2024/2025 KETETAPAN & PERANCANGAN PENGURUSAN
PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN BINTANG 22030, SETIU TERENGGANU 09-6974705 Pendidikan Holistik, Insan Cemerlang, Merentas Teknologi Mendidik Generasi Global Bertaraf Dunia ICT Katalis Kejayaan Tanpa Batasan Berilmu Berbudi Berjasa TAGLINE BEStars The Brightest VISI MISI MOTO SLOGAN
PENGURUSAN KURIKULUM 1. Mewujudkan pengurusan dan pentadbiran sekolah yang cekap dan berkesan. 2. Mewujudkan pengurusan panitia yang berkualiti dan berkesan 3. Meningkatkan jumlah kemenjadian murid dalam kurikulum. 4. Melahirkan murid yang mempunyai sahsiah terpuji 5. Menyediakan Prasara bilik-bilik Khas yang dilengkapi kemudahan ICT, ceria, selamat dan kondusif. 6. Mewujudkan hubungan yang erat di antara sekolah dengan komuniti setempat. 1.0 LATAR BELAKANG Kurikulum adalah ’core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira kehendak, keperluan dan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia, aspirasi Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Pejabat Pendidikan Daerah Setiu serta matlamat, hala tuju dan visi misi sekolah ini dan sebagai garis panduan kepada warga Sekolah Kebangsaan Bintang dalam memastikan Kemenjadian Murid dan Sekolah Kualiti menjadi fokus utama sekolah selari dengan halatuju sekolah TS25. Dan adalah menjadi tanggungjawab semua guru untuk mematuhi dasar-dasar yang telah ditetapkan. 2.0 OBJEKTIF Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan ; 2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah. 2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah. 2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pejabat Pendidikan Daerah Setiu 3.0 DASAR 3.1 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. 3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pejabat Pelajaran Daerah Setiu. 3.3 Sebagai salah sebuah sekolah TS25 segala ketetapan oleh agensi yang berkuasa akan dipatuhi sepenuhnya pada sepanjang masa. 3.4 Semua guru mesti dan bertanggungjawab mendapat maklumat terkini dalam pelbagai cara yang sah dan beretika mengenai pendidikan dan kurikulum semasa untuk mempastikan guru berada di dalam arus DASAR KURIKULUM SEKOLAH MATLAMAT SEKOLAH
PENGURUSAN KURIKULUM dan kehendak sistem pendidikan semasa agar dapat memberi khidmat kepada setiap murid selaras dengan hak mereka sebagai pelanggan. 3.5 Pada sebilang masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik hendaklah diberikan keutamaan. 4.0 MESYUARAT 4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut standard piawaian Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pejabat Pendidikan Daerah Setiu. 4.2 Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan. 4.3 Mesyuarat Panitia – 4 kali setahun dan minit mesyuarat hendaklah siap dan diedarkan kepada semua ahli dalam tempoh 7 hari bekerja dan difailkan ke dalam fail panitia masing-masing setelah disemak oleh PK Pentadbiran dan disahkan oleh guru besar. 4.4 Penyediaan maklum balas mesyuarat hendaklah dilaksanakan untuk menyemak pematuhan keputusan mesyuarat dan progres tindakan. 4.5 Tarikh surat dikeluarkan mestilah 10 hari sebelum mesyuarat dilaksanakan dan Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada semua guru minima 3 hari sebelum tarikh mesyuarat dijalankan. 4.6 Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan dan Kebenaran guru besar sahaja. 4.7 Semua guru adalah tertakluk dan diarah untuk merujuk kepada tatacara pengurusan dan pengendalian mesyuarat berkesan yang diletakan di dalam Laman Web Rasmi SK Bintang. 5.0 SISTEM FAIL Jenis fail diselaraskan kepada fail Am Terbuka (435 Pin.1/80) 5.1 Nama fail hendaklah dilabel secara melintang pada tetulang fail dan nombor rujukan fail hendaklah dilabel pada kulit hadapan fail dibucu atas sebelah kanan dan nombor rujukan fail hendaklah selaras dengan nombor dari buku daftar fail sekolah. 5.2 Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Penolong Kanan Pentadbiran di mana- mana lokasi yang sesuai selaku Setiausaha Kurikulum Sekolah untuk memudahkan capaian bagi semakan dan pemantauan. 5.3 Semua Fail Panitia asal diletakkan di pejabat sekolah, Ketua Panitia hanya menyimpan satu fail sebagai “desk copy” 5.4 Setiap panitia mempunyai 2 fail sebagaimana berikut ; - Fail 1 – Pengurusan : Isi kandungan fail (Indeks, carta organisasi, profil jawatankuasa, takwim panitia, kewangan dan perancangan perbelanjaan, surat-surat pekeliling, surat panggilan mesyuarat, minit mesyuarat,fail pencerapan guru, fail pencerapan hasil kerja murid, program peningkatan mata pelajaran, pelan perancangan strategik, taktikal dan operasi, laporan program mata pelajaran. – Fail 2 – Dokumen Standard KurikulumPrestasi (DSKP) dan Dokumen Penataran Kurikulum (DPK) Modul atau bahan edaran kursus yang dibekalkan.
PENGURUSAN KURIKULUM 6.0 MATA PELAJARAN YANG DILULUSKAN Senarai Mata Pelajaran Tahap 1 KSSR Senarai Mata Pelajaran Tahap 2 KSSR Bahasa Malaysia Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris Matematik Matematik Sains Sains Pendidikan Islam Pendidikan Islam Bahasa Arab Bahasa Arab Pendidikan Muzik Pendidikan Muzik Pendidikan Seni Pendidikan Seni Pendidikan Kesihatan Pendidikan Kesihatan Pendidikan Jasmani Pendidikan Jasmani Sejarah RBT 7.0 PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN • Perhimpunan Rasmi (Ahad) adalah bukan mata pelajaran ajar. Tetapi wajib ditulis di dalam RPH Persediaan Mengajar. • Cukup hanya dengan maklumat hari, masa dan catatan pada ruangan Isi Kandungan / Standard Kandungan “Perhimpunan Rasmi Mingguan”. • Kehadiran semua guru semasa perhimpunan rasmi adalah wajib dari awal sehingga perhimpunan selesai kecuali atas kebenaran guru besar. • Penampilan guru semasa perhimpunan rasmi adalah dengan penampilan lengkap dan kemas mematuhi kod etika pakaian penjawat awam dan kod etika pakaian guru yang berkuatkuasa semasa. Guru digalakkan memakai blazer hitam. 8.0 DSKP, DPK, RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN SERTA PENGURUSAN REKOD PENGAJARAN HARIAN (e-RPH) • Semua guru harus mematuhi SPI Bil 3/1999 dalam Penyediaan Rancangan Pengajaran. • Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan dalam fail panitia oleh ketua panitia dan setiap setiap guru perlu membawa DSKP dan DPK semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. • Semua Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah disiapkan/lengkapkan tidak lewat dari 31 Januari pada tahun semasa. DSKP dan DPK TIDAK boleh dikemukakan sebagai Rancangan Pengajaran Tahunan. DSKP dan DPK hendaklah diolah semula bersesuaian dengan takwim semasa sekolah dan tahap kebolehan murid untuk dijadikan sebagai Rancangan Pengajaran Tahunan. • Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar. Isi kandungan Rancangan Pelajaran Harian mengandungi perkara berikut ; i. Tajuk ii. Fokus Utama (Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran) iii. Objektif @ Hasil Pembelajaran iv. EMK v. Aktiviti vi. Impak/Refleksi (diruangan impak dengan dakwat merah)
PENGURUSAN KURIKULUM • Rancangan Pengajaran Harian untuk Kelas Pemulihan hendaklah mengikut format yang diselaraskan oleh Unit Pemulihan PPD Setiu. • Rekod Pengajaran Harian (e-RPH) hendaklah dihantar setiap hari Khamis pada setiap minggu tanpa gagal. • Semua guru mesti menyediakan e-RPH, DSKP atau DPK serta Modul Perekodan Pentaksiran PBD (Rekod Transit) perlu dibawa setiap kali masuk ke dalam kelas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. • Rancangan Pengajaran Harian hendaklah disediakan walaupun guru menghadiri kursus, perancangan yang disediakan akan dijalankan oleh guru yang diarahkan mengganti pada masa mata pelajaran tersebut. • Pentaksiran PBD perlu dilaksanakan secara berterusan sepanjang PdP dijalankan. Guru perlu merujuk kepada Buku Panduan Pelaksanaan PBD edisi 2/2019. • Pendidikan Khas – kaedah pengajaran hendaklah kepada student centered/berpusatkan Murid berdasarkan keperluan murid. 9.0 JADUAL WAKTU. • Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan yang berkuatkuasa semasa. Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum dan dilaksanakan diluar jadual waktu rasmi. Dasar pengagihan mata pelajaran adalah berpusat dan keutamaan kepada guru opsyen dan kepakaran guru.Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu tidak termasuk perhimpunan dan bergantung kepada pengisian waran layak bagi tahun semasa. 10.0 GURU GANTI / BERKURSUS / TUGAS LUAR DAN CRK • Mana-mana guru yang mengambil CRK/Cuti Sakit perlu merekodkan di dalam HRMIS, manakala guru yang berkursus atau menghadiri tugas rasmi luar perlu merekod di dalam Sistem e-Kehadiran dan memaklumkan kepada Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran atau Pembantu Tadbir yang menguruskan E-Kehadiran Guru (Sistem e-Operasi) serta mencatat di dalam Buku Pergerakan Staf. • Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti.Menggantikan pelajaran yang tertinggal pada masa lain. Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh Penyelaras Jadual Waktu dan slip akan dikeluarkan. • Slip guru ganti hendaklah dimuatnaik di dalam e-RPH Persediaan Mengajar masing-masing. Guru yang darahkan untuk mengganti kelas diwajibkan mematuhi arahan dengan berada di dalam kelas berkenaan mengikut penetapan masa yang tercatat di dalam slip.
PENGURUSAN KURIKULUM 11.0 WAKTU PERSEKOLAHAN Sekolah beroperasi dalam mod satu sesi dengan waktu persekolahan seperti berikut ; Tahap 1: Ahad,Isnin & Rabu : 07.30 pagi - 1.30 petang Rabu (NILAM) : 07.30 pagi - 8.00 pagi Selasa & Khamis : 07.30 pagi - 1.00 petang Tahap 2: Ahad & Isnin : 07.30 pagi - 01.30 petang Selasa (Kokurikulum) : 2.30 petang - 04.30 petang Rabu (NILAM) : 07.30 pagi – 08.00 pagi Rabu & Khamis : 07.30 pagi - 01.30 petang Pendidikan Khas Integrasi Tahap 1 Ahad, Isnin & Selasa : 07.30 pagi - 01.30 petang Rabu & Khamis : 07.30 pagi - 01.00 petang Pendidikan Khas Integrasi Tahap 2 Ahad,Isnin, Selasa Rabu & Khamis (PdP) : 07.30 pagi - 01.00 petang Selasa (kokurikulum) : 01.30 pagi - 04.00 petang Prasekolah Ahad Isnin,Selasa Rabu & Khamis : 07.30 pagi - 12.00 tengahari * Waktu boleh berubah mengikut keperluan atau situasi semasa dan juga akta / pekeliling ikhtisas yang berubah dan berkuatkuasa semasa. 12.0 PENILAIAN PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN • Pentaksiran rasmi bagi Tahun 1,2,3,4,5 dan 6 adalah 2 kali setahun iaitu PBD (Pentaksiran Bilik Darjah Pertengahan Tahun dan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah Akhir Tahun) dan dikendalikan secara Pentaksiran Berterusan (PB) sekolah. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi 5 MP dilaksanakan pada akhir sesi akademik bagi murid tahun 4,5 & 6 yang mana soalan ujian di bawah kawalan KPM. • Pentaksiran Sekolah terhadap perkembangan pembelajaran murid adalah bersifat holistik dan berterusan dari Januari hingga November. • Rekod atau data perkembangan pembelajaran murid hendaklah direkod masuk ke dalam Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid (Rekod Transit) bagi semua mata pelajaran. • Bagi murid di tahun 6 semua murid adalah berhak dan layak menduduki Ujian Psikometrik, PAJSK, SEGAK, mengikut syarat kohort umur. Pentaksiran dan ujian ini adalah mengikut jadual dan format yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). • Pelaksanaan SEGAK BMI 5-9T dilaksanakan 2 kali setahun bagi murid berumur 5 hingga 9 tahun. Perekodan data di dalam portal rasmi IDME.
PENGURUSAN KURIKULUM 12.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah • Pentaksiran murid perlu direkodkan dan dimuatnaik ke dalam e-RPH Persediaan Mengajar Folder 14 Data Pentaksiran dari Rekod Transit Murid perlu diisi dalam Portal Rasmi IDME Aplikasi Pengurusan Pentaksiran 2 kali setahun. Cetakan keputusan Slip Pelaporan Individu murid dalam IDME perlu dilengkapkan dan diserahkan kepada semua ibubapa murid bagi Pentaksiran Pertengahan Tahun (Penggal 1) dan Pentaksiran Akhir Tahun (Penggal 2). • Penetapan Target (TOV dan headcount) adalah wajib ke atas semua guru sebagai amalan profesionalisme keguruan. • Semua Ketua Panitia perlu memastikan perlaksanaan PBD mengikut tempoh yang ditetapkan. Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan fail atau pelaporan PBD dibawa bersama untuk mengelak masalah di sekolah baharu murid berkenaan. • Dokumentasi berkaitan PBD hendaklah difailkan ke dalam fail berkaitan serta boleh dikemukakan dengan serta merta kepada pencerap dalaman, Jabatan Pendidikan, Pejabat Pendidikan atau Jemaah Nazir apabila diminta berbuat demikian bagi tujuan pencerapan dan pemantauan tanpa gagal. • Isi kandungan fail berkaitan PBD adalah sebagaimana format dan tatacara pengurusan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia yang telah didedahkan kepada semua guru melalui kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pejabat Pendidikan Daerah Setiu serta melalui kursus dalaman anjuran sekolah. • Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid (Rekod Transit) perlu sentiasa dikemaskini. Pengisian Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid juga perlu diisi di dalam Laman Rasmi Sekolah bagi tujuan penyelarasan lokasi data atau untuk tujuan pengumpulan data secara“One Stop Centre” • Penetapan Tahap Penguasaan(TP) murid adalah sebagaimana berikut ; Tahap Pengusaan (TP) Tafsiran 1 Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas 2 Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam bentuk komunikasi 3 Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran atau tugasan pada suatu situasi 4 Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran atau tugasan iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik 5 Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran atau tugasan pada suatu situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik serta tekal dan bersikap positif 6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara analitik, sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi. Buku Panduan PBD Edisi 2/2019
PENGURUSAN KURIKULUM • Penetapan Tahap Penguasaan(TP) Murid adalah sebagaimana berikut ; Tahap Penguasaan (TP) Tafsiran 6 Cemerlang 5 Kepujian 4 Baik 3 Mencapai Tahap Minimum 2 Belum Mencapai Tahap Minimum 1 Belum Mencapai Tahap Minimum 12.3 Post Mortem Untuk Pentaksiran/Program dan Aktivitivi Tahunan Panitia • Post Mortem secara bertulis perlu disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali Pentaksiran PBD Penggal 1 dan Penggal 2 selesai di analisis. Begitu juga dengan program atau aktiviti yang dilaksanakan perlu disediakan Laporan secara berkala. Pelaporan dan dokumentasi adalah menggunakan tapak yang telah diselaraskan . Tapak slaid pelaporan juga boleh digunakan untuk tujuan pembentangan pelaporan dan kegunaan dialog prestasi. • Kekuatan, kelemahan dan tindakan susulan/Program intervensi hendaklah dikenal pasti bagi meningkatkan kualiti sekolah dan kemenjadian murid. • Setiap guru dimestikan menyimpan rekod murid cemerlang dan murid kritikal untuk diambil tindakan sewajarnya bagi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Maklumat terperinci murid berkenaan perlu disalurkan kepada PK1, HEM, Guru Pemulihan dan Guru Bimbingan & Kaunseling. • Manakala setiap Unit di bawah Kurikulum perlu menyimpan Rekod Program dan Aktiviti bulanan dan Tahunan Unit Panitia masing-masing untuk tindakan susulan yang perlu dibuat penambahbaikan. 13.0 PEMANTAUAN / PENCERAPAN Jawatankuasa Pemantauan o Guru Besar. o Penolong Kanan Pentadbiran. o Penolong Kanan HEM. o Penolong Kanan Pendidikan Khas. o Penolong Kanan KoKurikulum. 13.1 Pengajaran dan Pembelajaran o Pengajaran dan Pembelajaran guru/ murid di bilik darjah akan dicerap 2 kali dalam setahun o secara rasmi. o Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan. o Jadual Induk pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun. o Guru dinasihat berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk dicerap. o Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah panita masing-masing. o Semua Penolong Kanan akan dicerap oleh Guru Besar.
PENGURUSAN KURIKULUM 13.2 Pengurusan Panitia o Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Ketua Panitia Mata pelajaran berkenaan. o Penolong kanan akan menyelia semua panitia 2 kali setahun dengan bantuan SU JKS. o Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dari masa ke semasa dan diletakkan di bilik Pejabat Sekolah. o Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal,dan Pelan Operasi. o Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR mengikut kelas tertentu. o Ini termasuk mengambil kira OTI dan headcount PBD murid. o Ketua Panitia bertanggungjawab menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan setiap tahun. o Ketua Panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka membelanjakan peruntukan PCG o secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan. 13.3 Bilik-bilik Khas o Semua bilik khas termasuk bilik darjah mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah. Penyeliaan adalah berdasarkan aspek dan kriteria seperti berikut ; i. Kebersihan ii. Keceriaan iii. Keselesaan iv. Keselamatan v. Susun atur perabut vi. Pengurusan inventori vii. Rekod kawalan penggunaan (kecuali bilik darjah) viii.Papan informasi o Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa mesti disediakan. o Arahan keselamatan, peraturan dan prosedur penggunaan perlu dipaparkan dengan jelas bagi setiap bilik khas. o Bilik-bilik khas hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan yang kondusif, selamat dan sesuai sebagai fungsi bagi setiap bilik khas itu sendiri. 13.4 Penyeliaan Buku Latihan Murid o Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi memastikan penyemakan dilakukan secara konsisten dan konstruktif. o Semua guru akan menyerahkan secara rawak 10 buah buku bagi setiap mata pelajaran dan kelas yang diajar untuk semakan jawatankuasa. o Tugasan penyeliaan dan pencerapan buku latihan murid selain dari guru besar juga dipertanggungjawabkan kepada semua penolong-penolong kanan dan ketua-ketua panitia mata pelajaran. o Instrumen yang digunakan adalah PK06/1 (Borang Pengesanan Semakan Buku Latihan / Hasil Kerja Murid) dan PK06/2 (Laporan Semakan Buku Latihan / Hasil Kerja Murid) o Pencerap hendaklah menilai ; i- Bilangan latihan ii- Kesesuaian latihan iii- Ketelitian semakan iv- Arahan pembetulan v- Ulasan guru vi- Kekemasan tulisan
PENGURUSAN KURIKULUM 13.5 Penetapan Dasar & Kuantiti Latihan Murid o Minima 2 komponen berfokus penulisan seminggu bagi mata pelajaran bahasa. Minima 20 latihan pelbagai format seminggu bagi aspek tatabahasa bagi mata pelajaran bahasa. Minima 20 latihan peningkatan kosa kata bagi mata pelajaran bahasa seminggu. o Minima 20 latihan berbentuk struktur melibatkan kajiselidik / inferens / rumusan serta penekanan kepada KPS bagi mata pelajaran Sains dalam seminggu. o Minima 2 projek sains berkumpulan dan 2 projek sains individu yang bersesuaian dengan tajuk / unit semasa yang sedang diajar dalam 1 penggal. o Minima 20 soalan objektif seminggu bagi mata pelajaran Sains. Minima 20 soalan objektif seminggu bagi mata pelajaran Matematik. o Minima 20 soalan penyelesaian masalah seminggu bagi mata pelajaran Matematik. Minima 20 soalan seminggu bagi Pendidikan Islam merangkumi komponen ; - asuhan tilawah (huruf hijayyah tunggal pelbagai baris, tanda) - ulum as-syariah (akidah, ibadah, sirah) - adab dan akhlak islamiah - jawi o Minima 5 soalan pemahaman format subjektif/struktur dan 10 soalan pelbagai format bagi mata pelajaran bukan teras dalam seminggu. o Minima 2 penghasilan folio bagi setahun untuk mata pelajaran sejarah dan pendidikan seni dan minima 1 hasilan terbaik individu bagi setiap komponen / bidang dalam Pendidikan Seni Visual sepanjang 1 bulan difailkan atau dipamerkan. o Minima 10 latihan seminggu pelbagai format bagi mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi merangkumi aspek peralatan, urus niaga, pengurusan dan teori dan minima 2 projek kumpulan dan 2 projek individu 1 tahun bagi mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi dan dipamerkan. o Minima 10 latihan teori pelbagai format soalan bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik dalam seminggu. o Lembaran kerja murid samada helaian yang dibuat sendiri atau menggunakan buku kerja melalui tatacara yang dibenarkan sebagai instrumen hendaklah disimpan secara sistematik sebagai eviden bagi sesuatu pentaksiran bagi tujuan pementoran dan penjaminan kualiti PS. Semua Penolong Kanan akan mencerap 10 buah buku latihan murid bagi setiap mata pelajaran dan setiap kelas pada setiap penggal. o Rekod Penyeliaan Buku Kerja Murid, Latihan Murid, dan Pengajaran Guru hendaklah difailkan dengan kemas dan sistematik. o Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran akan memastikan tindak susul dibuat oleh Guru Mata pelajaran dan Ketua Panitia Mata pelajaran. 14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA o Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah. o Setiap Panitia dikehendaki menyediakan anggaran perbelanjaan tahun berikutnya dengan mengisi Lampiran PK 14/1(Borang Anggaran Belanja Mengurus-ABM) bagi mengemukakan o cadangan pembelian buku dan peralatan bantu mengajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran seminggu sebelum cuti akhir tahun persekolahan semasa. o Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut Arahan o Perbendaharaan (AP) yang sedang berkuat kuasa. 10 % peruntukan untuk tahun berkenaan perlu direzab untuk perbelanjaan awal tahun bagi tahun berikutnya.Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang diturunkan.
PENGURUSAN KURIKULUM 15.0 BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN o Buku teks yang dibekalkan hendaklah dimaksimumkan penggunaannya oleh setiap guru. o Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun oleh Jawatankuasa SPBT. o PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi mata Pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab bagi Program NILAM. o Bagi mata pelajaran selain dari bahasa dibenarkan masuk ke PSS dengan tujuan pengajaran berfokus dan rujukan sekiranya telah dirancang di dalam Buku Persediaan Mengajar dan Bilik PSS telah ditempah terlebih dahulu. o Kebenaran khas diberi waktu ketiadaan guru, guru ganti dibenarkan membawa murid ke PSS untuk mencari maklumat atau menonton video berkaitan pembelajaran tetapi hendaklah secara terancang dan terkawal. o Sewaktu mata pelajaran Bahasa Arab, murid bukan Islam diwajibkan untuk masuk ke PSS dan menjalani aktiviti NILAM dan di kawal selia oleh Guru Media. o Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh Guru-guru Bahasa. o Penyemakan Buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh Guru Bahasa. o Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Media atau Penyelaras PSS. o Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan asset panitia. 16.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK o Semua program utama yang berlangsung dalam pengajaran dan pembelajaran dibuat berdasarkan keperluan panitia. o Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang ke arah kemenjadian murid. o Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik adalah nadi membantu semua Panitia dalam merancang dan melaksanakan sekurang-kurangnya 4 program akademik untuk murid. o Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik panitia berkenaan. o Penglibatan semua penolong-penolong kanan dan Kaunselor adalah wajib bagi penyelarasan Program Akademik. 17. 0 PERKEMBANGAN STAF 17.1 Kursus Dalaman o Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada Guru Besar danPenolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus menggunakan format minit curai. o Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara Guru Besar dan Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus. o Bahan edaran kursus adalah aset sekolah guru menyimpan salinan untuk keperluan sendiri dan guru lain. 17.2 Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi o Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan kursus dalam LNPT guru. o Lawatan ke sekolah yang cemerlang diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar. o Lawatan boleh diadakan oleh panitia semua panitia melalui permohonan kertas kerja serta mematuhi SOP dan SPI yang berkuatkuasa semasa samada dalam aspek ikhtisas dan kewangan.
PENGURUSAN KURIKULUM 17.3 Bahan-bahan Ilmiah Kursus o Diperbanyak untuk keperluan guru lain. o Disimpan untuk rujukan panitia. o Direkod terimaan sebagai milik sekolah. 18.0 KAJIAN TINDAKAN o Semua panitia mata pelajaran disarankan membuat satu kajian tindakan setiap tahun sebagai membudayakan profesionalisme keguruan dan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan mengatasi masalah pembelajaran murid. o Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah dan sebagai inovasi guru. 19.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK o Peluang dan bakat murid untuk penyertaan dalam pertandingan berbentuk ko-akademik di peringkat daerah, negeri kebangsaan dan antarabangsa perlu diberi perhatian dan perancangan jangka panjang dan juga sebagai KPI guru untuk bidang keberhasilan dan pada masa yang sama dapat memangkin kualiti pencapaian murid di dalam kualiti akademik. o Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah. Fokus dan strategi seharusnya diatur di dalam bidang yang kurang disertai oleh sekolah lain dan bidang yang kepakaran dikuasai guru dan bakat ada pada murid.
PENGURUSAN KURIKULUM PENGERUSI : CG SITI ZULAILA BINTI KASMIRAN (GURU BESAR) TIMBALAN PENGERUSI : CG ROSMAWATI BINTI NAWI (GPK PENTADBIRAN) NAIB PENGERUSI 1 : CG MOHD AZAM BIN SULAIMAN (GPK HEM) NAIB PENGERUSI 2 : CG NURUL FADHILAH MOHD PAKHRI (GPK KOKURIKULUM) NAIB PENGERUSI 3 : CG YUSNITA BINTI YUSOF (GPK PPKI) SETIAUSAHA 1 : CG NOR KHALIDA BINTI REFING ( SU KURIKULUM) SETIAUSAHA 2 : CG NORAIDA BINTI A.LATIF (SU HEM) SETIAUSAHA 3 : CG NORASYIKIN BINTI MOHD NOOR (SU KO-KURIKULUM) SETIAUSAHA 4 : CG SITI KHADIJAH BINTI ZULKIFLI (SU PPKI) AHLI JAWATANKUASA : BIL NAMA GURU BIL NAMA GURU 1 SITI ZULAILA BINTI KASMIRAN 26 NOR ZALINA BINTI AWANG 2 ROSMAWATI BINTI NAWI 27 NOR ZILA BINTI MAJID 3 MOHD AZAM BIN SULAIMAN 28 NORAIDA BINTI A. LATIF 4 NURUL FADHILAH BINTI MOHD PAKHRI 29 NORASYIKIN BINTI MOHD NOOR 5 YUSNITA BINTI YUSOF 30 NORHAYATI BINTI NAWI 6 ABD MOIN BIN OMAR 31 NUR HAYATI BINTI MUSTAFA 7 ABDUL AZIZ BIN MOHD JALIL 32 RAHAIZA BINTI MOKHTAR 8 AHMAD AIMAN BIN ABU BAKAR 33 ROSMAWATI BINTI BAKAR 9 AIZAMWATI @ RADIATUL ADAWIAH BT HJ TAHIR 34 RUGAYAH BINTI ISMAIL 10 ARAFAT BIN A.SEMAN 35 SALINA BINTI MUHAMMAD 11 ASYIRAH BINTI AB KADIR 36 SITE KALIZAH BT YAACOB 12 AZERA BINTI ABDUL HALIM 37 SITI KHADIJAH BT HUSAIN 13 CHE NORHAFIZA BT CHE SALIM 38 SITI KHADIJAH BT ZULKIFLI 14 MARINI BINTI MOHD ZAIN 39 SUHAIDA BINTI ISMAIL 15 MAT FADELAN BIN JUSOH 40 WAN ISMAIL BIN WAN IBRAHIM 16 MOHD SHAFIQ BIN CHE SOH 41 ZAINUN BINTI HALIAS 17 MUHAMAD BIN YUSOF 42 ZARINA BINTI MOHAMAD @ ARIFIN 18 NOORAINI BINTI ISMAIL 43 ZULNAIDAH BINTI MAT NOR 19 NOOR MALIZA BINTI MAIDIN 20 NOOR SYAILLIYANEE BINTI ABDULLAH 21 NOOR SYAIZAN BT. ABDULLAH 22 NORMILAKISWANI BINTI JUSOH 23 NOR FAZILAH BINTI GHANI 24 NOR AINAEE BINTI MOHD NOR 25 NOR KHALIDA BT REFING 3.1 JAWATANKUASA INDUK UNIT KURIKULUM SK BINTANG 2024
PENGURUSAN KURIKULUM 3.1.2 JAWATANKUASA PENGURUSAN MATA PELAJARAN A- Ketua dan Setiausaha Panitia PANITIA KETUA PANITIA SETIAUSAHA BAHASA MALAYSIA NOR ZALINA BINTI AWANG NOR FAZILAH BINTI GHANI BAHASA INGGERIS NOOR SYAILLIYANEE ABDULLAH NOR AZERA BINTI ABDUL HALIM MATEMATIK WAN ISMAIL WAN IBRAHIM NOR ZILA BINTI MAJID SAINS NUR HAYATI BINTI MUSTAFA NORMILAKISWANI BINTI JUSOH PENDIDIKAN ISLAM MOHD KHAIRI BIN IDRIS ROSMAWATI BINTI BAKAR BAHASA ARAB NURHAYATI BINTI NAWI RAHAIZA BINTI MOKHTAR PENDIDIKAN SENI NORMILAKISWANI BINTI JUSOH NOORAINI BINTI ISMAIL PENDIDIKAN MUZIK NOR AINAEE MOHD NOR MARINI BINTI MOHD ZAIN PJPK MUHAMAD BIN YUSOF ABD AZIZ MOHD JALIL SEJARAH SUHAIDA BINTI ISMAIL MOHD SHAFIQ BIN CHE SOH RBT ABD.MOIN BINT OMAR MUHAMAD BIN YUSOF 3.1.2.1 JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA Ketua Panitia : Cg Nor Zalina binti Awang Setiausaha: Cg Nor Fazilah binti Ghani AJK: 1. Cg Mohd Azam bin Sulaiman 2. Cg Normilakiswani binti Jusoh 3. Cg Nor Ainaee binti Mohd Nor 4. Cg Aizamwati Hj. Tahir 5. Cg Nooraini binti Ismail 6. Cg Zulnaidah binti Mat Nor 7. Cg Nor Fazilah binti Ghani BAHASA INGGERIS Ketua Panitia : Cg Noor Syailliyanee Abdullah Setiausaha: Cg Azera binti Abdul Halim AJK : 1. Cg Noor Maliza binti Maidin 2. Cg Abd Aziz Mohd Jalil 3. Cg Mohd Shafiq bin Che Soh 4. Cg Marini binti Mohd Zain 5. Cg Nor Khalida binti Refing MATEMATIK Ketua Panitia : Cg Wan Ismail W. Ibrahim Setiausaha: Cg Nor Zila binti Majid AJK : 1. Cg Nor Khalida Refing 2. Cg Rosmawati Nawi 3. Cg Abd Moin bin Omar 4. Cg Nooraini binti Ismail 5. Cg Mohd Shafiq Che Soh 6. Cg Noor Syailliyanee Abdullah SAINS Ketua Panitia : Cg Nur Hayati binti Mustafa Setiausaha: Cg Normilakiswani binti Jusoh AJK : 1. Cg Wan Ismail W. Ibrahim 2. Cg
PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM Ketua Panitia : Cg Mohd Khairi bin Idris Setiausaha: Cg Rosmawati binti Bakar AJK : 1. Cg Site Kalizah Yaacob 2. Cg Nor Fazilah binti Ghani 3. Cg Rugayah Ismail 4. Cg Nur Hayati binti Mustafa 5. Cg Noor Maliza Maidin 6. Cg Arafat bin Seman 7. Cg Norhayati binti Nawi 8. Cg Rahaiza Mokhtar 9. Cg Zulnaidah binti Mat Nor PENDIDIKAN SENI Ketua Panitia : Cg Normilakiswani binti Jusoh Setiausaha: Cg Nooraini binti Ismail AJK : 1. Cg Nurul Fadhilah binti Mohd Pakhri 2. Cg Suhaida binti Ismail 3. Cg Nor Zila binti Majid 4. Cg Nor Zalina binti Awang 5. Cg Nur Hayati binti Mustafa 6. Cg Nor Khalida binti Refing 7. Cg Nooraini binti Ismail REKA BENTUK TEKNOLOGI Ketua Panitia : Cg Abd Moin bin Omar Setiausaha : Cg Muhamad bin Yusof AJK : 1. Cg Abd Moin bin Omar 2. Cg Muhamad bin Yusof SEJARAH Ketua Panitia : Cg Suhaida binti Ismail Setiausaha : Cg Mohd Shafiq bin Che Soh AJK : 1. Cg Siti Zulaila binti Kasmiran 2. Cg Mohd Shafiq bin Che Soh 3. PENDIDIKAN MUZIK Ketua Panitia : Cg Noor Ainaee binti Mohd Nor Setiausaha : Cg Marini binti mohd Zain AJK : 1. Cg Nor Zila binti Majid 2. Cg Nur Hayati binti Mustafa PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Ketua Panitia : Cg Muhamad bin Yusof Setiausaha : Cg Abd Aziz bin Mohd Jalil AJK : 1. Cg Abd Moin bin Omar 2. Cg Nor Zila binti Majid 3. Cg Nurhayati binti Mustafa 4. Cg Marini binti Mohd Zain 5. Cg Arafat bin A.Seman 6. Cg Mohd Azam bin Sulaiman 7. Cg Wan Ismail bin Wan Ibrahim