The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rbdskts, 2021-10-27 04:49:20

Tun Abdul Razak

Tun Abdul Razak

Tun
Abdul
Razak

Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang,
Allahyarham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung
kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh
Fatimah binti Daud. Beliau keturunan bangsawan Bugis
yang telah lama merupakan ketua-ketua suku kaum
Pahang.

Sejak di sekolah rendah lagi, Abdul Razak telah
menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan dalam
bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih
untuk menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala

Kangsar, Perak. Selepas pendidikannya tamat di Kolej
Melayu Kuala Kangsar, Abdul Razak betugas dengan
Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun
1939, beliau ditawarkan biasiswa untuk menuntut di
Kolej Raffles, Singapura pada tahun 1940.
Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa ditamatkan
sewaktu pencetusan Perang Dunia ke-2.

Selepas peperangan, Abdul Razak pergi ke Britain pada
tahun 1947 untuk belajar jurusan undang-undang.
Sewaktu menuntut di England, beliau betemu dengan

Tunku Abdul Rahman yang sedang membuat percubaan
yang ke-3 untuk memperoleh ijazah undang-
undangnya

Pada tahun 1950, Abdul Razak menerima ijazahnya
daripada Lincoln's Inn di London.

Selepas kepulangannya, Abdul Razak menyertai
Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam bidang
politik. Disebabkan keupayaan politiknya, beliau

dilantik menjadi ketua pemuda Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu.

Dua tahun kemudian,pada Febuari 1955, beliau
menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu
berumur 33 tahun.

Selepas memenangani pilihan raya umum yang
pertama di Malaya pada Julai 1955, Abdul Razak
dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Abdul Razak juga

menyertai misi Febuari 1956 yang diketuai oleh Tunku
Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan
Malaya daripada pihak British.

Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, puaknya di dalam
UMNO menggulingkan Tunku Abdul Rahman serta
mengisytiharkan Keadaan Darurat dan beliau
memerintah melalui dekri sehingga 1970.

Pada 22 September 1970, Abdul Razak mewarisi Tunku
Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang
kedua.

Abdul Razak termasyhur dalam pelancaran Dasar
Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971

DEB menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu
mengurangkan dan pada akhirnya:
1: menghapuskan kemiskinan

2: menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi
dengan kaum.

Abdul Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1
Januari 1973 sebagai gantian untuk Parti
Perikatan. Beliau menambahkan ahli-ahli parti untuk
mengasaskan apa yang dikatakannya "Ketahanan
Nasional" melalui kestabilan politik.

Disebabkan sebahagian oleh penyakit leukimia, Abdul
Razak meninggal pada tahun 1976 sewaktu mendapat

rawatan perubatan di London, dan disemadikan di
Makam Pahlawan, berdekatan dengan Masjid Negara,
Kuala Lumpur.

Beliau dan "generasi baru" ahli-ahli politik Melayu
memperlihatkan keperluan untuk menggendalikan
ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah
membangkitkan antagonisme perkauman.

Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan dengan
gelaran Bapa Pembangunan.

Abang ipar Abdul Razak, Tun Hussein Onn ialah
penggantinya sebagai Perdana Menteri ketiga.

Anak sulungnya, Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul
Razak, menjadi perdana menteri keenam
menggantikan Tun Abdullah bin Mohammad Badawi
pada tahun 2009. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk

Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed
Nazim dan Mohamed Nazir.


Click to View FlipBook Version