The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rbdskts, 2021-09-22 06:18:44

Sang Arnab dan Sang Kura-Kura

Sang Arnab dan Sang Kura-Kura

Sang Arnab dan
Sang Kura-Kura

Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan Sang
Kura-kura saling mencabar satu sama lain
tentang siapa yang terpantas dan akhirnya
mereka bersetuju untuk mengadakan
perlumbaan. Perlumbaan ini akan menentukan
siapa lebih pantas. Sesiapa yang sampai lebih
awal di garisan penamat yang dipersetujui
dikira sebagai pemenang.

Perlumbaan pun bermula. Sang Arnab memecut
pantas. Di separuh jalan, dia memandang ke
belakang dan melihat Sang Kura-kura masih
jauh. Jadi, Sang Arnab pun berehat di bawah
pokok dan tertidur.

Sang Kura-kura secara perlahan dan konsisten
memotong Sang Arnab dan muncul sebagai

juara perlumbaan tersebut. Sang Arnab
terjaga dan menyesali apa yang terjadi.

Sang Arnab kecewa dengan kekalahan ini. Sang
Arnab membuat kajian untuk mengkaji sebab-
sebab kekalahannya kepada Sang Kura-kura.
Sang Arnab mendapat jawapan bahawa dirinya
terlalu berkeyakinan tinggi, tidak berhati-hati
dan bersikap sambil lewa.

Jika dia menyelesaikan ketiga-tiga masalah
tadi, adalah mustahil dia akan kalah. Jadi Sang
Arnab mengajak Sang Kura-kura untuk
mengadakan perlawanan kedua. Sang Kura-
kura bersetuju.

Kali ini Sang Arnab memecut dari garisan
permulaan sehingga garisan penamat. Dia

memenangi pertandingan dengan meninggalkan
Sang Kura-kura jauh ketinggalan di belakang.

Cerita ini bersambung lagi. Kali ini Sang kura-
kura pula memikirkan strategi untuk menang.
Sang Kura-kura menyedari bahawa jika format
pertandingan seperti sedia ada, adalah
mustahil bagi Sang Kura-kura untuk menang.

Strategi terbaik adalah mengubah format
perlumbaan.

Setelah berfikir panjang. Sang Kura-kura
mencabar Sang Arnab untuk perlumbaan
ketiga. Kali ini dengan laluan yang dikemukakan
oleh Sang Kura-kura adalah sedikit berbeza
dari laluan asal. Sang Arnab bersetuju.

Perlumbaan dimulakan. Berbekalkan komitmen
yang ada, Sang Arnab memecut pantas dan
terhenti di sebuah sungai yang besar. Garisan
penamat adalah beberapa kilometer
diseberang dari sungai ini. Sang Arnab tidak
tahu berenang.

Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan
memikirkan tentang apa yang patut dilakukan

sekarang. Pada masa yang sama pula, Sang
Kura-kura berjalan perlahan-lahan, setibanya
di sungai, dia berenang ke seberang dan
kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di
garisan penamat. Sang Kura-kura menang.

Jika anda tidak mahir dan tidak berminat dalam
bidang anda. Tinggalkan bidang itu dan cari
orang yang mahir dalam bidang tersebut. Jika
anda minat dalam sesuatu bidang, ceburi
bidang tersebut dengan sepenuh hati.
Tetapkan laluan perlumbaan anda berdasarkan
kelebihan dan minat yang anda miliki.

Setelah 3 kali perlumbaan. Sang Arnab dan Sang
Kura-kura telah menjadi rakan karib. Mereka
berbincang bersama. Mereka mendapat idea
baru tentang cara meningkatkan kepantasan
perlumbaan mereka.

Mereka bersetuju untuk berlumba, tetapi
bukan sebagai pesaing tetapi sebagai satu
pasukan.

Perlumbaan dimulakan. Sang Arnab mendukung
Sang Kura-kura dibelakangnya dan memecut
pantas sehingga ke sungai yang besar.
Setibanya di sungai, Sang Arnab pula berada di
atas Sang Kura-kura yang sedang berenang.
Setibanya di seberang sungai, mereka bertukar
posisi sekali lagi dan sampai ke garisan
penamat dengan jayanya.

Mereka merasa lebih puas dan berjaya
berbanding apa yang mereka telah lalui
sebelum ini.


Click to View FlipBook Version