The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rbdskts, 2021-11-05 03:27:59

Perlumbaan Arnab dan Kura-kura

Perlumbaan Arnab dan Kura-kura

Perlumbaan Arnab
dan Kura-kura

Pada suatu hari, Kura-kura sedang berjalan
perlahan-lahan mengambil angin pagi di rimba.
Tiba-tiba, datang Arnab yang memang
terkenal antara binatang yang pantas di rimba
itu.

"Eh, Kura-kura, ada kau di sini, mahu ke mana
kau?", kata Arnab membuka bicara.

"Ya, Arnab. Aku tak ke mana-mana. Saja
berjalan-jalan", jawab Kura-kura.

"Wahai Kura-kura, kasihan aku tengok kau ni.
Jalan pun lambat. Bila kau mahu tiba ke
destinasi", ejek Arnab yang memang dikenali
suka mengejek yang lemah.

"Tak apalah Arnab, dah dijadikan aku begini, aku
redha", kata Sang Kura-kura sambil terus
berjalan meninggalkan Arnab tadi.

Arnab masih tidak berpuas hati kerana Kura-
kura sepertinya tidak terkesan akan
sindirannya tadi. Lantas dia mengemukakan
satu cabaran kepada Kura-kura dengan niat
mahu mengenakan dan memalukannya.

"Apa kata kalau kita berlumba, Kura-kura. Saja
aku mahu bersaing dengan kau."

"Tidak apalah Arnab," jawab Kura-kura ringkas.

"Tak kira, Kura-kura. Kau mesti berlumba
dengan aku juga. Esok, aku tunggu dekat tebing
sungai sana," kata Arnab tidak mempedulikan
kata-kata Kura-kura.

Keesokan harinya, seluruh rimba datang untuk
menyaksikan perlumbaan antara Arnab dan
Kura-kura itu. Dengan Kancil menjadi
pengadilnya, perlumbaan yang dijadualkan,
bermula dari tebing sungai, mengelilingi rimba
dan tamat di tebing sungai kembali.

Perlumbaan itu dimulakan di tengah-tengah
hiruk pikuk penyokong kedua-dua peserta.
Dengan pantasnya, Arnab berlari jauh
meninggalkan Kura-kura. Sedang Kura-kura
berjalan perlahan-lahan melepasi garisan mula.
Setelah beberapa ketika, Arnab berhenti di
bawah sebatang pokok. Lalu dia memerhatikan
kalau-kalau ada kelibat Kura-kura di
belakangnya.

"Ah, pasti sudah jauh ku tinggalkan Kura-kura,
garisan tamat pun dah dekat, mengantuk pula
aku, baik aku tidur sekejap, bila aku terjaga
nanti Kura-kura pasti belum memotong aku",
fikir Arnab.

Dengan rasa mengantuknya, Arnab pun tidur di
bawah pokok tersebut.

Tidak lama kemudian, Kura-kura tiba di pokok
tempat Arnab sedang tidur. Dengan tidak
mempedulikan Arnab, Kura-kura terus berjalan
menuju garisan penamat.

Selepas beberapa ketika, Arnab terjaga dari
tidurnya. Dengan tergesa-gesa dia berlari
menuju garisan penamat.

"Ish, lama pula aku tidur. Entah-entah, Kura-
kura sudah memotong aku", getusnya sendiri.

Sesampainya Arnab di garisan penamat.
kelihatanlah Kura-kura menerima ucapan
tahniah daripada binatang-binatang rimba
yang lain kerana memenangi perlumbaan itu.

Dengan rasa malunya, Arnab beredar pantas
dari situ kerana tewas kepada Kura-kura
sambil diketawakan para penghuni rimba.


Click to View FlipBook Version