Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
PERLEMBAGAAN
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
Diterima pada 30 haribulan Mei 2007 1
Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyuarat Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, di
Kota Kinabalu, Sabah, pada hari Jumaat, 9 Jun 2006, Berikut ialah Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia.
MUKADIMAH
Kepanduan bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia
telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu
Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri
1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991.
Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, sebagai
sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat dalam sebarang parti politik atau mana-mana badan kerajaan, tidak
berasaskan keuntungan, dan bercorak kependidikan untuk kanak-kanak perempuan dan gadis, berteraskan
Prinsip Asas Kepanduan, yang berdasarkan nilai rohaniah dan membaktikan untuk pembelajaran kanak-kanak
perempuan dan gadis menerusi kaedah-kaedah yang telah diilhamkan oleh Pengasasnya seperti yang tertera di
bawah.
PERKARA 1 – NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI
Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri.
Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.
PERKARA 2 – KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG
Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang berteraskan Persetiaan dan Undang-
Undang Asal, seperti yang diilhamkan oleh Pengasasnya, Robert Baden-Powell. Persatuan Pandu Puteri
Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan
terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan
keuntungan.
Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Persetiaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut:
Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya: menunaikan kewajipan saya
kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan mematuhi Undang-Undang
Kepanduan.
Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut:
1. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai
2. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia
3. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain
4. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain
5. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun
6. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar
7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah
8. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan
9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat
10. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan
2 Diterima pada 30 haribulan Mei 2007
Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
2.1 Kaedah
Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia,
yang merangkumi:
i. Komitmen melalui Persetiaan dan Undang-undang
ii. Perkembangan Kendiri dan Progresif
iii. Pembelajaran melalui perbuatan
iv. Kerjasama berpasukan menerusi system kumpulan dan latihan untuk kepimpinan dan
bertanggungjawab
v. Kerjasama aktif antar remaj dan orang dewasa
vi. Khidmat masyarakat
vii. Aktiviti luar
viii. Simbolisme
2.2 Keanggotaan
Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela, dan terbuka kepada semua kanak-kanak
perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan atau keadaan yang lain, dengan
pembayaran yuran keanggotaan tahunan.
Keanggotaan merangkumi kategori-kategori yang berikut:
Ahli Aktif
Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup kepada Persatuan
Pandu Puteri Malaysia. USUL 13: Keanggotaan seumur hidup dibuka kepada dewasa berumur 35 tahun ke atas
dengan pembayaran yuran kenggotaan seumur hidup.Persatuan Pandu Puteri Malaysia membayar kuota untuk
setiap ahli Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia
Ahli-ahli aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi:
Bahagian Kepanduan 5 – 25 tahun
Pandu Puteri Pra-Tunas
Pandu Puteri Tunas 6 tahun ke bawah
Pandu Puteri Remaja 6 – 12 tahun
Pandu Puteri Renjer 12 – 15 tahun
Pandu Puteri Kadet 15 – 18 tahun
Pandu Puteri Siswi
Pandu Puteri Dewasa +18 tahun
+18 tahun
+18 tahun
Bahagian Dewasa +18 tahun
Pemimpin Tidak Berwaran +18 tahun
Penolong Pemimpin +18 tahun
Pemimpin +21 Tahun
Jurulatih +24 tahun
Pesuruhjaya +24 tahun
Guild Mantan Pesuruhjaya +30 tahun
Guild Pandu Puteri Raja +18 tahun
Guild Trefoil +24 tahun
Ahli Tidak Aktif
Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia tetapi
Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar kuota untuk setiap Ahli Tidak Aktif kepada Persatuan Pandu
Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.
Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Aktif yang telah bersara daripada
keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa, +18 tahun, yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan
Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang berkehendak untuk dikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia. Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang bantuan teknikal dalam bidang
kewangan, perhubungan awam, projek-projek khidmat dan pembangunan serta teknologi maklumat.
Diterima pada 30 haribulan Mei 2007 3
Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Ahli Kehormat Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dan Script Font: Times New Roman, Swedish (Sweden)
Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan bayaran kuota untuk setiap Ahli Kehormat kepada
Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
Script Font: Times New Roman, Swedish (Sweden)
Ahli-Ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, seperti Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, kakitangan Kementerian Pendidikan dan Script Font: Times New Roman
Kementerian Belia dan Sukan, orang-orang awam yang terkenal dan penting, serta individu-individu, termasuk Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dan Pemimpin-Pemimpin yang tidak lagi memegang waran. Script Font: Times New Roman, Swedish (Sweden)
Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
Ahli-Ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesu ruhjaya Cawangan dan bekas Script Font: Times New Roman
ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya, dan Ahli Aktif Persatuan Formatted: Bullets and Numbering
Pandu Puteri Malaysia, dengan jemputan. Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
Script Font: Times New Roman, Swedish (Sweden)
Peletakan Jawatan dan Pembatalan Keanggotaan Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bila-bila masa secara Script Font: Times New Roman
bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan, dan sekiranya mereka seorang pemimpin atau pesuruhjaya, Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
dengan memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang diperoleh daripada Persatuan Pandu Script Font: Times New Roman, Swedish (Sweden)
Puteri Malaysia dilepaskan dengan serta-merta dengan peletakan jawatan tersebut. Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
Script Font: Times New Roman
Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi keperluan-keperluan yang Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
termaktub dalam Perlembagaan ini. Script Font: Times New Roman, Swedish (Sweden)
Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
Satu ‘Court of Honour’ akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurang-kurangnya tiga orang ahli yang Script Font: Times New Roman
terpilih, untuk mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan. Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
Keputusan daripada ‘Court of Honour” adalah muktamad. Script Font: Times New Roman, Swedish (Sweden)
Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
PERKARA 3 – TUJUAN DAN OBJEKTIF Script Font: Times New Roman
Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Font color:
Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, Auto, Complex Script Font: Times New Roman
Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu.: Script Font: Times New Roman, Swedish (Sweden)
a)mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan
persefahaman bersama berteraskan Prinsip-Prinsip Asas;
b)melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada kanak-kanak perempuan dan
gadis peluang-peluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab
dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia;
c)menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam Negara dan
seluruh dunia;
d)untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun dalam
kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
PERKARA 4 – LENCANA
USUL 8: Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas
di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan “Persatuan Pandu Puteri Malaysia” di dalam bulatan di
sekelilingnya bawahnya.
4 Diterima pada 30 haribulan Mei 2007
Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Semua hakcipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian daripadanya), bersama dengan Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Not Italic,
nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Complex Script Font: Times New Roman
Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif untuk menggunakan Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Not Italic,
Lencana sepanjang tempoh Keahlian tetapi tidak mempunyai hak ke atas Lencana. Cawangan dan Daerah Complex Script Font: Times New Roman
Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
menggunakan Lencana tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan. Script Font: Times New Roman, English (United Kingdom)
Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
PERKARA 5 – PENAUNG Script Font: Times New Roman, English (United States)
Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Di raja Persatuan Pandu Puteri Formatted: Bullets and Numbering
Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut:
-mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
-menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja .
-menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
PERKARA 6 – LEMBAGA EKSEKUTIF
Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan ditugaskan
dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia antara mesyuarat Majlis Kebangsaan.
Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis Kebangsaan
mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika perlu.
6.1 Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan
Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-Pegawai yang berikut:
Yang Dipertua
Timbalan Yang Dipertua
Ketua Pesuruhjaya
Setiausaha Kehormat
Bendahari Kehormat
6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan
1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas
2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja
3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer
4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet
5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri
6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan
6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan
1. Pesuruhjaya Antarabangsa
2. Pesuruhjaya Program & Latihan
3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana)
4. Pesuruhjaya Keahlian
5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat
6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan
USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex officio yang dilantik dari semasa ke semasa
6.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan
Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan
Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagai calon untuk jawatan yang tertentu. Setiap
Diterima pada 30 haribulan Mei 2007 5
Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong, yang terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif
Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Yang Dipertua Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah
isteri Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya Perdana
Menteri Malaysia seorang wanita, maka Yang Dipertua
Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Perdana Menteri
Malaysia.
Timbalan Yang Dipertua USUL 2: Calon yang dipilih sebagai Timbalan Yang
Dipertua akan memegang jawatan tersebut untuk
tempoh tiga tahun. Apabila tempoh tersebut berakhir,
calon boleh terus dipilih sebagai Timbalan Yang
Dipertua untuk tempoh tiga tahun selanjutnya, tanpa had
tempoh keseluruhannya.
Ketua Pesuruhjaya Calon yang dipilih sebagai Ketua Pesuruhjaya akan
memegang jawatan untuk tempoh lima tahun. Tempoh
tersebut tidak boleh disambung selanjutnya.
Setiausaha Kehormat Calon-calon yang dipilih sebagai Setiausaha Kehormat,
Bendahari Kehormat Bendahari Kehormat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya
6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan: Bahagian Kebangsaan dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya
1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Perkembangan Kebangsaan akan memegang jawatan
2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja untuk tempoh tiga tahun. Calon-calon tersebut boleh
3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer terus dipilih untuk tempoh tiga tahun selanjutnya,
4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet sehingga had tempoh maksimum enam tahun
5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri keseluruhannya.
6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan
6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan:
1. Pesuruhjaya Antarabangsa
2. Pesuruhjaya Program & Latihan
3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana)
4. Pesuruhjaya Keahlian
5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat
6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan
Ketua Eksekutif Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Ketua Eksekutif ialah staf yang dibayar gaji, diambil
Pandu Puteri Malaysia kerja dan bertanggungjawab kepada Lembaga Eksekutif
Kebangsaan.
Demi memastikan kesemua jawatan Pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada waktu yang sama, dan Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali setiap tahun, Lembaga Eksekutif Kebangsaan harus memastikan Script Font: Times New Roman
bahawa tidak lebih daripada satu pertiga jawatan akan dipilih pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
Kebangsaan. Script Font: Times New Roman
Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Not Italic,
Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu dilantik, yang akan memegang Complex Script Font: Times New Roman
jawatan tersebut sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, di mana pemilihan yang baru akan Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Not Italic,
diadakan. Calon baru tersebut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi tempoh tiga (3) tahun sepenuhnya. Complex Script Font: Times New Roman
Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Not Italic,
USUL 3: Sekiranya berkemungkinan, Lembaga Eksekutif Kebangsaan perlu dianggotai oleh Pegawai di dalam Complex Script Font: Times New Roman
kumpulan umur berikut: 30% di bawah umur 35 tahun, 40% di antara umur 35 hingga 60 tahun, and 30% di atas Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Not Italic,
umur 60 tahun. Complex Script Font: Times New Roman
Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Not Italic,
USUL 1: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah merupakan ahli ex officio Lembaga Complex Script Font: Times New Roman
Eksekutif Kebangsaan. Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertanggungjawab kepada Lembaga
Eksekutif Kebangsaan di dalam pengurusan dan pentadbiran Ibu Pejabat Kebangsaan dan di atas perlaksanaan
tugas yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
6 Diterima pada 30 haribulan Mei 2007
Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
USUL 7: Lembaga Eksekutif Kebangsaan diberi kuasa untuk melantik ahli ex officio tambahan kepada Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Not Italic,
Lembaga Eksekutif Kebangsaan mengikut keperluan dari semasa ke semasa. Complex Script Font: Times New Roman
Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
6.3 Kekerapan Mesyuarat Script Font: Times New Roman, English (United States)
Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan.
Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan Ketua Pesuruhjaya Script Font: Times New Roman
akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya
juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan Formatted: Bullets and Numbering
mesyuarat tersebut. Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
Script Font: Times New Roman
6.4 Korum and Kuasa Pengundian
Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undang-undang apabila korum dua Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Not Bold,
pertiga daripada ahli yang mengundi hadir. Complex Script Font: Times New Roman
Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Not Italic,
Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu Complex Script Font: Times New Roman
tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Not Italic,
korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Complex Script Font: Times New Roman
Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli
mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas
Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua
pertiga undi majoriti.
Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurang-kurangnya satu pertiga daripada keahlian
Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
6.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan
Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah:
i.bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan;
ii.bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memastikan
pencapaian yang baik;
iii.menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi dan perancangan ,
merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti;
iv.memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan pemampasan, pengawasan
pelaksanaan tugas personel utama, perancangan pewarisan, dan program latihan terancang;
v.menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan dengan orang awam;
vi.mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan, sistem kawalan dalaman, audit
dalaman dan sistem untuk mengawasi risiko, kawalan kewangan dan pematuhan dengan undang-undang dan
peraturan Persatuan Pandu Puteri Malaysia;
vii.mencalonkan Ketua Pesuruhjaya.
USUL 7: melantik Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
USUL 11: PERKARA 7 – PEGAWAI-PEGAWAI
PERKARA 78 – BADAN UNDANGAN
Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis Kebangsaan mempunyai
kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun
antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
Diterima pada 30 haribulan Mei 2007 7
Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
78.1. Keanggotaan Majlis Kebangsaan Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
Script Font: Times New Roman, Swedish (Sweden)
Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan. Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Not Bold,
Complex Script Font: Times New Roman
Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif yang berumur 18 tahun ke atas. USUL 3:
TigaSatu (31) daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18 – 3530 tahun. Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
Script Font: Times New Roman, Swedish (Sweden)
Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat Pandu
Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan dibenarkan mengundi.
Keanggotaan Majlis Kebangsaan merangkumi:
Pegawai-pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan juga Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Ketua
merupakan ahli Majlis Kebangsaan Pesuruhjaya, Setiausaha Kehormat, Bendahari
Kehormat, enam (6) Pesuruhjaya Bahagian
USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Kebangsaan dan enam (6) Pesuruhjaya
Malaysia dan semua ahli ex officio yang dilantik dari Perkembangan Kebangsaan dibenarkan mengundi.
semasa ke semasa Jumlah undian sebanyak tujuh belas (17) undi.
Wakil Cawangan Tiada hak untuk mengundi.
USUL 10: Majlis Kejurulatihan USUL 9: 13 wakil daripada setiap 1615 Cawangan.
Guild Pandu Puteri Raja 10 wakil dibenarkan mengundi. Jumlah undian
sebanyak satu ratus enam lima puluh (160150) undi.
Guild Trefoil 10 wakil daripada Majlis Kejurilatihan.
1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan
Guild Mantan Pesuruhjaya mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas (14)
Wakil Kelab Pandu Puteri undi.
Ahli-Ahli Kehormat: Ketua Pesuruhjaya Persekutuan 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan
Pengakap-Pengakap Malaysia, staf Persatuan Pandu mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas (14)
Puteri Malaysia, kakitangan Kementerian Pelajaran & undi.
Kementerian Belia & Sukan Setiap ahli yang hadir dibenarkan mengundi.
Dibenarkan mengundi.
Tiada hak untuk mengundi.
78.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan
Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan mengundi di Majlis
Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung.
Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya,
iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung. Kekosongan ini tidak seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih
setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan.
78.3 Kekerapan Mesyuarat
Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari tarikh
30 Jun.
Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada satu perlima
daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif
Kebangsaan.
Majlis Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua. Timbalan Yang Dipertua akan dilantik sebagai
pengerusi semasa ketiadaan Yang Dipertua. Sekiranya Timbalan Yang Dipertua juga tidak hadir, ahli-ahli yang
hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.
78.4 Korum and Kuasa Pengundian
Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli yang
mengundi.
8 Diterima pada 30 haribulan Mei 2007
Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada Script Font: Times New Roman
mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir, dan bilangan
ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Not Italic,
kira sebagai sah. Complex Script Font: Times New Roman
Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli Script Font: Times New Roman, English (United Kingdom)
mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Formatted: Bullets and Numbering
Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti.
Formatted: Bullets and Numbering
USUL 4: Hak untuk mengundi di Majlis Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan
akan ditarik balik daripada mana-mana Cawangan Persatuan yang gagal membayar yuran keanggotaan bagi
tahun kewangan sebelum setiap Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun tersebut, melainkan permintaan untuk
menangguhkan pembayaran telah diluluskan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
78.5 Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Majlis Kebangsaan
Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti yang berikut:
i.Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia;
ii.Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia;
iii.Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isu-isu penting;
iv.Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun tahunan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan kewangan dan laporan tahunan;
v.Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan
vi.Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik waran-waran Ketua Pesuruhjaya
dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya;
vii.Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini;
viii.Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaan-pindaan susulan;
ix.Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan, dengan undi
majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan.
PERKARA 89 – KEWANGAN
Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada:
i.kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan.
ii.derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada
pelaburan.
Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia selaras dengan
polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta dan sumber ialah hak
Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahli individu atau
kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan
diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing.
Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa
pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh
Lembaga Eksekutif Kebangsaan.
Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan menerima wang
perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan.
Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua penandatangan
yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari
Kehormat.
Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana Persatuan
Pandu Puteri Malaysia.
Diterima pada 30 haribulan Mei 2007 9
Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh 14 Mei30 Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
Mac setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira -kira serta akaun-akaun Script Font: Times New Roman, Swedish (Sweden)
gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
Puteri Malaysia bermula pada I Januari hingga ke 31 Disember. Script Font: Times New Roman, Swedish (Sweden)
Formatted: Bullets and Numbering
PERKARA 910 – CAWANGAN PERSATUAN Formatted: Bullets and Numbering
Cawangan Persatuan terdiri daripada: Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Complex
Script Font: Times New Roman, Swedish (Sweden)
i.Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah,
Sarawak, Selangor, Terengganu. Formatted: Font: (Default) Times New Roman, Italic,
ii.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya. Complex Script Font: Times New Roman, Not Italic, Swedish
USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara. (Sweden)
iii.Kampus/Ibu Pejabat utama Institut Pengajian Tinggi.
Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan, dan isu-isu
sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil.
Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan, yang selari dengan Perlembagaan ini.
Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan dan Per lembagaan ini,
Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan, namun setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa
untuk mengkoordinasi polisi-polisi dan peraturan-peraturan Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga
Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawai-pegawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh
Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga
Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan.
Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang
ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif
Kebangsaan.
PERKARA 101 – PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL
Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui undian
dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir.
USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif
Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belasdua
puluh satu (1421) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan.
PERKARA 112 – PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar
Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada
ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua pertiga undi majoriti daripada
ahli-ahli yang hadir.
Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau aset selepas semua
hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut harus diagihkan sepertimana yang dipersetujui di
Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, iaitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung.
Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai tujuan -tujuan yang sama dengan Persatuan
Pandu Puteri Malaysia.
Perlembagaan ini berkuat kuasa pada 24 September 2005, dan diterima oleh Majlis Kebangsaan pada 9 Jun
2006 dan disemak pada 30 Mei2007.
10 Diterima pada 30 haribulan Mei 2007