The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rbdskts, 2021-11-05 03:42:11

Kisah Nabi Yunus dan Ikan Paus

Kisah Nabi Yunus dan Ikan Paus

Kisah Nabi Yunus
dan Ikan Paus

Pada suatu hari, Nabi Yunus a.s. meninggalkan
kota Ninawa. Baginda berputus asa kerana
dakwahnya tidak diterima oleh penduduk kota
itu. Tanpa disedari, tiba-tiba baginda telah
berada di sebuah pantai. Ketika itu baginda
melihat sekumpulan orang yang dalam keadaan
tergesa-gesa menaiki sebuah kapal yang
hendak memulakan pelayaran. Baginda pun
menaiki kapal tersebut.



Dalam perjalanan, rebut melanda. Kapal tidak
stabil kerana muatan yang penuh. Dalam
keadaan yang kelam kabut itu, jurumudi dan
penumpang telah bersepakat untuk
meringankan bebanan di atas kapal. Cara yang
terfikir oleh mereka adalah dengan salah
seorang daripada penumpang harus terjun ke
laut. Untuk menentukan siapakah yang akan
terjun ke laut, mereka telah mengadakan

undian. Undian pertama, kedua, dan ketiga
jatuh kepada Nabi Yunus a.s. Baginda yakin
bahawa keputusan undian itu adalah kehendak
Allah S.W.T yang tidak boleh ditolaknya.

Dalam keadaan pasrah kepada Allah S.W.T, Nabi
Yunus a.s. terjun ke laut dan dibawa arus
gelombang yang dasyat. Di tengah laut
bersama dasyatnya gelombang dan angin yang
kencang, Nabi Yunus a.s. berjuang
mengharunginya sambil berdoa kepada Allah.
Dengan kasih sayang Allah, tiba-tiba datang
seekor ikan Nun (paus) yang sangat besar
menelan Nabi Yunus a.s.



Nabi Yunus a.s. disimpan di dalam perut ikan Nun
dalam keadaan selamat. Di dalam perut ikan itu
Nabi Yunus a.s. berdoa, “Sesungguhnya tiada
Tuhan selain Allah”.



Ikan Nun tersebut sudah diperintahkan oleh
Allah S.W.T supaya menjaga Nabi Yunus di dalam
perutnya. Ketika itu, ikan Nun terlalu lapar
kerana sejak pagi, ikan tersebut tidak makan
apa-apa. Apabila ikan Nun hendak makan anak-
anak ikan lain, ikan Nun teringat kepada
manusia mulia yang berada di dalam perutnya.
Jika ikan Nun makan, sudah pasti Nabi Yunus
akan tercedera dan ikan Nun mengambil

keputusan untuk berpuasa demi menjaga
keselamatan manusia mulia itu. Ikan Nun berasa
gembira dapat berkhidmat kepada insan mulia
itu.

Walaupun berada dalam kesusahan, ikan Nun
berenang untuk meneruskan perjalanannya ke
lautan luas. Walaupun badannya semakin lemah
tetapi terus juga berenang dengan semangat
yang kuat dan memohon pertolongan Allah. Tiba
hari keempat, ikan Nun tiba di sebuah pulau
yang indah. Perlahan-lahan ikan Nun membuka
mulutnya seluas-luasnya supaya Nabi Yunus
tidak cedera dan dapat keluar dengan selamat.



Selepas itu, ikan Nun pun berenang ke dalam
laut untuk mencari makanan pada hari itu ikan
Nun akan berbuka puasa. Apa-apa yang
ditemuinya nanti itulah rezekinya. Demikianlah
pengorbanan ikan Nun kepada Nabi Yunus a.s.

Nilai
1) Ketaatan dan Kepatuhan
2) Ketabahan
3) Amanah
4) Sabar


Click to View FlipBook Version