DRAMA ASIAH
SAMIAH
MULA
SINOPSIS
BABAK 1
Babak satu bermula pada waktu senja. Pada waktu itu Asiah
Samiah Tua sedang bernyanyi dan Marga Tua benci dengan lagu
yang dinyanyikan oleh Asiah Samiah Tua. Marga Tua juga membenci
semua yang berkaitan dengan Asiah Samiah Tua kerana dia
menganggap Asiah Samiah kurang siuman dan telah merosakkan
segala-galanya.
Marga Tua juga mengaku bahawa dia telah melayan kegilaan Asiah
Samiah Tua itu selama 15 tahun kerana Asiah Samiah seorang yang
cerdik dan istimewa. Keistimewaan Asiah Samiah ialah dia pandai
berkata-kata seperti seorang sasterawan. Walaupun Marga Tua
membenci Asiah Samiah dia juga berasa simpati dengannya kerana
Asiah Samiah Tua menjadi kurang siuman kerana teringatkan anak
yang baru dilahirkannya.
BABAK 2
Peristiwa dalam babak dua merupakan imbas Kembali zaman muda Asiah Samiah,yang amat
dikasihi oleh kedua ibu bapanya. Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin.Kisah ini
bermula apabila Tuan Setiawan Tanjung bertanyakan kepada Sari Saribiru tentang
anaknya.Pertanyaan Tuan Setiawan Tanjung kemudiannya berlanjutan kepada asal usul nama
Sari Saribiru dan keadaan emaknya Saribiru yang sedang sakit.
Sari Saribiru memberitahu kepada Tuan Setiawan Tanjung bahawa sudah tiga minggu
emaknya sakit.Mengikut kata Pawang Satam,emaknya terkena sampuk.Sari Saribiru
menjelaskan bahawa Pawang Satam bukan sebarang bomoh.Sari Saribiru memberitahu kepada
Tuan Setiawan Tanjung bahawa dia bercita-cita untuk menjadi bomoh juga.
Seterusnya,melalui ingatan watak Marga Tua,pengarang menggambarkan perwatakan Asiah
Samiah sewaktu zaman mudanya.Marga Tua menyatakan bahawa Asiah Samiah sebagai seorang
anak yang tahu adap sopan.Marga Tua diberitahu kawannya,guru yang mengajar mengaji
kepada Asiah Samiah bahawa dia mempunyai hati yang cukup terang.Marga Tua juga
menyatakan bahawa Asiah Samiah seorang yang tidak sombong dan anak yang baik.Asiah
Samiah juga disenangi oleh semua orang dan merupakan seorang gadis yang cantik.
Asiah Samiah juga meminati sejarah dan sastera yang diajar oleh Marga Tua.Hal ini
terbukti apabila Marga Tua sering bercerita tentang kisah Pak Ladok,Lebai Malang dan
cerita penglipur lara.Marga Tua juga bawakan cerita dari India,China malah dari
pelosok dunia kepada Asiah Samiah.Babak kedua ini diakhiri dengan ingatan Asiah Samiah
Tua terhadap Laila Anursiah dan hubungannya dengan Anas Samanda yang tidak
dipersetujui oleh ibu bapa Asiah.
BABAK 3
Marga Tua teringatkan tentang Anas Samanda pada zaman mudanya
yang miskin dan menderita begitu juga dengan Misa Sagaraga
yang lebih hebat daripada segi kekayaan dan pengaruh sehigga
orang ramai mengkaguminya.Kehebatan Misa Sagaraga digambarkan
menerusi keupayaannya membeli syarikat-syarikat besar
termasuklah syarikat yang haram.
Asiah Samiah Tua teringatkan pada zaman mudanya dia dijaga
oleh pembantu orang tuanya iaitu Siti Bunirah dan Pak Leh Lak
Lak yang menjaganya dengan penuh kasih sayanag sehingga
menganggapnya sebagai anak mereka sendiri.Asiah Samiah
dinasihati agar sentiasa menjaga diri dan jangan terpengaruh
dengan kehidupan luar.
BABAK 4
Peristiwa imbas kembali pada zaman muda antara Anas Samanda dan Marga Muda tentang
Misa Sadaraga yang sangat berpengaruh dan berkuasa.Anas Samanda menceritakan
tentang tindakan Misa Sagaraga dan pengikut-pengikutnya yang dating ke rumah
bapanya dengan tujuan untuk menghalau bapanya dari rumah yang sudah didiaminya
selama 50 tahun.Anas Samanda cuba mempertahankan hal dan maruah keluarga namun
dinasihati oleh Marga Muda yang dia pasti akan tewas jika menentang Misa Sagaraga.
Walau bagaimanapun,nasihat Marga Muda disanggah oleh Anas Samanda.Anas Samanda
tidak menyangka apa yang telah diucapkan oleh Marga Muda.Hal ini kerana,Anas
Samanda sebenarnya mengharapkan kewarasan dan kebijaksana Marga Muda,tetapi dia
hampa dengan sikap Marga Muda kerana memilih tidak mahu terlibat dan beranggapan
bahawa Marga Muda mengharapkannya untuk menyerah kalah.
Seterusnya,Marga Muda menceritakan apa yang telah terjadi kepada keluarganya
apabila ayahnya mencuba memperjuangkan tanah yang diduduki selama lebih tiga
generasi tetapi telah dianggap haram,ini menyebabkan ayahnya diseret sebagai
penjenayah,lalu ayahnya dipenjarakan.Marga Muda terpaksa memikul tanggungjawab
menjaga adik-adiknya dan apa yang menyedihkan apabila adiknya didera oleh jiran
tertangganya yang hidup senang hasil perjuangan ayahnya.
BABAK 5
Asiah Samiah meminta pertolongan Sari Saribiru yang dikatakan arif dalam
perbomohan.Walau bagaimanapun permintaan Asiah Samiah ditolak oleh Sari Saribiru.Sari
Saribiru memberi alasan bahawa dia belum betul-betul menguasai ilmu
perbomohan.Sementara itu,Tuan Setiawan Tanjung yang sedang memerhatikan perlakuan
Asiah Samiah yang bersembang dengan Sari Saribiru berasa bimbang akan perkembangan
pemikiran Asiah Samiah.Tuan Setiawan Tanjung mengatakan kepada Puan Suari Alimin
bahawa pemikiran Asiah Samiah agak tertutup kerana hanya berkawan dengan orang
suruhannya sahaja.
Puan Suari Alimin menyalahkan Tuan Setiawan Tanjung dalam hal ini kerana tidak
membenarkan Asiah Samiah belajar di luar.Seterusnya,Misa Sagaraga berkunjung ke rumah
Asiah Samiah hingga mendorongnya untuk menyuruh pembantunya menyiasat tentang Asiah
Samiah.Marga Tua mengatakan bahawa malam itu telah mengubah segala-galanya.Siti
Bunirah amat bimbang dan takut dengan perkembangan yang berlaku di rumah Tuan Setiawan
Tanjung.Kebimbangan Siti Bunirah disanggah oleh Pak Leh Lak Lak.
Pak Leh Lak Lak menjelaskan kepada Siti Bunirah bahawa apa yang berlaku itu bukan
urusan mereka.Siti Bunirah menjelaskan kepada Pak Leh Lak Lak bahawa beliau bimbang
kerana memikirkan hal yang mungkin akan berlaku ke atas Asia Samiah mencintai Anas
Samanda.Babak ini berakhir dengan rungutan Marga Tua.Beliau merungut tentang
ketidakadilan hidup yang dialaminya olehnya dan ketidakadilan itu yang akan terus
menghantui Anas Samanda sampai bila-bila.
BABAK 6
Babak ini bermula dengan ucapan Misa Sagaraga.Dalam ucapannya,Misa Sagaraga,menyatakan
bahawa beliau boleh memberi kemakmuran,membawa pembangunan dan menjamin kekayaan kepada
penduduk kampung.Sehubungan dengan itu,terdapat beberapa penduduk kampung yang telah
meminta bantuan daripada Misa Sagaraga.Antara permintaan penduduk kampung itu ialah
membaiki jalan yang rosak,membina cakruk,membantu mendapatkan pekerjaan,membantu
mendapatkan lessen perniagaan,menyelesaikan hutang,menyelesaikan masalah Bendahari
jawatankuasa khairat kematian yang pecah amanah dan sebagainya.
Misa Sagaraga berjanji akan membantu penduduk kampung menyelesaikan masalah yang mereka
hadapi.Seterusnya,pengarang membawa tumpuan khalayak kepada Tuan Setiawan Tanjung dan
Puan Suari Alimin.Mereka berdua berbincang tentang lamaran Misa Sagaraga.Tuan Setiawan
Tanjung berasa amat bangga terhadap Misa Sagaraga kerana Misa Sagaraga telah menghantar
wakil untuk meminang Asiah Samiah.Berita tentang hasrat Misa Sagaraga untuk meminang
Asiah Samiah akhirnya sampai ke pengetahuan Asiah Samiah.Asiah Samiah berasa amat sedih.
Asiah Samiah berada dalam kekeliruan dan di persimpangan antara kebahagiaannya dan
kemahuan ibu bapanya,menyebabkan dia mula berubah sikap.Bagi Asiah Samiah Tua,dia berhak
menentukan hidup dan nasib masa depannya,termasuklah menentukan bakal suaminya.Keadaan
ini menyebabkan berlaku konflik antara Asiah Samiah dengan ayahnya,yang mementingkan
harta dan kekayaan tanpa memikirkan hati dan perasaan Asiah Samiah.
Asiah Samiah beranggapan bahawa ayah dan ibunya mempergunakannya sebagai alat bagi
mendapat kekayaan daripada Misa Sagaraga.Melihat kepada situasi yang sedang berlaku,Sari
Saribiru,Siti Bunirah dan Pak Leh Lak Lak berasa amat kesian dengan keadaan yang
membelenggu Asiah Samiah.Bagi Siti Bunirah,Asiah Samiah masih lagi mentah yang
diibaratkan seperti katak di bawah tempurung,sedangkan mengikut Pak Leh Lak Lak,Misa
Sagaraga sudah 20 kali berkahwin.
BABAK 7
Marga Tua teringatkan tentang kawannya yang bekerja sebagai seorang
wartawan yang berhenti kerja ketika dia berada di kemuncak kerjayanya
kerana terjerat dengan kebebasan dalam memperjuangkan isu-isu
rakyat.Marga Tua teringatkan bagaimana dia terjebak dalam konflik
antara Asiah Samiah,Misa Sagaraga dan Anas Samanda yang berpunca
daripada keakrabannya dengan Asiah Samiah.
Marga Tua teringat bagaimana perjuangan ayahnya telah menyebabkan
keluarganya hancur.Marga Tua mengagumi Misa Sagaraga kerana
keturunannya,kekayaannya,pengaruhnya dan hubungannya.Misa Sagaraga
meminta pembantunya untuk menukar imej Asiah Samiah agar tidak
memalukannya dengan menggunakan barang-barang berjenama antarbangsa.
Marga Tua berasa dia telah mengecewakan Anas Samanda dan Asiah Samiah
kerana tidak mahu membantu mereka berdua menentang Misa Sagaraga.Asiah
Samiah mengalami pergolakkan jiwa apabila dia terpaksa berkahwin dengan
Misa Sagaraga sedangkan Anas Samanda tidak dapat dikesan kerana sibuk
berjuang mempertahankan hak dan maruah diri dan keluarganya.
BABAK 8
Babak bermula dengan peristiwa buah-buahan yang ditanam oleh Sara Saribiru
yang telah dicuri orang.Walau bagaimanapun Pak Leh Lek Lek dan Siti Bunirah
menyatakan bahawa apa yang kita ada bukan milik kita lagi.Ini adalah kerana
berdasarkan undang-undang baru yang telah ditetapkan oleh Misa
Sagaraga.Setelah Asiah Samiah berkahwin dengan Misa Sagaraga,perubahan mula
dirasakan dalam kehidupan keluarga Tuan Setiawan Tanjung.
Segala-galanya telah dikuasai oleh Misa Sagaraga.Perkahwinan Asiah Samiah
dengan Misa Sagaraga disusuli dengan satu amaran.Asiah Samiah berdepan dengan
pergolakan jiwa yang amat tragis dan kacau-bilau apabila terpaksa menghadapi
malam pertamanya semasa dia masih dibawah umur dan dengan orang yang tidak
dicintainya.
Asiah Samiah pernah terfikir untuk membunuh diri kerana tidak sanggup
berhadapan dengan Misa Sagaraga,namun Asiah Samiah masih ingat agama,ingat
pesan Siti Bunrah dan Pak Leh Lak Lak,serta pesan Marga.Asiah Samiah juga
berhasrat membunuh Misa Sagaraga,tetapi oleh kerana beliau bimbang akan
keselamatan ahli keluarganya.Asiah Samiah membatalkan niatnya.Asiah Samiah
akhirnya melarikan diri dari rumah Misa Sagaraga kerana ingin melupakan segala
keperitan yang terpaksa dilaluinya.
BABAK 9
Laila Anurisah lahir tetapi ditinggalkan oleh ibunya.Ibunya,Asiah
Samiah menjadi kurang siuman dan Misa Sagaraga juga membenci anak
itu.Misa Sagaraga telah menghalau Laila Anurisah dari rumahnya kerana
anak itu telah mengingatkannya kepada Asiah Samiah yang kurang
siuman.Marga Tua telah mengambil Laila Anurisah untuk dijaga selepas
anak itu dihalau dari rumah oleh Misa Sagaraga.
Asiah Samiah berkelakuan seperti orang kurang siuman kerana
menyanyi,bergurindam,berpantun dan berseloka tanpa hala tuju.Anas
Samanda pula tetap berjuang untuk menentang Misa Sagaraga untuk
menunjang fahaman dan ideologinya.Anas Samanda meminta Marga Muda agar
menjaga Laila Anurisah.
Babak ini berakhir dengan Anas Samanda dibelasah oleh orang-orang atau
pengikut Misa Sagaraga semasa memberi ucapan.Marga Muda juga turut
dibelasah apabila dia cuba untuk membantu Anas Samanda.Laila Anurisah
juga telah diambil semula oleh Misa Sagaraga.
BABAK 10
Mayat Anas Samanda diikat pada dua batang kayu dan tubuhnya
berayun mengikut rentak orang yang membawanya dengan
membiarkan mayatnya tergantung dalam perarakan.Marga Tua
dipenjara selama 2 tahun kerana dianggap bersekongkol dalam
perjuangan Anas Samanda.Asiah Samiah teringatkan malam semasa
dia melahirkan Laila Anurisah.
Asiah Samiah terlalu merindui Anas Samanda sehinggakan dia
merasa Anas Samanda sentiasa berada di sisinya.Pada usia 24
tahun Laila Anurisah berjumpa dengan Marga Tua untuk bertanya
tentang ibunya,Asiah Samiah.Laila Anurisah terkejut kerana
diberitahu oleh Marga Tua bahawa ibunya telah meninggal dunia.
TEMA
Drama “Asiah Samiah” memperkatakan
ketidakadilan sosial yang berlaku dalam
masyarakat.
PERSOALAN ● Persoalan tentang kasih
sayang anak kepada ibu bapa
● Persoalan tentang cinta mereka.
yang tidak kesampaian.
Contoh: Asiah Samiah saying
Contoh: Asiah Samiah gagal kepada ibu bapanya sehingga
meneruskan cintanya terhadap sanggup membatalkan niat untuk
Anas Samanda apabila dia membunuh Misa Sagaraga yang
dipaksa untuk berkahwin dengan telah memperkosanya pada malam
Misa Sagaraga. pertama kerana bimbang akan
nasib ibu bapanya yang bakal
dibunuh oleh orang-orang Misa
Sagaraga.
PERSOALAN ● Persoalan tentang perbezaan
darjat.
● Persoalan tentang
perjuangan dalam Contoh: Anas Samanda seorang
mempertahankan hak. yang miskin & tidak diterima
sebagai menantu kepada Tuan
Contoh: Anas Samanda berjuang Setiawan Tanjung & Puan Suari
mempertahankan haknya ke atas Alimin kerana menganggapnya
rumah & tanah pusaka milik Anas Semanda tidak setaraf
keluarganya yang cuba dirampas dengan Asiah Samiah lalu lebih
oleh Misa Sagaraga kerana ia memilih Misa Sagaraga yang
merupakan hak,maruah & harga kaya dan berpengaruh sebagai
diri mereka menantu.
PERSOALAN ● Persoalan tentang
kepentingan Pendidikan
● Persoalan tentang kesetiaan
dalam percintaan. Contoh: Tuan Setiawan Tanjung
& Puan Suari Alimin amat
Contoh: Asiah Samiah setia mementingkan pendidikan Asiah
mencintai kekasihnya Anas Samiah dengan mengambil tutor
Samanda dengan tetap menunggu khas dalam bidang bahasa,agama
Anas yang menghilangkan diri dan sastera.
dengan harapan akan bertemunya
biarpun terpaksa menungguh
Anas selama 15 tahun sehingga
akhirnya dia meninggal dunia.
WATAK
PERWATAKAN
ASIAH SAMIAH
● Puteri tunggal Tuan
Setiawan Tanjung &
Puan Suari Alimin
● Isteri Misa Sagaraga
yang ke-21
● Kekasih Anas Samanda
● Setia
ANAS ● Anak petani
SAMANDA ● Kacak
● Kekasih Asiah Samiah
● Miskin
● Bertanggungjawab
terhadap keluarga
● Keras hati
MARGA MUDA MISA SAGARAGA
• Guru Bahasa Asiah • Mengahwini Asiah
Samiah Samiah-isteri ke 21
• Suka memberi nasihat • Usahawan yang Berjaya
kepada Anas Samanda • Tokoh yang
• Anak Sulung berpengaruh
• Dituduh bersubahat • Berkuasa dan
dengan Anas Samanda dihormati
NILAI ● Nilai simpati
● Nilai kesetiaan Contoh: Marga simpati dengan
keadaan Laila Anurisha yang
Contoh: Asiah Samiah setia masih kecil yang ditinggalkan
dengan Anas Samanda walaupun oleh kedua-dua ibu bapanya.
sudah berkahwin dengan Misa
Sagaraga,Asiah Samiah tetap
menunggu dan mengingati Anas
Samanda selama 15 tahun.
NILAI ● Nilai patuh
● Nilai beriman Contoh: Asiah Samiah patuh
terhadap kedua orang tuanya
Contoh: Asiah Samiah dengan terpaksa bersetuju
membatalkan niatnya untuk untuk berkahwin dengan Misa
membunuh Misa Sagaraga kerana Sagaraga walaupun Asiah Samiah
teringatkan amat mencintai Anas Samanda.
agamanya,keluarganya dan orang
yang dekat dengannya.
PENGAJARAN ● Kita janganlah
menyalahgunakan kuasa yang
● Kita haruslah berani kita miliki agar kita tidak
mempertahankan maruah dan berlaku penganiayaan
hak agar tidak mudah terhadap orang lain.
dipandang rendah oleh orang
lain Contoh: Misa Sagaraga salah
menggunakan kuasanya dengan
Contoh: Anas Samanda berani menindas hak ayah Anas Samanda
mempertahankan maruah dan dengan mengusir mereka dari
haknya keatas rumah dan tanah rumah mereka sendiri yang
yang didiami oleh keluarganya sudah lama mereka diami.
selama 50 tahun lebih.
LATAR
MASYARAKAT
Masyarakat yang penyayang
● Tuan Setiawan Tanjung & Puan Suari Alimin
sangat menyayangi anak mereka iaitu Asiah
Samiah sehingga sanggup memilih orang
yang berkuasa dan berharta untuk
dijadikan menantu demi memastikan anak
mereka bahagia.
Masyarakat yang mementingkan pendidikan
● Tuan Setiawan Tanjung & Puan Suari Alimin
mementingkan pendidikan dengan sanggup
mengupah guru,munsyi,tutor dan guru
mengaji demi memastikan Asiah Samiah
menerima pendidikan termasuklah bahasa
dan sastera.
Masyarakat yang mementingkan darjat
● Tuan Setiawan Tanjung & Puan Suari Alimin
yang berketurunan bangsawan mementingkan
darjat mereka dengan memilih Misa
Sagaraga iaitu seorang yang
kaya,berkuasa,dan berpengaruh untuk
dijadikan suami Asiah Samiah berbanding
Anas Samanda yang hanya anak seorang
petani dan miskin.
SEKIAN TERIMA
KASIH
TAMAT