The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

V2_Nyanyian Solo dan Duet Dokumen Standard KPMOAP Tahun 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d086512, 2024-05-16 13:32:38

Nyanyian Solo dan Duet Dokumen Standard KPMOAP Tahun 2024

V2_Nyanyian Solo dan Duet Dokumen Standard KPMOAP Tahun 2024

DOKUMEN STANDARD KARNIVAL PENDIDIKAN MURID ORANG ASLI DAN PERIBUMI PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 ACARA: NYANYIAN SOLO DAN NYANYIAN DUET 1. TUJUAN Acara ini dipertandingkan dengan tujuan: i. mengembangkan bakat seni murid Orang Asli dan Peribumi. ii. menilai penguasaan kosa kata murid dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris berdasarkan lirik lagu. iii. menyediakan platform pamer bakat seni murid Orang Asli dan Peribumi di peringkat kebangsaan dalam pelbagai cabang seni persembahan. 2. SASARAN DAN BILANGAN PESERTA i. Kategori: Terbuka kepada murid Orang Asli dan Peribumi yang bersekolah di Sekolah Murid Orang Asli dan Peribumi di bawah Inisiatif #57: Transformasi Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi. ii. Umur: Peserta mestilah berumur 12 tahun ke bawah. iii. Jumlah Peserta: Pertandingan ini disertai oleh satu (1) orang peserta sahaja untuk kategori nyanyian solo dan dua (2) orang peserta untuk kategori nyanyian duet daripada setiap negeri. 3. TEMPOH MASA DAN PENETAPAN GILIRAN i. Masa Persembahan: Setiap peserta diberi masa antara 3 hingga 6 minit untuk membuat persembahan. ii. Masa Keseluruhan: 27 hingga 54 minit.


iii. Cabutan undi untuk giliran akan dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Induk Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi Peringkat Kebangsaan Tahun 2024. 4. SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN i. Terbuka kepada murid Orang Asli dan Peribumi yang bersekolah di Sekolah Murid Orang Asli dan Peribumi di bawah Inisiatif #57: Transformasi Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi. ii. Peserta mestilah berumur 12 tahun ke bawah. iii. Pertandingan ini disertai oleh satu (1) orang peserta sahaja untuk kategori nyanyian solo dan dua (2) orang peserta untuk kategori nyanyian duet daripada setiap negeri. iv. Peserta hanya boleh membuat satu (1) pilihan lagu sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris bagi setiap kategori berdasarkan senarai yang diberikan (rujuk lampiran). v. Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian dengan lagu yang dinyanyikan. Perlakuan yang kurang sopan semasa nyanyian adalah dilarang. vi. Nyanyian perlu diiringi oleh minus one sahaja. vii. Pihak jabatan pendidikan negeri (JPN) perlu membuat pendaftaran peserta dengan mengisi maklumat seperti nama sekolah, tajuk lagu dan lain-lain dalam pautan Google Form yang disediakan oleh pihak sekretariat. Maklumat ini perlu dilengkapkan untuk diserahkan kepada pihak sekretariat sebelum atau pada 31 Julai 2024. viii. Cabutan undi untuk giliran akan dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Induk Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi Peringkat Kebangsaan Tahun 2024. ix. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.


5. KRITERIA PEMARKAHAN i. Jumlah markah: 100 markah ii. Item penilaian: Bil Penilaian Markah 1. Mutu suara (ton, pitch, dinamik) 30 2. Tempo 20 3. Sebutan 15 4. Kreativiti 15 5. Penghayatan 10 6. Gaya persembahan 10 6. HAKIM PERTANDINGAN i. Lantikan panel hakim adalah di bawah penyelarasan pihak pengelola dan sekretariat dengan pandangan dan nasihat dari Bahagian/agensi berkaitan. ii. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan tidak akan dilayan. 7. KEPERLUAN KHUSUS i. Keperluan yang perlu disediakan oleh pihak sekretariat: a. Bilik persalinan b. Pentas c. Sistem siar raya d. Mikrofon tanpa wayar (2 untuk kategori nyanyian duet) e. Juruacara ii. Bahan/alat yang perlu disediakan oleh peserta: a. Minus One dalam bentuk WAV/MP3


iii. Keperluan hakim: a. Borang/Rubrik pemarkahan b. Borang Pengesahan Markah c. Jam randik d. Alat tulis dan kalkulator e. Dokumen standard acara f. Senarai peserta & giliran g. Senarai lagu dan lirik lagu 8. BORANG/DOKUMEN i. Borang Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga ii. Borang Pendaftaran Murid iii. Borang/Rubrik Pemarkahan iv. Borang Pengesahan Markah v. Senarai pilihan dan lirik lagu


LAMPIRAN SENARAI LAGU BAGI PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO DAN NYANYIAN DUET KARNIVAL PENDIDIKAN MURID ORANG ASLI DAN PERIBUMI PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 1. Kategori Nyanyian Solo i. Rujuk JPN Pahang i. Kategori Nyanyian Solo ii. Rujuk JPN Pahang


Click to View FlipBook Version