CERITA PENDEK
Kami
Memudahkan
Kerja
Sumber: Buku Teks
Bahasa Melayu Tahun 1 ms. 104-105
Hai, aku pembersih vakum! Aku
sangat berguna kepada manusia.
Aku dapat menyedut habuk
dan sampah. Aku dapat
membersihkan lantai dan siling
rumah.
Aku kuat kerana aku
menggunakan tenaga elektrik.
Manusia sangat sayang akan
aku.
Wah, hebatnya kamu! Aku pula
mesin basuh. Aku kuat bekerja.
Aku menggunakan kuasa
elektrik. Aku dapat membasuh
pakaian dengan cepat.
Aku juga dapat mengeringkan
pakaian.
Aku berasa bangga kerana
dapat meringankan kerja
manusia.
Aku seterika elektrik. Badan aku
panas dengan kuasa elektrik.
Aku dapat menggosok pakaian
dengan cepat. Aku mampu
menggosok banyak pakaian
setiap hari.
Aku sangat membantu manusia.
Tanpa aku, kerja menggosok
menjadi sukar. Gunalah aku.
Aku juga penting seperti kamu.
Nama aku pengisar elektrik.
Aku dapat melumatkan cili dan
bawang dengan cepat. Aku juga
dapat membuat jus buah-
buahan.
Aku memudahkan manusia
menyediakan makanan dan
minuman.
Aku bekerja dengan pantasnya.
Manusia sentiasa memerlukan
aku.