BAJU BARU
MAHARAJA
Pada zaman dahulu, ada
seorang Maharaja yang
menghabiskan masa dan
wangnya membeli baju baru.
Sehelai baju dipakai sekali
sahaja. Semua kain yang
didagang di negaranya akan
dibelinya.
Pada suatu hari, negaranya
telah kehabisan kain. Tiba-
tiba dua orang pemuda
telah datang ke istana.
"Kami mempunyai
kemahiran luar biasa
menenun kain ajaib," kata
salah seorang pemuda itu.
"Kalau begitu tenunlah kain
yang paling elok untuk beta
membuat pakaian,"
perintah Maharaja itu.
Kedua-dua pemuda itu
dibekalkan dengan sutera
dan emas untuk
ditenunkan.
Sebenarnya kedua-dua
pemuda itu telah menipu
Maharaja. Mereka tidak
tahu menenun tetapi
mereka bijak membuat
helah. Mereka bolot semua
emas dan sutera yang
dihantar oleh Maharaja.
Tidak lama kemudian,
seorang menteri kanan
dihantar untuk memeriksa
kain ajaib yang ditenun.
Kata salah seorang penipu
itu, "Hanya orang bodoh
sahaja yang tidak dapat
melihat kain ajaib yang
ditenun." Sebenarnya kain
ajaib itu tidak kelihatan
kerana penipu itu tidak
menenun apa-apa.
Menteri kanan itu berfikir.
"Kalau saya katakan saya
tak nampak kain ajaib itu
bermakna saya ini bodoh."
Menteri itu pun
memberitahu Maharaja
kain ajaib itu sungguh
cantik dan warnanya amat
menarik.
Menteri demi menteri
dihantar dan semuanya
tidak mahu mengaku
mereka bodoh. Mereka
semua melaporkan yang
kain ajaib itu sungguh
cantik.
"Hanya orang bodoh sahaja
tidak dapat melihat kain
itu." kata Perdana Menteri
kepada Maharaja.
"Ya, memang benar. Kain
ajaib itu sungguh cantik,"
kata Mahajraja apabila kain
itu dibawa ke istana.
"Cepat! Jahitkan beta
sehelai baju yang cantik."
perintah Maharaja.
Dua orang penipu itu
dengan segera mengukur
badan Maharaja dan
berpura-pura memotong
kain itu. Mereka berpura-
pura menjahit. Beberapa
jam kemudian siaplah baju
itu. Semua yang hadir
memuji kecantikan baju itu
walaupun mereka tidak
nampak apa-apa.
Pada keesokan harinya,
Maharaja pun beraraklah
seperti biasa supaya
rakyat boleh melihat baju
barunya. Semua rakyat
berasa kagum dan
kebanyakan daripada
mereka tidak berkata apa-
apa. Mereka takut digelar
bodoh. Ramai juga yang
memuji kecantikan baju
baru Maharaja.
"Semua rakyat beta bijak
dan pintar. Beta sahaja
yang bodoh, tak nampak
kain ajaib itu," fikir Mahraja
itu.
Tiba-tiba seorang kanak-
kanak menjerit, "Alamak !
Maharaja bogel."
Selepas itu orang ramai pun
berkata, "Memang betul.
Maharaja tidak memakai
apa-apa."
Maharaja berasa malu dan
berlari balik ke istana,
diikuti oleh menteri-
menteri dan pengawal-
pengawalnya.
Di istana, Maharaja
marahkan semua
menterinya. "Dari Maharaja
sampai ke rakyat jelata,
semuanya bodoh. Satu
negara diperdaya oleh 2
orang penipu," jerit
Maharaja itu.
Baginda memerintahkan
supaya2 orang penipu itu
ditangkap. Malangnya
mereka berdua telah
melarikan diri ke negara
lain.