HANTU BAJU PUTIH NAMA : KELAS : SEKOLAH : Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 1 Jam baru pukul 8.30 malam. Ah Meng sudah rasa mengantuk. Badannya letih kerana petang tadi dia kuat bermain.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 2 Ah Meng terus masuk ke biliknya untuk tidur. Dia menanggalkan bajunya kerana berasa panas. Dia menyangkutkan bajunya pada dinding.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 3 Kemudian Ah Meng menutup suis lampu biliknya. Pada malam itu, dia tidur nyenyak. Tengah malam, hujan turun sangat lebat.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 4 Ah Meng terjaga kerana terkejut oleh bunyi petir. Ah Meng terperanjat melihat suatu lembaga. Hatinya sungguh kecut.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 5 Tanpa berlengah lagi, dia terus berlari keluar dari biliknya. “Hantu! Hantu! Hantu!” Ah Meng menjerit.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 6 Ibu bapa Ah Meng terkejut mendengar jeritan itu. Mereka terus meluru keluar. “Di mana ada hantu?” tanya bapa Ah Meng.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 7 “Di dalam bilik saya. Di tepi dinding,” jawab Ah Meng. Ibu bapanya segera masuk ke dalam bilik itu.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 8 Bapa Ah Meng terpandang baju yang tersangkut di dinding. “Ha! Ha! Ha!” bapanya ketawa. “Ini bukan hantu. Ini baju!” kata bapanya.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 9 “Hantu Baju Putih!” sampuk ibunya pula. Ah Meng tersipu-sipu. Dia menyangka baju itu ialah hantu.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 10 “Pergilah tidur! Hantu Baju Putih tidak ganggu orang,” kata ayahnya sambil tertawa. Ah Meng turut tertawa. Dia menyambung tidurnya semula.