Bunga Pakma
Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan sejenis
tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar.
Bunga Pakma spesies Rafflesia
arnoldii merupakan yang terbesar di dunia
dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4
inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs).
Rafflesia arnoldii
Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan
oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph
Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu
diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama
mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar
Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera.
Rafflesia arnoldii
Ciri-ciri:
• Mengeluarkan bau yang teramat busuk
apabila kembang.
• Tumbuhan ini juga agak berat.
• Tidak mempunyai daun untuk memproses
karbon dioksida dan cahaya matahari bagi
menghasilkan gula dan oksigen.
• Tidak mempunyai akar untuk
menyerap air dan mineral dari tanah untuk
diproses sebagai protein.
• Sejenis parasit yang ia tidak perlu
menghasilkan nutrisinya sendiri.
• Mempunyai tisu-tisu yang kelihatan seperti
tiub-tiub halus yang panjang memasuki
tumbuhan perumah.
• Ia hanya perlu menyerap nutrisi daripada
perumahnya, yang mana perumahnya juga
ialah tumbuh-tumbuhan lain.