The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anisalisya061, 2022-11-09 07:04:38

NAFKAH TIDAK LUPUTWALAUPUN ISTERI BEKERJA

MPU23012

NAFKAH TIDAK
LUPUT

WALAUPUN
ISTERI BEKERJA

PENGAJIAN ISLAM

NAMA PENSYARAH :
PUAN ROHANI BINTI ABDUL RAZAK

Penulis:

Anis Alisya Binti Amtyazahahmad
Nurul Aliaa Binti Mazlan

Suntingan oleh:

Nurul Syawani Elisha Binti Elias
Nurul Asikin Binti Darmadjianto

Diterbitkan oleh:

Politeknik Muadzam Shah,
Lebuhraya Tun Razak, 26700,
Muadzam Shah,
Pahang Darul Makmur.

Tel: 09-4502005
Fax: 09-4502009

Hak Cipta (c) 2022 - Politeknik Muadzam Shah

Cetakan Pertama: 2022

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan menggunakan isi
kandungan buku ini dalam apa jua bentuk seperti cetakan
dan elektronik. Termasuk televisions dan radio tanpa izin
daripada pihak Politeknik Muadzam Shah.

DISEDIAKAN OLEH :

ANIS ALISYA BINTI
AMTYAZAHMAD
19DPM21F2051

NURUL ALIAA BINTI
MAZLAN

19DPM21F2057

NURUL Asikin BINTI
DARMADJIANTO
19DPM21F2012

NURUL SYAWANI ELISHA
BINTI ELIAS

19DPM21F2018

ISI KANDUNGAN

01 KatA-KATA ALUAN

02PENDAHULUAN

03 DEFINISI NAFKAH

SUAMI PERLU 04
MEMBERI NAFKAH

KEPADA ISTERI
bekerja

ISI KANDUNGAN

05 HUKUM

JENIS NAFKAH 06

07 KESIMPULAN

isi kandungan

akhir kata 08

09 rujukan

KATA-KATA ALUAN

Bismillah,
Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T atas nikmat
kurnia-Nya kerana masih diberikan peluang kepada kami
untuk terus bertahan di dalam dunia pelajaran. Di atas
kesempatan yang diberikan, kami mengambil peluang
untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah
kami.

Tugasan yang diberikan ialah e-majalah yang bertajuk
nafkah tidak luput walaupun isteri bekerja.

01

PENDAHULUAN

Suami wajib dan bertanggungjawab memberi nafkah selain
menjaga kebajikan isteri serta anak mengikut kemampuan
masing-masing. Bila lelaki sudah berkahwin, mereka wajib
membiayai nafkah kepada orang yang mereka kahwini.
Mereka juga bertanggungjawab menggalakkan pola
kehidupan anak-anak dan isterinya,Tanggungjawab memberi
nafkah diamanahkan kepada ketua keluarga iaitu, suami yang
wajib memberi nafkah, menjaga kebajikan isteri dan anak.
Bahkan, jika berlaku perceraian, suami masih wajib memberi
nafkah sepanjang isteri berada dalam edah dan nafkah
menguruskan anak. Walau bagaimanapun, nafkah tidaklah
bersifat mutlak kerana setiap orang tidak sama
kemampuannya. Ada yang kaya dan berkemampuan
menyediakan semua keperluan dan ada pula sebaliknya.
Akhir sekali, suami hendaklah memberikan komitmen dan
melaksanakan tanggungjawab itu sebaik mungkin dengan
memberi keselesaan kepada isteri.

AL-QURAN

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Hendaklah orang
yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan
orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah
daripada harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak
meletakkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa
yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan
kelapangan sesudah kesempitan." (Surah at-Talaq, ayat 7)

02

NAFKAH

Nafkah ialah membelanjakan sara hidup
demi mereka yang wajib seperti anak,
isteri dan yang berada di bawah
tanggungannya.

DEFINISI

Nafkah bermaksud menyediakan keperluan belanja dan sara
hidup yang mencukupi untuk anak dan isteri. Perbelanjaan yang
dimaksudkan ialah, keperluan pendidikan, makanan, tempat
tinggal dan tempat ibadat. Pemberian nafkah suami kepada isteri
merupakan hal yang wajib dipenuhi oleh suami. Sekiranya isteri
merupakan seorang yang berkerjaya mereka juga berhak untuk
mendapatkan nafkah seperti persalinan pakaian yang lengkap

sekurang-kurangnya setahun sekali. Sekiranya suami enggan
memberi nafkah, isteri boleh mengambil duit suami tanpa
pengetahuannya mengikut kadar keperluan belanja.

03

SUAMI PERLU MEMBERI NAFKAH KEPADA
ISTERI BEKERJA

Jelas bahawa tanggungjawab suami memberikan nafkah kepada isteri
tidak hilang walaupun isterinya bekerja dan mempunyai pendapatan
sendiri. Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata agama membenarkan jika isteri
reda suami tidak memberikan nafkah zahir. Namun begitu, suami perlu
berusaha untuk menguruskan dan memberikan nafkah kepada isterinya.
Hal ini adalah kerana jika timbul sebarang masalah pada masa hadapan,
isteri boleh mengungkit dan perkara ini akan menyebabkan masalah
yang lebih besar.

HURAIAN Jika suami berterusan
bergantung kepada kewangan
Di bawah Seksyen 52 dalam isteri, perkara ini boleh
menyebabkan isteri melihat
Akta Undang-undang suaminya kurang izzah
(kemuliaan). Suami yang
Keluarga Islam, seorang isteri penuh izzah akan sentiasa
berusaha keras untuk
boleh menuntut untuk menyediakan nafkah yang
secukupnya tanpa bergantung
dibubarkan perkahwinannya kepada isterinya.

atau untuk fasakh jika

suaminya telah cuai atau tidak

mengadakan peruntukan bagi

nafkahnya selama tempoh tiga

bulan.

NAFKAH TERHADAP ISTERI

Maka, jangan merendahkan isteri hanya kerana ia meminta untuk 04
dinafkahi. Kerana meminta nafkah adalah hak seorang isteri kepada
suami

JENIS NAFKAH

NAFKAH ZAHIR

Terdapat beberapa jenis nafkah yang wajib ditunaikan oleh
suami berdasarkan kepercayaan Islam. Pertama ialah
nafkah zahir. Walaupun isteri merupakan seorang wanita
yang bekerjaya suami seharusnya tidak memandang remeh
tentang hal pemberian nafkah zahir kepada isteri. Hal ini
supaya dapat mewujudkan suasana rumah tangga yang
harmoni. Para ulama berpendapat bahawa harta dari
penghasilan isteri adalah merupakan hak isteri itu sendiri
dan suami tidak layak untuk menuntutnya daripada isteri.
Harus diperingatkan juga bahawa wang dari hasil
pencarian isteri berbeza dengan nafkah suami. Nafkah yang
diberikan suami seperti wang, baju, barang perhiasan dan
kasut digunakan isteri untuk merawat dirinya sendiri dan
menjaga penampilan. Jika suami mempunyai pendapatan
yang lebih rendah daripada isteri, maka wang tersebut
sebaiknya diserahkan kepada isteri supaya dapat diatur
dengan baik.

NAFKAH BATIN

Tidak hanya nafkah yang bersifat zahir, keperluan lain juga
diperlukan oleh sang isteri untuk membentuk suasana rumah
tangga yang harmoni. Nafkah yang seterusnya ialah nafkah
batin. Ianya bukan hanya sekadar keperluan seksual isteri,
kerana nafkah batin bermaksud suami mesti membuat isteri
berasa aman dan selesa tinggal bersama mereka. Suami dapat
memenuhi kebahagiaan isteri dengan menjaga komunikasi,
tidak berkata kasar, tidak bersikap mementingkan diri dan
sentiasa menjaga komitmen dalam perkahwinan.

05

Hukum

Dalam islam, hukumnya haram bagi seseorang suami yang tidak
menjalankan kewajibannya pada isterinya dengan tidak memberi
nafkah pada isteri. Oleh itu, tidak ada alasan bagi seseorang suami
untuk tidak memberi nafkah kepada isterinya. Sebagai contoh, tidak
bekerja atas alasan malas atau tidak memberi nafkah atas alasan isteri
boleh bekerja sendiri melainkan dalam keadaan terdesak seperti suami
kurang berkemampun. Dalam situasi begini wujud harta sepencarian
yang merujuk kepada harta benda yang diperoleh daripada usaha suami
isteri.

ALLAH SWT BERFIRMAN :

" Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum perempuan. Oleh
kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas
sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (laki-laki)
telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. "(QS An Nisa :
34).

06

KESIMPULAN

Kesimpulannya, seorang suami wajib untuk memberikan
nafkah kepada isterinya walaupun isterinya bekerja dan
berpendapatan lebih besar kerana mencari rezeki
merupakan tanggungjawab suami. Nafkah suami
terhadap isteri juga tidak akan pernah luput walaupun
sepanjang dalam tempoh iddah. Perlu dipahami bahawa
sesungguhnya nafkah ini bersifat wajib, meskipun
terkadang sulit untuk dilaksanakan dengan baik.
Ingatlah selalu tujuan dari pernikahan itu, supaya
tercipta keluarga yang bahagia.

HADIS RASULULLAH SAW BERSABDA

Cukuplah seseorang dikatakan berdosa jika ia menyia-nyiakan
orang yang menjadi tanggungannya. (HR. Abu Daud-Ibnu
Hibban)

07

AKHIR KATA

Kami menyediakan E-majalah ini khasnya kepada para suami
dan bakal suami di luar sana agar peka dan memikul
tanggungjawab sebagai suami dengan bersungguh-
sungguh. Para suami hendaklah tidak mempunyai sifat
berkira kepada isteri dalam memberi nafkah kerana itu ialah
tanggungjawab dan wajib bagi suami menunaikannya.
Jika suami tidak memberikan nafkah kepada isteri, walaupun
isteri itu telah bekerja, hukumnya ialah berdosa.
Oleh itu, para suami janganlah bersikap sambil lewa dalam
bab memberi nafkah dan hendaklah mencari kerja yang
halal dan bersungguh-sungguh.

SekiaknasTiehrima

08

Rujukan

1. https://malaysiabersuara.com/artikel/semak-
fakta/perlukah-suami-memberi-nafkah-
kepada-isteri-yang-bekerja/

2. https://www.sinarharian.com.my/article/12326
1/khas/wacana/tanggungjawab-beri-nafkah-
tak-luput-walaupun-isteri-bekerja

3. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/6
1/2017/04/267746/nafkah-tak-luput-
walaupun-isteri-kerja

4. https://www.facebook.com/194729792528561
8/posts/-nafkah-tak-luput-walaupun-isteri-
bekerja-kebanyakan-isteri-zaman-sekarang-
beker/2543431742338897/

09


Click to View FlipBook Version