The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rbdskts, 2021-11-15 03:28:27

Seorang Wanita dan Ayamnya

Seorang Wanita dan Ayamnya

Seorang
Wanita

dan
Ayamnya

Tidak lama dahulu, tinggal seorang wanita dan
ayam betinanya di sebuah ladang. Wanita itu
sangat menyayangi ayamnya. Dia memberi
ayam betina itu makan barli dan jagung setiap
hari.

Ayam betina itu juga sangat setia kepada
majikannya. Setiap hari, dia akan bertelur

sebiji. Telur ayam itu sangat besar dan
berkhasiat.

Pada suatu petang, wanita itu pun berfikir,
“Setiap hari saya memberi makanan yang
cukup untuk ayam saya dan dia bertelur sebiji
sahaja. Mungkin jika saya memberi makanan
yang lebih, dia akan bertelur lebih daripada

sebiji telur setiap hari.” Maka, dia pun
menambahkan makanan ayamnya.

Ayam betina itu diberi makanan yang banyak.
Walaupun dia tidak mahu makan lagi, wanita itu
akan memaksa ayamnya makan dengan banyak.

Malangnya, selepas beberapa bulan, ayam
betina itu bertambah gemuk dan tidak mahu

bertelur lagi. Wanita yang tamak itu berasa
kecewa dengan tindakannya yang merugikan
dirinya.

Moral: Tindakan yang melampaui batas tidak
menguntungkan.


Click to View FlipBook Version