Kesusasteraan 2216/1
Melayu NAMA : ..................................................................................
Komunikatif TINGKATAN : ......................................................................
Tingkatan
LTiimngakatan
PKBS1
Kertas 1
Jun 2021
2 Jam 30 Minit
MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM)
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BACHOK
PKBS 1 (JUN)
TINGKATAN LIMA
2021
KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
Dua Jam Tiga Puluh Minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A Untuk Kegunaan Pemeriksa
dan Bahagian B. BAHAGIAN MARKAH
2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan tiga soalan A
dalam Bahagian B. B
JUMLAH
1
Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak.
Bahagian A
[40 markah]
Jawab semua soalan.
1. PUISI B
PUISI A
Pasang panjut keliling rumah, Rasaku ini sangatlah dahaga,
Bunga api di tengah laman, Barang sedikit carikanlah juga,
Bukan kedekut, bukannya lemah, Pergilah berjalan menteri ketiga,
Cumanya hati belum berkenan. Mencari sungai dengan telaga.
Dipetik daripada teks Nilai Insan
Berdasarkan petikan puisi di atas, nyatakan dua perbezaan antara kedua-dua puisi
tersebut dari segi bentuk. [4 markah]
2.
“Aku ngeri pada maut,
Lebih daripada jeritanmu”
“Maut lebih pantas daripada angin,
Lebih gelita daripada malam”
Dipetik daripada sajak Aku Tidak Berani Berjanji
oleh Rosli K. Matari
(a) Nyatakan maksud gaya bahasa responsif. [2 markah]
(b) Berikan satu contoh gaya bahasa responsif yang terdapat dalam petikan puisi di
atas. [2 markah]
2
3. Setelah baginda mendengar sembah sekalian orang besar-besar itu maka
baginda pun segeralah pergi ke haluan perahu itu seraya bertitah, "Hai raja naga,
lepaskanlah perahu kita ini, jika kita beroleh putera perempuan, kita jadikan isteri
kepada raja naga dan jikalau laki-laki kita jadikan sahabat kepada raja naga," Setelah
sudah baginda berkata-kata itu, maka naga itu pun tenggelamlah.
Dipetik daripada Sastera Hikayat, Raja lndera Maha Dewa
Membuat Perjanjian dengan Raja Naga.
Nyatakan dua isi perjanjian Raja lndera Maha Dewa dengan raja naga yang terdapat dalam
petikan prosa tradisional di atas. [4 markah]
4. “Perlu juga ditekankan, hal ini bukanlah tentang diri saya semata-mata. Bukan
kerana saya inginkan sangat wang berjumlah 27 juta ringgit itu, bukan. Tidak juga
kerana saya inginkan publisiti, tidak. Saya menyaman sebenarnya atas matlamat yang
lebih utama, yakni untuk memberikan amaran kepada para pengendali pengangkutan
awam seluruhnya. Saman ini adalah tentang penumpang-penumpang individu kecil
melawan syarikat korporat pengangkutan awam gergasi. Kita sudah terlalu sering
mendengar keluh-kesah daripada pelbagai pihak tentang betapa tidak efisiennya
perkhidmatan pengangkutan awam bukan hanya KTN, tapi juga yang lain-lain.
Dipetik daripada cerpen Res Judicata, karya Aidil Khalid.
Nyatakan dua nilai berserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen di atas [4markah]
5. (MAT PIAH berada di atas beca, menunggu rezeki terakhirnya. Dari pintu besar hotel
berjejeran keluar lelaki dan perempuan yang memakai pakaian beragam. Ada yang
berpakaian drakula, pengemis, Robocop, puntianak, Frankenstein, lanun, dan
sebagainya. Mereka semua baru tamat menghadiri satu majlis makan malam yang
bertemakan pakaian beragam. Ada antara peserta yang memakai pakaian beragam itu
berbangsa Eropah. Mereka tertawa-tawa dan membuat bising seketika kerana separuh
mabuk).
3
Dipetik daripada drama Mat Piah & Mr. Blackway
karya Mahizan Husain
Nyatakan dua latar masyarakat berserta contoh dalam petikan drama di atas. [4 markah]
6. “Bermalamlah di sini,” kata seseorang. “Esok pagi boleh pulang ke Kuri.”
“Satu malam bolehlah,’ jawab lelaki tua itu sambil duduk atas rumputan. “Tak
mengapa aku tak ke laut pada hari-hari angin jeda malam ini. Ikan-ikan di pesisir Futu-
Ata tidak akan berkurang kalau aku tak ke laut. Nasib saudara-saudaraku di Tubua ini
lebih penting daripada ikan, sotong, dan ketam.
“Kamulah yang memberikan simpati dan sokongan kepada kami,” ujar lelaki yang
menjadi ketua kumpulan protes itu. “Presiden dan orang-orangnya jangankan mahu
berunding, melihat kami pun mereka enggan.”
Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto,Karya Anwar Ridhwan
Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas. [4 markah]
7.
Banyak orang berangan-angan tinggi,
Ingin mencapai itu dan ini,
Tetapi tak mahu bersusah diri,
Untuk menyampaikan cita-cita pujaan hati,
Mereka suka minta tolong , minta beri.
Dipetik daripada Puisi Tradisional dalam antologi Nilai Insan
Berdasarkan maksud rangkap seloka tersebut, huraikan satu kritikan sosial yang
terdapat dalam petikan seloka tersebut. [4 markah]
4
8. Penghulu Sudin semakin keresahan di kerusinya bersebelahan Encik Firdaus.
Kerusi tempat Penghulu Sudin melabuhkan punggungnya terasa semakin panas. Habuan
lumayan termasuk saham, jawatan lembaga pengarah, tiket melancong ke seluruh dunia
dan kereta mewah yang bakal Penghulu Sudin terima jika Encik Lim mendapat peluang dan
lesen kuari di Bukit Emas tiba-tiba semakin kabur dalam fikiran Penghulu Sudin. Perasaan
marah Penghulu sudin terhadap Sahat semakin membara. Lebih-lebih lagi Sahat yang
menjatuhkan air mukanya di hadapan Encik Firdaus, wakil rakyat yang telah menerima
arahan untuk memastikan sama ada penduduk Kampung Kuah bersetuju jika Bukit Emas
diniagakan tanah kuning dan batu-batanya untuk memenuhi permintaan dalam industri
pembinaan.
Dipetik daripada cerpen dalam antologi Kubentang Sehelai Peta
Berdasarkan pernyataan yang terdapat dalam petikan tersebut, jelaskan satu pandangan
kritis tentang perwatakan Penghulu Sudin. [4 markah]
9. Pada hari kematian Abang Said, tidak seorangpun yang tampil untuk menolong
menguruskan jenazahnya. Cuma ahli masjid yang sudi melaksanakan segala urusan dari
awal hingga akhir. Baru dia faham bahawa orang ramai hanya menghormati Abang Said
selagi dia mempunyai kuasa dan wang ringgit.
Selepas semua itu terputus daripada badan, dia hanyalah seorang arwah. Yang tidak
mempunyai apa-apa, kecuali amal jariah dan kasih sayang yang ditinggalkannya semasa dia
masih berkuasa. Dan itupun bukan sebanyak mana. Cuma Pak Dol dan Mak Limah yang
menangisi jenazah Abang Said. Hal ini kerana Abang Said pernah membiayai pembedahan
Mak Limah semasa beliau sakit jantung dahulu.
Dipetik daripada Cerpen Perspektif
Karya NF Abdul Manaf
Berdasarkan petikan di atas, huraikan satu tanggungjawab sesama manusia dalam hidup
bermasyarakat. [4 markah]
5
10.
ZAKI (berhadap-hadap dengan ANNA): Anna! Kaulihat sajalah keadaan ibuku. Dia
menderita, Anna. Selama lima tahun aku di tanah Inggeris, dialah yang menyara belanja
universitiku. Dia berjuang sehabis tenaganya, berkorban apa yang ada padanya, hinggga
tanah-tanah kami tergadai dan…
ANNA:…dan matanya hampir-hampir buta. Tapi engkau tak pernah menyoal bagaimana
pengorbananku dan bagaimana penderitaan ibuku pula? Engkau sengaja mahu
lupakan… .
Dipetik daripada Drama ANNA
ZAKI: Aku tak pernah lupakan itu. Aku hargai pengorbananmu. Karya Kemala
Berdasarkan petikan, ibu Zaki digambarkan sebagai seorang ibu yang sanggup berkorban
untuk anaknya.
Berikan satu pergorbanan dan contoh pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu Zaki.
[4 markah]
6
Bahagian B
[60 markah]
Pilih mana-mana tiga soalan sahaja
11. Baca sajak di bawah dengan teliti , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
KUBENTANG SEHELAI PETA
Di atas meja cengal pusaka nenek
kubentang sehelai peta enam dekad
pada peta itu mengalir diriku
pada diriku terbit sebuah rakit.
Di atas rakit ini kukayuh kenanganku
mudik ke hulu zaman kecilku
yang kuhabiskan di lumpur sawah
yang menyabarkanku di mata pancing.
Di atas rakit ini kurempuh kesulitan
menajamkan kalam dan berkaki ayam
menyusur denai basah ke sekolah
meninggalkan ibu di anak tangga.
Di atas rakit ini kusanggah badai
yang turun pada zaman remajaku
antara mengasah bakat menulis puisi
dengan mengasah perasaan melayani hati.
Di atas rakit ini kukayuh usiaku
mudik ke hulu hari mencari diri
kumasuki petang yang tenang matang
mencari erti kewujudanku di maya ini.
Di atas meja cengal pusaka nenek
kubentang sehelai peta enam dekad
pada peta ini berdiri gunung
pada puncak gunung berdiri aku.
T Alias Taib
Antologi Tanah Nurani, 2009
Dewan Bahasa dan Pustaka
7
(a) Huraikan maksud rangkap kedua dan rangkap ketiga sajak tersebut.
[4 markah]
(b) Jelaskan empat gaya bahasa dalam sajak tersebut
[8 markah]
(c) Ciptakan sebuah sajak yang bertemakan pengorbanan.
Panjang sajak tersebut hendaklah antara 12 hingga 15 baris.
[8 markah]
8
12. Baca puisi tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya.
NILAI INSAN (PANTUN ENAM KERAT)
Bawa denak bersangkar rotan,
Di dalam semak sangkut di dahan,
Dahan sedepa tempat gantungan;
Nilai anak kerana ketaatan,
Nilai emak kerana asuhan,
Nilai bapa kerana tanggungan.
Menjelang senja ke Kampung Panggas,
Mencari halia di dalam huma,
Untuk dicampurkan di dalam adunan;
Nilai pekerja jalani tugas,
Nilai penyelia adil saksama,
Nilai majikan penuh keihsanan.
Pohon kuini di tepi pinggiran,
Tempat berkinja si anak rusa,
Pemburu mengepung sorak melolong;
Nilai penghuni mesra berjiran,
Nilai ketua bertimbang rasa,
Nilai sekampung tolong-menolong.
Hujan sereyat di tengah hari,
Menjemur lampin pinggir kawasan,
Baju kemeja dijemur sama;
Nilai rakyat beretika diri,
Nilai pemimpin ada wawasan,
Nilai raja berbudaya agama.
Abdul Halim ‘R’
Puisi Melayu Tradisional, 2012
Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.
(a) Huraikan tiga ciri bentuk puisi di atas. [6 markah]
(b) Jelaskan tiga persoalan dalam puisi tersebut. [6 markah]
(c) Cipta dua rangkap pantun enam kerat bertemakan semangat kejiranan.
[8 markah]
9
13. Berdasarkan Sastera Epik dalam Antologi Nilai Insan:
(a) Jelaskan tiga ciri sastera epik. [6 markah]
(b) Laksamana Hang Tuah merupakan seorang watak yang memiliki sifat-sifat positif.
Huraikan tiga sifat positif yang dimiliki oleh watak Laksamana Hang Tuah.
[6 markah]
(c)
Maka titah Phra Cau, “Segera panggil pendekar Jepun.”
Maka titah Phra Cau,”Hai pendekar, engkau aku titahkan bermain pedang
dengan utusan Melayu ini!” Maka kata Jepun itu. ”Berapa puluh orang Melayu itu?
Jika seorang dua, bukan lawan patik.” Tatkala itu didengar oleh Laksamana, kata
pendekar itu, maka ia pun amarah, serta disingsingkan tangan bajunya dan
mengisarkan kerisnya ke hadapan, serta katanya, “Cih, hendak berdusta pula! Bicara
kamu ini empat lima berdiri pun tiada endah padaku!”
Berdasarkan petikan, kata-kata Pendekar Jepun telah menimbulkan kemarahan kepada
Laksamana Hang Tuah.
Sarankan dua tindakan yang lebih berhemah yang sepatutnya dilakukan oleh Pendekar
Jepun sebagai seorang pendekar. [8 markah]
14. Berdasarkan Cerpen Kami Akan Mati, Lin karya Saroja Theavy Balakkrishnan;
(a) Huraikan dua persoalan. [4 markah]
(b) Jelaskan empat pengajaran dalam cerpen tersebut. [8 markah]
(c) Berdasarkan keseluruhan cerpen tersebut, hasilkan sebuah karya adaptasi dalam
bentuk sajak.
Sajak anda hendaklah antara 12 hingga 15 baris. [8 markah]
10
15. Berdasarkan drama Anna karya Kemala: [6 markah]
(a) Jelaskan tiga citra masyarakat dalam drama ini.
(Pekerja yang membawa beg ANNA tadi menghampiri papan kenyataan dan
membetulkan kedudukan dua tiga waktu penerbangan. ANNA memerhatikannya dari jauh,
mengeluh lalu bangun berjalan ke depan sambil menyebut ‘Daddy dear’ beberapa kali,
berjalan lagi dan duduk semula di tempatnya. Muzik beralun-alun juga. Di tempat
duduknya itu dia membisikkan ‘poor Zaki’ dan menggeleng-gelengkan kepalanya.
Berikutan itu kedengaran brek kereta dan bunyi pintu kereta ditutup. ZAKI masuk dari
penjuru kanan)
ZAKI (memerhatikan sekeliling dan nampak ANNA) : Anna! Anna!
(ANNA serba salah, bangun dan bergerak dua tiga langkah ke depan).
ZAKI : Nanti, Anna!
ANNA (terhenti dan menoleh ke belakang) : Bukankah sudah kukatakan antara kita … .
Dipetik daripada drama Anna,karya Kemala.
(b) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan tiga teknik plot beserta contoh. [6 markah]
(c) Berdasarkan perjalanan cerita drama ini, hasilkan karya adaptasi dalam bentuk pantun.
Anda dikehendaki menghasilkan dua rangkap pantun empat kerat yang memaparkan
konflik dalam rumah tangga Anna dan Zaki. [8 markah]
11
16. Berdasarkan novel Naratif Ogonshoto Bab 4:Aisberg karya Anwar Ridhwan Sasterawan
Negara :
(a) Huraikan tiga gaya bahasa yang terdapat petikan di bawah ini. [6 markah]
Kurang lebih pukul sembilan malam barulah aisberg kedua itu mula bergerak
perlahan-lahan. Semua kapal menjerit, gunakan sepenuh tenaga mengheret aisberg tegar
itu arah ke utara. Tetapi apabila batang-batang gelombang berguling ke selatan, aisberg
itu bergerak ke belakang, seolah-olah tidak mahu meninggalkan kutub tempat ia
dilahirkan. Aisberg itu memukuli muka laut biru dingin dengan sayap putihnya, enggan
pindah ke utara. Namun tenaga tujuh buah kapal terus melawan kedegilan dan rasa rindu
aisberg itu terhadap kutubnya. Pulau putih itu mulai pasrah, membuntuti kapal-kapal
yang menderam.
(b) Jelaskan tiga ciri kepemimpinan Presiden dalam bab ini. [6 markah]
Sudah hampir tiga bulan pula tetangganya tidak muncul-muncul lagi untuk bercerita
tentang aisberg itu. Apakah yang sebenarnya terjadi? Lelaki tua itu mulai musykil.
(c) Berdasarkan kreativiti anda, sambungkan petikan novel di atas ini supaya menjadi cerita
yang lengkap. Panjangnya sambungan petikan novel hendaklah tidak kurang
daripada 80 patah perkataan. [8 markah]
SOALAN TAMAT
12