The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salwaniskkb, 2022-06-21 00:21:54

BUKU MESYUARAT PIBG 2022

BUKU MESYUARAT PIBG 2022

SK GONG PASIR

23000 DUNGUN TERENGGANU

Mesyuarat Agung

PIBG Kali ke12
202225 JUN 2022 / SABTU

9.00 PAGI

DEWAN ILTIZAM SKGP

PERASMIAN OLEH: 1
TUAN HAJI ABDUL MUIE BIN NGAH

PENGARAH PENDIDIKAN
NEGERI TERENGGANU

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA
SURAT
1 ATUR CARA MAJLIS
2
2 AGENDA MESYUARAT KALI KE 12 3
4
3 NOTIS PEMBERITAHUAN 5

4 AHLI JAWATANKUASA PIBG KALI KE 12 6-9
2022
10-17
5 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT
AGUNG PIBG 2022

6 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 11 2021

7 PENYATA KEWANGAN 2021 18
8 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2021 19
9 LAMPIRAN 20-22
10 PENGHARGAAN 23

1

2

ATUR CARA MAJLIS

8.30 Pagi:
➢ Pendaftaran dan kehadiran Ibu bapa
9.00 pagi:
➢ Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
➢ Bacaan Doa ( Ustaz Tanwin bin Mat Noor)
➢ Ucapan Guru Besar

(Bonda Hjh. Norlizai binti Awang Abdul Aziz)
➢ Ucapan YDP PIBG

(Tn. Hj. Ahmad Jelani bin Abd Ghani )
➢ Gimik Pelancaran Mesyuarat Agung PIBG Kali -12
➢ Ucapan Perasmian

(Tuan Haji Abdul Muie bin Ngah )
➢ Penyampaian Sijil Kepada AJK
➢ Persembahan Murid
➢ Cabutan Bertuah
➢ Bermula Mesyuarat PIBG Kali – 12

2

3

AGENDA MESYUARAT
SESI 2022

➢ AGENDA 1 : Ucapan YDP PIBG
➢ AGENDA 2 : Membentang dan mengesahkan minit

mesyuarat kali – 11 Tahun 2021
➢ AGENDA 3 : Perkara berbangkit
➢ AGENDA 4 : Membentang penyata kewangan yang

berakhir pada 31.12.2021
➢ AGENDA 5 : Pembubaran Jawatankuasa PIBG

2021
➢ AGENDA 6 : Pelantikan Jawatankuasa PIBG

2022
➢ AGENDA 7 : Membahaskan usul
➢ AGENDA 8 : Ucapan penangguhan YDP PIBG
➢ Cabutan bertuah
➢ Bersurai

3

4

NOTIS
PEMBERITAHUAN

4

5

JAWATANKUASA PIBG
SESI 2022

PENASIHAT :
BONDA HJH. NORLIZAI BINTI AWANG ABDUL AZIZ

( Guru Besar SK Gong Pasir )

YANG DIPERTUA :
TUAN HJ. AHMAD JELANI BIN ABD GHANI

NAIB YANG DIPERTUA :
EN. MOHD GHAZALI BIN IBRAHIM

SETIAUSAHA 1:
CIKGU ZAIFUL ZANIRISHAM BIN ZAKARIA

SETIAUSAHA 2:
CIKGU MARINA BINTI MUDA

BENDAHARI:
USTAZAH WAN ADILAH BINTI WAN HAMZAH

PEMERIKSA KIRA – KIRA :
CIKGU AINI BINTI MOHD ZAIN
PN. NORLIDA BINTI DERAMAN

AHLI JAWATANKUASA GURU
1. CIKGU MOHD ZAID BIN ISMAIL
2. USTAZ AZHAR BIN IBRAHIM
3. CIKGU NOOR AFISAH BINTI MOHD NOOR

AHLI JAWATANKUASA IBU BAPA
1. EN. MOHD SALAM BIN MAT ZANGGI
2. EN. BADROL HISHAM BIN ABU BAKAR
3. EN. MOHD SULAIMAN BIN YAHYA
4. PN. NORASHIDAH BINTI RASHID
5. PN. ZARITAH SUPIAH BINTI MOHD SUKUR

5

6

JAWATANKUASA
PELAKSANA

NAMA DAN JAWATANKUASA BIDANG TUGAS

1. PROTOKOL DAN KERAIAN - Menghubungi Timbalan Pegawai
Bonda Hjh Norlizai bt. Awang Abdul Aziz (GB) Pendidikan Daerah Dungun,
Cikgu Hamka b. Abu Bakar (PKP) Sektor Pembelajaran (Tuan Haji
Cikgu Mohd Ayub b. A Rahman (PK HEM) Mohd Fadzilah Bin Mohd Ibrahim)
Cikgu Mohd Azmi b. Saliman @ Hamdan untuk menjadi perasmi bagi
(PK KOKU) Mesyuarat Agung PIBG yang akan
Cikgu Zaiful Zanirisham b. Zakaria diadakan.
(S/U PIBG)
- Memastikan kelancaran program
dari awal sampai akhir.

- Mengalu-alukan kehadiran tetamu.

2. SURAT MENYURAT DAN JEMPUTAN - Merancang jawatankuasa dengan
Cikgu Zaiful Zanirisham b. Zakaria nasihat guru besar.
Cikgu Marina bt.Muda
Pn. Maizatul Akmal bt. Mohd Taib - Menyediakan surat makluman
Pn. Nor Azura bt. Muhamad Nor Mesyuarat Agung PIBG kepada
Pn. Faridah bt. Harun PPD.

3. GIMIK PERASMIAN - Menyediakan surat jemputan
Cikgu Marozita bt. Mior Mohamad Yusop kepada perasmi, pegawai 1P1S
Cikgu Noor Hidawaty bt. Ali dan pegawai polis perhubungan
sekolah.
4. BACKDROP
Cikgu Roslina bt Mohamad (K) - Menyediakan surat mohon
Cikgu Hairani Bt Ngah sumbangan.
Pn, Norul Ain bt Muhammad
- Menyediakan gimik perasmian
Mesyuarat Agung Kali Ke 12

- Menempah banner Mesyuarat
Agung PIBG

6

7

JAWATANKUASA
PELAKSANA

5. PA SISTEM DAN SIARAYA - Memastikan siaraya berfungsi
Cikgu Ismail Bin Awang Lah dengan baik.
Cikgu Sirajul Fikri Bin Husain
- Memastikan alatan disimpan
6. PENDAFTARAN . semula selepas majlis.
Cikgu Suzana Binti Arifin (K)
Cikgu Maidatol Aslah Binti Che Kasim - Menyediakan borang pendaftaran.
Ustazah Rahani Binti Hashim - Menyediakan label pendaftaran.
- Mendapatkan dan mengedarkan
7. DOKUMENTASI
Cikgu Mohd Alif Fadhil Bin Ismail (K) buku program.
- Bekerjasama dengan ajk
LAPORAN
Ustazah Wan Nurul Diyanah Binti Wan Ibrahim makanan untuk agihan semasa
pendaftaran.

- Mengambil gambar semasa
program berlangsung secara
landskap.

- Memilih gambar yang sesuai untuk
dokumentasi.

- Menyediakan laporan lengkap
mengikut format TS25.

- Membuat tiga salinan dan
serahkan kepada Pengurusan, SU
PIBG dan Pejabat.

8. BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG - Mendapatkan maklumat Buku
Ustazah Salwani Binti Jaafar (K) Mesyuarat Agung PIBG daripada
Cikgu Ainum Binti Awang setiausaha.
Cikgu Wan Adilah Binti Wan Hamzah
- Membuat Buku Mesyuarat Agung
menggunakan Aplikasi Anyflip.

- Mencetak buku Mesyuarat Agung.

7

8

JAWATANKUASA
PELAKSANA

9. JURUACARA MAJLIS - Menyediakan teks pengacaraan dan
Cikgu Lailatul Munirah Binti Abd Hamid (K) mengacarakan majlis.
Ustaz Mohd Illias Bin Mat Yunus
- Memastikan majlis berjalan lancar mengikut
tentatif.

10. PEMBACA DOA - Menyediakan teks doa dan memimpin bacaan
Ustaz Mohd Tanwin Bin Mat Noor doa.

11. PENCATAT UCAPAN DAN MINIT MESYUARAT - Mendapatkan buku catatan minit Mesyuarat
Ustazah Tengku Nur Aishah Binti Tengku Seman (K) Agung daripada SU PIBG.
Cikgu Maimunah Binti Mohamad
Cikgu Alia Diana Binti Jamaluddin - Memastikan Minit Mesyuarat Agung PIBG
Cikgu Wan Nurul Fatehah Binti Wan Mohd Nasir dicatat.

- Menyerahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG
kepada Setiausaha PIBG dalam tempoh
seminggu.

12. CENDERAHATI, HADIAH DAN SIJIL - Menyediakan cenderahati untuk perasmi
Cikgu Rosnani Binti Hassain (K) mengikut bajet yang telah ditetapkan.
Ustazah Zabanu Binti Awang
- Mendapatkan maklumat ahli AJK PIBG sesi
2021/ 2022 daripada setiausaha.

- Menyediakan sijil penghargaan kepada
Jawatankuasa PIBG sesi 2021/ 2022.

13. HADIAH CABUTAN NOMBOR BERTUAH - Mengumpul dan menyusun hadiah yang
Cikgu Noor Hazizah Binti Jaafar (K) diterima daripada pihak penyumbang.
Cikgu Norkiah Binti Mohamad
Cikgu Rosmini Binti Hassan - Menampal nombor cabutan bertuah pada
Cik Nurul Hajar Binti Othman hamper atau hadiah.
Puan Rahana Binti Ismail
- Menguruskan pengagihan hadiah kepada
pemenang.

8

9

JAWATANKUASA
PELAKSANA

14. PERSIAPAN TEMPAT - Memastikan dewan bersih
- KERUSI TETAMU (menghubungi pekerja swasta
• VIP DAN IBU BAPA agar membersihkan dewan
- MEJA PENCATAT UCAPAN DAN MINIT sebelum dan selepas hari
- MEJA PENDAFTARAN mesyuarat)
- MEJA HADIAH
- TEMPAT BERUCAP - Rostrum - Menyusun kerusi, meja dan
Ustaz Azhar Bin Ibrahim (K) rostrum dengan kedudukan yang
Cikgu Ahmad Humaizi Bin Abdul Rahman sesuai untuk pergerakan tetamu
Ustaz Mohd Tanwin Bin Mat Noor
Encik Mohd Rais Bin Zainuddin - Menghias dewan seminimum
Puan Nurlizawati Binti Nursal mungkin
Puan Halimatussaadiah Binti Alias
- Jumlah kerusi mengikut anggaran
kehadiran 300 dengan mengambil
kira kehadiran sepasang ibu bapa

15. JAMUAN - Menyediakan menu dengan
berbincang dengan guru besar dan
- VIP, AJK PIBG DAN GURU (KANTIN) membuat tempahan.
Ustazah Che Zukeriah Binti Che Muda (K)
Cikgu Aini Binti Md Zain - Mengagihkan makanan kepada ibu
Puan Asmaa’ Binti Nordin bapa di garaj kereta selepas majlis
Puan Zaihan Isnani Binti Ismail selesai.

- MAKANAN IBU BAPA (GARAJ KERETA) - Jamuan untuk perasmi, ajk pibg
Cikgu Hasnah Binti Yajid dan guru-guru dikantin.
Puan Norlida Binti Draman
Puan Fatimah Binti Abd Ghani - Memastikan kebersihan tempat
Puan Nurul Nadhiah Binti Muhammad jamuan.

16. PERSEMBAHAN MURID - Melatih murid untuk persembahan
Cikgu Mohd Zaid Bin Ismail Ukulele.
Cikgu Tengku Sarah Binti Tg Sulaiman
9

10

MINIT MESYUARAT
AGUNG KALI KE 11 2021

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN GONG PASIR

23000 DUNGUN TERENGGANU

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 11

TARIKH: 23 OKTOBER 2021

HARI : SABTU

MASA : 2:30 PETANG

TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING

MEDIUM : GOOGLE MEET
PERASMI :TUAN HJ.MOHD FADZILAH BIN MOHD IBRAHIM
TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEKTOR PEMBELAJARAN

AGENDA :

1. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
2. UCAPAN GURU BESAR SKGP
3. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SK GONG PASIR
4. UCAPAN PERASMIAN TETAMU KEHORMAT
5. UCAPAN YDP PIBG
6. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI -10 TAHUN

2020
7. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
8. MEMBENTANG LAPORAN KEWANGAN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2020
9. PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG 2020/2021 DAN PELANTIKAN PENGERUSI

SEMENTARA
10. PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG TAHUN 2021/2022
11. MEMBAHAS DAN MEMBENTANGKAN USUL
12. UCAPAN PENANGGUHAN

KEHADIRAN : 143 Orang (kehadiran atas talian)

10

11

MINIT MESYUARAT
AGUNG KALI KE 11 2021

1.0 UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran Tuan Hj.Ahmad Jelani bin Abd Ghani (YDP PIBG),Puan
Hjh,Norlizai binti Awang Abdul Aziz(Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Pasir), Tuan Hj.Mohd
Fadzilah bin Mohd Ibrahim ,Encik Mohd Ayub bin Ab.Rahman(PK HEM),Encik Hamka bin Abu Bakar
(PKP),Encik Azmi bin Saliman@Hamdan (PK KO), AJK PIBG, guru-guru dan para ibu bapa.

2.0 UCAPAN PUAN GURU BESAR, BONDA HAJJAH NORLIZAI BINTI AWANG ABDUL AZIZ

2.1. Beliau mengalu – alukan kedatangan Timbalan PPD, Tn Hj Mohd Fadzilah Bin. Mohd Ibrahim,
Yang DiPertua PIBG, Tn Hj Ahmad Jelani Bin Abdul Ghani, barisan Penolong Kanan SKGP, para guru
dan Ahli Jawatankuasa PIBG serta semua ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG SKGP kali ke 11.

2.2 Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian Timbalan PPD hadir serta
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ini.

2.3 Selanjutnya beliau merakamkan ucapan setinggi – tinggi tahniah dan terima kasih di atas
kesudian para ibu bapa hadir ke mesyuarat yang pertama kalinya dilakukan secara maya.

2.4 Beliau turut mengingatkan tentang peri penting kecaknaan guru – guru dan ibu bapa dalam
membantu anak- anak hadir dan mengharungi proses pembelajaran di rumah.

2.5 Selain itu, beliau turut memaklumkan enrolmen guru SKGP yang terkini ialah seramai 41
orang, 5 orang anggota pelaksana, 2 orang pembantu pengurusan murid. Bilangan kelas ialah 18
kelas perdana dan 2 buah kelas pra sekolah dengan jumlah keseluruhan murid seramai 615 orang.

2.6 Kemudian beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kerjasama semua pihak
dalam menjayakan pertandingan sama ada kokurikulum atau kurikulum.

2.7 Seterusnya,beliau memaklumkan bahawa pada 3 Oktober 2021 semua murid pra sekolah
telah mula hadir ke sekolah apabila Terengganu mula masuk fasa 3 Pelan Pemulihan Negara
sementara murid – murid lain masih berpdpr.

2.8 Seterusnya beliau memberitahu tentang kemasukan murid – murid tahap 1 dan tahap 2
mengikut penggiliran selepas pengumuman peralihan fasa 3 ke fasa 4.

2.9 Beliau turut memaklumkan pihak sekolah akan membuat bancian tentang kehadiran
murid ke sekolah dengan mengikut kumpulan yang akan ditetapkan oleh pihak sekolah.

11

12

2.10 Selanjutnya lagi beliau memaklumkan tentang masalah papan putih di dalam kelas yang
perlu ditukar kerana telah melepasi tempoh had penggunaan , keadaan dinding kelas comot
perlu dicat semula.

2.11 Kemudian, harapan beliau agar semua pihak berganding bahu dalam melahirkan dan
menjadikan anak – anak seperti yang diinginkan.

2.12 Akhir sekali beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada syarikat – syarikat, orang –
orang perseorangan yang memberikan sumbangan kepada mesyuarat kali ini.

3.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SKGP- TUAN HJ AHMAD JELANI BIN ABDUL GHANI

3.1 Beliau mengucapkan rasa syukur kerana dalam kesesakan waktu dan dalam keadaan covid,
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-11 yang tertangguh dapat juga diadakan pada hari ini.
Biasanya Mesyuarat Agung diadakan pada bulan Januari dan berakhir pada 31 Mac setiap
tahun.

3.2 Sekolah Kebangsaan Gong Pasir dianggap masih muda dalam mengharungi pelbagai
permasalahan dan kejayaan.

3.3Wal aupun ibu bapa menghadapi kesukaran dalam aktiviti pembelajaran PDPR anak-anak
berkaitan dengan google meet, zoom, whatsaap dan sebagainya, tetapi mereka berusaha untuk
memberi kejayaan kepada kepada anak-anak.

3.4 Pembelajaran bersemuka akan bermula setelah Terengganu memasuki Fasa 4. Murid-murid
akan hadir ke sekolah secara bergilir minggu.

3.5 Beliau memaklumkan terdapat beberapa rungutan yang diterima daripada ibu bapa.
Antaranya anak-anak Tahun 1 masih tidak pandai membaca kerana tidak dapat mengikuti
pembelajaran bersemuka sepenuhnya semasa di pra sekolah pada tahun lepas. Selain itu, ibu
bapa keluar bekerja mencari rezeki terpaksa meninggalkan anak-anak dan anak-anak tidak
dapat mengikuti PDPR. Ada juga ibu bapa yang menghadapi masalah tiada talian internet.

3.6 Beliau dan AJK PIBG memohon maaf kerana tidak dapat membantu kesusahan yang dialami
oleh ibu bapa sepanjang PDPR kerana bilangan murid yang ramai.

3.7 Walaupun dalam keadaan pandemik, SKGP masih lagi mendapat kejayaan dalam bidang

kokurikulum dalam pertandingan secara maya yang dianjurkan.

12

13

3.8 Berkaitan dengan papan putih di dalam kelas yang tidak dapat digunakan secara total,
PIBG akan berusaha untuk mencari ganti papan putih yang baharu. Ibu bapa juga boleh
memberi sumbangan secara peibadi untuk kelas anak mereka. Beliau mengharapkan pihak
Pejabat Pendidikan Daerah Dungun turut serta membantu dalam menggantikan aset ini.

3.9 Akhir kata, beliau mengharapkan agar semua ibu bapa yang hadir pada hari ini secara
google meet dapat bersama-sama sehingga mesyuarat berakhir.

4.0 UCAPAN PERASMIAN – TUAN HJ.MOHD FADZILAH BIN MOHD IBRAHIM,
TIMBALAN PPD SEKTOR PEMBELAJARAN

4.1 Beliau mengucapkan ucapan terima kasih kepada puan Guru Besar Bonda Hjh Norlizai
binti Awang Abdul Aziz, Yang DiPertua PIBG, Tn Hj Ahmad Jelani Bin Abdul Ghani, barisan
penolong kanan SKGP, para guru dan Ahli Jawatankuasa PIBG serta semua ibu bapa yang hadir
ke Mesyuarat Agung PIBG SKGP kali ke 11.

4.2 Mesyuarat Agong PIBG perlu diadakan supaya tidak berlaku keciciran maklumat yang
hendak disampaikan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa.

4.3 Bermula pada 25hb Oktober 2021,negeri Terengganu akan memasuki fasa 4.Sesi
persekolahan bagi murid tahap 1 akan bermula selepas dua minggu berada difasa 4.Murid-
murid tahap 1 akan mula hadir secara penggiliran berbanding anak-anak pra sekolah yang
hadir sepenuhnya.

4.4 Kecaknaan ibu bapa adalah penting kerana diera Pdpr semua ibu bapa adalah guru dan
semua rumah adalah sekolah.Terima kasih juga kepada ibubapa kerana menjadi guru,
pendorong dan pembimbing kepada anak-anak di rumah semasa Pdpr dijalankan di rumah.

4.5 Pastikan anak-anak belajar dirumah, walaupun UPSR telah dimansuhkan tetapi
pentaksiran lain masih berjalan contohnya Pentaksiran Bilik Darjah(PBD).Latihan, modul,
projek atau apa-apa kerja yang diberi oleh guru dikira pembelajaran telah berlaku.

4.6 Ibubapa terpaksa berkoban untuk kejayaan anak.

4.7 Bagi membaiki keperluan peralatan sekolah yang rosak,pihak sekolah bolehlah membuat
surat pemohonan ke PPD tetapi akan mengambil masa,namun begitu sumbangan daripada
pihak ibu bapa sangatlah dialu-alukan untuk membantu sekolah.

4.8 Dapatan kajian disekolan kawasan bandar mendapati komitmen ibu bapa mampu
meningkatkan kehadiran murid.Ibu bapa juga boleh membantu murid- murid mencapai
kejayaan ke peringkat yang lebih tinggi dari segi pembelajaran atau sukan.

4.9 Ibu bapa yang hebat dapat membimbing anak berjaya di dunia dan akhirat,sekian terima

kasih. 13

14

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-11

Agenda 1: Ucapan Yang Di Pertua PIBG

• Tuan Haji Ahmad Jelani bin Abd Ghani mengalu-alukan kedatangan semua AJK PIBG, ibu
bapa dan guru-guru yang hadir pada mesyuarat kali ini.

• Beliau mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah
atas segala Kerjasama yang telah diberikan sepanjang beliau menerajui PIGB SK Gong Pasir.

• Beliau juga berharap agar ibu bapa terus memberikan kerjasama yang baik kepada pihak
sekolah dalam usaha memastikan kemenjadian murid-murid SK Gong Pasir.

Agenda 2 : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke 10.

• En.Che Ku Abdul Muin bin Che Ku Abdul Satar membentang minit mesyuarat Agung PIBG
kali ke 10.

Agenda 3: Perkara-perkara berbangkit.

• Tiada perkara berbangkit.

Agenda 4 : Membentangkan dan Menerima Penyata Kewangan Berakhir 31.12.2020

• Pn.Siti Nora binti Shaikh Said selaku bendahari PIBG telah membentangkan penyata
kewangan yang berakhir pada 31.12.2020.

• Pn.Lailatul Munirah binti Abdul Hamid mencadangkan agar minit mesyuarat dan penyata
kewangan yang lalu disahkan.

• En.Muhammad Nizar bin Ibrahim menyokong minit mesyuarat dan penyata kewangan
tersebut diterima.

Agenda 5: Pembubaran Jawatankuasa dan Pelantikan Pengerusi Sementara.

• Tn Hj Ahmad Jelani bin Abd Ghani menyerahkan majlis kepada Pn.Hj Norlizai binti Awang
Abdul Aziz (Guru Besar) sebagai pengerusi sementara

• Pn.Hj Norlizai binti Awang Abdul Aziz memaklumkan keputusan pengundian pemilihan AJK
PIBG 2021/2022 secara atas talian iaitu 89/90 orang atau 99% telah bersetuju AJK PIBG
2020/2021 dikekalkan.

• Beliau mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG 2020/2021 diatas kejayaan dapat mengekalkan
jawatan masing-masing.

• Tn.Hj Ahmad Jelani bin Abd Ghani mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan yang
telah diberikan kepada barisan AJK PIBG 2020/2021 untuk terus menerajui PIBG SK Gong
Pasir bagi sesi 2021/2022.

14

15

Agenda 6 : Membahaskan usul-usul

1. Mencadangkan supaya larangan kepada ibu bapa menunggu murid didalam kereta di
hadapan pintu pagar utama bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan memohon jasa
baik pihak sekolah untuk menggunkan pintu pagar belakang bagi murid tahap 1semasa
waktu pulang

Daripada : En.Raja Azli bin Raja Ali
Ulasan : i)Puan Guru Besar mencadangkan agar dihadapan pintu utama

dibuat lintasan belang “Zebra crossing” bagi mengelakkan
kesesakan dan memohon pihak PIBG untuk menanggung kos
tersebut.

ii) Sebagaimana sedia maklum semasa pulang muridseharusnya
perlu Mematuhi Sop yang telah ditetapkan.Cadangan supaya
murid tahap 1 menggunakan Pintu belakang tidak dapat
dilaksanakan kerana dikawasan tersebut tidak mempunyai
ruang menunggu untuk murid.

2. Mencadangkan pihak sekolah membenarkan ibu bapa membuat tempahan makanan
kepada anak-anak sehari lebih awal dan pihak kantin akan menghantar makanan
tersebut kepada murid dikelas pada waktu rehat dengan cara ini juga dapat
membantu meningkatkan ekonomi pihak kantin.

Daripada : Pn Aima Nazuha binti Ibrahim
Ulasan : Puan Guru Besar memaklumkan keadaan murid membeli di
kantin pada waktu rehat adalah mengikut SOP yang
ditetapkan dan dipantau oleh guru bertugas
mingguan.Cadangan supaya makanan dihantar ke kelas adalah
akan menimbulkan kesukaran kepada pihak kantin kerana
bilangan tempat adalah terhad.Namun begitu pihak sekolah
akan sentiasa membuat penambahbaikan mengikut keadaan
semasa.

15

16

3. Mencadangkan bahan sokongan pdpr diberi dalam bentuk yang sesuai contohnya
lembaran kerja diberikan dalam bentuk “pdf” supaya memudahkan pihak ibu bapa
untuk mencetak bahan tersebut.

Daripada : Pn.Zaidah binti Yusoff
Ulasan : Puan Guru Besar mengucapkan terima kasih diatas cadangan
yang diberikan.Pihak sekolah akan memperbaiki kelemahan ini
dan berharap guru-guru ambil cakna terhadap usul yang
diutarakan ini.

4. Lalu lintas dipantau terutamanya sewaktu murid pulang agar tidak berlaku kesesakan
di hadapan pintu pagar utama.

Daripada : Pn.Hasmilaini binti Yusoff
Ulasan : Puan Guru Besar memaklumkan usul ini telah pun dijawab

iaitu sekolah bercadang membina lintasan belang “zebra
crossing”.

Agenda 7: Ucapan penangguhan

• YDP Tn.Hj Ahmad Jelani mengucapkan terima kasih di atas usul dan cadangan yang telah
diberikan serta membuka peluang kepada ibu bapa sekiranya ada pertanyaan atau
cadangan yang ingin diutarakan.

• Puan Guru Besar,Bonda Hjh Norlizai mengucapkan tahniah kepada barisan AJK PIBG
2121/2022 yang telah dilantik.Semoga dapat menjalankan amanah dengan dedikasi dan
cemerlang.Terima kasih juga kepada ibu bapa yang hadir pada hari ini,sesungguhnya
kehadiran ibu bapa sebagai tanda kecaknaan dan melambangkan kecemerlangan
pendidikan anak-anak.

• YDP Tn Hj.Ahmad Jelani memaklumkan sumbangan PIBG yang telah diputuskan dalam
mesyuarat Agung 2020 dan dipersetujui oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu(JPNT)
diteruskan.Jumlah sumbangan yang telah diputuskan adalah RM 10.00 setiap murid.Tarikh
dan cara bayaran sumbangan tersebut akan dimaklumkan oleh pihak sekolah mengikut
arahan pihak pengurusan sekolah.

• YDP Tn.Hj Ahmad Jelani mengucapkan terima kasih diatas komitmen ibu bapa yang hadir
pada mesyuarat kali ini.Beliau berharap dan berdoa agar semuanya diberikan kesihatan
yang baik begitu juga dengan anak-anak.Sentiasalah mematuhi SOP dan beliau percaya
dan yakin pengalaman berada dalam kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan
(PKPD) memberi peringatan kepada kita semua untuk sentiasa menjaga SOP sebagai
ikhtiar bagi mengelakan penularan wabak covid 19.

16

17

• Cadangan yang diberikan oleh pihak ibu bapa akan diambil cakna dan ini menunjukkan
keperihatinan ibu bapa terhadap kecemerlangan pendidikan anak-anak.Semoga amanah
yang diberikan ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke – 11 tahun 2021 ditangguhkan pada pukul 4.40 petang.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

……………………… ………………………………………………
CHE KU ABDUL MUIN BIN CHE KU ABDUL SATAR AHMAD JELANI BIN ABD GHANI
Setiausaha PIBG
SK Gong Pasir, Yang Dipertua PIBG
23000 Dungun, SK Gong Pasir
Terengganu. 23000 Dungun
Terengganu.

Disahkan oleh;

………………………………………………………..
NORLIZAI BINTI AWANG ABDUL AZIZ
Penasihat PIBG,
SK Gong Pasir,
23000 Dungun,
Terengganu.

17

18

LAPORAN KEWANGAN PIBG SKGP
01 JANUARI HINGGA 31 DISEMBER 2021

…………………………………………….
SITI NORA BT.SHAIKH SAID
(BENDAHARI PIBG)

18

19

AKTIVITI SEKOLAH &
PIBG 2021

BIL AKTIVITI
1 Taklimat kepada ibu bapa dan penjaga murid tahun 1 secara dalam talian
2 Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan
3 Watikah Pelantikan Pengawas
4 Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Secara Dalam Talian
5 Sambutan Bulan Kemerdekaan Secara Dalam Talian
6 Majlis Agihan Bantuan Bakul Makanan
7 Majlis Agihan Duit Anak Yatim dan Simkad Puspanita
8 Pengagihan Buku Kem Bestari Solat Tahap 1
9 Program Imunisasi Vaksinasi Murid 12 Tahun Sekolah Rendah
10 Baik Pulih Pintu Pagar Utama Sekolah
11 Mesyuarat Agung Tahuan PIBG Kali Ke 11
12 Gotong-Royong Mengecat Bilik Darjah
13 Keceriaan Dewan
14 Gantian White Board Baharu Dalam Bilik Darjah
15 Majlis Apresiasi Murid Tahun 6

19

20

LAMPIRAN

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SK GONG PASIR, 23000 DUNGUN TERENGGANU

KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-11

23 OKTOBER 2021

KEHADIRAN : 187 0RANG

1 WAN SITI NORLAILA BINTI WAN MOHD NOR
2 LAILATUL MUNIRAH BT ABDUL HAMID
3 NORAZIMA MUHAMAD
4 MOHD KHADRI BIN YUSOF
5 NURUL MAHIRAH BINTI AHMAD JELANI
6 MOHD KIMI BIN SAMSUDIN
7 SALINA BINTI YATIM
8 NORHAYATI BINTI MAN
9 ASZARIZAL BIN MAT NAWI
10 NURFATIHAH BINTI ABDULL GHAPA
11 SYASANABILA MOHAMAD
12 AZIMA BINTI CHIK AIK
13 ANUA B.MOHD AMIN
14 ROHANI BT MUSTAFFA
15 RODIAH BT MAMAT @ NGAH
16 SARIMAH BINTI ISHAK
17 HASAN BASORI BIN ALIAS
18 NORHAYATI BINTI MOHAMAD ZULKIFLI
19 NORSHAHIDA BINTI NAWI
20 TG NOR HIDAYAH BT TG ABU BAKAR
21 ZARITAH SUPIAH BINTI MOHD SUKUR
22 ZAIDA BT ARIFIN
23 ZAIDAH BINTI YUSOFF
24 ABDUL RANI BIN JUSOH
25 SYAMSUL BAHARI BIN SETAPA
26 NORHAN BINTI MOHD ISA
27 SUZANA BINTI ARIFIN
28 HARTINI BINTI ZUBIL
29 MOHD RUSDI BIN AZMI
30 MOHD NOR BIN AWANG

20

21

21

22

22

23

SEKALUNG
PENGHARGAAN

Dengan tulus ikhlas merakamkan ucapan
setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih

Kepada :

TUAN HAJI ABDUL MUIE BIN NGAH
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

YDP DAN AJK PIBG
.

SYAZA TIMUR GLOBAL RESOURCES, DUNGUN,
TERENGGANU.

GURU – GURU DAN KAKITANGAN SK GONG PASIR

KEDAI SK GONG PASIR

IBU BAPA

Dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG

Kali Ke 12 2022

23

24

Terima kasih

25


Click to View FlipBook Version