KIJANG EMAS
Kononnya, penduduk
di sebuah negeri
percaya bahawa di
hutan negeri itu ada
kijang emas. Oleh itu
ramailah rakyat di
negeri itu masuk ke
hutan untuk
memburu kijang
emas itu.
Raja negeri itu juga
memerintahkan
perannya yang
handal mengetuai
pasukan berburu
untuk mencari
kijang itu.
Puaslah mereka
pergi dengan
membawa anjing
perburuan yang
handal-handal.
Namun, kijang emas
itu tidak juga
ditemui.
Di mana mereka
berasa letih, di
situlah mereka akan
berhenti berehat.
Oleh sebab itu,
banyaklah tempat
yang menjadi
tempat perhentian
kepada pemburu-
pemburu itu. Di mana
sahaja berhenti,
mereka akan
memberi nama
tempat itu.
Jika tempat itu
berpantai dan putih
pasirnya, maka
tempat itu
dinamakan Pasir
Putih.
Jika pasukan itu
berhenti di kawasan
yang merah
tanahnya, maka
tempat itu
dinamakan
Merah. Tanah
Jika tempat itu
banyak buah macang
maka tempat itu
dinamakan Macang.
Ada kumpulan yang
pergi ke sungai.
Mereka dapati di situ
banyak ikan jelawat.
Maka tempat itu
dinamakan Jelawat.
Ada sekumpulan pula
menemui pasir yang
kuning seperti emas.
Maka tempat itu
dinamakan Pasir
Mas.
Akhirnya kijang
emas itu tidak juga
ditemui. Mereka pun
berhentilah berburu.
Namun kijang itu
tetap menjadi
binatang idaman
mereka.