The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul subjek Pengajian Islam - Penghayatan Akidah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ahmad Farizan, 2020-11-18 03:18:11

DUS 10062 - Penghayatan Akidah

Modul subjek Pengajian Islam - Penghayatan Akidah

Keywords: Akidah

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 1 UNIT 1

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

UNIT 1 : PENGHAYATAN AL-QURAN

1.0 PENGENALAN

Al-Quran merupakan perlembagaan tertinggi dalam hidup manusia yang
mengandungi panduan dan dijadikan sebagai rujukan oleh manusia dalam menjalani
semua aspek kehidupan sama ada politik, ekonomi atau sosial. Al-Quran ialah
kalamullah yang mengandungi mukjizat yang diturunkan melalui malaikat Jibril AS
kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada manusia dan menyeru
mereka ke jalan kebenaran. Kandungannya merupakan panduan hidup yang lengkap
dan sempurna bagi umat yang beriman. Oleh itu umat Islam wajib merujuk kitab yang
agung ini untuk mendapat panduan dan bimbingan dalam menyelesaikan setiap
persoalan yang dihadapi dari seluruh lapangan hidup.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini pelajar-pelajar dapat:
1. Memperdengarkan bacaan ayat al-Quran dengan lancar
2. Menjelaskan kefahaman ayat berdasarkan sumber rujukan yang berautoriti.
3. Menerangkan pengajaran ayat yang dapat diintegrasikan dalam kehidupan

seharian.

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 2 UNIT 1

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

1.1 SURAH AL-IKHLAS : 1-4

Firman Allah SWT

Terjemahan Ayat

1. Katakanlah (ya Muhammad) Dialah Allah, Yang Maha Esa.
2. Allah SWT tempat berharap.
3. Tidak beranak dan tidak diperanakkan.
4. Dan tidak yang setara denganNya

Kelebihan Surah

Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar
bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang
kepada Rasulullah SAW dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia
menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasullullah SAW bersabda, “Demi tangan yang
memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”

Dari Abu Hurairah ra, Rasullullah SAW bersabda ; “Sesungguhnya ganjaran surah al-
Ikhlas satu pertiga al Quranul kariim.” (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan- akan
dia telah membaca satu pertiga al-Quran” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca ‘Qulhuallah
(sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”.

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 2 UNIT 1

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

Huraian Ayat

Ayat (1) surah al-Ikhlas bermaksud, “Katakanlah (ya Muhammad) Dialah Allah, Yang
Maha Esa”. Ertinya, katakanlah wahai Rasulullah SAW kepada mereka yang bertanya
kepada kamu tentang sifat-sifat Tuhanmu. Dialah Allah SWT yang satu, ertinya Esa
pada zatNya dan sifatNya. Tiada ada sekutu bagi Allah SWT yang boleh dijadikan
bandingan dan gandingan. Ini adalah sifat wahdaniyyah yang bermaksud sifat yang
menafikan al-ta’ddud (berbilang-berbilang) dan penafian wujudnya sekutu- sekutu.
Dialah Allah SWT yang kalian kenali dan akui sebagai pencipta langit dan bumi serta
pencipta kamu. Ayat ini juga menafikan kewujudan anak bagi Allah SWT sebagaimana
orang-orang musyrikin beranggapan bahawa para malaikat itu sebenarnya anak-anak
perempuan Allah SWT.

Ayat (2) bermaksud, “Allah SWT tempat berharap”. Allah SWT merupakan
tempat bergantung dan memohon segala hajat keperluan. Sesungguhnya Allah SWT
sahaja yang maha berkuasa untuk memenuhi segala hajat hambaNya. Allah SWT
jugalah tempat makhluk untuk mengadu segala permasalahan dan semua makhluk
sememangnya memerlukan Allah SWT. Namun Dia tidak pula memerlukan mereka.
Ini menyanggah keyakinan orang-orang musyrikin Arab dan lain-lain tentang
kewujudan perantaraan atau orang-orang tengah dan para pemberi syafaat (dalam
hubungan antara Khaliq dan makhluk). Ayat ini juga menafikan kewujudan bapa (bagi
Allah SWT) dan menafikan bahawa kewujudan Tuhan didahului oleh keadaan tiada.

Ayat seterusnya iaitu ayat ketiga memberi maksud “tidak beranak dan tidak
diperanakkan”. Ertinya, tidak akan lahir dariNya anak. Tiada suatu pun yang lahir dari
Allah SWT kerana Dia tidak sejenis dengan sesuatu yang lain. Kerana Dia maha sedia
ada dan bukan sesuatu yang baru. Tidak ada permulaan bagi kewujudan Allah SWT.
Allah SWT juga tidak berjisim. Ini menafikan kewujudan persamaan Allah SWT
dengan segala makhluk di muka bumi ini. Dia disifatkan sebagai sedia ada dan yang
awal serta menafikan sifat baru.

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 3 UNIT 1

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

Ayat terakhir pula bermaksud, “dan tidak ada yang setara denganNya”. Ertinya,
tidak ada sesuatu yang sejenis dengan-Nya. Tidak ada sesiapa yang menyamai-Nya
atau yang menyerupai-Nya dan berkongsi denganNya. Ini menafikan kewujudan
teman dan membatalkan iktiqad orang musyrikin Arab bahawa Allah SWT mempunyai
gandingan dalam setiap perlakuanNya, di mana mereka menjadikan para malaikat
sebagai sekutu-sekutu bagi Allah SWT dan patung berhala sebagai gandingan Allah
SWT.

Latihan pengukuhan:
1- Jelaskan latar belakang surah al-Ikhlas.
2- Nayatakan serta bincangkan pengajaran ayat.

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 4 UNIT 1

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

1.2 SURAH AL-IMRAN : 18

Firman Allah SWT

Terjemahan Ayat
18. Allah SWT menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan
bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang
sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat- malaikat
serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang
demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang maha
kuasa, lagi maha bijaksana.

Kelebihan surah
Abu Umamah Al-Bahili bahawa Nabi SAW bersabda : Maksudnya : “ Bacalah Al-
Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat
kepada pembacanya. Bacalah Al-Zahrawan iaitu Al-Baqarah dan Ali Imran kerana
keduanya nanti datang pada hari kiamat seakan-akan awan atau cahaya matahari
ataupun seperti burung yang berbulu yang terbang mengelilingi pembacanya. Bacalah
surah Al-Baqarah kerana sesungguhnya membacanya ada berkat dan
meninggalkannya adalah penyesalan. Tukang sihir tidak akan mampu
menandinginya.” (Riwayat Muslim (1910)

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 5 UNIT 1

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

Huraian Ayat
Dalam ayat ke 18 surah al-Imran, Allah SWT menjelaskan kepada seluruh makhluk
tentang keesaaNya dan bersaksi bahawasanya tidak ada Tuhan selain Dia yang
berhak untuk disembah. Kesaksian itu juga diberikan oleh para malaikat yang mana
seperti kita tahu tahu, para malaikat menyembah Allah SWT pada siang dan malam
tanpa henti. Dan kesaksian itu juga diberikan oleh orang-orang yang berilmu dengan
cara seperti menjelaskan tentang keesaan Allah SWT iaitu yang dikenali sebagai
tauhid serta menyeru kepada masyarakat untuk menyembah Allah SWT. Orang-
orang berilmu ini akan menyatakan dan menjelaskan hal ini dengan membawa dalil
dan hujah untuk menunjukkan kesaksian terbesar, iaitu kesaksian tentang keesaan
Allah SWT dan keadilanNya dalam menciptakan makhlukNya dan menetapkan
syariatNya. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Dia yang maha perkasa,
yang tidak terkalahkan oleh siapapun, lagi maha bijaksana dalam menciptakan
makhlukNya, mengaturnya dan menetapkan syariatNya dalam segala hal, akidah,
ibadah, etika, tindakan, alam semesta dan ciptaanNya.

Latihan pengukuhan:
1- Jelaskan latar belakang surah al-‘Imran.
2- Nayatakan serta bincangkan pengajaran ayat.

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 6 UNIT 1

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

1.3 SURAH AL-A’LA 1-4

Firman Allah SWT

Terjemahan Ayat

1. Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi
2. Yang menciptakan, dan menyempurnakan (penciptaanNya)
3. Dan yang menentukan kadar (masing-masing) dan memberi petunjuk
4. Dan yang menumbuhkan rumput rampai.

Kelebihan surah
Imam Muslim meriwayat bahawa baginda Nabi Muhammad SAW membaca surah al-
A'la dan al-Ghasiyah dalam solat dua hari raya dan hari Jumaat.

Baginda juga membaca kedua-dua surah itu untuk sembahyang hari raya dan
sembahyang Jumaat yang jatuh pada hari Jumaat.

Huraian Ayat

Ayat pertama surah al-A’la ini membawa maksud, “Sucikanlah nama Tuhanmu Yang
Maha Tinggi”. Maksudnya, sucikanlah Allah SWT dari segala sesuatu yang tidak layak
bagiNya, iaitu dengan mengucap “Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi”. Abu
Hayyan berpendapat, apa yang zahir dari ayat ini ialah pensucian itu adalah pada
nama, maksudnya hendaklah mensucikan nama Allah SWT dari menamakannya
kepada patung dan berhala, misalnya menggelarkan patung dan berhala sebagai
“Tuhan” ataupun “Ilahi”.

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 7 UNIT 1

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

Ayat kedua pula bermaksud, “yang menciptakan dan menyempurnakan
(penciptaanNya). Allah SWT yang mencipta segala makhluk di dunia ini termasuk
manusia dan Dia juga yang menyempurnakan segala makhluk dengan sebaik-baik
keadaan, mengimbangkan jasadnya, meletakkan anggota-anggotanya pada
tempatnya dan menjadikannya sempurna, tersusun, selaras dan stabil. Ini
menunjukkan bukti kesempurnaan penciptaan dari Allah SWT yang maha bijaksana.

Ayat yang seterusnya iaitu ayat yang ketiga memberi maksud, “dan yang
menentukan kadar (masing-masing) dan memberi petunjuk. Allah SWT yang
menentukan kadar yang sesuai bagi setiap makhluk dan Dia juga yang memberi
petunjuk tentang kadar tersebut dan mengajar bagaimana memanfaatkannya. Ayat ini
juga membawa maksud, Allah SWT menentukan jenis, kategori, sifat, perbuatan, kata-
kata dan ajal setiap perkara, lalu Dia memberi petunjuk setiap makhluk kepada
sumbernya dan kepada apa yang patut baginya. Dia menjadikan mereka gembira
dengan apa yang diciptakan untuknya dan mengilhamkan kepada mereka hal-hal
berkaitan keagamaan dan kehidupan dunianya. Dia juga menentukan rezeki dan
makanan semua makhluk baik manusia atau binatang dan Allah SWT juga yang
memberi petunjuk kepada mereka kaedah menyara hidup, sekiranya mereka dari
kalangan manusia atau memberi petunjuk kepada penjaga mereka sekiranya dari
kalangan binatang. Dia mewujudkan manfaat pada segala benda dan memberi
panduan kepada manusia bagaimana segala benda itu boleh dimanfaatkan.

Ayat terakhir pula bermaksud, “dan yang menumbuhkan rumput-rampai”.
Maksudnya, Allah SWT menumbuhkan rumput-rampai dan tumbuh-tumbuhan hijau
yang menjadi makanan binatang dan juga menumbuhkan segala jenis pokok dan
sayur-sayuran untuk menjadi makanan manusia..

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 8 UNIT 1

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

1.4 SURAH AL-WAQIAH 68-69

Firman Allah SWT

Terjemahan Ayat
68.(Selain dari itu), perhatikan pula kepada air yang kamu minum?

69. Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang
menurunkannya?

Kelebihan surah

Ibnu Mas’ud ra:

‫كللَي لم تةصَب فاق‬ ‫من قرأَ سور‬
‫ه أَ َبد‬ ََ‫اَل َوا فَ َ ل‬

‫قَعة ية ا‬

‫ًة‬

Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam, maka ia tidak akan
ditimpa musibah kefakiran selama-lamanya (al-Jamie’ al-Soghir, al-Suyuti (12546)

Huraian Ayat

Ayat 68 dan 69 surah al-Waqiah bermaksud, “ (Selain dari itu), perhatikan pula kepada

air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan),

atau Kami yang menurunkannya?. Maksudnya, Allah SWT bertanya kepada

makhlukNya tentang air sejuk yang mereka minum untuk menghilangkan dahaga,

apakah mereka yang menurunkannya dari langit ataukah Dia yang menurunkannya

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 9 UNIT 1

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

dengan kekuasaanNya, bukan dengan bantuan orang lain.

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 10 UNIT 1

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

Oleh itu mengapakah mereka tidak mahu mengakui keesaan Allah SWT dan
kebenaran hari kebangkitan tersebut.

Dalam penjelasan yang lain, Allah SWT menyebutkan nikmat yang telah Dia
turunkan kepada manusia dalam bentuk berupa makanan, selain itu juga dalam
bentuk berupa air minum segar yang mereka minum, dan sekiranya Allah SWT tidak
memudahkan mereka untuk mendapatnya, pasti tidak ada jalan bagi mereka untuk
mendapatkannya, dan sesungguhnya Dialah yang telah menurunkannya dari awan
iaitu air hujan yang telah diturunkan oleh Allah SWT, sehingga terciptalah sungai-
sungai yang mengalir di atas bumi dan di dalamnya, begitu juga terciptalah mata air-
mata air yang memancar deras.

Latihan pengukuhan:
1- Jelaskan latar belakang surah al-Waqi’ah.
2- Nayatakan serta bincangkan pengajaran ayat.

1.5 KESIMPULAN

Penghayatan al-Quran perlu diwujudkan dalam diri setiap anggota masyarakat
bahawa betapa perlu dan pentingnya al-Quran itu ‘hidup’ atau dibaca dan dihayati
dalam setiap rumah orang Islam. Bukan hanya menjadi perhiasan di rak rumah atau
cantik digantung pada dinding sahaja. Golongan yang tidak mahu berfikir mengenai
al-Quran sedangkan dirinya diberi akal yang sihat, maka dia dihina oleh Allah SWT
sebagai memiliki akal yang tidak sempurna kerana tidak menggunakan akal yang sihat
dan sempurna itu untuk tujuan mengenal al-Quran dan mengenali pencipta mereka
dengan lebih mendalam. Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud:

“Maka adakah orang yang mengetahui bahawa al-Quran yang diturunkan kepadamu
daripada Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang
yang buta mata hatinya? Sesungguhnya orang yang mahu memikirkan hal itu
hanyalah orang yang berakal sempurna” (Surah ar-Ra’d: ayat 19).

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 11 UNIT 1

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

RUJUKAN
1- Jaffar Abdullah Bajrai, Al-Qur’an dan Terjemahnya. Penerbit: Batu Pahat,
Johor.

2- Syaikh Muhammad Ali Ash-Shabuni. Mukhtashar Tasir Ibn Katsir (Ringkasan
Tafsir Ibn Katsir),. Penerbit: Jabal, Bandung, 2013.

3- Dr. Wahbah Al-Zuhaily Tafsir Al-Munir, Juz 1, (Terjemahan). Penerbit:
Persatuan Ulama Malaysia dan Intel Multimedia And Publication,
Selangor, 2001.

4- Dr. Wahbah Al-Zuhaily Tafsir Al-Munir, Juz 27, (Terjemahan). Penerbit:
Persatuan Ulama Malaysia dan Intel Multimedia And Publication,
Selangor, 2001.

5- Dr. Wahbah Al-Zuhaily Tafsir Al-Munir, Juz 30, (Terjemahan). Penerbit:
Persatuan Ulama Malaysia dan Intel Multimedia And Publication,
Selangor, 2001.

6- Sayyid Quthb. Tafsir Fi Zhilalil Qur’an (Di Bawah Naungan Al-Qur’an), Sayyid
Quthb. Penerbit: Gema Insani, Jakarta, 2001.

7- Dr Muhammad Mahmud Hijazi, Tafsir Al-Wadih, (Terjemahan). Penerbit:
Pustaka Salam, Kuala Lumpur, 2005.

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 12 UNIT 1

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

UNIT 2 : AKIDAH DAN ALAM

2.0 PENGENALAN
Islam merupakan agama fitrah yang mentauhidkan Allah SWT dalam setiap

pegangan, pengakuan, perbuatan dan perkataan. Ia menyeimbangkan jasmani dan
rohani manusia yang melibatkan urusan dunia dan akhirat. Beriman kepada Allah
SWT ertinya beriktikad dengan tegasnya bahawa Allah SWT ialah “Rabb” yang
memiliki dan menciptakan segala-galanya. Dialah Tuhan yang berhak diibadatkan
dengan ikhlas dan Dialah Tuhan yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan
serta suci bersih daripada segala kekurangan.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini pelajar-pelajar dapat:
1. Menjelaskan kepentingan ilmu tauhid terhadap kehidupan beragama.
2. Menghuraikan cara bagaimana mengenal Allah SWT dan Rasulullah SAW

berlandaskan al-Quran dan sunnah.

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 1 UNIT 2

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

2.1 KEPENTINGAN TAUHID

Topik asas dalam al-Quran adalah ilmu tauhid, kebanyakkan ayat dalam al-quran
menyebut seruan supaya beriman kepada Allah SWT, rasulNya, hari akhirat, malaikat,
kitab samawi yang terdahulu dan ketentuan Allah SWT yang telah ditetapkan untuk
perjalanan alam ini. Ayat-ayat Makkiyyah yang diturunkan di Mekah sebelum hijrah
dalam tempoh 13 tahun dan hampir keseluruhannya berkisar mengenai ilmu tauhid
yang membentangkan dalil-dalil aqli dan naqli bagi membuktikan kesahihan dan
kebenaran akidah Islam. Ilmu tauhid merupakan ilmu yang paling mulia berbanding
ilmu yang lain kerana ia berkait dengan keagungan dan kebesaran Allah SWT.

Tauhid menjadikan hati manusia bersatu dibawah naungan Allah SWT, kitab, rasul
dan kiblat yang satu, mengesakan dan beriman kepada Allah SWT juga para rasul
dan mengetahui tujuan utama kejadian manusia di dunia ini.

i. Tauhid memandu manusia untuk mengenal Allah SWT.

Ia merungkai persoalan manusia tentang siapakah yang menjadikan alam semesta,
mengapakah manusia dijadikan dan ke manakah arah tujuan manusia selepas mati.

“Sesungguhnya Akulah Allah SWT, tiada tuhan melainkan Aku. Oleh
itu sembahlah akan Aku, dan dirikanlah sembahyang untuk
mengingati Aku.”

(Surah Toha:14)

ii. Ia merupakan asas penerimaan amalan seseorang di sisi Allah SWT.

Justeru, mereka yang tidak beriman kepada Allah SWT. tidak akan takut dengan
seksaanNya dan beramal bukan kerana Allah SWT serta tidak berhak menerima
pahala atas amalan baik yang dilakukan. Orang-orang yang tidak beriman kepada
Allah SWT akan rugi di akhirat kerana amalan mereka tidak mendatangkan pahala.

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 2 UNIT 2

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar
terhadap Tuhannya, ialah seperti abu yang diterbangkan oleh angin pada hari ribut
yang kencang, mereka tidak memperoleh suatu faedah pun dari apa yang mereka
telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar
kebenaran.”

(Surah Ibrahim: 18)

iii. Orang yang beriman kepada Allah SWT akan melakukan segala perintah
Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Manusia akan berusaha mempelajari, memahami dan melaksanakan tuntutan rukun
Islam dan rukun iman, yang dapat membawa kepada pengertian bermakna di dalam
kehidupan setiap manusia. Mereka akan berusaha melengkapkan diri dengan amalan
wajib seperti mendirikan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat,
mengerjakan haji dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara haram
dan maksiat.

iv. Tauhid adalah asas pembentukan diri manusia ke arah yang lebih baik.

Orang-orang beriman akan berusaha mengamalkan sifat-sifat mahmudah seperti sifat
sabar, pemaaf, baik hati dan sebagainya serta meninggalkan sifat-sifat mazmumah
yang merosakkan. Ia akan membentuk diri manusia menjadi seorang muslim,
mukmin, muhsinin dan muttaqin. Apabila pembinaan diri ini berlaku, maka hubungan
manusia sesama manusia di dalam agama akan menimbulkan kerjasama untuk
membela keutuhan agama dengan pengorbanan harta dan jiwa yang didorong oleh
keimanan yang padu.

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 3 UNIT 2

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

2.1.1 IMAN ASAS KEPADA AMALAN

Orang yang tidak beriman kepada Allah SWT tidak mengharapkan pahala.
Mereka tidak takut kepada azab Allah SWT dan tidak melakukan sesuatu amalan
kerana Allah SWT.

Syed Qutb dalam tafsir Fi Zilalil Quran menegaskan bahawa :

“ Keimanan itu adalah syarat bagi penerimaan sesuatu amalan dan mana-
mana amalan yang tidak terbit dan disertai oleh keimanan adalah tidak
mempunyai sebarang nilai di sisi Allah SWT. Syarat ini memang tabi’i dan
logikal kerana keimanan kepada Allah SWT itulah yang menjadikan
sesuatu perbuatan yang baik itu terbit dari kefahaman dan niat yang
tertentu dan menjadikan perbuatan itu suatu harakat yang tabi’i dan
teratur bukannya terbit kerana tujuan untuk memenuhi kehendak
keinginan peribadi dan bukannya harakat yang kebetulan yang tidak
diatur dengan rapi dan tidak ditegakkan di atas sesuatu asas atau dasar.”

Iman tidak boleh dipisahkan daripada sebarang kegiatan hidup manusia. Setiap
pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibina dan didorong oleh iman kepada Allah
SWT kerana niat yang ikhlas kerana Allah SWT yang menjadi penentu untuk suatu
amalan itu diterima. Menurut Mustafa Masyhur, ibadah yang sahih (betul) lahir
daripada ‘aqidah yang baik. Perkataan ibadah itu mempunyai sifat kesyumulannya
dan merangkumi segala urusan hidup, tidak terbatas kepada solat, puasa, zakat dan
haji sahaja kerana risalah dan tugas manusia dalam hidup ini ialah beribadah kepada
Allah SWT.

“Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada
aku.”

(Al-Zaariyat: 56)

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 4 UNIT 2

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

2.1.2 KESAN IMAN DALAM KEHIDUPAN

Allah SWT mencipta manusia terdiri daripada rohani dan jasmani. Kehidupan harian
manusia bergantung kepada kedua-duanya. Rohani dan jasmani perlu diberi
makanan yang sesuai dengannya. Sebagai contoh, makanan yang baik, berkhasiat
dan halal dari hukum syarak dapat membina sahsiah seseorang itu. Makanan yang
baik jugalah akan memberi kesihatan kepada jasmani manusia dan menyebabkan
mudah beribadat kepada Allah SWT. Begitu juga dengan rohani. Ia perlu diberi
makanan yang sesuai dengannya agar rohani terus berkembang dan memandu jasad
agar tunduk dan mentaati perintah Allah SWT. Makanan rohani tidak lain adalah
keimanan kepada Allah SWT kerana ia akan membimbing manusia mentaati
perintahNya. Sebagai makhluk Allah SWT, sudah pasti manusia akan berasa aman
apabila berada dalam keimanan sesuai dengan maksud ’iman’ itu sendiri. Ini jelas
sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :

Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati

mereka dengan mengingati Allah SWT. Ketahuilah dengan mengingati

Allah SWT, tenang tenteramlah hati-hati manusia.

(ar- Ra’du:28)

Keimanan kepada Allah SWT merupakan amal yang seiring dengan fitrah penciptaan
seseorang manusia sebagaimana firmanNya yang menyatakan tentang penciptaan
manusia dan jin hanyalah untuk beribadat kepadaNya sebagaimana firman Allah SWT
dalam al Quran yang bermaksud :

“dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”

(az- Zariyaat: 56)

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 5 UNIT 2

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

Kehidupan manusia sehari-hari di dunia ini mempunyai pertalian dengan Allah SWT
sebagai pencipta (Khalik) dan sesama makhluk. Perasaan kasih sayang atas dasar
keimanan juga dipupuk bersama dakwah Rasulullah SAW. Ini ditunjukkan melalui
peristiwa persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin. Hati-hati umat Islam disatukan
atas tiket keimanan dan mencari keredhaan Allah SWT. Perasaan kasih sayang ini
wujud dalam usaha mentauhidkan Allah SWT yang telah menjadikan rupa bentuk
tubuh badan manusia dan berlainan kulit. Perbezaan ini juga merupakan cara supaya
manusia saling mengenali kerana kehidupan manusia ini saling bergantungan.

2.2 BAGAIMANA MENGENAL ALLAH SWT.

i. Mengenal Allah SWT dengan mempercayai Allah SWT itu ada dan Esa. Tiada
yang serupa denganNya sebagaimana firman Allah SWT :

“Katakanlah (wahai Muhammad) tuhanku ialah Allah SWT yang Maha Esa, Allah SWT
yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada
beranak dan ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang setara
denganNya.”

(al-Ikhlas :4)

ii. Mengenal Allah SWT dengan sifat-sifat kesempurnaan.
“Dialah Allah SWT, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang
mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang amat
Pemurah, lagi amat Mengasihani. Dialah Allah SWT, yang tidak ada
Tuhan melainkan Dia, yang menguasai (sekalian alam), yang Maha
Suci, yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan), yang
melimpahkan keamanan, yang Maha Pengawal serta Pengawas,
yang Maha Kuasa, yang Maha Kuat,

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 6 UNIT 2

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

yang melengkapi segala kebesaranNya. Maha Suci Allah SWT
dari segala yang mereka sekutukan denganNya.”

(al-Hasyr: 22-23)

iii. Mengenal Allah SWT sebagai pencipta alam ini dan segala sesuatu berlaku atas
kehendakNya.

“Yang demikian (sifat-sifat dan kekuasaan-Nya) ialah Allah SWT
Tuhan kamu, tiada tuhan (yang disembah dengan sebenar-
benarnya) melainkan Dia, yang menjadikan tiap-tiap sesuatu.
Oleh itu, beribadatlah kamu kepadaNya dan (ingatlah) Dialah
yang mentadbirkan segala-galanya.”

(Surah al-An`am : 102)

Mengenal Allah SWT bukanlah melihat dengan mata kasar sebagaimana kita
mengenali manusia lain. Namun kewujudan Allah SWT boleh dikenali dengan
penelitian terhadap alam semesta. Banyak tanda-tanda kekuasaan, kebesaran dan
keagunganNya yang boleh diketahui dengan bukti-bukti saintifik. Antaranya :

i. Proses kejadian manusia dari segi biologi yang selaras dengan fikiran saintifik.

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang
berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan “pati” itu air benih pada
tempat penetapan yang teguh kukuh. Kemudian Kami ciptakan air
benih itu menjadi sebuku darah beku, lalu Kami ciptakan darah beku
itu menjadi seketul daging, kemudian Kami menciptakan daging itu
menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu
dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia
menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya, maka nyatalah
kelebihan dan ketinggian Allah SWT sebaik-baik Pencipta.”

(Surah al-Mukminun: 12-14)

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 7 UNIT 2

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

Inilah hakikat kejadian manusia yang dinukilkan di dalam al-Quran secara jelas dan
tidak bercanggah dengan kajian sarjana moden. Adakah Nabi Muhammad SAW yang
tidak pandai membaca dan menulis , memperkatakan persoalan besar ini dengan akal
fikirannya sendiri? Tentu tidak, bahkan ia datang dari wahyu Allah SWT yang benar.

ii. Kejadian langit dan bumi.

“Allah SWT menciptakan langit dan bumi dengan cara yang layak dan
berhikmah, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu
tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah SWT) bagi orang-
orang yang beriman.”

(Surah al-Ankabut:
44)

iii. Kejadian siang dan malam, bulan dan matahari.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang,
serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan
janganlah pula sujud kepada bulan, dan (sebaliknya) hendaklah kamu
sujud kepada Allah SWT yang menjadikan mereka, kalau betullah
kamu hanya beribadat kepada Allah SWT.”

(Surah Fussilat: 37)

iv. Sarjana astronomi, Capten mengatakan ada 40,000 juta jumlah bintang dan
planet di angkasa manakala sarjana lain, Shelly mengatakan terdapat 100,000
juta. Mestilah kesemuanya bergerak, beredar menurut undang-undang yang telah
ditetapkan tanpa bertembung antara satu sama lain. Inilah bukti yang nyata
bahawa ia dikendalikan oleh kuasa yang terbesar iaitu Allah SWT.

“(dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya
mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang,
kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 8 UNIT 2

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH (Surah Yaasin:

edarannya masing-masing.”
40)

v. Dalil akal mengenai kejadian angin dan udara. Keduanya tidak kelihatan oleh mata
kasar manusia tetapi kita yakin kewujudannya dengan melihat pokok yang
bergoyang ditiup angin dan udara yang kita bernafas setiap masa. Semuanya
boleh diterima dan difahami dengan akal fikiran yang waras. Begitu jugalah
dengan aliran elektrik dan gelombang yang tidak dapat dilihat tetapi dapat
diketahui kewujudannya.

2.2.1 MENGENAL ALLAH SWT

Mengetahui kewujudan Allah SWT adalah membenarkan kewujudanNya.Firman
Allah SWT yang bermaksud :

"Dan mereka berkata: "Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup
kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah
yang membinasakan kita melainkan edaran zaman". Pada hal mereka
tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu, mereka
hanyalah menurut sangkaan semata-mata."

(Surah al-Jathiyah: 24)

Seorang Muslim wajib untuk mengenal Allah SWT dan menjadi kewajipan pertama
yang harus dilakukannya sebelum menjalankan kewajiban Islam lainnya. Imam Al-
Baihaqi menghimpunkan beberapa ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan perkara ini.
Antaranya firman Allah SWT:

Maksudnya: “Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan
keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada
Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT.”

(Surah Muhammad: 19)

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 9 UNIT 2

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

2.2.1.1 Kaedah Mengenal Kewujudan Allah SWT

i. Dalil aqli dan dalil naqli. Dalil aqli adalah dalil yang bersumberkan akal, manakala
dalil naqli adalah dalil yang bersumberkan Al Quran dan Sunnah. Melalui kedua-
dua dalil ini, seseorang itu akan mengenal Allah SWT. Antara contoh penggunaan
kedua-dua dalil ini adalah seperti berikut:
Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran
malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan
membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia demikian juga
(pada) air hujan yang Allah SWT turunkan dari langit lalu Allah SWT
hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta
Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang, demikian juga
(pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah
SWT) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada
semuanya itu) ada tanda-tanda yang membuktikan keesaan Allah SWT
kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya bagi kaum
yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”

(Surah al-Baqarah: 164)

i. Penciptaan alam. Wujudnya alam adalah bukti akan kewujudan Allah SWT. Ini
kerana alam adalah perkara baharu atau ciptaan. Ciptaan adalah daripada
pencipta. Inilah yang dinyatakan daripada para Nabi bahawa nama bagi pencipta
ini adalah Allah SWT. (Lihat Tahzib Syarh al-Sanusiyyah, m. 96-97) . Syeikh Dr.
Wahbah al-Zuhaili menyatakan bahawa tingkatan kejadian manusia daripada air
mani, ‘alaqah, mudghah, izam, lahm adalah dalil akan wujudnya Pencipta. Ini
kerana perpindahan dari satu peringkat ke satu peringkat itu mustahil dilakukan
sendiri oleh manusia. Manusia juga tidak mampu untuk mencipta anggota tubuh
dengan sendiri kerana kelemahannya. Begitu juga peringkat usia daripada bayi
hinggalah menjadi tua, yang diaturkan oleh-Nya.

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 10 UNIT 2

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

ii. Mengetahui sifat dan nama-nama Allah SWT.Nama-nama Allah SWT bukanlah
merupakan perkara yang boleh difikirkan. Sebaliknya ia merupakan perkara yang
dibina atas dalil al-Quran dan as-Sunnah.
Dr. Sa’id bin Ali al-Qahtani berkata dalam Syarah al-Asma’ al-Husna:
Nama-nama Allah SWTmerupakan urusan Tauqifiyyah. Tiada ruang
untuk akal padanya. Oleh kerana itu, wajib untuk berhenti pada apa
yang ada dalam al-Quran dan as-Sunnah. Tidak boleh ditambah atau
dikurangkan. Ini kerana akal tidak mungkin mampu menentukan apakah
nama-nama yang layak untuk Allah SWT.
Nama-nama Allah SWT kesemuanya indah - indah. Berdasarkan firman Allah
SWT:

“Allah SWT memiliki nama-nama yang indah. Berdoalah dengan nama-
nama tersebut. Tinggalkanlah mereka yang menyeleweng pada nama-
namaNya. Mereka akan dibalas atas apa yang mereka lakukan”.

(al-A’raf : 180)
Nama-nama Allah SWT semuanya indah, dan secara zahir adalah satu sifat
kemuliaan. Ia tidak perlu digandingkan dengan mana-mana nama untuk memahami
kemuliaan nama dan sifat tersebut.
Abu Hurairah ra meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah
SWT mempunyai 99 nama,sesiapa yang menghafaznya akan memasuki syurga.

(Sahih al-Bukhari, Kitab at-Tauhid, hadis no:6867)

Imam an-Nawawi berkata dalam Syarah Sahih Muslim:
“Ulama bersepakat bahawa hadis ini tidak menunjukkan batasan jumlah
nama-nama Allah SWT. Tidaklah hadis ini bermaksud: Bahawa tiada
nama lain selain daripada 99 nama ini. Sesungguhnya maksud hadis ini
ialah jika seseorang mengamalkan 99 nama ini, maka dia akan masuk
syurga”.

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 11 UNIT 2

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

2.3 MENGENAL RASULULLAH SAW

Kewajipan beriman bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Nabi dan Rasul yang
merupakan hamba pilihan Allah SWT. Baginda tidak pernah beribadat kepada
berhala, tidak mensyirikkan Allah SWT, tidak melakukan dosa kecil mahupun dosa
besar. Antara cara mengenal Rasulullah SAW adalah dengan :

i. Meyakini Nabi Muhammad SAW adalah nabi yang terakhir diutuskan atau
“khatamun nabiyyin”. Firman Allah SWT :

“…tetapi ia adalah Rasulullah SAW dan kesudahan segala nabi…”

(al-Ahzab: 40)

Ayat ini jelas menegaskan tiada nabi selepas Nabi Muhammad SAW dan sekiranya
ada yang mendakwa menjadi nabi maka dia adalah pendusta sebagaimana sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Dan sesungguhnya akan timbul di kalangan umatku tiga puluh orang
pendusta, kesemuanya mendakwa menjadi nabi. Dan aku adalah
penyudah para nabi yang tidak ada nabi selepas aku.”

(Riwayat Muslim)

i. Diutuskan Allah SWT sebagai manusia pilihan yang memandu umat manusia ke
jalan yang lurus dan membawa kebahagiaan dunia dan akhirat.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah
SWT yang satu, tetapi setelah mereka berselisih), maka Allah SWT
mengutuskan nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada
orang-orang yang beriman dengan balasan syurga), dan pemberi
amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab
neraka), dan Allah SWT menurunkan bersama nabi-nabi itu kitab-kitab
suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang)

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 12 UNIT 2

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH (Surah al-baqarah:

benar….”
213)

ii. Beriman bahawa Nabi Muhammad SAW adalah ketua orang-orang yang
bertaqwa. Daripada Baginda sewajarnya diambil contoh-contoh tauladan,
kebaikan dan sifat-sifat terpuji serta menjadi ikutan dalam kehidupan, bukannya
mengambil contoh daripada orang lain.

“Katakanlah (wahai Muhammad), jika benar kamu mengasihi Allah

SWTmaka ikutilah daku, nescaya Allah SWT mengasihi kamu, serta

mengampunkan dosa-dosa kamu…”

(Surah al- ‘Imran: 31)

Akhlak Baginda adalah akhlak yang terkandung di dalam al-Quran. Baginda tidak
pernah berdusta sama ada di dalam urusan agama atau urusan dunia, juga sebelum
kerasulan atau selepasnya. Baginda tidak pernah melakukan perbuatan keji atau
perbuatan yang meliarkan hati manusia, sangat berani dan tidak pernah lari daripada
musuh.
Anas ra berkata: “Sungguh, Rasulullah SAW benar-benar manusia dengan
akhlak paling mulia.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

iv. Manusia hendaklah kasih kepada Rasulullah SAW lebih daripada kasih kepada
ibu bapa, anak-anak termasuk diri sendiri. Sabda Rasulullah SAW :

“Tidak beriman seorang kamu hingga ia kasih kepadaku lebih
daripada bapanya, anaknya dan manusia sekalian.”

(Riwayat al-Bukhari)

v. Allah SWT membantu Baginda SAW dengan mukjizat hissiyah (yang dapat
dirasa dan dilihat) seperti bulan terbelah dua, terpancar air daripada celah-celah

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 13 UNIT 2

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

jari Baginda, awan meneduhkan Baginda SAW, makanan sedikit cukup untuk
orang yang ramai dan lain-lain lagi.

“Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat), dan terbelahlah bulan.”
(Surah al-Qamar: 1)

Menurut hadis yang sahih bahawa bulan telah terbelah dua sebagai satu mukjizat bagi
Nabi Muhammad SAW. Peristiwa ini telah disaksikan oleh Baginda SAW dan sahabat-
sahabatnya serta kaum musyrikin Mekah dan ianya adalah sebagai bukti kebenaran
dakwah yang disampaikan oleh Baginda SAW.

2.3.1 HIKMAH PENGUTUSAN RASULULLAH SAW

Allah SWT mengutus Muhammad SAW kepada semua umat manusia. Baginda
adalah penutup para nabi dan rasul, dan yang paling utama, Baginda adalah
pemimpin keturunan Adam dan pembawa bendera al-hamd (pujian) pada hari kiamat.
Antara hikmah pengutusan Rasulullah SAW adalah :

i. Allah SWT mengutusnya sebagai rahmat untuk seluruh alam.
Firman Allah SWT bermaksud :
"Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia
seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi
peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui.
(Surah Saba`: 28)

i. Mengajak manusia kepada menyembah Allah SWT dan melarang manusia
menyembah selain daripada Allah SWT. Firman Allah SWT :

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 14 UNIT 2

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat
(untuk menyerukan): “Sembahlah Allah SWT (sahaja), dan jauhilah
Thagut itu”

(Surah an-Nahl : 36)

ii. Menjelaskan jalan yang dikehendaki Allah SWT.

"Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di

antara mereka, yang membacakan aya-ayatNya kepada mereka,

mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan

hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam

kesesatan yang nyata.

(Surah al-Jum’ah : 2)

iv. Mendirikan hujjah kepada manusia. Firman Allah SWT :
"(Mereka Kami utuskan) selaku rasul-rasul pembawa berita gembira dan
pemberi peringatan agar supaya tidak ada alasan bagi manusia
membantah Allah SWT sesudah diutusnya rasul-rasul itu.
(Surah an-Nisaa`: 165)

v. Rahmat kepada sekalian alam.

“Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi)
rahmat bagi semesta alam”.

(Surah azl-Anbiyaa`:107)

2.3.2 TANDA - TANDA KERASULAN

Menurut tafsir Tafhim al-Quran oleh Abu al-A'ala al-Maududi, beliau mengemukakan
beberapa tanda yang menunjukkan Nabi Muhammad SAW itu dipilih sebagai Rasul
oleh Allah SWT.

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 15 UNIT 2

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

Pada umur 40 tahun membuktikan bahawa Rasulullah SAW sendiri tidak mengetahui
bahawa Baginda akan menjadi Rasul. Nabi SAW tidak pernah meramalkan Baginda
akan menjadi Rasul. Ini membuktikan bahawa kerasulan ini bukanlah pilihan Nabi
SAW bahkan ia pilihan Allah SWT dengan hikmah tersendiri.

Pada usia 35 tahun, Baginda Rasulullah SAW dikenali oleh hampir keseluruhan kaum
Arab Quraisy dengan gelaran al-Amin. Bahkan, sebut sahaja siapa musuh Baginda
seperti Abu Jahal tetap mengenali Baginda dan menggelarnya dengan al- Amin dan
orang yang berpekerti bagus. Peristiwa pertelingkahan yang membabitkan peletakan
batu Hajarul Aswad. Apabila keputusan dibuat oleh Baginda Rasulullah SAW
mengenai perkara itu, tiada seorang pun yang membantah.

Ketika berusia 20 tahun, Baginda berada dalam dunia perniagaan dan ia berkembang
maju dan berkahwin dengan orang yang sangat bijak dalam dunia perniagaan iaitu
Khadijah. Pilihan sebagai Rasul ini boleh menyebabkan Baginda akan dibenci. Ini
membuktikan pilihan Baginda sebagai Rasul ini adalah kerana perintah daripada Allah
SWT dan bukanlah kehendak peribadi. Menurut al-Maududi, Baginda SAW tidak
pernah muncul di mana-mana majlis keraian berbentuk hiburan yang dianjurkan oleh
Arab Quraisy pada ketika itu.

2.3.3 BUKTI KERASULAN

Antara ayat (tanda), bayyinat (bukti) atau mukjizat kerasulan Muhammad SAW adalah
bisyarat dan mukjizat. Berikut adalah penjelasannya :

i. Bisyarat ‫( البشارات‬Pengkhabaran dari kitab-kitab sebelumnya).

Kitab-kitab Allah SWT sebelum al-Quran telah memberi khabar gembira tentang
kenabian Muhammad SAW sebelum beliau dilahirkan, bahkan kitab-kitab tersebut
telah mengkhabarkan sifat-sifat pribadi Nabi Muhammad SAW, ciri-ciri negeri tempat
kemunculannya, keadaan kaumnya, dan waktu Baginda diutus.

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 16 UNIT 2

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

Firman Allah SWT:

“(iaitu) orang-orang yang mengikut rasul, nabi yang ummi yang
(namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di
sisi mereka.”

(Surah al-A’raf: 157)

Para Ahbar (ulama Yahudi) dan Qissis (pendeta Nasrani) terdahulu telah
memberikan berita gembira dengan kedatangan Nabi Muhammad SAW
sebelum Baginda diutus.Ketika Nabi Muhammad SAW benar-benar diutus oleh
Allah SWT, sebahagian mereka dan ahli kitab beriman kepada Baginda dan
masih ada yang tetap kafir. Keimanan mereka adalah kerana keselarasan
bisyarat yang mereka dapatkan dalam Taurat dan Injil dengan peribadi
Rasulullah SAW.

“Orang-orang yang telah Kami datangkan kepada mereka Al-Kitab
sebelum Al-Qur’an, mereka beriman (pula) dengan Al-Qur’an itu.”

(Surah al-Qasas: 52)

Mukjizat ‫ المعجزات‬.i

Setiap nabi dan rasul yang diperutuskan oleh Allah SWT dianugerahkan dengan
mukjizat yang berupa (hissiah) dan ada yang berbentuk ma’nawiyah.

a. Mukjizat hissiyah ‫( حسية‬mempunyai bentuk dan rupa)

Contoh mukjizat hissiah yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW adalah
menangisnya kayu kurma (mimbar) Rasulullah SAW ketika Baginda berpindah ke
mimbarnya yang baru, berzikirnya batu-batu kerikil yang ada di genggaman Baginda,

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 17 UNIT 2

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

keluarnya air dari sela-sela jemari Baginda sehingga ramai dapat meminumnya,
memperbanyak makanan yang sedikit sehingga cukup untuk orang yang ramai,
menyembuhkan dengan izinNya orang-orang yang beliau doakan, berbicara dengan
pohon dan kesaksian pohon itu atas kerasulannya dan banyak lagi.

b. Mukjizat ma’nawiyah ‫( معنوية‬al-Qur’an)

Allah SWT telah mengutus Muhammad SAW dengan kitabNya yang mengandungi
mukjizat, ayat-ayat, dan bukti-bukti yang nyata kebenaran tentang ketuhanan.
Antaranya adalah al-Quran mengandungi khabar - khabar berkenaan masa lampau,
masa akan datang dan perkara ghaib yang tidak mampu ditandingi oleh manusia.
Al - Quran juga mampu mempengaruhi jiwa manusia. Apabila membacanya terasa
bahawa sedang berbicara adalah Allah SWT. Pengaruh al-Quran terhadap jiwa ini
akan semakin kuat dengan peningkatan tadabbur dan tafakkur terhadap ayat-
ayatnya. Al-Quran mempunyai petunjuk dan hukum sebagai panduan dan pedoman
kepada manusia dalam menjalani kehidupan yang berlandaskan syariah seiring
dengan perkembangan kehidupan manusia dan sesuai diamalkan sehingga
pengakhiran dunia ini.

KESIMPULAN
Adalah menjadi kewajipan manusia sebagai khalifah Allah SWT di dunia ini untuk
mendalami ilmu mengenal Allah SWT dan rasul serta nabi yang diutuskanNya bagi
menjadi tunjang kekuatan keimanan manusia. Ianya juga sebagai tanda terima kasih
dan pengabdian manusia sebagai hambaNya dalam melaksanakan segala perintah
dan laranganNya.

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 18 UNIT 2

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

Rujukan :

(1) Iman: Rukun, Hakikat dan Pembatalannya, Dr. Muhammad Na’im Yaasin,
Penterjemah: Ustaz Abdul Rahman bin Abdullah, Pustaka Darus Salam Sdn.
Bhd., 2008, Alor Setar, Kedah, muka surat 11.

(2) Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Hj. Said Hj Ibrahim (bekas Mufti Negeri Sabah),
Darul Ma’rifah, 1996, Kuala Lumpur, muka surat 96-98

(3) Manusia dan Islam, Prof. Dato’ Dr. Haron Din, Hizbi Sdn. Bhd., 1985, Selangor.
muka surat 32-35

(4) Manusia dan Islam, muka surat 38-41
(5) Iman: Rukun, Hakikat dan Pembatalannya, muka surat 97-98
(6) Manusia dan Islam, muka surat 55-61
(7) Iman: Rukun, Hakikat dan Pembatalannya, muka surat 99
(8) Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, Syeikh Abdullah bin

Muhammad Basmeh, Dar al-Fikr, Kuala Lumpur.
(9) Syarah al-Asma’ al-Husna, m/s 10
[10] Ringkasan daripada Syarah al-Asma’ al-Husna, m/s 20-21
[11] Al-Minhaj, Syarah Sahih Muslim, jilid 9, m/s 39
[12] Badai’ al-Fawaid, m/s 176
[13] Rujuk Fiqh al-Asma’ al-Husna, m/s 63-64
[14] Fathul Bari, jilid 11, m/s 226
[16] Badai’ al-Fawaid, m/s 171

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 19 UNIT 2

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

UNIT 3 : KEAGUNGAN PENCIPTAAN ALLAH SWT

PENGENALAN
Kekuasaan dan keagungan Allah SWT dapat dibuktikan dengan segala
kejadian di sekeliling kita di dunia ini. Terdapat pelbagai kejadian membuktikan
kekuasaan Allah SWT yang boleh dipelajari oleh kita sebagai manusia bagi
mengukuhkan keimanan dan mempercayai ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi dan
para rasulNya. Segala penciptaan Allah SWT di dunia samada yang nyata ataupun
ghaib adalah menunjukkan kepada sifatNya yang maha mengetahui dan memiliki
segala - galanya.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini pelajar-pelajar dapat:
1. Mengaitkan penciptaan alam dengan keagungan Allah SWT untuk

meningkatkan keimanan.
2. Menghuraikan bukti - bukti kekuasaan Allah SWT yang memberi manfaat

kepada manusia.
3. Mempamerkan sikap bertanggungjawab sebagai tanda menghargai ciptaan

Allah SWT.

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 1 UNIT 3

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

3.1 KEJADIAN HUJAN
Alam ciptaan Allah SWT adalah sangat cantik dan menakjubkan. Allah SWT
tidak mencipta alam ini secara sia-sia, sebaliknya mengandungi hikmah dan
tujuannya yang tersendiri.
Firman Allah SWT :

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran
malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan
keluasan rahmat Allah SWT) bagi orang-orang yang berakal.

(Surah al- Imran :190)

Maha suci Allah SWT yang telah menjadikan hujan untuk manfaat manusia dan
semua hidupan. Sesungguhnya pada kejadian hujan terdapat tanda- tanda
kebesaran Allah SWT. Hujan tidak terjadi dengan sendiri atau secara kebetulan
sebaliknya merupakan aturan Allah SWT yang maha berkuasa. Jika
diperhatikan akan dapati kejadiannya sangat teliti dan tersusun .
Firman Allah SWT :

“Tidakkah engkau perhatikan bahawa Allah menurunkan hujan dari
langit lalu dialirkanNya menjadi mata air di bumi, kemudian Dia
menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang pelbagai jenis
dan warnanya…”

(Surah az- Zumar :21)

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 2 UNIT 3

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

Berikut adalah keajaiban dalam kejadian hujan:

i. Air laut yang masin, naik ke udara dalam bentuk wap air yang tawar tiada
garam.

ii. Wap tersebut tidak terus naik ke langit, sebaliknya hanya berkumpul di
atmosfera 1 pada ketinggian 5 batu melepasi ketinggian puncak bukit. Tiupan
angin yang sederhana dalam ruang ini membawa awan dari lautan ke
kawasan tanah tinggi.
Firman Allah SWT:

“Allah SWT jualah yang menghantar angin, lalu angin itu menggerakkan
awan , kemudian Allah SWT menyebarkan awan itu di langit sebagaimana
yang dikehendakiNya dan menjadikannya berkelompok-kelompok lalu
engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah SWT
menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-
hambaNya mereka serta merta bergembira.”

(Surah ar-Rum: 48)

iii. Ruang atmosfera 2 yang lebih tinggi dari 5 batu merupakan kawasan tiupan
angin kencang. Jika titisan air naik ke ruang ini, ia akan hancur dan awan
tidak akan terbentuk.

iv. Pada ruang atmosfera 3 yang lebih tinggi, tiada pergerakan angin. Jika wap
air naik ke sini membentuk awan, ia tidak akan ditiup ke kawasan tanah

tinggi. Dengan itu, hujan tidak akan terjadi.
v. Semakin tinggi, suhu menjadi lebih sejuk, maka wap air tidak boleh naik lebih
tinggi lalu terkumpul membentuk awan pada atmosfera 1.
vi. Hujan turun di kawasan tanah tinggi, lalu mengalir ke kawasan rendah
menerusi anak sungai seterusnya dapat dimanfaatkan oleh manusia dan
hidupan di daratan. Jika hujan turun di tengah lautan, manusia tidak dapat
mengambil manfaatnya.

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 3 UNIT 3

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

vii. Hujan turun dalam bentuk titisan yang memberi manfaat . Ia tidak turun dalam
bentuk curahan air sekaligus yang boleh mendatangkan mudarat. Hujan juga
turun pada kadar yang telah ditentukan Allah SWT.
Firman Allah SWT :

“Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta
Kami tempatkan dia tersimpan di bumi, dan sesungguhnya Kami sudah
tentu berkuasa melenyapkannya”.

(Surah al-Mukminun: 18)

viii. Air hujan yang turun diserap ke dalam bumi lalu keluar sedikit demi sedikit
sebagai mata air mengikut keperluan dan mengalir ke dalam sungai.

ix. Air yang diserap oleh bumi disimpan dekat dengan permukaan agar dapat
dimanfaatkan. Lapisan-lapisan batu menghalang air dari terus masuk ke perut
bumi .
Firman Allah SWT :

“Dan Dialah Allah SWT yang menghantarkan angin sebagai pembawa
berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu
hujan) hingga apabila angin itu membawa awan mendung , Kami halakan
dia ke negeri yang mati (daerah yang kering) lalu Kami turunkan hujan
dengan awan itu”.

(Surah al-A’raf : 57)

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 4 UNIT 3

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

3.2 OKSIGEN DAN KEHIDUPAN

Oksigen adalah perkara utama dalam kehidupan manusia. Kekurangan
bekalan oksigen boleh menyebabkan kematian dan pelbagai komplikasi buruk
terhadap manusia hanya dalam sekelip mata. Lambang keagungan kasih sayang
Allah SWT kepada makhluk ciptaanNya. Antara manfaatnya kepada manusia adalah
:

i. Pernafasan : Udara mengandungi oksigen yang diperlukan oleh manusia dan
haiwan untuk bernafas. Kuantitinya mencukupi untuk keperluan seluruh
hidupan di bumi. Tanpa udara akan matilah manusia. Sistem pernafasan
badan pula bertindak secara automatik tanpa perlu kawalan dari kita, sewaktu
sedar atau sewaktu kita tidur, semenjak kita dalam rahim ibu sehinggalah kita
mati. Tambahan pula oksigen yang Allah SWT bekalkan ini, memenuhi setiap
ruang bumi bagi kegunaan manusia. Tumbuh-tumbuhan menghasilkan
oksigen yang manusia perlukan, manakala manusia pula menghasilkan
karbon yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan. Sistem yang Allah SWT
ciptakan ini memastikan bekalan untuk kehidupan sentiasa mencukupi.

ii. Pelindung : Lapisan udara mempunyai ketebalan yang cukup untuk
melindungi bumi dari ancaman tahi bintang dan meteor. Tahi bintang dan
meteor yang jatuh dari ruang angkasa akan terbakar ketika memasuki ruang
udara bumi. Jika tidak, bumi akan terbakar. Lapisan ozon pula melindungi
bumi dari pancaran matahari yang boleh memudaratkan. Dengan itu, kita
hanya menerima pancaran matahari sekadar yang diperlukan sahaja.

iii. Agen : Udara dan angin berfungsi sebagai agen pendebungaan lalu
menghasilkan buah-buahan. Angin juga memindahkan benih tumbuhan
sehingga ia tersebar ke merata tempat lalu tumbuh subur. Angin juga
bertindak sebagai agen yang membawa hujan ke kawasan tanah tinggi.

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 5 UNIT 3

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

Firman Allah SWT :

“Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah
benih”.

(Surah al-Hijr : 22)

iv. Membantu pergerakan : Pergerakan kapal di lautan bergantung kepada
tiupan angin sejak dahulu. Begitu juga burung-burung yang terbang di
angkasa dengan adanya angin.
Firman Allah SWT :

“Jika Dia kehendaki, nescaya Dia akan menghentikan tiupan angin,
maka tinggallah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan.
Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang
besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa
bersikap sabar , lagi sentiasa bersyukur.”

(Surah as-Syura: 33)

v. Keseimbangan badan : Dengan adanya udara yang stabil dalam atmosfera,
tubuh kita menjadi seimbang dan saluran darah kita selamat dari sebarang
tekanan. Tekanan yang berlebihan boleh menyebabkan urat dan salur darah
kita pecah dan terburai.

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 6 UNIT 3

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

3.3 KEDIAMAN DAN KEDAMAIAN

Keperluan seseorang individu atau ahli keluarga dengan rumah kediaman
sebagai tempat untuk mendiaminya disamping untuk berehat dan dapat pula untuk
berlindung dari pelbagai bahaya. Keadaan ini sangat berkait rapat dengan firman Allah
SWT :

Dan Allah menjadikan rumah-rumahmu untuk menjadi tempat tinggalmu

(Surah an-Nahl: 80)

Rumah kediaman yang selesa untuk didiami mengikut keupayaan dan kemampuan
kepada setiap keluarga adalah bertujuan untuk menjadi tempat berehat dari situasi
keletihan tempat yang dapat memberikan peluang untuk berlindung dari kepanasan
di musim panas dan kesejukan di musim sejuk serta kita akan dapat bertenang
dengan selesa dari keadaan cuaca buruk tiupan angin rebut dan hujan yang lebat.
Dengan rahmat Allah SWT serta dengan anugerah dari takdirNya, maka seseorang
muslim perlu mendapat rumah kediaman sewajarnya mempunyai kelengkapan
peralatan rumah seperti alatan elektrik dan keselesaan tempat tidur yang dapat
dimanfaatkan oleh seisi keluarga. Dan ruangan untuk tempat bersuci, untuk beribadat
keluarga. Allah SWT menganugerahi akal yang sempurna kepada seseorang untuk
membuat tindakan dan pengurusan yang bijaksana bagi menggunakan sumber
kewangan dan material kebendaan bahan pembinaan untuk menyediakan rumah
kediaman yang selesa dan baik. Kedamaian di hati nurani setiap seseorang insan
adalah satu impian dan keinginan yang telah tertanam di dalam hati dan akal budi
manusia. Imam Ibnu Qayyim menjelaskan:

“Di dalam hati, ada perasaan ketidakbenaran yang hanya boleh
ditenangkan dengan hubungan kepada Allah SWT. Di dalam hati,
ada rasa kesepian yang boleh dihilangkan dengan mendekatkan diri
kepada Allah SWT. Di dalam hati ada rasa ketakutan dan kecemasan
yang boleh dihilangkan dengan mendekatkan dengan Allah SWT”.

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 7 UNIT 3

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

Kedamaian dan ketenangan di hati nurani yang dirasai oleh kita adalah satu anugerah
dari Allah SWT akibat perhubungan keimanan dan hubungan hati seseorang kepada
Allah SWT. Tindakan mengingati Allah SWT pada setiap masa itu akan membolehkan
seseorang merasai kedamaian dan keamanan ketika menjalani kehidupan mereka
seharian. Keadaan ini ada dijelaskan melalui firman Allah SWT :

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan

mengingati Allah SWT.Ingatlah hanya dengan mengingati Allah SWT,

hati akan menjadi tenteram”

(Surah ar-Ra’du: 28)

Orang yang beriman kepada Allah SWT akan memiliki kedamaian di hatinya atau akan
di anugerahi perasaan tersebut kerana yang paling utama dia telah menerima fitrah
kemanusiaan yang Allah SWT telah hiasi di dalam dirinya dengan keikhlasan.
Manusia akan redha menerima perjalanan hidup sebagai seorang manusia.
Sesungguhnya hati akan dilimpahi dengan perasaan nurani yang boleh merasai
kedamaian dan ketenangan selepas mereka berbuat ketaatan mengikut perintah Allah
SWT.

3.4 SUMBER MAKANAN MANUSIA

Setiap manusia perlukan makanan untuk terus hidup. Namun, adakah kita sedari
bahawa pada makanan yang kita makan terdapat tanda-tanda kebesaran Allah SWT.
Jika kita berfikir tentang makanan yang dimakan, kita akan mengetahui beberapa sifat
Allah SWT. Allah SWT menyediakan rezeki yang tidak putus-putus kepada kita sejak
di dalam rahim ibu sehinggalah kita menemui ajal.

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 8 UNIT 3

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

Firman Allah SWT :

(Kalaulah dia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka

hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana Kami

mentadbirkannya):

(Surah ‘Abasa : 24)

Fasa peningkatan manusia dengan makanan:

i. Semasa janin dalam rahim ibu : Keadaan janin yang sangat lemah dan belum
sempurna kejadiannya serta tidak mampu berbuat apa-apa. Allah SWT ciptakan
tali pusat bagi menyalurkan makanan kepada bayi dalam kandungan. Makanan
yang dimakan oleh ibu, ditukar dalam bentuk yang sesuai untuk disalurkan kepada
janin. Allah SWT maha pemberi rezeki lagi maha mulia kerana mengurniakan
rezeki kepada hambaNya tanpa diminta.

i. Setelah bayi dilahirkan : Dalam keadaan bayi yang masih kecil, belum ada gigi
dan belum mampu untuk mengunyah seperti orang dewasa, Allah SWT kurniakan
susu buat bayi tersebut melalui ibunya. Allah SWT juga ilhamkan kepada bayi
agar pandai menyusu. Sebelum melahirkan anak, ibu tidak mempunyai susu,
namun sejurus melahirkan, dada ibu dipenuhi susu. Allah SWT maha mengetahui
lagi maha bijaksana mengasihani. Allah SWT sangat mengetahui keperluan hidup
kita sebagai manusia. Lalu disediakan segala keperluan untuk kita terus hidup.
Semua diatur dengan teliti sekali. Dia juga mengetahui akan kekurangan dan
kelemahan kita. Maka disediakan rezeki untuk kita sesuai dengan kemampuan
manusia mendapatkannya dan tidak membiarkan hamba-hambaNya kelaparan
tanpa disediakan rezeki buat mereka.

ii. Sewaktu kanak-kanak dan dewasa : Manusia tidak lagi bergantung sepenuhnya
kepada ibu. Manusia sudah boleh makan sendiri, namun masih perlukan kasih
sayang dan rezeki yang berterusan dari Allah SWT. Maka dikurniakan makanan
dalam pelbagai bentuk. Antaranya buah-buahan dan bijirin yang tumbuh dari bumi
dalam berbagai saiz, warna dan rasa yang berbeza.

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 9 UNIT 3

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

Allah SWT tumbuhkan pohon-pohon dalam pelbagai bentuk dan warna. Pohon- pohon
yang berbatang keras dan hidup lama seperti durian dan rambutan, yang renek
berbatang kecil , ada yang tumbuh di darat dan ada yang tumbuh di dalam air. Ada
yang tumbuh serumpun seperti serai. Ada yang tumbuh dari biji, ada yang tumbuh
membesar dari anak pokok, bahkan ada yang tumbuh membesar dari batang pokok
induk. Buahan-buahan itu terdapat pelbagai warna dan rasa. Ada yang bergugus
seperti anggur, yang sebiji seperti durian, yang bertandan seperti pisang. Allah SWT
juga jadikan ia berwarna-warna. Dengannya diketahui buah yang masih muda dan
yang sudah masak untuk dimakan. Nyatalah bahawa Allah SWT maha mendalam
pengetahuanNya. Diciptakan sesuatu begitu teliti sesuai dengan keperluan dan dari
tanah yang kosong dan tidak ada apa-apa, lalu ditumbuhkan pohon-pohon bagi
mengisi bumi yang kontang. Sesungguhnya Allah SWT maha bijaksana dalam
mengatur lagi membentuk kepelbagaian rupa makanan.
Firman Allah SWT :

“Dan Dialah (Allah SWT) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun
yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar dan pohon-pohon
tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan)
rasanya dan buah zaitun dan delima, yang bersamaan (warnanya atau
daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya)”.

(Surah al-An’am :141)

Allah SWT menjadikan air sebagai minuman, dan dikeluarkan dari laut ikan sebagai
sumber protein dan makanan untuk manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan
daripadanya daging yang lembut hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan
daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain
itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan lagi supaya kamu
dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan supaya kamu bersyukur.”

(al-Nahl : 14)

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 10 UNIT 3

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

Allah kurniakan kepada kita gigi dalam berbagai saiz mengikut fungsinya untuk
mengunyah dan air liur untuk mencernakan makanan tadi. Maka perhatikanlah
bagaimana Allah SWT menyediakan sumber rezeki dan makan untuk kita dan
bagaimana ia disalurkan kepada kita. Fikirkanlah kebesaran Allah SWT dalam
makanan yang kita makan dalam kehidupan seharian kita ini.
Firman Allah SWT yang bermaksud :

(Kalaulah dia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka
hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami
mentadbirkannya) Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan
dengan curahan yang menakjubkan. Kemudian kami belah-belahkan
bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan,lalu Kami
tumbuhkan pada bumi biji-bijian dan buah anggur serta sayur- sayuran
dan zaitun serta pohon-pohon kurma dan taman-taman yang menghijau
subur dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput,
untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.

(Surah‘Abasa :24-32)

KESIMPULAN
Manusia hendaklah sentiasa mempelajari dan mensyukuri segala nikmat yang telah
dianugerahkn Allah SWT kepada mereka. Mendalami dan memperhalusi akan hikmah
pembelajaran yang ada di setiap kejadian ciptaanNya. Dengan ini akan
mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan terhadap Allah SWT dengan segala
bukti yang ada di sekeliling kita. Bukti kekuasaan dan rahmat Allah SWT yang
diberikan kepada makhlukNya tanpa batasan.

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 11 UNIT 3

DUS 10062 PENGHAYATAN AKIDAH

Rujukan :

(1) Manusia dan Islam, Prof. Dato’ Dr. Haron Din, Hizbi Sdn. Bhd., 1985, Selangor.
(2) Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, Syeikh Abdullah bin

Muhammad Basmeh, Dar al-Fikr, Kuala Lumpur.
(3) Al-Minhaj, Syarah Sahih Muslim, jilid 9.
(4) ‘Ali Abd Al-Hamid Abu Al-Khair (2012), Al-Qur’an dan Sains Moden, Johor Bahru

Perniagaan Jahabersa.
(5) Abd al-Majid ‘Aziz al-Zindaniy (2004) et al., Bayyinat al-Rasul wa Mu‘jizatuh,

Markaz al-Buhuth bi al-Jami‘ah al-Iman.
(6) Sumaiyah binti Mohd Fauzi, Thesis PHD: “Tumbuhan Terpilih Menurut Perspektif

Islam dan Sains Kesihatan” (Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2015).
(7) Yusuf Al-Hajj Ahmad(2014), Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Qur’an

dan Al-Sunnah, Selangor, Publication.

BAHAGIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL 12 UNIT 3

DUS 10062 PENGAHAYATAN AKIDAH

UNIT 4 : KEAJAIBAN AL-QURAN

PENGENALAN
Al-Qur’an al-Karim merupakan mukjizat yang terang lagi nyata. Allah SWT memaparkan
kepada manusia pelbagai mukjizat di sepanjang abad sehinggalah pada zaman sains
dan teknologi, Pelbagai penemuan ilmiah ditemui oleh manusia. Allah SWT telah
menzahirkan mukjizat terkini yang dikenali sebagai al- i‘jaz al-‘ilmiy dalam al-Quran.
Manusia zaman kini mengetahui bahawa al-Quran merupakan wahyu yang
mengandungi ilmu Allah SWT yang bersifat yang Maha Mengetahui (al-‘Alim)
khususnya terhadap rahsia alam semesta.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini pelajar-pelajar dapat:
1. Membuktikan al-Quran sentiasa melangkaui zaman dan sains.
2. Menjelaskan bahawa al-Quran merupakan panduan utama bagi memahami

fenomena alam.
3. Mengaitkan nama dan sifat Allah SWT dengan kejadian ciptaanNya.

1

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 4

DUS 10062 PENGAHAYATAN AKIDAH

4.1 PENEROKAAN ANGKASA

Allah SWT menciptakan langit dan bumi dalam bentuk sebuah lipatan. Langit dan bumi
merupakan ciptaan yang padu dan Allah SWT menciptakan di dalamnya angin, maka
dia memisahkan antara lipatan-lipatan langit dan bumi terdapat jarak
500 tahun perjalanan. Demikian pula tebal setiap langit. Semua fakta yang ada
membuktikan bahawa al-Qur’an merupakan Kalam Yang Maha Bijaksana (al-Hakim),
Yang Maha Mengetahui (al-‘Alim), Yang Maha Mencipta (al-Khaliq) lagi Maha Meliputi
Ilmu-Nya (al-Wasi’) ke atas semua perkara dan Nabi Muhammad SAW adalah seorang
rasul yang diutuskan oleh Allah SWT untuk menyampaikan apa yang diwahyukan
kepadanya.
Unit terbesar dalam sistem suria adalah matahari yang sangat panas dan mengandungi
gas yang sentiasa terbakar. Allah SWT telah menciptakan jarak yang sempurna antara
bumi dan matahari. Apabila jarak matahari dekat dengan bumi, akan berlaku kebakaran
dan apabila jaraknya lebih jauh, maka semua tempat akan menjadi beku. Kawasan kutub
merupakan kawasan yang paling sedikit cahaya matahari, namun perbezaan suhu antara
kutub dan ekuator ini yang menyebabkan terciptanya iklim sederhana di bumi secara
keseluruhan dan iklim inilah yang menyokong kehidupan. Perkara tersebut adalah salah
satu tanda bukti cinta Allah SWT kepada manusia. Allah SWT menciptakan matahari,
bumi dan sistem suria dengan sangat sempurna dan teratur supaya manusia dapat hidup
dengan selesa. Firman Allah SWT:

Maha Suci Allah SWT yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang

dan dia menjadikan juga padanya matahari dan bulan yang bercahaya.

2

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 4

DUS 10062 PENGAHAYATAN AKIDAH

Sesungguhnya Allah SWT telah memudahkan manusia menggunakan matahari yang
besar dengan peraturan yang bijaksana. Semua urusan ini menjadi saksi sepertimana
penyaksian orang Islam bahawa Allah SWT adalah tuhan yang memiliki matahari.
Matahari berperanan membantu manusia menetapkan bilangan waktu dan tahun.
Allah SWT menentukan setiap objek di angkasa bergerak dengan kelajuan tetap ketika
beredar mengelilingi matahari sehingga manusia dapat menjadikan sebagai kayu
ukur menentukan waktu. Sesuatu yang menakjubkan ialah ketika Allah SWT
menerangkan fakta ini dalam al-Quran, manusia belum lagi mencapai tahap
kemodenan dalam bidang astronomi. Sudah pasti tiada alasan saintifik yang boleh
menyokong dan menjadi bukti tentang apa yang diterangkan oleh al-Qur’an pada ketika
itu. Pada kurun ke 20, penemuan saintifik mengenai pergerakan matahari ini akhirnya
telah membuktikan bahawa apa yang dinyatakan adalah tepat dan selari dengan
sains. Sesungguhnya al- Quran adalah kalam Allah SWT dan Dialah yang Maha
Mengetahui. Semua itu adalah nikmat dari Allah SWT sekaligus tanda kekuasaan Allah
SWT yang jelas dan nyata di alam semesta bagi mereka yang benar-benar berfikir.

Bintang yang boleh dilihat di langit pada malam hari dan ia adalah sebahagian kecil
daripada bintang yang dapat dikesan oleh mata kasar yang jumlahnya berjuta-juta. Ada
bintang yang saiznya lebih kecil daripada bumi dan terdapat bintang yang saiznya
1000 kali lebih besar daripada matahari. Terdapat lebih daripada 6000 bintang yang
boleh dilihat dengan mata kasar tanpa bantuan teleskop dan terdapat berbilion-bilion
bintang dalam alam semesta, kebanyakannya adalah terlalu jauh untuk dilihat walaupun
dengan menggunakan teleskop. Bintang-bintang seolah-olah bergerak dari timur ke
barat merentasi langit, pergerakan ini sebenarnya adalah disebabkan peredaran
bumi. Bintang merupakan kesatuan asas dalam galaksi, manakala galaksi merupakan
kesatuan

3

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 4

DUS 10062 PENGAHAYATAN AKIDAH

asas bagi cakerawala. Matahari merupakan sebuah bintang daripada bintang-bintang
yang berada dalam galaksi. Kitaran hidup bintang adalah sama dengan kejadian lain.

Allah SWT mengaitkan kewujudan bulan dengan kepastian kewujudan hari
kebangkitan yang merupakan antara rukun Iman yang wajib dipercayai dan diimani.
Ia juga mengandungi kesempurnaan Kudrat, kebijaksanaan dan perhatian Allah SWT
kepada makhlukNya. Bulan merupakan sebahagian daripada ciptaan Allah SWT yang
berada di galaksi, gugusan bintang dan planet di bumi tempat manusia dan makhluk
Allah SWT yang lain menjadi sebahagian daripadanya. Matahari dan bulan datang silih
berganti tanpa rasa bosan dan jemu dan menjalankan tugas dan fungsi masing-masing
untuk memberi manfaat kepada penghuni bumi.
Allah SWT berfirman :

Maha suci Allah yang menjadikan di langit gugusan bintang
(galaksi) dan Dia menjadikan juga padanya matahari dan bulan
yang bercahaya..

(Surah al-Furqan : 61)

Matahari dan bulan sebagai bukti kebesaran dan keagungan kuasaNya bagi mereka
yang mahu berfikir. Alam semesta telah diciptakan oleh Allah SWT di seluruh alam
termasuk angkasa lepas. Allah SWT mengarahkan cahaya yang menjadi ciptaan dan
milikNya untuk membantu makhluk bagi melakukan aktiviti pada kegelapan malam, inilah
antara hikmah yang sangat agung dan ciptaan yang sangat menakjubkan. Maha Suci
Allah SWT yang telah menciptakan segala sesuatu dengan sebaik-baiknya.
Perkembangan ilmu sains menyebabkan terdedahnya kebenaran ilmu dan fakta yang
disebut dalam al-Quran yang tidak pernah diketahui manusia. Perkara

4

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 4

DUS 10062 PENGAHAYATAN AKIDAH

ini merupakan aspek baru I’jaz al-Qur’an yang berjaya dibongkarkan pada zaman ilmu
kosmologi.

4.2 TUMBUHAN HIJAU
Di antara sains yang dinyatakan di dalam al-Quran ialah tumbuh-tumbuhan. Allah

SWT merekodkan perkataan dan nama tumbuh-tumbuhan berulang-ulang kali dalam al-
Quran. Tumbuh-tumbuhan yang diciptakan merupakan antara makhluk Allah SWT yang
sentiasa bertasbih dan memuji kebesaranNya. Keadaan ini ditegaskan oleh Allah SWT
dalam firmanNya dalam dalam surah al-Isra’ ayat ke 44 :

“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya,
sentiasa mengucap tasbih bagi Allah SWT dan tiada sesuatu pun melainkan
bertasbih dengan memujiNya, akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih
mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar lagi Maha Pengampun”.

Demikian Allah SWT menjelaskan mengenai ciptaanNya sama ada di langit mahu pun di
bumi termasuklah tumbuh-tumbuhan sentiasa memuji Allah SWT sebagai tuhan pemilik
sekalian alam. Tumbuhan yang Allah SWT jadikan di muka bumi ini merupakan salah
satu nikmat yang perlu disyukuri oleh setiap manusia. Tumbuhan merangkumi semua
benda hidup yang mampu menghasilkan makanan sendiri dengan menggunakan klorofil
(zat hijau) untuk menjalankan proses fotosintesis lalu menghasilkan kanji. Dari perspektif
sains, tumbuhan hijau mempunyai fungsi dan peranan yang tersendiri, antaranya
membekalkan oksigen kepada kehidupan di

5

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 4

DUS 10062 PENGAHAYATAN AKIDAH

samping menjadi salah satu sumber tenaga bagi manusia dan haiwan. Al-Quran menyeru
manusia supaya makan dan minum dari sumber yang halal lagi baik. Melalui seruan
tersebut dapat difahami bahawa makanan yang halal lagi baik boleh diperolehi antaranya
daripada sumber dari tumbuhan. Ini menunjukkan bahawa penciptaan tumbuh-tumbuhan
adalah penting bagi kehidupan manusia. Jika dipandang dari perspektif sains kesihatan,
tumbuhan hijau seperti sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai signifikan diet
harian yang sihat, seimbang, membekal vitamin, mineral, serat, tenaga, dan komponen
kecil lain seperti fitokimia yang berpotensi memberi manfaat kepada kesihatan manusia.
Pemakanan yang betul dan pengambilan buah- buahan dan sayur-sayuran yang tinggi
membantu menghalang sejumlah penyakit kronik, termasuk hipertensi, penyakit
kardiovaskular, diabetes, kanser tertentu dan gangguan kesihatan. Demikian sains
membuktikan hikmah besar penciptaan tumbuhan hijau dan menunjukkan kebesaran
Allah SWT.

Firman Allah SWT :

“Lalu kami tumbuhkan biji-bijian. Dan anggur dan sayur-sayuran. Dan zaitun
dan pohon kurma. Dan kebun-kebun yang rendang. Dan buah-buhan serta
rerumputan. (semua itu) untuk kesenanganmu dan untuk haiwan-haiwan
ternakanmu.”

(Surah Abasa : 27-32)

Berdasarkan ayat-ayat di atas, maka dapat difahami bahawa terdapat ayat-ayat al-
Quran yang menceritakan mengenai tumbuh-tumbuhan. Ketetapan ayat-ayat berkaitan

6

BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 4


Click to View FlipBook Version