The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rbdskts, 2021-11-03 04:55:07

Tun Hussein Onn

Tun Hussein Onn

Tun
Hussein
Onn

Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn (12
Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana
Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari
tahun 1976 sehingga 1981. Beliau diperlihatkan
sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan
untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai
reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang
mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di
dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan
perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun

Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa
Perpaduan".

Beliau dilahirkan di Johor Bahru dan merupakan anak
kepada Dato' Onn Jaafar yang menubuhkan Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946.
Ibunya bernama Datin Halimah Hussein.

Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok
Kurau School Singapura. Hussein Onn menyertai
Pasukan Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940.

Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera
Sandhurstdi Dehradun, India. Selepas ditauliahkan,
beliau menyertai Regimen Hyderabad ke-19 (Tentera
India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu
peperangan.

Selepas peperangan, kerajaan British melantik beliau
sebagai pengajar di "Pusat Perekrutan dan Latihan
Polis Malaya" di Rawalpindi.

Beliau pulang ke Malaya (kemudian Persekutuan Tanah
Melayu; kini Semenanjung Malaysia) pada 1945 dan
dilantik sebagai Komandan Depot Polis Johor Bahru

Beliau kemudiannya bersara dari perkhidmatan
ketenteraan dengan berpangkat kapten, satu

pencapaian yang cukup cemerlang bagi seorang
bumiputera semasa penjajahan British.

Semangat Dato' Onn Jaafar menentang Malayan Union
turut mengapikan semangat Tun Hussein untuk
bersama bapanya menentang Malayan Union. Beliau
kemudiannya menyertai bapanya dalam bidang politik
apabila bapanya menubuhkan Pergerakan Melayu
Johor Semenanjung.

Apabila UMNO ditubuhkan, beliau dilantik sebagai
Penolong Setiausaha Agung UMNO dan kemudiannya
sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang
pertama pada usia 28 tahun

Beliau kemudiannya menjadi Setiausaha Agung UMNO
dan Tun Abdul Razak pula mengambil alih sebagai
Ketua Pemuda UMNO.

Pada tahun 1950, beliau dilantik sebagai ahli Majlis
Mesyuarat Persekutuan di samping menduduki Majlis
Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja
Negeri Johor.

Penglibatan beliau dalam bidang politik mulai pudar
apabila cadangan bapanya untuk membuka pintu
UMNO kepada orang bukan Melayu tidak dapat
diterima oleh orang Melayu.

Apabila bapanya menarik diri dari UMNO, beliau
kemudiannya menyertai bapanya keluar dari UMNO
dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
pada tahun 1951 dan kemudiannya Parti Negara.

IMP tidak menerima sambutan yang baik, beliau
meninggalkan bidang politik apabila menukar arah
dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-
undang di Lincoln's Inn, England dan lulus
sebagai Barrister-at-Law pada tahun 1958.

Beliau membuka firma guamannya sendiri di Kuala
Lumpur.

Pada masa itu, beliau sudah pun berkahwin
dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Mohammad
Noah dan mempunyai enam orang anak.

Beliau kembali menyertai UMNO semula atas pelawaan
birasnya, Tun Abdul Razak yang ketika itu memegang

jawatan sebagai Yang Di-Pertua UMNO pada tahun
1964.

Pada Jun 1969, beliau dilantik sebagai Ahli
Jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi
UMNO). UMNO telah mencalonkannya sebagai calon
Perikatan bagi kawasan Parlimen Johor Bahru Timur.
Beliau memenangi kerusi Parlimen ini pada Mei 1969
dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran.

Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada
September 1970 apabila dilantik menjadi Menteri
Pelajaran oleh Tun Abdul Razak. Di bawah pentadbiran
beliau, Kementerian Pelajaran terus meningkat maju.
Beliau maju setapak lagi apabila dalam Perhimpunan
Agung UMNO tahun 1972.

Di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8
Ogos 1973, beliau dilantik menjadi Timbalan Presiden
UMNO menggantikan Tun Dr. Ismail yang meninggal
dunia pada 2 Ogos 1973.

Beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
pada 13 Ogos 1973 sekaligus merangkap Menteri
Perdagangan dan Perindustrian.

Pada 15 Januari 1976, beliau dilantik untuk menjadi
Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas
kematian Tun Abdul Razak.

Beliau telah disahkan sebagai pemangku Presiden
UMNO

Pada hari Khamis, 15 Januari 1976, beliau
mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri
Malaysia yang ketiga di Istana Negara.

Pada tahun 1978, beliau menang tanpa bertanding
bagi jawatan Presiden UMNO.

Beliau telah meneruskan agenda pembangunan yang
telah digariskan oleh Tun Abdul Razak khususnya
dalam menggerakkan Dasar Ekonomi Baru.

Beliau arif tentang hal ehwal keselamatan. Beliau juga
memberi penekanan kepada konsep Rukun
Tetangga dan perjuangan terhadap ancaman dadah.

Angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan
dipermodenkan apatah lagi pada ketika itu, rantau
di Asia Tenggara telah menjadi gempar ekoran
jatuhnya kerajaan Vietnam Selatan ke tangan komunis
dan terbinalah cita-cita "Teori Domino" komunis.

Usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan
bandar telah diperhebatkan malah golongan yang
bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan menerusi
gerakan-gerakan pengintipan yang dikatakan berjaya.

Ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi
dunia, beliau berjaya untuk mengawal keadaan dan
membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi
dan sosial.

Beliau juga telah berjaya melancarkan Rancangan
Malaysia Keempat pada bulan April 1981.

Beliau juga telah mengikuti jejak langkah bapanya
yang sentiasa mencuba untuk meningkatkan taraf
hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika
dibandingkan dengan kaum-kaum lain terutamanya
dari segi ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981,
beliau melancarkan pula Skim Amanah Saham
Nasional (ASN) yang merupakan satu dana amanah

bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti
bumiputera dalam ekonomi negara.

Amanah negara yang diperkukuhkannya telah menarik
pelabur luar untuk menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang stabil dari segi politik dan
ekonomi. Sumbangan beliau yang terbesar ialah
menegakkan tiang keamanan yang kukuh.
Beliau mengambil keputusan untuk meletakkan
jawatan sebagai Perdana Menteri pada 15 Mei 1981
atas sebab kesihatan.

Jawatannya diambil alih oleh timbalannya, Dato' Seri
Dr. Mahathir bin Mohamad (kini bergelar "Tun") pada
18 Julai 1981.

Walaupun beliau telah meletakkan jawatannya sebagai
Perdana Menteri, beliau masih aktif dalam
pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata
dan ISIS semasa hayatnya.

Disebabkan perkhidmatannya kepada negara, Hussein
Onn dikurniakan dengan gelaran Tun yang merupakan
anugerah diraja yang tertinggi di Malaysia.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari
Selasa, 29 Mei 1990, sewaktu berumur 68 tahun di
Pusat Perubatan Seaton, San Francisco, Amerika
Syarikat kerana serangan sakit jantung, dan
disemadikan pada hari Jumaat di Makam
Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur


Click to View FlipBook Version