Kisah Harimau
yang Jahat
Di sebuah hutan, terdapat
seekor harimau yang jahat dan
garang bernama Sang Harimau.
Sang Harimau sangat ditakuti
semua haiwan kerana
kejahatannya itu.
Harimau suka menganggu
haiwan-haiwan yang
lemah dan memakan mereka. Ia
sangat berkuasa
di hutan itu sehinggalah pada
suatu hari, ia mempunyai
saingan baharu iaitu harimau
yang lebih muda daripadanya.
Pada suatu hari, Sang
Harimau memerintahkan
semua haiwan berkumpul untuk
memilih siapa di antara ia dan
harimau muda itu yang layak
ditabalkan sebagai raja. Sebaik
sahaja semua haiwan
berkumpul di situ, ia pun
memberitahu tujuannya
mengumpulkan mereka di situ.
''Baiklah para haiwan sekalian.
Aku mengumpulkan kalian
untuk memilih siapa di antara
aku dan harimau muda itu
yang layak kalian tabalkan
sebagai raja di hutan ini. Jikalau
kalian memilih aku, maka ia
harus pergi dari sini. Begitu juga
sebaliknya,'' kata Sang Harimau
dengan lantang.
Para haiwan mulai berbincang
sesama sendiri untuk
memutuskan siapa yang layak
mereka tabalkan sebagai raja
memandangkan kedua-dua
haiwan itu merupakan haiwan
pemangsa.
Setelah mengambil masa yang
lama, mereka memutuskan
untuk melantik harimau muda
itu sebagai raja. Sang Harimau
berasa sangat marah kerana
para haiwan di hutan itu tiada
seekor pun yang memilihnya.
Walaupun demikian, dia terpaksa
pergi juga kerana sudah berjanji
bahawa siapa-siapa yang
tidak dipilih di antara mereka
berdua hendaklah pergi dari
hutan itu.
Sang Harimau pergi dengan
perasaan dendam dan amarah.
Ia berjanji akan membunuh
semua haiwan di hutan itu
beberapa hari lagi.
''Aku akan bunuh kalian semua
wahai binatang lemah!,'' kata
Sang Harimau kepada diri
sendiri.
Sang Kancil yang kebetulan
mencari makanan di semak yang
berdekatan mendengar kata-
kata Sang Harimau, segera
menyembunyikan diri. Setelah
Sang Harimau hilang dari
pandangan, Sang Kancil
bergegas memberitahu semua
haiwan di hutan untuk berjaga-
jaga.
“kalau begitu, kita harus
memasang perangkap
untuk memerangkap Sang
Harimau,” kata Sang Kerbau
kepada semua haiwan di situ.
“kita harus menggali lubang
yang besar dan dalam
untuk memerangkap Sang
Harimau,” kata Sang Kancil pula.
Para haiwan pun bersetuju.
Mereka mula menggali tanah
sedalam mungkin untuk
memerangkap Sang Harimau.
Mereka juga membawa batu-
batu dan dahan kayu untuk
dihumbankan ke atas Sang
Harimau apabila ia
berjaya diperangkap nanti.
Setelah siap membuat
perangkap, Sang Kancil pun
pergi berjalan sendiri untuk
memancing Sang Harimau. Para
haiwan lain pula sedang
bersembunyi berdekatan
dengan perangkap yang telah
mereka siapkan untuk Sang
Harimau.
Sebaik sahaja melihat Sang
Kancil yang sedang berjalan
sendirian, Sang Harimau segera
mengejarnya. oleh kerana
berbadan kecil dan ringan, Sang
Kancil dapat melarikan diri
daripada ditangkap Sang
Harimau. Ia membawa Sang
Harimau menghampiri
perangkap yang telah mereka
siapkan kemudian berhenti
melarikan diri.
''Aku sudah penat melarikan
diri wahai Sang Harimau.
Terkamlah aku. Tetapi ku mohon
agar kau segera membunuhku
agar aku tidak berasa sakit,”
ucap sang kancil berpura-pura
sedih.
Sang Harimau tertawa lalu
berkata, “Baiklah Kancil. Aku
akan menunaikan
permintaanmu.”
Sang Harimau kemudian
segera menerkam Sang Kancil
tanpa berasa curiga. Ia juga
tidak perasan bahawa di
belakang Sang Kancil terdapat
perangkap untuk dirinya kerana
lubang itu ditutup dengan
ranting dan daun kering.
Sebaik sahaja melihat
terkaman Sang Harimau, Sang
Kancil pantas mengelak dan
akhirnya Sang Harimau terjatuh
ke dalam perangkap.
Setelah itu, para haiwan
keluar lalu mengambil batu-
batu dan dahan-dahan kayu
yang telah dikumpulkan
berdekatan lalu
menghumbannya ke atas Sang
Harimau yang jahat itu.
Akhirnya, Sang Harimau pun
mati.