setuju dengan
cadangan kamu,’’ kata
keldai.
’’Tapi sebelum kita main
kejar-kejar, aku mahu
meminta pertolongan kamu.
Boleh kah kamu tolong
buangkan serpihan duri di
dalam kuku kaki belakang
aku?’’
‘’Ya,sudah tentu aku akan
tolong kamu!’’ kata serigala.
Keldai pun menghulurkan
kaki belakangnya ke arah
serigala. Ketika serigala
cuba memegang kakinya
dan menunduk untuk
mencabut duri tersebut,
keldai pun menendang
muka serigala dengan kuat
lalu melarikan diri dengan
pantas.
‘’Aaaaaahhhhhhh!’’ jerit
serigala dengan kuatnya.
Disebabkan tendangan
keldai itu amat kuat,
serigala mengalami
kecederaan yang teruk.
Hidungnya berdarah dan
beberapa batang giginya
patah.
Akhirnya ia berdiri dengan
kesakitan yang amat
sangat.
’’Lain kali ku akan tangkap
kamu dan makan kamu!’’
jerit serigala dengan
marah.