The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rbdskts, 2021-11-03 04:42:21

Harimau Gunung Ledang

Harimau Gunung Ledang

Harimau
Gunung Ledang

Pada suatu masa, Gunung Ledang terlalu
banyak didiami oleh harimau. Ketika
harimau gunung itu turun, banyaklah
binatang ternakan dibahamnya.

Pada suatu hari, harimau itu turun
beramai-ramai dari gunung itu. Sekawan
kerbau yang dijaga oleh seorang budak
habis dibaham oleh mereka. Orang kaya
tuan punya kerbau itu sangat marah.

“Kamu lalai dan tidak menjaga kerbau
aku. Kamu mesti ganti semua kerbau
yang telah dibaham itu,” kata orang
kaya itu dengan marah.

Budak itu sangat susah hati. Sudahlah
hidupnya tidak ada tempat berlindung,
kini malang pula menimpa. Dia
bermenung dibawah sepohon pokok.

“Jangan susah hati. Ambil getah ini dan
sapukan kepada mulut harimau itu
nanti,” kata seorang tua yang menjelma
tiba-tiba.

Budak itu bertekad. Harimau dari gunung
itu mesti diajar. Dia mengambil upah
menjaga sekawan kerbau kepunyaan
seorang kaya yang lain. Sampai
ketikanya, seekor harimau yang besar
datang. Budak itu dengan berani pergi
kepada harimau itu.

“Kamu pencuri bedebah mesti diajar!”
kata budak itu dengan berani. Harimau
yang besar itu tergamam. Dia
memikirkan budak itu lebih kuat
daripadanya.

Budak itu menyapukan getah pada mulut
harimau. Apabila getah itu kering,
harimau tidak boleh membuka
mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu
getah. Ia tidak dapat mengeluarkan
kukunya.

Budak itu juga mengikat kaki harimau.
Hari telah malam, dia memanggil semua
orang kampung datang. Orang kampung
sangat hairan melihat keberanian
budak itu.

Budak itu berkata kepada harimau yang
sudah terbaring tidak bergerak, “Mulai
malam ini, kamu jangan ambil binatang
peliharaan orang kampung.”

Harimau itu dibiarkan di situ sehingga
tengah hari esoknya. Apabila matahari
memancar, getah itu pun cair. Harimau
melarikan diri kerana ketakutan. Sejak
itu tiada lagi harimau datang
membaham binatang ternakan di
kawasan itu.

Pengajaran :

1. Jangan menganiaya orang lain.
2. Usaha tangga kejayaan.
3. Jangan mudah putus asa.


Click to View FlipBook Version