KESIHATAN DAN PERPADUAN
Seperti yang kita sedia maklum,perpaduan di Malaysia adalah salah satu tonggak kepada
keharmonian negara yang kita kecapi pada masa kini. Konteks perpaduan di Malaysia sangat luas
kerana ianya wujud tidak kira dari segi kebudayaan, kesukanan mahupun kesihatan. Oleh itu, kami
ingin berkongsi kepada anda mengenai perkaitan kesihatan dan perpaduan. SELAMAT MEMBACA!
KESIHATAN DAN PERPADUAN
APAKAH MAKSUD KESIHATAN DAN PERPADUAN?
Kesihatan bermaksud keadaan sempurna dari segi fizikal,mental dan sosial dan tidak hanya seketika
ketiadaan sakit. Dalam erti kata lain, kesihatan dapat didefinisikan sebagai kemampuan untuk
meneruskan hidup dengan prospek positif.
Perpaduan bermaksud penyatuan yang dipamerkan oleh sesebuah masyarakat atau kumpulan yang
merujuk kepada perhubungan sosial yang mengaitkan antara sesama manusia (berlainan
kaum,bangsa dan agama).
Kesihatan dan perpaduan pula dapat dikaitkan dengan kerjasama antara organisasi dalam bidang
kesihatan dalam memastikan masyarakat dengan tidak membezakan agama,bangsa dan kaum bagi
memastikan kita semua dapat mengecapi kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni.
Struktur bidang perubatan ini juga lazimnya terdiri daripada pakar-pakar dan staf yang berlainan
bangsa dan agama, bersama-sama berkongsi kepakaran dan kemahiran bagi memastikan kesihatan
masyarakat terjamin. Hal ini juga dapat menjelaskan bahawa di sinilah titik permulaan perpaduan
dan kesihatan ini berlaku.
HARI SUKAN NEGARA / BULAN SUKAN NEGARA
Contoh pertama yang boleh kita ambil bagi menjelaskan dengan lebih mudah mengenai konsep
kesihatan dan perpaduan ini ialah melalui program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan
Sukan ini.
“Hari Sukan Negara” yang disambut selama sehari pada minggu kedua Oktober sejak 2015 telah
ditukar namanya kepada “Bulan Sukan Negara” yang diwujudkan mulai Oktober 2019.
Penambahbaikan dan perubahan konsep lebih kontemporari dan memenuhi keperluan semasa
adalah keutamaan sangat penting terhadap program Bulan Sukan Negara bagi menjamin agenda
“Sukan Untuk Semua” kekal relevan sepanjang zaman.
Tujuan sukan negara
Untuk menggalakkan semangat persaingan yang sihat dan muhibah melalui sukan di
kalangan individu, kumpulan masyarakat dan antarabangsa.
Seperti yang kita lihat, agenda “Sukan Untuk Semua” itu dapat dikaitkan serba sedikit mengenai
perpaduan antara masyarakat ketika bersukan. Contoh yang paling mudah diambil semasa Bulan
Sukan Negara ini dijalankan, kaum Melayu, Cina dan India sama-sama menyertai acara yang
dianjurkan tidak kira di sekolah mahupun komuniti setempat mereka. Oleh itu, wujudnya kerjasama
antara satu sama lain apabila bersukan sekaligus dapat mencapai kemenangan ketika menyertai
sesuatu acara atau pertandingan.
KEMPEN DERMA DARAH
Selain itu, perpaduan juga dapat diwujudkan ketika kita mendermakan darah. Hal ini
demikian kerana, kita dapat melihat di sekeliling kita mengenai proses kerjasama antara kaum
sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kaum. Mari kita lihat bagaimanakah
kempen derma darah ini mampu mewujudkan Perpetua di Malaysia
Visi Pusat Darah Negara ialah sedia berkhidmat kepada masyarakat dalam menyediakan darah yang
mencukupi dan selamat serta menjadi pusat rujukan yang cemerlang di bidang Transfusi Perubatan.
Seperti yang kita sedia maklum, stok di bank darah semakin hari semakin berkurangan. Tambahan
pula berlakunya fenomena pandemik Covid-19 ini menyebabkan pengurangan pendermaan darah
oleh masyarakat. Sehubungan itu, Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah ketika sidang media di
Putrajaya berkata :
“Stok bekalan darah di Pusat Darah Negara dan Tabung Darah di seluruh negara semasa Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) mengalami penurunan sebanyak 40 peratus berbanding dengan tahun
sebelum ini.”
(https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/691101/stok-bekalan-darah-makin-kurang)
Bertetapan dengan syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia dan Pusat Derma Darah Negara, kita semua boleh mendermakan darah walaupun berbeza
kaum dan bangsa. Sehubungan dengan pengurangan stok di bank darah Malaysia, kita sebagai
rakyat Malaysia haruslah bersama-sama membantu rakan-rakan kita yang memerlukan darah bagi
meneruskan kehidupan seperti kita. Dalam pada itu, kempen derma darah ini juga dapat
menjalinkan perpaduan tanpa kita sedar. Perpaduan di sini bukan hanya terbentuk dari insan yang
mendermakan darah malahan insan yang membantu sepanjang kempen juga bersatu padu bagi
mencapai hasrat dan tujuan kempen derma darah itu dijalankan.
KESAN TERHADAP KESIHATAN JIKA TIADA PERPADUAN ANTARA
RAKYAT.
· KEHARMONIAN NEGARA AKAN TERJEJAS
Keharmonian negara terjejas bermaksud tiadanya kesepaduan di kalangan rakyat.
Kerjasama yang baik antara rakyat sangat dititikberatkan di dalam proses memberikan rawatan yang
terbaik kepada rakyat. Contohnya, sepanjang berlakunya penularan wabak COVID-19 ini , rakyat
tidak mempunyai matlamat yang sama dengan pihak atasan untuk berkerjasama memutuskan
rangkaian wabak tersebut. Ini sekaligus menyebabkan peningkatan kes dan kematian pesakit dari
semasa ke semasa dan menyebabkan kebimbangan bukan sahaja pada pihak atasan malah terhadap
kita juga. Sehubungan itu, keharmonian negara juga tergugat dan memberikan impak negatif yang
agak besar kepada kesejahteraan rakyat dan negara.
· WUJUDNYA MASYARAKAT YANG TIDAK BERMORAL, BERTOLAK ANSUR DAN BERETIKA
Apabila adanya masyarakat yang tidak bermoral, bertolak ansur dan beretika ini dapat
menyebabkan berlakunya pergaduhan dan perselisihan faham antara kaum. Sebagai contoh, rakyat
yang tidak memberi komitmen yang baik kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
dalam mendermakan darah kepada pesakit yang memerlukan. Ini kerana kurangnya sensitiviti dalam
diri sesetangah rakyat terhadap pesakit yang betul-betul memerlukan. Lebih-lebih lagi, stok darah di
dalam tabung darah negara kini tidak mencukupi bagi menampung bekalan darah yang diperlukan
oleh setiap pesakit yang berada di hospital mengikut jenis-jenis darah yang diingini. Malahan pula,
terdapatnya sesetengah sifat rakyat yang memilih kasih dalam mendermakan darah akan
melambatkan lagi proses membaik pulih kesihatan pesakit tersebut. Dengan itu, tahap kesihatan
akan terganggu dan kurangnya kesepaduan dalam kalangan rakyat.
· WUJUD SIKAP MEMENTINGKAN DIRI DALAM MASYARAKAT
Sering kali kita dapati terdapatnya segolongan masyarakat yang sanggup menggadai prinsip
politik, ekonomi, keadilan dan prokemanusiaan demi kepentingan diri. Contohnya,sesetengah rakyat
yang tidak memberi kerjasama yang baik untuk mematuhi perlaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) semasa berlakunya wabak virus jangkitan COVID-19. Sebagai contoh, rakyat lebih
suka mengikut kehendak mereka untuk keluar sesuka hati dan tidak mengikut prosedur yang telah
ditetapkan tanpa mengambil berat tahap kesihatan orang lain. Hal ini diperkatakan demikian kerana
kita akan mempropagandakan lagi keadaan sekaligus meningkatkan bilangan kes COVID-19 tersebut
melalui sentuhan dan jarak yang rapat apabila bertemu kawan atau sebagainya.
· KESTABILAN EKONOMI NEGARA TERJEJAS
Sistem kesihatan dalam negara turut berfungsi bagi menstabilkan ekonomi negara. Namun
begitu, apabila wujudnya masalah kesihatan seperti penularan wabak COVID-19, maka ini turut
menjejaskan lagi kestabilan ekonomi negara. Seiring dengan pengumuman yang diumumkan oleh
Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengistiharkan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) di seluruh negeri bermula pada 18 Mac 2020, sudah pasti ini akan memberikan
kesan yang mendalam kepada sistem ekonomi negara. Contoh dapat yang kita lihat, berlaku
peningkatan bilangan pengganguran, pegurusan peniagaan yang tidak mendatangkan banyak
keuntungan dan anak- anak muda yang berhasrat untuk menyambung pelajaran juga terbantut .
Oleh itu, kestabilan ekonomi negara adalah sangat penting serta memainkan peranan yang besar
dari aspek kesihatan bagi membentuk perpaduan negara yang aman dan harmoni.
· ASPEK SOSIAL
Memang tidak dapat disangkal bahawa komunikasi dua hala yang baik antara
masyarakat berbilang kaum merupakan antara cabaran besar yang perlu dihadapi. Hal ini demikian
kerana tanpa komunikasi yang baik di antara rakyat dan kesepakatan komunikasi dapat menjejaskan
kejayaan sesuatu program kesihatan seperti Bulan Sukan Negara dilaksanakan. Contohnya, di dalam
sesebuah komuniti yang terdapat masyarakat yang berbilang kaum mempunyai komunikasi yang
kurang baik sesama kaum akan mewujudkan jurang antara satu sama lain dan sekaligus
menyukarkan kita untuk bersepadu ketika melakukan perancangan aktiviti sepanjang Bulan Sukan
Negara. Selain itu, kesihatan sangat memerlukan komunikasi dua hala antara satu sama lain
terutamanya ketika merawat , melawat dan melakukan pembedahan kepada pesakit.